Showing posts with label red one plan. Show all posts
Showing posts with label red one plan. Show all posts

Monday, November 17, 2014

RedOne Postpaid : Macamana Nak Aktifkan Internet untuk Blackberry User, Berapa Kos untuk Call ke Rangkaian Lain.

Assalamualaikum..

Hari ni pun masih cerita RedOne.
Sebab baru perasan ada lagi 1 komen yang bertanyakan pasal RedOne.
Maaf ye Cik Aisyah atas kelewatan penerangan ni.

Dan soalan Saudari Aisyah ni berbunyi;
salam saya pengguna baru redone , nak tanya macam mana nak activekan internet ye. saya pakai blackberry dan kalau call member yang plan maxis or celcom sampai berjam jam dikenakan cas berapa ye ? maksud rm8 per month tu mcm mana, kurang paham
Jawapan untuk soalan Aisyah;
Wa'alaikumussalam Saudari,
Untuk pengguna Blackberry (BB), Aisyah kena cek balik, ada langgan data plan ke tak. Kalau dah, activation process tu mungkin nak kena tengok setting BB. Maaf, saya tak pakai BB, so kurang arif dengan BB.  Kalau belum langgan, dan nak upgrade, boleh whatsapp encik Din 0133996777.
Maknanya, Aisyah ambik data plan atau tidak.
Boleh cek plan yang Aisyah ambik, dail *123#.
Untuk pertanyaan mengenai kos,
Jika Aisyah langgan RM8, 
free call selama 53 minutes ke rangkaian lain (Celcom, Maxis, DiGi, Umobile, etc), 
dan seterusnya 15 sen untuk setiap minit.

Free call ke semua RedOne users.
Maksudnya, RM8 per month tu, if tak ada buat call ke rangkaian luar, 
kosnya hanya RM8 (unless bil pertama, ada RM10 untuk duty stamp)
If ada call ke rangkaian luar, rate dia 15 sen per minit.
Diharap penerangan diatas dapat menjawab soalan dan kekeliruan Saudari Aisyah.
Jika ada yang masih belum clear, boleh emel atau komen dan soalan anda akan cuba dijawab seclear dan sepantas mungkin bergantung pada kelapangan masa. InsyaAllah.






RedOne Postpaid : Activation Period dan Kos Permulaan

Assalamualaikum..

Ok. Maaf. Sehari dua ni sibuk sikit.
Almaklumlah, labwork dah mula sikit-sikit.

Hari ni lepas buat keje kat UTM, balik lab kat UIA, buka email.
And ada 2 comments pasal RedOne.

Ok, meh masuk rapat-rapat aku nak cerita. Cewah. Gaya macam agen dah. Haha. Eh, aku bukan agen tau. Tapi very close dengan sorang agen terbaik nih. Boleh la contact untuk servis terbaik dia. InsyaAllah puas hati.

Ok, pertamanya, soalan sorang saudari ni berbunyi begini...
Awk,btol ke lps registration 24 hour da bleh gune?sbb sy g tnye kat kdai die ckp lps 1 week bru bleh gune..n btol ke dr prepaid nk ke postpaid kne bayar rm35?
Jawapan dia;
Untuk Saudari Syaza,
Soalan pertama, lepas 24 jam registration, memang dah boleh guna, TAPI hanya untuk yang mendaftar dengan nombor RedOne yang baru SAHAJA.
Untuk yang nak remain nombor lama, kebiasaannya, 3 hari bekerja. Cuba clarify balik dengan kedai yang awak tanya tu. Dulu masa saya mula-mula register, hanya 24 jam dah boleh aktif.
Soalan kedua, kos permulaan.
Untuk prepaid ke postpaid RedOne, ye RM35. RM25 untuk deposit, dan RM10 adalah fee.
Untuk dari postpaid ke RedOne, RM10 sahaja.
So, harapnya, jawapan kat atas memuaskan hati saudari Syaza.

Kalau ada apa-apa kemusykilan lagi, boleh terus komen, atau emel je.
Anytime.
Ada masa luang, soalan korang akan dijawab.. InsyaAllah.


Monday, August 18, 2014

RedOne Postpaid: Apa tu?

Assalamualaikum.

Sambung lagi kisah masalah bil tepon hari tu.
Tapi hari ni nak share pasal solution yang kami ambik tu.
:)

RedOne ni salah satu rangkaian baru dan aku rasa paling jimat kot setakat ni untuk postpaid.

Ni aku ambik dari official website RedOne. Boleh tengok comparison yang dorang dah buat.

Kitorang ambik yang RM8 + 1G unlimited data bundle.
SMS, memang jarang sangat la guna.
Sebab most of the time, memang pakai whatsapp, telegram, dan apps lain yang sekali gus guna dalam internet.
Masalah coverage pulak, memang Alhamdulillah setakat ni belum ada yang tak dapat. Unless, masuk ceruk kampung. Tu pun sebenarnya masih boleh nak access kalau setakat whatsapp/telegram. Kalau layan FB, memang tak dapek la.. :P

And kat bawah ni pulak, plan yang RedOne sediakan.
Tinggal pilih je.

