Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

Ujian itu hadiah dari Allah

Assalamualaikum.

Pagi tadi, sejurus Iman tidur, gigihlah aku settle kan laundry.
Dah tu prepare light breakfast untuk diri sendiri.

Angkut segala macam khazanah-khazanah thesis-related, timbun kat sofa.
Niat nak siapkan slide le kekdahnya.
Viva tak berapa hari lagi dah ni.

Ok fine, angkut jugak baju kering semalam yang belum berlipat, longgok depan TV.
Dengan harapan, dapat motivate diri sendiri untuk cepat-cepat siapkan slide, and boleh proceed dengan melipat baju bajan (perkara paling malas aku nak buat! Padan lah ada orang dah buat servis melipat baju sekarang.)

Angkut laptop, then ON.
First thing aku buat, guess what?
Hahaha.. Bukak online banking la.
Hepppp.. Bukan shopping ye. Biasa dia ni.. Aku dah insaf. Tak beronline banking dah sejak-sejak duit KPT dah tak masuk nih. Hahaha. Temporary je lah ni kot. Kang KPT dah bagi duit, tak tau la jadi apa.
Ok, buka online banking, transfer sana-sini, then.. OMG! Banyak ni je duit aku untuk nak hidup hampir 30 hari lagi? Gasak kau lah. Sape suruh boros!

Ok then, macam biasa, bukak email pulak.
Fine, tak ada urgent emails pon.
Bukak blogger dashboard. Tak de niat nak hapdet pun pada mulanya.
Scroll bawah.. Hmmmm.. Blogwalking pun best jugak ni. Riadah minda. (Padahal slide tak start pun lagi. Riadah lah sangat!)
Then, read about a mommy blogger ni.
She lost her 2nd son last week.
Subhanallah. Post dia, memberi kesan ke hati aku.
Impaknya, Subhanallah. Aku tak boleh nak describe.

Betul kata dia, ujian itu hadiah dari Allah. Tanda DIA masih lagi mengingati kita yang selalu sangat lalai dan lupa terhadapNYA.
Betul kata dia, dalam pada solat di hujung-hujung waktu, doa pun sekadar di bibir, tidak terus dari hati, Allah masih lagi mengingati hambaNYA. Dikirimkan Ujian agar kita tersedar dari lamunan.
Subhanallah. Aku insan lemah.

Aku juga pernah diuji.
Tapi aku kira, ujian aku ini tidaklah terlalu berat untuk aku hadap.
Ya, Allah takkan membebani hambaNYA.
DIA akan uji mengikut kemampuan kita.
Ujian pertama, aku disahkan mengandung luar rahim (ectopic pregnancy) di usia 25 tahun, baru 2 bulan bergelar isteri.
Satu tiub yang aku pinjam dariNYA telah pun ditarik balik.
Masa tu, ibarat gelap seluruh alam.
Aku seperti tidak gagah untuk berdiri lagi.
Apatah lagi bila ada mulut-mulut yang berbicara sinis mengenai kesukaran untuk hamil lagi.
Tika aku, hanya Allah tempat aku mengadu.
Alhamdulillah, DIA datangkan pelangi indah buat kami suami isteri selepas dihujani badai.
Roh baru ditiupkan lagi ke rahim aku dan kini, dialah Alya Amani.

Dan, siapa sangka.
Dalam kealpakan aku merangcang itu dan ini.
Mengejar segala apa yang belum pasti menjadi milik aku, aku diuji lagi.
Ternyata Allah Maha Penyayang. Dia Maha Baik. Maha Mengetahui.
Di usia 27 tahun, hanya 2 tahun jarak dari ujian pertama, aku diuji lagi.
Dan pada mulanya, aku bagai lumpuh. Hilang arah. Tak tahu bagaimana lagi nak aku teruskan hidup.
Ujian kedua ini, ternyata membawa 'mesej' tersirat.
Ya, pasti ada yang ingin DIA sampaikan kepada aku melalui ujian itu.
Hari berganti hari, aku semakin kuat, dikurniakan rakan-rakan yang sentiasa ada disamping aku untuk aku merempan dikala datang ketidakwarasan.

