Showing posts with label MiPump. Show all posts
Showing posts with label MiPump. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Pre-Order MiPump The First Year : CLOSED

Assalamualaikum.

In last few months, aku received few comments dari ibu-ibu hebat, minta nak order MiPump.
Tak kurang juga yang directly email aku untuk tujuan yang sama.

Unfortunately, sorry ibu-ibu hebat sekalian,
I am no longer doing the business anymore.
 


Dah dekat setahun rasanya aku stop.

Maaf.
Sekarang ada komitmen lain yang perlu diutamakan.

So, sebagai solusinya, ibu-ibu hebat boleh tengok kat link bawah ni kalau nak order.


Accessories pun dorang jual. Nanti browse je website dorang.

Aku dah 3 kali beli motor dari dorang.
Alhamdulillah, service pantas.

Sorry ye mommies.

 


Friday, March 29, 2013

MiPump The First Year Double Breastpump

Assalamualaikum..

Maaf la.. Sangat busy lately. Apa yang di busy kan entah. Tapi terasa sangat la ke laut. Diri sendiri pun rasa dah sememeh sangat dah. :P

Ok. Tajuk macam nak jual breastpump.
Tapi sebenarnya tidak. Saya received banyak emails nak mintak tolong belikan.
Banyak sangat. Half of them saya sempat reply, Alhamdulillah.


Tapi nya.... yang haru.. bila saya forward kan terms and conditions yang my friend buat tu, terus depa tak respon balik dah. Saya pun tak tahu kenapa. Nasib baiklah kawan tu tak proceed oder dengan supplier lagi. Kalau tidak, kesian dia.
Tak kurang jugak dengan back-out buyers. Subhanallah. Kesian kawan tu. Dah la mintak balik deposit. Sedangkan T&C dah cakap deposits are not refundable. Tak baiklah korang buat macam tu. Orang beniaga, cari rezeki. Dia pun tak ambik untung banyak pun. Yang saya tahu, not more than RM10 pun untuk dia. Dah la modal dia beli packaging papers bagai kan, kos dia gi pejabat pos lagi.. Haaaa.. Kesian la dia..

Dan dengan itu, saya kesian sangat kat dia, dan nekad untuk tak nak respon jugak dah.
Sorry tau korang. Bukan tak nak tolong. Tapi takut perkara lama berulang. Kesian la kawan tu.

TAPI.. saya ada suggestion untuk korang-korang yang dah comment and tinggalkan emails tu.

Cenggini u ols..
Try to cari pam tu kat amazon.com atau pun ebay.

My friend ada jumpa tak sampai RM300 pun. Memang new. Straight dari kilang.
Cumanya, macam saya punya ni la.. Warranty dari US. Apa-apa jadi, memang kena ganti motor baru la.

Motor saya, Alhamdulillah dah pakai setahun lebih, bebaru ni ada susu back flow, tetiba 1 suction je ada. So.. tamat lah riwayat dia. Tapi saya tak buang sebab 1 suction lagi masih functioning well.

Saya order motor baru. RM85 je baru u ols.
Kalau nak dibandingkan dengan harga kos u ols nak pos ke US nun. Dengan nak nunggu lama depa duk repair ke cek ke service ke apa kannnn?

so u ols.. jangan marah saya tak respon ngan komen u ols tau.
Saya bagi idea baekkk punya ni.
U ols cari sendiri kat amazon.com or ebay. Mana tahu kot dapat lagi murah.. kan? :)

And agaknya kawan tu pun da serik kot. Dia sendiri memang tak amek order from strangers dah. Unless sedara mara, kawan ofis asben dia.. or sape-sape yang dia kenal and dia rasa memang takkan back-out..

Harap membantu ye.
Sorry sangat-sangat.

Oh. Lupa.
Untuk my dear yati..
Yang latest komen tu.. hihi
Aini dah cuba pumping dalam kereta while driving.
Hmmm. Memang boleh. Tapi Aini tak konfiden la. Sebab if pusing stereng, tersangkut sheild, nanti botol terpeleot dan susu tumpah. Huuuu. Sayang kan? Sheild dia kan jenis strechable gitu. So bahaya sikit kot.. :)

Monday, July 23, 2012

Apa Ada Dalam Cooler Bag Anda?

