Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

Mencari Aura dan Momentum.

Assalamualaikum.

Hmmm. Dah petang, baru membebel.
Well, it is GOOD. Right?
Sebab, pagi-pagi boleh buat keje rather than membebel buang masa. Kan?

So, aura dan momentum apakah?

Alkisahnya..

Tuesday, March 17, 2015

Seronok Tak Terperi

Assalamualaikum..

Hari ini, rancang nak bawak result yang tak seberapa jumpa boss besar.
Lepas tu, boss besar tak reply. Memang tak dinafikan, boss besar agak busy. Plus dia Deputy Dean sekarang.. Sentiasa occupied lah. 

So, tukar plan jumpa boss besar lagi sorang.
Tapi, ni kira macam contingency plan la. Yang agak-agak tak berapa nak ready. Pegi menonong je sesambil pick up parcel kat department.
Alang-alang tengok boss free, kita terjah la kan.
Hahaha. Seriously lenggang kangkung.
Sehelai kertas pun tak bawak.

Tuesday, December 23, 2014

Lama Tak Nampak...

Awak kat mana?
Awak, awak kat mana? 
(insert muzik lagu Taufik Batisah..)
 bahahahahaha

Ok, punch line tak sampai.
Masuk-masuk terus bagi punch line.
Ni kalau dengan Dato' Jalal, mau kena ni.

Maaf la.
Penangan MLM 2014 kuat sangat.
Dan aku rasa, aku nak bocey atau zero atau jalor yang menang kali ni.
Hahahaha. Boleh?
Virus?
Hmmmm. Kurang menyengat. Mungkin gandingan yang kurang mantap.
Kalau jozan, aku rasa, mungkin ada harapan.

Ok, bukan nak cerita MLM 2014.

Assalamualaikum.
:)

Lama tak jenguk blog, kan?
Alkisahnya, last week, busy dengan furnace kat UM.
From Monday, try untuk utilize masa yang ada betul-betul supaya by Friday, semua 20 samples siap dibakar.
Alhamdulillah, on Thursday lagi dah settled.
Terawal dari jangkaan asal.
Which is, very good.
Boleh aku guna Friday untuk buat kerja lain.
:)

So, I planned to prepare all the samples yang masih ada beberapa tu untuk complete kan first phase (preliminary phase) minggu ni.
Tapi, masalah pulak.
Chemicals habis.
Huhu.

Jadinya, kena la buat kerja lain.
Plan B was, characterize apa yang patut.
Unfortunately, XRD kat UIA out of service.
Haih la. Sokmo la nak OOS.
Maintain pulak asek la lama gile.
FESEM dengar SEM, dengan kata macam OK.
Tapi, sekarang musim adik-adik undergrad busy dengan nak finalize kan FYP diorang.
So, must be fully booked la kot all those equipment.

And, switch to Plan C.
Which is, survey tempat kat luar mana yang boleh hantar samples.
Unfortunately, AGAIN, the charge rate.
Nak buat BET.
When I proposed to the SV, mentioning the price, and the SV was like... gulp..
Can you please reduce your sample size?
And I was like..
Whattttt?
Reduce my sample size is equal to I will not achieve my objective la.
XRD and SEM/FESEM kat luar pun, ada isu charge rate jugak.
So kalau BET pun dah kena suruh reduce sample size, XRD and SEM/FESEM, jangan mimpi la nak lulus.. kan?

While doing some analysis last night,
suddenly I was thinking about something.
Alhamdulillah.
Time rumah sunyi sepi,
Semua isi rumah dah selamat masuk alam mimpi, idea datang.
Kalau SV insist jugak suruh reduce sample size,
mungkin better aku proceed adsorption test dulu.
And from that, baru kita screen mana yang OK, mana yang KO.

Eh. Aku rasa la kan.
Buat PhD ni, no matter what, mesti ada sikit portion kat dalam kepala ni, at least 5% untuk fikirkan hal research.
In whatever situation sekalipun.
Pada aku, which is good la.
At least, aku tak lalai.
Jangan sampai depressed sudah lah.

And aku rasa, the candidate perlu ada somebody yang boleh jadi tempat kita kongsi apa saja yang kita rasa.
Somebody yang kalau boleh, in the same boat, is better.
Somebody yang bila kita rasa nak mengadu, dia boleh tolong sedapkan hati kita, motivate kan kita balik.
Itu paling penting.
And somebody yang boleh tolong push kita kalau kita rasa tak larat nak bergerak dah.
:)


Wednesday, November 19, 2014

First Obstacle, Identified.

Assalamualaikum.

:)

Ok, first of all, put a looooooooong smile on face.
Positive. Positive. Positive.


Kan obstacles tu dijadikan untuk kita figure out solutions dia. 
Kan? 
Kan? 
Kan?

Tarik napas. 
Hembus. 
Tarik napas. 
Hembus. 
Tarik napas. 
Hembus.

Ok lets start.

Early this week, I went to do the sieving.

And because of my biomass is some sort of fiber, memang tak telus la. Hahahaha.
Maklum lah, baru berjinak dengan fiber kan. Slow la sikit.

So, tak pe lah. 
Consult the SV and bentangkan alternative plan which is, pyrolysis dulu, then baru kita sieve.
And, plan B was approved.
Alhamdulillah.

Lepas tu, met my team mate.
And here, the obstacle identified.

Research guna method yang rare.
Of course, equipment pun rare.
And, so far, pinjam UM punya. 

Equipment tu, three of us je pun guna.
But then, kalau sorang nk kena produce 70-80 samples, 
dengan kapasiti sehari boleh buat 4-5 samples,

agak-agak, berapa lama nak siap? 
Haaa.. kat sini la challange dia.


So now, moh le kita fikir solution terbaik.
Tukar method?
InsyaAllah, buat masa ni, tak mau tukar kot.
Dan insyaAllah, ada jalan penyelesaian.

Doakan ye kawan-kawan!

** Bila mood sikit down, kita lari gi tulis blog. Hahaha. Itu lumrah.

Wednesday, October 29, 2014

Dapat Data, Jangan Bertangguh.

Assalamualaikum...

Korang-korang yang buat lab based research, mesti pernah buat apa yang aku nak share kali ni.

