Tuesday, December 4, 2018

Intermittent Fasting : NOT one size fits ALL

Assalamualaikum wbt.

Tahniah la pada yang berjaya khatam posting sebelum ni.
Thank you jugak pada yang share additional info which I considered as new for me..

Ada ka yang dah jatuh cinta dengan IF?
Haaa.. Jangan duk ikut orang nah.. Sebab badan kita lain-lain.. Kadang method tu succeed dengan orang ni, tapi failed dengan orang tu. And sometimes, it might be sustainable to this group of homo sapiens, not that group. Jadinya kena pandai cari la mana hat rasa ok dengan badan. Trial and Error la senang kata.

Ok. Sambung lagi pasal IF ni.

Dalam post sebelum ni, sis duk cerita hat cantik-cantik, hat comey-comey ja pasai IF ni kan.. Macam berat sebelah pun ada noh sis ni.. Hahahaha.. Well, kalau dah suka, cinta, kasih... hat busuk-busuk, hat huduh-huduh tu memang pejam mata ja la.. Perangai sangat kan sis pun..hahaha.. Nanti sis share na pasal hat huduh-huduh tu.. Tapi posting lain la.. Bukan dalam ni..

Ok. Kali ni, sis rasa nak share sikit pasai beberapa jenis Intermittent Fasting hat duk ada dan duk dipraktiskan la ni.

Firstly, 12:12
Hat ni, specially for beginner la. Which is, hangpa tak yah skip any meals. Means, hangpa sarap pukul 8 pagi, lunch (ikut suka la jam berapa) dan dinner KENA makan sebelum pukul 8 malam. Kalau hangpa baru-baru ja nak try, buleh la test hat ni dulu. Dah pas nanti, baru up kan hour tu. Simple kan..?

8 malam sampai ke 8 pagi esoknya, jangan duk gatai makan na... minum air kosong atau pun kopi/teh kosong SAHAJA. Toksah memandai pi tambah susu ka, creamer ka, what-so-evah...

Secondly, 16:8 atau nama lain dia LEANGAINS
Hat ni IF hat paling common la. Makna kata, hangpa posa untuk 16 jam, dan makan dalam masa 8 jam ja. Tapi 8 jam tu jangan duk balun sampai sekoq lembu naaa... Time bila nak bukak eating window? ikut suka hangpa laaaaa... Kalau hangpa patuh pada rule "Breakfast is a must" atau "Breakfast like a king, Lunch like a prince, and dinner like a pauper", hangpa bukak la eating window waktu pagi. 

Nak breakfast jam berapa? 7 pagi? 8 pagi? 9 pagi? 
Ikut suka laaa.. mana yang selesa dengan lifestyle hangpa. 
Hat ni tak payah ajaq kot. Dapoq masing-masing kan.. Hihihi.. 

Macam sis, selalunya (since past 3 months), sis breakfast black coffee ja. Itu pun dah cukup ini fuel up hari-hari sis. Hihi.. Well, i am a coffee addict, saja la nak habaq.. Hahaha.. 
So dah bukak eating window tu, hangpa kira la sendiri bagi genap 8 jam.. Kalau breakfast at 8 am, make sure la at 3 pm tu last meal hangpa.. Dalam kata lain, hangpa akan skip dinner. 
Which is, most of pengamal diet pun sarankan ambik dinner sebelum jam 8 malam kan..? 
So, tak jadi masalah la kan..?
Senang kata, Leangains ni basically kita skip 1 meal. Hangpa decide la nak skip apa. 
Gosok perut, tanya dia nak skip hat mana satu.. kikiki

Thirdly, 20:4 @ 18:6
Jenis ni, ada jugak orang panggil as Warrior Diet. Pasai apa? Pasai diinspirasikan dari pahlawan-pahlawan dulu (pahlawan mana sis tak tau la...). Hat ni agak extreme la sebenaq nya. Amatur toksah duk cuba buat la na.. Posa 20 atau 18 jam, dan makan dalam masa 4 ke 6 jam saja. 

Advanced level, tak dak masalah. Pejam mata ja buat hat ni. Dan sama jugak, bila masa nak makan, bila masa nak posa, ikut suka hangpa... Kalau jenis hidup tak normal kalau tak breakfast, then makan la pagi tu. And make sure, cukup jam, posa la balik. Kalau hat tu pun hangpa tak boleh nak handle, toksah duk buat la IF ni naaa.. Pi caghi method lain yang hangpa boleh follow... 

Next, 23:1 atau nama glemer dia, OMAD (One-Meal-A-Day) 
23 jam posa, 1 jam makan. Hangpa jangan terkejut na... Kalau kuat semangat, memang boleh buat. Kalau takat hangat-hangat chick shit. Tak payah! 

Skip breakfast tak elok untuk badan? Laaaa ni, habaq mai sapa suh hangpa skip breakfast? IF ni, method paling flexible yang sis pernah cuba. Schedule hangpa boleh design sendiri ikut dapoq masing-masing. Nak buat OMAD, tapi tak buleh skip breakfast? Ha makan la koi 8 - 9 pagi tu. 
Boleh kan..? Lagu mana nak sustain through the day, hangpa kena pepandai la cari yang bersesuaian dengan badan hangpa. Hihihi. Hat tu sis tak boleh nak ajaq la sebab badan kita lain-lain.

