Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Monday, June 30, 2014

No Title



Aku kan... Payah nak marah.
Tak percaya?
Tanya la sesiapa yang kenal aku since belas-belas tahun lepas.
Tanya berapa kali aku mengamuk sebab marah sepanjang aku kawan dengan diorang.

Aku kan... Selalu fikir perasaan orang.
Aku selalu cuba yang terbaik untuk jaga perasaan orang.
Terutama orang-orang yang dekat dengan aku walaupun aku sebenarnya tak suka.

Tapi kan.. Sampai bila ek asyik kita je nak kena jaga hati orang, walhal orang langsung tak fikir hati kita?
Sampai bila agak-agak?
Sampai aku mati?

Jangan ingat emo sendiri je. Orang lain pun manusia biasa yang boleh emo.
Berpada-padalah.
Itu je aku nak cakap.

Lama-lama, orang pijak kepala aku.
Mungkin lepas ni aku tak boleh nak baik sangat.
Tak boleh nak sabar sangat.
Sekali sekala biar tunjuk jugak belang.
Bukan tunjuk perasaan.
Tapi sekadar nak orang sedar yang aku juga berperasaan.

Ok bai.


Thursday, August 2, 2012

Mood Raya Ke Laut

Assalamualaikum.

Haaaaa. Mood raya ke laut dek kerana banyak sebab. Antaranya ialah;

  1. Baju raya tak ada. (Eh. Bukan tak ada. Tapi tak macam tahun-tahun lepas. Tak merasa pilih-pilih kain ngan mak kat Pasar Kuala Besut. Tak merasa anta kain kat tukang jahit belakang rumah.)
  2. Kasut/Selipar raya tak ada. (Ni ha yang saya duk pakai sekarang, since awal pregnancy tahun lepas. Tapak dah terbelah dua tapi masih belum ada ganti. Tunggu lah dulu. Tak ada mood macam ni memang tak rasa nak beli apa-apa pun. Pffttt.. )
  3. Duit raya untuk kanak-kanak belum tukar pon. (Ni paling obvious mood raya ke laut.)
  4. Kad raya tak ada. (Hahaha. Mimpi la nak dapat kad raya tahun ni. Orang dah tak main pos kad raya dah la sekarang. Sume pakai internet. Hapa daaaa.)
  5. Tak buat kuih raya pon. (Biasanya tolong tengok mak buat kuih raya kat kampung. Tak pun tolong rasa kuih raya. Tahun ini, non-hado. Sedih.)
  6. Tak kalut nak ambik cuti raya. (Sebabnya sekarang macam agak flexible. Cuma beragak la kan. Takkan nak ambik cuti raya sampai sebulan. Keje kat lab sapa nak sambung?)
  7. Tak dapat gi solat terawih kat masjid. (Biasanya kalau gi masjid, bila dah nak sampai hujung Ramadhan, kan solat dah ada baca doa Qunut. Ni kalau kat umah, memang tak terasa la.)
  8. Beraya di perantauan. (Haaaa. Ini kot point utama. Tahun ni beraya di perantauan tanpa ibu dan ayah dan adik-adik. Oh. Bagaimanakah harus kutempuhinya. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Nasib baik ada si kecik Alya.)
  9. Awal-awal lagi saya dah balun kuih raya yang beli dengan akak cafe kat KAED. Hahaha.
  10. Memang tak rasa pon kemeriah nak raya tu. -_-"

Sekian, luahan orang yang rasa kalau tahun ni tak wujud istilah raya pon tak apa. Aiman tak kesah.
Kesimpulannya, mungkin hal-hal sekeliling membuatkan mood raya saya ke laut sejak awal lagi. Hoooo. Bila nak habes masters neh. Lambat lagi keeeeee?

Thursday, March 1, 2012

Saat Mencemaskan; Suspected Oligohyramnions

Assalamualaikum.
Ok, ini serius. Kami suami isteri memang cemas tahap dewa malam tadi.
Semalam, genap 37 weeks. Routine check up was normal. Dan macam biasa, darling husband adalah orang paling excited untuk intai baby.

Plus, saya ada jugak rasa contractions sikit-sikit last night. Tapi BH je kot. Sebab tak kerap and macam main-main je.

Dah sampai klinik, masuk jumpa doc. Bagitau la nak scan.
And tau tak doc cakap apa?

"Nak scan buat apa?"

Darling Husband jawab, "Nak tengok growth and liqour skali"

Then, kami proceed ke bilik scan.

