Showing posts with label T1. Show all posts
Showing posts with label T1. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Protected : Let's the journey begins! ^__^

This post used to be a password protected post.
And now it is not. :)

Alhamdulillah. Allah bagi saya kesempatan sekali lagi untuk hamil. Baby, our journey begins! Thank you baby for being in the right place. We love you... ^__^

So far, no morning sickness, no vomitting, no nothing. Syukur, Alhamdulillah.

Cuma lately rasa cramp kat ari-ari tu ada la once in a while. Cramp tu jugak la yang membuatkan hati saya gundah. Baby, sihat lah. Semoga kamu selamat melihat dunia, menjadi insan soleh/solehah. Amin.

Alhamdulillah, so far pregnancy kali ni tak ada masalah sangat. Cuma in terms of morning sickness, saya rasa saya jenis yang boleh tahan teruk jugak.

Entering my 7th week, saya dah mula tak ada selera. Bloating. Makanan yang sebelum ini menjadi kegemaran, buta-buta saya tolak. Langsung tak ada nafsu makan. Masa tu umat Islam baru mula berpuasa. Saya cuba untuk makan, malangnya semua habis dimuntahkan kembali. Sampai saya jadi give-up untuk makan. Sungguh. Malas untuk makan.

During 8th and 9th week, morning sickness, nausea, hilang selera makan, bloating , semua ada. 1 pakej lengkap. Makan. Muntah. Minum. Muntah. Itu dah jadi rutin. Sometimes, tak makan or minum pun muntah. Keluar segala isi perut. Pahit dan peritnya Allah saja yang tahu.

During appoinment dengan gynae in my 7th week, saya ada inform mengenai nausea. Guess what the gynae said? That's a very good sign. -_-"

Baiklah doctor. Saya terima.

Along the way to end my 1st trimester ni, kerap kali saya pujuk hati agar bersabar. It's a very good sign. Remember? My HCG level is increasing that's why morning sickness and nausea saya semakin teruk.

In my 10th week, so far, Alhamdulillah. I feel much better. Makan pun Alhamdulillah semakin berselera walaupun kadang-kadang ada juga terasa mualnya. Saya atasi dengan ubat tahan muntah yang gynea bagi. Alhamdulillah.

Cuma berat saya semakin merosot. I was 56 - 57kg before. The day I admitted in ward last May, I was 59.5kg. During my 7th week, masa saya buat buku pink untuk ibu mengandung tu on 4th August, I was 55kg. Currently, I only have 51.6kg. -_-"
Hopefully the baby inside wouldn't effect much la.

Currently, I'm entering my 2nd trimester. 1/3 done, baby.
Alhamdulillah, praise be to Allah. Aidilfitri saya sungguh bahagia sebab saya dah boleh makan apa sahaja yang saya nak. Lontong air tangan bonda tercinta menjadi idaman. Cuma saya tak boleh nak makan banyak sekali gus. Perut cepat sendat. Makan sikit saja dah penuh even saya belum rasa puas lagi nak makan. Apapun, syukur saya dah boleh makan.

No worries. I'll try to gain more and more weight soon. InsyaALLAH. :)

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan 3

Assalamualaikum.
Syukur Alhamdulillah, bertemu kembali kita dengan Ramadhan tahun ni.

Syukur, menyambut bulan penuh barakah ini dengan kehadiran insan bernama suami disisi.

Syukur, kehadiran Ramdhan kali ini didahului dengan nikmat berganda. Alhamdulillah.

Awal Ramadhan kali ini juga, saya mendapat khabar gembira. Application form saya bakal di forwardkan ke dean of KoE. Tentatively, 18th August akan ada interview if I were selected. Doakan ye kawan-kawan.

1st day of Ramadhan, saya buat kari udang untuk suami. He requested. Then sayur plus ayam goreng simple-simple je. Tak sempat nak singgah bazar cari kuih. Keluar office pukul 6. Nak balik masak lagi. Kalau singgah-singgah, jawabnya tak makan la berbuka.

Tahap kesihatan saya nampak gayanya macam makin merosot. Selera memang OUT since Saturday. Segala jenis lauk saya rasa muak. Kecuali buah dan air masak. Berat saya nasib baik dah naik balik. Turun secara mendadak membuatkan saya risau. Kalau diet, tak apalah. Ni memang saya tak merancang untuk turunkan berat pun. Since lepas operation hari tu berat saya memang dah turun sikit.