Aku praktikkan benda ni since FYP dulu.
Terus terbawak-bawak hingga ke MSc.
Kena pulak SV yang sama.
Memang best la.

Untuk info semua, research MSc aku, adalah extended version of FYP aku.
Cuma lebih complicated dan of course, cabaran dia hebat lain macam.
Ye la, kalau bagi FYP macam MSc, baik aku convert BEng aku terus ke MSc.
Ye dak?
Ok, just kidding.

FYP dulu, aku buat fundamental je.
Fundamental of Corrosion.
Generalnya untuk mudah difahami oleh semua, FYP dulu aku buat Corrosion of Zinc. Simple kan?
Haaa. Memang simple.
Tapi, untuk diapplykan pada Zn-air battery.
Simple jugak, kan?
Meh sini try test buat tengok simple ke tak? Huhuhu.

FYP dulu aku just guna Corrosion Measurement yang paling simple dimuka bumi.

Apa?

Weight loss method a.k.a. Gravimetric Method.
Tanya Dr.Google kalau nak tau lebih lanjut.

Hihihi.

Semua samples tu, aku akan buat in triplicates.
Immersed in 8 different molarities of electrolyte.
Every 24 hours aku akan record the weight of the samples.
Aku buat untuk 7 days/1 week.


Aku simpan data aku dalam MsExcel, dalam logbook jugak. 
Just in case either one hilang, tak delah aku menggagau lepas tu macam orang gila nak kena repeat experiment. Kan?

Ok. Itu part FYP.

Masuk cite MSc pulak.
MSc lebih complicated, of course.

Untuk MSc, masih bermain dengan Corrosion Measurements.
Masih bergelumang dengan Zinc dan Potassium Hydroxide solutions.
Masih juga dengan misi yang sama.

Aku gunakan 3 methods of measurements.
Tafel, Open Circuit Potential and Gravimetric sebagai reference.
3 methods ni memang mengundang bundle of datas.
Data memang berlambak-lambak sampai aku rasa muak nak hadap. Sungguh.

Dan bila data melambak, sila beware.
Jangan biarkan data anda hilang. Nanti tak padan dengan letih bertungkus lumus buat kerja.


Pesen aku, once siap je each batch yang aku run, aku akan terus zasss hadap PC.
Compile mana yang patut.


#1 Mula-mula buat individual dulu.
Disebabkan aku varies banyak molarity, graf je dah macam berpinar mata nak tengok.

#2 Lepas tu, baru aku combine.
Contoh, katalah aku ada 8 molarities.
So, dalam satu graf, aku akan plot semua.
Maksudnya, boleh la nampak if ada cacat cela or apa-apa new findings.

#3 On the spot aku akan analyze. Refer previous works.
Kalau selari, Alhamdulillah. Maknanya berhasil.
Kalau tak selari, Alhamdulillah jugak. Maknanya Allah nak kita gali lagi ilmu Dia nak bagi tu.
Masa 1st semester dulu, aku pernah buang semua data weight loss aku sebab masa tu data tak selari langsung dan aku assumed benda tu salah.
Dannngggggg... Ketuk kepala sendiri.
Aku lambat realize yang ada problem yang aku kena solve based on data tu.
Tak apa, belajar dari kesilapan. :)

Basically, aku pakai method,
dalam buat data analyzing aku tu.

#4 Whatever data yang aku ada, dan dah siap aku analyze sendiri, akan dibawa mengadap SV.
Untung dapat SV yang super supportive. Salah pun, dia tetap bagi motivation supaya kita tak down. Alhamdulillah. Tapi, most of the time, bawaklah data yang macamana pun, SV aku sure boleh handle and advice aku apa yang patut.

#5 Bila settled discussion dengan SV and data tersebut dan boleh considered as 'case closed', maka, boleh la aku type in proper words, simpan elok-elok dalam pendrive, laptop, PC, dan print jugak hardcopy just in case softcopy corrupt. Dan juga, aku akan emelkan benda-benda tu ke emel aku sendiri.

#6 Selesai semua, aku akan repeat balik step #1 tadi untuk setiap batch experiment yang aku kena buat.

*****************************************************************

p.s Jangan simpan data berlonggok-longgok without analyzing it. Nanti at last, kalau kita identify ada something wrong somewhere, kita perlukan extra time untuk redo/ buat troubleshoot.

p.s.s Adalah lebih baik jika kita terus find out 'ada apa dengan data' yang kita dapat. Consult SV adalah lebih baik kalau rasa kita jumpa jalan buntu.

p.s.s.s Weekly Progress Meeting adalah amat disarankan kepada semua. Masa ni, boleh mengadu domba dengan SV apa saja masalah yang kita hadapi. Experiment tak jadi, equipment rosak, technician asyik mengulo, lab nak buat characterization asyik je tutup, termasuklah isu orang menggunakan microwave lab untuk reheat makanan pun.. boleh disampaikan ke SV ketika itu. Make it simple and santai. Tak payah nak formal sangatlah. Unless, Progress Report yang kena buat every semester tu, lain lah. Macam kitorang dulu, we make it every Friday after Friday prayer. Sometimes, boleh drag sampai ke Maghrib.


Haaaaa.. itu je kot sharing kali ni.
Berkurun la amek masa nak setel posting ni.
Aku mula draft since habis MSc last year.
Masa dalam pantang bersalinkan Iman.
Now Iman dah almost 11 months. Hahaha.
Berhabuk sakan dalam draft.
Apa pun, Alhamdulillah, berjaya published.

Semoga bermanfaat kepada semua.

Yang elok itu datang dari Allah S.W.T, yang buruk itu datang dari diri aku sendiri. Maaf.

Enjoy your study!

Monday, July 14, 2014

New Journey, Soon to Begin.

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

InsyaAllah.
May Allah bless my journey, ease my journey
Ameen.


Tuesday, July 8, 2014

THROWBACK : Sambung Study Lagi? Nape Tak Kerja Je?

Assalamualaikum.

Well. Hari ni pun masih nak #balingbelakang..
Dan masih bercirikan sambung sekolah lagi.

I've heard people talking about me, but I keep on smiling.
Malas la kan nak ambik port.
Plus bukan depa yang duk taja aku sekolah.
And, bukan depa yang susah payah tolong baca buku untuk aku.
Betul tak?