Apa pun, aku bersyukur.
Dengan ujian itu, aku sedar bahawa Allah masih sayangkan aku.
Masih lagi mahukan aku memujuk rayu memohon apa pun yang aku mahu dariNYA.
DIA mahu aku menjadi insan yang lebih kuat, lebih berganda ibadahnya insyaAllah.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah untuk kedua-dua hadiah berharga ini.
Terima kasih sahabat (you know who you are) yang sentiasa ada dekat dihati aku walaupun kalian ada yang belum pernah bertaut salam dengan aku. Terima kasih.
Not to forget, beloved husband. Tulang belakang aku sepanjang aku mengharungi susah payah ini.

Untuk kalian yang pernah diuji,
tak kisahlah berat atau tidak ujian itu.
Yakinlah, Allah menghadiahkan ujian itu berketepatan dengan kekuatan dan kemampuan kalian untuk menghadapinya.

Last but not least, mari kita sama-sama amalkan surah Al-Kahfi.
Semoga kita semua dilindungi daripada fitnah akhir zaman.
Amiin.


Friday, January 25, 2013

Boleh ke kita salam dengan dia?

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,hari ini tiba-tiba terpanggil untuk merungkai sesuatu yang dah lama terbuku dihati. Seriously, saya pun baru sedar tentang ini baru beberapa tahun yang lalu. Astaghfirullah. Jahil sungguh tika itu.
Menjawab kepada soalan yang tertulis di tajuk post ni, dengan siapa kah itu?

Sebenarnya, kali ni nak menulis mengenai siapakah mahram bagi seorang wanita/perempuan.
Dulu, 4 or 5 years back, semua saya hentam. Semua salam saya sambut.
Ye la, masa tu fikir "alaaa..sedara. Takkan tak boleh. Lagipun membesar sama-sama."
Selepas di google, saya jumpa ini,


Haa.. yang nombor 1 tu, bila cousins dah besar panjang semua, saya dan mereka dah mula aware la. So now, memang kami dah tak salam and kat rumah pun memang bertutup lah. Unless yang belum mumayyiz.
Yang nombor dua tu, dulu langsung saya tak tahu. Sumpah. Jangan ingat saya belajar kat 'Islamic University', saya tahu semuanya. Tidak. Memang tak tahu. Luckily, sebelah ayah, saya dah tak ada bapa saudara mendatang. Means suami kepada makcik saya dah tak ada. And, lucky me, ayah hanya ada 2 orang adik beradik perempuan. Sebelah emak pulak, emak anak tunggal perempuan. Fuhhhh. Terselamat di situ.

Bab abang dan adik ipar pulak, jelas terang tang tang la kan. Bab sahabat yang kenal dari kecik pun dah memang tahu. Tapi alhamdulillah, kawan-kawan dari sekolah pun memang tau pasal ni. So, tak jadi isu sangat la..

Dan.. bercakap pasal mahram ni jugak, saya sebenarnya tak berapa arif jugak. Selepas study sikit-sikit, baru lah jelas. Yang common, ayah, adik beradik kita, atuk... kan?
So ini yang saya jumpa selepas google. Saya tertarik sebab saya rasa macam selama ni saya tak berapa tahu sangat yang part ni.

3 golongan yang disebutkan ni rupanya boleh. Huhu. Lagi sekali, jahilnya aku. 

Ini bermakna, anak-anak kepada adik beradik kita, tak kira lelaki atau perempuan, adalah boleh untuk kita salam dan tak batal wuduk (erkk.. Betul tak? Kalau salah, betulkan saya ye).

Dan ini jugak bermakna, anak-anak kepada adik beradik pasangan kita (suami atau isteri), adalah tak boleh. Dan (tah dan yang keberapa kali tah ni. Maafkan saya) kerana inilah, setiap kali saya dan adik lelaki ke rumah makcik kami yang berjiran dengan kami tu, dia terkocoh-kocoh cari jubah sarung dan tudung. Huhu. Now I know. Selama ni saya sangka makcik saya (isteri kepada adik emak saya) adalah tidak batal wuduk dengan adik lelaki saya. Ok. Jahil lagi disitu.

