Showing posts with label My MSc. Show all posts
Showing posts with label My MSc. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

Dapat Data, Jangan Bertangguh.

Assalamualaikum...

Korang-korang yang buat lab based research, mesti pernah buat apa yang aku nak share kali ni.

Aku praktikkan benda ni since FYP dulu.
Terus terbawak-bawak hingga ke MSc.
Kena pulak SV yang sama.
Memang best la.

Untuk info semua, research MSc aku, adalah extended version of FYP aku.
Cuma lebih complicated dan of course, cabaran dia hebat lain macam.
Ye la, kalau bagi FYP macam MSc, baik aku convert BEng aku terus ke MSc.
Ye dak?
Ok, just kidding.

FYP dulu, aku buat fundamental je.
Fundamental of Corrosion.
Generalnya untuk mudah difahami oleh semua, FYP dulu aku buat Corrosion of Zinc. Simple kan?
Haaa. Memang simple.
Tapi, untuk diapplykan pada Zn-air battery.
Simple jugak, kan?
Meh sini try test buat tengok simple ke tak? Huhuhu.

FYP dulu aku just guna Corrosion Measurement yang paling simple dimuka bumi.

Apa?

Weight loss method a.k.a. Gravimetric Method.
Tanya Dr.Google kalau nak tau lebih lanjut.

Hihihi.

Semua samples tu, aku akan buat in triplicates.
Immersed in 8 different molarities of electrolyte.
Every 24 hours aku akan record the weight of the samples.
Aku buat untuk 7 days/1 week.


Aku simpan data aku dalam MsExcel, dalam logbook jugak. 
Just in case either one hilang, tak delah aku menggagau lepas tu macam orang gila nak kena repeat experiment. Kan?

Ok. Itu part FYP.

Masuk cite MSc pulak.
MSc lebih complicated, of course.

Untuk MSc, masih bermain dengan Corrosion Measurements.
Masih bergelumang dengan Zinc dan Potassium Hydroxide solutions.
Masih juga dengan misi yang sama.

Aku gunakan 3 methods of measurements.
Tafel, Open Circuit Potential and Gravimetric sebagai reference.
3 methods ni memang mengundang bundle of datas.
Data memang berlambak-lambak sampai aku rasa muak nak hadap. Sungguh.

Dan bila data melambak, sila beware.
Jangan biarkan data anda hilang. Nanti tak padan dengan letih bertungkus lumus buat kerja.


Pesen aku, once siap je each batch yang aku run, aku akan terus zasss hadap PC.
Compile mana yang patut.


#1 Mula-mula buat individual dulu.
Disebabkan aku varies banyak molarity, graf je dah macam berpinar mata nak tengok.

#2 Lepas tu, baru aku combine.
Contoh, katalah aku ada 8 molarities.
So, dalam satu graf, aku akan plot semua.
Maksudnya, boleh la nampak if ada cacat cela or apa-apa new findings.

#3 On the spot aku akan analyze. Refer previous works.
Kalau selari, Alhamdulillah. Maknanya berhasil.
Kalau tak selari, Alhamdulillah jugak. Maknanya Allah nak kita gali lagi ilmu Dia nak bagi tu.
Masa 1st semester dulu, aku pernah buang semua data weight loss aku sebab masa tu data tak selari langsung dan aku assumed benda tu salah.
Dannngggggg... Ketuk kepala sendiri.
Aku lambat realize yang ada problem yang aku kena solve based on data tu.
Tak apa, belajar dari kesilapan. :)

Basically, aku pakai method,
dalam buat data analyzing aku tu.

#4 Whatever data yang aku ada, dan dah siap aku analyze sendiri, akan dibawa mengadap SV.
Untung dapat SV yang super supportive. Salah pun, dia tetap bagi motivation supaya kita tak down. Alhamdulillah. Tapi, most of the time, bawaklah data yang macamana pun, SV aku sure boleh handle and advice aku apa yang patut.

#5 Bila settled discussion dengan SV and data tersebut dan boleh considered as 'case closed', maka, boleh la aku type in proper words, simpan elok-elok dalam pendrive, laptop, PC, dan print jugak hardcopy just in case softcopy corrupt. Dan juga, aku akan emelkan benda-benda tu ke emel aku sendiri.

#6 Selesai semua, aku akan repeat balik step #1 tadi untuk setiap batch experiment yang aku kena buat.

