Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Happy Birthday ! ! !


Happy Birthday buat insan terpaling indah dalam hidup saya.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik olehNYA.
Semoga berjaya dalam segala bidang yang diceburi.
Semoga mendapat berkat dan redhaNYA.
Ameen.
Terima kasih kerana menjadi insan yang terpaling indah dalam hidup saya, menjadi ayah yang terpaling best untuk Alya Amani, menjadi suami yang terpaling daboomm dalam hidup isterinya yang tak seberapa nak daboomm ni. Heeeee..

We love you!

Love,
Ibu and Alya Amani.

p.s : Happy Birthday jugak untuk kawan-kawan yang berkongsi tarikh dengan insan terpaling indah dalam hidup saya ni, Maghfarah a.k.a owner blog saya hot dan Nik Hilmi.
Semoga hidup kalian juga diberkati dan dirahmatiNya selalu. Ameen.
p.s.s : Terima kasih sahabat terpaling baik saya, N.A.K.A a.k.a Angah for belanja me and hubby kat IPS semalam. :) Terima kasih...
p.s.s.s : Thanks to all yang menjayakan program saya semalam. ^_^

Monday, April 23, 2012

Alya Amani, 40 days.

Assalamualaikum.
Today, Alya Amani dah 40 hari dan hari terakhir saya berpantang. Alhamdulillah. Finally, it's over. Tapi, mungkin akan masih meneruskan menu yang sama sampailah saya rasa boring. Dah abes confinement pun, tak bererti boleh makan sesuka hati. I feed Alya. So, everything kena jaga. Tak apalah. Anak. Tapi, saya nak jugak makan KFC. Kempunan sangat. Agaknya sebab masa pregnant saya tak rasa nak makan KFC kot. Bagitau emak saya teringin nasi ayam. Dia gelak. Huhu. Lucu ke orang baru habis pantang mintak nak makan nasi ayam macam orang mengidam mengandung anak pertama? Heeee...

Alya Amani?
Ok, now saya nak panggil dia Alya pulak. Sounds sweet and jelita gitu. I got a friend named Alya and she's gorgeous. So sekarang, memandangkan si kecik ni dah besar sikit, I want to call her Alya. Hopefully she'll be like my friend, Alya. Cantik, pandai, solehah, all in one package lah. InsyaALLAH.

Alya dah pandai memberi respon kepada alam sekeliling termasuklah orang - orang yang bercakap dengan dia. Alhamdulillah. Dan dah pandai senyum (kadang-kadang). Kalau menangis masa dia terjaga dari tidur tak ada orang teman, bila kita sua muka, Alhamdulillah, dia diam. Clever girl. ^_^

Dia dah makin kuat. Kaki tangan semua dah makin kuat. Makin tinggi. Just like Tok Ayah and Ayah Ngah dia. Alhamdulillah. She did not inherit me. Rendang. Haha. Kalau time mengamok, habis ditendangnya. Kadang perut Czer saya pun jadi mangsa. Terasa lah jugak. Tapi tak apa. Anak.

Kuat meronta kalau kemahuan tidak dituruti. Haha. Especially when it relates to susu. Feeding her masa susu keluar tak laju adalah satu cabaran. Sebabnya dia akan meronta-ronta. Haih anak ibu.

Girlish appearances dah mula obvious. Yang paling obvious, long eyelashes, bukan macam ibu, mungkin macam ayah. Plumpy red lips, of course macam ibu, bukan macam ayah. Sparkling big round eyes, MIL kata macam saya. Saya pun tak pasti sebab sekarang mata saya dah kecik. Akibat wearing spectacles kot. I don't know. Rambut lebat dan lurus dah makin cantik, macam ayah, bukan macam ibu. Hihihi

These 40 days, banyak yang saya dah belajar. Especially yang berkaitan dengan cik Alya Amani. Yang paling best, saya rasa macam super hero bilamana anak menangis meraung, orang lain pegang semua tak jalan. Bila saya pegang, it's like magic. Terus diam.Weeeeee. Happy!

Hari-hari saya bersama growing Alya Amani adalah mencabar. Sangat-sangat! Tapi tak apa, precious!

Ok. Done. Ketahuilah oleh kamu entri ini dikarang while feeding Alya Amani. Gigih tak? Hahaha

Monday, February 20, 2012

Ulangtahun Pertama

It has been a year of being his wife. Alhamdulillah.
Thank you Allah for Your greatest gift. He is the best gift I ever had.
We're blessed with this lil miracle inside my womb.
I pray to You, safe me, my lil miracle during the labor soon.
Ease everything, help me to cope with all the pains.
InsyaALLAH, I'll try to be as strong as I can.