Makanya, kelak, saya dan anak-anak lelaki kepada adik-adik ipar saya harus dijaga. Bukan hanya dengan bapa-bapa mereka. PLEASE TAKE NOTE utk DIRI SENDIRI. Kelak kesian suami nak kena tanggung semua. Oh. Lupa. Unless, saya menjadi ibu susuan mereka. Baru boleh. Kan? Kalau ada rezeki lebih, nak minta izin suami untuk jadi ibu susuan, InsyaALLAH. 

Dan dengan ini, entri tamat. :)
Sama-sama kita ingat mengingati.
Mana yang salah, betulkan saya ye. Yang buruk itu semua datang dari kesilapan saya sendiri, dan yang baik itu semuanya dari Allah.
Salam Maulidur Rasul.
Jom perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dan amalkan sunnah baginda moga mendapat syafaat di akhirat kelak. Wallahu'alam.
Wassalam.

Sharing is caring.
Happy Weekends U ols..
Sama-sama kita jaga aurat ye sisters. >.<

Friday, December 7, 2012

Tazkirah Jumaat


Gambar ihsan dari Facebook.

Semoga kita semua tidak hanyut dek gelora dunia akhir zaman ini.
Ameen.

Weekend dah datang. Hoyeah..

Wednesday, October 31, 2012

Perihal Sirat Mustaqim.

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :

Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146


-Dicopy paste dari Laman Sosial Mukabuku a.k.a Facebook-

Wednesday, October 24, 2012

Sekadar Renungan Untuk Diri Sendiri


credit : Nadia Zahari

I copied from facebook.
Ladies, which stage are we now?
Let us improve to achieve the 8th. InsyaALLAH.


The real facts;
No. 1 menjadi rebutan lelaki untuk dijadikan girlfriend.
No. 8 menjadi rebutan lelaki untuk dijadikan calon isteri.

Sama-sama kita muhasabah diri.
Kita disuruh bertudung, bukan hanya untuk menutup rambut. Sedarilah hakikat itu wahai teman.
Wallahu 'Alam..
Yang elok itu semuanya datang dari Allah, yang jelik itu datangnya dari diri saya sendiri.

Tuesday, September 7, 2010

Aidilfitri semakin hampir....


....Ramadhan semakin menjauh

Sedihnya rasa hati. Entah sempat ke tidak nak bertemu Ramadhan tahun hadapan. Harap-harap masih berpeluang. Amin. Hmmm.. Nampak gayanya, walaupun duk bertapa kat rumah aku masih macam lost dengan pelbagai isu semasa. One of it was issue pasal iklan TV3. Nasib baik rajin jugak browse Facebook. Dapat tahu pon because suddenly ada orang post regarding that issue. Ada yang post link blog untuk dibaca.

Aku yang tak tahu menahu langsung ni, terus la terjah blog berkenaan. Dan ternyata, aku ketinggalan. Masa aku tau tu pon TV3 dah tamatkan siaran iklan tersebut. Fuhh.. -_-" Tapi nasib baik la ada insan baik hati share benda tu kat FB. So dapat jugaklah aku tengok. Memang mengucap panjang bila tengok. Teringat kembali issue AJL haritu. Terfikir jugak macamana boleh lepas semua tu..

Alhamdulillah, hasil usaha umat Islam sejagat yang duk condemn TV3 pasal iklan tu akhirnya iklan tu ditarik balik. Then TV3 dah pun buat kenyataan maaf kat Buletin Utama. Bagus la.. Tapi musykil la jugak pasal iklan tu. Ye la, dibuatnya tulisan jawi tu jd inverted. Dah la combine segala macam unsur dalam tu. Bila tengok video klip lady gaga... Nampak jugak misi tersirap dia. Hmmm. Takot betul la sekarang ni. Macam-macam hal. Aku pon rasa takot dah. Pastu website TV3 pon dah kene hack. Hmmmm.

Macam-macamlah sekarang ni. Moga Allah lindungi kita semua dari fitnah dajjal. Amin. Emmm.. Lagi 1 berita mengejutkan yang diterima petang semalam. Salah sorang senior aku masa kat MRSM YT Besut telah kembali ke rahmatullah selepas terlibat dalam kemalangan. Alfatihah untuk arwah. Semoga isteri arwah, Kak Ina tabah menghadapi ujian ini. Berat mana yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh arwah dan tempatkan arwah di kalangan orang yang beriman. Arwah sungguh baik.

