Showing posts with label career. Show all posts
Showing posts with label career. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

Monday AGAIN

It's Monday again and just like before, Monday Blues. Fuh.

Kesihatan saya adalah ditahap yang boleh dikatakan memuaskan. Tak ada sebarang abnormaliti berlaku setakat ini (harap-harap sampai bila-bila la, Amin). Kerja kat office macam biasa, tak pernah surut. Saya je yang buat-buat macam tak ada kerja. Kerja ni kalau difikirkan sangat, sesak kepala nanti. Lagipun kat sini tak boleh terlalu setia sangat dengan kerja. Kesetiaan yang terlalu sangat dengan kerja membuatkan kami semua macam menjadi hamba pekerjaan (dan juga hamba kepada majikan yang tak berapa nak ada jiwa).

Sebetulnya, kerja kena ikhlas untuk menjamin rezeki yang kita dapat adalah halal. Berbeza dengan di sini. Kenapa? Sebab, a lots of 'benda yang tak sepatutnya' ada around us. Contohnya, rasuah itu haram. Semua orang tahu. Tapi yakinkah kita bahawa tempat kita mencurahkan tenaga ni bersih dari semua tu? Kalau majikan Muslim pun ada yang main 'under table', anda fikirlah sendiri. Saya tak mahu buat apa-apa statement.

Menjadi warga QA (Quality Assurance) memang mencabar keimanan. QA terpaksa berhadapan dengan customers bila mana terdapat problem pada parts yang di'supply'. QA terpaksa jawab itu-ini walaupun dia tahu benda-benda yang keluar dari mulutnya itu adalah mustahil. Nak buat macamana, they HAVE TO.

Ok. Buat luahan pasal kerja memang membuatkan kepala saya sesak. Cukup lah.

Lately, saya cepat betul penat. Naik tangga sikit pun dah mengah macam panjat flat 5 tingkat. Makin gemuk agaknya. Haih. T__T
Saya dah kurang round production sekarang. Macam-macam bau hidung saya dapat tangkap. My nose is getting more sensitive now. Agaknya lepas flu hari tu my nose is functioning very well. Well done Nose! Huhu. And lately jugak, saya adalah seorang yang penjimat. Sebab? Saya prefer bawak bekal dari rumah. I love home-made food. Antara sebab lain jugak, duit poket dah semakin surut (ini main reason dia sebenarnya). Huhu. I have to have some saving untuk Hari Raya nanti. Sebab Aidilfitri kali ni fall on end of month. Gaji saya usually masuk awal bulan yang seterusnya. Means awal September baru saya bergaji. Kesian kan? Huhuhu.

Ramadhan bakal menyapa minggu depan. Tak sabarnya. ^__^

Monday, July 18, 2011

Monday Blues

Assalamualaikum.

Isnin, macam biasalah. Monday Blues yang terpaksa dihadapi oleh semua pekerja including me and today I am facing this Monday Blues ALONE. My colleauges majoritinya cuti. I was like, "Huh, nak cuti jugakkkkkk".

Kesihatan saya buat masa ini bertambah baik. Alhamdulillah. Sakit kaki dah totally hilang. Don't know why. Suddenly hilang macam tu je. Syukur.

Lately perut asyik bloated je. Naik kereta jauh sikit, mula la tak selesa. Macam nak muntah pun ada. Berangin je badan. Haih. Agaknya padah minum teh ais tiap-tiap hari bekerja dan nescafe tiap-tiap malam. Huhuhu. Ubah sikap dan tabiat lah wahai Noraini.

Oh. Hampir terlupa. Gambar fire drill di office saya korang belum tengok lagi kan?

Nah, sebagai penambah perisa. Saya lost in a lot of ideas. Keliru tak tau nak cerita yang mana dulu. Huhuhu.

 Tak tau pun ada orang snap from angle ni. Tapi not bad lah. Huhu


 Apa tah mereka bincangkan tu. Sume colleagues saya lah tu. ^__^




Yeay! Incik Bomba da sampai. And lepas tu terus bersurai. Hihi.
Boring ah.

Saturday, July 16, 2011

Fire Drill

Assalamualaikum semua..

Bosan pulak bila lama tak berblog. Bukan tanak. Tapi, macam biasa la. Tak sempat. (Huh. Alasan biasa.).

Last Friday office saya ada buat fire drill. Dah dekat nak audit. Sebab tu kalut nak buat fire drill. Kalau tak de audit, tak de maknanya nak buat. Kalau kebakaran pun, bukan dorang heran pun staff hangus terbakor. Upsss. Terlebey suda.

First time experienced fire drill ni. Fun jugak. Huhu. Saya tak serius langsung. Bersama rakan-rakan lain. Macam kelakar OK. Memang kelakar gila. Siap acting-acting ada mangsa kebakaran. Dah la tiba-tiba ada sorang operator betul-betul pengsan. Kelam kabut jugak diorang.

Encik bomba pun ada jugak datang untuk evaluate aktiviti fire drill kitorang.

Apa yang saya dapat?

Hmm. Macam nothing je. Masa HR tu briefing, sepatah haram saya tak dengar. Cakap macam berbisik. Baik tak payah cakap kalau macam tu. Buat sakit hati je. Hishh. (Dah la saya memang hangin gila dengan dia.)

Yang saya nampak, bila emergency siren tu bunyi, semua orang kena turun berkumpul kat parking. Tau tak.. Tempat berkumpul HANYA BEBERAPA INCI je dari bangunan kilang. Macam tu ke dipanggil tempat yang SELAMAT? I don't think so. Seingat saya la, masa sekolah dulu tempat berkumpul if ada kecemasan berlaku was tempat yang lapang (of course), and seingat saya memang jauh la dari bangunan.