*****************************************************************

p.s Jangan simpan data berlonggok-longgok without analyzing it. Nanti at last, kalau kita identify ada something wrong somewhere, kita perlukan extra time untuk redo/ buat troubleshoot.

p.s.s Adalah lebih baik jika kita terus find out 'ada apa dengan data' yang kita dapat. Consult SV adalah lebih baik kalau rasa kita jumpa jalan buntu.

p.s.s.s Weekly Progress Meeting adalah amat disarankan kepada semua. Masa ni, boleh mengadu domba dengan SV apa saja masalah yang kita hadapi. Experiment tak jadi, equipment rosak, technician asyik mengulo, lab nak buat characterization asyik je tutup, termasuklah isu orang menggunakan microwave lab untuk reheat makanan pun.. boleh disampaikan ke SV ketika itu. Make it simple and santai. Tak payah nak formal sangatlah. Unless, Progress Report yang kena buat every semester tu, lain lah. Macam kitorang dulu, we make it every Friday after Friday prayer. Sometimes, boleh drag sampai ke Maghrib.


Haaaaa.. itu je kot sharing kali ni.
Berkurun la amek masa nak setel posting ni.
Aku mula draft since habis MSc last year.
Masa dalam pantang bersalinkan Iman.
Now Iman dah almost 11 months. Hahaha.
Berhabuk sakan dalam draft.
Apa pun, Alhamdulillah, berjaya published.

Semoga bermanfaat kepada semua.

Yang elok itu datang dari Allah S.W.T, yang buruk itu datang dari diri aku sendiri. Maaf.

Enjoy your study!

Tuesday, October 28, 2014

MSc Convocation Day.

Assalamualaikum...
 Dah 2 minggu berlalu..
Baru berkesempatan nak share some pictures captured on the 30th IIUM Convocation Ceremony.

Alhamdulillah..
 Dua tahun yang indah.
Dua tahun yang penuh pengorbanan.
Dua tahun yang penuh ranjau.
Dua tahun yang penuh kemanisan, juga keperitan. Hahaha.
 Dua tahun yang indah sebab diberi peluang untuk mengandungkan kedua-dua puteri kami. Hihihihi..
Pendek kata, dua tahun yang penuh makna.
 


Alhamdulillah.

Selesai sudah.
Syukur.

Presentation of Postgraduate Degree for Masters Programme done by
Mr. Hon. Minister of Youth and Sport.
YB Khary Jamaluddin
:)

Labmate who was around with her husband.
Thanks Nisah, for the support and rose.

 


 
My forever partner in crime.
Bahahaha.
Did all the 'criminal-things' together.

Alhamdulillah, finally graduated together.




Monday, October 13, 2014

Macamana Aku Manage Daily Time?

Assalamualaikum.

Sabtu lepas, Alhamdulillah, bergraduasi di Majlis Konvokasi UIAM ke-30.

And hari ni, ada kekuatan sikit nak share something.
Sebab ada fellow friends yang tanya macamana aku manage daily life/time aku.

Dah lama diorang tanya.
Tapi aku belum sempat nak blogkan.
Cuma mampu jawab secara verbal je.
So, hari ni rasa ada baiknya jugak aku tulis kat sini.
Supaya mungkin boleh jadi reference kepada adik-adik, bakal-bakal pasca siswazah yang lain.
InsyaAllah.

Ok.
Bermula saat aku register sebagai pasca siswazah lebih kurang 3 tahun dulu (it was in September 2011), kami menyewa di Rawang.
Setiap hari, sebelum matahari keluar, kami dah keluar dulu dari rumah.
Husband hantar aku ke kampus, dan dia ke tempat kerja.
Dia tak izinkan aku drive sendiri kerana aku sedang mengandungkan anak pertama kami, Alya Amani.

Sampai di lab, dengan keadaan aku masa tu masih bergelumang morning sickness, aku nap sekejap.
Usually, by 8 a.m. aku dah rasa fresh balik. Unless, hari tersebut energy drop yang teramat.

Disebabkan semester kedua, aku akan bercuti lama kerana bersalin, aku dah target siap-siap, in the first semester, aku kena lakukan sesuatu.
Gigihkan jugak diri untuk settlekan lab works yang sepatutnya dibuat masa second semester.
Boleh dikatakan, waktu di lab, memang kena utilize betul-betul.
Kalau mengantuk, take a short nap.
Kalau tahan mata pun, tak boleh fokus jugak. Kan?