Tuesday, August 24, 2010

Celoteh 14 Ramadhan


Hai.. Assalamualaikum..
Sedar tak sedar kita dah pun berada dipenghujung minggu kedua bulan Ramadhan. Pantasnya masa berlalu. Secepat ini. Rasa macam baru saja Ramadhan menjengah. Tapi dah nak masuk minggu ketiga. Indahnya bangun bersahur di awal pagi. Nikmatnya Subuh di awal waktu. Tapi sedikit hairan la dengan segelintir insan yang merasakan sahur itu satu beban. Hmmm. Tak faham. Lagi bangga nak bagitau orang yang dia biasanya tak sahur. Inform to non-Muslim pulak tu. Hmmmm.

Ramadhan kali ini, aku rasa macam gaining weight saja. Diet seimbang baru 4 hari diamalkan. Itu pon masa 4 hari pertama tempoh hari. Hari kelima, bulan pulak mengambang. 7 hari dapat MC. Sekarang baru 4 hari berpuasa kembali. Dan mungkin hari ini baru nak mula balik diet seimbang. No more sweet foods.

Ramadhan kali ni juga, aku rasa sangat ketinggalan. Sangat kerugian. Tidak seperti sewaktu di kampus dulu. Tarawikh tak pernah miss kalau bulan tidak mengambang. Mengaji waktu ada kelapangan (hmmm..dulu banyak sangat waktu lapang). Sayang kali ni tak semeriah dulu. Kalaulah aku mati sebelum bertemu Ramadhan tahun depan, alangkah ruginya. T__T

InsyaAllah sementara masih ada masa ni, aku akan cuba. Hmmm... One more thing, last night I read a wall post posted by a senior of mine kat facebook. One of her friend passed away yesterday. Rasa macam nak tahu siapa. Then I just went through FB arwah. Walaupun aku tak kenal arwah langsung, tapi dari FB arwah, komen-komen yang arwah pernah titipkan, wall post yang pernah arwah coretkan, aku tau arwah seorang yang sangat kuat. Sangat tabah. Sangat disayangi oleh rakan-rakan dan keluarga. Arwah didiagnosis mengidap sejenis cancer. Ada tumor in between his lungs. Masa diagnosed tu he was in Germany. Early of 2010 he was admitted and diagnosed. Dah buat chemo, tapi the tumor tetap increases. Then doctor decided nak operate. Tumor has been removed. From his photo dekat FB, nampak arwah sihat. Tapi rambut dah start gugur kesan chemo tu. Early of August, arwah dibawa balik ke Malaysia and admitted kat HUKM. Masa kt HUKM doctor cakap dah stage 4 pon. Tapi arwah still kuat. Cukup kuat. Aku went through his FB. Ada 1 part tu he did mention teringin nak balik puasa kat Malaysia. Hmmm... Who knows.. Memang arwah balik Malaysia dah hampir Ramadhan. Dan semalam, 23 Ogos 2010 arwah dah meninggalkan dunia yang sementara ini. Al-fatihah buat arwah Faiz Taufik. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

Begitulah kisah hidup kita di dunia ini. Semuanya hanya pinjaman. Kita semua pon akan pergi meninggalkan alam dunia ini. Itu PASTI. Cuma masanya sahaja menjadi rahsia ALLAH S.W.T. Bilalah waktu aku akan sampai. Semoga diberi umur yang panjang agar aku dapat bertemu Ramadhan tahun hadapan. Amin. Kematian itu tidak mengenal usia. Siapa sangka arwah Faiz akan meninggalkan dunia sementara ini di usia seawal 25 tahun. Setahun tua dari aku. Itulah kuasa ALLAH. Siapa kita untuk melawan kuasa Maha Pencipta itu. Sama-sama kita ambil iktibar. InsyaALLAH.

~KEMATIAN itu PASTI~
credit: Tuan punya gmbar. (maaf, saya google.)

Andai kata aku diambil kelak, maafkan segala keterlanjuran kata dan perbuatan aku. Halalkan makan dan minum aku. Kita tak tau bila waktu kita akan sampai. Sama-samalah menggandakan amalan untuk dibawa sebagai bekalan bertemu Sang Pencipta. InsyaALLAH.


