Showing posts with label motherhood. Show all posts
Showing posts with label motherhood. Show all posts

Wednesday, September 26, 2018

Must Visit : 99 Wonderland Park, Tasik Sri Murni

Assalamualaikum.. Sis kembali.. Disamping kerja hakiki membebel di kelas.. Sis jugak mempunyai hobi membebel di tempat lain (read: di blog dan socmed). Kengkawan memang dah tahu sangat dah. Kalau membebel memang payah nak stop. Dan hari ni, nak membebel pasal satu tempat best ni.

Weekend baru ni (Saturday) bawak the kids ke 99 wonderland park.
Plan nak pergi petang asalnya. Tapi dek kerana area sini asal petang je hujan, asal hujan je petang, siap pakej ribut petir, maka kami ubah plan. Siap-siap jam 10 lebih keluar rumah.
 

Friday, January 29, 2016

Fullmoon VS Childbirth

Assalamualaikum.
Haha.
Maapkan aku. Kali ni dah tersampuk sungguh dah ni.
Boleh hadam dak kisah fullmoon semalam?
Harap semua ok naaa...

Hari ni kisah fullmoon dengan childbirth pulak..

Sungguh ka dua benda ni related?

Ya, kalau ikut research yang depa duk buat sejak berkurun lama dulu, memang terbukti secara STATISTICALLY related. Depa dua ni, memang ada kaitan. Tapi, melalui mechanism apa, hat ni depa (para saintis) masih duk kaji lagi. Sebab depa kata depa tak buleh nak buat conclusion since depa tak collect apa nama tah satu benda tu which is related to anatomy badan kita ni.

Nampak dak aku kasi CAPS word statistically tu?

Thursday, January 28, 2016

Ada Apa Dengan Fullmoon?

*** Warning : Entri ni adalah panjang yang super panjang dari biasa***

Assalamualaikum.
Sekarang ni, tengah fullmoon phase kan..?
Anak-anak kalian apa khabar? Harapnya sihat. Anak-anak aku, kurang sihat. Diserang batuk kahak dan selsema sikit. Puncanya ibu dia terlepas pandang sikit hari tu. Huhu. Padan la muka ibu dia.

Well, benda ni dah agak lama sebenarnya. Aku pun baru setahun dua ni je tau dan buat research sikit pasal benda ni. Tu pun menuntut sikit-sikit dengan otai-otai dari biotech. Alhamdulillah, tau la sikit-sikit. So, in Shaa Allah, hari ni aku share la sikit-sikit apa yang aku tau.

Awat duk kalut sangat bila mai FULLMOON atau kadang-kadang NEWMOON ni?
Haaa.. Tau dak dalam badan kita ni sebenaq nya ada parasites? Well, benda tu perlu pun dalam badan kita untuk certain processes. Cuma, in certain point, at certain time, kita kena monitor depa ni dari duk buat huru hara dalam badan kita.

Huru hara lagu mana?

Monday, April 20, 2015

Sejak Jadi Mak-Mak, Berapa Kali Korang Sakit?

Assalamualaikum.

Hari ni pun bukan nak cerita hal ilmiah.
Haha.

Alhamdulillah anak-anak dah sembuh.
Aku dah boleh start masuk lab balik.
Tapi pagi tadi, Iman macam suam-suam sikit badan dia.
Hopefully tak la melarat sampai demam.


Thursday, February 26, 2015

Which Disney Mom Are You Most Like?

Assalamualaikum and... Good Morning.
Bright day today? Errmm.. Yes, I guess..

Did a test on the internet for "Which Disney Mom Are You Most Like?"

And, I got this. Haha.

Monday, June 23, 2014

Buat come back

Assalamualaikum.
Fuhh..fuhh..fuhh..
Berhabuk berlemuih dah aih blog aku.
Lama sangat dah tak menulis. Idea pun tak berapa nak best dah.
Nak kena asah balik la ni.

Buat comeback (lah sangat!)..
Dah macam retis le pulak kan..
Hahaha.. Meh kita buat slow and steady, step by step..
Skill berbelog ni memang nak kena sustain..
Kalau on off macam aku ni, memang anak ikan bilis lah sokmo.. :)
Untung nuff masih nak kasi advert..

Ok, firstly.
Kenapa lama sangat aku berhibernasi?
Haaa.. berhibernasi kauuu..
Kikikiki.. Ye, sesuai sangatlah berhibernasi. Lemak pun bertambah-tambah ni ha..

Lama berhibernasi, sebenarnya, busy menyiapkan thesis...
Haha.. Mesti korang cemuih kan dengar.. Asyik thesis..thesis..thesis..bajet dia sorang je la buat masters.
Nak buat cane lagi.. Dah itu je keje aku selama dua tahun ni. Memang aku kena hadap la..

