Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Lamanya

Assalamualaikum.
Fuhh. Macam lama dah tak singgah jenguk blog sendiri.
Tah kenapa nya.
Yang paling utama, sebab sekarang dah agak busy dengan cik Alya Amani dan keletahnya.

Banyak masa saya adalah digunakan untuk membelek dia.
Masa memang ada yang terluang, tapi asal terluang je, saya belek dia.
Kalau balik awal, saya kalut masak, siapkan diri, pam susu untuk dia, and ready nak g ambik dia, lepas tu teruskan membelek dia dengan penuh kecintaan. Huhuhu.

Nak belek research sendiri pun kadang tu rasa tak sekerap dan serajin membelek Cik Alya Amani.

Ehem. Cik Alya Amani,
Awak dah besar nanti, baca post ni, awak akan tahu betapanya ibu sayang sangat kat awak sampai kerja-kerja ibu kat lab pun dah jadi 2nd priority dah sekarang. Awak jangan derhaka tau. Dosa. Tuhan marah.

Cik Alya Amani sekarang dah makin bijak.
Tengah seronok meneroka alam baru.
Few weeks ago, saya perasan dia duk tenung dua penumbuk dia sampai juling mata.
Tergelak saya tengok.
Apalah agaknya yang ada dalam fikiran dia.
Lepas kejadian tu la dia mula semakin kerap mencuba nak hisap jari dia.
Before this, the whole penumbuk tu dia masuk dalam mulut.
Sekarang dah pandai la letak thumb, sometimes, termasuk jugak jari telunjuk. Comel!

Datang mood dia nak hisap jari, sampai bunyi 'srott..srott..srott..'
Kadang saya jadi confuse, budak ni lapar ke apa.
Huhu.

Cik Alya Amani masih belum boleh meniarap. Mengiring dah boleh la sikit-sikit.
Tak apa, take your time. Belajar slow-slow, nanti pandai la tu.. ^_^

Ok, sekarang masa untuk pam susu untuk bekalan dia ke nursery pulak.
Got to go. ^_^

Monday, June 4, 2012

Baby Ibu Dah Besar

Oh Anak.
Sekejap je Ibu rasa awak membesar.
Rasa baru sangat Ibu buat surprise kat Ayah dengan kehadiran nyawa awak dalam rahim Ibu.
Rasa baru sangat duk rasa awak tendang-tendang dalam perut Ibu ni.
Masa dalam perut, terasa lamanya la Ibu dapat jumpa awak secara live.
Now awak dah depan mata, terasa cepat pulak awak membesar.

Tahu tak..?
Makin hari awak makin cerdik.
Makin hari awak makin comel.
Ibu doakan awak menjadi anak yang cerdik dan pintar bila besar nanti. Juga menjadi orang yang memelihara agamanya dan maruahnya.
Ibu doakan awak menjadi anak yang cantik, tahu menghargai anugerah Allah. Ye sayang?
Hari-hari Ibu tengok awak, Ibu tak pernah jemu.
Setiap pagi awak bangun, awak mesti senyum dulu. Walaupun lepas tu awak menangis.
Sekarang, awak dah pandai macam-macam. Walaupun belum pandai berkata-kata, tapi awak pandai ambik hati Ibu.

Ibu rasa macam Ibu adalah segalanya bagi awak.
Bila awak menangis, tak ada orang boleh comfortkan awak selain Ibu.

Oh Alya Amani,
Awaklah permata hati Ibu selamanya.
Dan adik-adik awak nanti juga bakal menjadi permata hati Ibu.
Semoga awak dan adik-adik awak nanti dapat jadi saham dan aset Ibu dan Ayah di akhirat kelak.

Selamat membesar dengan sihat dan bijak, wahai anak Ibu, Nur Alya Amani.

** I have to admit that I am obsess with my own daughter. I bet all the mommies out there fell the same. Rite? ^_^

Monday, April 18, 2011

Convocation : My Brother


On 27th March 2011, he had his first convocation. Sorry, saya tak larat nak explain more. Let the pictures tell u the story. OK? Sorry jugak sebab lama sangat tak update. Kesihatan tak berapa nak mengizinkan saya mengadap blog. Hari-hari dah malam baru sampai rumah. Nasib baik ada husband. Hilang penat seharian mencari rezeki. Hiks. (>.<)


He was very excited when he saw me and his bro-in-law were there. And I was shocked when both of my heroes willing to capture a sweet moment just like this. Susah ok nak tengok dorang amek gambar sesame. Hihihi.


He loves his sisters so much and the sisters love him more than he knew. :)

More pictures coming up next...
^____^

Monday, December 27, 2010

Seronok Balik Kampung

Alhamdulillah.
Seronok betul pulang ke kampung.

Malam masa saya dalam perjalanan nak balik, adik sms saya tanya dah bertolak ke belum.
Dia cakap, bonda nak buatkan lontong. Oh My... Gembira betul rasa hati. Macam tau-tau je bonda neh. Anakanda memang teringatkan lontong bonda yang superb tu.

Sampai rumah subuh tu, terus rasa nak makan. Tapi sebab mata mengantok, saya tidur dulu kejap.

Pagi tu, sarapan dengan lontong air tangan bonda. Fuhhh. Tak puas. Rasa macam nak lagi, lagi, dan lagi.

Malam tu, bonda buat lauk kegemaran saya lagi. Terharu betul rasa hati. Ummi, sayang ummi dunia dan akhirat, hidup dan mati long. Terima kasih.

Semalam, which is Ahad... Saya dah kena balik KL. Isnin kerja. Phew. Tak puas. Tapi, tak pelah. At least dapat makan makanan kegemaran.

Thanks Ummi. Sayang beliau sepanjang hayat saya. ^___^

Tuesday, November 23, 2010

Tuesday, down. :)

Assalamualaikum.
As usual, Tuesday is gone. Wednesday will come. We're reaching the end of November. Dah nak masuk December. Waaaaaa. 2011 will come. Macam cepat je masa berlalu pergi.