Masa scan tu,
"Baby awak ni kecik la. Tak minum susu ke? Tengok ni, tulang dia kecik je. Baby tak grow ni."
Dia kata sambil kodek-kodek perut saya and mesin dia.
"Hmmm. Ketuban pun kurang."
Saya dah cuak dan tanya, "Berapa doktor, biasanya normal berapa?"
Pastu dia kata, "9 je ni, normal belas-belas. Esok gi spital la. Saya buat surat."
Saya dan Darling Husband pandang sesama sendiri. Blur. Susah hati. Otak kosong.

Itu bab scan baby. Belum bab saya request nak buat HVS lagi. Pasal HVS tak payah tau la kot. Sebab memang dia tanak buat. Full stop.

Kami keluar dengan muka tak tau nak bawak keluar muka perasaan yang macamana. Sugul.
Seriously saya dah hilang mood. And risaukan Lil Miracle. Dia, tetap meriah di dalam. Terbonjol sana-sini. Tak nak saya risau sangat barangkali.
Macam dia nak bagitau saya, "Ummi, jangan risau. Saya ok je kat dalam."

Niat nak makan roti telur kat kedai mamak sebelah klinik terus terbatal.
Tak teringin langsung dah. Terus ajak balik. Sebabnya saya tak sabar nak ngadu ngan gynea saya, Dr.A yang dah berada nun di UK sana.

Sampai kat rumah, saya terus email dia.
Dan berlakulah proses berbalas-balas email dengan Dr.A.
Husband pun tak sabar tunggu Dr.A reply. Luckily, Dr.A replied as soon as he received the mail. Alhamdulillah.




** Klik untuk tumbesaran.
Ok. Saya bukan medical student nor O&G Specialist. Cuma Engineering student yang biasa-biasa aje. But, jangan ingat saya tak tahu dan tak rasa nak ambik tahu pasal all those medical terms ni semua. I got lots of friends who are doctors. And, jangan ingat saya tak tahu medical ethics. Memang saya belajar engineering ethics, bukan medical ethics. Tapi ethic is ethic. Nothing different. Harapnya doctors out there, tolong la. Beretika la sikit bila berurusan dengan patients. Saya tahu, sangat sedikit je bilangan doktor yang macam saya jumpa malam tadi. Seriously sangat sedikit. Most of them are very good, very kind, very humble. Saya suka. Cuma yang segelintir ni lah yang jadi masalah. (Mode: Geram sebab dulu dah pernah di'demotivated' by that doctor. Masa my 1st pregnancy.)

Selesai semuanya, rasa lega sikit hati. Malam tadi, tidur dah la lambat lenanya. Dengan asyik terjaga nya lagi. Sebab nak rasa baby gerak-gerak ke tak. Husband pun sama.

Dan hari ini, Alhamdulillah. Dah pegi hospital, dah settled semua.
Syukur, memang takde apa pun. Tak ada istilah kurang ketuban OK.

Dan knowing me, saya memang lah sangat-sangat paranoid kan...
Saya dah google macam Dr.A suruh. Terbukti dengan terang lagi.
Baca kat sini.

So, sekarang hati sudah tenang. Yang kat dalam ni pun dengan meriahnya terbonjol-bonjol macam biasa.
Alhamdulillah.

Monday, January 9, 2012

About Being A Woman, A Wife.

Assalamualaikum.
Sorry for being lil bit emotional today. Many things bothered me since weekend.

Alhamdulillah, praised be to Allah S.W.T for giving me the strength. Tak tahu lah macamana kalau Allah tak tolong saya. Mungkin dah pasrah atau tak sewaras sekarang. Alhamdulillah. Syukur Allah kurniakan saya sekeping hati yang kuat dan tabah dalam menghadapi segalanya. InsyaALLAH akan terus kuat hingga ke akhirnya. Emak saya seorang yang kuat. Both mentally and physically. Hopefully I owned those traits.

Saya tak faham. Seriously saya tak faham. But I totally believed that there must be a reason behind something to happen. Cuma kita kena redha. Kena ikhlas menerima segala dugaan tersebut. Dan yang paling penting, jangan lupa berdoa. Berdoa untuk kesejahteraan sendiri, suami, zuriat kami, keluarga, dan juga orang-orang sekeliling.

How to resist all of those rubbish ek? Am I having enough patience to face and ignore all of those rubbish? Currently I am having fun ignoring all those rubbish around me. Oh. Not to forget. With the supports from people around me no matter they know me or not. Terima kasih a lots. Alhamdulillah. Pertolongan dari Allah mungkin. InsyaALLAH, saya akan terus kuat. Nasib baik ada suami yang memahami. Suami yang sangat-sangat menyokong saya. Sayang kamu incik suami.. with all my heart and soul. >.< baby loves you too.