Gambar?

Ada. Tapi dalam PC kat office. Rupanya tak ingat nak transfer masuk pendrive. Huhu. Later eh.

Hari ni juga merupakan birthday encik suami yang ke ? ? ? Huhuhu.
Nanti saya cerita kat next entry. OK?

Birthday man dah tidur. Penat agaknya. Tadi kami ke KL kejap. Cari present untuk wedding kawan dia esok.

Saya pun dah ngantuk. Nanti kita sambung ok?

Nyte.
Assalamualaikum.

** Masih menunggu kehadiran Cik P. Haishhh. Mahu munculkah atau tidak kamu wahai Cik P. Jangan bikin hatiku gundah gulana. T___T

Tuesday, June 21, 2011

Bosan dah

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua.

Sekarang masih berada di dalam kereta. Bukan sedang memandu ok. Sedang menunggu office dibuka. Haih. Susah macam ni. Sampai awal, jadi macam ni. Sampai lambat, tak dapat parking pulak.

Lately ni mood kerja adalah TIADA. Entahlah kenapa. Rasa macam nak buat hal aje. Nak amek half-day setiap hari. Nak MC. Huhu. Mungkin dah bosan mengenangkan keadaan management yang boleh dikatakan #&$%*%% (tetttttt). Tapi colleagues yang sama department dengan saya, memang tak ada masalah. Memang adalah seronok. Saya pejam mata je la masalah management tuh. Nasib baik ada colleaguse yang best. Heee...

Lately ni masa untuk memblog jugak adalah terbatas. Bukan malas. Tapi tak sempat. Hmmm. Bukan tak nak. Tapi itulah. Memang tak sempat. Kat office hajatnya nak jugak mengarang. Tapi selalu idea tak datang. Mungkin sebab dah tawar hati dengan tempat tu. Haih. Memang lah Noraini ni. Dasar cepat bosan.

Semalam saya buat tomyam seafood untuk dinner encik asben. Saya? Dah tentulah saya tak makan. Nama pun seafood kan. Saya masih dalam mode berpantang. Sebab sekarang, pantang tersalah makan sikit aje, mesti rasa macam something wrong je ngan wound ni. Tu yang membuatkan saya amat risau. Hopefully cepatlah dia sembuh.

:)
OK. Dah kena masuk office.

Daaaaa..

Selamat memulakan tugas anda dengan ikhlas.
Saya?
InsyaALLAH akan cuba yang terbaik agar rezeki yang saya dapat adalah halal.

Monday, February 14, 2011

Frustrated

Assalamualaikum..

Masih lagi dalam mode dinner. Err. Not actually in the dinner mode. Tapi nak kongsi lagi benda-benda yang saya dah observed from dinner that day.

Last Saturday was my working Saturday. In the afternoon, I have to attend a seminar held at Perangsang Templer Golf Club. It was an amazing seminar conducted by U2 Kumar. One of the most interested seminar I ever attended. ^__^

Malam tu pulak ada dinner as mentioned before. It was not my type of event. Totally different with the one that i have masa belajar dulu. Kecewa. T___T

I am expecting for a grand dinner. Not so grand lah. Tapi at least selari la dengan status company. Kata world class company kan.

During seminar tu, I was worrying about changing cloth before the dinner. Risau sangat surau penuh. Tapi sangkaan saya meleset. Only 4 people were there, including me. Apa nak jadi dengan umat manusia sekarang. Solat boleh diletakkan di tempat terakhir dalam to-do-list harian mereka. 

Benarlah, mungkin dunia sedang menuju ke ambang Yaumul Qiamah. Staff disini boleh dikatakan ramai juga beragama Islam. Tapi.... Hmmm.. Susah untuk saya perkatakan. 

Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat alpa dan leka, juga tetapkanlah aku di jalanMu Ya Allah.

The dinner was so terrible lah saya rasa. Macam-macam orang ada. Bercampur lelaki perempuan tu jangan cakaplah kan. Itu perkara biasa dah. Bertepuk tampar pon selamba saja. Ok, fine lah orang boleh cakap tu event organized by company non-Muslim. Tapi sepatutnya seorang Muslim tu sendiri yang harus pandai membawa diri. No matter whatever situation they have to go through. Bukan nak cakap saya cukup kuat. Tak. Saya mengaku, saya juga tidak sekuat para alim ulama' di zaman Rasulullah S.A.W. dulu. Saya juga insan lemah.

Yang paling mengecewakan, ada minuman keras. It was not served. But brought in by i-don't-know-who. Dah la meja golongan-golongan yang minum najis syaitan tu pulak sebelah je dengan meja saya. Takut betul. I have never experienced facing with orang-orang mabuk.

Ada lagi yang mengecewakan, which is amat memalukan saya sebagai seorang wanita. Tak perlu saya cakaplah. Mungkin ini isu sensitif.

Kalau macam ni lah keadaan dinner syarikat, InsyaALLAH kalau saya masih berkhidmat di sini tahun depan, saya tak rasa saya akan attend dinner lagi. It was soooooooo frustrating. In term of foods pon sama jugak.

Nasib baik saya ada colleauge yang boleh tahan sekepala dengan saya. Ada teman pergi solat. Ada teman nak ajak balik awal. Ada teman sama-sama mengeluh geleng kepala melihat gelagat manusia-manusia dalam ballroom tu.

Semakin hari, kita semakin dewasa. Semakin banyak yang kita lihat. Semakin banyak yang kita pelajari dan teladani. Yang elok, kita jadikan panduan. Yang buruk, buanglah jauh-jauh.