Dulu, aku dapat kerja. Dah 2 tempat aku kerja.
Keduanya adalah memang dalam bidang aku.
Industry. Engineering.
Tempat pun aku rasa dah secure.

Then, decided untuk berkeluarga.
Masa tu, I was in a company which manufacture parts for Perodua.
And bila ada quality issues or audit...
Nak tak nak, aku memang kena stay.
Orang kata, tak apa lah stay pun, at the end of the day, dapat claim OT.
Tapi, tu apa orang kata.
Yang realitinya, langsung tak berbaloi dengan masa yang dikorbankan.
Penat je lebih.

So, while busy preparing all the wedding stuff, I was thinking about doing Masters.
Ye la, ce bayangkan..
Kalau dah ada suami, anak-anak, kerja siap pakej OT sampai lewat malam, tak ke haru?
Walaupun sebenarnya pada masa tu, aku tak de lah kerap mana pun kena OT.
Mana tahu, years ahead, bila tanggungjawab makin berat, dapat pulak bos yang macam pandai tapi sebenarnya hampeh.. Memang selamat la nak kena hadap..kan?

Dengan sebab alasan tersebutlah aku mula merisik khabar SV FYP aku masa degree.
Mujur dia memang dah sangka yang aku akan pilih jalan tu.
Masa aku grad degree, dia cakap, "saya nak tengok berapa lama awak boleh stay in industry."
Bahahaha.. Memang amat memahami.. :P

Dan aku tanpa sangsi lagi, terus je apply.
Alhamdulillah, mungkin rezeki Alya ada dalam rahim masa tu, application was quite smooth.
Dari application study, hingga lah ke application untuk fellowship.
Syukur sangat.

Bila semua dah lulus, aku hantar surat cinta ke boss.
Boss cuba sogok aku dengan pangkat and increment.
Tapi, sorry la boss.
Kalau u setakat bagi increment seciput, dengan workload tahap hazabedah, memang bolayan la.
Aku bagi kata dua kat boss, "If u can give me more than what I will get, then I'll stay. If not, just accept it."
Haaa kau.. Speaking aku masa tu. Dah boss poyo sangat.
Dia tanya aku dapat berapa if aku sambung study. Aku cakap, more than what I expect.
Dia nak tau jugak amount. Aku jawab RM3k. Hah. Terkedu.
Saja kasi gempak. Padahal tak sampai pun.
Tahu dah, even if cakap RM2.5k pun dia mesti tak sanggup punya. Hahaha

September 2011, bermulalah kembali rutin sebagai pelajar di IIUM.
Seronok wehhh..
Then baru aku rasa, inilah jalan yang aku nak selama ni.
Aku duk gigih cari kerja dulu, bukan sebab aku nak kerja.
Sebab aku nakkan post 'Engineer' tu je.
Dah merasa sekali, sorry lah. No turning back dah.
Nama sedap, orang pun ingat gaji kita sedap.
Realitinya, hanya engineer yang memahaminya. Plus, perempuan pulak.
Betul tak? (Engineers, please say yes.. Hihihi)
No, bukan aku nak cakap woman engineer tak bagus.. Tak.. Jangan salah anggap tau.
You are superwoman dan aku tabik spring pada semua engineer wanita di luar sana.
Korang hebat gile. Aku tak mampu nak hadap semua cabaran tu. Sebab aku cengeng, mungkin.

Bila dah start jadi student balik, hati tenang.
Anytime boleh start labworks, anytime boleh rest, anytime boleh outing.
Very flexible.
Nak duk rumah pun boleh. Tapi siapkan labworks dulu lah. Hihihi.
Kalau masa aku jadi engineer dulu, silap-silap tok laki jadi mem buat kerja rumah.

Bila dah ada anak, memang terasa la.
Aku ada lebih masa untuk anak.
Dia demam, aku boleh ambik dari nursery, bawak balik rumah, jaga sendiri.
Kalau aku kerja, benda tu tak mungkin jadi.
Unless, aku apply unpaid leave secara pukal sebab dah tentu la annual leave aku awal-awal lagi dah habis dek kerana routine check-up masa mengandung. Ye dak?

So, sekarang, faham kan..
Kenapa aku lebih memilih study dari kerja..?
Aku ada mission and vision sendiri.
Please, just respect.
Kalau tak setuju dengan aku pun, please, respect.
Aku study, home government yang tanggung fees.
IIUM yang bagi allowance monthly.
Plus, duit registration yang mula-mula dulu pun, ummi yang support.

Aku tahu, at the beginning, masa aku cakap aku sambung study lepas kawen, ramai yang jegil mata terkejut.
Hello.. Sorry, i tak mintak duit tok laki suh tanggung study i.
On my own. Sikit pun tak sentuh duit tok laki.
Dan memang aku sentap gila bila ada yang fikir macam tu.

Dan, lebih teruk, bila ada yang fikir, anak-anak aku terabai bila aku sambung study.
Ce habaq mai kat aku, tang mananya anak aku terabai?
Nampak anak aku kuruih keding ka tak cukup makan?
Anak aku hinguih meleleh comot ka?
Anak aku pakai baju koyak rabak ka?
Habaq mai..
Cheq tak marah.. Cheq tanya ja..


Monday, June 23, 2014

Buat come back

Assalamualaikum.
Fuhh..fuhh..fuhh..
Berhabuk berlemuih dah aih blog aku.
Lama sangat dah tak menulis. Idea pun tak berapa nak best dah.
Nak kena asah balik la ni.

Buat comeback (lah sangat!)..
Dah macam retis le pulak kan..
Hahaha.. Meh kita buat slow and steady, step by step..
Skill berbelog ni memang nak kena sustain..
Kalau on off macam aku ni, memang anak ikan bilis lah sokmo.. :)
Untung nuff masih nak kasi advert..

Ok, firstly.
Kenapa lama sangat aku berhibernasi?
Haaa.. berhibernasi kauuu..
Kikikiki.. Ye, sesuai sangatlah berhibernasi. Lemak pun bertambah-tambah ni ha..

Lama berhibernasi, sebenarnya, busy menyiapkan thesis...
Haha.. Mesti korang cemuih kan dengar.. Asyik thesis..thesis..thesis..bajet dia sorang je la buat masters.
Nak buat cane lagi.. Dah itu je keje aku selama dua tahun ni. Memang aku kena hadap la..

