Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Giveaway by Ceritera ibu & Little Bambam


Salam Jumaat.
Haha.Setelah lama bisu, sekarang kena tag. So, selamat lah mengarang. Thanks Mama Afiq sebab tag Ibu Alya. Thanks jugak Ibu Dilah sebab buat GA ni. Hopefully ada rejeki. Aminnnn... :)

Memandangkan saya sendiri pun aktif dalam berbf ni, saya rasa GA ni memang best. Huhu. Boleh daku kompol koleksi storage bottle Alya. Kikiki..

Info lanjut pasal GA ni, boleh terjah blog Ibu Dilah kat SINI.

Untuk mengcompletekan GA ini, daku dengan gumbiranya mengetag mereka ini ye.. :)
2. Yana MK
3. Aeen


Ni 1st prize,

1 box of  Bumble Bee - Breastmilk Storage Bottles (10 bottles/box) 
1 box of Autumnz - Double ZipLock Breastmilk Storage Bag (25 bags/box)
*12oz* or *7oz*
Ni pulak 2nd prize,
1 Box of  Autumnz - Breastmilk Storage Bottles (10 bottles/box)
- Lilac Sweeties  or Blue Ellie
(boleh pilih nak colour yg mana - contoh seperti gambar di atas)

Semoga ada rezeki la ye.. :)
Breastfeeding is fun. Seriously.
Thank ummi saya for breastfeeding me walaupun ummi cakap dia bf saya tak selama saya dapat bf Alya. Yang penting, susu ibu adalah yang terbaik. Titisan emas yang Allah kurniakan untuk anak-anak kita.
InsyaAllah, untuk adik-adik Alya nanti, saya nekad..
 Oh. Lupa. Bila sebut bf, mesti la kena ada aksesorinya kan?
Jangan lupa cari breastpump je gojes semua. Especially yang bakal bergelar ibu.
Jangan aim for bp yang memahal pun tak apalah. Sekadar ikot kemampuan.
Macam saya, bp murah je. Tapi serasi.
Dah cuma pristail kawan. Tapi hampa. Tak serasi. Susu tamo kua. Sadis kan?
Nasib tak beli? Ribu riban oiiiii...

Oh. Lagi 1, yang penting, ingat basic concept, supply and demand ye gojes semua.

Ok. Ada benda nak buat nih.
Jumpa lagi!

Thanks again Ibu Dilah!

Friday, March 29, 2013

MiPump The First Year Double Breastpump

Assalamualaikum..

Maaf la.. Sangat busy lately. Apa yang di busy kan entah. Tapi terasa sangat la ke laut. Diri sendiri pun rasa dah sememeh sangat dah. :P

Ok. Tajuk macam nak jual breastpump.
Tapi sebenarnya tidak. Saya received banyak emails nak mintak tolong belikan.
Banyak sangat. Half of them saya sempat reply, Alhamdulillah.


Tapi nya.... yang haru.. bila saya forward kan terms and conditions yang my friend buat tu, terus depa tak respon balik dah. Saya pun tak tahu kenapa. Nasib baiklah kawan tu tak proceed oder dengan supplier lagi. Kalau tidak, kesian dia.
Tak kurang jugak dengan back-out buyers. Subhanallah. Kesian kawan tu. Dah la mintak balik deposit. Sedangkan T&C dah cakap deposits are not refundable. Tak baiklah korang buat macam tu. Orang beniaga, cari rezeki. Dia pun tak ambik untung banyak pun. Yang saya tahu, not more than RM10 pun untuk dia. Dah la modal dia beli packaging papers bagai kan, kos dia gi pejabat pos lagi.. Haaaa.. Kesian la dia..

Dan dengan itu, saya kesian sangat kat dia, dan nekad untuk tak nak respon jugak dah.
Sorry tau korang. Bukan tak nak tolong. Tapi takut perkara lama berulang. Kesian la kawan tu.

TAPI.. saya ada suggestion untuk korang-korang yang dah comment and tinggalkan emails tu.

Cenggini u ols..
Try to cari pam tu kat amazon.com atau pun ebay.

My friend ada jumpa tak sampai RM300 pun. Memang new. Straight dari kilang.
Cumanya, macam saya punya ni la.. Warranty dari US. Apa-apa jadi, memang kena ganti motor baru la.

Motor saya, Alhamdulillah dah pakai setahun lebih, bebaru ni ada susu back flow, tetiba 1 suction je ada. So.. tamat lah riwayat dia. Tapi saya tak buang sebab 1 suction lagi masih functioning well.

Saya order motor baru. RM85 je baru u ols.
Kalau nak dibandingkan dengan harga kos u ols nak pos ke US nun. Dengan nak nunggu lama depa duk repair ke cek ke service ke apa kannnn?

so u ols.. jangan marah saya tak respon ngan komen u ols tau.
Saya bagi idea baekkk punya ni.
U ols cari sendiri kat amazon.com or ebay. Mana tahu kot dapat lagi murah.. kan? :)

And agaknya kawan tu pun da serik kot. Dia sendiri memang tak amek order from strangers dah. Unless sedara mara, kawan ofis asben dia.. or sape-sape yang dia kenal and dia rasa memang takkan back-out..

Harap membantu ye.
Sorry sangat-sangat.

Oh. Lupa.
Untuk my dear yati..
Yang latest komen tu.. hihi
Aini dah cuba pumping dalam kereta while driving.
Hmmm. Memang boleh. Tapi Aini tak konfiden la. Sebab if pusing stereng, tersangkut sheild, nanti botol terpeleot dan susu tumpah. Huuuu. Sayang kan? Sheild dia kan jenis strechable gitu. So bahaya sikit kot.. :)

Friday, November 30, 2012

From Violet to Magnolia

Assalamualaikum.
Lama tak singgah blog sendiri. Tak sempat kekdahnyeee..
Blogwalking tu ada lah. Tapi tak sempat tinggal jejak pun..
Minggu ni ngan minggu depan seriously sangat busy.

Habis je minggu ni ngan minggu depan, saya nak coti. Balik kampung seminggu. Haaa.. Heaven takkk??? :P

Ok. Cerita Alya Amani.
Hari ni, her first day in Magnolia.
Emm. Magnolia tu nama kelas dia. Dulu kat Violet.
Alhamdulillah, lepas 3 months, anak ibu sorang ni berjaya naik kelas. :)
Hasil usaha gigih berusaha belajar menyusur ke depan agaknya. Haha.
Teacher dia cakap, da laju sangat menyusur. So kena pindah la.

Every morning, memang biasa hantar dia before 9.
Tapi, sejak-sejak ibu busy sangat ni, sengaja hantar dia lewat sikit. So that tak de lah rindu sangat dekat anak and tak de la rasa guilty sangat bila ambik dia lewat.
Bila dah datang lambat, haruslah guna entrance yang kat belakang. Haha.

And, normally memang ibu akan bf dia sampai tido dulu baru letak kat kelas.
Dalam bulan ni, almost everyday saya buat macam tu.

Hari ini, macam biasa, saya tidurkan dia.
Bawak masuk kelas baru. Baringkan dia macam biasa, ikut posisi feveret dia (mengiring sambil peluk bantal). Belum sempat saya berdiri, dia da terkebil-kebil. With her big eyes. Sebab dengar kawan dia jerit agaknya. Mula-mula saya yang nervous. Kelas baru, takut dia tak biasa.
Tapi sebenarnya ada sorang baby ex-classmate dia kat Violet. So mungkin dia familiar kot. Hihi.