Lately ni tak banyak sangat issue and hot story yang dapat dikongsi kat blog. Sibuk la kot. Idea tak sempat nak diperah keluar. Kat ofis pulak tempat duduk saya and PC saya sume orang boleh nampak. Memang strategik ah. Sampai hari tu saya bukak resume sapa tah yang ada dalam pendrive saya, orang department sebelah siap cakap saya nak cari keje lain dah. HUHU. InsyaALLAH, saya tak kan cari keje lain lagi dalam masa terdekat ni. Saya bahagia dengan life yang saya ada sekarang ni. Alhamdulillah. ^_^

Oh. Saya lupa nak kongsi. Baru-baru ni pulang menyambut Aidiladha di kampung. Syahdu betul bila tiba di rumah tatkala takbir berkumandang. Nasib baiklah bukan Aidilfitri. Kalau tidak, habis la banjir depan pintu rumah. Huhuhu.

Aidiladha yang paling penat penah saya lalui. Sampai kat rumah je, parents dah bersiap untuk ke tempat penyembelihan which is di kampung halaman saya. Walaupun jaraknya cuma mengambil masa tak sampai 45 minit, semua dikerah untuk turun padang awal. Sebab kalau lambat, lambat la dapat daging bahagian masing-masing. Nasib baik ayah sudi tunggu anak dara sulung beliau ni mandi dah bersiap. Bonda dan adik lelaki bertolak dulu.

Sampai di kampung, macam biasa lah. Salam-salam dengan sedara mara yang ada. Lepas tu terus ke tempat penyembelihan. Masa tu, Tuhan je tau betapa mengantoknya mata ni. Selesai je aktiviti korban, terpaksa membuat satu aktiviti yang tidak sepatotnya dibuat di hari raya korban. Huhu. Saya ikot ayah dan ajak adik lelaki balik rumah. Sebab saya nak tido. Huhuhuhu. Sepatotnya saya berada di rumah nenek untuk standby kat dapo. Tapi apakan daya, mata saya menuntut haknya. T__T Maaf semua kalau sikap saya pada hari tersebut membuatkan sesiapa saja terasa hati atau rasa macam tak puas hati and sewaktu dengannya sebab saya dah kira macam mencuri tulang di hari raya. Saya tak berniat. 

Jam 2.30 petang, ayah kejut saya dari tidur. Wahhhh. Masa tu rasa macam 'Selamat Pagi Malaysia'. Energy recharged. Haaaaa.. Barulah boleh buat kerja. Tapi tu lah, apakan daya. Kalau dah pukul 2.30 petang, semua benda dah siap la. Say tinggal pergi tolong makan je. Hihi. Tapi tak pe. Pinggan mangkuk saya tolong kutip dan basuh. Bukan makan, lepas tu tinggal atas meja macam tu je. Not good lah. Nanti nenek marah.

Petang sikit, dah lepas makan nasik berlaukkan daging here and there.. Saya ajak adik lelaki buat daging bakar. Biasanya lepas je korban, saya dan dia terus sediakan tempat nak buat semua tuh. Tapi apakan daya. Mata mengantuk macam apa je. Aktiviti kami tertunda sehinggalah lepas asar. Oh. Lupa. Sebenarnya lepas makan, saya rasa macam masih mengantok. -__-" Nasib baik bibik sangat prihatin. Bagi saya tumpang tidur dalam bilik dia. Huhuhu. Dah lepas bangun tu la baru saya buat aktiviti membakar daging. :) Arahan diberi oleh Ayah Su (adik bonda yang bongsu) saya.

Phewww. Aidiladha yang cukup mempenatkan, memengantukkan, menspoilkan mood, etc. Tapi cukup indah cuti saya kali ni. Apply for 2 days unpaid leave, got 5 days to be spent at my home sweet home. Sebab apa? Sebab campur Saturday and Sunday. Wiiiiiiiii.. :)

OK. Mata macam ngantuk. Esok kerja. Selamat Malam.
Semoga saya terus bekerja seikhlas hati Lillahi Ta'ala. Doakan saya.

Bismikallahumma Ahya Wa Amut.

Sunday, October 17, 2010

These People are My Strength | Convo Mode

Yeay. More convocations' pictures. Hehehe. 
Bersabar lah ye.
These people are really my strength. Thank You.

My Beloved Mom, Dad, Uncle, Auntie, Brother, Sister, Cousins and . . .
My Backbone.







Thursday, September 16, 2010

Siaran tertunda

Assalamualaikum..
Hari ni dah 7 Syawal.. Update pasal raya tak sempat lagi nak buat. Plus tak banyak sangat pon aktiviti tahun ni. Memandangkan family aku sampai umah nenek lambat sikit, so terlepas la sesi bergambar ramai-ramai. Kuciwa sangat.

The 1st raya tu macam biasa la, on the way to rumah nenek kami singgah Justify Fullbeberapa buah rumah dulu. Baby sitter adik aku, kawan ayah, ngan makcik aku. Then baru umah nenek. Oleh sebab 1st raya tahun ni fall on Friday, masa kami terhad. Kaum adam nak kena berkejaran untuk gi solat Jumaat. Hampa lagi. Biasanya proses berjalan kami akan berakhir sekitar jam 3 ke 4 petang. Tapi tahun ni, around 12 dah boleh balik rumah sejukkan badan pastu tido. Normally semasa berjalan ramai-ramai menziarahi sanak-saudara belah atuk la kami banyak posing dan bercamwhoring.. This year, tak ada. Sadis.

Oh. Lupa. Warna tema kami sekeluarga tahun ni was blue. hihihi. I like. Normally me and my sis ada 2 baju kurung. So we choose green for the 2nd day of raya. And macam berjanji la pulak me n my uncle's family. Dorang pon in blue. Berjalan beramai-ramai dah macam nk gi bernasyid berzanji pon ada.. Hihihi..

