Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Tuesday, March 29, 2016

AA & II Birthday Blast

Alhamdulillah.
19 March hari tu, kami buat first birthday celebration untuk 2 princesses tu.
Semua berjalan lancar, Alhamdulillah.

Tempat, selesa. Nanti ku review eh.
Clown, awesome!
Cake, yummilicious!
Foods, 5 stars.. :)

Layan gambar la dulu ek. Later kita review sesatu.. 

Tuesday, July 17, 2012

Happy Birthday ! ! !


Happy Birthday buat insan terpaling indah dalam hidup saya.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik olehNYA.
Semoga berjaya dalam segala bidang yang diceburi.
Semoga mendapat berkat dan redhaNYA.
Ameen.
Terima kasih kerana menjadi insan yang terpaling indah dalam hidup saya, menjadi ayah yang terpaling best untuk Alya Amani, menjadi suami yang terpaling daboomm dalam hidup isterinya yang tak seberapa nak daboomm ni. Heeeee..

We love you!

Love,
Ibu and Alya Amani.

p.s : Happy Birthday jugak untuk kawan-kawan yang berkongsi tarikh dengan insan terpaling indah dalam hidup saya ni, Maghfarah a.k.a owner blog saya hot dan Nik Hilmi.
Semoga hidup kalian juga diberkati dan dirahmatiNya selalu. Ameen.
p.s.s : Terima kasih sahabat terpaling baik saya, N.A.K.A a.k.a Angah for belanja me and hubby kat IPS semalam. :) Terima kasih...
p.s.s.s : Thanks to all yang menjayakan program saya semalam. ^_^

Thursday, May 10, 2012

I am touched, spechless

Let the pictures tell you the story ^_^ 

Love is in the air and I keep on falling in love again for countless time. 

 He is my guardian angel. Nobody can replace him in here (deep inside my heart).

These roses have been delivered straight away from KL, just for my birthday!
Thank you so much Sayang!
You've done this very well.
Miss you as much as the bubbles in the ocean!

Wednesday, May 9, 2012

I am 26 yo when she turns 8 weeks old

Haiiiii. Assalamualaikum. Ibu muda nak tumpang lalu. Eh. Muda ke? Hahaha. Rasa rugi sebenarnya bila usia 26 baru nak ada anak. Sempat ke nak kumpul 6 orang anak sebelum 35 menjengah. Aisey. Dah la 1st baby was thru c-sect. Hopefully lepas ni boleh VBAC (Vaginal Birth After Ceaserean). InsyaALLAH.

Ulangtahun kali ni adalah sedikit berbeza. Emm. Bukan sedikit. Banyak sebenarnya. Dengan adanya budak Alya yang comel ini, hari ini saya menyambut hari lahir sebagai ibu. Alhamdulillah. Emmm. Dan, tak ada suami disisi untuk jadi orang pertama wish 'happy birthday'.. uhuk uhuk.

Hari ini, Alya turns 8 weeks old. Alhamdulillah. Everything went well. She's getting cleverer. Syukur. Dah banyak yang dia pandai. Dan membuatkan saya rasa every moment bersama dia adalah super indah. Dia semakin tinggi. Unlike ibu dan ayah dia. Tak apa, nanti gojes macam kawan ibu, Aunty Alya. ^_^

Eh. Cerita birthday ibu. Bukan pasal Alya. Tumpang lalu. Tapi kan, dah ada anak ni, cerita anak lah yang paling seronok. Hal sendiri tolak tepi dah. Seriously.

Ok. Balik kepada cerita ibu. Last year, malam hari lahir, macam biasa saya akan tidur awal. Suami, yang ingat saya dah tidur, datang bisik ucapan hari lahir yang sumpah buat saya melting. Tak payah cakap la apa dia kata ek. Nanti orang muntah. Biar saya je melting. Huhu. Dia ingat saya dah lena agaknya. Sebenarnya masih tidur-tidur ayam sebab henpon tak berenti lagi vibrate sebab ada inbox yang masuk silih berganti. Hihihi. Hari tersebut juga beliau telah berjaya membuat 1 surprise yang saya rasa menjadi lah. At least he tried. Ye la, since hampir 6 tahun kenal dia tak pernah buat surprise. So, tahun lalu boleh dianggap sukses. Tahniah Abang.