To My Dear Hubs,
A good wife gives happiness and long-life to her husband.
Allow me, Abang, for our anniversary to wish you to share this long life with me!
I love you with all my heart and soul..
I'll be your wife now and forever, InsyaALLAH till Jannah..
Thanks for accepting me for who I am. ^_^

Terima kasih Abang.
Terima kasih kerana menerima, menyayangi dan mencintai Ain apa adanya.
Terima kasih untuk segala pengorbanan, susah payah Abang untuk menyempurnakan keluarga kecil kita selama setahun ini. Terima kasih kerana menjadi seorang yang sangat superb in my life.

Bimbinglah daku dan keluarga kita ke syurga abadi.
Setahun kita bersama, kita kini bakal menjadi 3.
Terima kasih di atas segala anugerah yang tidak terhingga ini, Ya ALLAH.
Bantulah kami memelihara mahligai cinta ini dari dikhianati insan-insan pendengki. Ameen.

Tuesday, December 13, 2011

Darling Husband said . . .

"Sayang, abang rasa Ain bau macam baby la sekarang."
"Sayang, sayang masak makin sedap lah sekang."

Oh.. Terima kasih Suami.
I love you more and more lah.

Tuesday, November 29, 2011

Yesterday, 28.11.11

Alhamdulillah, yesterday was the 5th year of being in love with my lovely darling husband. :)

5 years back, he proposed me to be his lifetime partner (or you can read as "Queen of his heart", HEHE).
I remember, we just met.
Just in 3 months. I didn't expect that he have been so serious in what we have started.

We first time knew each other somewhere in August 2006.
We first time met on 31 August 2006.
He gave me hint here and there about the serious thing that he wanted to bring me in. But I didn't notice at all. Sorry Sayang. ^__^ Yes, I am so slow.

On 28th November 2006, he asked me for the third time.
(Seriously, I didn't notice when the 1st and 2nd time were. It is just like he never asked anything before. Hihi.)
And I took 2 days to think about that.
Heeee.
Finally, I answered. "I DO"

And it's officially begun.

We started to plan everything. Including the wedding.
Alhamdulillah. It was a very good start. Even we have to face a lot of obstacles.
Thank you Allah for giving me him. I feel blessed.

9 August 2007 @ UM
Officially met his parents.

11 March 2008 @ KLSentral

1st May 2008 @ Pahlawan Mall, Melaka

11 August 2009 @ UM
His 2nd convocation

2 October 2010 @ Putrajaya
My 1st Degree convocation

20 February 2011 
Our Solemnization Day

2 April 2011 @ Cameron Highland
Our 1st Pre-Honeymoon
~Happily Married~

Saturday, April 23, 2011

Love is in the air : Cameron Highland

Assalamualaikum...
Entry yang sudah terperam begitu lama. Agak-agak kalau entry adalah berupa buah-buahan, InsyaAllah dah masak ranum, dah boleh makan. Hahaha. Ok. Fine. Merapu.

Straight to the point. 

Darling husband bawak saya jalan-jalan. I like. Tak jauh pun. Cameron Highlands je. Tapi tak pe. Saya suka. Terima kasih suami! Sayang U!

Ok. Sekarang mari kita layan gambar. Oh. Before that, we took almost 4 hours to reach Cameron Highlands. Ini adalah sebab saya yang drive. Hahaha. Maklumlah, Lady Driver. Terlampau berhati-hati. Haha.

Yeahhhhh. Cameron Highlands, here we come. :)

Cik Puan Lady Driver. Nak pandang camera, tak berani. Senyum dari jauh je. Boleh? Hahahaha

Roses. Geram saya tengok roses kat sana. Nak beli. Tapi bila memikirkan rumah kami yang mempunyai kawasan yang terhad, terpaksa la saya pejam mata je. Dalam hati, Tuhan je tahu.

Stoberi kat sana memang membuatkan saya rasa geram je. Rasa nak ambik je sume bawak balik ngan pasu-pasu. Tapi hampa. Huhu. Tapi kan.. Seriously, those strawberries..kalau makan masa kat atas, memang sedap. Manis. Tapi yang kami bawak balik rumah, dah hilang dah rasa tu.

Cik Puan + Strawberries. :)

Cik Puan dan Bunga. :)



Ladang Teh. Sangat tenang kat sini. Dah la udara nyaman, sejuk pulak tu.