1st raya, macam biasa bonda akan buat lontong kegemaran aku dan adik. Hehehe. Memang kami 2 orang je makan. Yang lain tu tah la. Dorang tak suka agaknya. Sampai ke hari esok aku duk makan lontong tu. Tak puas ok. Nak tunggu jumpa raya tahun depan, belum tentu sempat. So, baiklah makan puas-puas.


***Oleh kerana kelambatan yang menyiput pada broadband ini, niat untuk menyertakan sekali gambar dalam entry ini terpaksa dibatalkan.. harap maaf..

Saturday, September 11, 2010

1 Syawal 1431

Assalamualaikum...
Introduction saja. Dah tak larat nak hapdate..
Semalam dengan hari ni schedule aku full.
So, later eh. Nyte.
Oh. And one more thing. We're in blue outfits yesterday.
Hihihi. Unplanned OK.
It's just a coincidence. Hihihi. I likeeee.
Last year pon macam ni jugak. Emmm. We have chemistry, right?
Ok. Till I have the energy to write again, nyte all. :)

Sunday, August 22, 2010

Happy Birthday Ayah

Hari ini tanggal 22 Ogos.. Hari ulangtahun kelahiran ayahanda tercinta. Hero hatiku dari dulu, kini dan buat selamanya. Biasa wish thru phone saja. Segan pulak bila live macam ini. Hiks. Mengada anak dia neh tau.

Ayahanda kini berusia 60 tahun. Oh. Macam tak sangka. Ayahanda tetap nampak tampan dan muda seperti dulu jugak (macam sukar nak terima ayahanda da 60 tahun T___T). Semoga ayahanda sentiasa sihat, berada dalam lindungan Yang Maha Esa, diberikan nikmat hidup di dunia dan akhirat yang tidak pernah putus oleh Yang Maha Pemurah, dan juga... Semoga anakanda ini sempat membalas segala jasa dan titik peluh penat lelah ayahanda selama membesarkan anakanda. Mode macam sayu je.

Ayahanda kurang sihat beberapa hari sebelum hari ulangtahun kelahiran beliau. Demam setiap petang. Risau jugak anakanda ini melihat. Tidak sampai hati. Mahu di bawa ke hospital, bonda cakap ayahanda tak nak. Hmmm.. Ayahanda, janganlah berdegil. Kami semua sayang ayahanda.

Ya Allah Yang Maha Mendengar,
Panjangkanlah usia ayah dan bonda ku.
Berilah mereka kesihatan yang baik agar mereka terus berdaya beribadah dan menghambakan diri padaMu Ya Tuhan..
Berilah aku peluang untuk membalas jasa mereka, menggembirakan mereka,
memberi kesenangan kepada mereka..
Kurniakanlah mereka kesenangan hidup di dunia dan juga di akhirat kelak.
Andai salah seorang dari keluarga kami pergi bertemuMu terlebih dahulu,
temukanlah kami kelak di syurgaMu..
Sayangilah dan kasihilah mereka seperti mereka menyayangi dan mengasihi aku dan adik-adik sewaktu kecil dahulu...
Jadikanlah kami semua antara golongan orang yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau kurniakan...
Amin. Ya Rabbal 'Alamin.

Selamat ulangtahun ayah.
Kami sayang ayah.
Emm...boleh anakanda kawen tahun depan tak ayahanda? =P

(n_n)

Sunday, June 20, 2010

Dia Hero Saya Sepanjang Hayat

Di sisi ibu kau setia menanti
Lahir anakmu menambahkan seri
Bersama aminan memuji Illahi

Di telingaku kanan dan kiri

Hari - hari makin mendewasakan

Hidupmu tabah penuh kecabaran
Dalam mendidik amanah tuhanmu
Sabar melayar kerenah yang seribu

24 tahun anakanda membesar, 24 tahun ini jugaklah pengorbanan yang ayah dah curahkan tanpa sebarang syarat dan bayaran. Ingat lagi ketika mula-mula belajar membaca dulu. Ayah orang yang paling supportive dalam mendidik aku. Ayah belikan aku majalah dewan pelajar seawal umurku 3-4 tahun. Diajarku membaca. Dipenuhi segala permintaanku. Aku juga tidak pernah lupa untuk memenuhi permintaan ayah untuk berjaya dalam pelajaran. Alhamdulillah, setakat aku di sekolah rendah belum pernah menghampakan harapan ayah. Setiap kali majlis penyampaian hadiah, ayah dan umi pasti akan mendapat jemputan.

Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan

Dirimu tetap gigih menuai rezeki

Menjadikan mimpi satu realiti

Biar ku tawar uang yang berjuta

Biar ku hampar selaut mutiara

Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

Aku semakin meningkat dewasa. Mula memasuki alam sekolah menengah. Alhamdulillah, berkat didikan ayah dan umi aku berjaya menyambung pelajran ke MRSM. Mungkin pada setengah orang, menjadi pelajar MRSM tidaklah begitu hebat. Tidak sehebat pelajar SBP. Tapi pada aku, ini sudah cukup unutk membuatkan ayah umi bahagia. At least mereka dapat lihat hasil titik peluh yang mereka dah keluarkan selama ini. Aku bersyukur mempunyai parent seperti mereka, aku bersyukur dan bangga menjadi pelajar MRSM (emm..yang ni macam tiba-tiba sangat.huhu).

Oh ayah akan ku bukti padamu

Curahan kasih tidak kusiakan

Mencapai cita jua kejayaan

Kan ku bela nasibmu di hari tua

Uhh...terasa macam sebak lah pulak bercerita mengenai ayah. Banyak kenangan bersama ayah yang dah aku kumpul dari kecil. Ayah adalah hero terpaling hebat yang pernah aku jumpa. Walaupun dulu aku penah mengangkat Power Rangers sebagai the most powerful heroes yang ada, tapi yang tu belum boleh mengalahkan ayah. kecik-kecik dulu rapat dengan ayah. Dah besar ni da macam malu kot. Huhuhu. Dah nak jadi bini orang pon dah. Ayah tetap cool masa bagitau dia yang aku nak kawen. Berat untuk dia lepaskan. Aku tahu. Tapi lumrah dan kenyataan yang harus ayah terima. lambat laun, ayah terpaksa jugak melepaskan tanggungjawab memelihara aku kepada orang lain. Hmmmm...

Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan

Dirimu tetap gigih menuai rezeki

Menjadikan mimpi satu realiti

Ayah...akanku buktikan segala titik peluh kalian berdua tidak sia-siakan. Anakanda kini sedang gigih mencari pekerjaan. Doakan rezeki anakanda dipermudahkan. Akan kubalas jasa kalian berdua.. Ini janjiku.
Biar ku tawar wang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara

Tak mungkin membalas segala jasa

Yang tidak ternilainya

Wednesday, June 2, 2010

saya sayang umi dan ayah

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan

Matahari
...

Yang dikurniakan dari Ilahi

Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat

Pada mereka kita beri hormat..
Bagilah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup kita akan selamat

(lagu ayah dan ibu nyanyian allahyarham Sudirman Hj.Arsyad)

Rasa macam berdosa sangat dengan ummi...
Buruk sangka dengan beliau..
Padahal beliau hanya mahukan yang terbaik untuk aku,
untuk anak-anak yang dia kandungkan selama 40 minggu..
Dia tak nak kami semua hidup susah sebab dia tak pernah biarkan kami semua hidup susah..

Tadi, lepas dengar penjelasan ummi..
Aku rasa macam nak cry me a river saja..
Terbayang dosa yang dah aku kumpul sejak buruk sangka ngan ummi malam semalam..
Kisahnya bermula dari cerita pasal kerja baru aku..

Beliau sebenarnya risau takot aku susah nak pergi kerja ke apa nanti.
Sebab tu beliau suruh aku tolak kerja tu.
Tapi tu lah, fikiran aku ni mungkin terhasut oleh syaitan laknatullah.
Aku boleh pulak fikir lain.
Hmmmm...

Ummi,
Long mintak ampun dan maaf..
Terima kasih untuk segalanya..
Untuk doa ummi untuk Long saban hari dari Long lahir hinggalah Long dah besar sekarang...
Terima kasih..

Ummi adalah ibu yang terbaik untuk Long..
Long sayang ummi..


Belaian Ibu ::: Hijjaz

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan

Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan


Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari

Mendakapimu penuh girang

Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang


Betapa ku merindu

Lembutnya belaian ibu

Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera

Tak ku lupakan


Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia

Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih

Betapa aku mengharap

Hadirnya restumu ibu

Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu

Oh... Ibu

Wednesday, March 10, 2010

kami orang biasa

assalamualaikum...

balik kampung for CNY holidays baru-baru ni..banyak buat sharing moment heart-to-heart dengan bunda...bukak cerita pasal macam-macam..segala yang aku tak tahu...aku dah mula tahu...banyak pesanan yang bunda sampaikan..secara direct and indirect..tapi aku faham la walaupun kekadang tu macam blur...

pegi wedding a friend of mine which is also anak kepada my mom's cousin..then all the way back tu bunda asyik cerita pasal wedding tu..aishhh..bunda dah tak sabar nak tengok anak dara sulung beliau kawen jugak kah??? haha...tak mungkinlah kot...kan??

huh..nampaknya bunda lagi particular about the wedding-things neh...susah jugak kalau nak penuhi hajat beliau tuh..tapi takpe...any wedding-things nanti..kite refer pada bunda...bia dia yang pilih..i dont mind..as long as she likes it...apa yang bagus dan cantik pada beliau...bagus dan cantik lah pada aku.... ^_^ she's my mom..

then..bercakap pasal segala benda...my future..my adik-adik's future..our family's future..everything la kan...but then..benda yang paling aku ingat and lekat dalam kepala is about status family kami...

she said..
"kita bukan orang kaya...jadi kita kena hidup cara kita lah..kita tak boleh nak ikot cara orang yang kaya...contohnya macam kalau kita kerja gaji RM2 sehari..so,hidup lah dengan cara orang bergaji RM2 sehari..tak boleh nak ikot cara orang bergaji RM200 sehari..."
uhh..baiklah bunda..baiklah..anakanda faham....

faham tak maksud my mom? and now..i'm implementing that one in my life..bukan baru mula..dah lama...but sekarang lagi obvious kot sebab memikirkan study pon dah dekat nak habis..and then memikirkan kerja pulak...so..i have to..kalau tak, takkan nak mengharapkan duit umi ayah je..diorang pon nak spend duit untuk adik-adik aku jugak...biarlah orang nak kata aku kedekut or what....tapi aku malas nak amek port..sebab i know who i am...aku bukan orang kaya..mak ayah tak masuk unibesiti pon..diorang cuma boleh harapkan anak-anak je agar belajar bersungguh-sungguh so that dapat masuk unibesiti..at least boleh jugak dorang pegi konvokesyen...

bila fikir-fikir pasal duit ni...memang sakit kepala..bukan senang nak dapatkan 1 sen..kalau dah jadi hak orang...jangan harap senang-senang boleh dapat...so balik hari tu..memang banyak la belajar...dah faham kenapa bunda selalu je korbankan segala kemahuan dia..dia mahu anak-anak dapat apa yang kami mahu...terima kasih umi ayah..semua ni dah lebih dari cukup...kami bersyukur...alhamdulillah...terima kasih again... ohh...tiba-tiba mode macam sedih.. -_-" rindu rumahhhhh...

itu sahaja...ummm...sebenarnya entri ini terbit sebab rasa rindu sangat dekat rumah..macam nak balik kampung hujung minggu ini...adik-adik semua bercuti....heaven nye la kalau dapat balik jumpa semua..teringin nak masak puding karamel...owwwhhhh......nak balikkkkk.... -_-"