End of last year lagi sebenarnya dah submit. Before aku deliver Iman.
Tapi after Iman keluar, still ada kena add on here and there. Lepas tu betulkan sikit lagi untuk submit final draft ke Pusat Pasca-Siswazah.. Makanya, memang hadap thesis la aku sampai ke habis pantang.
Dan aku paling kagum, dalam hari tu aku tinggalkan Iman kejap kt Umi, datang kampus print, binding and submit final draft ke Pusat Pasca-Siswazah. Fuhhhh... Aku tak sangka aku macam tuh.

Dah selesai semua, kami balik Besut.
Kat Besut for almost 3 months, balik semua ke Gombak.
Life with 2 little princesses just begun.
Mula-mula rasa kekok.
Bila dah lama sikit, Alya dah play her role as a elder sister, kurang sikit la risau aku ni haaa..
Kalau tak, asyik je dukung si Iman takot di puk kakaknya. Hahaha. Mak pulak paranoid. Masalah la kan. Hahaha.

Nursery untuk Iman masih lagi tak de vacancy after kami balik Gombak.
Solution nya, aku extend cuti. Kikikiki.
Sonok oi duk umah jaga anak. Tengok dia membesar.
Almost 5 months jugak la Iman duk ngan aku.

Rezeki Iman, dan rezeki aku jugak, mid April aku dah dapat date untuk Viva.
Lega, plus cuak sebab dah lama gila tak present.
And serentak dengan itu, IIUM Educare pun called untuk inform tempat untuk Iman dah ada.
Alhamdulillah. VIVA and Iman dah boleh masuk school in the same month. Lega sangat.

VIVA, on 3rd May 2014.
Later aku cerita.
Apa yang aku boleh cakap, everything was average la.
Tak ada killer questions.
Cuma fundamental questions je yang aku macam sangkut-sangkut nak jawab.
Tak back to basic la tu kekdahnya. Padan muka aku.

Ermmm.. Lepas VIVA, aku berbizian dengan the very final draft of thesis.
Yang mana aku kena setelkan corrections secepat mungkin.
Tak de lah banyak pon. Tak formatting here and there, membuatkan benda tu jadi leceh.
So it took about 2 weeks jugak.
KENA submit to centre by 1st week of June kalau nak masuk senate meeting for June.
Memang disaster gile la hidup aku 2-3 weeks tu.
Dengan cik asben outstation nya.
Mujur anak-anak diberi kesihatan yang baik, Alhamdulillah.
Finally, Alhamdulillah, managed to submit on time.
So sekarang tunggu official transcript keluar and baru boleh proceed for the next step.

As for now, aku masih lagi busy.
Busy dengan proposal preparation pulak.
Plan nak settle by this week.
So bulan puasa nanti boleh la try buat labwork sikit-sikit kalau mampu.
Doakan yang terbaik ye. Hihihi.

Ermmmm..
So, tu je lah kot.
Kira come back lah tu kan..
Soon, banyak lagi cerita pasal 2 princesses bakal dipaparkan.
Tapi aku tak janji la bila.
Tutorial shawl pun aku tak sempat lagi nak buat. Hiiiii..
Maaf ye. Nanti eh..

Mak anak dua memang macam ni. Bahahahahaha.

Last aku nak cakap,
Alhamdulillah, berakhir sudah 2 tahun perjalan MSc aku.
Lega. At the end, aku macam tak sangka yang aku dah abes. Graduating yaw!
Dengan result Alhamdulillah, flying colours (which i didnt expect pon!).
Dengan mula-mula start dulu aku duk bawak perut mengandungkan Alya. And at the end bawak perut mengandungkan Iman pulak.. Allahu.. Sungguh aku tak sangka yang aku dah lalui semua ni. Syukur.

Journey MSc aku pun insyaAllah aku nak letak jugak kat sini if ada extra time nanti.
Mungkin boleh jadi panduan untuk adik-adik bakal graduan yang planning nak further lagi..
InsyaAllah. :)


Tuesday, December 31, 2013

Alhamdulillah... Time to Rest!

Fuhhh...
Tarik napas... Lepas...
Tarik napas... Lepas...
Lagi sekali, tarik napas... Lepas...

Alhamdulillah.
Lega. Akhirnya semua urusan hampir selesai. Sepatutnya aku tak boleh nak berlapang dada lagi. Sebabnya submission form belum pun submit. Esok pulak nak kena buat.
Adoi la.. Betul-betul saat akhir ni...

Dan maaf. Sebenarnya entri ni aku start draft masa 3rd of December. The last day of December baru aku sambung balik.
Maaf.
Alhamdulillah, managed to settle everything on 4th of December. The last date pulak tu.
Submitted all the report duty things.
But masa tu full report of my MSc tak submit lagi. Sebab boss cakap ada some parts nak kena touch up lagi. Ya Allah. Terus rasa nak pitam masa tu. Ye la, buatnya terbersalin, tak ke susah. That was what come across my mind masa tu lah..

Malas nak fikir banyak, janji dah report duty.
Just in case terbersalin pun, allowance Dcember still jalan. Tak de lah aku terkontang-kanting memohon simpati suami nanti. Hahahaha..

And yes, aku settled semua on 4th, on 5th, our second princess came out.
Haaaaaaaa.. Kan dah cakap. Kakak Alya baby ibu start master, Adik Iman baby ibu end master.
Bangga tak dapat siap on time?
Emmm.. tak payah nak bangga sangat lah. Sebabnya aku dah extend pun 3 months. Bahahahaha.
Cuma apa yang mungkin boleh dibanggakan ialah, aku managed settle kan masters aku by getting pregnant for 2 times. Hahahahaha.. Gila kau.
Memang kaw kaw ah aku buat kerja.
Masa Alya dulu, aku gigih collect datas untuk bawak ke presentation 2nd semester.
Masa Iman ni pulak, aku gigih re-do banyak experiments yang ada compang camping sana sini.
And, what I can say is, pregnant Iman adalah the toughest kot.
Sebabnya, satu, orang tak tahu aku pregnant,
dua, aku terlampau aktif dan sihat sampai kadang terlupa yang aku pregnant (ok, point ni tak nampak pun kat mana tough, so abaikan),
tiga, aku kena jugak, by hook or by crook settlekan semua kerja, the experiments, the data analysis, the thesis writing, in less than 6 months.
Memang semput.