Cik Puan dan Darling Husband. :)

Opppsss. Candid yang perfect lah Sayang. Pandai u timing ye? :)

Sekian, cerita tamat. Bersurai sekarang.
Terima Kasih.
Sayang, thanks for the trip. I love u more and more everyday. :)

Friday, December 17, 2010

Alhamdulillah. Finally, I found U.

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
- For the Rest of My Life, Maher Zain
 

Thursday, November 25, 2010

Untuk bakal teman hidupku,


Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

Quoted from iluvislam.com :)
Thank you for sharing.

Saturday, September 18, 2010

Why you should marry an Engineer


Why girls should eventually marry an engineer over a Law, Management, Arts or Medical School Graduate. He has three distinct advantages over the rest of the graduates.

Advantage 1: Secure lifestyle

An engineer boyfriend can provide you with a secure lifestyle. At 27 years old, an engineer probably has a respectable, stable job that gives him a high income to own a car, invest, have a comfortable life, and get married and buy a house too.
Comment: I agreed. Most of engineering fresh grads will be paid basic salary more than RM2000. If they graduated at 24, by the time they are 27.. InsyaALLAH they'll have what they should have.

Law graduates are still working as a lowly apprentice in law firm.
Justify Full Most management graduates have just failed on their first business plan.

The arts graduate is still looking for a job. And the medical school graduate is still living in a hospital.


Advantage 2: Unmatchable industriousness

An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and effort to understand you. Engineers strain really really hard to understand their work. You can believe that they will try really really hard to understand women too, just like how they understand their work, once they believe that you are the one. So even if they don't understand you initially, they will keep on trying. Even if they still do not understand, they will figure out the correct method to keep you happy (e.g. buy diamond ring = 1 week's worth of happiness.) And once they find out the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear.
Comment : I agreed. Why? I did the same thing to the person I loved.

Unlike the Lawyer who will argue with you.

The Management graduate who will try to control your spending,

The Arts graduate who will 'change major'.

And the medical school graduate who will operate on you. And you know what, it's really so easy to make engineer s believe that You are the 'one'. Say that you like one of their project and they will be hooked to you forever.


Advantage 3: An engineer boyfriend will never betray your trust.

Your engineer boyfriend is either too busy to have an affair, and even if he does, he is too dumb to lie to you about that. Hence, an engineer is the most secure boyfriend that you will ever find - rich enough, will keep on trying to understand and please you, has no time for affairs, and too dumb to lie to you. plus they are cooler than the others.
Comment: I agreed. An engineer is too busy to have an affair. If he/she does, he/she is too dumb to lie to you about that. This is what I went through so far eventhough I am not an engineer yet. But still, an engineering students can understand and feel it. Is it friends? HEHEHE

The lawyers will lie about everything.

Management graduates will cheat your money.

The arts graduate will flirt, and you probably just look like another cadaver to the medical school graduate.

Interesting. Isn't it? Hehehe. I wish I have an engineer soul-mate. But, it is Allah's secret. We can plan, but He is The One who decides. May He grants me His Blesses so that I can find my true
soul-mate for now and hereafter. Amin. I took this one from here.

Hmmmm.... How about those who involved in R&D? I think they con't even have time to think about others feelings. Just like what he did. T___T
I want an engineer soulmate. Ngeeee ~~~~~

Friday, August 27, 2010

Syukur Alhamdulillah, I found U

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Dipetik dari laman Facebook seorang rakan. Terima kasih kerana berkongsi. Aku sedar kenapa Allah turunkan gerimis di tengahari. Kerana DIA ingin menganugerahkan pelangi sepanjang hari buat aku. Semoga dia yang terbaik untukku.

Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya. Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah. Alhamdulillah..Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini. - dipetik dari iluvislam.com

Alhamdulillah.. Sebaik-baik perancangan, datangnya dari ALLAH S.W.T. Semoga akulah tulang rusuk kepunyaannya. Amin.

credit:Iluvislam.com

Ya Rahim,
Kurniakanlah kepadaku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu.

Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu.

Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu.
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.

Amin, Ya Rabbal A'lamin.