Saya bangun lepas kissed dia.
Dia masih terkebil-kebil.
Hairan dengan keadaan sekeliling agaknya.
Di Violet, suasana agak suram, mungkin sebab ramai babies kecik kan. So perlukan suasana yang lebih calm.
Di Magnolia, suasana agak ceria, lapang, tingkap terbuka luas, langsir di ikat, nampak playground kat luar. Tilam pun hanya ada 1. Baby cots ada 4 macam biasa kot. Saya tak perasan sangat.
Kali ni dia tak menangis bila saya dah nak keluar kelas.
Biasanya, kalau situasinya macam tadi, memang sah melalak dah kecik tu.
Fuhhh. Ibu pulak berdebar-debar. Anak rilex je.

Haihhh. Dah besar anak ibu.
Lagi 2 minggu ambik report card dia pulak.
Seriously I can't wait.
Nak tengok apa lagi la teacher dia nak komen. Hihihi.

Alhamdulillah, Alya Amani dah hampir 9 bulan.
Pencapaian setakat ini,
Menyusur dengan laju ke hadapan.
Duduk dengan bantuan.
Menjerit dengan kuat as if dia nak panggil kita yang duduk jauh sebatu.
Tiru apa orang buat. Contoh; ayah dia buat-buat marah sebab dia sepahkan buku, nanti dia buat-buat marah balik kat ayah dia. Haih anak.
Main bawah dining table. Tarik-tarik kerusi agar ada bunyi geseran kaki kerusi dengan lantai. :)
Sangat fokus kalau saya masak sambil dukung dia and cerita this is fish, that is chicken, tunjuk dia itu dan ini, sambil masak, cakap ngan dia, ni ibu masak bla bla bla...
Masih breastfeeding, Alhamdulillah.
Dannn. Gigi masih belum ada. :P

Anak.. Cepatnya kamu besar.
Rasa macam baru je kamu lahir.
Sekarang kamu dah macam mula nak independent.
Jadi anak solehah ye.
Amin.

Wednesday, September 12, 2012

Lain kali hati-hati

Assalamualaikum.
Alahai. Lamanya tak menulis.
Busy dengan anak. Huhu. Busy dengan suami jugak.
Tambah-tambah musim raya kan. Ziarah sana-sini.
Cerita raya belum publish lagi. Tunggu dulu la eh. Sebab yang ni macam lagi seronok. Huhu.

Alkisahnya,
Awal minggu lepas, right after kenduri BIL, saya mula rasa lain macam (ehem. Bukan lain macam yang 'itu' ye. Ni lain macam yang tekak gatal-gatal). Rasa macam ada simptom nak batuk.
Isnin, rasa ok lagi.
Selasa, macam dah makin obvious.
Rabu, dah mula batuk sikit-sikit.
Tanpa fikir panjang, pagi Rabu yang indah itu saya dengan rasa yakin dan tak bersalahnya bukak peti ais, capai ubat batuk (beli kat kedai sensei) dan menelan sebanyak 2 tablespoons. Haaaaaaaaaaaaa.

Alhamdulillah, memang berkesan. Batuk hilang. Memang dah pergi jauh.
Berkesan sangat sampai beri kesan pada susu saya. Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Itulah, consume ubat without knowledge. Padan muka sendiri!

Hari tersebut, kebiasaannya saya boleh bawak balik rumah at least 12 oz, hanya dapat hampir 7 oz.

Sedih kannn?

Belum realize lagi kat mana silap dia. Tapi disebabkan batuk dah hilang, saya tak minum ubat dah.

Khamis, saya buat Power Pumping, sebabnya nampak macam dah kritikal sangat.
And, at the end of the day, saya dapat 4 oz SAHAJA.
Boleh imagine tak perasaan saya macamana..??? Haaaaa. Stress. Tapi pujuk hati supaya jangan stress sebab takut susu lagi segan nak keluar.

At the same time, saya duk share cerita-cerita dengan one of senior dekat KIM.
She's having the same problem.
Tapi at least dia tau la apa punca.
Yang saya ni, tak tau apa punca tiba-tiba susu kering. -_-"

Sharing punya sharing, she suggested supaya saya gi jumpa bidan untuk urut urat susu.
On Friday, sempat buat PP dan managed to collect 2 oz only for 1 hour. Benci tak??
Terus call bidan, buat apoimen.
After solat Jumaat, saya gi urut.
Balik rumah, Alhamdulillah, ada improvement.
Anak minum 1 side, 1 pam 1 side and managed to get almost 2.5 oz.


 Hati mula berbunga dan terus mengepos gambar di FB dan Instagram. Dengan harapan, semangat terus membara. Hihihi.

Weekend, kat rumah, macam biasa, mood pumping adalah KE LAUT.
Sebab dah ada pam bergerak dan super efficient. Alya Amani lah tu! Hahaha

Weekend berakhir macam biasa. Tapi engorgement memang saya tak rasa macam selalu.
Susah hati sesangat OK! Sebab saya masih tak jumpa punca dia. Pelik sebab on Monday and Tuesday, memang ok je production. Maintain.

On Sunday, ada buat some readings and I found this!


Dan perasaan saya ketika itu... My bad! Teruknya aku!

Sedihkan, puncanya kecuaian sendiri.

So, Monday, saya masih pam seperti biasa, mengikut jadual.
Hasil? Alhamdulillah, better.

Tuesday, which is yesterday, managed to collect 7 oz in 3 sessions. Alhamdulillah. Much better.
And hari ini, so far, until 2nd session tadi, managed to collect almost 8 oz. 4 oz to go (at least!)

Ganbatte Ibu Alya!!! Demi Alya yang disayangi, Ibu akan berusaha selagi mampu!!

Apa rahsia susu saya kembali?
Pam on time, ikot jadual.
Power Pumping.
Be positive.

Alhamdulillah..

Thank you so much to Sister Nur Farhana Ghazali for her supports.

Dan peringatan untuk diri sendiri and all mommies out there, jangan makan ubat sembarangan!
Dalam kes saya, saya mampu kata kat diri sendiri, "Learn your lesson Ibu Alya!!"

Happy Pumping Mommies!!

Monday, July 30, 2012

Ramadhan Kembali

Assalamualaikum.
Ramadhan kembali. Alhamdulillah, masih berpeluang bertemunya.

Ramadhan kali ini agak berbeza dengan kehadiran puteri kesayangan. Dengan telatah dan akalnya yang semakin banyak, hati menjadi semakin riang melihat dia membesar hari demi hari. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Mencipta.

Berbuka, saya memasak juga. Memandangkan Ramadhan tahun lepas saya lebih gemar membeli juadah di bazar dek kerana mabuk-mabuk hasil pembawakan puteri kesayangan, tahun ini Alhamdulillah, diberi peluang menyediakan juadah berbuka untuk suami tercinta. Balik seawal 330 petang, sediakan apa yang patut. Bila puteri kesayangan behave sangat main sorang-sorang, saya memulakan tugas di dapur.
Tipu kalau kata saya langsung tak membeli juadah di bazar. Ada, cuma tidaklah semeriah tahun lepas. ^_^


Sahur, biasaya saya gorengkan lauk tambahan. Selebihnya, panaskan lauk mana yang ada. Itu sudah memadai. Nak jaga perut suami saya, tak susah. Dia orang yang paling senang nak dijaga makan minumnya. Alhamdulillah. Dah la ringan tulang menolong isteri. ^_^

Milk Pumping, Alhamdulillah, macam biasa cuma timing tu macam lari sikit if saya lewat sampai ke lab.

Productions, Alhamdulillah, so far masih ok. Maintain. Supply dan makin menghampiri demand. Baru nampak kelogikan kekerapan dan kuantiti anak minum di nursery. Alhamdulillah, Allah showed me the way.
Now, hantar baby jam 830/900 pagi, by the time saya nak ambik dia around 330 to 400 petang, habis 3 botol 3.5 oz which is logic la. 4mo baby doesn't drink much. 5 oz for 4mo baby is too much. Is it? And now ibu is getting closer to feed you with 100% BM. The quantity of FM drank daily has been reduced abruptly. Alhamdulillah. I am very happy.