Entri tamat. Dengan harapan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala dan selera makan saya kembali ke pangkuan.
Oh, please Mr.Apetite... Come to me...

Salam Ramadhan.

Friday, July 29, 2011

Current Condition

Assalamualaikum.

Nothing much exciting happened today. (Or, it is just me the one who doesn't feel it). Penat adalah. Audit sampai ke petang. Bosan. Ternyata, saya memang bukan seorang yang berjodoh dengan bidang audit-audit ni. Huh. -_-"

Current condition: Selera makan saya hilang.

Macam silap mata je. Naluri untuk makan kat luar masa lunch langsung TIADA. Nafsu makan yang membuak-buak beberapa hari lepas hilang sekelip mata saja. Malah portion food intake saya juga merosot.

Bila teringatkan makanan pun boleh buat saya muak. Ya Allah, selera makan saya bukan begini. Ujian Allah ni.

Kesihatan saya Alhamdulillah, tak merosot langsung. Cuma kadang-kadang datang balik sakit kaki macam hari tu. And lagi 1, berat saya dah turun. Macam tak percaya.

Beberapa minggu lepas saya timbang, 54.5 kg.
Minggu lepas, susut menjadi 53.9 kg.
Awal minggu ni, susut lagi menjadi 53.3 kg.
And pagi tadi saya timbang, lagi la susut kepada 52.9 kg.

Nak kata saya kurang makan, tak jugak. Even portion harian saya berkurang, tapi saya kuat makan jajan. Roti hari-hari saya makan. Bukan plain bread. Saya makan roti yang ada krim.

Setiap hari minum minuman bersusu. Pagi, milo. Tengahari, teh. Malam, nescafe. Semua pun bersusu dan yang tengahari biasanya berais. Huhuhu.

Mungkin masalah di office membuatkan berat saya susut. Bukan masalah yang berat pun sebenarnya. Naluri saya sekarang lebih kuat untuk further study.

Emm. Minggu depan jumpa Ramadhan. Alhamdulillah. InsyaALLAH kalau masih dipanjangkan umur, dapat saya bertemu Ramadhan kali ni secara berdua. Hihi. Bersama suami lah. Tak dapat bayangkan.

Kalau dulu, sahur tak payah fikir sangat. Untuk mulut sendiri, telur dengan kicap pun jalan.
Dan berdua ni, takkan nak bagi suami makan telur dengan kicap. Ye tak?

Hmmmm.. Kena fikir ni nak masak apa untuk berbuka dan bersahur untuk suami.

Tuesday, July 26, 2011

Monday AGAIN

It's Monday again and just like before, Monday Blues. Fuh.

Kesihatan saya adalah ditahap yang boleh dikatakan memuaskan. Tak ada sebarang abnormaliti berlaku setakat ini (harap-harap sampai bila-bila la, Amin). Kerja kat office macam biasa, tak pernah surut. Saya je yang buat-buat macam tak ada kerja. Kerja ni kalau difikirkan sangat, sesak kepala nanti. Lagipun kat sini tak boleh terlalu setia sangat dengan kerja. Kesetiaan yang terlalu sangat dengan kerja membuatkan kami semua macam menjadi hamba pekerjaan (dan juga hamba kepada majikan yang tak berapa nak ada jiwa).

Sebetulnya, kerja kena ikhlas untuk menjamin rezeki yang kita dapat adalah halal. Berbeza dengan di sini. Kenapa? Sebab, a lots of 'benda yang tak sepatutnya' ada around us. Contohnya, rasuah itu haram. Semua orang tahu. Tapi yakinkah kita bahawa tempat kita mencurahkan tenaga ni bersih dari semua tu? Kalau majikan Muslim pun ada yang main 'under table', anda fikirlah sendiri. Saya tak mahu buat apa-apa statement.

Menjadi warga QA (Quality Assurance) memang mencabar keimanan. QA terpaksa berhadapan dengan customers bila mana terdapat problem pada parts yang di'supply'. QA terpaksa jawab itu-ini walaupun dia tahu benda-benda yang keluar dari mulutnya itu adalah mustahil. Nak buat macamana, they HAVE TO.

Ok. Buat luahan pasal kerja memang membuatkan kepala saya sesak. Cukup lah.