Friday, February 12, 2010

CNY holiday

zwani.com myspace graphic comments

hohoho...
kite holiday lagi in week 10 of lectures..
4 weeks left meaning i will only have a month to enjoy my student life...
OMG..macam tak percaya saja...dah nak habisss...dah nak habisss...seronokkk....
tapi ada jugak part yang tak seronok..which is..senang ke aku dapat kerja nanti??
itu soalan yang paling aku takut dan aku tanak orang tanya..seriau ok..

this time..aku balik rumah lagi..walaupun baru je last 2 weeks balik..:)
bile lagi kan...plus my dad tak berapa sihat and i am so worried about that..

my dad got hernia..umm..hernia ni orang melayu panggil 'angin pasang'..if tak tau..sila google...
dah penah cerita pasal my dad ni on entries sebelum-sebelum ni..pasal operation die...alkisah nye..hari tu operation dia tak delay dah..kira dah on..my dad pon dah masuk wad..siap puasa semua dah...tup-tup..bila buat check-up..dia ada sedikit masalah pada jantung..masa tu..aku rasa macam..speechless..never ever thought about that although i knew he is a smoker...memang tak pernah sangka langsung...tapi it is better to know awal-awal macam ni..kan? so that nanti boleh jaga makan dia and what so ever lagi kan?

yesterday..masa tengah-tengah packing, my atuk called me..he said my dad has been warded again...masa tuh dah terkejut dah..sebab ape kah?? aku sangat risau and sangat tak nak dengar kalau reason dia is sebab jantung....syukur alhamdulillah my atuk said it is because of hernia...bukan bersyukur because dia sakit..tapi bersyukur it is not related with his heart at all...
tapi yang membuatkan aku worried all night long is...doc tak boleh nak buat apa..because of the heart problem..doc cakap..dorang tak berani nak proceed the operation because my dads' heart beats gave an abnormal respond when they gave him anesthetic..so memang diorang tak berani..plus my dad ada makan ubat untuk mencairkan darah (i dont know the exact name of that medicine)..so..doc takut bleeding sangat banyak..thats' why laa..

sangat sedih bila memikirkan keadaan ayah..sepanjang hidup aku..hanya sekali aku tengok dia terbaring dekt katil dalam wad..itu pun aku tak stay lama..duduk sekejap je then aku keluar..aku nangis ok..sedih..he is my hero..aku tak sanggup nak tengok dia dalam keadaan macam tu..seriously tak sanggup...dah plan dah..if dia tak dibenarkan keluar lagi sepanjang aku cuti ni..aku mungkin akan pegi hospital..tapi aku takkan masuk duduk dekat katil dia..aku tak sanggup...tak sanggup... T____T

so now..aku dah rasa macam lega sikit..sebab dah boleh tengok dia sihat macam before ni walaupon jalan masih slow-slow je..tapi ok la..at least aku tak tengok dia terbaring dalam wad..and aku harap sangat dia cepat sembuh...aku masih belum bersedia untuk sebarang kemungkinan yang memang pasti itu..seriously..aku masih perlukan dia..aku masih mahu melihat dia ketawa..mahu mendengar suara dia..aku masih mahu dimarahi olehnya walaupun aku tahu aku takkan kena marah dah sebab umur pon dah nak masuk 24 tahun..aku mahu dia menjadi wali aku ketika aku diijabqabulkan nanti..aku mahu dia ada masa aku menerima scroll October ini...sembuhkanlah sakit ayahku ya ALLAH...

****sahabat-sahabat...doakan ayahandaku...terima kasih...jasa kalian, hanya ALLAH yang mampu balas...

Ya ALLAH..lanjutkanlah usia kedua ibubapa ku..atuk dan nenekku..serta seluruh ahli keluargaku...berilah mereka kesihatan yang baik..agar aku sempat berbakti kepada mereka..agar mereka sempat melihat kejayaan aku..hasil titik peluh mereka membesarkan aku...amin... bantu aku ya ALLAH...

Saturday, November 28, 2009

Aidiladha 2009

Alhamdulillah...selesai sudah acara korban lembu semalam...sungguh penat walaupon bukan aku yang semelih sume lembu-lembu itu..huhu...penat tengok orang buat keje...semalam and hari ni..keje aku adalah makan daging..makan daging..dan makan daging...baru dua hari dah rasa macam perkembangan badan ni sangat pesat..macam takleh nak cakap dah macamana...rasa macam balik kampus nanti aku nak sorok scale aku tu takmau timbang..aku takot nanti kalau timbang,histeria menggelupur pulak dekat situ..sape nak jawab nanti..kan?kan?

Susah la bila dekat rumah...asyik nak makan je walaupun perut tak mintak untuk diisi..tak best..agaknya dekat rumah senang nak cari makan..langkah je 2,3 kerat dah sampai kitchen..kalau dekat kampus..nak mengunyah,kena pegi cafe...yang mana aku rasa sangat malas nak pegi kalau perut tak lapa sangat..kat rumah ni..berjaya maintain shake once a day sahaja ok..coach..ampun..ampun..huhu...and air pon tak minum banyak..walaupon toilet sebelah je dengan room aku...adeyyyy...abes laa..padahal dah prepare air masak siap-siap dekat bilik..tapi macam payah sangat nak abeskan 1 botol 1.5L tu dalam sehari..ape nak jadi tah...kalau dekat kampus,memang akan paksa diri agar habiskan 1.5l antara wktu bfast and lunch..lepas tu 1.5l lagi between lunch n minum petang..another 1.5l between minum petang until aku tido...tapi kat rumah susah sungguh...mungkin sebab aktiviti kat rumah macam tak penat sangat..so,tak haus..kalau kat kampus,ulang alik pegi engin sehari dah bape kali...mau tak penat...huhu...