Semoga ALLAH matikan kita semua dalam keadaan yang beriman kepadaNya. Agar kita tidak lalai, tidak alpa dengan kemewahan dunia. Tidak meninggalkan suruhanNya walau apa dugaan yang datang pada kita. Amin.

Rahmatilah kami Ya Allah.

Entri kecewa selesai.

Sunday, February 13, 2011

Dinner PCM

Assalamualaikum..

Last night, I had a dinner with all the staff of PCM. It is annual event which have been had here. Heeeee.. It was not bad. But not as great as having dinner with all my coursemates two years back. Uh. How I missed them so much. Lucky I have Nik with me here. At least, i still got the aura of Materials Students. Huhuhu.



As usual, I choose to be as simple as I can. Bought a one-piece-dress. Emm. Not exactly dress. It's like a dress, one-piece-outfit. 

As to fulfill the theme of the night, I wore a red tudung and black jubah. Huuuu. So gothic. Is it? Hahaha. Macam perasan pulak.

I like those colour combination. :)

And, I am so lucky to win a lucky draw prize. Huhu. Even though it was not the grand prize which everyone's waiting for. At least I got something to be proud of. Eh. No lah. Not to be proud of. But to be used to complete my home sweet home after the wedding which will come 7 days from now. 

So, currently me and Mr.Future Husband already got a rice cooker, a jug kettle, a fan, a TV, an iron, and an iron board. So, for those who wish to give us the wedding present please do not give the same as we already had. Heeee. Heh, I'm not demanding. I'm just helping you to choose the right wedding present for us. :)

And now we need a dinner set for 2 (at least for this coming 1 year. ^__^ I am expecting for a new member of our family next year. Huuu), set of cups and saucers, set of glasses, microwave (huhu), fridge, washing machine (how demanding I am.. Hee. Please bother this one),any other electrical appliances (except things we already had).

OK. Out of topic. Just ignore it. Heeeee.... Another 1 week left and I am not having any abnormal@speedy heartbeats yet. Is it normal??? 

And, I have to off now. Nyte. :)

Monday, February 7, 2011

Fuh. Tiring..

Assalamualaikum.

Alhamduillah, safely arrived Rawang at 4 a.m. Huh. Departed from kampung at 1230 p.m, yesterday. Ok. Lama gile kan?

Penat dah saya duduk dalam bas tu. Jammed teruk gile yang saya tak pernah jumpa pon lagi before this. Sampai Hentian Putra, encik bakal suami datang jemput. Kesian beliau. Nasib baik saya tak kena marah. :)

And nasib baik jugak jalan ke Rawang masa tu adalah sangat tenang dan sunyi. Ada beberapa buah kereta je. So memang smooth saja perjalanan. 

Arrived Rawang, terus masuk bilik, tukar baju, tutup lampu. Nak qada' tido. Dalam kepala memang takde langsung dah niat nak masuk office hari ni. Memang nak MC je. Nak amek EL, takot lagi sebab baru lagi kan. Masa ni la terfikir betapa bestnya masa student dulu. Whenever rasa tanak pegi kelas, just proceed je niat murni tuh. Sekarang, dah tak boleh sesuka hati dah sebab kita bekerja untuk orang. So, nak tak nak memang kena la jugak korbankan.

Emmm. Eh. Perasan tak, dah tak ada anon yang datang buat semak komen kat blog neh? Alhamdulillah. Berkat tukar address.

Sekarang sebenarnya tengah bersiap-siap nak g office. Janji dengan rakan. Tunggu dia datang jemput la ni. Dalam department saya hari ni, group saya je sorang je datang. Bagus betul la yang sorang tu. Hihihi. Budak tu memang sayang betul ngan attendance allowance dia. Bagus. Bagus. Harus dicontohi. ^__^

Ok lah. Nak bersiap. Tata. :)

Tuesday, January 25, 2011

OT January. TAMAT

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Tiba di rumah jam 8.01 malam.

Huh. Finally, selesai sudah OT saya untuk bulan ini. Yeay! Esok dah boleh balik macam biasa jam 6 petang. :)

Esok dah Wednesday.. Day after tomorrow dah Thursday. Friday tu macam ada planning baeeeekkkk punya. ^___^

Then the next Monday will come again macam biasa. And Tuesday akan tiba dimana saya akan pulang ke kampung..

Wihuuuuu... Seronok. Adik beradik berkumpul di rumah.

Teringat lontong air tangan bonda di kampung. Teringin nak makan pulut berlauk ikan masin dan juga kelapa parut. 

credit to amirul (picture googled)

Uhhh. Rindu kampung. Rindu kampung.

Banyaknya perancangan dalam kepala. Nak balik bawak adik-adik makan. Nak bawak ibubapa makan. Eeeiiii. Tak sabar nak pulang.

Lately ni, kerja saya macam tak jalan je. Saya pun risau. Terfikir jugak kadang-kadang tu. Kerja saya ni ada ke tidak sebenarnya.

Selalunya, dah last minute baru rasa ada mood nak buat. 
Baru ada idea nak start. Selalu macam tu. Selalu sangat. Haihhh..

Oh. Tadi baru HR keluarkan memo mengenai gaji bulan ni. Saya pon tak tau nak mentafsirkan ia sebagai khabar gembira ataupun tak gembira. Apa yang pasti, perasaan saya adalah biasa-biasa saja.

Gaji January bakal masuk awal dari biasa. Mungkin 1st or 2nd February. Dan yang pasti, gaji untuk January ni hanya diambil kira sampai day of 28th which means this coming Friday. Hmmm. So dah boleh agaklah berapa kerat je masuk. Baru je berangan dapat banyak sebab OT kan full bulan ni. Tapi macam hampa je if dia kira sampai day of 28th. Tak apalah kan. As long as ada jugak duit nak bawak balik kampung. Heeeee..
~ Welcome February 2011 ~
Ok. Dah ngantuk.