Oh. Milk Pumping during Ramadhan sangat-sangat mengeringkan badan. -_-"
Terasa bagai anak kecil yang baru belajar berpuasa.
Sebab itulah Allah memberi rukhsah kepada ibu-ibu yang menyusukan. Alhamdulillah.


Monday, July 23, 2012

Apa Ada Dalam Cooler Bag Anda?

 Apa yang saya isi dalam cooler bag/breastpump bag saya? Haaa.. Meh nak tunjuk..
...
...
...
...
...
...
...
Secara keseluruhannya, ada ini
|
|
|
|
\/

1. MiPump kegemaran saya berserta accessoriesnya.
2. Avent ISIS Manual
3. Storage bag and container lid untuk botol MiPump.

 Pertamanya, yang paling utama dah MESTI ADA dalam beg tersebut adalah gadget kesayangan saya; MiPump the First Year. Kemana-mana pun, saya tak mungkin tinggalkan dia. Banyak berjasa ni. Kalau desperate sangat, sambil driving pun dia bekerja untuk saya. Adapter memang tak boleh tinggal sebab just in case battery abes or tak sempat nak charge, boleh la plug in kat mana-mana soket yang agak-agak strategik untuk buat projek. ^_^
Setakat ni, Alhamdulillah, tak pernah tertinggal lagi accessories dia. Cuma nya ada 1 hari, socket untuk saya plug in adapter adalah agak tak strategik tempatnya bila mana saya sampai lab, dah ada lelaki kat dalam lab. Terpaksa guna battery. Malangnya pada hari tersebut, battery adalah OUT. Lupa nak charge. Padahnya, menapak la saya mencari kedai nak beli battery. Huhuhu.

 Keduanya, haruslah saya mengeliminate Medela Harmony saya dari list must-bring saya. Bukan bermakna Medela Harmony tu habis madu sepah dibuang. Medela Harmony tetap menjadi kesayangan saya sebab dia memang soft dan best. Sebab utama Avent ISIS Manual ni perlu di kendong bersama adalah kerana saya kerap terkena Milk Blister. So, kekdahnya ini sajalah penyelesaiannya instead of puncture guna pin. Suction Avent ISIS ni memang kuat. Kalau tak sebab milk blister, saya tak pakai kot untuk pam saja-saja. Sebabnya pada saya, suction dia sakit. Tak macam Medela Harmony yang sumpah tak rasa apa pun. Tapi sayangnya, disebabkan Medela Harmony bersifat sedemikian, ia tak berapa nak membantu saya bila berlaku insiden milk blister again and again yang macam tak pernah nak serik kena kat saya. -_-"
Kalau dengan ini, pam pam pam dan pam lagi, lama-lama boleh nampak milk blister tu semakin lama semakin menonjolkan diri dan lama-lama.... dengan sendiri nya akan tertanggal/tercabut dan masa tu la susu keluar macam takde break. Mencurah-curah. Pam pun memang tak sakit dah sebab sakit bengkak disebabkan milk blister tu adalah lagi sakit.

Storage bag pulak, begini alkisahnya.
Dulu, saya bawak storage bottle autumnz. Masa tu Medela Harmony masih menjalankan tanggungjawab sepenuh masa tidak seperti sekarang, separuh masa. Memang banyak la ruangnya. Boleh la sumbat storage bottles dalam 4,5 ketul. Sekarang, kalau sumbat jugak, alamatnya mintak beg baru la jawabnya. ^_^

Dan lid tu pulak saya guna untuk store susu yang baru dipam sebelum dicampurkan dengan susu yang dah ada dalam storage bag. Nak bagi suhu mereka sama. Baru la boleh nak dicampur adukkan. Tak gitu?

Ok. Sekadar perkongsian di pagi 3 Ramadhan ni. ^_^
Selamat berpuasa.
Berbuka apa ye kita petang ni mommies?

Mommies, apa ada dalam cooler bag anda? Jom share!

Tuesday, July 3, 2012

Ready to Reach the Owner ^_^


For those yang order last week, here you are...
Sorry lambat sikit. Ada problem ngan supplier and shipping company yang kawan saya deal tu.
Esok saya pos semua ye.
Thank you sebab percayakan saya.
Maaf sangat sebab lambat.

Happy Pumping Mommies!!
^_^

Monday, June 25, 2012

Pakai Pam Baru, Production Macamana?

Assalamualaikum.
Hai Mommies!

As per requested, today saya nak review on milk production lepas pakai pam baru. :)
Sebelum mula, saya nak ingatkan semua ya,
Pertama, must put in mind firmly that in breastfeeding, SUPPLY and DEMAND adalah theory paling penting. The more you pump, the more baby drinks, the more milk you will produce. Pam harga 3 juta pun kalau everything is less in supply and demand, jangan harap nak dapat susu banyak. Saya dah mengalaminya.
Kedua, keserasian pam dengan badan individu adalah berbeza. Tak semestinya awak pakai FS susu keluar banyak, saya cuba FS susu saya pun keluar banyak. In this case, kena try and error. Macam saya, mula-mula start dengan Medela Harmony which is sangat best and soft. Suit me well. Lepas tu ada orang suggest Avent Manual sebab suction dia lebih kuat compared to Harmony. Bila saya cuba, yes memang suction lagi kuat tapi untuk saya, adalah agak menyakitkan. Harmony still the best. Bila dah dapat yang serasi, boleh keep on pakai untuk babies seterusnya. ^_^
Ketiga, pumping session must be in line with your positive thinking. Jangan nak fikir bukan-bukan. As for me, layan Super Spontan or any cerita yang ada Zizan, memang tak sedar susu dah mencurah-curah.
Keempat, the quantity of your milk will not be the same for each and every session. Macam saya, sometime, 1st session dapat 3oz, 2nd session dapat 2.5oz, 3rd session dapat 3oz balik. It depends.

Ok. As soon as saya guna MiPump ni, hasilnya agak memuaskan. In term of penat duk press handle, memang sah-sah la dah tak ada. Boleh pumping while blogging. Huhuhu.
My 1st attempt, got almost 4 oz in less than 15 minutes which normally saya hanya dapat almost 3 oz in 30 minutes or less. Saya tak pasti whether it is because of the new pump or rasa excited saya yang terlampau masa nak guna pam baru tu. Heeee...
2nd attempt, busy sikit masa tu. So, susu kua sikit je. 2.5oz. Tapi still ok la sebab it took 10 minutes only.
Generally yang boleh saya cakap, if saya pam waktu Alya Amani kat nursery, each session boleh dapat around 3-4 oz (dengan syarat, masa pam saya tak fikir pasal kerja). So, far if kepala serabut pun, paling sikit saya dapat 2.5 oz in 10 minutes.
And kalau tandem nursing or pumping lepas Alya Amani df, saya boleh collect around 1.5 - 2 oz for 1 B. Before this, nak dapat 1 oz pun payah.
Dengan MiPump ni, saya lebih kerap pumping. Mungkin sebab MiPump adalah electric. So, tak malas sangat la kan. And lagi 1, normally bila saya pumping dengan Harmony, tengah pump belah kanan, belah kiri dapat LDR. So, useless sangat. And now bila dengan MiPump, time LDR, memang boleh nampak susu mencurah-curah. Alhamdulillah.
Bila tandem, saya tak prefer manual sebab si kecik tu sekarang dah banyak nak main. So, time df la dia nak usik kaki lah, nak naikkan kaki lah.. Ada saja kerja nak buat while df. So, bila MiPump, tekan je button, tangan ampu sikit tapak botol.
Alhamdulillah, rezeki anak. ^_^

So, rasanya itu sahaja kot.
Boleh jugak saya buat conclusion sejak pakai MiPump ni stok untuk Alya Amani bawak bekal banyak la sikit. Sebabnya saya semakin rajin nak ngepam. Hihihi. Tapi Medela Harmony tetap saya bawa ke mana-mana. Just in case kann? Avent Manual? Ada. Saya nak let go murah-murah nanti. Baru pakai less than 5 times kot. Sebab susu saya macam tak nak keluar sangat dengan Avent Manual tu. 