Sunday, September 20, 2009

selamat tinggal Ramadhan

huuuu..hari ni dah 1 Syawal..
Ramadhan dah berlalu...
pilu rasa di hati...
semoga aku masih berpeluang menemui Ramadhan tahun depan..
Panjangkanlah umurku Ya ALLAH...

semoga apa yang telah diamalkan sewaktu adanya Ramadhan..
akan terus istiqamah agar pahala itu sentiasa dikumpul walaupon segala sangat berbeza dengan kehadiran Ramadhan...
aminnn...

tetapkanlah hati..
kuatkanlah semangat serta imanku...
agar aku terus beribadah kepadaMU seperti hadirnya Ramadhan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir Batin...

Wednesday, September 2, 2009

~pesanan buatku~

Assalamualaikum..
tadi...tazkirah masa terawih..seronok didengar..
banyak memberi motivasi pada diri..
supaya lebih berani melawan nafsu..
memang la nafsu ni..
kalau tak pandai kawal..akan memakan diri..
tadi masa dengar tu..
terasa sangat..
memang banyak sangat dosa ni..
tak terhitung banyaknya..
rasa kerdil diri ni..
brother tadi ade cakap..
nanti hari kiamat..
kita akan dipertontonkan dengan segala amalan kita kat dunia ni..
Ya ALLAH..
aku rasa..kalau dengan segala kesalahan dan dosa yang aku dah buat..
macam tak sanggup je nak tonton balik..
rasa macam nak terus dihukum..
tak sanggup nak tengok perbuatan sendiri...
banyak sangat dosa aku...
risau dan takot sangat bila memikirkan dosa yang diri sendiri dah buat..
bila memikirkan soal kematian..
rasa takut datang menjelma..
terbayang macamana la sakaratul maut aku..
macamana la aku masa munkar n nakir soal nanti..
Ya ALLAH...seriously...takut sgt...


Ya ALLAH..
ampunkanlah dosa-dosaku...
kuatkanlah imanku..
peliharalah iman dan amalku...
matikanlah aku dalam iman..
matikanlah aku dalam keadaaan yang berpegang teguh pada ajaranMU...
permudahkanlah sakaratul mautku...
aminn..amin..
Ya Rabbal A'lamin...

Saturday, August 22, 2009

~Ramadhan datang lagi....~






Selamat menyambut ramadhan al-mubarak....sama-samalah kita menyemarakkan lagi bulan istimewa ini...sama-samalah menggandakan amalan mulia agar semua mendapat ganjaran yang berganda..aminnn....marhaban Ya Ramadhan....

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air

8) Bersedekah harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.

9) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian.

10) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi).

11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur.

semua ni saya petik dari iluvislam.com....pegi la ziarah kat sana..macam-macam korang akan jumpa...:)



ok...bile cakap pasal puasa ni..mula la tersedih-sedih sendiri..sebab tak dapat sahur and berbuka kat rumah..huuuuu...
bila cakap pasal puasa ni jugak lah akan terindu-rindu dekat air soya pakcik bazar ramadhan di kampung halaman..
juga teringat-ingat dekat surau berhampiran rumah....huuuu...
mahu pulang...mahu pulang....
ok...sudah..sudah..jangan sedih-sedih....
kan ada sahabat-sahabat yang menemani perjuangan di medan ilmu ini....(^_^)
Ramadhan bukan bulan untuk sedih..
Mari semua happy-happy...
Sebelum habis...
ni...saya hadiahkan poster kat bawah untuk tatapan semua....
Selamat menjalani ibadah PUASA...


Thursday, August 20, 2009

TITIPAN UJIAN YANG BERERTI

ok..tajuk macam ape je kan?
haha..tajuk sebuah cerpen dekat iluvislam.com sebenarnya..
saya sangat suke cite ni....klik sini untuk baca...
tolong baca ok...
yes...saya paksa...
baca...BACA...best..
menyentuh hati..jiwa...dan raga...
ok...sekian..
terima kasih...
hehe...
lepas baca...
cuba bagi pendapat..
pada saya..
cite ni banyak pengajaran..
sampai tersedih-sedih pulak saya membacanya..
T__T
nak ada suami macam SYED AHMAD HAKIMI yang dalam cerita ni..

