Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Persiapan Aidilfitri.

Gojes sume dah up persiapan raya masing-masing..
Aku?
Mood ke laut la..
Ni semua thesis punya pasal... Nak kena settle by October at least.. 
Memang hampa la kan nak cite-cite perihal raya.
Kuih raya pun aku guna kuasa jari je. Tunjuk-tunjuk, pastu mintak bajet dengan incik hubby. 

Ok kita tengok 1 per 1.

1. Kuih Raya.
Dah selamat collect dari seller. 
Alhamdulillah, tak banyak pun. Memadai lah. 
Lebihkan sikit untuk bonda dan bonda mertua di kampung..

2. Baju Raya Anak Beranak.
Yang ni memang best. Tak kalut nak sesak-sesak tengah KL nun dah. Lega.
Sebabnya, masa awal tahun aritu, masa Jakel buat sale kaw-kaw, aku dah angkut siap-siap.
Masa nak beli tu, aku pegi dengan kawan-kawan je. Sebab dah aim pun tahun ni theme macamana kan.
Eh. Aku yang setup. Haruslah tahu, kan? 
So masa tu, memang rambang mata sebab murahhhh teramat. 
Baju melayu kain Valentro boleh dapat less than RM100 ko. 
Walhal semeter kain tu pun dah bape puluh hengget.
Untuk aku dan Cik Alya, beli kain meter je lah sebab memang jarang beli ready-made.
Susah nak jumpa saiz...
So, disebabkan nak bagi sama dengan ayahnya, aku beli 2 meter kain valentro tu untuk buat baju aku.
Baju kurung je u ols. >.<
Kenapa tak beli 4 meter? 
Haaaaa.. Sebabbbbb.. Save bajet katanya.
Semeter lepas less pun dah doploh lebih kot...
Jadiknya aku cari alternatif lain, buat match make gitu.
Untuk buat kain, jumpa 1 corak ni comel. Sesuai untuk Cik Alya.
So, zasss 3 meter. 2 untuk kain aku, 1 untuk sepasang kurung Cik Alya.
Total loss masa tu tak sampai RM200.
Puas hati. Hantar tailor kat kampung, baru berapa...
So, berjimat cermat di situ. 

Kiranya untuk baju hari raya pertama, dah setel since awal tahun lagi. 
Puasa pun belom.
Gila semangat. 
Incik hubby pelik sebab aku cakap aku nak beli baju melayu.
Dia tanya, "ada kenduri sape?"
Hahaha.

Baju Cik Alya yang lain-lainnya (casual wears), aku beli masa warehouse SOGO dulu.
Ermmm.. few months ago la.
Nasib beli saiz beso. Kalau takkkkk..
Harapan laaa...
Dan ada la tambahan-tambahan yang kami add on 2 hari lepas.
Tu pun soping kat Manjaku Gombak ni je. 
Ada sales.. 
Tak kuasa aku nak redah KL selaut umat manusia nun semata nak cari itu je.
Kasut Cik Alya pun awal-awal aku dah beli. Hahaha.
Dah terberkenan. Nak buat camno..

Kasut Ibu Ayahnya pulak, baru beli lastweek.
Incik hubby tu pulak siap dah rasmi dah kasut raya dia.
Haha.
Redah AEON Big je.
Beli kat XES.
BATA tak best sebab tak ada choices sangat plus design tak cantek.
Erkk. Yang aku beli ni pun bukan la cantik sangat, tapi berkenan dihati.
Kat BATA takde yang berkenan.

Casual wear aku adalah nan hado ye.
Incik hubby ada la 2,3 lai kot.
Alaaa. Aku tak rasa dah jadi mak-mak ni casual wear tu perlu.
Pada aku lah.
Sebabnya, tak tau nak pakai apa.
Ada la 2 pasang skirt match fishtail tu aku jarang pakai.
So, ok lah kot buat casual wear raya nanti. Kan?
Dah jadi mak-mak ni banyak pulak fikir pasal duit. Ye tak?
Sanggup berhabis untuk anak dan suami.
Diri sendiri kendian pun tak apa.
>.<

Pastu, aku ada la tempah baju untuk wedding geng skolah dulu.
Plain, tapi aku add on border lace.
Tu pun aku rasa boleh buat baju raya.
So, kesimpulannya, baju raya aku dah cukup.
Tak penting sangat pun dah bila dah terasa diri ni mak-mak.
Asalkan anak dan suami ok, i ols is ok jugak la..