Hoh. Lagi 1. Lupa nak tanya Mom-to-Be out there. Out of topic sikit.
Berapa baju newborn yang kena prepare? Baju 6-9m and 10-12m pulak macamana?
Thank you. >.<

Yours Truly,
Excited Mom-to-Be who loves her husband very much. >.<

Tuesday, January 18, 2011

Tears

Hmmm..
My tears drop again.

So many things happened and I just cant stand with it.

Dear Allah,
I need more strength to face all of these.
Amin.

I have to stay strong...

Yes. I HAVE TO.

Thursday, January 6, 2011

Lama tak update

Assalamualaikum.
Fuh. Lama betul tak update. Nak dekat seminggu dah masuk tahun baru. Maaf, banyak hal sangat since new year ni.

And tahu tak... 

Yesterday I cried at office. 

Huuuuu. Teruk betul. -_-"

But I really can't stand with that anymore. Kerja saya tak ada masalah. Everything adalah ok berkaitan kerja saya. Cuma macam agak tak boleh blah sikit bila kerja orang lain, tolak bagi orang lain buat. What to expect bila orang yang memang tak tahu apa-apa nak buat kerja kau? Without any explaination and paperwork. Jalan ke? Lepas tu nak push-push. Heh, buat sendiri la.

Semalam was actually my worst day so far kat office. Kiri push, kanan push. Rasa macam nak jerit je dekat boss sendiri. Macam bagus je kan aku ni? Huhuhu. Boss kerja dia adalah menyain saja. Senang hati betul. Semua nak suruh subordinate buat. Lepas tu kalau salah, blame subordinate. Lepas tu, saya rasa macam nak bagi penyepak, penendang, penumbuk segala je.

Nasib baik ada colleague yang memang memahami. Menghiburkan hati dikala rasa macam 'today is my last day working here'. Huhu. Sebab tu saya sayang nak tinggalkan tempat tu. Colleague baik sangat.

And.. 

Ada jugak berita gembira. Hari ni, gaji masuk. Hihihi.

Tapi, sekelip mata macam dah habis. Adoyaiiii.

Lega kejap bila tengok gaji masuk. Rasa berbaloi OT sampai 20 jam. Walaupon rasa macam dah over workload. 

Bila mengadu dekat emak, beliau akan cakap bahawa begitulah adat orang berkerjaya. 

Itu lumrah. 

Jadi, suka atau tidak saya harus la telan.

Boleh dikatakan No.3,4,5, dan 6 adalah judgement saya terhadap workplace saya. Tapi bukan la strictly NO. Cuma some sort of LESS. Contohnya, cuti Malaysia menang Piala Suzuki, kami tak cuti. Top Management janji akan ganti lain hari. Tapi belum tau bila. Public holiday hanya declare the minimum which is 10 days. Pay? Fuh, lagi lah. Tak payah cerita. Buat sakit hati, jantung, paru-paru, pundi kencing, buah pinggang sume.

Bukan nak menjatuhkan workplace sendiri, tapi ni kenyataan. 

Mampos aku kalau MD tau. Haish. -_-"

Haishhh. Bila nak ada suami ni. Nanti boleh balik rumah nangis ngadu ngan suami. Huhu. Gatal OK sekarang.

Sunday, December 5, 2010

Saya rasa dah gemok

Assalamualaikum.
Hmm.. Looks like entry ni macam akan menjadi entry yang berat. Huhuhu. Stress kan bila dengar perkataan 'Gemok', 'Berisi', and yang sewaktu dengannya.


Tak ada pon orang tegur saya dengan perkataan yang sama erti dengan di atas. Tapi saya rasa saya dah gemok dan badan saya macam sedang membesar dengan jayanya. Saya lunch sesuka hati saya walaupun nasik tak pernah ambik full. Saya dinner setiap hari tak pernah skip. Sejak bekalan HL saya habes, saya buat roti peanut butter setiap pagi. Makan 2 keping dekat rumah, sambung makan dekat office pulak if lapar. Saya dah malas nak exercise. 

Baru-baru ni saya ke LGM, orang tegur saya dah kurus. Tapi macam biasalah. Saya susah nak percaya. Sebab saya rasa orang nak amek hati je tuh. Sebab saya tak rasa and tak nampak kekurusan saya yang diorang mention tu. Degil kan?

Apa perlu saya buat sekarang? Azam saya tahun ni kan nak loss weight sampai at least 50kg. Sekarang tak sampai lagi. Ni dah masuk December. Tinggal berapa hari je lagi saya ada untuk melangsaikan azam ni. Haih. Stress jugak macam ni. Ingatkan dah kerja, senang la nak kurus. Tapi, itu semua macam tipu je. Kerja banyak pon, tetap selera makan membuak-buak. Kerap betul lapar. Kalau time period tu, tak heran lah sebab tengah period. Kan? Ini time tak period pon lebih kurang je.