Tahun ini, suami tertidur awal agaknya. Hampir jam 12 saya masih belum tidur sebab sedang susukan Alya. Menunggu juga sms dari dia. Tapi tak ada. Tak apalah. Tak kecik hati pun. Dah jadi bantal peluk saya, benda remeh macam tu malas nak ambik hati. Boleh pulak anggap ucapan hari lahir sendiri dari suami adalah perkara remeh. -_-" Bukan maksud saya ucapan dia tu remeh. Tapi, saya tidak kisah andai dia terlupa atau terlewat. Sebabnya dah banyak benda ada dalam kepala dia, including princess kesayangan dia, Alya. Jam 3 saya bangun susukan Alya lagi, baru perasan SMS dari dia. Received at 2 a.m. Heee. Baru terjaga lah tu. Ingat juga rupanya. Alhamdulillah. ^_^

Wall FB saya dah dihujani ucapan-ucapan dan doa-doa dari rakan taulan. Terima kasih tak terhingga. SMS, kurang mendapat sambutan kali ini. Agaknya mungkin kerana masing-masing dah sibuk bekerja. Dulu, masing-masing student. Eh, celcom ngan Jusco SMS wish birthday kat saya tau. :)

Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk saya hidup sampai ke tahap ini. Syukur. 26 tahun yang mematangkan saya. InsyaAllah. Dalam 26 tahun ini, my achievements are;
  • A daughter to my parents
  • A wife, chef, accountant, cleaner, house manager to my Darling Husband.
  • A mom to my little miracle, Alya Amani.
  •  An engineer (walaupun hanya setahun)
  • A master student.
Alhamdulillah, semuanya adalah precious. Syukur sangat. Terima kasih Allah kerana hadiahkan saya semua ini, kebahagiaan memiliki suami seperti dia, keseronokan hidup sebagai isteri dia, segalanya amat precious. Semoga dengan menginjaknya usia saya, menginjak jugaklah kematangan saya sejajar dengan usia. Semoga Allah memberkati peningkatan usia ini dan terus menganugerahkan nikmat buat saya, suami, anak dan seluruh ahli keluarga. Ameen.

Lastly, terima kasih atas ucapan dan ingatan kalian. Terima kasih. ^_^

Thursday, July 21, 2011

Birthday SiDia..

Assalamualaikum.

Last Saturday was my husband's birthday and it was the first time ever we celebrated as husband and wife. Thank you Allah.

Tahun ni kejutan untuk beliau adalah tak berapa menjadi kot I guess. Sebabnya tak macam tahun-tahun yang lepas. Cuma the present tu yg agak surprise. Saya pun surprise jugak dengan present tu. Huhuhu. Macam kelakar aje. Surprise apa? Biarlah rahsia... :)

Husband dah pun meningkat usianya. Semoga peningkatan usia beliau mematangkan lagi tindakan beliau dalam segala urusan termasuk urusan rumahtangga yang baru 5 bulan kami bina ni. Semoga beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesenangan hidup didunia mahupun akhirat, menjadi anak yang taat pada ibunya, menyayangi saya seadanya, membimbing saya ke jalan yang benar, dan yang paling penting diberi kesihatan yang baik demi menjaga keluarga kami. Amin.

Kek untuk encik husband.
 
 Tulisan sebenar ialah "Happy Birthday Darling Husband" 
Tapi disebabkan kecuaian saya sendiri, beginilah hasilnya. Huhu

Saya pilih pandan layer cake sebab dia sangat suka dan saya pun suka kek ni. Hasilnya, kek ini kami habiskan berdua dalam masa 2 hari je. Berbeza dengan kek saya 2 bulan yang lalu. Entah berapa lama baru habis. Siap boleh share dengan tong sampah lagi. Kesian.


 Kad untuk beliau. :)

 Sekian. :)
Happy Birthday Darling Husband. I Love You, and will always do.

Tuesday, May 10, 2011

Surprise. ^__^

Assalamualaikum..
Menulis blog pada usia 25 tahun 1 hari. ^__^
Semalam, menyambut ulangtahun kelahiran dengan sangat terkejut sebab suami telah membuat 1 kejutan.

Macam tahu saja. Kan semalam saya ada mention pasal surprise. Memang tak disangka-sangka saya akan dapat petang tu jugak.