Nyte..

Semoga hari-hari kita sentiasa berada di bawah rahmat dan berkat dariNya Yang Maha Esa.
Semoga kita semua dilimpahi kasih sayangNya.

Amin.

Ya Allah, tetapkanlah hati hambaMu yang lemah ini. Janganlah Kau biarkan aku sesat dan tenggelam dalam nikmatMu yang tidak terkira ini. Kurniakanlah rezeki yang luas buat hambaMu yang kerdil ini. Amin, Ya Rahman Ya Rahim.

Monday, January 24, 2011

2 in 1

Ok. Sebenarnya ada cerita tertangguh. Masa saya untuk memblog sekarang adalah sangat terhad. Lepas kerja, balik rumah dah malam baru sampai. Sebab saya buat kerja lebih masa. Cari duit lebih sikit. ^__^
To make it short, let me start with the first thing first..

I, 21 January 2011

Hari ni macam bosan sikit kat ofis.

Hmmm. Bukan sikit kot. Bosan banyak.Tak tau nak buat apa. Kerja bukan takda, tapi tak tau la. Mood melayang tah ke mana dah. Mungkin sebab semalam adalah cuti. Mood cuti tu masih tak hilang lagi. Lepas tu pagi tadi HR keluarkan memo pasal 2 Feb ni office kami cuti. So, kesimpulannya dalam kepala saya memang ada perihal cuti je.

Wihuuuuuu. Next week kerja, then Saturday OFF. Lepas tu masuk kerja Monday,Tuesday malam dah naik bas balik kampung. Hihihi. I like.


Banyak benda saya nak buat balik kampung nanti. Harap-harap semua berjalan seperti yang saya rancanglah.. Mungkin sampai rumah Wednesday morning tu saya dah tak tidur kot. Misi akan bermula. Yihaa.. ^__^

Ok. Semalam saya cuti dan telah selamat sesat di Shah Alam. Hahaha. Mana la saya pernah masuk bandar Shah Alam. Betapa jakunnya saya sekali lagi. Hihihi. Singgah makan kat PKNS Shah Alam. Kedai tu nama apa tah. Saya order bubur nasi dan rasa dia adalah sedap. Suka. :) Chicken Chop kat sana pon adalah sedap. Blackpepper Sauce dia adalah superb. Saya rasa superb la. Orang lain saya tak tau.

Keluar PKNS, masuk SACC Mall pulak. Tak tau nak merayau kat mana pon sebenarnya. Last-last end up dengan keluar tangan kosong jugak.

Petang tu lepak kat Restoran Hakim section 7. Minum-minum je dengan kawan. After that pergi UiTM pulak.

Sampai Rawang dah malam. Almost 10 p.m. kalau tak silap.

Dan.. Saya rasa sebab tu jugaklah hari ni saya rasa macam mood cuti tu still ada. Haih. Susah macam ni.

II, 24 January 2011

Fuh. Monday blues melanda lagi. Bosan betul la bila tiba Monday. Rasa macam everyday nak weekend. Sebenarnya bila dah masuk Monday and bila Monday dah habis, sekejap je rasanya nak sampai Friday. Masalahnya cuma nak bagi habis Monday tu yang rasa lama je. Haih. -_-"

Emmmm. Actually since last week saya dah tak ulang alik ke pejabat dengan rakan yang saya selalu tumpang tu. Sebab dia dah pun pindah. Last week pernah la beberapa kali naik bas dan saya rasa ok je walaupun kena naik bas. Cuma kesian la dengan kawan saya nak kena tunggu kat bus stop before sampai office. Kesian. Saya ni asyik menyusahkan orang je.

Then this week ada sorang colleauge saya offer tumpang dia. Syukur. Allah bantu saya. Alhamdulillah.

So from now on, saya akan tumpang akak tu. Huh. Ringan 1 beban saya.

Tak sabar rasanya nak miliki kenderaan sendiri. Masalahnya saya ni penakut. Lesen ada. Dah masuk 3 tahun kot. ^___^

Kesian suami saya nanti.

Hmmmm. I need a car and I need the strength to drive a car. Hiiii

Mula-mula plan macam nak tunggu D54T. Tapi macam lama sangat tu. Hmmm. 

Yang macam kat bawah ni pon menarik.. Hiiii..
Saya tak target kereta mahal pon. Cukup untuk saya ulang alik gi keje dah la.. :)








Eh. Kejap.

Did I mention about husband just now?? Haih. Critical dah saya ni agaknya. Tiba-tiba mention about husband. Kawen pon entah bila. Hahaha. Ok. Now, forget about it ya.

Nowadays takda sangat cerita yang best-best yang boleh saya share dalam blog. Sebab hidup saya saban hari adalah macam sama je.

Membosankan.

Pagi pergi kerja, petang or malam balik kerja, tidur.

Esok pon macam tu jugak. Esok lagi pun macam itu jugak. Haih. Bosanlah.

Dulu zaman belajar, pun macam bosan jugak. Tapi adat la kan hidup ni. :)

Mungkin bila dah berkeluarga kelak, hidup saya akan tambah berwarna-warni. Siapa tahu kan? ^__^

Heh. Saya berangan lagi. -_-"

Sudahlah. Lebih baik saya stop kat sini. Tambah melalut nanti. Heee..

Nyte.

Thursday, January 13, 2011

Tade Mood

Assalamualaikum.

Kerja kat ofis sekarang macam tak nak abis je. Hari-hari macam datang bertimpa-timpa. Untuk audit Isnin ni yang paling saya risau. Rasa macam dah banyak yang saya prepare. Tapi kenapa rasa macam makin kurang pulak. Adoyaiiiii.