Apa lagi saya kena buat ni?? Saya dah tak banyak masa. By end of December saya kena capai azam tu. KENA. WAJIB. MESTI. Apa saya perlu buat ya? Jangan suruh saya turun jogging sebab sekarang dah tak macam zaman belajar dulu, boleh keluarkan peluh whenever saya rasa perlu. Diet? OK. Ni paling saya tensen. Sebab, untuk pengetahuan semua... Lagi saya diet, lagi susah berat saya nak turun. Lagi dia naik macam tak nak turun dah. Lagi hati saya gundah. Lagi saya rasa geram nak marah. Dulu, saya buat tak tahu je tiba-tiba berat turun tanpa disangka. So, conclusion dia... Saya takleh nak jaga sangat diet. TAPI, saya tak boleh makan ikot nafsu sangat. Emmm. Paham tidak? 

Ok, macam ni. Dulu, saya pernah jaga betul-betul pemakanan. Pernah tinggalkan nasi for 3-4 weeks. Memang berat ada perubahan. Tapi tak banyak dah saya rasa tak boleh blah hidup tanpa nasi. Saya orang Malaysia sejati. Masa tu, kadar penurunan berat adalah macam kalau tak diet nasi pon tak pe. Lepas tu, saya give up and saya buat bodoh je. Macam malas dah nak fikir berat naik ke tak. Saya makan je apa yang perut mintak. Tapi tak da lah over. Perut saya pon masih ada timbang rasa pada tuannya. Huhuhu. And then, guess what.. Berat saya turun macam tak sangka. Punyalah saya gembira.

Hari tu, masa bulan Ramadhan saya berpuasa di rumah. Before balik kampung, memang berat badan saya susut. Mungkin kerana tidak sesuai dengan tempat kerja lama. Saya balik berpuasa di rumah dan saya memang dah bajet berat saya akan naik secara banyak. So, saya abaikan aje. Biarlah. Bukan selalu dapat puasa kat rumah dengan bahagia tanpa fikir pasal kena balik kampus ke apa. Lepas raya, saya kembali ke KL untuk sesuap nasi. And, macam terkejut gila berat saya langsung tak bergerak. I'm expecting berat saya akan naik secara banyak oleh kerana saya berpuasa di rumah dan juga Aidilfitri sangat heaven saya makan. Huhu. :) Nasib baik. Kalau tak, menggelupur.

So, sekarang apa perlu saya buat dalam masa 26 hari baki yang tinggal untuk tahun 2010 ni? Ada tengok iklan Premium Beautiful. Tapi mahal sangat. Saya rasa macam tak mampu. Gaji sebulan pon tak cukup. Huhuhu. HL? Hmmm. Buat masa ni, saya rasa macam nak stop dulu kejap. So far, saya ambik supplement food lain untuk detox. Bajet tak cukup la nak continue amek HL. Hihihi. Jus Mate? Oh. Sorry, tekak saya tak boleh terima Jus Mate. Tak boleh. Tak boleh. No. No. No.

Apa cadangan anda? Bantu saya. Saya dah tak banyak masa. Tinggal 26 hari je lagi untuk fulfill azam ni. Tolonggggg.... -_-"

Saturday, November 6, 2010

Complicated

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hari ke-3 di kampung halaman adalah sangat superb. sangat fun. Tapi malam ni dah kena packing balik Rawang. I hate packing. T__T

Berehat dekat rumah tak puas lagi. Esok pagi-pagi dah kena naik bas. Hmmm. Tak hilang rindu dendam dekat rumah lagi, dah kena balik Rawang. Adoyai.

Errmmmm... Susahkan nak puaskan hati semua orang? Apa yang penting? OK. Bukan kerjasama. Tapi apa yang penting ialah kita ada orang-orang yang sentiasa dekat dihati dan menyokong kita dari segenap arah. Biasalah kan. Hati manusia. Mana ada yang puas. Lagipun rambut je sama hitam, hati masing-masing belum tentu sama nawaitu dan tujuannya. Oleh itu, apa-apapun yang saya buat, saya buat lillahi ta'ala. InsyaALLAH. Asalkan kedua ibubapa saya bahagia, atok nenek saya gembira, adek beradek saya suka. Itu sudah memadai. ^__^
Sekian,
Pesanan dari penaja - 
"Dont judge the book by its cover. Or else, you'll be totally stranger to me."
Ah. Tak pasal-pasal mood tarak!
I dont like moody-moody thing. Please lah.

Wednesday, October 6, 2010

Rindu rakan taulan ~ convo mode

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masih bernyawa diri ini. Ok. Convocation mode is still ON. Dan mungkin akan off lepas habis October. Harap maklum. Buat masa ni, tataplah gambar-gambar convocation saya. HIHIHI. Saya suka. :)

Baiklah. mari mulakan.

