Showing posts with label memorable moment. Show all posts
Showing posts with label memorable moment. Show all posts

Monday, October 7, 2019

Nak Pergi Haji Time Muda, Apa Nak Kena Buat Ye?

Assalamualaikum.

Sementara ada sisa-sisa masa sikit ni, boleh la sharing..
Masa nak berlepas ke Tanah Suci hari tu, ramai sangat acik-acik, nenek-nenek yang cakap kat aku, "Untung, muda-muda dah datang Tanah Suci".


Dalam hati aku, tak pernah henti bersyukur pada Allah sebab jemput aku jadi tetamuNYA.
Aku cuma mampu senyum, dan jawab, "Alhamdulillah cik, rezeki Allah bagi."

Yes, indeed. Kalau orang lain, mungkin direzekikan tambah zuriat, travel around the world, aku pulak, Allah bagi dengan cara ni. Which is, tak ada sebab untuk aku tak bersyukur dengan apa yang Dia dah anugerahkan ni. Alhamdulillah.. Walillahilhamd..


Wednesday, September 26, 2018

Must Visit : 99 Wonderland Park, Tasik Sri Murni

Assalamualaikum.. Sis kembali.. Disamping kerja hakiki membebel di kelas.. Sis jugak mempunyai hobi membebel di tempat lain (read: di blog dan socmed). Kengkawan memang dah tahu sangat dah. Kalau membebel memang payah nak stop. Dan hari ni, nak membebel pasal satu tempat best ni.

Weekend baru ni (Saturday) bawak the kids ke 99 wonderland park.
Plan nak pergi petang asalnya. Tapi dek kerana area sini asal petang je hujan, asal hujan je petang, siap pakej ribut petir, maka kami ubah plan. Siap-siap jam 10 lebih keluar rumah.
 

Tuesday, December 31, 2013

Another bundle of joy!

Alhamdulillah.
Pada yang friend dengan aku kat FB, mubgkin dah tau. Yang tak tau, meh nak bagi tau.
Aku dah selamat melahirkan buah cinta kami yang kedua pada 5 December 2013.
Alhamdulillah. Everything went well.
Baby girl, 3.2 kg.
Baby sihat.
Unfortunately ibu ada complications sikit. Tapi alhamdulillah semua dah selamat.
Kami namakan puteri kedua ini double I. Kalau kakaknya dulu kita bagi double A, this time kita changed. Hihi...
Alhamdulillah..semuanya dah berakhir. Even semua tu merupakan nightmare bagi aku.
A traumatic one. Sumpah aku serik. Sumpah aku rasa regret. Tapi what to do. Benda dah jadi kan?
Apa pun, aku masih ada 2 puteri untuk dibesarkan dan dididik menjadi muslimah sejati, insyaAllah.


Birth story?
Huh.
Hidden file
Tak mau ingat lagi
Let it go. Let it go.


Walaupun aku tahu ia takkan ter'delete' forever dari 'RAM' kat kepala aku ni, aku akan cuba jadikan ia 'hidden file' forever.
Atau mungkin bila dah ada kekuatan terlebih kelak, aku akan share.

So hari ni, aku officially dah 26 hari post delivery.
Alhamdulillah. Very the sihat one.
Baru berkesempatan nak hapdet sebab everything has changed bila dah ada anak dua nih. Bahahaha.. Mommies out there yang planning nak tambah tu, bekalkan energy and mental secukupnya ya!

Ok. Sampai sini je kot update di hari terakhir 2013.
Akan muncul entry recap 2013. Tapi aku tak tahu bila boleh publish. Terperam dalam draft.
And yes seperti aku kata tadi. Mak anak dua yang tak pandai manage masa macam aku ni masih lagi terkapai-kapai nak bahagi masa. Breakfast pun pukul 12 p.m. Kau? Hado? Bahahahaha...

Friday, July 22, 2011

Protected : Memorable Birthday Gift

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan kami suami isteri. Niat saya untuk berikan hadiah yang paling istimewa untuk suami tahun ini berhasil. Bagaimana?

Ok. Let's the story begins...
Loss of my 1st pregnancy sangat menyedihkan. Tapi kesakitan yang saya rasa mengatasi segalanya. Saya redha dengan segala ujian yang ALLAH berikan. Saya yakin, DIA takkan memberi saya ujian ini jika DIA tahu saya tak mampu nak hadapi.