3. Kasut Raya.
Dah tercerita pulak kat atas.
>.<

4. Perabot Raya.
Nan hado walaupun incik hubby insist nak tukar.
Aku pun macam teringin jugak sebenarnya.
Tapi bila tengok condition barang-barang yang ada, rasanya masih elok.
Tak patah pun kalau orang duduk. Huhu.
Tahun depan lah kita tukar ye bang?
>.<

5. Duit Raya.
Alhamdulillah, dah tukar.
Memandangkan kakitangan awam tak ada bonus tahun ini, maka duit raya adalah versi bajet.
Hahahaha.
Ehhh. Ok lah daripada tak ada kannn?
Kakitangan awam tu haruslah incik hubby kan..
As for me pulak, memang jangan harap lah.
Sumbangan ikhlas pun nan hado.
Elaun bulanan tu je lah semata.
Nasib baik ada bonus Shaklee. Boleh buat duit raya budak-budak.
Eh?
Huhu..

Haa.. Rasanya itu je lah kot persiapan aku setakat ini.
Dan rasanya tak ada tambah-tambah lagi dah.
Berpada-pada lah kan.
Memang raya setahun sekali, tapi kang makan serdak kuih pulak lepas raya.
Aku tak kata kat orang, aku kata kat diri sendiri. Sebab dulu before kawen pernah dah lalui pengalaman itu. 
Hahaha..

Ok.
Sekarang get back on track.
Papai.

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri untuk Semua

source: found in google engin, Clemfour.

Assalamualaikum.
Di pagi raya ini, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf atas segala silap dan salah selama menulis di sini. Segala kata-kata yang tercoret di sini yang mungkin mengguris hati mana-mana pihak, ampun maaf dipinta. Buat sahabat-sahabat saya, maafkan saya andai ada tersilap kata atau bicara, secara langsung atau tidak. Minta dihalalkan segala terkurang dan terlebih. Buat sahabat-sahabat maya, juga maaf saya pohon.

Dan untuk semua,
Tabarakallahu Minna Wa Minn Kum, Semoga Allah menerima segala ibadah kita sebulan yang lalu.
Salam Aidilfitri.

Marilah sama-sama berdoa agar kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun hadapan. Semoga ini bukan Ramadhan terakhir kita. Ameen.

Monday, September 20, 2010

Photo Sharing : Our Aidilfitri

My Siblings.
Nur Aisyah, Nur Azdli, Noraini
(susunan menaik ye. Which is yang nama paling awal is the youngest.
The middle tu maintain the same, and the last one is the eldest.
Emmmm.. But I don't look like the eldest. Do I? Hahahaha)


Me and Youngest Sister, Masjid Hadhari, Jerteh



Myself.


Me + Cousin
Pretty Cousin I have.
^__^

Thursday, September 16, 2010

Siaran tertunda

Assalamualaikum..
Hari ni dah 7 Syawal.. Update pasal raya tak sempat lagi nak buat. Plus tak banyak sangat pon aktiviti tahun ni. Memandangkan family aku sampai umah nenek lambat sikit, so terlepas la sesi bergambar ramai-ramai. Kuciwa sangat.

The 1st raya tu macam biasa la, on the way to rumah nenek kami singgah Justify Fullbeberapa buah rumah dulu. Baby sitter adik aku, kawan ayah, ngan makcik aku. Then baru umah nenek. Oleh sebab 1st raya tahun ni fall on Friday, masa kami terhad. Kaum adam nak kena berkejaran untuk gi solat Jumaat. Hampa lagi. Biasanya proses berjalan kami akan berakhir sekitar jam 3 ke 4 petang. Tapi tahun ni, around 12 dah boleh balik rumah sejukkan badan pastu tido. Normally semasa berjalan ramai-ramai menziarahi sanak-saudara belah atuk la kami banyak posing dan bercamwhoring.. This year, tak ada. Sadis.

Oh. Lupa. Warna tema kami sekeluarga tahun ni was blue. hihihi. I like. Normally me and my sis ada 2 baju kurung. So we choose green for the 2nd day of raya. And macam berjanji la pulak me n my uncle's family. Dorang pon in blue. Berjalan beramai-ramai dah macam nk gi bernasyid berzanji pon ada.. Hihihi..

1st raya, macam biasa bonda akan buat lontong kegemaran aku dan adik. Hehehe. Memang kami 2 orang je makan. Yang lain tu tah la. Dorang tak suka agaknya. Sampai ke hari esok aku duk makan lontong tu. Tak puas ok. Nak tunggu jumpa raya tahun depan, belum tentu sempat. So, baiklah makan puas-puas.


***Oleh kerana kelambatan yang menyiput pada broadband ini, niat untuk menyertakan sekali gambar dalam entry ini terpaksa dibatalkan.. harap maaf..

Saturday, September 11, 2010

1 Syawal 1431

Assalamualaikum...
Introduction saja. Dah tak larat nak hapdate..
Semalam dengan hari ni schedule aku full.
So, later eh. Nyte.
Oh. And one more thing. We're in blue outfits yesterday.
Hihihi. Unplanned OK.
It's just a coincidence. Hihihi. I likeeee.
Last year pon macam ni jugak. Emmm. We have chemistry, right?
Ok. Till I have the energy to write again, nyte all. :)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015