 Apa yang saya isi dalam cooler bag/breastpump bag saya? Haaa.. Meh nak tunjuk..
...
...
...
...
...
...
...
Secara keseluruhannya, ada ini
|
|
|
|
\/

1. MiPump kegemaran saya berserta accessoriesnya.
2. Avent ISIS Manual
3. Storage bag and container lid untuk botol MiPump.

 Pertamanya, yang paling utama dah MESTI ADA dalam beg tersebut adalah gadget kesayangan saya; MiPump the First Year. Kemana-mana pun, saya tak mungkin tinggalkan dia. Banyak berjasa ni. Kalau desperate sangat, sambil driving pun dia bekerja untuk saya. Adapter memang tak boleh tinggal sebab just in case battery abes or tak sempat nak charge, boleh la plug in kat mana-mana soket yang agak-agak strategik untuk buat projek. ^_^
Setakat ni, Alhamdulillah, tak pernah tertinggal lagi accessories dia. Cuma nya ada 1 hari, socket untuk saya plug in adapter adalah agak tak strategik tempatnya bila mana saya sampai lab, dah ada lelaki kat dalam lab. Terpaksa guna battery. Malangnya pada hari tersebut, battery adalah OUT. Lupa nak charge. Padahnya, menapak la saya mencari kedai nak beli battery. Huhuhu.

 Keduanya, haruslah saya mengeliminate Medela Harmony saya dari list must-bring saya. Bukan bermakna Medela Harmony tu habis madu sepah dibuang. Medela Harmony tetap menjadi kesayangan saya sebab dia memang soft dan best. Sebab utama Avent ISIS Manual ni perlu di kendong bersama adalah kerana saya kerap terkena Milk Blister. So, kekdahnya ini sajalah penyelesaiannya instead of puncture guna pin. Suction Avent ISIS ni memang kuat. Kalau tak sebab milk blister, saya tak pakai kot untuk pam saja-saja. Sebabnya pada saya, suction dia sakit. Tak macam Medela Harmony yang sumpah tak rasa apa pun. Tapi sayangnya, disebabkan Medela Harmony bersifat sedemikian, ia tak berapa nak membantu saya bila berlaku insiden milk blister again and again yang macam tak pernah nak serik kena kat saya. -_-"
Kalau dengan ini, pam pam pam dan pam lagi, lama-lama boleh nampak milk blister tu semakin lama semakin menonjolkan diri dan lama-lama.... dengan sendiri nya akan tertanggal/tercabut dan masa tu la susu keluar macam takde break. Mencurah-curah. Pam pun memang tak sakit dah sebab sakit bengkak disebabkan milk blister tu adalah lagi sakit.

Storage bag pulak, begini alkisahnya.
Dulu, saya bawak storage bottle autumnz. Masa tu Medela Harmony masih menjalankan tanggungjawab sepenuh masa tidak seperti sekarang, separuh masa. Memang banyak la ruangnya. Boleh la sumbat storage bottles dalam 4,5 ketul. Sekarang, kalau sumbat jugak, alamatnya mintak beg baru la jawabnya. ^_^

Dan lid tu pulak saya guna untuk store susu yang baru dipam sebelum dicampurkan dengan susu yang dah ada dalam storage bag. Nak bagi suhu mereka sama. Baru la boleh nak dicampur adukkan. Tak gitu?

Ok. Sekadar perkongsian di pagi 3 Ramadhan ni. ^_^
Selamat berpuasa.
Berbuka apa ye kita petang ni mommies?

Mommies, apa ada dalam cooler bag anda? Jom share!

Tuesday, July 3, 2012

Ready to Reach the Owner ^_^


For those yang order last week, here you are...
Sorry lambat sikit. Ada problem ngan supplier and shipping company yang kawan saya deal tu.
Esok saya pos semua ye.
Thank you sebab percayakan saya.
Maaf sangat sebab lambat.

Happy Pumping Mommies!!
^_^

Monday, June 25, 2012

Pakai Pam Baru, Production Macamana?

Assalamualaikum.
Hai Mommies!