Tuesday, March 30, 2010

tak perlu mengejar

“Perkahwinan itu bukan perlawanan bola sepak. Semasa belum dapat, dikejar-kejar. Sudah dapat, terus disepak sekuat hati sejauh mungkin. Sebaliknya perkahwinan itu biarlah seperti permainan ragbi. Semasa belum dapat, dikejar-kejar. Sudah dapat, dipeluk digenggam dan tidak dilepaskan sama sekali” - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com)

hmmm...sekarang rasa macam sedikit release..dah takda rasa jeles atau irihati tengok rakan-rakan mendirikan masjid mereka..malah rasa macam bertambah gembira untuk mereka...kalau dulu...rasa macam nak menangis je bila ada berita pasal kawan-kawan yang membina masjid..mula la terfikir pasal diri sendiri..rasa macam nak cepat-cepat kawen..tak sabar nak kawen..gatal nak kawen la senang cakap...huhu...sekarang...TIDAK LAGI TERGESA-GESA.....sekarang rasa macam lebih tenang..memang nak kawen..tapi..tergesa-gesa tu..dah takda lah..lebih kepada redha sahaja sekarang...lengkapkan diri sebelum menjadi isteri dan ibu...:) kita follow the flow sajalah...sampailah tu nanti masanya..da abes blaja..kite keje..lepas tu..kita slow-slow lah fikir..tak lari pon gunung dikejar..lagipun dah kalau dah jodoh..takkan ke mana..insyaALLAH.....

Terima kasih ustaz Hazrizal...buku-buku beliau buat aku sedar...tak perlu nak kejar benda yang pasti itu..tak perlu kejar janji ALLAH yang sungguh manis itu...pasti ada...ya..perlu yakin yang bahagian kita nanti memang ada...cuma..sentiasalah memanjatkan doa ke hadrat Nya...insyaALLAH...adalah tu nanti....rasa macam tak perlu la nak mengejar benda macam itu...sampai masa nanti...langsunglah jugak...

Rasa bersalah sangat...dengan diri sendiri..dengan ummi..dengan ayah...hmmm...ampuni anakmu...T____T

aku tak kata yang aku tak nak kawen awal....aku tak nafikan..memang jauh di sudut hati ni..aku nak..memang aku nak...tapi..tanpa guidance..benda yang ada jauh di sudut hati itu akan buat kita lalai dan leka...

aku nak lengkapkan diri dulu..sebelum menjadi isteri dan ibu pada anak-anak nanti...nak jadi isteri dan ibu yang boleh membimbing anak-anak...taat pada suami...insyaALLAH...aku takkan menolak jika jodoh itu sampai....buat masa ni..aku dah rasa macam bersedia...insyaALLAH dah bersedia..tapi..perlu diperkemaskan lagi la bila da bergelar isteri dan ibu kelak..insyaALLAH...:)


semoga masjid yang bakal aku bina suatu hari nanti..
terus teguh andai dilanda badai..
tahan segala dugaan..
penuh dengan mawaddah...
mendapat barakah serta rahmah dari Yang Maha Esa....
semoga kekal sampai kami bertemu dan bersatu kembali di syurga kelak..
aku mahu menjadi ketua bidadarimu di sana kelak..
wahai bakal suamiku...
amin..

Sunday, January 3, 2010

kubahagia

Di atas bumi ini ku berpijak
Pada jiwa yang tenang di hariku
Tak pernah ada duka yang terlintas
Ku bahagia

lalalala....sungguh seronok pulak hari ini..rasa nak menyanyi-nyanyi riang walaupun dah tahu dah ade stalker sedang mengintai-ngintai kehidupan blog aku sekarang...stalker tu ingat aku tak leh nak jejak la siapa dia...aku tau laa..sekarang ni segala benda main aci hujung jari saja....pejam mata pon boleh jumpa laa....

Ingin kulukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia

terasa macam sungguh seronok..dah mahu memasuki minggu kelima pengajian di tahun akhir ini...whoaaaa...sungguh seronok bagai tak terucap dek kata-kata....rasa macam tak sabar nak habiskan semester ni dengan result yang sungguh memberangsangkan..agar dapat menyumbangkan tenaga dan fikiran pada bangsa dan negara..dan yang paling penting..aku mahu kawennnn...mahu jaga suami..mahu didik anak-anak...:)
Dalam hidup ini
Harungi semua cerita indah ku
Saat-saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang

hari ini pon bahagia jugak..semalam pon sama...kelmarin pon sama...minggu lepas pon bahagia..bulan lepas juga..tahun lepas juga bahagia..harap akan terus bahagia sampai akhir hayat..tak payah nak jaga seorang noraini ni..beliau sangat mudah untuk dijaga...dulu-dulu selalu la buat perangai tak elok macam rasa menyampah nak layan...tapi sekarang...tidak lagi..hehe..sudah matang...dan bertambah bahagia bila diri ini dah lebih disayangi..walaupun dugaan datang bertimpa-tinpa...betul laa...ALLAH takkan uji hambaNYA kalau DIA rasa kita tak mampu nak hadapi....kan?kan?
Kuingin nikmati
Segala jalan yang ada di hadapku
Kan kutanamkan cintaku kasihku
Agar ku bahagia

semoga aku dan dia terus bahagia...semoga ALLAH merahmati dan memberkati kami...dan juga kamu semua...aminnnn....:)