Semalam saya pulang dari office jam 7 petang. Suami cakap dia kena balik lambat. Bos nak jumpa. So, saya redha je. Asalnya dia nak bawa saya makan western food. Tapi sebab dia cakap dah kena balik lambat, saya suruh cancel je la cadangan tu. Takut masing-masing penat lepas balik dari office. So saya suggest nak beli nasi goreng je dekat kedai berhampiran rumah. Seriously saya tak larat nak masak malam tadi. 1, sebab memang tade mood nak masak. 2, sebab tak tau nak masak apa. 

Masuk dalam rumah...
Dah on lampu dekat dengan pintu masuk. Saya terus ke ruang tamu. Terkejut tengok semuanya dah terhidang. Ada kek sebijik atas meja. ^__^


Saya toleh ke belakang, dia terus muncul dengan senyuman. Perasaan saya masa tu, macam nak nangis. Terharu sangat. Tapi saya tak nangis la. Cover sikit. Malulah nak nangis-nangis pulak.

Terima kasih Ya ALLAH kerana hadiahkan saya seorang suami seperti dia. Alhamdulillah.

Thanks Sayang for your effort. Suprise U jadi kali ni. Tahniah. I terharu. Tahun depan nak lagi. OK? ^__^

Sayang, I wanna grow old with U.


Abaikan yang bertudung merah bersama muka tak siapnya. Huhuhu. Muka baru balik kerja. ^__^

Monday, May 9, 2011

25th Birthday..

Alhamdulillah.
Hari ini, genaplah 25 tahun saya bernafas dengan meminjam nikmat yang Allah bagi. Syukur. Pada usia 25 tahun, saya mempunyai seorang suami yang amat mengambil berat serta penyayang. Pantang rasa suhu badan saya tinggi sikit, mesti kalut nak bawa ke klinik.
Ulangtahun kelahiran kali ni sama saja seperti tahun-tahun sebelumnya. Umur makin bertambah. Kematangan juga harus saya upgade menjadi selaras dengan umur yang semakin meningkat. Tak nak lah umur 25 tapi kematangan tu tahap budak 5 tahun kan?

25 tahun yang lalu, ummi bersusah payah nak keluarkan saya. Terima kasih banyak-banyak ummi. Selamat Hari Ibu. ^__^

Ulangtahun kelahiran tahun ini mungkin tak seperti zaman kanak-kanak dulu kot. Cukuplah kawan-kawan sms or call mendoakan kesejahteraan hidup saya, kebahagiaan saya bersama suami berkekalan sehingga ke syurga. Terima kasih semua. Terharu kerana masih ada rakan-rakan yang mengingati tanggal ulangtahun kelahiran saya. Cik Farizahani, seperti tahun-tahun menjadi student di UIA tak pernah tak jadi orang first untuk wish. Thanks friend.

Teringin jugak terima kejutan ulangtahun kelahiran dari insan-insan terpilih. Tapi mungkin belum ada yang realize kot. Mungkin satu hari nanti hajat saya tercapat kot.

Oh. Hampir lupa. Hadiah ulangtahun kelahiran yang ke-20 kalau tak silap saya merupakan satu kejutan buat saya oleh Darling Husband. Ehem. Masa tu belum nikah. Teman tapi mesra. ^__^

Patutlah masa tu dia tak bagi saya beli MP3. Rupanya dia nak hadiahkan saya MP4. Thanks sayang. Cubaan u menjadi. :) I terharu OK. Kikikiki.

The best birthday celebration ever was masa ulangtahun kelahiran ke-23. Masa tu saya dan rakan-rakan sedang menjalani latihan industri. Seriously, I was very happy. InsyaALLAH takkan saya lupa. Terima kasih kawan-kawan.


And one more thing, my ayah tak pernah miss untuk wish. Walaupun bukan orang yang pertama, dia tetap akan wish. Each and every year. That's why I love my ayah so much. He is my hero ever. ^__^ Tak dapat bayangkan if one day dia dah tak ada. Pasti janggal ulangtahun kelahiran saya tanpa ucapan dari dia. Semoga ayah dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan. Amin. Walaupun dah ada suami, kasih sayang saya untuk saya, sikit pun tak kurang. So now, I got 2 heroes. Ops. Silap. My beloved brother pon is on of my hero. :) I got 3 of them. With lots of love.