Saya cukup risau tentang audit Isnin ni. Rasa macam nak MC secar tiba-tiba je. Aci tak macam tu? Huhuhu.
Rasa macam tekanan datang dari segenap ceruk. Semua memberi tekanan yang bertubi-tubi sampai saya tak dapat nak mengelak.

Sekarang, saya nk turun production pon dah tak sempat. Menghadap PC setiap minit. Kadang-kadang je tak hadap PC sebab kena attend meeting.

Ok. Sebut pasal meeting, saya rasa musykil. Kenapa saya kena attend meeting yang langsung tade kaitan dengan saya. Tahu tak tu semua membuang masa saya. Banyak lagi kerja lain yang saya nak kena buat. Tak larat kot nak kena OT everyday, every month.

Colleague saya dah mula merungut. Risau betul saya kalau dia resign. Bukan apa, nanti saya tak da kawan yang boleh saya share masalah. Huhu. Nanti takde orang nak support saya.

Kehidupan di ofis sekarang adalah sangat baik if kita tak bercerita mengenai kerja and uneven bosses. Memang sangat menarik. Rasa macam setiap minggu tu berlalu dengan pantas je. Macam pergi Industrial Training pulak. Colleague saya umur pulak lebih kurang. Memang kepala lebih kurang jugaklah dengan saya. Itu adalah salah 1 sebab kenapa saya belum ada rasa nak resign or apa-apa.

Saya rasa saya boleh gain something from company sekarang before saya cari tempat lain yang lebih baik. InsyaALLAH. 

Saya sayang kerja saya, saya sayang kehidupan dan kebahagiaan yang ALLAH anugerahkan buat saya sekarang. Alhamdulillah.

** Tade mood ni mungkin sebab dateline dah nak sampai kot. Red flag will be raised soon. Huhu. Mood-swing. Nyte.

Sunday, January 9, 2011

How to deal with stress at workplace

Assalamualaikum.

Hmmm. Semalam, berapi saya share pasal stresses at workplace I have so far. So, hari ni kita share how to deal with it plak. Just googling, and I found 1 article. :)

Ini just summary dia la. I wrote what I understand saja. OK?

The problems that I think I currently have are deadline slipping, unrealistic dateline imposed, and even unreasonable bosses.


Untuk dateline slipping tu, selalunya memang saya lah yang kena. Orang lain yang janji, lepas tu tak pass information kat saya lepas tu dah slipped, baru macam hape kejar saya.

Unrealistic dateline imposed pon selalu kena kat kepala saya. Masa berjanji, pandai la. T__T

Unreasonable bosses. Hihihi. Got so many kat office saya ni ha. Rasa kalau dapat kutip macam kutip sampah kat jalan, memang saya kutip masuk bin. Senang cerita. Masalahnya, TAK BOLEH.

Antara tips dia ialah;
1. Jangan compare ourselves dengan other people.

Contoh macam, "Nape la boss baik ngan dia, tak baik ngan aku..."
Cuba belajar untuk compare kat mana kita dahulu dengan kat mana kita sekarang. Contoh macam, dulu kita engineering student, sekarang kita engineer. Secara sendirinya, kita boleh motivate diri sendiri.

Admire others and be proud of their achievements, tapi kena always remind ourselves that only we can decide the standard we want to set for ourselves.

2. Stop delaying

Bila ada je kerja yang banyak, kalau boleh tolong la jangan cakap 'will do, ought to, should, might …'. Statement ni sangatlah bahaya nanti akan memakan diri.

3. Learn to say 'no'

As your 'No' increases, pressure harian anda jugak akan bertambah.Bukan langsung tak boleh say 'No'. Cuma try to find the polite way to say 'No'. Sebab dah kalau benda tu bukan kerja kita and kita pon dah tak boleh nak buat apa dengan kerja tu, takkan tiba-tiba nak say 'Yes' pulakkan?

4. Take a Short Break and Relax

This one I selalu buat. Stress je, turun production. Stress je, turun shopfloor. At least lega sikit la sebab tak hadap kerja yang stress tu. Hmmm.

Hmmm. Ini saja la kot yang saya rasa bleh guna pakai. Ada banyak lagi. Tapi macam tak jadi je. Huuuu.

Thursday, January 6, 2011

Lama tak update

Assalamualaikum.
Fuh. Lama betul tak update. Nak dekat seminggu dah masuk tahun baru. Maaf, banyak hal sangat since new year ni.

And tahu tak... 

Yesterday I cried at office. 

Huuuuu. Teruk betul. -_-"

But I really can't stand with that anymore. Kerja saya tak ada masalah. Everything adalah ok berkaitan kerja saya. Cuma macam agak tak boleh blah sikit bila kerja orang lain, tolak bagi orang lain buat. What to expect bila orang yang memang tak tahu apa-apa nak buat kerja kau? Without any explaination and paperwork. Jalan ke? Lepas tu nak push-push. Heh, buat sendiri la.

Semalam was actually my worst day so far kat office. Kiri push, kanan push. Rasa macam nak jerit je dekat boss sendiri. Macam bagus je kan aku ni? Huhuhu. Boss kerja dia adalah menyain saja. Senang hati betul. Semua nak suruh subordinate buat. Lepas tu kalau salah, blame subordinate. Lepas tu, saya rasa macam nak bagi penyepak, penendang, penumbuk segala je.

Nasib baik ada colleague yang memang memahami. Menghiburkan hati dikala rasa macam 'today is my last day working here'. Huhu. Sebab tu saya sayang nak tinggalkan tempat tu. Colleague baik sangat.