Monday, December 14, 2009

terima kasih

i just realized that i am loved...more than before...:)
macamana tah baru boleh perasan...
slow sungguh la processor aku ni...aiyaaaakkk...
but then..million thanks to person who loves me more than before...
really appreciate it...and happy for that...really happy...
thank you sooooo muchhhh.....
^_^

Sunday, October 11, 2009

Kupercaya Ada Cinta


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

credit: http://lirikami.blogspot.com/

Sunday, September 20, 2009

Super Exhausted AIDILFITRI

adoyaiii..
penat sungguh hari ni...
penat menjerit-jerit..
penat gelak-gelak..
penat bergambar-gambar...
penat melayan tetamu of course..
penat layan cousins yang berpangkat junior..
penat mentengok karenah cousins cilik ini berkelakuan yang sumpah comel..walaupon kadang-kadang macam geram jugak...heeeee.... ^_^
penat yang gembira lah hari ni...sungguh....dah rasa macam jadi kanak-kanak balik....heeeee.....

pagi-pagi lagi...sesudah solat sunat aidlifitri..
sesudah kami bermaaf-maafan antara keluarga nukleus kami...
kami memulakan misi beraya ke rumah orang...

rumah pertama yang kami serang ialah rumah ex-baby sitter adik bongsu aku...
then rumah makcik kitorang juga merangkap ex-baby sitter aku dan adik lelakiku...

lepas tu terus bergerak ke rumah nenek..
sampai sane..
memulakan sessi fotografi raya...sessi kegemaran semua anak-anak muda dalam keluarga Hj.Budin... ^_^
sungguh seronok..
memang kalau turn ayahngah ku kena belah kampung kami...
sessi fotografi ni takkan penah takde...

sessi fotografi ni sungguh gamat..
banyak sungguh orang yang nak bagi arahan..
orang-orang yang akan di'shoot' pulak macam tak paham arahan..HAHA..
pening semuanya..

da selesai semua..
bergerak ke rumah siblings nenek yang tinggal berhampiran..
sesudah tu...ke rumah siblings atok pulak..

penat sungguh...dah pukul 3 lebih baru kembali ke rumah atok..phewww.....
*kesat peluh dekat dahi*

dah tu pulak...ade la tetamu-tetamu pulak datang..
penat lagi...layan tetamu segala...
lepas tu macam nak balik rumah la pulak..
rehat dekat rumah..huhu..

dah sampai rumah...
adik-adik ummi pulak datang...
lepas sorang balik,sorang lagi pulak sampai...

kali ni...datang nak main mercun...
sebab ayahsu aku ade sorang je son..
so..memang the only son in the family close dengan the only son of our family..
walopun sorang umo 19tahun..lagi sorang umo 6tahun..HAHAHA...
dorang main mercun sampai dah rasa macam duk dekat negara yang tengah berperang..

dah setel sume...
berangkatlah mereka pulang..
ketika ini..jam dah pukul 10.35 p.m...
tapi mata aku dah rasa macam pukul 2 pagi..
mengantok yang amat..
hajat dihati nak edit-edit gambar tadi..
tapi....
esok lah kot...HAHAHA...

so..layan je lah mana yang ada ni ye..=)

Wednesday, August 26, 2009

Selamat Hari Lahir UMMI




hari ni...
adalah besday bonda kesayangan saya...UMMI...
selamat hari lahir ummi..
semoga panjang umur,murah rezeki..
sentiasa berada di bawah lindunganNya..
sentiasa diberi kesihatan yang baik serta berpanjangan sentiasa..
long sayang ummi...



Saturday, August 22, 2009

Selamat Hari Lahir AYAH

okeh....now...
today ialah hari first kita berpuasa...
and..birthday my daddy...
happy birthday AYAH...yang ke-59
long sayang ayah sangat-sangat...
semoga ayah panjang umur..
murah rezeki...
diberkati dan diredhai ALLAH...
moga ALLAH memberikan kesihatan yang berpanjangan buatmu ayah..
sekian..
uuuu...
T_T..

tersedih-sedih saya di sini merindui ayah dikampung....