Lastly, these are my wishlist for 25th birthday;

Be a good servant.
Be a good, loyal wife.
Be a good daughter and sister.
Menjadi yang terbaik diantara yang terbaik.
Handphone baru sebijik. :) (Tetiba lari topik. Hahaha.)

Sunday, January 16, 2011

Happy Birthday SAYANG


16th January 2011, the 25th birthday of dearest lovely sis.
*ANGAH*

TQ so much sis for your full support selama ni.
I doakan semoga U panjang umur, murah rezeki, 
bertemu insan yang terbaik untuk jadi pendamping dikala suka dan duka, 
mendapat segala apa yang U hajati, dan jangan lupa...
Setiap kali kita menyambut hari ulangtahun kelahiran, setiap kali itu jugalah kita menghampiri kematian kita. Sama-sama kita muhasabah diri, perbetul apa yang tidak betul sebagai bekalan di hari pengadilan kelak.

Amin..

And 1 benda U harus tau...
I SAYANG U SECARA SUPER BANYAK.
^__^

Sunday, August 22, 2010

Happy Birthday Ayah

Hari ini tanggal 22 Ogos.. Hari ulangtahun kelahiran ayahanda tercinta. Hero hatiku dari dulu, kini dan buat selamanya. Biasa wish thru phone saja. Segan pulak bila live macam ini. Hiks. Mengada anak dia neh tau.

Ayahanda kini berusia 60 tahun. Oh. Macam tak sangka. Ayahanda tetap nampak tampan dan muda seperti dulu jugak (macam sukar nak terima ayahanda da 60 tahun T___T). Semoga ayahanda sentiasa sihat, berada dalam lindungan Yang Maha Esa, diberikan nikmat hidup di dunia dan akhirat yang tidak pernah putus oleh Yang Maha Pemurah, dan juga... Semoga anakanda ini sempat membalas segala jasa dan titik peluh penat lelah ayahanda selama membesarkan anakanda. Mode macam sayu je.

Ayahanda kurang sihat beberapa hari sebelum hari ulangtahun kelahiran beliau. Demam setiap petang. Risau jugak anakanda ini melihat. Tidak sampai hati. Mahu di bawa ke hospital, bonda cakap ayahanda tak nak. Hmmm.. Ayahanda, janganlah berdegil. Kami semua sayang ayahanda.

Ya Allah Yang Maha Mendengar,
Panjangkanlah usia ayah dan bonda ku.
Berilah mereka kesihatan yang baik agar mereka terus berdaya beribadah dan menghambakan diri padaMu Ya Tuhan..
Berilah aku peluang untuk membalas jasa mereka, menggembirakan mereka,
memberi kesenangan kepada mereka..
Kurniakanlah mereka kesenangan hidup di dunia dan juga di akhirat kelak.
Andai salah seorang dari keluarga kami pergi bertemuMu terlebih dahulu,
temukanlah kami kelak di syurgaMu..
Sayangilah dan kasihilah mereka seperti mereka menyayangi dan mengasihi aku dan adik-adik sewaktu kecil dahulu...
Jadikanlah kami semua antara golongan orang yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau kurniakan...
Amin. Ya Rabbal 'Alamin.

Selamat ulangtahun ayah.
Kami sayang ayah.
Emm...boleh anakanda kawen tahun depan tak ayahanda? =P

(n_n)

Monday, May 10, 2010

yesterday was 9 May

I am no longer 23 years old since tomorrow. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar di bumi Allah ini. Masih diberi peluang untuk terus membaik pulih amalan yang ada dan menambahkan yang baru. Syukur sangat.


Alhamdulillah juga sebab mempunyai rakan-rakan yang prihatin. Since 12a.m. 9 May tu, sms dah masuk. Tapi harap maaf la, aku tido awal malam berkenaan. Kurang sihat. Kepala kurang enak. Puncanya ialah kerja lebih masa. Huhuhu. Bukan merungut. Kerja ok. Best. Enjoy. Cuma that day agak penat. Kurang tido. Plus sebenarnya memang malam hari kelahiran aku akan tido awal. Hehehe. Itu memang acara tahunan.


Semalam juga seperti yang semua tahu, sambutan hari ibu. Aku dah sms umi untuk wish. Untuk umi tersayang, aku doakan agar dia terpaksa sihat sejahtera, dipanjangkan umur, diberi kesenangan hidup di dunia dan akhirat, semoga beliau sempat mengecapi hasil titik peluh aku kelak, sempat melihat aku berjaya dan mempunya keluarga sendiri. Aku nak bersalin dan berpantang di samping umi tersayang. Itu harapan terbesar aku. Semoga Allah makbulkan. Amin.