And.. 

Ada jugak berita gembira. Hari ni, gaji masuk. Hihihi.

Tapi, sekelip mata macam dah habis. Adoyaiiii.

Lega kejap bila tengok gaji masuk. Rasa berbaloi OT sampai 20 jam. Walaupon rasa macam dah over workload. 

Bila mengadu dekat emak, beliau akan cakap bahawa begitulah adat orang berkerjaya. 

Itu lumrah. 

Jadi, suka atau tidak saya harus la telan.

Boleh dikatakan No.3,4,5, dan 6 adalah judgement saya terhadap workplace saya. Tapi bukan la strictly NO. Cuma some sort of LESS. Contohnya, cuti Malaysia menang Piala Suzuki, kami tak cuti. Top Management janji akan ganti lain hari. Tapi belum tau bila. Public holiday hanya declare the minimum which is 10 days. Pay? Fuh, lagi lah. Tak payah cerita. Buat sakit hati, jantung, paru-paru, pundi kencing, buah pinggang sume.

Bukan nak menjatuhkan workplace sendiri, tapi ni kenyataan. 

Mampos aku kalau MD tau. Haish. -_-"

Haishhh. Bila nak ada suami ni. Nanti boleh balik rumah nangis ngadu ngan suami. Huhu. Gatal OK sekarang.

Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011

Assalamualaikum.
Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua. Alhamdulillah, berakhir sudah 2010 yang penuh suka duka.
Masa semakin cepat berlalu sekarang ni. Saya berdoa agar saya dan semua orang-orang yang saya sayang sentiasa berada di bawah rahmat Yang Maha Esa. Amin.

Bila tahun baru datang, saya semakin risau memikirkan berapa lama lagikah saya akan hidup menikmati anugerah ALLAH ini. Bila-bila masa saja saya boleh di jemput untuk kembali pada Sang Pencipta. Betapa kurangnya amalan untuk saya bawa sebagai bekal bertemuNYA nanti.

Hari ini, pelakon 'Adamaya' yang memainkan peranan sebagai bf Maya, Faizal Yusof telah dijemput Nya jam 2.30 petang tadi akibat serangan jantung. Al-fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. Lihat. Betapa tepat dan benarnya janji ALLAH.Kematian itu pasti. Marilah kita sama-sama berlumba mencari dan mengumpul bekalan untuk bertemuNYA kelak.

Ok. Hapuskan mode sayu sekarang. Sebab memang kematian itu pasti. Tak ada yang akan terkecuali. Sama-samalah kita berdoa agar mati kita adalah dalam keadaan beriman kepadaNya.

For new year 2011, saya dah start fikir pasal azam baru. Tapi, nak review sikit apa yang saya dah lalui sepanjang 2010. Check it out. ^___^
January - 
Pertama kali saya sampai ke Langkawi. :) Dah review kat sini dan sini.
February -
I lost my weight. Huhuhu. Benda yang paling membahagiakan saya. ^___^
March -  
April - 
Saya berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda. Pertama kali bergelar employee. Walaupun part time je, saya sangat gembira sebab ada peluang ambil pengalaman ni.
May - 
Saya dah graduated officially. Yeay!
June - 
I left ANR CFS IIUM because dapat job offer kat Puchong. 
July - 
Being hired for full time position somewhere in Puchong. Bad experience for me. T___T I learned alot
August -
In mid of August, I left Puchong. Looking for another job which can suit me well. 
September - 
Got an interview for a full time position as an engineer somewhere in Rawang. And Alhamdulillah, rezeki saya dekat Rawang. 
October - 
My happiest month in 2010. My convocation day. Most of my entries adalah pasal convocation saya. Hihihi. Being hired once again for full time position. Alhamdulillah.
November -
December -
Menghitung hari ( huhu. Dah ada dah yang salah faham. Bukan menghitung hari untuk kawen ye. Menghitung hari untuk mengetahui keputusan whether saya dapat confirm ke tak by end of January. Hihihi.) dan mendoakan semoga saya bahagia dengan bakal soulmate saya kelak. Amin.
Alhamdulillah. 2010 saya penuh dengan warna warni. Azam saya pon hampir kesemuanya tercapai. Tinggal yang part kawen and turun berat je belum berjaya. Harap-harap berjaya la saya capai berat idaman. Amin. ^__^

Apa yang terjadi dalam 2010, saya akan ambil sebagai rujukan. Sebab, experience is the best teacher ever. 

Sekian. :)

Thursday, December 30, 2010

Bola dan KFCM

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Malaysia menang bola malam tadi. Saya tumpang gembira. 14 tahun tu menanti title juara. Syukur. 

Congratulations to our team. :) 
Harimau Malaya boleh!!

Hari ni, kat office semua bercakap pasal bola. Saya? TV takda ok. So, tak boleh cakap banyak. Saya dengar je. Dorang cakap team Malaysia main bagus malam tadi. Ada yang cakap team kita main macam more to defensive. Seriously saya takleh nak komen. Sebab saya tak tengok. Tapi, saya dapat rasakan setiap debaran yang semua orang lalui. Sebabnya, setiap kali ada saat genting mesti ada dengar suara sorakan dekat area rumah saya ni. Dan saya rasa macam frust gile masa tu. Terpaksa sms officemate tanya update terkini. 