Kalau nak suruh saya compare Avent Manual dengan MiPump, konfem lah saya akan vote for MiPump. Sebab dengan Avent Manual, memang saya tak pernah dapat 4 oz. Seriously.

Last but not least, mesti ingat ye. Supply and demand.

Friday, June 22, 2012

New Gadget : MiPump

Heee..
Assalamualaikum..
Masih ingat lagi entri saya pasal new gadget ni? Tengok sini.

Alhamdulillah, semalam, Khamis 21 June 2012, saya selamat received barang yang ditunggu-tunggu dan amat diidam-idamkan ini. Oh. I rela ok pergi lab-balik rumah-pergi lab balik demi benda ni.
Pagi semalam, check track kat website, still kat courier office. Belum out for delivery lagi. So, went to lab lah.

And, bila check kat lab, 'out for delivery'. Menggelabah mak jemah drive balik sebab takut orang sampai umah, tapi umah tak de orang.

Nasib baik saya sampai dulu before barang sampai.

Barang apa? Ok..
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

MiPump Double Pump The First Year

Excited hokehhh..
Mula-mula plan nak angkut Swing. In fact, I pernah try Swing senior I masa I tertinggal handle harmony hari tu. Swing memang ok. Memang nak bayar dah. Then kawan-kawan KIM cakap pasal MiPump ni. 

Lucky me, ada la pulak sorang kawan kat KIM offer nak tolong orderkan untuk saya from US. Oh. Terharu and of course la happy. :)

OK. Here is my review about this wonderful and helpful pump. ^_^
Bila bercerita pasal bp, of course benda pertama yang kita nak tahu is whether sakit or tak. Kan? MiPump ni adalah tak sakit (as for me lah). For those pengguna Avent Manual, saya rasa suction MiPump adalah more or less macam Avent Manual. TAPI, jangan compare dengan Medela Harmony sebab Medela Harmony saya dah bagi award 'The Softest Suction Ever'. Hihihi. Lagi sekali, as for me lah. Lain orang, lain pendapat. Some MiPump users yang pernah pakai Medela FreeStyle (FS) cakap MiPump ni more or less macam FS. Saya taknak komen sebab belum pernah try FS.

Got dual phase or not? Pada saya and apa yang saya faham adalah mode of suction yang mcm suckling of a baby. It's like 'suck-release-suck-release'. Sape pernah try Pureen Battery Operated boleh bayangkan tak? Suction dia bukan macam Pureen tu. 
So, MiPump ni adalah macam rasa kita pam manually.
Ada 8 adjustable levels dimana level 1 dan 2 saya gunakan untuk dapatkan LDR dan 3 ke atas bila susu dah mula mengalir.

This double pump adalah sangat owesome. Kenapa? Sebab boleh transform jadi single pump jugak. ^_^

Motor hanya sebesar tapak tangan dan ringan. Boleh guna 4 bateri AA dan juga boleh guna power supply kat rumah. Cumanya kena beli universal plug adaptor sebab pin dia designed for US.

Pasal warranty? Ada. 3 bulan from manufacturer. And saya tak rasa akan rosak wthin 3 months. InsyaAllah kalau anda tak hantuk-hantukan motor tu ke dinding. ^_^

Spare parts? Saya dah tanya kat Growing-kidz. Diorang ada jual. :)

Apa included dalam set ni? Ada 2 botol simpanan susu, T-handle, 2 softshield yang sangat best, motor, tiub, breastflow teat ngan tote bag yang super cute. ^_^

Paling saya suka tentang MiPump ni adalah sebab dia warna biru. Hehehe

Harga? Kawan saya tolong belikan RM340. Termasuk postage US-Malaysia. ^_^
Worth it tak?

And.. baru tahu my childhood friend ada jual benda ni jugak. Oh. Sukanya hati. Dah tolong belikan untuk 2 sahabat maya di KIM.

Oitttt.. Double pump dengan harga less than 400. Susah nak cari. Nak angkut FS yang beribu tu opkos la tak mampu i.. 

Secara ringkasnya, MiPump adalah best and highly recommended. :)
Tapi perlu diingat, bp adalah bergantung pada keserasian masing-masing.

Ada nak tanya apa-apa lagi?
Anda tahu mana nak anta pertanyaan anda.. kan?

Itu sahaja. Sekian. :)

Monday, June 18, 2012

Milk Blister

Hai Mommies..

Saya ada 1 benda nak share..
Pasal Milk Blister.
Milk Blister. Familiar tak? Saya pun baru je familiar with this term. Huhu. Before ni tak tau pun.
Tapi saya kerap mengalaminya.

Seperti sudah sedia maklum, susu saya tidaklah semeriah ibu-ibu lain, tapi Alhamdulillah, cukup untuk bagi Alya Amani kenyang. Syukur.

Saya jarang mengalami Breast Engorgement. Unless, waktu malam Alya Amani hanya menyusu sebelah B sahaja and saya tak bangun pam untuk the other B. Kalau malam saya kerap gilir-gilir nyusukan Alya Amani or saya bangun pam the other side yang Alya Amani tak minum, InsyaALLAH, tak de engorgement.

CUMA, saya seringkali mengalami Milk Blister.

Menurut KellyMom.com,
A milk blister, or blocked nipple pore, is also called a bleb or nipple blister, or simply “milk under the skin.” It occurs when a tiny bit of skin overgrows a milk duct opening and milk backs up behind it. A milk blister usually shows up as a painful white, clear or yellow dot on the nipple or areola, and the pain tends to be focused at that spot and just behind it. - (KellyMom, 2011)
Breastfeeding-problems.com pulak, define Milk Blister macam ni,
A blocked nipple pore “milk blister” also called a milk bleb, breastfeeding blister or nipple blister is actually a very common breastfeeding problem.It may appear on the nipple and/or the areola as just a white, clear or yellow dot, but might sometimes stand out as a large blister. Most of the time it is quite painful on the tip of the nipple, but some moms feel the pain further behind inside the breast. - (breastfeeding-problems.com, 2012)
Ok, sekarang dah faham apa itu Milk Blister?

Saya mengalaminya since dalam pantang tempoh hari. Itu pun sebab umi saya yang cakap. Tapi dia tak la cakap Milk Blister. Dia cakap saluran susu tersumbat. Dia yang suruh saya check on the nipple kot ada some sort of white dot ke tak.. And bila check, memang ada la. Picit-picit, susu tak keluar. Bahagian areola yang berdekatan dengan white dot tu macam sakit and hard. Sah, susu kat situ je yang bengkak sebab kat situ je tak keluar.

Umi ajar suruh puncture guna jarum. And Alhamdulillah, lepas tu, lega. Susu keluar macam sediakala.. ^_^

Semalam, baru perasan yang Alya Amani banyak menyusu belah kiri. Belah kanan, kurang sikit. Bila petang, dia tidur, saya nak pam, mula perasan ada 1 tempat yang susu selalu keluar laju, tak keluar susu. Belek-belek, cari-cari, sah ada white dot tu lagi.

Gigih saya cari jarum. Mak aihhh. Kali ni mencabar betul. Biasanya kalau pakai Harmony, memang white dot tu tak timbul tapi kalau pakai Avent Manual, timbul la and senang untuk dicungkil keluar.
Semalam, memang tak jalan.
Alya Amani bangun, mintak bantuan dia. Kecik tu sampai marah-marah sebab aliran susu jadi slow.
Dah tak nak tolong ibu dah. Terpaksa la jugak bagi yang belah lagi 1.