By the time I entered the place where I currently renting, teringat dua gadis manis ini. Rindu saya pada mereka. Rindu sungguh. Bukan rindu main-main. One of the reason is mungkin sebab 1 week before convocation, we spent time together. Almost all of our time together. Tido same-same. Makan same-same. Pagi-pagi bergilir ikot turn nak mandi. Oh. Really miss both of u.

The second night I was here,balik je keje duk terperuk dalam bilik. This house rasa macam totally empty. People are doing their own bussiness. So do I. Tapi bila dah macam tu, teringat la gadis manis ni.

Almost one week before convocation, hidup saya penuh dengan warna pelangi (cewahhh). Kerana kamu berdua. Pagi, bangun tido dah tersenyum bila lihat anda berdua. Telatah korang, buat saya rasa senang. Every moment, saya rasa terhibur. Even on the last day masa kita sume kene halau tuh, pon saya rasa tak perit sangat untuk telan. Sebab saya ada kalian berdua. Tempat saya meluahkan segala resah.
But then, lepas hari kita amek robe.. Hati dah mula resah. Walaupun masih ada lagi waktu untuk kita spend sama-sama. Letak sedih tu kat tepi dulu.

On  the last day kami jaga exam, tak rasa sangat lagi. Tapi, da macam ada kesuraman. Oh. Lupa, the last night kita menumpang kat UM. Kesian korang penat. The last day keje, kita sama-sama join jamuan tu. Then kita blah. Sebab ada mission yang nak dilunaskan. :) Beli tudung konvo.

Tapi.. because of saya kena pegi amek appoinment letter kat Rawang, both of you sanggup temankan. Thank you guys. Terharu. T___T
Malam tu kita pusing cari tudung. Sehinggalah terjumpa sorang makcik penjual tudung yang macam hampeh bajet bagos, bajet tudung dia semua orang nak beli. Boleh blah.

Hari yang kita nanti-nantikan pon tiba. Which is 2nd October. Penat kita rehearsal sendiri-sendiri kan? Tapi bukan penat rehearsal sebenarnya. Penat gelak aje kerjanya. HAHAHAHA. 

Gembira tak terkata bila tengok rakan-rakan seperjuangan menerima ijazah masing-masing. We made it guys. :) Tapi, terkilan sebab tak sempat rakan foto-foto rakan sekuliah. Amat terkilan. Ada la beberapa foto. Tapi kebanyakan foto peribadi. Bukan group. Terkilan sungguh.

Dua gadis manis yang saya amat rindu tu adalah.....

Cik Huda

&

 Cik Izs

Miss U guyssss.. T____T
(lap airmata jap)

Wednesday, August 4, 2010

Fainted

Hmmm...
A month has gone macam tu je. I'm trying so hard untuk adapt dengan segala apa yang aku duk hadap since 1st July. Dengan harapan, by end of July, sume akan ok. But then, it's getting worst. Worst than I've ever thought. Mungkin people will thought that I'm not strong enough to handle this. Tapi sape tahan nak involve dengan very harsh people macam tuh.

Even nak blogging pon rasa tade mood since last month. Sume spoil kan mood. Ye lah, balik keje je mood dah macam hape. Asal malam je, nanges sorang-sorang... Asal bangun tido je, rasa macam tanak pegi ofis.

That day, aku kena buat 1 thing ni. Takde orang ajar ok. In case salah, habis la kene sembur dengan si bodoh sombong tuh. Dah siap, kene la pegi mengadap dia. Awal-awal dulu dia pesan, just ask me if u want to know enything. Then I asked. Bukan nak jawab, I was scolded adalah. Haihhh... Macam S*** je orang macam tuh.

Hmmmm... Mood tade lah. Tak boleh nak create good story and develop in a good way. Kalo aku teruskan, jawabnya kena saman lah aku. Tak pon, entry ni akan penuh dengan segala sumpah seranah yang mulut aku sendiri tak pernah keluarkan.

I'll end here then.

Sunday, July 11, 2010

Once in a week.....

.......aku akan jadi macam ini

Tak tau lah kenapa dan mengapa, once in a week aku akan rasa macam...urmm...macam...hmmm..macam ape tah aku pon tak tahu. Yang pasti aku rasa macam sekarang ni aku tak menjadi diri aku. Rasa macam esok tak bangun lagi pon tak pe dah. Tapi tu kalau fikir pendek la. Kalau fikir panjang, dah tentu lah nak bangun lagi. Amal tak cukup lagi kot. Huhuhu..