Tapi syukur, pregnant kan Iman, semua went well. Aku sihat, mabuk pun tak ketara. Sebab tu, tak ramai yang tahu aku pregnant, unless aku sendiri yang confess.

Cerita pregnant, soon kita bongkar ye?

And the last thing I would say is,

ALHAMDULILLAH, EVERYTHING'S DONE.
I MADE IT!!!


Dah sampai ke tahap ni pun, aku masih rasa macam i was dreaming. I completed my MSc. Yeay! Yeay!
Liku-liku buat MSc ni jugak nanti aku akan share soon. InsyaAllah. Tapi aku tak janji bila.
Mungkin boleh membantu adik-adik yang baru grad or about to grad tu untuk buat pilihan. Ok?
Till we meet again.
Assalamualaikum

Thursday, July 4, 2013

Hidup Lagi Ke..

Haaaa... Hidup ni ha. Tapi blog macam hidup segan mati tak mahu aje. Hahaha
Sekarang senang, ada live update kat red carpet gojes. Jadinya, blog pun menjadi slow macam siput. Tambah pulak dengan kesibukan yang terlampau sekarang. 
Eh. Sibuk ke? Haha

Sibuk la sangat. 
Hari-hari buat keje, mesti nak selit jenguk red carpet gojes kejap. 
Kalau tak pon, jalan-jalan mencemar dulu ke blog gojes lain. 
Blog sendiri nak hapdet? 
Nan Hado!

Eh, sibuk sebenarnya. 
Sebab kalau ikut plan asal, by Ramadhan ni dah nak buat keje lain. 
Tapi.. Tapi.. Tapi.. macam tak boleh je. 
Keje yang ini pun tak siap lagi. 
Stress mak!

Current passion?
Haaaa.. Ngadap thesis sampai lebam. 
Misi nak siapkan sampai chapter 3 by mid of July. 
Mampu? 
Haaa.. Mampu ke tidak, mid of July nanti kita tengok. 
Kalau hagak-hagak tak dan, kita pulun la siang malam ye.
Nasib baik present progress report postponed ke lepas raya
Kalau tidak, apa pun tak bole! 
Nak presen hape wooiiiii... 
Haaaa... Ni yang mula rasa nak garu kepala yang tak gatal ni.

Sekarang, chapter 1 completed
Masih terkedek-kedek kat chapter 2.
 Idea macam tak berapa nak ada. 
Acane? 
Skip aci? 

Tekanan mak oi!

Apa pun jadi, by October nak submit jugak. 
Tak dapat submit kat Centre pun, submit kat bos pun jadi lah. 
At least, ada la progress. 
By hook or by crook, November nak report duty dah. 
Bulan doblas nak rehat. 
Tak kira! Tak kira!

Jadinya, gigihlah ye diri sendiri...
Bertabahlah wahai hati.

Maap blog, kamu terabai sikit sekarang.
Harap paham la..
Da setel semua nanti, akanku update semua sampai tak larat sume orang nak baca. 
Haha. Jangan percaya. Propa je tuh. OK Bai!


Thursday, March 7, 2013

Dah 7 March, apa nak jadi dengan aku nih?

Hmmm.. (awal-awal lagi da mengeluh) -_-

Cepat sangat masa meninggalkan kita.. err.. saya je kot. Tiba-tiba dah March.
Minggu depan, dah masuk mid March. End of March dah mid term break dah.
Ada lagi half semester untuk dikerjakan.
Masalahnya mood ke laut. Kerja melambak.
Chapters seciput pun tak start lagi, not even a word pon.
Apa nak jadi dengan aku nih.

Results yang ada, nampak macam banyak.
Tapi bila aku tenung lama-lama, rasa macam tah hape-hape pun ada.
Minggu depannya, repeat lagi experiment. Lepas tu compare lagi results. Fuh. Lap peluh di dahi yang tak berpeluh lah jawabnya.
Macam ni nak further sampai Phd? Sape la nak layan. -_-

Yang satu tu pulak, bila mood datang, barang tak ada.
Kalau barang ada, bila buat, tak jadi. Terus spoil.
Bila dah spoil, mula lah mood ke laut tah bila nak mendarat balik.
Tapi yang paling best, bila jumpa bos, terus mood ada. Secara tiba-tiba.
Bos itu ibarat vitamin C untuk kami semua.. Err.. ke aku je rasa macam tu?

Sekarang, buku langsung tak bawak balik rumah dah.
Memang harapan la kalau bawak balik pun.
Buat penat usung dari kereta masuk rumah, dari rumah masuk kereta.
Buang tenaga. Seriously.

So, sebelum rasa macam kerja melambak-lambak yang melampau, mari buat list apa yang nak kena buat... (ajak diri sendiri).
1. Cek barang semua cukup ke tak nak proceed sample preparation untuk Tafel.
2. Start la writing sikit sikit mak cik oiiii. Takkan nak tunggu semua siap baru kau nak terkedek-kedek buat. Nanti lambat grad kau jangan nak salahkan orang.
3. Kumpul semua data yang ada, rungkaikan segala persoalan, bawak mengadap bos. Mana perlu tambah, sila tambah. Ikut cakap bos.
4. Sila la siapkan yang data correction dalam excel tu. Lama bebenor dah rasanya terperap. -_-
5. Sila jugak cek status bendalah serbuk yang nak cek compositions tu. Pikir-pikir la cara yang sesuai. Takkan nak biar je benda tu rosak cenggitu. Bukan senang nak buat tu oi.

Ok. Bila dah list, nampak macam secoet la pulak.
Dah tu kenapa kepala macam berat je. Macam banyak sangat benda terbeban. Huh.

Hmmm..
Dah. Jangan mengeluh wahai diri sendiri.
Mari kumpul semangat untuk buat keje.
Esok adalah hari berjumpa bos. Maka, persiapkan diri ye.
Kompom yang point no 4 tu dia akan tanya statusnya.

Maap ye semua.
Monolog diri sendiri yang rasa teramat serabut.