Dari petang, membawa ke malam, saya masih gigih nak cuba cungkil white dot tu. Still tak dapat.
Ya Allah, memang mencabar ni.
Dah la susu belah kanan normally banyak sikit compared to belah kiri. Risau dah saya kot-kot stok nak simpan tak cukup. Masa mandi pagi tadi, saya perasan, white dot tu tersangat la clear. Tak sabar nak keluar bilik air, nak cungkil. Sekali bila dah ready nak cungkil, invisible lah pulak. Oh My... Memang frust la...

Lepas tu googling pasal Milk Blister ni..
And saya nak share sikit cara-cara nak treat benda ni,
Boleh baca sendiri kot kat KellyMom. Hihi.. Malas nak further explain. 
Atau boleh jugak baca kat breastfeeding-problems.com.
And yang paling detail, ada kat sini.

So, sekarang dah tau apa itu Milk Blister?
Ok. Sekarang saya nak cuba get rid of this Milk Blister. Nak cuba cungkil lagi.
Wish me luck!!
^_^

Friday, June 15, 2012

New Gadget

I am waiting for my new breastpump.
Double pump with only RM340.
Weeeeehuuuuuuuu..

Nanti I review okey..

Estimated delivery date will be on 20 - 22 June..

Haaaa.. Can't wait..

Semoga lepas ni lebih bersemangat untuk pumping!
Yiehaaaaaaaaaa...
And Semoga susu saya meriah seperti rakan-rakan lain.. Ameen..

Tuesday, June 5, 2012

About Breasfeeding AGAIN

Assalamualaikum.
Heee.. Read a lots about mommies who bf their baby and having same problem with me. Masa tu, baru terasa macam "Owh, ramai rupanya yang senasib dengan aku. Ada yang lagi worst, and aku patut bersyukur dengan apa yang ada."

Kisah breastfeeding saya juga tidaklah semeriah sahabat-sahabat lain di KIM.
Cuma saya tanamkan dalam hati, "I still have milk for Alya Amani. Alhamdulillah and I have to work hard to increase the demand".

Sebenarnya, since pregnantkan Alya Amani saya dah pasang niat nak exclusively bf my baby.

Di hari kelahiran permata hati kami, saya segera feed dia 6 hours after the operation. Alhamdulillah, dia pandai latch. Latching technique dia memang betul. Masuk semua aerola dalam mulut comel dia. Seronok tengok anak dapat minum susu dari diri sendiri.

Hari kedua, baby menangis. MIL kata maybe baby lapar. Then saya terus feed baby tanpa jemu. Saya ingat pesan pakar laktasi PPUM pesan teruskan bf anak even orang kata susu kita tak ada. Kena ingat, kolostrum adalah pekat dan tak mungkin dia boleh memancut bila picit nipple. The whole day, baby banyak menangis. Mungkin sebab dia belum biasa dengan dunia baru dia. Saya tanam dalam kepala theory itu. People around me keep on telling me baby lapar sebab susu saya tak ada. Dang!!! Apa perasaan korang? Sedih tak? Obviously kata-kata itu buat hati saya terguris. Seriously. My only ummi was the one who really understand me. She comforts me. Masa tu saya rasa saya perlukan kata-kata semangat from orang-orang yang support breastfeeding, orang-orang yang otai dalam bidang breastfeeding. I really need that. Saya teringat pada sorang nurse PPUM and I called her. Mengadu nasib sampai bergenang jugaklah airmata. Nasib tak limpah je. I told her I dont have milk to feed my baby, my baby was crying, my breast do not show any milk when I do some massage on it. I told her everything.

Alhamdulillah, memang kalau mengadu pada yang faham, kita akan rasa lega. She kept of telling me that "Dont be panic, dont stop feeding your baby, she needs you, she needs your milk". Nurse tu pesan lagi, "Remember, colostrum will be easily express by massaging the breast. And, the most important thing, your baby dont have big stomach to store a lot of milk. Allah creates things for reasons. Banyak-banyak berselawat ye Aini. Susu awak ada. Dont worry. Baby cukup dengan susu awak."

Oh. Seriously sebak. Thank kak yati for all your words.

Orang suruh saya feed anak dengan FM, saya pekakkan telinga. Saya ada susu untuk anak saya. Saya yakin saya mampu. Bila dah balik rumah, anak pulak menangis-nangis tak tidur malam. Itu normal. Saya tahu itu normal. Tapi dek kerana kata-kata orang sekeliling, Alya Amani akhirnya minum juga susu formula. Hiba hati tengok dia teguk susu tu. Saya risau dia akan lupakan rasa susu saya bila dah minum susu formula. Saya risau dia dah tak mahukan susu saya bila dah kenal dengan susu formula. Macam-macam saya fikir.

Alhamdulillah, luckily bila balik kampung, saya berjaya sekat penggunaan FM tersebut. My only ummi understand me well. Thank you Allah for giving me the best mom ever.

For your info, sepanjang tempoh berpantang, stok saya tak dapat banyak pun. Bila berlaku sore nipple, saya terpaksa guna EBM tersebut. Seboleh-bolehnya saya elakkan FM. By the time habis pantang, stok tinggal 2 botol je. Itu pun 2oz. Sedih kan?

Alya Amani sangat kerap menyusu. Pendek kata, memang demand tinggi. Tapi saya hairan, kenapa baju saya tak pernah basah lencun dek susu yang keluar melimpah ruah. Sometimes ada la macam kesan basah setitik gitu pada baju kecik. Tapi memang tak pernah terjadi macam orang lain. Breastpad yang saya beli, akhirnya selamat tersimpan. Subhanallah, dugaan.

Dulu masa dalam pantang, bila ada kesempatan pumping, each session dapat la around 1 oz.. Paling banyak pun 2 oz. Itu pun sangat jarang. Tapi saya cuba dan cuba lagi. Bagi anak stimulate mind saya untuk terus keluarkan susu yang banyak. Alhamdulillah, bila dah start masuk lab, each pumping session saya boleh dapat 3 oz. Kebiasaannya la. Kalau nasib baik, dapat la lebih sikit. Tapi memang tak pernah la dapat berbelas-belas oz macam orang lain. Alhamdulillah, ini dah kira bagus la sebab dah lebih dari masa dalam pantang dulu.

Pernah sekali tu bidan datang urut sebab engorgement. Benda ni jadi selepas habis pantang anda baby dah 2 months plus. Tahu apa bidan tu cakap? "Kenapa besar lagi ni? Biasa macam ni dalam pantang je. Da habis pantang tak sepatutnya bengkak susu lagi." Ok. Fine makcik. I still have milk for my baby. Ada masalah ke?
Tapi saya tak ambik port sangat pun. Anggap sebagai hiburan saja sudahlah. Anggap dia belum ada awareness pasal BF. 

Macam-macam dah saya usahakan. Supplements pun saya dah cuba. Minum banyak air sampai bladder pun dah tak tertanggung lagi dah. Tapi saya tetap bersyukur sebab bila di rumah, Alya Amani hanya DF je. Di nursery, bila bekal EBMnya habis, FM la menjadi santapan. Kesian anak ibu.

Apa pun, saya tetap bersyukur sebab masih ada susu untuk Alya Amani. Walaupun tak melimpah ruah macam orang lain, saya tetap akan usahakan agar anak saya dapat minum susu saya tanpa susu formula lagi. Hmmm. It's better than nothing. Kan?

Semoga Allah murahkan rezeki anak saya, banyakkan susu saya untuk anak saya sehingga dia berusia 2 tahun. Ameen.

Mommies yang mengalami nasib macam saya, sama-sama lah kita bertabah. Semoga susu kita terus ada sampai anak dah umur 2 tahun kelak. Ameen.