Normally, kami sampai rumah dah dekat Isyak.
So, memang kat rumah, aku tak bawak balik kerja sekolah.

Bila dah ada Alya, semua benda macam nak kena atur balik.
Tapi Alhamdulillah, kami dapat rumah di kawasan sekitar kampus.
Maknanya aku dah boleh drive sendiri.
Tak perlu bergantung dengan husband lagi.

Setiap hari, at 8 in the morning (kadang-kadang lagi awal, depends on kerja yang nak dilaksanakan pada hari tersebut) aku dah keluar rumah.
Hantar Alya ke nursery, dan aku ke lab.
Malam sebelumnya, aku dah siap-siap target nak buat apa keesokan hari.
Supaya, bila masuk je lab, tak perlu melangut tak tau nak buat apa.
Kalau everything goes as planned, Alhamdulillah.
Boleh move to the next plan.
Kalau tidak, aku akan cari 'something' untuk cheer up kan balik mood.
Contoh; keluar gi Jusco, Jln TAR, Sogo, etc. (Shopping/Window shopping adalah the best therapy untuk hilangkan stress. hahaha.)

Bila dah balik, mood dah ada, boleh start balik.
Gitulah routine aku seharian kat lab.
Of course la ada intermission kan in between. Makan, solat, borak-borak, etc.

And towards the end of master, aku mengandungkan Iman.
Tapi, masa tu dah tak busy dengan labworks.
Cuma busy dengan thesis writing plus data analyzing.
Aku submit first draft thesis, a day before deliver Iman. :)

So, ringkasnya..
#1 Adakan satu jadual/schedule
Be it in hardcopy or softcopy, tak kisah.
Ikut keselesaan sendiri.
Macam aku, aku dah set in mind.
Contohnya; setiap hari aku akan ke kampus jam 8. Maknanya, sebelum jam 8, aku dah kena ready semua. Beg anak, beg sendiri, etc. Jangan jam 8 baru nak standby semua. Kelam kabut jadinya nanti.

#2 Cari/Identify bila waktu korang rasa MOST productive.
Macam aku, aku bukan jenis stay up lewat malam or awal pagi.
Aku biasa-biasa je. Waktu MOST productive aku adalah selepas sarapan pagi.
So biasanya aku akan cuba untuk sampai ke lab seawal yang mungkin. So that dapat breakfast awal, dapat start kerja awal.

#3 Ignore benda yang tak sepatutnya ketika mood sedang ON.
Off internet/wifi dan segala benda yang boleh menjadi pencetus korang untuk tidak fokus.
Bila mood tengah ON, fokus pada kerja.
Try la. Dalam masa 2-3 hours, korang mampu hadam 1 journal paper.
Sungguh ni. Cuba lah. But make sure, surrounding area pun kena comfortable la.

#4 Cari tempat yang korang rasa best untuk lepak dan buat kerja.
Kalau di lab ada cubicle, Alhamdulillah, bagus sangat dah tu.
Deco work station korang supaya bila korang duduk situ, mood nak buat kerja datang menderu-deru. 
Masa MSc, aku tak ada cubicle pun. Cuma PC je. And meja besar kat lab.
Ok la kalau sekadar untuk typing.
Tapi kalau perlukan lebih privacy dan konsentrasi, aku akan ke library.

#5 Identify 'pembunuh' masa korang.
'Pembunuh' masa.. yakni, benda sia-sia yang korang duk hadap instead of buat kerja yang berfaedah.
Kalau aku, Facebook dan laman gosip artis.. Bahahaha.
Sebab tu, bila mood nak buat kerja tu datang, aku off segala connection yang boleh membuatkan aku dapat access benda-benda lagho ni. Bila dah siap kerja/ mental block, ha bole la nak hadap sekejap. Jangan lama-lama sudah.


#6 Manfaatkan masa di rumah semata-mata untuk anak dan keluarga
Bagi aku, kat rumah, kids dan husband deserve aku 100% as a mother and wife.
So kat rumah memang aku takkan bawak balik kerja sekolah.
Unless, ada benda urgent nak kena buat.
Biasanya sampai rumah petang tu, main dengan anak-anak.
Malam, tengok TV dengan husband and the kids.
Bila anak-anak dah tidur, siapkan beg nursery diorang.
Aku akan make sure semua siap malam tu jugak.
Baju bajan husband, aku setelkan siap-siap masa hujung minggu.