Wednesday, August 12, 2009

~semalam saya pegi UM~

~yeay...finally..he's got his master's degree..tapi aku?? bachelor degree pon belum...sedey sungguh..tapi aku juga terasa gembira yang amat bila diberi penghargaan untuk turut sama-sama masuk hall UM tu which is DEWAN TUNKU CANSELOR untuk sama-sama tengok dia terima his scroll..heeee....honey..congratz...:)

semalam memang best...walaupon ade jugak part yang tak seronok..ape part yang tak seronok? haa...mesti lah sebab tak dapat nak amek gamba dengan banyak...sungguh...konvo sessi petang sangat tak berapa best....harap-harap nanti aku konvo tahun depan...aku dapat sessi pagi..so that boleh la i melaram amek gamba puas-puas dengan robe konvo tuh..hehe..

ape yang best sangat semalam....ialah..aku dapat masuk hall..heh..da bape kali nak ulang daaa....pastu aku dapat tengok dia pakai sut yang macam tuh...i teruja la..sangat teruja bila dia pakai gitu...i rasa macam geram betol tengok dia....hisshhhh...istighfar noraini..istighfar...:)

semalam entered the hall area pukul 2...after solat zohor..then best jugak kat dalam tu..kena pulak seat aku dekat dengan dentist-dentist yang nak amek master's degree dorang....tak ramai pon dentist..dalam belas-belas orang je...untuk master's degree in science..lambat sikit sebab diorang habiskan untuk pengajian islam first..

dah la graduants masters of science duk belah sana..tersedey-sedey aku yang belah sini..kalo lah aku duk belah sana...boleh jugak snap-snap gamba-gamba dia..huh...sungguh kecewa....masa da masuk turn faculty of science,aku dengan excited nye refer buku konvo tuh..nak tengok bila turn dia...HAHA...excited kn? tah pape je...

for him....
congratulations dear..
finally u made it...
nanti your phD punye konvo pon i nak ikot mak u masuk tau..hehe..
and.....
thanks for being there for me...

pastu masa turn dia..aku try zoom konon-konon nak snap la..tapi malang..tak dapat sebab tangan aku cam shaking..gamba pon tak canteklah...and..tersedey-sedey lagi sebab aku tak sempat nak tengok ape ucapan yang kua masa nama dia dipanggil...haiiisyyyy....frust neh..:(

then..bila da setel sume...dorang sent me back to UIA..hehe..maceh sume...lewat jugak lah family dia sampai umah agaknya...kesian....adik dia macam dah penat...aku kesian sangat sebab dorang kena anta aku balik UIA...hmmm....

hari ni pulak..konvo my bestfriend..but i couldn't make it...sebab hari ni dah tak MC..and kelas aku sampai kul5...if kelas aku sampai kul3.30 je..kompem aku pegi..because she's part of me...banyak jasa-jasa dia pada aku since kami sama-sama skolah dulu..until now...

for nurul azri khalisah binti aznan a.k.a angah...
congratulations dear..
i love u so much...
thanks for being such a good friend and sister..
sorry along tak dapat pegi konvo angah..
but i'm really happy for u..
cepat-cepat kawen tau...:)

Sunday, August 2, 2009

~happy friendship day...~


happy friendship day....
dedicated to ALL my lovely friends...
(all di sini memberi maksud..SEMUA...tak kira lah nama anda ditulis atau tidak..yang penting..anda tetap kawan saya..kawan forever..okek..)
Align Lefttanpa korang..sapelah aku....

As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come Whatever
We will still be
Friends Forever

we know each other by chance,
became friends by choice,
still friends by decision,
and when i say friends forever,
it's definitely a lifetime promise..

friendship is not an exam to pass or fail..
friendship is not a competition to win or lose..
friendship is a feeling in which you care for someone more than yourself...
happy friendship day for all my friends....

to my besties kat YTB...
along sayang korang sume...
korang sume da macam my sisters...
korang memang best..
ngan korang la along banyak belajar..
sebab korang adalah teman since kita mula-mula duk asrama..
masa tu...kita masing-masing tade tempat bergantung...
kita hanya ada kita....G9P3....
angah,acik,aina,alang,kaklong,bella,lynn,yunie..
sayang koranggg....

to my besties kat KOPU...
ira sayang korang sume...
korang sangat best..
korang ajar aku jadi seorang yang lebih matang...
korang banyak ajar aku tentang how happening life is...
korang memang best ah...
amin,mai,bell,air,shark....
keep in touch ek....

to my besties kat IIUM..
aku sayang korang sume..
korang memang best sangat..
korang banyak ajar aku jadi matured..
HAHA...
wani,ida..
meor,adlie,nik,fahmie...
thanks sume.....
harap-harap..lepas grad pon..kita takkan lost contact..okek?