Hmmmm... Aku rasa dah tak cukup kuat untuk hadapi semua ni. Tolonglah ya ALLAH. Aku mengharapkan pertolongan dariMU. Semoga aku dapat jadi one of Renesas KL team..... Amin..

Sunday, July 4, 2010

.:PARANOID:.


Paranoid...
Hmmm.. Aku rasa aku ada satu masalah. Masalah ni sejak kecik lagi kot dah ada. Tapi nowadays macam lagi clear je. Hmm. Apa nak jadi dengan aku ni tah. Few years back, ke'paranoid'an aku ni macam tak lah nampak sangat pon plus aku sendiri pon tak sedar yang aku paranoid.. HAHAHA.

Lately ni aje rasa semacam je. Since aku dah kena bergerak dengan kaki sendiri, dengan usaha sendiri. Plus waktu kecik dulu my parents pon memang macam dah trained aku to be like this. Heh. Parents pulak dipersalahkan. Padahal aku sendiri yang menjana dan membina paranoid tu sendiri. Lagi pulak sekarang ni kan banyak sangat jenayah berlaku. And it makes me feel like this.


Dulu kecik-kecik parents always said "jangan jawab kalau orang yang kita tak kenal tegur." "jangan naik kete orang yang kita tak kenal." "jangan ikot orang yang kita tak kenal." and many more "jangan" lah to their kids.... Including me lah. Mungkin itu salah 1 sebab aku jadi paranoid bila dah besar ni.

Aku sentiasa rasa terancam bila masuk dalam 1 komuniti yang baru. Yang aku rasa asing bagi aku. Padahal, when it comes to tempat baru, memang macam tu lah kan. We do not know anyone. Macamana nak rasa selamat. Kan? We do not know orang yang macamana mereka-mereka tu. Sometimes tak semua orang yang kita tengok macam jahat is jahat. It could be sebaliknya. Kan?


Even if aku pegi mana-mana pon, aku prefer ada orang lain yang aku kenal untuk temankan. Aku rasa tak selamat bila alone dengan strangers. Susah betul la sapa jadi suami aku nanti. Bini dia ni banyak songeh. Huh. -_-"


Kisah paranoid 1:
Masa kat kampus dulu, kalau keluar kampus aku prefer tak bawak handbag if aku guna public transport. Bia la orang nak kata apa pun. Yang penting, kita beringat sebelum kena. Bila aku keluar dengan kereta sapa-sapa yang aku kenal then baru aku bawak handbag. Lepas tu masuk kete, terus letak handbag dekat kaki. Oit. Kat KL ni bukan bleh caye. Cermin kete pon dorang sanggup pecahkan tahu?


Kisah paranoid 2:

Kalau jalan-jalan kat tempat yang aku rasa macam aku tak familiar, aku prefer activekan speed dial kat henpon. If anything happen, senang aku dial je. Then aku dah aim dah kat mana aku nak lari kalo anything bad happen. Huhuhu.

Kisah paranoid 3:

Kalau naik cab, aku akan sentiasa keep in touch dengan sesiapa saja yang close dengan aku. Sentiasa update kat mana aku berada. Walaupun driver cab tu macam baik. Ingat ye. Orang muka baik, tak semestinya dia baik.
Hmmmm...

Macamana aku nak ubah semua ni dari terus menghantui perasaan aku? Susah macam ni. Keyakinan diri tak da. Dah la rasa macam takot je sepanjang masa. Buat aku rasa tak selesa. Rasa macam nak pakai topeng je everywhere I go. So that orang jahat tak boleh nak recognize muka aku.


Aku rasa ke'paranoid'an aku ni serius. Boleh sampai tahap menyusahkan orang lain yang betul-betul amek berat kat aku. Tapi ape aku boleh buat. Aku tak mintak semua ni ada dalam diri aku. Fine. Aku admit yang aku memang penakut. Tapi it's for my own good la. Kalo berani sangat pon, payah jugak. Rite?


Sekarang, rasa betul-betul terancam when I have to ulang-alik melalui jalan yang ramai orang asing. Dengan masalah jenayah sekarang yang amat berleluasa ni, aku tak yakin. Aku sangat tak yakin. Unless polis jaga kat every junctions yang aku nak lalu. HUHUHU. Melampau bukan?


Apapun, rakan-rakan... Doakan aku ye. Semoga ALLAH memberi aku kekuatan luar biasa untuk mengatasi semua ini. Semoga ALLAH memberi aku jalan keluar yang mudah. Semoga ALLAH membantu aku setiap saat aku memerlukanNYA. Amin. Hanya ALLAH yang aku ada.