#7 Rancang setiap hari anda in advanced.
Maknanya, semua aktiviti yang korang nak buat esok, esok dan esok lagi.. Rancang siap-siap.
Ini lebih mudah untuk korang organize kerja korang. Seriously.
Aku, sediakan planner sebijik. Kecik-kecik je.
Conteng kat situ. So that kita akan aware lah.
Dan, aku suka buat yearly planner.
Mark semua benda kat situ. So that, kita boleh block date yang kita rasa kita perlukan untuk settle kan kerja kita.

#8 Reward diri sendiri!
Dan yang terakhir.
Ini penting! Aku akan buat untuk diri aku setiap kali mission accomplished. Buat apa?
Macam biasa, online shopping. Hahaha.

Sekian.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua.
Allahu A'lam.
:)


semua gambar adalah ihsan google

Friday, September 5, 2014

Hardship in the Journey

Assalamualaikum.

Kembali lagi.
Dan.. Obviously, i was in the mood of sharing soooooo many things related to research, study, and definitely about the course i attended throughout the week. Hahaha.. Selamat la ye korang hadap nanti. Mungkin akan terbawak-bawak sampai ke beberapa bulan.. Mungkin la.. It depends on the mood.. And on the impact from the course i attended.

Ok now. Lets start.

Hardship in the Journey.
Semua benda ada its own hardship. Kan?
Tak kiralah apa benda sekali pun.
So, now aku nak share what is the hardship in my MSc journey.
Memang tipu la kalau kata langsung tak ada. Kan?
Kalau bukan dari research or experiment, mungkin dari diri sendiri or orang sekeliling. Kan?
Mesti ada. Setiap orang mesti akan diuji. Betul?

For me, Alhamdulillah, praise be to Allah.
In terms of labworks, bukan nak kata tak ada langsung. Tapi very little.
Which means, aku boleh cope. Aku boleh tune balik.
And alhamdulillah, manage to graduate on time
Mengusung perut yang berisi seorang khalifah dan hamba Allah di awal dan di akhir pengajian, aku tak anggap hardship. Sebab i wish for it. Itu anugerah untuk aku. 

Alhamdulillah, dikurniakan seorang soulmate yang very understanding.
Mungkin sebab both of us are doing research, and that makes him understand me well. Mungkin.. Kan?
He's willing to take care of Alya during weekend where i need to go to the lab to finish up my labworks.
Dan banyak lagi la pengorbanan dia yang aku tak dapat nak tulis.

The real hardship yang aku rasa memang truly hardship, ialah.. Some people, groups of people yang tak faham dengan apa yang aku sedang buat. They dont understand what i am doing.
Even worst, they do not try to understand what i am doing at that particular time.
Sedih tak?

For example, the event. Tak kira la event apa pun. KENA attend. No matter what. 
Imagine, nak suruh attend, tapi.. You guys inform aku dua/tiga hari sebelum event. And expect me to be there in your so-called-event without excuses. Tak fikir ke aku ni dah plan itu ini untuk kerja aku sendiri? 

Ingat aku buat research, macam experiment sains masa form 1?
I dont really understand what those people are actually thinking about my research. Seriously.
Dan seharusnya soalan 'bila cuti sem' tu adalah soalan wajib.
As if aku ni tengah buat coursework ke apa.. 
Oh mannnn.. Tolong la faham..

Even my ummi, masa aku tengah buat masters dulu..
Nak call pun, dia sms dulu tanya aku Busy ke tak.. Boleh ke ummi nak call..
So on..so forth.. Kan?
Padahal anak sendiri kot.
Kalau dia call while i was doing experiment pon i'd rather stop and redo it again. 
Because she is my biological mom. Nampak tidak apa aku cuba nak sampaikan?

So what i need is, have some understanding la.
I have my own commitment towards my study.
I get paid. Bukan hari-hari datang lab, tido. Ok?
So dont expect me to attend the event here and there.. Without giving notice. I dont need short notice.

And sebenarnya, i'd rather stay at home with the kids, let my husband to attend the event.
But please la people, tak payah nak potpetpotpet sana sini as if aku ni buat salah besar sebab tak attend certain even. Get what i mean?