End of last year lagi sebenarnya dah submit. Before aku deliver Iman.
Tapi after Iman keluar, still ada kena add on here and there. Lepas tu betulkan sikit lagi untuk submit final draft ke Pusat Pasca-Siswazah.. Makanya, memang hadap thesis la aku sampai ke habis pantang.
Dan aku paling kagum, dalam hari tu aku tinggalkan Iman kejap kt Umi, datang kampus print, binding and submit final draft ke Pusat Pasca-Siswazah. Fuhhhh... Aku tak sangka aku macam tuh.

Dah selesai semua, kami balik Besut.
Kat Besut for almost 3 months, balik semua ke Gombak.
Life with 2 little princesses just begun.
Mula-mula rasa kekok.
Bila dah lama sikit, Alya dah play her role as a elder sister, kurang sikit la risau aku ni haaa..
Kalau tak, asyik je dukung si Iman takot di puk kakaknya. Hahaha. Mak pulak paranoid. Masalah la kan. Hahaha.

Nursery untuk Iman masih lagi tak de vacancy after kami balik Gombak.
Solution nya, aku extend cuti. Kikikiki.
Sonok oi duk umah jaga anak. Tengok dia membesar.
Almost 5 months jugak la Iman duk ngan aku.

Rezeki Iman, dan rezeki aku jugak, mid April aku dah dapat date untuk Viva.
Lega, plus cuak sebab dah lama gila tak present.
And serentak dengan itu, IIUM Educare pun called untuk inform tempat untuk Iman dah ada.
Alhamdulillah. VIVA and Iman dah boleh masuk school in the same month. Lega sangat.

VIVA, on 3rd May 2014.
Later aku cerita.
Apa yang aku boleh cakap, everything was average la.
Tak ada killer questions.
Cuma fundamental questions je yang aku macam sangkut-sangkut nak jawab.
Tak back to basic la tu kekdahnya. Padan muka aku.

Ermmm.. Lepas VIVA, aku berbizian dengan the very final draft of thesis.
Yang mana aku kena setelkan corrections secepat mungkin.
Tak de lah banyak pon. Tak formatting here and there, membuatkan benda tu jadi leceh.
So it took about 2 weeks jugak.
KENA submit to centre by 1st week of June kalau nak masuk senate meeting for June.
Memang disaster gile la hidup aku 2-3 weeks tu.
Dengan cik asben outstation nya.
Mujur anak-anak diberi kesihatan yang baik, Alhamdulillah.
Finally, Alhamdulillah, managed to submit on time.
So sekarang tunggu official transcript keluar and baru boleh proceed for the next step.

As for now, aku masih lagi busy.
Busy dengan proposal preparation pulak.
Plan nak settle by this week.
So bulan puasa nanti boleh la try buat labwork sikit-sikit kalau mampu.
Doakan yang terbaik ye. Hihihi.

Ermmmm..
So, tu je lah kot.
Kira come back lah tu kan..
Soon, banyak lagi cerita pasal 2 princesses bakal dipaparkan.
Tapi aku tak janji la bila.
Tutorial shawl pun aku tak sempat lagi nak buat. Hiiiii..
Maaf ye. Nanti eh..

Mak anak dua memang macam ni. Bahahahahaha.

Last aku nak cakap,
Alhamdulillah, berakhir sudah 2 tahun perjalan MSc aku.
Lega. At the end, aku macam tak sangka yang aku dah abes. Graduating yaw!
Dengan result Alhamdulillah, flying colours (which i didnt expect pon!).
Dengan mula-mula start dulu aku duk bawak perut mengandungkan Alya. And at the end bawak perut mengandungkan Iman pulak.. Allahu.. Sungguh aku tak sangka yang aku dah lalui semua ni. Syukur.

Journey MSc aku pun insyaAllah aku nak letak jugak kat sini if ada extra time nanti.
Mungkin boleh jadi panduan untuk adik-adik bakal graduan yang planning nak further lagi..
InsyaAllah. :)


Tuesday, February 11, 2014

They're growing

Alhamdulillah.. Praise be to Allah s.w.t., The creator of the universe..

Our girl, Alya is growing.. Yes, she is.
More independent..
Matured day by day..
Getting cleverer each and every minutes...
Talkative.. Very talkative indeed.. Just like ibu..

Oh my Alya, why are you growing up so fast...?
Do you know how I missed the moment of carrying you inside my womb in past 3 years?
No, you don't know until you understand what is the feeling of being a pregnant mom.
Being pregnant is the greatest feeling that I ever had.
It was even greater than the feeling of being a wife. 
Especially when you're moving actively inside.
Just so you know dear (if you finally found that your mom have a blog..hi hi), you are a very good baby, and I love you so much!