Lepas tu, isu hangat pagi tadi kat office ialah pasal cuti umum yang PM announced tu. HR hold dulu pasal tu. So, kami ni penuh harapan la nak dapat cuti esok. Contact customers semua. Semua cuti. Dan.. kami TAK CUTI. Saya rasa macam nak bom je kilang tu. Haihhhhh. Saya nak cuti laaa. Nak cuti. Faham tak?? Kecewa. Rasa macam &*(&$%*&)% je.. Haishhh. Buat kerja tadi pon mood macam ada takde je sampai bos dah merajuk-rajuk dengan saya. Malas nak layan kau. Aku banyak kerja. Jangan kacau please. Hishhh.
Lagi 1. Dari malam tadi, tengok kawan-kawan duk post pasal Fahmi. Lepas tu, dengar HotFM pagi tadi pon Fafau duk sebut Fahmi. I wonder la jugak. Who is this fahmi. Saya tau lah dia keeper malam tadi. And dia penah main untuk Red Worriors. Tapi, kan saya tak tengok bola last night. And since Fahmi main, saya rasa macam saya tak pernah tengok lagi kot. Huhu. Sila gelak. Memang agak not-up-to-date. Ampun.

Saya tak puas hati. Terus google. Then... Oooooo. This is Fahmi yang semua orang duk cerita tu. KFCM = Khairul Fahmi Che Mat. Hihihi. Not bad. Chinese look. Saya suka. Hihihi. Dah berpunya OK. Nasib baik pangkat adik-adik dah. Kalau tak, mau saya admire macam saya gila dekat Beckham. :) Chenta Hati si Fahmi ni pon cantek. Padan mereka neh. Semoga bahagia. ^__^ 

Cari Fahmi kat google, jumpa belog Chenta Hati dia pulak. Huhuhu. :)
Dan kepada sesiapa yang agak lambat macam saya, tak sempat kenal Fahmi... Ini dia Fahmi. :) Matured OK. Tak macam umur 21 pon. Hihihi. 

And.. Kalaulah encik KFCM ni tersesat dekat sini, saya nak cakap...
"Anyway, congrats bro. 
Pandai demo jago gol. 
Kemah molek.
Tahniah lagi sekali."


** Sorang lagi anak pantai timur mengharumkan nama negara. :) Azizul Hasni Awang, sukan basikal. Tahniah. Proud to be Malaysian and anak pantai timur. ^___^ (sangat tiba-tiba.padahal takde kena mengena pon. Huhu)

Wednesday, December 29, 2010

Cerita Bola


Assalamualaikum.
Selamat Malam. Haish. Rasa macam lama dah tak update since lepas balik kampung last weekend.
Kat kampung, agak tak de masa sikit. Dah balik Rawang, on Monday tu pulak macam penat. Plus saya OT 1 hour. Yesterday pon saya OT. Sampai pukul 8. 

Hari ni, saya meeting kat Shah Alam. Dah pukul 5 baru keluar. Jalan jangan cakap la. Makan jem kami kat tengah jalan tadi. Dah Maghrib baru sampai ofis. Niat hati hari ni nak OT sampai 7 je. Tapi dah alang-alang, saya buat jugak 8. So, genap 20 dah. Hoyeayyy.

Tapi esok macam kena buat jugak je. Sebab hal meeting tadi dorang nak follow up Friday ni. So, sempat atau tidak saya kena jugak siapkan. Hopefully saya berjaya lah. Amin.

Malam ni, plan nak balik awal sebab nak tengok bola. Tapi sayang. Game dah start, saya kat ofis lagi. Dah tu, sampai umah pulak kedai makan dekat rumah dah penuh. Cane la saya nak gi tengok. Sedih betul. Balik rumah, dengar orang sorak sana-sini. Gundah betul hati. Risau takot kalah.

Kalau kat rumah, tentu seronok. Dapat tengok dengan adik lelaki dan ayahanda. Kat sini, tak ada TV. Paling sedih.  Tapi saya rasa kalau ada TV pon, belum tentu saya sempat nak hadap TV tuh. Asyik kua gelap, balik gelap je.

Esok macam kena OT jugak je. Sebab kena siapkan benda yang nak kena bawak meeting Friday nanti. Adoyaiii. Inilah kerja namanya. Tapi tak pe lah. At least hati saya gembira, redha dengan apa yang saya buat. 

Oh. Dah nak abes December. And it's almost 3 months. O yeahhhh. Alhamdulillah. Saya bahagia dengan kerja saya. Saya suka. Semoga segalanya terus berjalan dengan lancar, dipermudahkan segala urusan saya di pejabat mahupun di mana jua. :) Amin.

Harus tidur. Esok kerja. Selamat Malam.
^____^

Wednesday, December 22, 2010

Exhausted

Assalamualaikum.
Phew. Minggu ni tak sempat nak hadap belog. Sadis. Nak curi-curi tulis entri masa kat ofis pon tak sempat. Masa goyang kaki adalah tiada. Masa berlari-lari adalah. Penat. Turun naik production. Tapi seronok.

Minggu ni, start from Monday.. Saya OT. Takpelah. Cari duit lebih sementara masih ada kudrat. Ye tak? Hari ni pon saya OT. Balik jam 7 tadi. And saya dah berjaya avoid diri from minum ais. Tahniah Noraini. Huhuhu.
And berjaya jugak makan nasik sekali je sehari. Huhuhu. Yes, OT membuatkan saya tak da selera nak makan malam. Gud for my diet. Tapi not good for my tummy. Nanti kena gastrik, teruklah saya. Haih.


OK. Mata ngantuk dah. Esok kerja. Lusa balik kampung. Hoyeahhhhh.

Selamat Malam. ^__^

Semoga hidup kita diberkati dan dirahmati Allah setiap saat. AMIN

Thursday, December 16, 2010

Audit week

Assalamualaikum...

We are done with half of December. 16 days to go. New year 2011 is coming and we are now on the 11th day of new Hijr calendar. Alhamdulillah. 