emmm....rasanya macam dah agak lari tajuk ni..nak cerita pasal aidiladha..tapi dah macam tercerita pasal diet..huhu...ape kes kan?huhu...aidiladha aku macam biasa..macam orang lain jugak..ade daging lembu yang agak-agak macam boleh buat bekalan sebulan tak yah beli daging dah..huhu...hari-hari ngadap daging..daging gulai,daging singgang,daging goreng...hmm..and yang paling istimewa..hidangan wajib bagi kami muda-mudi keluarga haji budin ialah...bakar daging..makan dekat situ jugak..heaven beb..:) kali ni aku bakar daging dengan budak-budak..tetibe terasa muda..before ni dengan cousins yang seangkatan umo..huhu..tapi seronok la..cuma tahun ni aku agak kurang la makan..sebab dalam kepala semacam ada signal yang menyampaikan maklumat bahawa aku sudah kenyang..aku sudah kenyang..huhu..penangal HL la ni..siyess..after consuming HL, aku macam cepat kenyang bila makan..tapi..kalau bagi nasik ada budu..huhu..rosak sume signal tuh..haha..:) aku akan makan secara banyak.. ^_^"

ok...itu saja kot..and..ni ada gambar-gambar masa raya semalam....silalah..:)



Friday, October 23, 2009

postponed AGAIN..

aku message ummi malam 21Oct tu...
nak tanya how my dad was?was he warded or not...bla..bla..bla..then...she told me that my dad's operation has been postponed...aiyaaaaa......WTH laaaa....

ingat tak i have told u pasal my dad dekat end of this post?
sekarang benda tu did not happen yet pon..bukan apa...aku rasa sangat marah la sebab this is the second time doc postponed my dad's operation..the doc said that there is other people yang lagi worst than my dad...OMG..WTH(again) la kann....dia tak tau time my dad sakit, guling-guling tak leh bangun tak selera makan bagai...frust sangat dengan service tu...i asked my mum..if buat dekat private will cost how much...then my said that it's almost 5k...

lepas tu...macam terkejut jugak..sebab we didn't come from a full-of-money-family....so macam terpaksa akur and redha la dengan decision doc itu...but then bila fikir-fikir...i've told my mum to use our savings in Tabung Haji...since the savings are saved by my mum herself..so,why don't she just use it for her own husband...lagipun, duit boleh dicari...as long as my dad dah tak sakit...we all sangat la seronok...

poor my ummi...sebab everytime she have to work at Kuala Terengganu, she will be very worried about my dad..ye la..now dah tinggal both of them je dekat rumah..if ada aku, adik-adik..tade la she worried sangat...my mum pon cakap..dia takkan senang hati selagi my dad belum betul-betul sembuh...ohhh....poor my mum....

help my parents ya ALLAH...

Monday, September 28, 2009

album aidilfitri 1430H part 2

aaaaaaa........sila-sila...jemput lah....nak buat open house,belum ade house sendiri...so..mampu open blog je la...haha....sila gelak....:)
jom jamu mata...nak jamu kuih...sori la...banyak da abes..ngeeeee...

ini gambar bersama kazen-kazen terchenta....yang sungguh happening.....kene pulak warna tema dekat-dekat nak sama..:)

ini masa kami beraya dekat rumah adik kepada atok..seperti yang da dihuraikan dekat sini hari tuh....inilah sawah itu...:) damai kan??

ini pulak adalah kazen-kazen yang ada....berjaya kumpulkan cucu-cucu atok dan nenek yang ini aje..anak-anak ayahsu aku tade dalam gamba sebab dorang raya dekat belah mak dorang....:)

ini pulak...bersama atok dan nenek....huhu...aku dan keluarga tade...sebabnye...da beraya ke tempat lain...:)

inilah kami..yang sama-sama membesar dulu...zaman kanak-kanak kami amat menyeronokkan....hoyeahhh..... ^_^

ini gambar 3 keluarga....anak-anak kepada atok dan nenek...
bersama keluarga masing-masing..:)

*sila klik gambar untuk saiz dinasour...:)

Wednesday, September 23, 2009

album aidilfitri 1430H

aaa....ini gambarku dengan anak kepada sepupu ummi...so...
aku ialah ______(isi tempat kosong sebab aku sendiri pon taktau ape status aku dengan baby ini....huhu...)

aku bersama seorang teman rapat...haha..kena tipu semua...beliau ialah my cuz...huhu...kami memang rapat.... (weii...sorii..aku lupe nk padam jerawat ko.. ^_^ )

gambar ni aku suke...heee...bersama kazen2 pompuan...yang dah meningkat dewasa...yang kecik-kecik tak leh join..huhu...sebab?? sebabnya...zaman kami membesar adalah sama...zaman dorang..tak sama...

kami bertiga...:)

berbackgroundkan bendang dekat rumah adik kepada atok kami...seronok dapat jumpa bendang..terus macam excited giler nak amek gambar..padahal belum sempat naik ziarah rumah adik kepada atok...kami macam tak reti nak duduk diam dah dalam rumah...sebab tak sabar nak turun bergambar...HAHA...tengok tuh..niat sudah lari..bukan datang nak ziarah sanak saudara...tapi lagi lebih kepada nak bergambar..

*connection macam agak tak betol ni...tak dapat nak letak pic lagi...nanti da ok...aku letak ye....banyak lagi....daaaaa....