Doakan semua berjalan lancar, mood tidak sentiasa ke laut sangat.
Ai is nak abes cepat-cepat.

Monday, November 12, 2012

A Long Break Ended.

Assalamualaikum.
Fuhhh. What a looooooonnngggg break. Break sekejap dalam mentulis belog je. Bab lain tak dan nak break. Tak terkejar. Dengan labworks menimbun dan tertimbun, kerja di rumah lagi yang tak terbuat, masak memasak untuk keluarga lagi. Pfffttt.. Alasan. -_-

Actually, ini third semester dah. 1 semester left dan saya rasa macam saya tak ada apa pun untuk digoreng dalam thesis kelak. Rasa macam tak berbuat apa-apa. Even kadang-kadang datang lab tak sempat nak mengadap PC pun. Ini la manusia. Tak pernah puas, tak pernah rasa cukup.

Dan, macam biasa lah kan.. Last minute person macam saya ni, towards the end ni lah baru nak terkocoh. Sama seperti undergrad dulu. Sedikit pun tak pernah berubah. Bahaya. Adik-adik jangan ikot yeh. And now dalam kepala memang ada misi nak start writing sikit-sikit mana yang ada. Tapi, macam biasalah, sifat utama last minute person ni, selagi tak sampai nyawa-nyawa ikan, sikit pun tak bergerak, apa pun tak boleh. Haishhh. Not good.

Few weeks ago, hati riang sebab berjaya kumpul results secara pukal. Entah kenapa hari tersebut saya rasakan cukup productive. Tapi bukan bermula dari pagi. Towards the end of the day baru nak menjadi dan itu sangatlah membuktikan ke'last minute'an saya. -_-

Ada rakan bertanyakan saya further master after getting married bagaimana keadaannya. Heeee. Later saya share. Ia sungguh tough. Bertambah tough bila sudah memiliki cahayamata. Believe me!

Ok. Now lets talk about my little princess..
She's turning 8 months old day after tomorrow. How time flies. Rasa macam baru bulan lepas suffer labour pain. And now she's turning 8 months old.

Good news, she will be transferred to another class next month. Macam primary school pulak kan? :)

Good news again, she's now moving forward. Finally.. Fuhh. Penat tunggu kecik tu nak pandai menyusur ke depan. And now bila dah laju bergerak, haaaa.. Mula la rajin nak mengemas. Bila dia diam, memang ada la yang dia kerjakan. Silence is suspicious! Memang sangat suspicious...

Makin besar, makin cheeky, makin comel (haruslah puji anak sendiri kan?), makin bijak, makin pandai buat muka, makin buat kitorang sayangggggg sangat kat dia.

Alhamdulillah, masih lagi breastfeed even dah tak fully dah. Syukur masih ada susu untuk dia minum. Lately milk supply macam agak berkurang. I dont know why. Mungkin stress. Banyak benda yang buat saya stress sekarang. Especially about raising up my little princess. Banyak la 'itu' dan 'ini' yang orang sekolahkan pada saya. Macam saya tak pandai nak besarkan anak. It's good to share the knowledge. Tapi jangan la sampai nak semua orang raise up the child ikut bulat-bulat cara dia. Everyone has their own way right? So, mind your own bussiness. Sikit-sikit, I still can bear. Dah lama-lama, boleh meletop mak... Jangan ingat saya tak pandai marah. Jangan ingat saya sengih, saya iya kan semua benda means saya setuju. Jangan sampai saya sound direct, nanti semua makan hati dah tak nak tegur saya. But saya rasa itu lebih elok. Tak tegur haku lagi bagus la weh. Hoh. Ter'emo' sudahh.

Need to have a break. Nanti kita sharing-sharing lagi hokeayyy..
:)

Thursday, February 9, 2012

Presentation Progress Report

Alhamdulillah, selesai sudah.

Awal-awal, agak berdebar and nervous sebab tak boleh nak imagine how it would be. Memang tak ada view langsung dalam kepala even kawan-kawan dah cerita the actual condition dalam conference room tu macamana.

Tadi, bila dah sampai masa, Alhamdulillah, settled.

Kebetulan orang-orang yang suppose to present tak ada masa tu, kami yang ada ni terus proceed. SV pon tak sempat tengok kot. Hihi. When I finished, baru SV masuk. ^_^

Alhamdulillah, almost 20-30% kot dah settled.
Cuma writing je belum start.
Masa present tadi, baby pun kasi support kat dalam. Macam jd cheerleader pulak kan kat dalam neh.
Thanks baby.

Itu sahaja.
Lega, lepas ni focus on analyzing results yang ada before baby pops. Hehehe.

Tuesday, February 23, 2010

oh..semalam pre-reg rupanya


oh..oh..oh..sekarang adalah musim pre-reg ye rakan-rakan....saya tak sedar...langsung tak perasan...boleh pulak la tak tahu menahu pasal benda itu..padahal 4 tahun yang lalu memang menggelupur bila tiba waktu itu...sanggup pegi cari Cyber Cafe dekat luar campus semata-mata nak dapatkan subjek yang dikehendaki...ohh..sungguh horror..dan sungguh manis memori itu sebenarnya..semalam masa saya tengah online sambil menaip entry pasal Langkawi hari last itu...baru tahu yang mereka semua dah mula pre-reg session semalam..

haha...terasa sangat diri sudah mengenjak tua matang...keperitan nak mendapatkan subjek tu sangat dirasai ketika saya first year dulu...imagine ok..budak-budak first year kalau ikotkan jadual pre-reg..memang adalah orang last yang kena pre-reg...bayangkan lah..tinggal sisa-sisa je dekat kami...bila dah mengenjak tua matang neh...semakin mudah...plus bila memilih Materials Engineering sebagai jalan hidup di Kuliyyah of Engineering ini..hohoho..dah tak payah nak berebut sakan masa nak pre-reg...biasa pre-reg dimulakan jam 5 petang..dan akan berakhir 24 hours selepas itu..



dulu saya agak menggelupur la sebab ada lagi subjek pre-requisite university yang tak hambek lagi..but then..bila semua dah completed..tak payah dah bersusah payah...betul la kata orang..bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian...heeeee... ^_^ masa 2nd year and 3rd year...lepas 20 hours after system on baru lah duk buat pre-reg..itupun masih boleh dibuat secara slow and steady..... kesimpulan dia...ambik lah Materials Engineering..hidup pasti senang..insyaALLAH..belajar tidak lah susah sangat...eh..tak...tetap susah..belajar apa yang tidak susah..betul tak? dah nama pun belajar..pasti ada kesusahan dan kesulitan yang akan dihadapi..contohnya macam assignment plus project yang banyak dan juga lab report yang juga banyak..hoho..eh..dah macam lari tajuk..tadi kita cerita pasal pre-reg kan? pasal materials engineering nanti kita bukak topik lain..okeh???

itu saja...perihal pre-reg...ada kerja nak buat..so memang kena stop jugak... till we meet again..insyaALLAH..