Sunday, July 5, 2009

~kawen awal??what do u think?~

assalamualaikum...
~huhu...agak kontroversi je tajok..
heh..da nk kawen ke hape neh...
eh..tak ley..tak ley..kne abeskn blajo dlu..
nnt cane nk aja ank2...
haa...nk kawen eh...
eh.tak tak..jgn slah paham...
blum tiba masa nya lagi..HUHU...
nnt da ade tnda2 nk mendirikan masjid..
kompem akn ku kongsi ngan encik belog yg dichentai ini...:)
da tu nape aku tmbulkn isu neh?
haa...sbbnye..td saje jenguk2 n singgah kt iLuvIslam...
pastu terbaca la 1 artikel pasal 'nikah muda dan bahagia'
memang menarik..
terungkap la segala hadis2 juga firman2 ALLAH s.w.t mengenai kawen awal ni..
hmm..baru la aku tau srba sedikit...
memang menarik..
memang sangat digalakkan..
tp mcmane plak kalau family masih tak bagi keizinan?
macamane kalau sebelah pihak aje yg mendapt green light..
walhal,lagi sebelah..mcm tak kasi je...
according to article tu..mmg ALLAH menggalakkn kawen awal..
utk elakkn maksiat..
ye..betol tu..aku pun setuju..
maklum la kan..ble 2 hati yg sdg bercinta ni semakin berbunga2...
mula timbul bnda2 tak elok..
syaitan jugak mula la main peranan..
lepas tu...nnt ape2 xelok jadi..nauzubillah..
mak ayah mula bising blaming their child..
kalo ikot pndapat aku...kawen kn je mereka2 tu..
kalo dua insan tu still blaja..aku kurang stuju la..
nnt ape plak si suami nk kasi si isteri makan..
ye tak??
tapi kalo 1 of them da keje...da ade income sendiri..
tak salah rasanye...
pastu byk la feedback yang masuk utk artikel tu..
ade yg mmg nk kawen awal..tp tade calon..
ade yg nk kawen awal..tp parents tak kasi..atas alasan masih blaja..
ade yang nak kawen..tp...alaaa...mcm2 la reasons nye..
yang pasal family tu...mcm best je..
hmm...musykil jgak nape parents tak kasi atas alasan masih blaja...
ok..fine..kalo baru masuk matrik..dah kalut nk kawen...aku pon mcm agk xyakin laa...
tapi kalo dah masuk final year,final sem....AISEYYY....takkan xley lg kut...
even tak stuju nk kawenkn mereka pon..hati ank tu mmg da lekat kt yg sorang lg..
cane nk buat...bkn leh stop2 plak kn..
one more thing...it's better to kawenkn je mereka to avoid anything bad to happen..ye tak?
tapi ape pon...aku rase..kawen awal ke tak...
it's all depend on our own fate n destiny...
da smpai jodoh...kawen la kite...
tak kire la mse tu mude ke tua...
and pada aku...
sape pon jodh aku...aku terima dia seadanya..
dan aku harap...dia adalah yang terbaik yg dikurniakan olehNYA...
perkahwinan bukanlah utk masa sehari dua...juga bukan untuk setahun dua..
pada aku..biarlah perkahwinan itu..kekal dunia dan akhirat...juga smpai ke syurga..
aminnnn....
fuh...mcm agak berat entry neh..HAHAHA....
sape2 nk bace yg selanjutnye..sila ke sini...
sekian....wassalam...