Ni details plan yang boleh kita pilih. Yang ada ** tu maksudnya unlimited. Unlimited kat sini maksud dia, once dah abis penggunaan 1G data plan, kita still boleh access internet, tapi dengan kadar kelajuan yang slow la 0.64 kbps. Kalau setakat whatsapp/telegram memang lepas. Seriously.
 Kami pilih plan RM8 tu sebabnya, memang kami suami isteri pakai RedOne. So free di situ. JIMAT.
Dan memang kami suami isteri la jugak orang yang paling kerap saling call.
Kalau call nombor luar pun, bukannya tahap bersembang sampai panas handphone. Hihi.
SMS pulak, jarang sangatlah pakai. Unless, memang dah perlu sangat.
Biasanya dengan kawan-kawan pun guna whatsapp/telegram.
Lagi jimat la sebab kita kan subscribe data plan tu. Unlimited lagi.
Dan sememangnya dengan teknologi smartphone sekarang, macam handicap pulak kalau phone kita tak ada internet access.
Ye tak?
Aku tak cakap orang la.
Aku cakap aku sendiri.
Rasa macam incomplete.
Sebab kawan-kawan pun dah tak pakai SMS dah.

Ada yang tanya, nak tukar ke RedOne ni kena ambik no baru ke?
Jawapan dia, TAK PAYAH.
Boleh maintain dengan nombor lama.
Nak ambik nombor baru pun boleh.
Macam pakcik aku, 1 family dia, dia pegang last 4 digits sama untuk 1 family. Cun gile nombor.
Yang depan tu beza 1,2 nombor je. :)

Kalau before ni pakai prepaid, tak payah susah-susah.
Bagi salinan IC, dan payment.
Settle.

Kalau pakai postpaid pulak, make sure tak ada outstanding bill yang belum setel la.
Sebab nanti tak boleh nak sambung line baru ni.

Tak complicated pun.
Normally, line akan aktif 24 hours selepas registration.

Clear tak?
Ada lagi soalan?
Boleh email or drop je soalan kat komen. Nanti ku bagi terus contact number agent terbabit.
Terima kasih u ols..
Dah, hakak nak pegi buat keje dah.

:) 




Friday, August 15, 2014

Masalah Bil Tepon/Top Up Prepaid Beratus.

Assalamualaikum..

Hai korang.
Hari ni Jumaat. :)
Yeay lah kan pada yang bekerja. Esok lusa, boleh rehat, gi open house sana sini sementara masih Syawal ni.
Pose 6 dah habis?
Aku tanya sebab aku belum start lagi. -_-
Minggu depan memang kena straight la ni. Adehdehdeh.

Berbalik pada tajuk asal.

Masalah bil tepon/top up prepaid cecah seratus or lebih dalam sebulan.
Tu memang masalah aku.

Dulu, aku pakai 2 sim kad.

Satu, bil. Yang tu pakwe (yang kini dah jadi suami) yang sponsor. Dia bayarkan, tapi lepas aku dah ada elaun ni, kena bayar sendiri jugak bila dah lebih dari had yang sponsor bagi. Sobs..Sobs..

Satu lagi, prepaid. Yang tu, mostly aku guna untuk bisnes. Kalau online shopping pun, aku biasa guna yang tu.Untuk strangers la senang kata.

Setiap bulan, aku akan peruntukkan dua bahagian untuk telekomunikasi SAHAJA.
Bil, biasanya aku letak RM100. Kena time usage kurang, ada la balance dalam tu and boleh carry forward.
Setiap bulan memang aku akan bayar RM100 untuk bil SAHAJA.
Prepaid pulak, biasanya aku akan top up at least RM30. And biasanya, belum expired, dah kena top up lagi around RM5 to RM10.
So, secara kasar, total lost untuk telekomunikasi adalah RM140. Itu untuk aku sorang je. SEORANG.

Untuk Si Dia, aku tak pasti.
Tapi pernah la dengar dia merungut bil dia cecah RM300.

Lepas tu, early this year, kan aku balik kampung sebab berpantang deliver Iman.

Masa kenduri Aqiqah Iman, pakcik aku introduce la dengan satu produk ni.

Berkira-kira jugak la mula-mula tu.
Takut jugak la kan.
Tambah-tambah, postpaid. Sebab ada telco yang jenis menipu duit customers kan?
Kot ada charge tersembunyi ke apa.

Kami ambik risalah tu, dan baca.
Cuba hadam, dan kemudian kami decide nak cuba..

Alhamdulillah.
Sampai ke hari ni, masih setia la kata orang.
Dan yang paling seronok, peruntukan kami untuk phone billing ni..
Around RM100 lebih je untuk DUA ORANG.

Best ke best?
Untung ke untung?

Kan? Kan?

Kami pilih telco apa?

Heeee...

Kami pilih RedOne.

Ce la google apa RedOne ni.

Masalah coverage? So far, memang tak ada.
Sebab, dia pakai coverage Celcom.

So kat mana ada Celcom coverage, kat situ lah ada coverage dia.
Celcom kan common. Everywhere is Celcom territory. Kan? Kehkehkeh

So far, kalau tanya aku, aku bagi 5* untuk telco ni.

Later aku share lagi pasal benda ni.

Kalau korang berminat, boleh email aku untuk pertanyaan lanjut.
norainimnoor@gmail.com

** aku bukan agent. Sekadar berkongsi review dengan korang. Benda bagus, elok kongsi. Tak gittew?

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015