Ada lagi ka...?

Haaa... ada la cheq oiiii..

Tapi hat ni, dah baca satgi duk diam-diam ja la na..jangan duk kecam sis bagi ajaran songsang pulak noh.. Hahahaha.. Sebab hat ni lebih extreme dari OMAD.

5:2
Bukan 5 jam posa, 2 jam makan naaaa.. Dalam seminggu ada 7 hari, kan..? So, 5 hari, boleh makan macam biasa, tapi 2 hari posa with limited calories intake. 
Hat ni sis tak boleh cerita panjang sebab tak besa try. Hahaha..

Extended Fasting atau THERAPEUTIC LONG PERIOD FASTING.
Hat ni special sikit sebab selalunya orang buat atas nasihat GP (read: Doctor). Selalunya la, type ni depa guna untuk control atau rawat certain penyakit. Sis pernah terbaca pasai extended fasting untuk control the growth of cancer cells (Safdie, et al., 2009, Lankelma, et al., 2015)
 
Finally, ADF(Alternate day fasting)
Pattern posa sehari, makan sehari ni depa bagi nama alternate day fasting. Haaa.
Kalau kita Muslim ni, modified la sikit posa western ni dapat faedah kat kita dunia dan akhirat. 

Ya dak..? 

Toksah la follow 100% apa hat depa duk ajaq. Kita boleh ja tune ikut apa yang Nabi SAW ajaq. Macam ADF ni.. Kan macam posa Nabi Daud AS. Betoi dak? So, kita pasang niat, aku ni nak posa kerana Allah SWT. Nak posa bagi badan sihat, supaya dapat beribadah dengan lebih tenang dan fokus. Badan sihat dapat, pahala pun in shaa Allah dapat.

Serupa jugak dengan type hat lain sis sebut kat ataih nun.
Hangpa posa sunat ja (dengan syarat selesaikan dulu la hat posa hutang tu naaa..). Niat kerana Allah, nak sihat, nak mudah beribadah. Kan kalau badan besaq, nak beribadah pun susah. Nak jalan pun sakit tumit (Sis lettew). In shaa Allah, dua-dua kita dapat.

Ok, kalau nak follow sistem IF, nak apply kat posa sunat, nak buat cemana?
Tak susah.. Bangun la soq. Walaupun segelas air kosong, considered as soq kan..?  Ataupun, kalau jenih tak buleh la kami kalau posa tak makan nasik time soq... haaa... makan pi la nasik pon.. Jangan hangpa bantai tidoq pulak lepas soq tu dah laaa... Makan ja. Masuk waktu Maghrib tu, minum air kosong la dulu nak bagi cukup jam IF. Start dengan buah dulu or kurma kaaa.. bagi perut hangpa tu tenang-tenang dulu.. Lepas tu pelahap la nasik pun... Tapi biar berpada-pada la...

Disclaimer:
Before hangpa buat IF, better tengok kemampuan diri dulu. Kalau ada sakit apa-apa, better ikut suku-suku separuh ja. Atau, consult doctors, dietitians dulu before proceed. Tak semua antara kita ni sama na. Tadi dah sebut masa awai-awai. 

Kalau rasa hangpa tak boleh nak follow and nak cope dengan style ni, try to find another way which may suits you. Sis just share apa hat sis rasa suit ngan diri sis..

Kalau hangpa nak buat IF ni, jangan duk extreme sangat na awai-awai tu. Jaga kesihatan. Buat pun biar pada-pada lah. Jangan duk seksa diri tu. Hangpa ja tau macamana badan hangpa boleh handle sesuatu tu.. ok?

And lastly, Sis bukan doktor, sis bukan dietitian, sis bukan nutritionist. Sis tak expert dalam hal ni naaa.. Sis cuma cekgu ja. Sis orang engineering, jangan duk tanya sis soalan macam-macam. Hahaha.. Sis share ni based on apa yg sis faham from some readings yang sis buat and apa yang coach explained.

Kalau ada yang macam missleading, habaq naaaa.. Kita pebetoi biaq tak melencong. Akhirul qalam, semoga sikit sebanyak bagi manfaat pada hangpa. Ilmu Allah ni luas, mai la kita sama-sama gali. Hat elok tu semua dari Allah SWT. Hat kurang, cacat cela tu semua dari sis yang hina ini.

**So far, the best record yang sis pernah reached, 48 hours. Alhamdullillah. Not bad. Saja la nak coba. Effects dia..? Obviously tang perut la. Cholesterol sis belum check lagi. But will do it soon.

References:
Lankelma, J., Kooi, B., Krab, K., Dorsman, J., Joenje, H., & Westerhoff, H. (2015). A reason for intermittent fasting to suppress the awakening of dormant breast tumors. Biosystems, 127, 1-6. doi: 10.1016/j.biosystems.2014.11.001

Safdie, F. M., Dorff, T., Quinn, D., Fontana, L., Wei, M., Lee, C., Cohen, P., … Longo, V. D. (2009). Fasting and cancer treatment in humans: A case series report. Aging, 1(12), 988-1007. doi:10.18632/aging.100114



No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015