Sunday, September 20, 2009

Super Exhausted AIDILFITRI

adoyaiii..
penat sungguh hari ni...
penat menjerit-jerit..
penat gelak-gelak..
penat bergambar-gambar...
penat melayan tetamu of course..
penat layan cousins yang berpangkat junior..
penat mentengok karenah cousins cilik ini berkelakuan yang sumpah comel..walaupon kadang-kadang macam geram jugak...heeeee.... ^_^
penat yang gembira lah hari ni...sungguh....dah rasa macam jadi kanak-kanak balik....heeeee.....

pagi-pagi lagi...sesudah solat sunat aidlifitri..
sesudah kami bermaaf-maafan antara keluarga nukleus kami...
kami memulakan misi beraya ke rumah orang...

rumah pertama yang kami serang ialah rumah ex-baby sitter adik bongsu aku...
then rumah makcik kitorang juga merangkap ex-baby sitter aku dan adik lelakiku...

lepas tu terus bergerak ke rumah nenek..
sampai sane..
memulakan sessi fotografi raya...sessi kegemaran semua anak-anak muda dalam keluarga Hj.Budin... ^_^
sungguh seronok..
memang kalau turn ayahngah ku kena belah kampung kami...
sessi fotografi ni takkan penah takde...

sessi fotografi ni sungguh gamat..
banyak sungguh orang yang nak bagi arahan..
orang-orang yang akan di'shoot' pulak macam tak paham arahan..HAHA..
pening semuanya..

da selesai semua..
bergerak ke rumah siblings nenek yang tinggal berhampiran..
sesudah tu...ke rumah siblings atok pulak..

penat sungguh...dah pukul 3 lebih baru kembali ke rumah atok..phewww.....
*kesat peluh dekat dahi*

dah tu pulak...ade la tetamu-tetamu pulak datang..
penat lagi...layan tetamu segala...
lepas tu macam nak balik rumah la pulak..
rehat dekat rumah..huhu..

dah sampai rumah...
adik-adik ummi pulak datang...
lepas sorang balik,sorang lagi pulak sampai...

kali ni...datang nak main mercun...
sebab ayahsu aku ade sorang je son..
so..memang the only son in the family close dengan the only son of our family..
walopun sorang umo 19tahun..lagi sorang umo 6tahun..HAHAHA...
dorang main mercun sampai dah rasa macam duk dekat negara yang tengah berperang..

dah setel sume...
berangkatlah mereka pulang..
ketika ini..jam dah pukul 10.35 p.m...
tapi mata aku dah rasa macam pukul 2 pagi..
mengantok yang amat..
hajat dihati nak edit-edit gambar tadi..
tapi....
esok lah kot...HAHAHA...

so..layan je lah mana yang ada ni ye..=)

Saturday, September 19, 2009

biskut nestum idaman kalbu

ini cerita pasal kuih raya..
tahun ni berjaya jadi chief chef...
biasanya setakat jadi co-chef je...huhu
tahun ini...berganding bahu dengan adik pompuanku yang seorang itu..
bertungkus lumus membuat biskut kegemaran ini...
BISKUT NESTUM IDAMAN KALBU....
sila amek perhatian...2 patah perkataan selepas biskut nestum itu adalah rekaan semata-mata..tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun mati...

heh..cukup lah mengarut..
sekarang..nak share resepi menarik ini..
sebelum itu..nak bagitahu..
kami mengenali biskut ini selepas pergi beraya rumah kawan ummi..
dengan tanpa segan silu..terus mintak resepi dan makcik tu siap bagi 1 tupperware untuk kami bawak balik rumah... thanks makcik.. ^_^

nak buat benda ni senang je sebenarnya..
ingatkan susah...
tapi sebenarnya..alaahhh..sebelah mata pon siap..
heh..bangga diri neh..

bahan-bahan dia;
500g minyak sapi
1 cawan gula halus
2 cawan nestum yang dah di blend halus
2 cawan susu tepung
tepung gandum
1 biji telur kuning
ummm...rasenye ini je kot..

cara-cara nak buat dia;
mula-mula...campur minyak sapi,telur kuning dengan gula halus...
then gaul la smpai dorang tu sebati dekat dalam bekas...
bila dah macam betol-betol sebati..
letak pulak nestum n susu tepung tadi..
gaul lagi sampai sebati sehati sejiwa lagi..
finally letak lah tepung gandum tu nak bagi dia macam lembut sikit..

lepas tu kan...
aku macam rasa doh aku ni terlalu lembut la pulak..
sampai tak dapat nak bentukkan dia..
so...lepas pikir-pikir..
aku tanak tambah gandum..sebab nanti tak sedap la kalau rasa gandum lebih..
so,decided nak letak nestum tadi..
bila dah letak...
agak-agak dalam 3 cawan lagi kot..
hehe..
memandai alter resepi orang...aishhh...
then baru lah macam jadi...
so,buat bentuk bulat-bulat dan letak dalam cup tu..
kerja adik aku adalah mentabur bijik-bijik comel warna-warni tu..

so..sebelum masuk oven..rupa dia begini..
sila rujuk gambar di bawah... ^_^


bila da siap sume...masuk dalam oven temperature agak-agak dalam range 130-150 Celcius..
lepas tu bakar dia dalam masa antara 7-10 minit aje...
masa mula-mula nak kua kan 1st batch of biskut nestum ni..
aku dah macam cuak..
ye laa..takot tak jadi..
nanti kena gelak dengan ummi..
keluarkan dia dengan penuh debaran..
sejukkan kejap...
lepas tu..
ngaaappp...
*sangat teruja sebab tak sangka rasa dia sedap..lagi sedap daripada yang ummi buat...heh..perasan la pulak...*

lepas tu meneruskan lagi usaha...
nak abiskan sume doh yang dah dibuat tadi..
gambar kat bawah ni..
gambar biskut nestum yang dah masak..
aku berjaya menghasilkan
250 (tak tau nak bagi penjodoh bilangan yang sesuai..) biskut nestum..
sangat rasa macam tak percaya diri sendiri mempunyai bakat buat sume tuh...
hehe..
ni yang macam excited nak buat lagi ni..
^_^

nostalgia ramadhan dan syawal...

huhu..
selamat datang ke entri yang penuh kenangan dan nostalgia...
heeeeee....
sepatotnya entri ni di splitkan...
satu untuk masa nak sambut Ramadhan hari tu..
and 1 untuk masa nak sambut syawal pulak...
tapi tak pe laa....
terlupa...:)

kita mulakan dengan kisah ramadhan zaman kanak-kanakku yang gemilang dulu..cehh..sumpah menyampah...bangga diri la pulekkk...... T__T

dulu...masa kecik-kecik..semangat tau bila dah datang bulan Ramadhan...menu berbuka yang paling feveret dulu,kini dan selamanya ialah gulai terung dan ikan tenggiri goreng...bila nka masuk je bulan puasa...ummi akan standby stok ikan tenggiri dalam peti ais...sampai sekarang pon...gulai terung dan ikan tenggiri goreng tetap menjadi pilihan kalbu...