Saturday, July 4, 2009

~terima kasih Tuhan~

source:google

~huh..mata dah ngantok..
tapi..rasa nk jugak cite ngan belog..
tadi..aku baru je lepas tengok 'syurga cinta'
dah lama teringin nk tgk..
tp asyik tak sempat..
banyak keje masa cite tu kua kat wayang..
so..the movie has been downloaded siang td..
and malam ni i've spent almost 90++ minutes for that movie..
hmm..seperti kata cik wani..
that movie memang best..
banyak pengajaran..
aku harap aku dpt jodoh yang ketiga yg disebut oleh 'atuk'...
jodoh dari ALLAH..
which is..jodoh yang...
ble a guy met a girl..then ade something terasa dlm hati both of them..
pastu the guy masuk minang..
then the girl terima..
n finally both of them nikah..
waaa...so sweett...
i want that 'jodoh'...
cite ni jugak byk la bg pengajaran..from bad to good...
irham byk berubah..menyedarkan sungguh cite ni...
menusuk ke naluri bile irham kembali ke jalan yg benar...
and bcause of that..(ehemmm..bukan related to jodoh eh..)
thanks ALLAH..
aku realize...
dah terbuat dosa yg aku penah janji tanak ulang dh..
tp aku ulang jugak..
ya ALLAH..ampunkan aku...
dalam tak sedar sbnrnye...
leka dengan segalanya..
aku lupa tentang janji2 dulu..
ya ALLAH..aku pernah berjanji dlu..
tapi aku dah mungkiri janji itu..
sesungguhnya perbuatan itu merugikn diriku sndiri...
ampun aku ya ALLAH....



"kdg2 Allah sembunyikan matahari,
didatangkan petir dan kilat,
kita tertanya2 ke mana hilangnya matahari, rupa2nya Allah ingin memberi kita pelangi"





"andai seseorg itu hadir dalam hidup saya dan dia terpaksa meninggalkan saya krn sesuatu sebab..saya redha krn dia pernah membahagiakan saya.."



Saturday, June 27, 2009

~hari jumaat~


~ok..hari jumaat...which is 26th June 2009...byk sgt bnda berlaku hari ni...sedih..gembira..penat..tensen..sakit pale..sume ade ah sng cite...
~mule2 je masuk kete mse nk g keje...
tetibe dgr cite psl death of the king of pop...JACKO...the sudden death ok!!
i was really shocked at that time..
aku mmg la bukan die hard fan of him pon..
tp..ye laa...i like his songs..lagu2 die catchy...
best la utk di dengar..and for me...die ade keunikan tersendiri...
tarian die..suara die..stokin putih+kasut itam die...
hmmm...n dgr2 cite jugak..he was a Muslim...
tp die xpenah announce pon bnda tu...but then..
bace paper hari ni...his brother said that die da msuk Islam..
xpe laa...sume tu keje ALLAH..
walau ape pn agama jacko..his is still the lagend...
~agak down jugak la bcz when i recalled back...
this month of June..byk sgt dengar n baca berita kematian...
and it makes me feel like worried and takot sangat..
and terfikir la psl kematian diri sendiri....hmm..
.jacko pergi menemui penciptanya at age of 50...mcm muda kn??
soo...see...death ni...xkire muda or tua...
when it's the time..then..it's the time...

ya ALLAH...
ampunilah dosa2 ku...
permudahkan lah sakaratulmaut ku...
matikanlah aku dlm keadaan beriman kepadaMU..
.

AMINNN...



~ok..now...lets move on...
bia la org yang dah pergi..kita yg masih hidup ni...
masih perlu lagi berjuang untuk memartabatkn bangsa dan ISLAM tercinta...
(wah..agak bersemangat ye..huhu)..
ok now...cerita lain plak..hari ni..
kami...kne present ngan Dr.Agus psl training ni...
adeyy....die dtg lambat daaa..tensen sungguh...
da la janji kol 10..skali..11.30 baru sampai....apekah??
hmm..then,kata 5 minit je..skali...ya ampun....
da dkt 15 minit kot...apekah again...
pastu....kol 1 baru ktorg kua tau....adeyyy...nk mkn!nk mkn! lapo gile dh time tu...


cite psl presentation?

ah...mls ah nk cite.. tak best pon..huh...tensen lg ade la.. da la sakit pale pastu..ampeh...!!


~then..g mkn...hari jumaat tu..mkn kat rasamas...
best...mkn nasi ayam...
sedey sbb that day was the last day kami mkn ngan sorg lg trainee from USM...
she is..wani..hihi..comel org nye...suwit...suke bergamba2...i likeee.....:)
peace wani...(",)v
~and...ni ade 1..gmba kenangan...aini wit wani..hehe....
da ngantok..tade mood nk smbung lg...daaaa....