Minggu pertama di kampung, saya sangat sedih. Teringatkan kehilangan tu, airmata saya laju mengalir. Saya cuba kuatkan hati. Saya terus berfikir positif. Saya melibatkan diri dalam forum di internet yang membincangkan isu-isu kehamilan dan masalah-masalah lain. Saya baca pengalaman ibu-ibu yang mengalami ujian yang sama seperti saya untuk 1st pregnancy mereka. Lama-lama, hati saya terubat. Saya semakin yakin bahawa ALLAH ada hadiah yang lebih istimewa dari ini untuk kami suami isteri.

Minggu kedua, boleh dikatakan emosi saya dah fully recovered.
Alhamdulillah.

Tamat cuti rehat yang hospital berikan, saya mula bekerja. Rakan-rakan banyak memberi sokongan. Dan saya rasa saya tak pernah kehilangan apa-apa pun.
Hati saya tenang. Cuma kadang-kadang bergelora juga bila melihatkan status rakan-rakan yang sudah disahkan hamil di Facebook. Tapi dalam hati tetap yakin dan redha dengan apa yang saya dah alami.
Ya. Redha. Itu sangat penting.
Redha itu membuatkan hati saya terus tenang, sentiasa positif.

Follow-up check-up di PPUM pada 10 June membuatkan hati saya berbunga. Kata-kata yang doktor sampaikan cukup membuatkan hati saya mekar. Luka saya dah semakin sembuh. Tak ada apa yang perlu saya risaukan lagi. Suami ada bertanya mengenai peluang saya untuk hamil lagi. Alhamdulillah, saya boleh merancang untuk hamil bila-bila masa sahaja yang saya mahu. Asalkan saya dan suami sudah bersedia.

15 June saya period seperti biasa. Hari pertama sama seperti period saya sebelum my 1st pregnancy. Ada juga kerisauan di hati mengenangkan nasib period saya. Adakah ia normal? 7 hari kah? 2 minggu kah? Tapi akhirnya perasaan kembali normal bila period saya normal. Macam biasa, 7 hari. Yes, my hormone get back to normal just like what I wish. Alhamdulillah.

Saya mula monitor BBT (Basal Body Temperature). Sebelum ini tak pernah saya ambil port dengan benda-benda macam ni. Demi mendapatkan zuriat untuk suami, saya pelajari semua tu. Alhamdulillah, semua normal. And BBT predict saya ovulated juga akhirnya.

Dalam menantikan period seterusnya, dalam hati tak henti-henti berdoa agar Allah anugerahkan lagi sinar untuk kami suami isteri. Seminggu sebelum tarikh expected period, simpton-simpton nak period dah ada. Cramp, jerawat. Masa tu, dalam hati dah redha. Saya inform suami supaya jangan berharap sangat sebab saya dah rasa tanda-tanda nak period.

Walaupun dah rasa simpton-simpton, hati masih juga mahu mengharap. Ada sinar harapan di hati kecil saya. Ketika teringatkan harapan tersebut, hati berdebar-debar lalu terus berdoa agar harapan saya menjadi kenyataan.

Tiba hari yang dinantikan, period tak kunjung tiba. Hati mula gelisah. Perasaan apakah ini. Hamilkah aku? Hormon tak stabilkah? Apa silapnya ni? Macam-macam soalan bermain di benak.

Hari kedua sepatutnya saya period tiba. Saya gagahkan hati untuk buat UPT.
Dan



. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .





Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Kali ni, 2nd line muncul dalam hanya beberapa minit. Berbeza dengan kes sebelum ini. Syukur. Semoga kali ini tidak berulang abnormality yang lepas. Amin.

Now I realized, wherever kita redha dengan ujianNYA InsyaALLAH DIA takkan tunggu lama untuk memberi ganjaranNYA. Bila dilanda ujian, redha lah. Mengadulah padaNYA. DIA pencipta kita. DIA Maha Tahu segalanya.

Ya ALLAH, semoga kandunganku kali ini normal. Peliharalah zuriat ini dari bahaya. Semoga zuriat ini sentiasa sihat sepanjang berada di alam rahim, dan seterusnya menjadi insan berguna di muka bumi ini. Amin.

Baby, our journey just begins. Ummi hope you are in the right place. We love you. ^_^

Tuesday, October 5, 2010

My big day | Episode 1

Assalamualaikum..