Friday, June 1, 2012

LDR, I need helps..

Assalamualaikum..
BF Mommies out there..
Really needs your helps..
Just read about how effective LDR while pumping/nursing the baby.
I think I got that LDR before. Once in last week and amazingly I got 5oz in less then 1 hour pumping session..
But now, macam tak rasa dah.
How to stimulate it back?
Any ideas?
Share please..

Thank you so much.

Owh. Forgot to mention that LDR is Let Down Reflex.For sure BF Mommies dah tahu what is LDR. Saya just inform for those new mommies macam saya ni.. ^_^

Thursday, May 24, 2012

2 perkara

Assalamualaikum.
Heh, dah start masuk lab, mula la nak main. Tak sedar sem kedua dah nak habis. Balance lagi 2 sem. Macam tak buat apa pun lagi. Dah la balik rumah tak belek buku.

Kat rumah, rutin harian dah bertukar kepada membelek Alya Amani. Kerja rumah, suami bertanggungjawab. Yihaaaa.. ^_^

Perkara pertama,
Pagi tadi, on the way ke lab, dalam kereta saya dengar Hot FM. Memang hari-hari pun kereta tu saya pasang Hot FM.

Isu dia, pasal kenapa wanita tempatan lebih suka kepada lelaki asing. Ada sorang caller ni cerita pasal kawan dia yang bercinta dengan lelaki Nigeria. Reason kenapa kawan dia tu memilih lelaki asing adalah kerana lelaki asing adalah lebih gentleman, kata dia la.

Hmmm. Rasa macam pelik. Macamana ye? Mungkin sebab saya dah berhadapan dengan macam-macam ragam lelaki warga Nigeria ni kat UIA dah lama membuatkan saya tidak menyokong statement wanita ini. Ok, bukan nak kata semua tak OK. Some of them are ok. Solat 5 waktu memang masjidlah tempat dia. Tapi some of them lagi yang agak hampeh.

Gentleman? 
Saya rasa macam tak ada langsung. Tak nampak pun. Mungkin dengan wanita-wanita terpilih je kot dia berkelakuan sedemikian. Saya rasa cinta hati saya lagi gentleman. Hahaha. Hep, kalau isteri tak puji suami sendiri, takkan kau pulak nak puji suami aku? Ye tak? Hihihi.
Caller tadi cakap, kawan dia kata lelaki tempatan mana ada bagi-bagi bunga on anniversary or any events lain. Heh. Siapa kata? Ramai je suami-suami yang suka bagi bunga. Kita je tak tahu. Macam saya, anda tahu lah sebab saya blog. Bukan semua orang blog. Betul tak? Lagipun, tak kenal maka tak cinta. Heh. Relate ke pepatah tu? Macam suami saya, dah sah jadi isteri dia baru dia berkelakuan aneh sebegitu. Ok. Bukan aneh. Tapi manis dan menawan hati. Heee.
Dah jadi hak milik abadi baru perlahan-lahan menambah kemanisan beliau dan sering membuatkan saya melting. Dulu zaman berchenta, mana ada surprise pos-pos bunga ke rumah neh. Surprise lain pun tak ada. Bayangkan, birthday saya yang pertama lepas jadi girlfriend dia, dia beli kad masa keluar dengan saya and tulis masa saya gi beli makanan. Lepas tu terus bagi. Tak happening langsung. Tapi, apa yang penting, saya sayang suami saya.

Perkara kedua,
Masalah saya yang semalam masih belum selesai. Masalah yang mana? Ok, masalah breastfeeding yang satu itu. Sekarang, dah keras and bengkak. Tapi slowly lembut bila kita tuam. Tapi, problem dia susu tanak keluar macam hari-hari sebelumnya. Setakat menitis-nitis even sebenarnya cik B dah rasa sangat full and berat. Biasanya, kalau begitulah keadaan cik B, pam sekejap je dah boleh dapat hampir 2 oz. Tapi disebabkan cik B saya jarang berkeadaan begitu kerana cik Alya Amani kuat menyusu, saya selalu pumping susah nak dapat 2 oz each session.

Kesian tengok anak kelaparan. Dia gigih duk sedut, tapi tak keluar. Terus marah lah. Ye la, dah lapar, sekali sedut, tak dapat. Sape tak marah. Ye tak?

Bagi yang lagi sebelah, berdeguk bunyi dia telan. Ya ALLAH, kesiannya kat anak aku. Lapar bukan main-main lagi dah. Lepas minum, terus tidur nyenyak. Hailaaa. Kesian anak ibu yang bijak.

Saya cuba check kot ada blockage lagi. Tapi macam dah tak ada. Saya cuba picit guna teknik Marmet. Pun tak jadi. Tak keluar macam selalu. Slow aje. Kenapa ye? Sedih la macam gini. Kesian anak. Saya sakit tak apa lah sebab dah pandai cari ubat sendiri. Anak lapar, bukan dia boleh start kereta pegi makan kat mamak stall. Kan?

Any suggestions tak untuk saya atasi masalah ini?

Thank you semua.
Have a nice day!

Wednesday, May 23, 2012

Pencapaian terbaik . . .

. . . setakat ini.


Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Isnin, usai sudah qada puasa. 1 out of  7. 6 days left.. ^_^

Semalam, pumping macam biasa since the little princess tak ada bersama saya. And, amazingly, saya berjaya kumpulkan hampir 5oz untuk 1 session (45 minutes). Ini pencapaian terbaik saya. Alhamdulillah. Rezeki buat Alya Amani. Tiap kali solat doakan agar susu sentiasa banyak untuk bagi dia minum.

Normally, nak dapat 2 oz pun macam nak menangis. Semalam memang owesome. Hari ni baru nak start pumping jap lagi.

Second session, dapat 3 oz hasil pumping for 30 minutes. Cadangnya nak sudahkan sampai 1 hour. Tapi my parents datang. Masa tu dah nak sampai rumah. So, kena rush la sikit. Stop setakat 30 minutes je. Alhamdulillah.

Pencapaian yang paling membanggakan setakat ini.
Hopefully hari ini hasilnya lagi melimpah ruah.

Saya ada masalah rongga susu pada nipple sering tersumbat/blocked. Biasa saya akan pumping kuat-kuat so that timbul yang blocked warna putih tu then saya cungkil pakai jarum. Tapi malam tadi, tak jalan. Cik B dah engorged. Saya tak kisah sakit tu. Cuma risau flow susu yang slow membuatkan little princess tu cranky nanti. Hailaaa.. Ada sapa-sapa boleh tolong?
Thank you.

Tuesday, May 22, 2012

Nursery dan Breastfeeding

Assalamualaikum.
Yesterday was Alya's first day at nursery and ibu rasa sangat useless sebab tak dapat jaga Alya and tengok Alya membesar depan mata. T_T

Yes, that's what I feel. Pagi semalam masa hantar Alya, owner nursery sendiri yang sambut. Saya kembali ke kereta nak ambik beg and barang-barang Alya yang lain. Turn again, tengok Alya dah dibawa masuk. Oh My. Ibu tak sempat nak kiss.  Sedih lagi di situ. Walaupun padahal kat rumah dah kiss dia banyak kali since feeding her pukul 6 tu. Haaaa. Sentimental betul Ibu.

Lunch hour, plan nak gi df Alya. So, I went there. Alya baru je bangun and for sure nak susu. Alhamdulillah, semuanya OK. Condition dia was good. I fed her. Lama jugak. Macam biasa sebab anak dara kami tu suka ngempeng. Huhu. When she finished, I have to left her AGAIN, went home without that little princess. Tak boleh nak imagine. Huuuuuu. Letak kat tilam dia, dia ek ek sikit. She was sleepy again dah masa tu. Then the owner yang comfort her. Oh My! Sedihnya.