Wednesday, February 3, 2010

Berkat tidur

huh..?? apekah?? berkat tido?
cerita dia macam ini...hehe..tadi kan..pukul 2..aku sepatutnya kena datang kelas awal..sepatutnya sejurus selepas solat dah memang kena gerak untuk pergi kelas dah..tapi kan..heeee....aku gerak dari bilik 10 minit sebelum pukul 2..haha..
pukul 12.45 kot aku tidur tadi...da set alarm pukul 1...tapi tah macamana boleh tak sedar...eh silap..aku dah sedar sebenarnya pukul 1..tapi aku snooze alarm tu..so dia akan memekik lagi la selepas 10 minit..but then aku tak sedar pon bila dia bunyi..hahaha....terukk...

masa sedar tu..dah pukul 1.45 okeyyy....aku dengan menggelabahnya bangun tengok jam lagi sekali..(hoi..sempat lagi fikir aku salah tengok jam..) tujuan aku tengok jam lagi sekali tu untuk nak confirmkan betul ke aku sebenarnya memang dah lambat..haha...


terus la menggelupur pegi toilet..amek wuduk..oitt..tak solat lagi tahu masa tu..dah ketar lutut ni..tapi tetap buat muka macam takda exam..haha..kua dari toilet sempat lagi tu aku lenggang kangkung...sampai jiran sebelah bilik tegur aku..

"oit..tak de kelas ke?" - dia tanya aku
"ada..pukul 2.." - aku jawab dengan membawa muka tak rasa apa..haha
"lepak gila kau.." - dia dah macam risau..
"oh..takpe..lecturer tu selalu masuk lambat.." - aku jawab sekali lagi dengan membawa muka tak bersalah pegi blame prof..
(haha..kang dah berdosa dekat situ..kesian prof..dia salu tak penah lambat tahu?? aku nak cover cuak masa tu sebenarnya..buat muka macam takda apa-apa...)

orang tak tau masa aku masuk bilik tu macamana..dah menggelabah tahap dewa dewi tah...bedak pon tak pakai tahu?jam aku pakai masa on the way pegi kelas tu...aku da macam boleh admit kot yang aku ni memang sengal jugak kadang-kadang...

jalan laju gila hokehh...memang sume orang aku buat tak nampak je..dalam kepala aku hanya ada EXAM SEMICONDUCTOR MATERIALS AND PROCESSING pukul 2..risau weh..aku ni jenis yang kalau cuak..segala yang aku dah baca berbakul-bakul pon aku boleh lupa..

on the way tu tak henti-henti aku doa..mintak-mintaklah tak lupa jap lagi..( i keep on repeating those sentence ok...sampai la tiba di engin..) dah dekat nak sampai..

kawan sms.. - "weh..dia dah masuk ni.."
aku dengan selamba jawab.. - "ok..dah otw.."

haha..sempoi kot..padahal dalam hati takda sape tahu kecuali ALLAH S.W.T


masa nak masuk engin..nampak classmate aku sorang ni baru nak parking kete..
dalam hati..."
hoyeayyy..ada lagi orang lain lambat.."

masuk je kelas..terus meluru kat tempat aku..depan sekali woooo....memang..aku selalu duk depan walaupun aku bukan student kesayangan atau best student..sebab dia..saiz aku yang macam ini membuatkan aku redha saja duduk depan sekali pon..takpe la..senang sikit absorb ilmu..ye tak?? haha..berunsur poyo di situ nampaknya..:)

hari ni..dalam sejarah kot aku duduk ada gap dengan my friend..sebab ada barang kat kerusi sebelah..so aku yang dah memang tengah gelabah tu main duduk je mana-mana pon...haha..dan..hari ini jugak..aku macam dah tersalah estimate kebolehan diri sendiri..aku selalu fikir aku takkan boleh ingat semua yang aku baca..aku takkan boleh jawab dengan baik...(sungguh..jangan la underestimate diri sendiri..kesian diri sendiri...) AMARAN: JANGAN TIRU AKSI INI

alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar..syukur sangat..aku berjaya jawab tanpa toleh kiri-kanan..tanpa bukak apa-apa alat bantu pon....tahniah noraini..satu kejayaan yang amat patut dibanggakan oleh diri sendiri..(heh..nampak sangat la before ni jawab ada alat bantu..ye tak??) heee...itu zaman tak berfikir panjang...now kan dah final year..kena la buang sifat-sifat buruk itu...nak berjaya..kena ada keberkatan..baru la akan rasa betul-betul puas hati dengan kejayaan tu...

aku tak lunch pon tadi..hanya shake..tapi takpe..kenyang..sekarang baru dah rasa lapar balik..so..nak off dulu...esok exam lagi..sikit pon aku tak revise lagi..malam ni aku pulun...doakan ye...nak makan..and study...daaaa....

ooo..jap..jap..nape tajuk dia berkat tido?? tah..aku pon tak tau..aku cuma amek phrase yang ada orang bagitau kat aku lepas exam tadi..:)

..assalamualaikum..

Tuesday, February 2, 2010

rindu....