~sila klik lah untuk image yang clear..huhu...~

Banyak dapat wall post dari rakan-rakan kat facebook. Tak kurang jugak yang menumpang wish. Terima kasih semuanya. Kebanyakannya mendoakan aku cepat kawen. Heeee... Amin. Semoga Allah pilih doa kalian untuk dimakbulkan.

Thanks again rakan-rakan.. :) Cerita pasal aktiviti semalam? Hmmm... Takda yang perlu dikongsikan kot. Cuma boleh cakap, dapat bunga. Hehehehe.

tq so much


~thank you so much friends.....~
~i love u all~

Tuesday, April 27, 2010

HAPPY BIRTHDAY CIK MUNE

Dear Cik Mune,
Today is your day...

Happy birthday dear...

Da umo 24 years old...
Kawen nanti jangan lupe jemput kite ye Mune..
Hihihihi....
Semoga dipanjangkan umo, dipanjangkan jodoh bersama yang tersayang, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, diberi segala yang terbaik buat dirimu dan berjaya dunia akhirat..
Ameen.

Who is Cik Mune..
Umm..knew her since matrix..
We used to be classmates 5 years back.
Mungkin sebab her name starts with 'M' and mine is 'N'
Most of our classes adalah sama.
Really enjoyed all the moments together especially Computer 2 class.
Masa tu the subject was taught by a new lecturer..kan cik mune? hehe..
People used to think that the lecturer and I were having 'something' so called 'special relationship'..HAHAHA..padahal itu adalah trick nak dapatkan soalan-soalan bocor sahaja...ngeeeeee~~~

Kalau sometimes the class was cancelled, selalu pegi santap roti canai kat UKC cafe bersama-sama dengan Cik Papud dan yang lain. Heeee..
Soooooo seronok lah masa itu...
A sentence which I can perfectly describe her from my view is
Friendly and Easygoing.

1 keseronokan bila mengenali dia. Seriously.
Thank You Mune for being my friend.
Mintak ampun dan maaf if ada salah since we're friend in 5 or 6 years back.
Enjoy your day dear..
(^_^)

Monday, February 22, 2010

Happy bithday blog

aku rasa macam tak berapa nak ada idea nak berblog lately ni...idea kering..macam tade ape-ape...otak penat..banyak benda yang macam harus difikirkan...

ummm...tapi tiba-tiba teringat pasal tarikh kewujudan blog ini..22 feb last year..(2009)...aku mulakan entry pertama..kenapa aku mula berblog??

ok..sebab masa tu aku rasa aku sangat tak de tempat nak luah perasaan...masa tu ada krisis sedikit dengan persekitaran...macam sedikit tidak selesa dengan persekitaran ketika itu...

makanya...aku berkawan la dengan blog ini...secara rasminya...mula-mula macam malas jugak nak lepak kat sini lama-lama...tapi...memandangkan kat sinilah aku kongsi masalah...aku rasa sayang nak lupakan...

dan aku terus saja berkecimpung...seronok ok berkarya ni...walaupon bukanlah segala cerita personal aku dibongkar di sini...tapi aku rasa lega...dapat tambah kenalan baru...

banyak ok jasa blog ini...dia dah merapatkan aku dengan rakan masa pratikal...aku hentam dia dekat blog ni..dan suddenly dia boleh terbaca blog ini..haha..kantoi...tapi aku dah say sorry...and harap dia tak ambik hati dah...aku buat macam itu sebab aku tak tau nak cakap depan-depan..aku ni...kadang-kadang...apa yang aku tulis lagi senang difahami dan disampaikan compared to apa yang aku cakap...verbally...and now..aku jugak selalu jenguk-jenguk belog beliau...:)

belog ini jugak...telah membuahkan persahabatan antara aku dan cik permaisuri lyana..dan rakan-rakan lain..alhamdulillah....mereka sungguh happening..best ok...aku rindu cik permaisuri sekarang.......... T______T

hmmmm....rasanya itu sahaja...hari ini tulisan memang membosankan...kalau macam tak baca pon tak pa...hohohohoh....

finally...

happy birthday my dear blog....


My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015