Thursday, July 1, 2010

Second Half

Hmmm... It's 1st July already. Graduated for 2 months already. Job?? Hmmm.. I dont have the answer. So far, I did achieve some of my goals. Some of them are still in progress (maybe). Apapun, I bersyukur sangat dengan apa yang I managed to achieve tu. Alhamdulillah.

Let see what is exactly my goals for this 2010.
  1. berat at least 50kg kalo dpt bwh 50kg lagi bagoss...^_^ so far, this one memang belum achieve la..tunggu la another months. Lagipun, konvo in Oct. Sempat kot. HAHA
  2. dean's list...(harap jadi kenyataan..aminnnn....) :)
  3. grad nanti nak terus kerja (part time pon jadi lah) This one pon, still dalam process. Tengah mencari.
  4. siapkan FYP before cuti semester. This one, memang settled. phew.
  5. setelkan segala report. This one pon. DONE
  6. setelkan segala notes after abes kelas. DONE
  7. nak kawen...HAHAHA... This one..kita forward ke tahun depan ye.. hiiiii...
Done... Hmmm.. Not in a good mood untuk blogging sebenarnya. Sebab tu my blog is quite sunyi sepi recently. T___T

Wednesday, June 16, 2010

I HATE U

I hate u.. I hate u.. I hate u..
Jangan buat aku ni macam patung takda hati perut..
Jangan ingat kau nampak aku macam ni,
kau ingat aku takda 'sisi jahat'...

Jangan sampai aku tunjuk belang...
Menanges kau nanti...

Wednesday, June 2, 2010

saya sayang umi dan ayah

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan

Matahari
...

Yang dikurniakan dari Ilahi

Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat

Pada mereka kita beri hormat..
Bagilah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup kita akan selamat

(lagu ayah dan ibu nyanyian allahyarham Sudirman Hj.Arsyad)

Rasa macam berdosa sangat dengan ummi...
Buruk sangka dengan beliau..
Padahal beliau hanya mahukan yang terbaik untuk aku,
untuk anak-anak yang dia kandungkan selama 40 minggu..
Dia tak nak kami semua hidup susah sebab dia tak pernah biarkan kami semua hidup susah..

Tadi, lepas dengar penjelasan ummi..
Aku rasa macam nak cry me a river saja..
Terbayang dosa yang dah aku kumpul sejak buruk sangka ngan ummi malam semalam..
Kisahnya bermula dari cerita pasal kerja baru aku..

Beliau sebenarnya risau takot aku susah nak pergi kerja ke apa nanti.
Sebab tu beliau suruh aku tolak kerja tu.
Tapi tu lah, fikiran aku ni mungkin terhasut oleh syaitan laknatullah.
Aku boleh pulak fikir lain.
Hmmmm...

Ummi,
Long mintak ampun dan maaf..
Terima kasih untuk segalanya..
Untuk doa ummi untuk Long saban hari dari Long lahir hinggalah Long dah besar sekarang...
Terima kasih..

Ummi adalah ibu yang terbaik untuk Long..
Long sayang ummi..


Belaian Ibu ::: Hijjaz

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan

Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan


Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari

Mendakapimu penuh girang

Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang


Betapa ku merindu

Lembutnya belaian ibu

Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera

Tak ku lupakan


Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia

Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih

Betapa aku mengharap

Hadirnya restumu ibu

Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu

Oh... Ibu

Tuesday, March 23, 2010

tekanan

hmmm..betul..tekanan exam...
tapi takdalah tertekan sangat dengan benda-benda exam ni sebenarnya...
yang buat aku extra ordinary tertekan is kawan sekeliling zaman sekolah dulu ramai dah engaged..and get married...
owhhhh....jelesnye....
but sure la happy for them...
tapi dalam hati..Tuhan saja tahu....
teringin juga lalui hari bahagia macam mereka..
tapi..bila tu..tak boleh nak cakap lagi..
sebab different people..different la cara dan masa dia...kan??
tunggu saja masa dan ketika masing-masing..
jalanilah hidup single ini dengan penuh kegembiraan...
kang da kawen..masalah pulekk...
hehe...


Thursday, February 4, 2010

kecik hati

woooo...tajuk tak leh blah... -_-"
tak tahu sejak bila diri ini dah pandai nak kecik-kecik hati..
padahal selama ini memang dah terkenal dengan tidak berapa nak berperasaan...
macam hati kering sahaja...
orang buat apa pon aku lebih suka tolak tepi je..
malas nak fikir overboard...

sebabnya aku ni kadang macam viceversa dengan orang sekeliling..
tak faham?? ok..maksudnya macam ini..
bila orang buat sesuatu dekat aku..pada orang lain..
benda tu adalah patut untuk terasa..
tapi for me..aku boleh buat muka tak malu saja..mcam tak da apa-apa jadi..
and sometimes..when it comes to jokes..aku akan terasa...
memang peliklah kan?
tapi it's true..itulah aku...