Our second girl, Iman is growing too.. So fast..
More chubby...
Can recognize people around her...
Getting clever just like her sister...
Yes, she's so friendly too.. Just like her sister, very talkative in her own language..

Oh my Iman, 
I really missed the moment of carrying you..
Having GDM for the first time in my life..
Gained almost 10kgs..
Loosing sooooo much blood (hihihihi)..
But I don't mind. Seriously I don't mind at all.
Do you know why?
Because you are my precious..my beloved..

Ibu loves both of you, my princesses..
No words can describe how much I love you.


Sayang, our daughters are growing so fast...
Yes, they are. 
And we are getting older.
If only I could freeze the time....
Being pregnant for how long i wanted it to be...
But, Allah is The Best.
La haula wa la quwwata illa billah..


Saturday, January 18, 2014

My Gravida 3, Para 2 + 1

Perghhh.
Tajuk tak boleh blah macam bajet budak medic. Bahahaha.
Skali skala kasi can la kan...

Hihihi.
Assalamualaikum.
Entri ni, patut aku publish 8-9 months ago.
Tapi... atas sebab-sebab tertentu, hal ini terpaksa dirahsiakan.
Aku busy dengan labworks, thesis, semualah.

Ok now, lets start.

We planned this to happen and Alhamdulillah Allah granted our doa. Syukur sangat.
We decided to have another one once Alya turns one, remember? I told you before in the previous post.
So, memang syukur sangat.


Sebenarnya, in February tu aku ada demam sikit. Mak aku dah suspect lain dah.
Tapi aku rasa tak ada apa-apa. Ye lah, badan kita kan?
Mesti la kita tahu. Especially bab pregnant ni. Instinct tu kuat kata tak.
In March tu jugak aku ada pergi urut. Sebab badan rasa tak sedap. And makcik bidan tu cakap aku kena plan la untuk next pregnancy since Cik Alya kan aku deliver by czer. So dia cakap dia angkat rahim aku bagi tinggi sikit. Sengkak rahim biasanya orang panggil. Aku relakan aje. Walaupun dalam hati gigih nak pregnant lagi. Dah cuak la sebab takut nanti usaha tak berhasil lepas sengkak rahim. Makcik tu cakap, bila dah sengkak, dah tinggi, chances untuk get pregnant tu kecik la. Ok, tak apa.

In April 2013, kenduri adik ipar. Reception belah pengantin lelaki which is my brother-in-law la.
Early April. Aku ok je masa tu. Cuma, rasa pelik gila sebab on the way back to Sabak Bernam, aku mintak cik asben stop sebab rasa nak terkench. Pelik. Sebab setakat perjalanan less than 3 hours tu aku boleh rasa macam tak tertahan nak pee. Balik Ganu yang perjalanan took almost 8 hours tu pun aku pee sekali je kot.
Ok. Dalam hati dah rasa lain. Tapi ada jugak berkata-kata, eh takkan kot. Hari tu makcik urut cakap kalau dah sengkak susah sikit nak lekat. Ok, lega kejap. Pelik, nak pregnant, tapi bila terlintas, rasa cam lain pulak. Bahahaha. Tak tetap pendirian nama dia. Itulah aku sometimes bila masuk bab-bab cenggini.

Lepas kenduri adik ipar, we went to Penang. Sebab cik asben ada conference. Seminggu jugaklah kami kat sana. And I was OK sangat. Tak ada apa-apa.
Tapi period masih tak datang. Aku ni, jarang delay period. Eh. Memang tak pernah la. Selalunya on time.
Tapi tak suspect apa-apa since Cik Alya masih bf. So aku anggap, it was hormon changes. Aku biarkan.
Bersuka ria di Penang for a week, then kami balik KL.
Isnin bermula dengan penuh ceria macam biasa.
I did my regular routine to collect EBM for Cik Alya.
Selasa menjengah, masih macam biasa. My regular routine pun masih macam biasa.
Same goes to Rabu, Khamis and Jumaat.
Tapiiii.. amat menyedihkan my milk production dropped. Ni bukan dropped sikit-sikit dah.
Bukan dropped biasa-biasa..
It was 4-5 oz before. Tapi minggu tu, nak dapat 2 oz pun boleh keluar peluh jantan betina.

Dah kenapa pulakkkkkkkk... Kata hati aku masa tu.

On Friday tu aku rasa macam.. Hmmmm.

Eh.. Eh.. Eh..
Jap. Anak bangun nak susu.
Sambung nanti yeh.
Stay tuned.. :)

Tuesday, December 31, 2013

Another bundle of joy!