dulu...masa berbuka...adalah masa yang sangat lah ditunggu..sampai sekarang pon...hehe...tapi..waktu sahur...adalah saat yang terpaling tidak seronok...selalu bagitau ummi tanak sahur...bajet kuatlah tu tanak bangun sahur..lepas tu bila dah siang,belum masuk zohor dan buat muka ikan masin...huh..itulah..kanak-kanak...

selalunya...waktu sahur..memang takkan makan banyak..rasa macam tekak tak boleh nak telan..agaknya sebab masih baru...tak pernah makan seawal itu....tapi sekarang..tiada masalah lagi..malah bertambah seronok bila dapat bangun sahur dan akan tersedih-sedih bila terlajak sahur....huh...sungguh berbeza bukan??

dulu...suka sangat rancangan buat kuih raya..bila bulan puasa macam ni..memang banyak lah kan rancangan macam tu...aku selalu akan standby depan tv dengan pen dan kertas..agak-agak nampak cantik dan sedap hasil yang chef tu buat..aku salin resepi..dengan harapan ummi nak buat...tapi...huhu....tak buat pon...masih ada lagi kertas resepi itu..tapi aku malas nak ambik gambar..buruk bebenor tulisan masa tu..:)

yang paling tak dapat dilupakan...sementara nak tunggu waktu berbuka..aku ada satu aktiviti yang aku takkan miss...disebabkan terpengaruh dengan rancangan-rancangan masakan di kaca tv seperti uli-uli aidilfitri,riang ria aidilfitri bersama nestle conrflake, dan lain-lain....aku pon berazam nak buat rancangan sendiri..masa tu kami masih 2 beradik..aku dan juga my brother...dulu asal petang je..cepat-cepat mandi dan tukar pakai baju tido..sebab ummi cakap,tak boleh mandi lepas asar..nanti kurus puasa... ^_^ lepas tu...da setel sume..aku akan turun main dekat 1 pangkin tepi rumah..main ape tahu? main konon-konon aku masak macam dalam rancangan tv tuh...sumpah malu bila ingat balik..harap jiran sebelah rumah tak nampak segala aktiviti tak siuman aku tuh..siap bercakap sorang-sorang macam orang dalam tv tuh i tell u..uhhhh...sumpah malu...ok..*blushing*

itulah antara nostalgia yang masih segar tersimpan dalam RAM aku nih..huhu....bila masuk bab syawal pulak...aku akan tak sabar-sabar nak tunggu kepulangan kazens yang dari KL tuh..dorang balik je,aku akan sibuk-sibuk pujuk ummi cakap nak tido umah nenek..nak main bungan api.. lepas tu..ummi tak bagi..tersedih-sedih lagi... T__T

pagi-pagi raya...aku akan bergerak from rumah aku ke rumah nenek yang mengambil masa kurang 30 minit..biasanya..kazen aku pagi-pagi dah sibuk duk call tanya bila nak sampai..sebab mission kami takkan berjalan selagi tak cukup ahli kumpulan...heeeee.... ^_^

yang paling tak leh lupa...ada 1 tahun tu..tah ape kena dengan kami..pegi buat kerja berani mati..sumpah malu jugak bila ingat balik...tahun-tahun sebelumnya..memang kami beraya area-area terdekat je untuk collect duit raya..tapi..tahun tu tah semangat apa tah yang memupuk kami untuk berjalan satu kampung..

memang sume rumah kami jelajah dan terjah...huhu..dah la siap tuan rumah tak kenal pon kami terjah....tapi nasib baik atok kami ada orang kenal..so,jawab je la cucu atok..heeee... ade 1 rumah ni kan..kami memang excited gile nak masuk..sebab rumah tu paling besar yang ade dekat kampung kami...kami dah pasang angan-angan dah masa tu...mesti tuan rumah ni bagi banyak..

so..kami pon terjah..bagi salam macam biasa...tuan rumah bukak pintu macam biasa dan kami masuk..tapi..alangkah terkejut nye..rumah tu macam tade gaya rumah orang sambut aidilfitri pon..ade 3 orang je penghuni nya..mak,ayah dan sorang anak dia yang macam sakit..masa tu kan kecik lagi..so mane lah pandai nak pikir yang bukan-bukan pasal orang..otak masih bersih..hati pon baik lagi...

tuan rumah tu macam scary sebenarnya bila diingat balik...dah la hidang kitorang air sirap je..tade kuih pon...pastu dah la gelas kena kongsi..hampeh tak?? yang paling takleh blah...dia bagi duit raya....50 sen sorang....memang hampa dah kami masa tu..terus cabut...tengah jalan tu duk cakap-cakap pasal tuan rumah tadi..huhu...

bila balik,ibubapa masing-masing dah macam risau ingat anak mereka sesat ke ape tah..ye la..sebab dah dekat nak masuk zohor baru kami tiba di rumah nenek...^_^ bila cerita dekat ibubapa masing-masing,dorang terkejut..and..kami baru tahu yang rumah besar tu adalah rumah tok bomoh...HAHAHA.....tapi nak wat cane kan..dah pegi..bukan boleh cancel balik kan? halal je la..lagi pon hari raya..standard lah budak-budak datang terjah rumah-rumah orang...

huhu..sungguh seronok lah bila teringat zaman dulu-dulu...cepat sungguh la masa berlalu..sekarang semuanya dah besar...dah matured...ada yang dah bersuami pon..masing-masing dah tak comot macam dulu....tapi tak pe la..yang penting...aidilfitri kami tetap disambut bersama-sama..walopun dah tade siri terjah-terjah rumah orang....

ok..tiba-tiba tade idea..cerita pon da abes...entry tamat..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015