Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Sunday, January 19, 2014

[cont] My Gravida 3, Para 2 + 1

On Friday tu aku rasa macam.. Hmmmm...

Tak boleh jadi ni. Kita cuba lah test. Tengok macamana.. Sesambil tu observe simptom lain jugak.

Hari Sabtu tak terus test. Sebab rasa macam masih OK. Rasa macam, Eh, takkan kot..
Tapi dah gedik dah mengharap positif pregnant. Bahahaha.

Terus bersabar dan bersabar..
On the weekdays tu baru gagahkan diri untuk test.
And....
YES, it was positive.
Perasaan masa tu, happy macam nak lompat bintang. Excited macam found out pregnantkan Cik Alya. But jauhhhhh disudut hati yang paling dalam, ada sedih sikit sebab teringatkan Cik Alya.

The first person yang aku bagitau harus lah cik asben kan..
Dia mengucap syukur kehadrat Ilahi.

Lepas tu, aku macam orang gila excited sorang-sorang.
Nak share dengan labmates, masa tu tak ramai orang dah.
And kalau ada pun, semua nya tengah busy for the final semester, viva presentation, etc.
Dan aku masih macam orang tak betul duk excited sorang-sorang.

Keluarga aku, keluarga cik asben, semuanya kami rahsiakan.
Walaupun mak aku penah cakap bila cik Alya dah berjalan, aku dah boleh move on utk 2nd baby.
Kenapa aku rahsiakan dari mereka yang kalau diikutkan, close relatives jugak kan?
Satu, Cik Alya dulu aku dah ceaser. So, tau je la kan. 
Mesti akan ada yang cakap, 
'eh, bukan dulu operate ke?'
'tak takut ke luka tak sembuh lagi?'
'bukan doctor suruh rest dulu ke at least 2 years?'

Dua, sebab cik Alya baru setahun, nanti mesti ada yang kata,
'Alya kecik lagi, kesian dia.'

Dengan kawan-kawan pun, memang aku zip mulut.
Heh, kau ingat senang nak simpan rahsia nih?
Susah tahu? Susah sangat. Sebab each and every minute memang akan tersenyum sendiri.
Dalam hati ada taman katanya.
Dan.. dalam setiap perbuatan, aku kena hati-hati.
Jaga langkah, jaga makan. Early pregnancy kan. Kena hati-hati.

BFF pun aku tak bagitau on the spot.

Dan most of them yang tak tahu, mula perasan perubahan perut aku, mula bertanya, then aku confess. 
Orang tak tanya, memang aku tak confess. Kepala serabut dengan thesis. 
Hanya aku dan Cik Iman kat dalam je tahu semua kecelaruan. 
Tapi cerita asal telah diubah. Maaf ye kawan-kawan. Terpaksa pinda cerita. 
Sebab aku tak tahu nak confess macamana. 
Lagi satu, aku nak cuba fokuskan 100% pada thesis. 
Aku nak kena siapkan semua sebelum 2013 tutup tirai.
Bukan kata aku tak fokus pasal pregnancy aku. 
Aku cuba fokus keduanya dalam masa yang sama.
Sebab tu, pregnancy kali ni, biarlah rahsia buat sementara waktu.

Aku taknak biarkan diri rasa lemah bila pregnant. Sebab masa cik Alya dulu, aku melepek je.
Kalau kali ni pun aku melepek, thesis macamana? Huhuhu
Aku berdoa semoga pregnancy kali ni adalah smooth.


Pada aku, excitement itu biarlah aku rasa sorang-sorang dulu. Itu privacy aku. 
Aku nekad pregnancy kali ni aku nak bagi exclusive sikit. 
Bukan kata cik Alya dulu tak exclusive. 
Cik Alya dulu pun exclusive jugak sebab lama aku simpan excitement tu sorang-sorang before lepaskan kat public. 
Cuma beza dia, Cik Alya dulu aku spread awal pada kawan-kawan. 
Kali ni, aku simpan dengan cik asben je dulu.