Last Saturday was my convocation day. It was my big day after 6 years giving all the efforts. Finally, Alhamdulillah I got what I want. Cuma sekarang ni kena improve my work, put more efforts to become a truly engineer. InsyaALLAH.

That day was a very fine day. Very very fine i would say. Bangun tak la awal sangat. Sebabnya bonda kejut since pukul 6. Tapi dekat pukul 7 baru bangun. Bersiap-siap segala, then bertolak ke IIUM terchenta. Rindu IIUM. Upon arrival, jumpa shidah, jumpa farah, jumpa cik kam... Asked shidah for her help. Nak pakai hood ni macam susah. Thanks shidah. 

Tak perasan pukul berapa baru graduan masuk CAC. Masa the royal highness bagi speech, masa representative IIUM bagi speech, tak semena-mena aku jadi sebak. Representative IIUM flashed back my memories. All of sudden, they came. Rasa sebak. Rasa macam tak sangka I am a graduate now. Rasa macam baru sangat je menjejakkan kaki ke tanah IIUM. Rasa macam baru sangat mula first year in engineering. Itulah kehidupan. Pejam celik, pejam pelik.. Sampai kita sendiri pon tak sedar masa dah jauh meninggalkan kita. Subhanallah.
Sejujurnya, aku rindu suasana menuntut ilmu bersama rakan-rakan sekuliah. Aku rindu kenakalan kami. Aku rindu waktu-waktu bersama rakan-rakan. (Rindu time bawak toyol waktu kuiz, midterm, final.OK. Final tipu. Tak berani.) Tak  sangka, we now have to follow our own path, own life. Semoga ALLAH merahmati kalian. Amin. Emmm. Tukar mode. Macam tak sesuai la sedih-sedih. Happy la sepatotnya.

Ok. Back to the original track. That day, Alhamdulillah my parents were able to attend my big day at IIUM. My brother and sister too. Not to forget, my lovely auntie and uncle plus their kids. Thank you guys. Love U. ^___^

Tapi sayang, my brother tak datang since pagi. So I missed a lot of precious moments with my lovely friends to be kept as memories. I never knew that he wanted to follow us that morning. So we just left him at my uncle's home. Poor my brother. Poor me too. Takde gambar lawa-lawa dengan rakan-rakan kesayangan. Yes. I brought my own compact camera in. Tapi sejak my brother da ada yang up sket, aku jadi demanding lebih. HAHAHAHA.

Oh. One thing. During the event, emmm. Nope. During my turn actually, I forgot to bow to the royal highness. Waaaa. Tah macamana. Tapi rasanya it was one of the effect bila tak buat full rehearsal. Kecewa tahap gaban masa tengok video. Oh my. Tak sangka ok. Dah la macam excited kan. Tu yang macm tu jadinya. Haih. My gelabahness cannot be controlled la I think. T____T

I returned the robe just after the day of convocation. Tau tak, rasa macam tak sanggup je nak return. Tak puas hokeyyy. I want that robe. I want the moment in CAC during the event back. I want it. I want it. Seriously tak puas. Tak puas mungkin sebab tak banyak gambar dengan rakan-rakan.. Tak puas mungkin sebab lepas ni akan jumpa rakan-rakan tidak sekerap dulu. Hmmm. Life must go on. Right? Friends, gud luck. 

I miss all of you guys. Oh. Lagi satu. Masa return robe, I took my convocation official photos. Huduh OK. Mulut muncung. Dah la jalan tunduk bawah. Seriously tak puas hati. Huaaaaa. Tapi nak wat cane, it only happen once. Takde repeat-repeat dah. Unless I have strong enough patience to further my masters degree plak lepas ni. Dont know when. Hehehe..

Finally, thanks to all of you who have supported me since the day I started my life in Matriculation Centre, until I entered the main campus Gombak. Of coz my lovely parent and siblings. My family. Special thanks to Meor, Fahmie, Nik, Adlie, Ida, and Wani. For creating and organizing our study group. It really work. Thank you so much guys. Love u guys. Also to all my material engineering classmates. Thanks for the notes, questions, and idea you all have shared with me. Without all of you, I am nothing. And not to forget, the special someone who always be by my side no matter what condition I have. Love U. You are always at the first rank after my family. :)


My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015