Yes, I went home without her. Rasa macam pelik. Yesterday saya puasa. Qada belum habis lagi. So plan nak balik rehat jap then after Asar saya akan amek Alya. Da selesai solat Zohor, suddenly hujan and guruh yang kuat. Masa tu, teringat dekat anak Tuhan je yang tahu. Terkejut kah dia? Ada orang peluk tak dia time guruh? Sapa pegang dia time guruh ni? Huaaaaaaaaaaaa...

Then saya tertidur. 5 p.m. saya terjaga. Kelam kabut pergi solat. Tak sabar nak kiss anak. Dah siap semua, saya ke pasar malam untuk beli makanan untuk berbuka. Then, straight amek Alya.
She was asleep when I was there. Mama letak dia dalam carseat and on the way back, dia bangun. Heeee.. Hai anak Ibu! ^_^

Masuk rumah, letak dia kat tempat biasa depan TV. Anak itu sangat behave. Mumblings in her own words sambil pandang sana-sini when I was busy angkat barang-barang from kereta. Ada la dia ek ek sikit. I fed her, diam balik main sorang-sorang. Oh. Baru 1st day, anak ibu dah pandai independent ye. Kesian anak ibu.

Last night, tidur nyenyak betul. Her feeding time pun sampai kena kejut, sua ke mulut baru minum. Itu pun mata tak bukak. At 4 a.m. this morning baru dia bukak mata besar.

Melihatkan gelagat dia, hati sayu lagi nak tinggalkan dia pagi ini. Hailaaaa.. Kalaulah ibu dapat jaga sendiri Alya, kan best. Petang semalam, layan dia bersembang. And suddenly, got something in my eyes and it was tears. Huuuuu.

Alya Amani sayang, Ibu mintak maaf. I am very sorry sebab terpaksa tinggalkan Alya Amani dengan Mama. Ibu ada kerja nak kena buat. Ayah pun sama. Kami cari duit untuk Alya Amani nak sekolah kelak. Hope you understand dear. Kalau boleh, memang ibu nak jaga Alya Amani sendiri. Dengan tangan ibu. Tapi keadaan menghalang. Alya jangan nangis-nangis ye dengan Mama. Nanti petang ibu datang ambik. Kita main sama-sama lagi tau.

And about breastfeeding pulak, Alhamdulillah walaupun masih berstatus ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, I am able to prepare EBM for my little princess.

Semalam, risau sangat takut milk production kurang due to fasting. Tapi Alhamdulillah, got 3oz for 1 session. Biasanya tak fasting pun nak dapat 2oz pun mengensot. Semoga Allah teruskan panjangkan rezeki Alya thru Ibu's breastmilk.

Thanks to Yan for suggesting me drinking air halba. Alhamdulillah, at least nampak la perubahan. Yesterday I bought lobak putih. InsyaALLAH petang ni nak masak.

And.. Currently I am missing that little princess so much! Miss her smiles, her mumblings, her smells. Oh. Lambatnya petang!!!!

Friday, April 27, 2012

A confession : Breastfeeding

Assalamualaikum
Breastfeeding? Owesome kan? Seronok dapat breastfeed anak sendiri. Rasa macam precious sangat.

Kisahnya begini...
Masa pregnantkan Alya, susu tak pernah leaking dan saya mula susah hati sebab ada kawan tu in week 16 dah leaking. Tapi, saya tenangkan hati dengan menganggap bahawa ini kandungan pertama. So, possible kot susu tak leaking. Tapi dalam hati, "dia pun 1st pregnancy. Leaking jugak." Hahaha. Saya memang begitu. Di luar tabah. Tapi hati berkata-kata. My bad.

On the day she was born, sedih sangat saya tak dapat nak fed dia on the spot. I mean within one hour afterbirth, Alya tak dapat breast milk which orang duk sebut-sebut sangat penting, colostrum. Disebabkan saya c-sect, haruslah 6 jam kena lying down macam orang habis darah. Frust. Tapi sebab penat sangat, saya tertidur tak sedar apa. Alya was not with me masa tu. Lepas je Darling Husband azankan, nurse ambik balik dan saya yakin, makanan pertama Alya was formula milk. Saya harus redha. Kalau tidak, nak biar anak kelaparan? Lagilah saya tak rela. Eh, hospital rakan bayi pun susukan babies dengan fm ke in case of mommies macam saya ni? Seriously saya tak tahu.

Subuh hari yang sama, Darling Husband, Ummi and MIL datang ke katil saya dan masa tu Alya was with me. Tidur nyenyak ditempat khas dia. So comel anak ibu. Sucinya muka baby. At the same time saya still macam tak percaya yang saya dah bersalin and dah selamat semua. Mungkin sebab saya tak rasa sakit meneran and sakit episiotomi. Mungkinlah. MIL and Ummi suruh saya susukan Alya and saya memang sangat teruja. 1st time breastfeeding dan itu adalah impian saya, siapa tak teruja kan? MIL bawakan Alya kepada saya and I fed her. Alhamdulillah, anak ibu anak yang bijak. Pandai cari teat, pandai latch, pandai suck dengan betul.

MIL risau susu saya tak keluar. Ummi pun sama. Memang masa tu picit-picit tak ada pun susu yang terpancut keluar. Tapi saya tak risau sebab masa Antenatal Class tempoh hari, nurse ada bagitau awal-awal susu memang tak banyak. Just nice untuk volume perut newborn waktu itu. Alya nampak kenyang since dia tertidur lepas saya fed dia. Alhamdulillah.

The next day, orang keliling keep on worrying pasal susu saya tak cukup. And saya sangat sedih. Darling Husband knows me well and dia pun berharap saya dapat breastfeed Alya secara exclusive. Dia yang banyak bagi support. Petang itu, disebabkan terlalu risau, I called nurse yang pakar pasal breastfeeding ni kat PPUM. And kata-kata dia membuatkan saya kembali bersemangat. Apa yang penting, saya harus terus bf Alya on demand. Whenever.

Alhamdulillah, on the day saya discharge, saya bengkak susu. Oh. Sakit woooo. Tapi belum tahap serius lagi la. Saya cuba pam. Dan lega. Masa di rumah, banyak kali saya menerima gesaan agar bagi Alya fm. Sebab dia meragam and orang kata susu saya tak cukup. Sedih. Tapi Alhamdulillah, masih mampu mempertahankan hak susu ibu untuk Alya.

Orang kata, malang tidak berbau. Kan? Ada sehari tu Alya betul-betul meragam. Refuse to bf. Saya sedih. Hilang arah lalu suruh husband belikan fm. Dan bermula lah episod fm dan Alya. My aunty tolong susukan dia since saya masih ragu-ragu nak feed anak dengan feeding bottle. Tak yakin. Saya suruh husband bancuh fm tu half of sukatan sebenar. Half scoop with 60ml warm water. Dengan harapan rasa fm adalah tidak sedap berbanding susu ibu. Hihihi. Lucky my aunty pun macam support breastfeeding. Dia fed Alya slowly. She tried so hard untuk tidak habiskan susu tu. And memang tak habis pun. Lepas je bagi fm, terus saya bf balik. Risau kalau-kalau Alya lupa rasa susu ibu lepas dah dapat fm. Saya kan paranoid. Huhu.

Episod fm berakhir disitu. Sempat la bagi Alya 2 kali kot. Di kampung pulak bersambung kisah fm ni. Dalam tidak rela, saya relakan juga. Sebab ada 1 hari saya mengalami kesakitan yang amat pada nipple dan tak boleh nak feed Alya. Sedih. So ummi suggested untuk bagi fm. Saya redha. Tapi bancuhan tersebut memang sengaja dicairkan.