Minggu ni saya rasa macam berlari je kat ofis. Dalam aircond pon berpeluh-peluh. Ini adalah disebabkan oleh aktiviti audit from customers. Tak duduk diam saya. Tapi tak apa. Seronok. Kalau tak ada audit, means saya tak ada kerja duduk melangut depan PC. Nak bukak FB, kena blocked pulak. Nak blogging pon, sama jugak. Tak dibenarkan. Paling tidak pon saya karang entri lepas tu balik rumah terus publish. Huhuhu. (Saya selalu buat yang ni time tak ada kerja).

Tapi sebenarnya macam susah jugak since tempat saya was betul-betul depan bos. Huhuhu. Segala apa aktiviti saya adalah bukan rahsia bagi dia. So, time dia tak ada lah saya melangut. Tak pon, saya kecikkan window notepad dan saya maximizekan window apa-apa file yang banyak perkataan. Nanti saya karang entri pon nampak macam saya tengah buat kerja. Hahaha. Kantoi. Eh. Tapi jarang sangat lah dapat buat. Sebab susah. Time idea datang, biasanya time bos ada kat belakang and time saya busy. Time saya melangut pulak, payah sangat idea nak datang.

Start from Tuesday, office dikunjungi customers untuk audit. Fuh. Macam-macam orang ada. Tapi, so far semua ok. Takde la yang macam-macam hal sangat. It's good to know macam-macam jenis orang ni. It teach us what the real life is... Isn't it?

Ok lah. Penat dah merepek. Esok rehat kejap. Monday audit Perodua pulak. Haih. Wednesday, Proton. This is what we call a job. Hihihi..

Semoga Allah luaskan punca rezeki saya, berkati rezeki yang saya dapat, serta terima segala perbuatan saya sebagai ibadah padaNYA. Amin.

Tuesday, December 14, 2010

Hilang Energy

Assalamualaikum.

Niat hati memang nak cerita macam-macam malam ni. 
Tapi, untuk pengetahuan semua jam 10 malam baru saya tiba di rumah. Banyak benda kat ofis nak kena setelkan sebab esok ada audit. 

Berhempas pulas dengan beberapa engineers lain. Saya setel kerja saya la. Mereka buat kerja mereka. Dalam pada duk buat kerja saya, sempat jugak lah menyampuk keje orang lain. Huhuhu. Dah la sorang je pompuan tinggal. Memang cool ah. Eh. Bukan cakap saya yang cool. Tapi mereka yang cool. Tak da diskriminasi gender langsung. Bagus. Saya suka.

Best bila ramai-ramai berkumpul buat discussion. Idea boleh dikongsi. Heeee..

Ok. Saya dah flat. Esok audit.
Saya tido dulu.
Nite. :)

Friday, December 10, 2010

Weekend is coming

Assalamualaikum..
Huarghhh. 
*Menguap sambil tutup mulut. Takot masuk setan

*menggeliat*
*buat streching sikit-sikit*

Alhamdulillah, selesai sudah tugas minggu ini. Tapi still ada yang pending. Pedih betul. Nak berweekend pon tak bleh. Hari ni OT lagi. Cumulative Hours are now 6. 5 Hours to go. huhuhu. Badan macam dah lali. Dia macam dah tak kisah balik pukul 7 pon. Huhuhu. Baguslah. Nak duit lebih, kena la berusaha sikit.

Minggu depan, my weekdays will be fully booked dekat audit yang berderet-deret and I wish it will never happen. Tahu tidak bila audit je, saya akan mendapat kerja secara pukal sampai rasa tak cukup tangan dah.

Monday dapat rest kejap. Eh tak. Tak mungkinlah rest sebab kena prepare for audit Tuesday tu. And straight until Thursday.  

*pengsan*

Mari tido. Jangan sia-siakan malam minggu anda.
selamat malam.

Thursday, December 9, 2010

Super Busy

Assalamualaikum.
Fuh. Hari ni office was quite dull. My colleagues were on leave for 2 days starting from today. Some of them were out for meeting customers. And as usual, I am the one who will be left in the office with 3 others. Huhuhu. Dah nasib. Apa boleh buat. Mr.Boss pulak bukan bagi saya pergi mana-mana. Unless benda tu betul-betul perlukan saya keluar. Such as kes LGM tu. He knows I knew people in LGM. Sebab tu dia bagi saya yang handle benda tu. Pandai dia. Pandai berpolitik di pejabat.

Hmmm. Talking about office politics, I now realize betapa kuatnya politik pejabat ni. Pandai main politik, semuanya bagai dihujung jari. Tapi saya masih belum pandai. Masih lagi takot-takot nak bersuara walaupon seringkali diberi support oleh Mr.Boss. Oh. Sekarang saya rasa macam saya dah jadi secretary of Mr.Boss. Pagi, mengadap dia. Most of my time dekat office adalah berkait rapat dengan beliau. Haih. Harap-harap SP allowance bulan ni up lagi la. Huhu. Saya  bukan kipas bos ye. Bos yang kipas saya. Hahaha

Hari ni saya dah macam lipas kudung. Kakitangan adalah kurang. Semua kena buat sendiri. Nak kejar supplier. Nak call dia tu, nak call dia ni. Nak issue itu, nak issue ini.. Semua atas bahu saya. Dah la Mr.Boss kena kejar ngan Mr.MD pasal 1 kes ni. Haih. Sampai Mr.Boss pon kejar saya. Semput-semput saya buat kerja hari ni. Haih. OT sampai pukul 8 okeh. Balik rumah, hentam nasik lemak telur mata. Hahaha. Cun la sangat. Lepas tu, gemok.. Bising. Ngahahahaha...

OK. Mata ngantok. Tata

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015