Bukan aku tak nak get involve dengan masyarakat. But then, biarlah berpada-pada.
Kalau every weekend nak kena attend... Memang nonsense sangat.. 
Masing-masing ada komitmen kan...


So please, you understand me, I understand you, then we live happily ever after. THE END.

Haaa.. gittew..

Itu je lah the real hardcore hardship yang aku hadap sepanjang MSc hari tu. Hopefully, my PhD journey nanti, semua ok. Dan harapnya aku mampu atasi and control segala apa cabaran yang bakal datang. InsyaAllah.


Haaa.. lepas up post ni, nanti jap lagi ada lah pulak sore sumbang cakap 'dah tau susah, sape suh sambung blaja lagi?'

Ehh.. please, ni cita-cita aku.
I struggled for it.
Susah payah aku score, susah payah aku apply, gigil lutut masuk interview, kau jangan nak cakap banyak.
Semua orang ada cita-cita.
Dan, please, respect cita-cita aku.

Ok, Bai.

Teremosi pulak.
Hahaha.. Ampon kan patik.

Tuesday, July 15, 2014

My Only One : Peneman Jatuh Bangun MSc Aku

Assalamualaikum..

Selongkar draft kekdahnya. Hahaha..
Jumpa ini..
Lama dah kot simpan dalam draft. Since aku baru beli benda ni, sampai hari ni, baru publish.
Haha.

My One and Only Acer Aspire One. Hihi.
Sayang kamu.
Thanks banyak berbakti sepanjang perjalanan MSc aku.
I heart you muchas!!

Jangan rosak tau.
I will bring you to my next journey, PhD, insyaAllah.
Tamo beli baru dah. :)






Saturday, July 12, 2014

The Climb in My MSc Journey

I can almost see it
That dream I’m dreaming but
There’s a voice inside my head sayin,
You’ll never reach it,
Every step I’m taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high
There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb
The struggles I’m facing,
The chances I’m taking
Sometimes they knock me down but
No I’m not breaking
The pain I’m knowing
But these are the moments that
I’m going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on,
There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb
Keep on moving
Keep climbing
It’s all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith

(The Climb, Miley Cyrus)

***This was my motivational song which pushed me everytime I feel down


Tuesday, July 8, 2014

THROWBACK : Sambung Study Lagi? Nape Tak Kerja Je?

Assalamualaikum.

Well. Hari ni pun masih nak #balingbelakang..
Dan masih bercirikan sambung sekolah lagi.

I've heard people talking about me, but I keep on smiling.
Malas la kan nak ambik port.
Plus bukan depa yang duk taja aku sekolah.
And, bukan depa yang susah payah tolong baca buku untuk aku.
Betul tak?

Dulu, aku dapat kerja. Dah 2 tempat aku kerja.
Keduanya adalah memang dalam bidang aku.
Industry. Engineering.
Tempat pun aku rasa dah secure.

Then, decided untuk berkeluarga.
Masa tu, I was in a company which manufacture parts for Perodua.
And bila ada quality issues or audit...
Nak tak nak, aku memang kena stay.
Orang kata, tak apa lah stay pun, at the end of the day, dapat claim OT.
Tapi, tu apa orang kata.
Yang realitinya, langsung tak berbaloi dengan masa yang dikorbankan.
Penat je lebih.

So, while busy preparing all the wedding stuff, I was thinking about doing Masters.
Ye la, ce bayangkan..
Kalau dah ada suami, anak-anak, kerja siap pakej OT sampai lewat malam, tak ke haru?
Walaupun sebenarnya pada masa tu, aku tak de lah kerap mana pun kena OT.
Mana tahu, years ahead, bila tanggungjawab makin berat, dapat pulak bos yang macam pandai tapi sebenarnya hampeh.. Memang selamat la nak kena hadap..kan?

Dengan sebab alasan tersebutlah aku mula merisik khabar SV FYP aku masa degree.
Mujur dia memang dah sangka yang aku akan pilih jalan tu.
Masa aku grad degree, dia cakap, "saya nak tengok berapa lama awak boleh stay in industry."
Bahahaha.. Memang amat memahami.. :P

Dan aku tanpa sangsi lagi, terus je apply.
Alhamdulillah, mungkin rezeki Alya ada dalam rahim masa tu, application was quite smooth.
Dari application study, hingga lah ke application untuk fellowship.
Syukur sangat.