Lately, saya cepat betul penat. Naik tangga sikit pun dah mengah macam panjat flat 5 tingkat. Makin gemuk agaknya. Haih. T__T
Saya dah kurang round production sekarang. Macam-macam bau hidung saya dapat tangkap. My nose is getting more sensitive now. Agaknya lepas flu hari tu my nose is functioning very well. Well done Nose! Huhu. And lately jugak, saya adalah seorang yang penjimat. Sebab? Saya prefer bawak bekal dari rumah. I love home-made food. Antara sebab lain jugak, duit poket dah semakin surut (ini main reason dia sebenarnya). Huhu. I have to have some saving untuk Hari Raya nanti. Sebab Aidilfitri kali ni fall on end of month. Gaji saya usually masuk awal bulan yang seterusnya. Means awal September baru saya bergaji. Kesian kan? Huhuhu.

Ramadhan bakal menyapa minggu depan. Tak sabarnya. ^__^

Friday, July 22, 2011

Protected : Memorable Birthday Gift

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan kami suami isteri. Niat saya untuk berikan hadiah yang paling istimewa untuk suami tahun ini berhasil. Bagaimana?

Ok. Let's the story begins...
Loss of my 1st pregnancy sangat menyedihkan. Tapi kesakitan yang saya rasa mengatasi segalanya. Saya redha dengan segala ujian yang ALLAH berikan. Saya yakin, DIA takkan memberi saya ujian ini jika DIA tahu saya tak mampu nak hadapi.

Minggu pertama di kampung, saya sangat sedih. Teringatkan kehilangan tu, airmata saya laju mengalir. Saya cuba kuatkan hati. Saya terus berfikir positif. Saya melibatkan diri dalam forum di internet yang membincangkan isu-isu kehamilan dan masalah-masalah lain. Saya baca pengalaman ibu-ibu yang mengalami ujian yang sama seperti saya untuk 1st pregnancy mereka. Lama-lama, hati saya terubat. Saya semakin yakin bahawa ALLAH ada hadiah yang lebih istimewa dari ini untuk kami suami isteri.

Minggu kedua, boleh dikatakan emosi saya dah fully recovered.
Alhamdulillah.

Tamat cuti rehat yang hospital berikan, saya mula bekerja. Rakan-rakan banyak memberi sokongan. Dan saya rasa saya tak pernah kehilangan apa-apa pun.
Hati saya tenang. Cuma kadang-kadang bergelora juga bila melihatkan status rakan-rakan yang sudah disahkan hamil di Facebook. Tapi dalam hati tetap yakin dan redha dengan apa yang saya dah alami.
Ya. Redha. Itu sangat penting.
Redha itu membuatkan hati saya terus tenang, sentiasa positif.

Follow-up check-up di PPUM pada 10 June membuatkan hati saya berbunga. Kata-kata yang doktor sampaikan cukup membuatkan hati saya mekar. Luka saya dah semakin sembuh. Tak ada apa yang perlu saya risaukan lagi. Suami ada bertanya mengenai peluang saya untuk hamil lagi. Alhamdulillah, saya boleh merancang untuk hamil bila-bila masa sahaja yang saya mahu. Asalkan saya dan suami sudah bersedia.

15 June saya period seperti biasa. Hari pertama sama seperti period saya sebelum my 1st pregnancy. Ada juga kerisauan di hati mengenangkan nasib period saya. Adakah ia normal? 7 hari kah? 2 minggu kah? Tapi akhirnya perasaan kembali normal bila period saya normal. Macam biasa, 7 hari. Yes, my hormone get back to normal just like what I wish. Alhamdulillah.

Saya mula monitor BBT (Basal Body Temperature). Sebelum ini tak pernah saya ambil port dengan benda-benda macam ni. Demi mendapatkan zuriat untuk suami, saya pelajari semua tu. Alhamdulillah, semua normal. And BBT predict saya ovulated juga akhirnya.

Dalam menantikan period seterusnya, dalam hati tak henti-henti berdoa agar Allah anugerahkan lagi sinar untuk kami suami isteri. Seminggu sebelum tarikh expected period, simpton-simpton nak period dah ada. Cramp, jerawat. Masa tu, dalam hati dah redha. Saya inform suami supaya jangan berharap sangat sebab saya dah rasa tanda-tanda nak period.