As per requested, today saya nak review on milk production lepas pakai pam baru. :)
Sebelum mula, saya nak ingatkan semua ya,
Pertama, must put in mind firmly that in breastfeeding, SUPPLY and DEMAND adalah theory paling penting. The more you pump, the more baby drinks, the more milk you will produce. Pam harga 3 juta pun kalau everything is less in supply and demand, jangan harap nak dapat susu banyak. Saya dah mengalaminya.
Kedua, keserasian pam dengan badan individu adalah berbeza. Tak semestinya awak pakai FS susu keluar banyak, saya cuba FS susu saya pun keluar banyak. In this case, kena try and error. Macam saya, mula-mula start dengan Medela Harmony which is sangat best and soft. Suit me well. Lepas tu ada orang suggest Avent Manual sebab suction dia lebih kuat compared to Harmony. Bila saya cuba, yes memang suction lagi kuat tapi untuk saya, adalah agak menyakitkan. Harmony still the best. Bila dah dapat yang serasi, boleh keep on pakai untuk babies seterusnya. ^_^
Ketiga, pumping session must be in line with your positive thinking. Jangan nak fikir bukan-bukan. As for me, layan Super Spontan or any cerita yang ada Zizan, memang tak sedar susu dah mencurah-curah.
Keempat, the quantity of your milk will not be the same for each and every session. Macam saya, sometime, 1st session dapat 3oz, 2nd session dapat 2.5oz, 3rd session dapat 3oz balik. It depends.

Ok. As soon as saya guna MiPump ni, hasilnya agak memuaskan. In term of penat duk press handle, memang sah-sah la dah tak ada. Boleh pumping while blogging. Huhuhu.
My 1st attempt, got almost 4 oz in less than 15 minutes which normally saya hanya dapat almost 3 oz in 30 minutes or less. Saya tak pasti whether it is because of the new pump or rasa excited saya yang terlampau masa nak guna pam baru tu. Heeee...
2nd attempt, busy sikit masa tu. So, susu kua sikit je. 2.5oz. Tapi still ok la sebab it took 10 minutes only.
Generally yang boleh saya cakap, if saya pam waktu Alya Amani kat nursery, each session boleh dapat around 3-4 oz (dengan syarat, masa pam saya tak fikir pasal kerja). So, far if kepala serabut pun, paling sikit saya dapat 2.5 oz in 10 minutes.
And kalau tandem nursing or pumping lepas Alya Amani df, saya boleh collect around 1.5 - 2 oz for 1 B. Before this, nak dapat 1 oz pun payah.
Dengan MiPump ni, saya lebih kerap pumping. Mungkin sebab MiPump adalah electric. So, tak malas sangat la kan. And lagi 1, normally bila saya pumping dengan Harmony, tengah pump belah kanan, belah kiri dapat LDR. So, useless sangat. And now bila dengan MiPump, time LDR, memang boleh nampak susu mencurah-curah. Alhamdulillah.
Bila tandem, saya tak prefer manual sebab si kecik tu sekarang dah banyak nak main. So, time df la dia nak usik kaki lah, nak naikkan kaki lah.. Ada saja kerja nak buat while df. So, bila MiPump, tekan je button, tangan ampu sikit tapak botol.
Alhamdulillah, rezeki anak. ^_^

So, rasanya itu sahaja kot.
Boleh jugak saya buat conclusion sejak pakai MiPump ni stok untuk Alya Amani bawak bekal banyak la sikit. Sebabnya saya semakin rajin nak ngepam. Hihihi. Tapi Medela Harmony tetap saya bawa ke mana-mana. Just in case kann? Avent Manual? Ada. Saya nak let go murah-murah nanti. Baru pakai less than 5 times kot. Sebab susu saya macam tak nak keluar sangat dengan Avent Manual tu. 

Kalau nak suruh saya compare Avent Manual dengan MiPump, konfem lah saya akan vote for MiPump. Sebab dengan Avent Manual, memang saya tak pernah dapat 4 oz. Seriously.

Last but not least, mesti ingat ye. Supply and demand.

Friday, June 22, 2012

New Gadget : MiPump

Heee..
Assalamualaikum..
Masih ingat lagi entri saya pasal new gadget ni? Tengok sini.