Bila semua dah lulus, aku hantar surat cinta ke boss.
Boss cuba sogok aku dengan pangkat and increment.
Tapi, sorry la boss.
Kalau u setakat bagi increment seciput, dengan workload tahap hazabedah, memang bolayan la.
Aku bagi kata dua kat boss, "If u can give me more than what I will get, then I'll stay. If not, just accept it."
Haaa kau.. Speaking aku masa tu. Dah boss poyo sangat.
Dia tanya aku dapat berapa if aku sambung study. Aku cakap, more than what I expect.
Dia nak tau jugak amount. Aku jawab RM3k. Hah. Terkedu.
Saja kasi gempak. Padahal tak sampai pun.
Tahu dah, even if cakap RM2.5k pun dia mesti tak sanggup punya. Hahaha

September 2011, bermulalah kembali rutin sebagai pelajar di IIUM.
Seronok wehhh..
Then baru aku rasa, inilah jalan yang aku nak selama ni.
Aku duk gigih cari kerja dulu, bukan sebab aku nak kerja.
Sebab aku nakkan post 'Engineer' tu je.
Dah merasa sekali, sorry lah. No turning back dah.
Nama sedap, orang pun ingat gaji kita sedap.
Realitinya, hanya engineer yang memahaminya. Plus, perempuan pulak.
Betul tak? (Engineers, please say yes.. Hihihi)
No, bukan aku nak cakap woman engineer tak bagus.. Tak.. Jangan salah anggap tau.
You are superwoman dan aku tabik spring pada semua engineer wanita di luar sana.
Korang hebat gile. Aku tak mampu nak hadap semua cabaran tu. Sebab aku cengeng, mungkin.

Bila dah start jadi student balik, hati tenang.
Anytime boleh start labworks, anytime boleh rest, anytime boleh outing.
Very flexible.
Nak duk rumah pun boleh. Tapi siapkan labworks dulu lah. Hihihi.
Kalau masa aku jadi engineer dulu, silap-silap tok laki jadi mem buat kerja rumah.

Bila dah ada anak, memang terasa la.
Aku ada lebih masa untuk anak.
Dia demam, aku boleh ambik dari nursery, bawak balik rumah, jaga sendiri.
Kalau aku kerja, benda tu tak mungkin jadi.
Unless, aku apply unpaid leave secara pukal sebab dah tentu la annual leave aku awal-awal lagi dah habis dek kerana routine check-up masa mengandung. Ye dak?

So, sekarang, faham kan..
Kenapa aku lebih memilih study dari kerja..?
Aku ada mission and vision sendiri.
Please, just respect.
Kalau tak setuju dengan aku pun, please, respect.
Aku study, home government yang tanggung fees.
IIUM yang bagi allowance monthly.
Plus, duit registration yang mula-mula dulu pun, ummi yang support.

Aku tahu, at the beginning, masa aku cakap aku sambung study lepas kawen, ramai yang jegil mata terkejut.
Hello.. Sorry, i tak mintak duit tok laki suh tanggung study i.
On my own. Sikit pun tak sentuh duit tok laki.
Dan memang aku sentap gila bila ada yang fikir macam tu.

Dan, lebih teruk, bila ada yang fikir, anak-anak aku terabai bila aku sambung study.
Ce habaq mai kat aku, tang mananya anak aku terabai?
Nampak anak aku kuruih keding ka tak cukup makan?
Anak aku hinguih meleleh comot ka?
Anak aku pakai baju koyak rabak ka?
Habaq mai..
Cheq tak marah.. Cheq tanya ja..


THROWBACK : The Journey Begins

Assalamualaikum... Tentiba malam ni rasa nak balingbelakang pulak. Hihi. Seriously rasa macam tak percaya, perjalanan MSc aku dah berakhir. Syukur sangat. Bila dah habis ni, rasa macam.. Eh.. Dah abis? Dulu masa nak start, ya Allah bukan main susah lagi. Dah la progress macam super slow je. Hihihi.
20140705-215153-78713826.jpg
  