Tapi, clever Alya will directly refuse the bottle of fm bila before tu kita fed dia dengan EBM. She knowS the taste. She can even differentiateS them. Alhamdulillah. Anak ibu masih nakkan susu ibu. ^_^ Lagi satu, kalau minum fm, confirm banyak yang menjejes keluar dari yang dia telan. Kalau EBM, semua habis dia telan. Tak ada menjejes pon. Clever girl. Alya support ibu untuk terus bf.

Dan sekarang, Alya and saya sangat enjoy breastfeeding. Alya definitely enjoy the breastmilk. And saya enjoy loosing weight. Alhamdulillah. Cuma yang dirisaukan sekarang, saya masih belum dapat buat stok EBM secara meriah since sekali pam, maximum dapat la 2oz.

Dah try power pumping, tak jadi.

Makan banyak, of course.

Milk booster? Taken.

Saya cemburu dengan ibu-ibu yang boleh dapat 5-6 oz untuk sebelah side sahaja sekali pam.
Kenapa saya tak macam tu ye?
Is it depends on orang jugak?
Or adakah kalau mak kita dulu susu tak meriah, kita pun akan jadi macam tu jugak?

Ummi kata dulu dia dapat susukan kitorang until 4 months je paling lama. Lepas tu susu kering. Orang kata, supply of milk will based on demand. Kalau lagi kerap anak bf, lagi meriahlah milk production. Dan sekarang ini saya cuba pegang kata-kata tu.

Hmmm.. Mommies out there, ada suggestion tak untuk saya nak meriahkan susu ni? Next month dah nak masuk lab. Alya akan tinggal kat nursery. I really need to prepare the stock. Help me..

Tuesday, April 24, 2012

1.5


 Alhamdulillah.
Another 1.5 kg gone. Menjadikan jumlah terkumpul adalah 9.5 kg.
Thanks Alya Amani for drinking ibu's milk.
InsyaAllah sampai Alya Amani 2 tahun. Moga Allah murahkan rezeki kamu, anak.

Another 2.5 kg to hit my dream weight, my schoolhood weight!
Yeay!


Sunday, March 25, 2012

11th out of 40th

Hiiii...
Assalamualaikum.
Haiiiihhh. Ibu baru yang sorang ni agak busy dengan life baru sekarang. Begitu jugak dengan ayah baru. Both have been very busy with the new life cycle and new family member. And yeah, we're the lucky couple to have a baby whose making her parent to have sleepless night! We only sleep after 3 or 4 in the morning. just because of our Amani and it was fun. Subhanallah.

So far, 11 days after the delivery, everything went well. Amani's growing well. She's getting very cute day by day. She's breastfeeding very well everyday. Alhamdulillah. Cuma sometimes, biasalah baby like her ada la time moody and tak kan? Masa tu la dapat menguji kesabaran ibu ayah dia. She's very clever. Bila ada orang dekat rumah, sangat behave. Diam aje. And when ada ayah, ibu and Amani only, masa tu la dia nak nanges-nanges, bagi susu pun refuse, dukung-dukung, hug-hug, sume pun dia macam refuse sampai ibu pun menanges sama. Hiks. Malu I!

Ingat lagi that day. Masa hari ke 4 kot. My mum dah balik kampung sekejap, MIL pun sama. Tinggalkan kami bertiga di rumah. Amani buat hal. Subhanallah, saya hilang akal fikir apa nak buat. Bagi susu, dia macam refuse. Seriously kami tak tahu nak buat apa when anak menanges macam tu. Tengah-tengah dukung Amani sambil cuba pujuk dia, tiba-tiba saya menanges! Heh! Cengeng! Seriously tak tahu nak buat apa sampai saya termenanges. Mungkin sebab penat and sakit pembedahan tu masih terasa. Airmata laju keluar. Mulut tak henti-henti pujuk Amani. Dalam hati terus berdoa agak Allah mudahkan segalanya. Husband? Mata beliau berkaca. Mungkin kesian tengok saya ke hulu ke hilir bawak Amani yang sedang menanges. Dia bukan tak tolong. Tapi, Amani pandai. Nak test ibu dulu. When I passed Amani to husband, lagi kuat dia menanges. Memang nak saya je pegang dia. When she's with husband, makin teruk jadinya. Dear Amani, see we both were crying because of you. Nanti dah besar, jadi anak yang baik ye. Mujur makcik saya tinggal berhampiran. Dialah yang tolong kami settle kan Amani. Alhamdulillah, lepas hari tu Amani dah makin behave. Cuma, susah sikit nak tidurkan dia waktu malam.

Sepanjang 11 hari ni, husband adalah orang yang paling saya perlukan disisi. Sepanjang berada disamping dia, setiap kali breastfeed Amani, tak pernah dia tak offer saya apa-apa. Contoh; "Sayang nak air?" atau "Sayang nak susu?" Memang lagi tenang saya nk breastfeed kalau ada layanan sebegitu. Pantang cakap nak, memang sekelip mata tersedia. Alhamdulillah. Anugerah terindah dari Allah buat saya. Syukur. And, setiap kali saya breastfeed Amani, husband akan tolong massage. Dia tahu Amani adalah sangat kuat menyusu and saya selalu mengadu lenguh sana-sini. Macam saya penah cakap dulu, massage dia adalah terbaek!!!

Sampai hari ke 11 ni, makan harian saya adalah nasi panas berlaukkan ikan masin bakar. Kadang-kadang dapat la merasa sawi rebus macam berpantang ectopic tempoh hari. Bila mak saya tak ada, saya mintak izin suami nak makan oren sunkist. Fuhhh, lega sikit bila dapat makan oren. Eh, mak saya tak bagi saya makan oren. Katanya takot anak berak-berak nanti. Tapi so far, Alhamdulillah tak ada apa-apa.

Baru hari ke 11, dah banyak makan yang masuk dalam wishlist food yang saya nak makan hari ke 41 nanti. Hahaha. Gelojoh, kan? Dan yang pasti, Kinder Bueno adalah yang paling utama. Ngehehehe.

Oh, pasal berat. Sungguh luar biasa bila dapat tahu berat latest saya adalah berat sebelum bernikah tempoh hari. Sungguh seronok tak terkata! Heeee...

Ok, Amani macam dah tak bagi saya main kat sini lagi.
Nanti saya update lagi.
Buat M2B yang masih menunggu hari, all the best!
yang dah selamat, tahniah! Selamat berpantang! Hihi..

Sunday, March 4, 2012

Medela Harmony In Hand

Thank you Darling Husband.
You are the best! Hihihi. I know, you want the best for our baby. Me too!

Assalamualaikum.
Yesterday, finally I owned a Medela Harmony yang sering diperkatakan oleh ibu-ibu BF kat luar sana. Alhamdulillah. Actually, we're planning to visit OWB outlet since last week. Tapi biasalah kan. Ada hal itu-ini, terpaksa la ditunda. But semalam, memang takleh nak delay dah. Mula-mula, rasa macam nak order online aje sebab my hubs was getting very busy sekarang. Kena kejar banyak dateline. Plus dia risau takot saya bersalin nanti, dia tak dapat kerap balik tengok saya and baby Lil Miracle. Hehehe.

Dah petang pun masa kami ke OBW. Hujan renyai-renyai. Tapi saya tetap gigih. Biasalah kan? Hahaha
So, yesterday we bought Medela Harmony BP Package dengan harga RM319. Saya dapat banyak benda. Berbaloi-baloi. >.<

 Medela Harmony Breast Pump Package

Ini Free Gifts 

Dan ini saya amek as Purchase with Purchase. Jimat, RM35 je for both.

Dan, complete sudah segalanya.
Now, baby dah boleh keluar bila-bila masa je. We are ready, I am ready.
^_^

Oh, lupa. Saya dah cuba Medela Harmony. Ok la, tak sakit. Highly recommended.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015