Alhamdulillah, semalam, Khamis 21 June 2012, saya selamat received barang yang ditunggu-tunggu dan amat diidam-idamkan ini. Oh. I rela ok pergi lab-balik rumah-pergi lab balik demi benda ni.
Pagi semalam, check track kat website, still kat courier office. Belum out for delivery lagi. So, went to lab lah.

And, bila check kat lab, 'out for delivery'. Menggelabah mak jemah drive balik sebab takut orang sampai umah, tapi umah tak de orang.

Nasib baik saya sampai dulu before barang sampai.

Barang apa? Ok..
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

MiPump Double Pump The First Year

Excited hokehhh..
Mula-mula plan nak angkut Swing. In fact, I pernah try Swing senior I masa I tertinggal handle harmony hari tu. Swing memang ok. Memang nak bayar dah. Then kawan-kawan KIM cakap pasal MiPump ni. 

Lucky me, ada la pulak sorang kawan kat KIM offer nak tolong orderkan untuk saya from US. Oh. Terharu and of course la happy. :)

OK. Here is my review about this wonderful and helpful pump. ^_^
Bila bercerita pasal bp, of course benda pertama yang kita nak tahu is whether sakit or tak. Kan? MiPump ni adalah tak sakit (as for me lah). For those pengguna Avent Manual, saya rasa suction MiPump adalah more or less macam Avent Manual. TAPI, jangan compare dengan Medela Harmony sebab Medela Harmony saya dah bagi award 'The Softest Suction Ever'. Hihihi. Lagi sekali, as for me lah. Lain orang, lain pendapat. Some MiPump users yang pernah pakai Medela FreeStyle (FS) cakap MiPump ni more or less macam FS. Saya taknak komen sebab belum pernah try FS.

Got dual phase or not? Pada saya and apa yang saya faham adalah mode of suction yang mcm suckling of a baby. It's like 'suck-release-suck-release'. Sape pernah try Pureen Battery Operated boleh bayangkan tak? Suction dia bukan macam Pureen tu. 
So, MiPump ni adalah macam rasa kita pam manually.
Ada 8 adjustable levels dimana level 1 dan 2 saya gunakan untuk dapatkan LDR dan 3 ke atas bila susu dah mula mengalir.

This double pump adalah sangat owesome. Kenapa? Sebab boleh transform jadi single pump jugak. ^_^

Motor hanya sebesar tapak tangan dan ringan. Boleh guna 4 bateri AA dan juga boleh guna power supply kat rumah. Cumanya kena beli universal plug adaptor sebab pin dia designed for US.

Pasal warranty? Ada. 3 bulan from manufacturer. And saya tak rasa akan rosak wthin 3 months. InsyaAllah kalau anda tak hantuk-hantukan motor tu ke dinding. ^_^

Spare parts? Saya dah tanya kat Growing-kidz. Diorang ada jual. :)

Apa included dalam set ni? Ada 2 botol simpanan susu, T-handle, 2 softshield yang sangat best, motor, tiub, breastflow teat ngan tote bag yang super cute. ^_^

Paling saya suka tentang MiPump ni adalah sebab dia warna biru. Hehehe

Harga? Kawan saya tolong belikan RM340. Termasuk postage US-Malaysia. ^_^
Worth it tak?

And.. baru tahu my childhood friend ada jual benda ni jugak. Oh. Sukanya hati. Dah tolong belikan untuk 2 sahabat maya di KIM.

Oitttt.. Double pump dengan harga less than 400. Susah nak cari. Nak angkut FS yang beribu tu opkos la tak mampu i.. 

Secara ringkasnya, MiPump adalah best and highly recommended. :)
Tapi perlu diingat, bp adalah bergantung pada keserasian masing-masing.

Ada nak tanya apa-apa lagi?
Anda tahu mana nak anta pertanyaan anda.. kan?

Itu sahaja. Sekian. :)

Friday, June 15, 2012

New Gadget

I am waiting for my new breastpump.
Double pump with only RM340.
Weeeeehuuuuuuuu..

Nanti I review okey..

Estimated delivery date will be on 20 - 22 June..

Haaaa.. Can't wait..

Semoga lepas ni lebih bersemangat untuk pumping!
Yiehaaaaaaaaaa...
And Semoga susu saya meriah seperti rakan-rakan lain.. Ameen..

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015