20140705-215153-78713697.jpg

Dulu, masa register tu, aku sebenarnya tengah bawak Alya dalam rahim ni. Approaching 3 months kalau tak silap. Masa registration, sampai kat kaunter untuk serahkan medical report, orang tu tanya mana filem xray. Suprisingly, dia kata aku macam tak pregnant. Hahaha. Memang jenis badan aku kot, pregnant tak nampak. Atau, sebenarnya aku memang gemuk sejak azali. Bahahahaha. EDD in March 2012. Masa tu supposedly, sem kedua baru start. Aku terfikir, takkan nak ambik leave. So first sem tu, aku Pulun buat labwork jugak. Walhal normally sem pertama tu biasanya orang masih honeymoon. Cuma attend class wajib je. Nasib menyebelahi aku bila semua labworks yang aku sepatutnya buat masa sem dua tu menjadi. Alhamdulillah, syukur. Feb 2012, dah mula cuti. March 2012 aku delivered Alya. Cuti sampai mid May 2012. Masuk kejap, dah kena present progress report. Nasib la semua dah settled. Tinggal nak present je. Sampai ke hari ini, aku kagum dengan diri sendiri. Sebab aku bukan jenis berdisiplin sangat. Tapi if ada push factor, aku macam transformed to somebody else pulak. Kikikikiki... And push factor aku masa tu adalah, janin yang ada dalam rahim aku, yang aku kendong ke hulu ke hilir. 

 Apa yang penting, hati kena cekal. Super cekal dan kena sentiasa bertabah.

Tuesday, December 31, 2013

Alhamdulillah... Time to Rest!

Fuhhh...
Tarik napas... Lepas...
Tarik napas... Lepas...
Lagi sekali, tarik napas... Lepas...

Alhamdulillah.
Lega. Akhirnya semua urusan hampir selesai. Sepatutnya aku tak boleh nak berlapang dada lagi. Sebabnya submission form belum pun submit. Esok pulak nak kena buat.
Adoi la.. Betul-betul saat akhir ni...

Dan maaf. Sebenarnya entri ni aku start draft masa 3rd of December. The last day of December baru aku sambung balik.
Maaf.
Alhamdulillah, managed to settle everything on 4th of December. The last date pulak tu.
Submitted all the report duty things.
But masa tu full report of my MSc tak submit lagi. Sebab boss cakap ada some parts nak kena touch up lagi. Ya Allah. Terus rasa nak pitam masa tu. Ye la, buatnya terbersalin, tak ke susah. That was what come across my mind masa tu lah..

Malas nak fikir banyak, janji dah report duty.
Just in case terbersalin pun, allowance Dcember still jalan. Tak de lah aku terkontang-kanting memohon simpati suami nanti. Hahahaha..

And yes, aku settled semua on 4th, on 5th, our second princess came out.
Haaaaaaaa.. Kan dah cakap. Kakak Alya baby ibu start master, Adik Iman baby ibu end master.
Bangga tak dapat siap on time?
Emmm.. tak payah nak bangga sangat lah. Sebabnya aku dah extend pun 3 months. Bahahahaha.
Cuma apa yang mungkin boleh dibanggakan ialah, aku managed settle kan masters aku by getting pregnant for 2 times. Hahahahaha.. Gila kau.
Memang kaw kaw ah aku buat kerja.
Masa Alya dulu, aku gigih collect datas untuk bawak ke presentation 2nd semester.
Masa Iman ni pulak, aku gigih re-do banyak experiments yang ada compang camping sana sini.
And, what I can say is, pregnant Iman adalah the toughest kot.
Sebabnya, satu, orang tak tahu aku pregnant,
dua, aku terlampau aktif dan sihat sampai kadang terlupa yang aku pregnant (ok, point ni tak nampak pun kat mana tough, so abaikan),
tiga, aku kena jugak, by hook or by crook settlekan semua kerja, the experiments, the data analysis, the thesis writing, in less than 6 months.
Memang semput.

Tapi syukur, pregnant kan Iman, semua went well. Aku sihat, mabuk pun tak ketara. Sebab tu, tak ramai yang tahu aku pregnant, unless aku sendiri yang confess.

Cerita pregnant, soon kita bongkar ye?

And the last thing I would say is,

ALHAMDULILLAH, EVERYTHING'S DONE.
I MADE IT!!!


Dah sampai ke tahap ni pun, aku masih rasa macam i was dreaming. I completed my MSc. Yeay! Yeay!
Liku-liku buat MSc ni jugak nanti aku akan share soon. InsyaAllah. Tapi aku tak janji bila.
Mungkin boleh membantu adik-adik yang baru grad or about to grad tu untuk buat pilihan. Ok?
Till we meet again.
Assalamualaikum

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015