....blogging

esok exam..

sampai UIA since sabtu..
tapi tak sempat nak update belog..
beginilah nasib orang yang balik rumah seminggu tapi tak study langsung..haha
duk hadap buku tu sampai rasa macam nak termuntah..
haa...rasakan lah..sapa suruh last minute preparation..
itulah NORAINI..dia memang begitu..padan la muka dia..

yang hangin nye..kata dapat wifi dari bilik..konon nak bersiaran secara langsung dari atas katil bilik..tapi semuanya hampas kelapa...benci betul...haaaa..
tak dapat pon signal..
benciiiiii..!!!!!

umm...nanti-nanti akan update lagi..
sebab esok exam..
so tak boleh lebih-lebih..haha..

da february....:)
next month final exam..:)
april will come..
come faster my dear april...:)

Tuesday, December 8, 2009

we are graduating...yeay..:)

halllluuuuu....lamenye rasa tak merepek kerepek dekat sini..bukan ape..idea asyik tade je...dah la idea tu asyik datang time yang tak sesuai..so...tak leh nak buat apa dah la...hari tu..dalam LRT on my way to UM after attending my appoinment dekat HKL...idea datang berterabur dalam kepala..tapi malang sekali sebab masa tu dalam LRT and aku pulak tade iPhone yang digilai ramai tu...jadinya tak dapat la nak kutip idea yang berterabur tu..huhu...aku tak kisah pon aku tade iPhone..sebab aku belum mampu lagi..henpon yang ada ni pon aku tak abes explore lagi...dulu zaman-zaman matrik,masuk aje duit elaun every sem..mesti gila duk nak beli henpon baru...alhamdulillah..kali ni macam dah matang sedikit..sekarang rasa macam tak akan beli stuff yang aku rasa aku tak perlu...pandai dah sekarang...laptop ni pon dah nazak macam hape dah...boleh lagi aku tolak offer bunda nak belikan laptop baru...adakah ini NORAINI?? huhu..macam aku pon susah nak percaya..tapi itulah hakikatnya...sekarang macam sangat sayang dekat duit yang ada dalam tangan..and rasa macam nak sangat cari part-time job throughout this final sem...tapi tu lah..macam susah saja...apply lab demo,tak dapat...kalau dapat..senang la sikit duduk..takde rezeki aku agaknya...tak pe lah..try another way lah pulak..

ok..sebenarnya just nak bagitau..i am entering the final semester here in IIUM...huhu...segala perasaan bercampur aduk dalam kepala dan dada...of course happy sebab will be graduated soon..tapi worried sebab terfikir will i get any job offer after finishing this 4-years study..risau sesangat...ramai orang suggest aku send the resume and CV to mana-mana companies yang rasa suitable dengan degree aku...hmm..good idea..tapi aku tak start pon lagi..sebab transcript tak ready lagi...and resume pon belum update lagi..so have to wait lagi sikit la..and really hope applications aku nanti akan diterima..aminnnn...

this semester..aku ada 15 credit hours..which means aku kena seat for 5 papers masa final exam nanti..kelas pertama dah mula pagi tadi..siap ada assignment okeh...agaknya the lecturer takot tak sempat habis kot..because she's pregnant..bagus jugak dia mula awal-awal..good for her and for us too..:) so far macam ok kot all the classes..cuma ade problem sedikit untuk kelas MSD..sebab ade my friends yang subjek elective diorang clashes with MSD...so..tak tau la cane...and...and...this semester..tiap-tiap hari kelas bermula 830 pagi...830 pagi ok..memang tak dapat nak membongkang dah la lepas subuh...tapi yang agak heaven nye ialah..friday no class at all..:)

ummm...apa lagi eh...da tade kot...itu je la so far cerita untuk permulaan semester ni...harap segalanya berjalan lancar..and akan dapat result with flying colours at the end of this sem..:) aminnn...have to struggle lebih sikit kot this semester...last semester punye result macam tak seronok..sebab tak dapat DL...bukan rezeki lagi kot..so...this sem,kena mula dari awal...

Tuesday, November 10, 2009

1st paper...DONE

alhamdulillah...

sudah finished oredi..
paper tadi sungguh menenangkan hati...
syukur kehadrat Ilahi...
berkat limpah dan kurniaanNYA...

aku seronok sangat...
aku harap sangat subjek pagi tadi dapat selamatkn impian aku untuk grab dean's list sem ni..
insyaALLAH...

soalan dia simple..
tapi risau jugak kalau macam tu..sebab takot overconfidence...kn?
harap-harap paper sabtu,ahad n selasa nanti..aku akan dapat ketenangan menjawab macam yang tadi....
Ya ALLAH...
bantulah aku...
aminnn....

sekian..nak balik dah..
nk study..

Friday, November 6, 2009

FYP + final exam = disaster

cakap banyak pon tak gune...


+

=
THE BIGGEST DISASTER
(in my life as a student)

Ya ALLAH...bantulah hambaMu ini..
permudahkan segala urusanku...
berikan yang terbaik untukku...
aminnnn....


Monday, November 2, 2009

exam mode:ON


10 Nov ni Noraini exam ye kawan-kawan.. minggu depan dah start exam week.. tapi paper Noraini start lambat sikit.. exam pada 10,14,15, dan 17 Nov.. so..mulai minggu ni..


i will be away from blog yang memang tak best ni..
dan juga fesbuk yang telah banyak melalaikan penggunanya dengan farmville,cafe world,barn buddy,sorority life,etc...
(aku cakap benda yang aku main je..ahahahaha...)
tengoklah nanti kalau aku bosan dan tak tahan sangat,aku jenguk la sini jap..



kena betol-betol ni.. ada orang cakap.. "u dapat dean's list sem ni..i bagi hadiah.." wow...hehe.. i like...

noraini nak cakap dengan orang yang janji tu...
"okey..i akan study mana yang mampu.. kalau i betol-betol dapat...tapi u tak bagi hadiah..siap u...!!"

aku bukan nak mengalah sebelum berjuang..tapi aku macam kurang yakin sikit la..sem ni banyak main..lupa diri sikit..tah ape la nak jadi..hari-hari duk ngadap fesbuk..main game..aku pon dah tak suka dengan cara aku itu..

(AMARAN:jangan tiru aksi ini!! ini kategori mendedahkan keburukan sendiri dekat blog sendiri..)

tapi..aku kena juga berusaha selagi mampu..untuk memastikan..aku dapat dean's list..kalo tak pun..dapat maintainkan or up kan sket pointer aku sem ni...
mesti berusaha..yeay..fighting!!!

sekian..nak pegi sambung study..-.-"

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015