Tuesday, June 30, 2009

~kisah ayah~

~hoyeaaaa....hoyeaaa....sangat rindu pada ayah..T____T
beberapa hari lalu ada borak2 ngan kwn2 pasal iklan hari raya tahun lepas...
ingat tak?yang ade budak kecik tanye ayah dia..'ni burung ape ayah?' pastu budak tu keep on tnye ayah dia smpai la byk2 kali..huhu....tetibe jugak..rindu pulak aku pada ayah...mood father's day masih lagi ada..dan bagi aku...father's day is everyday...huhu..ayah saya bestt..!!
~~bile dikenang2 kembali..banyak sgt kisah saya dan ayah....
huuu....rindu ayah...
T____T
sejak kecik,mmg sgt rapat dgn ayah..aku mmg anak ayah...:)
oh ayaahhhh...sayang ayahh...

kisah pertama:
(anak dan ayah ketika anak berusia area 1-3 years old)

ingat lagi...mase kecik dulu...masa before ade adik..pagi2,salu nak ikot ayah pegi kedai jual newspaper..ayah mmg bangun awal pagi..anak yg sorang ini pon same laa..turut bangun pagi..bila ayah turun panaskan enjin kete,sibuk2 duk depan pintu umah..wat muke kesian..dgn harapan ayah akan ajak naik kereta jln2 diwktu pagi...mase tu tak cerah lg..oh ye...ayah memang gitu..kua beli newspaper waktu begitu..sbb ayah akan pegi keje awal..masa tu kami bertiga (ayah,umi,aku) sewa rumah sebelah rumah nenek..masa tu kami masih belum ada rumah sndiri..ayah masih lagi berpangkat kopral wktu itu...eh..ape neh...da lari tajuk..tdi cerita psal sorang budak buat muka kesian depan pintu rumah bukan?? ok..then..ayah pon..oleh kerana kesian kat ank dara dia sorang neh wktu itu...ajak lah anak dara nya itu...ayah ckp..'meh nk g tgk anjing'...wahhh...anak kecil itu pon..ape lagi..seronok laa...ayah ajak pegi tgk anjing diwktu pagi..haha...spatotnya ayah ajak anak pegi jogging..bukan tengok anjing..haha..tapi takpe..ayah tetap terbaeeekkkk....and..bile dh dapat ikot tu..akan si anak akan berdiri di seat sblh pemandu..hehe..then..sepanjang jalan tu..si anak ni duk jengah laa..nk tengok anjing..(n_n)
hihihi...comel kn?? huh..perasaan..bweekkk!!!
pastu ayah akan turun beli newspaper..dan anak nak jugak ikot..pastu...si anak dapat buku 'dewan pelajar'...hehe...ayah memang..suka belikan si anak buku2...pastu dah kene balaja bace surat kaba...apekah??
ayah..ayah...sungguh murni usaha beliau..nak jgak bagi si anak pandai..beliau berusaha dari awal rupanya...terima kasih ayah...

kisah kedua:
(anak berusia lingkungan 2-4 years old)
satu hari...si anak pernah sakit gigi...dek kerana salu duk mkn gula-gula dan air milo...huhu..gigi abes rongak...haha...pastu sakit..
ayah masa tu g keje..umi je ade kt umh...
gigi tu sakit sungguh..rasa mcm nk cabut2 je sume...
nanges2 tak hingat dunia dh...guling sana..guling sini..
lepas tu umi dtg nk letak ubat...
si anak dengan angkuh nye bagitau kt umi yang dia nk ayah jugak yg letak ubt...sob..sob..
kesian umi..punye lah berusaha nk pujuk si anak..
finally..si anak menanges tak henti2 sampai tertdo..hihi...
ble da bgn...nmpak ayah..
*smile*
mintak ayah letak ubat..pastu...
*ting....* da xsaket....hihi..
*cehh...ngengade...*

kisah ketiga:
(masa si anak berusia 4 tahun)
nk dijadikan cerita..ade satu mlm tu..
26 Nov 1990,umi sakit perut nk lahirkan adik..
si anak dara kecik itu ditinggalkn kt umh neneknya...*seblah umh je mse tuh..*
pastu...tbe2..ayah dtg lari2...dukung si anak..pastu ckp...'adik...adik..'
aikss...si anak mcm tak paham...adik sape?
hmm...mase tu tak paham lagi pon psl pegnen ke ape ni..huhu..
masuk je umh..nmpak org angkt umi..nk bwk g hospital..
bleh plak ngan slmbe tnye umi...'adik mane?'
huhu..budak baru dpt adik la katakan...:)