Since cik asben pun tak tegah, malah dia yang suruh aku rahsiakan dulu. 
So, aku rasa keputusan aku untuk simpan dulu excitement tu tak menjadi masalah.

Week by week, Cik Iman membesar dengan sihatnya.
Later aku update. Semua ada dalam draft. Hihi. :)

Maaf lagi sekali.

Saturday, January 18, 2014

My Gravida 3, Para 2 + 1

Perghhh.
Tajuk tak boleh blah macam bajet budak medic. Bahahaha.
Skali skala kasi can la kan...

Hihihi.
Assalamualaikum.
Entri ni, patut aku publish 8-9 months ago.
Tapi... atas sebab-sebab tertentu, hal ini terpaksa dirahsiakan.
Aku busy dengan labworks, thesis, semualah.

Ok now, lets start.

We planned this to happen and Alhamdulillah Allah granted our doa. Syukur sangat.
We decided to have another one once Alya turns one, remember? I told you before in the previous post.
So, memang syukur sangat.


Sebenarnya, in February tu aku ada demam sikit. Mak aku dah suspect lain dah.
Tapi aku rasa tak ada apa-apa. Ye lah, badan kita kan?
Mesti la kita tahu. Especially bab pregnant ni. Instinct tu kuat kata tak.
In March tu jugak aku ada pergi urut. Sebab badan rasa tak sedap. And makcik bidan tu cakap aku kena plan la untuk next pregnancy since Cik Alya kan aku deliver by czer. So dia cakap dia angkat rahim aku bagi tinggi sikit. Sengkak rahim biasanya orang panggil. Aku relakan aje. Walaupun dalam hati gigih nak pregnant lagi. Dah cuak la sebab takut nanti usaha tak berhasil lepas sengkak rahim. Makcik tu cakap, bila dah sengkak, dah tinggi, chances untuk get pregnant tu kecik la. Ok, tak apa.

In April 2013, kenduri adik ipar. Reception belah pengantin lelaki which is my brother-in-law la.
Early April. Aku ok je masa tu. Cuma, rasa pelik gila sebab on the way back to Sabak Bernam, aku mintak cik asben stop sebab rasa nak terkench. Pelik. Sebab setakat perjalanan less than 3 hours tu aku boleh rasa macam tak tertahan nak pee. Balik Ganu yang perjalanan took almost 8 hours tu pun aku pee sekali je kot.
Ok. Dalam hati dah rasa lain. Tapi ada jugak berkata-kata, eh takkan kot. Hari tu makcik urut cakap kalau dah sengkak susah sikit nak lekat. Ok, lega kejap. Pelik, nak pregnant, tapi bila terlintas, rasa cam lain pulak. Bahahaha. Tak tetap pendirian nama dia. Itulah aku sometimes bila masuk bab-bab cenggini.

Lepas kenduri adik ipar, we went to Penang. Sebab cik asben ada conference. Seminggu jugaklah kami kat sana. And I was OK sangat. Tak ada apa-apa.
Tapi period masih tak datang. Aku ni, jarang delay period. Eh. Memang tak pernah la. Selalunya on time.
Tapi tak suspect apa-apa since Cik Alya masih bf. So aku anggap, it was hormon changes. Aku biarkan.
Bersuka ria di Penang for a week, then kami balik KL.
Isnin bermula dengan penuh ceria macam biasa.
I did my regular routine to collect EBM for Cik Alya.
Selasa menjengah, masih macam biasa. My regular routine pun masih macam biasa.
Same goes to Rabu, Khamis and Jumaat.
Tapiiii.. amat menyedihkan my milk production dropped. Ni bukan dropped sikit-sikit dah.
Bukan dropped biasa-biasa..
It was 4-5 oz before. Tapi minggu tu, nak dapat 2 oz pun boleh keluar peluh jantan betina.

Dah kenapa pulakkkkkkkk... Kata hati aku masa tu.

On Friday tu aku rasa macam.. Hmmmm.

Eh.. Eh.. Eh..
Jap. Anak bangun nak susu.
Sambung nanti yeh.
Stay tuned.. :)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015