Wednesday, June 24, 2009

~ahlan wa sahlan...bulan taubat~

~alhamdulillah...hari ni...kte bertemu lg dengan tanggal 1 Rejab...
Bulan Rejab kali ni..aku memang xsedar langsung dgn kehadirannya...nasib baik terbaca 1 post from my fren psl bulan Rejab kat FB...dan..aku da terlepas untuk berpuasa pada 1 Rejab..sungguh tak best sekali...hmmmm.....

jom tengok...kat bawah ni ade banyak keistimewaan Rejab...
lepas Rejab..datang Syaaban...lepas tu datang plak Ramadhan..
Ah..aku rindu Ramadhan...ya..aku amat rindukan bulan itu...
Ya ALLAH....panjangkan lah usia ku...semoga dapat lagi aku bertemu Ramadhanmu yang penuh barakah....aminnn....

Rejab bulan Allah,

Rejab adalah bulan menabur benih,

Amalan Rejab menyucikan badan,

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan),

Rejab adalah bulan taubat,

Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala.



Ya Allah..besarnya nikmat Mu....


Ya Allah,
berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikan kami ke bulan Ramadan.
Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Ya Allah,
Engkaulah Tuhanku,
tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku.
Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku.

Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan.
Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosaku.
Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

~kematian itu 1 kepastian~

~hai sume...assalamualaikum..
malam tadi..rase mcm sgt susah untuk tido...
memikirkan bilakah hari kematianku akn tiba..
memikirkan bagaimanakah Izrail mengeluarkan roh dari jasadku..
aku fikirkan sume itu...
tiba tiba...
terasa sangatlah risau dan takot...
masih belum cukup amalanku untuk dibawa untuk menghadapNYA..
sebelum ini..memang aku pernah memikirkan hal ini..
tapi..tak tahu la kenapa..
mlm tadi aku betul2 sedih..mungkin sebab before tdo tu..
aku ade terbaca blog sorang akak ni..dia baru dapat baby baru..
and baby baru tu comel sangat..pastu ble aku terus baca dan baca..aku discover yang 1st daughter dia dlu..cume dpt berada kat dunia ni slama 150 hari je..baby tu tersangat la comel..pandai senyum..baby tu sakit...memang sgt tersentuh bile baca kisah tu..then aku terfikir...

mcamanakah ajal aku nanti?
mampukah aku menghadapi waktu itu?
bilakah waktu aku akan sampai?
oh Tuhan..sesungguhnya..hambaMu ini masih belum bersedia..
masih banyak yang aku perlu perbetulkan..
masih belum cukup amalan untuk aku bawa bertemuNya..
Ya Allah..takotnye...aku tahu..kematian itu pasti datang..
cuma itu adalah rahsiaNya yang takde siapa pun tahu..
Ya Allah...lanjutkan lah usiaku..
moga aku berpeluang mengumpul amalan untuk bertemuMu..
moga aku berpeluang membalas jasa kedua ibubapaku..
moga aku berpeluang melahirkan zuriat2 soleh-solehah untuk mereka mengabdikan diri padaMU...
Ya Allah...
makbulkanlah permintaanku...
tetapi..
jika telah ditetapkan untuk aku bertemuMU esok atau lusa..
atau mungkin sebentar lagi..
atau juga mungkin 10 tahun lagi...
permudahkanlah sakaratul mautku..
matikanlah aku dalam keadaan yang beriman kepadaMU...
AMINNN....


kawan-kawanku...sesiapa sahaja yang membaca....
aku mohon maaf sekiranya ada perbuatan dan perilaku aku slama ini telah melukakan kalian..
kita tak tahu bila ajal kita...
sama-samalah kita gandakan amalan untuk bertemuNYA nanti...
semoga kita dipermudahkan proses menemui ajal masing2..
huuu...sangat takot...
~KEMATIAN itu SATU KEPASTIAN~

~al-Fatihah buat arwah baby Alesha Abriza bt Shamsul
~credit to c33ra sebab mase baca2 blog beliau la aku terjumpa blog kakak beliau..yang memceritakan pasal arwah baby alesha..arwah baby alesha ni anak buah pemilik blog itu..

~sowi...entry ni macam agak panjang..huhu..xmengharap korang baca smpai habis pon..sekadar peringatan buat diri sndiri... =)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015