kisah keempat:
(anak berusia 5thn kot)
mase tu balik kg blah ayah kt kelantan..huhu..
pastu ade la budak2 laki duk main tikam2 kt bwh rumah..rumah tok kt klntn sejenis rumah yg tgi n bwh rumah bleh nk main masak2 ke ape..jadinye..bdk2 laki tu jdkn port main tikam2..alaaa...main tikam2 tu yg mcm kte beli bnda tu seposen..pastu gores...tgk kene bape..kalo untung,dpt balik singgit..kalo x...kosong je laaa...haha...kire cm judi gk la..tp mse kecik bkn tau ape pon..:)
pastu...da 2,3 kali cube..still dpt kosng jgak..adeyy...
mengamok laa..naik atas..mintak duit lg ngan umi..hihi..
pastu...before tu ayah suh g mndi sbnrnye....tp...biasa la..budak degil..
bleh plak si anak turun main tikam2...adey....sengal la bukan?
mmg sengaja mencari malang tak berbau..huuu..
ape lagi..si ayah ble tau si anak turun main lagi..
terus die dukung..bwk g kt perigi..
umi da siap2 pgg towel..mmg nk mndikan..
tp before tu..ayah rentap pelepah pisang kt tepi perigi..
pastu...heeeee....*zapp...zapp...zapp...* berbirat kaki tahu??
haha..itu lah padahnyee..sape suh main judi..kan da kene libas..
wuuu...mase tuh..nanges kuat laa...saket wooo....
umi ni da thn ayah bersungguh2 tanak bagi si anak terus di rotan...
da siap mandi sume...pkai la bju gown..pastu..
xleh nk zip sndiri cz bju tu zipnye kt blakang..
mintak tlg ngan umi..tp umi bz ngan adik kecik mase tuh..
umi suh mintak ayh buat..
huuu....mase tu majok laa ngan ayah..
sbb td da pukul kaklong...
wwuuu...sape suh ayah pukul...sakit tahu???huuuu..
pastu...ayah ckp..
lain kali..jgn la degil...
meh ayah tgk..sakit lg tak?
wuuu...sebak den...
T___T
syg ayah....
mmg saket...
tp xpe laa..pengajaran yg amat bermakna tu...
eh....sungguh mensebakkn...jap..lap pipi..lap mata...huu..
T____T
rindu ayahh...

kisah kelima:
(anak da berusia 6 thn)
ayah hanta p tadika..mase zaman tadika..
masih ingat lagi..mase amek gmba satu kelas..
si anak dara ayah yg sorang ni je tgn die smbil peluk tubuh..
ayah komplen..
nape kak long sorang je tgn camni..tak cantek..
hiii..ayah...kaklong mane tau..dh terbuat..hehe...

kisah keenam:
(anak da masuk sekolah rendah)
mase skolah rndah..ayah salu pesan..blaja elok2..nnt dpt no 1 ayah bagi adiah..
hehe...jdnye..si anak berusaha laa..mmg drjh 1 dpt la no 1..
mase penggal pertama..
pastu...penggal kedua..ayah jji kalo dpt no 1..ayah bwk tgk tv besa..
ohh..tv besar??ape itu??
ish..dek kerana nk tau ape itu tv besar..
si anak ni pulun la..bg jugak dpt no 1..
pastu..dpt la jgak akhirnye..
hehe..then ayah bawak laa..
tahu tak tv besar tu ape??
tv besar is..panggung wayang...
adeyyy...mase tuh cite kekasih awal dan akhir..
jamal abdillah ngan sofea jane..haha...
kecik2 da msuk cinema..apekahh...??
huu..ayahh..ayahh...
tp mmg sungguh suwit lah ayah neh...
nk ajak umi dating sbnrnye tu kan..??ehehe...

kisah ketujuh:
ehh...alaaa...mcm tak cukup ah space...
byk tau nk smpai ke si anak umo 23thn ni...
kirenye..overall...sumpah best ayah pd si anak ni..
super duper hensem...
super duper penyayang..
super duper hebat giloss...

super duper pemurah..
super duper garang..ehehe...tumpang lalu ayah...:)


sayang ayah sangat2...
semoga ALLAH panjangkn umo ayah..
murahkan rezeki ayah..
bg ayah kesihatan yg berpnjangan..
bg ayah dpt lihat kejayaan kaklong n adik2..
bagi ayah peluang untk rasa hasil titik peluh kami adik beradik pulak..
since slama ni kami da byk sgt terhutang budi ngan ayah n umi..
huuuu...sebaknyeee.....
T_______T
jom nanges...
xleh da nk smbung..
saya rindu ayah saya....dan juga umi sayaaa...





credit to google for the images..=)





My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015