tapi dont know lah hari ni..
macam hurt saja deep inside here..hmmm...
agaknya stress sebab exam kot semalam and hari ini...
dah la exam tadi seriously jawab ikut sedap hati saja...hahaha..
(eh..silap..ini entry serius..tak boleh gelak..)

exam tadi buat sehabis baik..selebihnya aku serah pada ALLAH..
at least aku dah usaha sehabis daya..
sampai hari ini rela korbankan tido lepas subuh semata-mata nak baca buku..
sungguh bagus..boleh bagi big applause dekat diri sendiri..

tadi classmates bincang-bincang pasal trip kitorang ke Melaka nanti..
dah boleh bayang dah..macam seronok saja...tak sabar rasanya..
tapi kan..ada 1 rahsia..
aku tak check lagi jadual lab junior..mati la kalo ada lab ngan junior on that day...jawabnya kena la pegi dengan bas sendiri...
tak pon terpaksa tarik diri...wuuu...sadissss.... =(

hmmm..berbalik kepada kecik hati tadi..
aku pon tak sure sebab ape terlebih emo nak berkecik-kecik hati bagai...
macam tak sure apa yang menyebabkan terselit sedikit calar di hati ini..
apa pun..aku nak cuba la lupakan..
perasaan tu sungguh tidak enak untuk dikenang..
malas nak fikir..
yang ada dalam kepala is nak enjoy sepuas-puasnya dengan rakan-rakan...
sebelum masing-masing ada life sendiri lepas grad nanti..

dan juga..sudah berjinak-jinak dalam memohon pekerjaan..
belum mohon lagi...MIND YOU!!aku cakap aku tak mohon lagi..
jangan lepas ni ada datang tanya lagi..
tak pon datang tanya company apa yang aku dah apply..
lagi sekali aku cakap...
AKU BARU BERJINAK-JINAK..
BERJINAK-JINAK here means baru sediakan surat and edit-edit resume sikit..
dan completekan sijil-sijil yang ada...

ok dah la..
malas nak fikir..
nak rehat..buat kerja-kerja yang mana tak setel lagi..
esok akan kembali ceria..
no more kecik-kecik hati..
i hate this feeling actually..really hate it..
because it feels like i am not being me..
whuttt?? tah pape..
ok..forget it..

....tenanglah wahai hati...
....berserah pada Yang Maha Agung..

Monday, December 14, 2009

terima kasih

i just realized that i am loved...more than before...:)
macamana tah baru boleh perasan...
slow sungguh la processor aku ni...aiyaaaakkk...
but then..million thanks to person who loves me more than before...
really appreciate it...and happy for that...really happy...
thank you sooooo muchhhh.....
^_^

Friday, November 6, 2009

FYP + final exam = disaster

cakap banyak pon tak gune...


+

=
THE BIGGEST DISASTER
(in my life as a student)

Ya ALLAH...bantulah hambaMu ini..
permudahkan segala urusanku...
berikan yang terbaik untukku...
aminnnn....


Monday, November 2, 2009

exam mode:ON


10 Nov ni Noraini exam ye kawan-kawan.. minggu depan dah start exam week.. tapi paper Noraini start lambat sikit.. exam pada 10,14,15, dan 17 Nov.. so..mulai minggu ni..


i will be away from blog yang memang tak best ni..
dan juga fesbuk yang telah banyak melalaikan penggunanya dengan farmville,cafe world,barn buddy,sorority life,etc...
(aku cakap benda yang aku main je..ahahahaha...)
tengoklah nanti kalau aku bosan dan tak tahan sangat,aku jenguk la sini jap..



kena betol-betol ni.. ada orang cakap.. "u dapat dean's list sem ni..i bagi hadiah.." wow...hehe.. i like...

noraini nak cakap dengan orang yang janji tu...
"okey..i akan study mana yang mampu.. kalau i betol-betol dapat...tapi u tak bagi hadiah..siap u...!!"

aku bukan nak mengalah sebelum berjuang..tapi aku macam kurang yakin sikit la..sem ni banyak main..lupa diri sikit..tah ape la nak jadi..hari-hari duk ngadap fesbuk..main game..aku pon dah tak suka dengan cara aku itu..

(AMARAN:jangan tiru aksi ini!! ini kategori mendedahkan keburukan sendiri dekat blog sendiri..)

tapi..aku kena juga berusaha selagi mampu..untuk memastikan..aku dapat dean's list..kalo tak pun..dapat maintainkan or up kan sket pointer aku sem ni...
mesti berusaha..yeay..fighting!!!

sekian..nak pegi sambung study..-.-"

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015