Walaupun dah rasa simpton-simpton, hati masih juga mahu mengharap. Ada sinar harapan di hati kecil saya. Ketika teringatkan harapan tersebut, hati berdebar-debar lalu terus berdoa agar harapan saya menjadi kenyataan.

Tiba hari yang dinantikan, period tak kunjung tiba. Hati mula gelisah. Perasaan apakah ini. Hamilkah aku? Hormon tak stabilkah? Apa silapnya ni? Macam-macam soalan bermain di benak.

Hari kedua sepatutnya saya period tiba. Saya gagahkan hati untuk buat UPT.
Dan



. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .





Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Kali ni, 2nd line muncul dalam hanya beberapa minit. Berbeza dengan kes sebelum ini. Syukur. Semoga kali ini tidak berulang abnormality yang lepas. Amin.

Now I realized, wherever kita redha dengan ujianNYA InsyaALLAH DIA takkan tunggu lama untuk memberi ganjaranNYA. Bila dilanda ujian, redha lah. Mengadulah padaNYA. DIA pencipta kita. DIA Maha Tahu segalanya.

Ya ALLAH, semoga kandunganku kali ini normal. Peliharalah zuriat ini dari bahaya. Semoga zuriat ini sentiasa sihat sepanjang berada di alam rahim, dan seterusnya menjadi insan berguna di muka bumi ini. Amin.

Baby, our journey just begins. Ummi hope you are in the right place. We love you. ^_^

Thursday, July 21, 2011

Birthday SiDia..

Assalamualaikum.

Last Saturday was my husband's birthday and it was the first time ever we celebrated as husband and wife. Thank you Allah.

Tahun ni kejutan untuk beliau adalah tak berapa menjadi kot I guess. Sebabnya tak macam tahun-tahun yang lepas. Cuma the present tu yg agak surprise. Saya pun surprise jugak dengan present tu. Huhuhu. Macam kelakar aje. Surprise apa? Biarlah rahsia... :)

Husband dah pun meningkat usianya. Semoga peningkatan usia beliau mematangkan lagi tindakan beliau dalam segala urusan termasuk urusan rumahtangga yang baru 5 bulan kami bina ni. Semoga beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesenangan hidup didunia mahupun akhirat, menjadi anak yang taat pada ibunya, menyayangi saya seadanya, membimbing saya ke jalan yang benar, dan yang paling penting diberi kesihatan yang baik demi menjaga keluarga kami. Amin.

Kek untuk encik husband.
 
 Tulisan sebenar ialah "Happy Birthday Darling Husband" 
Tapi disebabkan kecuaian saya sendiri, beginilah hasilnya. Huhu

Saya pilih pandan layer cake sebab dia sangat suka dan saya pun suka kek ni. Hasilnya, kek ini kami habiskan berdua dalam masa 2 hari je. Berbeza dengan kek saya 2 bulan yang lalu. Entah berapa lama baru habis. Siap boleh share dengan tong sampah lagi. Kesian.


 Kad untuk beliau. :)

 Sekian. :)
Happy Birthday Darling Husband. I Love You, and will always do.

Monday, July 18, 2011

Monday Blues

Assalamualaikum.

Isnin, macam biasalah. Monday Blues yang terpaksa dihadapi oleh semua pekerja including me and today I am facing this Monday Blues ALONE. My colleauges majoritinya cuti. I was like, "Huh, nak cuti jugakkkkkk".

Kesihatan saya buat masa ini bertambah baik. Alhamdulillah. Sakit kaki dah totally hilang. Don't know why. Suddenly hilang macam tu je. Syukur.

Lately perut asyik bloated je. Naik kereta jauh sikit, mula la tak selesa. Macam nak muntah pun ada. Berangin je badan. Haih. Agaknya padah minum teh ais tiap-tiap hari bekerja dan nescafe tiap-tiap malam. Huhuhu. Ubah sikap dan tabiat lah wahai Noraini.

Oh. Hampir terlupa. Gambar fire drill di office saya korang belum tengok lagi kan?

Nah, sebagai penambah perisa. Saya lost in a lot of ideas. Keliru tak tau nak cerita yang mana dulu. Huhuhu.

 Tak tau pun ada orang snap from angle ni. Tapi not bad lah. Huhu


 Apa tah mereka bincangkan tu. Sume colleagues saya lah tu. ^__^




Yeay! Incik Bomba da sampai. And lepas tu terus bersurai. Hihi.
Boring ah.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015