Alhamdulillah.
Pada yang friend dengan aku kat FB, mubgkin dah tau. Yang tak tau, meh nak bagi tau.
Aku dah selamat melahirkan buah cinta kami yang kedua pada 5 December 2013.
Alhamdulillah. Everything went well.
Baby girl, 3.2 kg.
Baby sihat.
Unfortunately ibu ada complications sikit. Tapi alhamdulillah semua dah selamat.
Kami namakan puteri kedua ini double I. Kalau kakaknya dulu kita bagi double A, this time kita changed. Hihi...
Alhamdulillah..semuanya dah berakhir. Even semua tu merupakan nightmare bagi aku.
A traumatic one. Sumpah aku serik. Sumpah aku rasa regret. Tapi what to do. Benda dah jadi kan?
Apa pun, aku masih ada 2 puteri untuk dibesarkan dan dididik menjadi muslimah sejati, insyaAllah.


Birth story?
Huh.
Hidden file
Tak mau ingat lagi
Let it go. Let it go.


Walaupun aku tahu ia takkan ter'delete' forever dari 'RAM' kat kepala aku ni, aku akan cuba jadikan ia 'hidden file' forever.
Atau mungkin bila dah ada kekuatan terlebih kelak, aku akan share.

So hari ni, aku officially dah 26 hari post delivery.
Alhamdulillah. Very the sihat one.
Baru berkesempatan nak hapdet sebab everything has changed bila dah ada anak dua nih. Bahahaha.. Mommies out there yang planning nak tambah tu, bekalkan energy and mental secukupnya ya!

Ok. Sampai sini je kot update di hari terakhir 2013.
Akan muncul entry recap 2013. Tapi aku tak tahu bila boleh publish. Terperam dalam draft.
And yes seperti aku kata tadi. Mak anak dua yang tak pandai manage masa macam aku ni masih lagi terkapai-kapai nak bahagi masa. Breakfast pun pukul 12 p.m. Kau? Hado? Bahahahaha...

Friday, October 18, 2013

Hytex Warehouse Sale!

Assalamualaikum.. 
Lama hoi membisu.. 
 Raya kan... 
Hiiii.. Cobaan nak escape lettew.. >.<

Ada entri khas untuk random updates bersempena hibernasi yang hagak tak berapa nak lama tu.
Tapi lain kali aku up kan.

Yang ni macam lagi hot untuk gojes yang ternyata hot kat luar sana..

Hytex Warehouse Sale!!!!
Starting today until Ahad ini yakni 20 Oct ye u ols.
Serbu!!!

Ok. Ni festaim aku pegi.
Before ni pernah serbu Pureen Warehouse Sale..
Alhamdulillah, berbaloi..
Yang ini pun, alhamdulillah.
Berbaloi-baloi..

Ni ha poster dia.
Kalau lalu Jalan Gombak area Greenwood tu memang banyak ah depa tampal kat tiang lampu.

Disebabkan ini adalah festaim, memang ku gigihkan diri jugaklah even tak familiar langsung ngan jalan tuh.
Ermmm. Memang orang Gombak.
Tapi tak biasa ke arah sana.

Pagi tadi, nekad dah.
Lepas sarapan nak terus zass ke Dewan MPS Gombak.
Awal pun tak pe sebab nak kena cari tempat jugak kan..?
Memula Encik Asben tak kasi gi sorang.
Haishhh...
Bini dia nih mana boleh kannnn...
Mesti la nak pegi hari first pepagi buta.
Dia ajak aku gi esok pagi.
Memang tak lah kan...
Dengan Cik Alya lagi.
Lepas tu dengan weekend lagi.
Harus lah super sesak nanti.
Tamo lah aku.

Tapi, rezeki aku.
Breakfast dengan my senior, kebetulan beliau pun nak ke sana.
Kami gamble je lah.
Masing-masing tak tau jalan kan.
Dalam-dalam Encik Asben tak kasi tu, aku mintak jugak, mintak jugak.
Bagitau dah ada kawan nak pegi, barulah lepas..
Phew...

So lepas breakfast tu, terus keluar.
Sampai sana around 945 am kot.
Dewan masih gelap.
Orang pun takdek sangat lagi kecuali guard Hytex.
Kami tunggu depan pintu dewan okehhh...
Gigih takkk??

Lepas tu baru staff Hytex datang..
Then baru kami boleh masuk.

Feeling masa masuk dewan tu?
Perghhh.. Rasa nak balun je semua.
Santek semua..
Murah pulak tu.

Oi baju world of cartoons dapat less than RM20 ko.
Tak ke gile mata aku nengok nye..?
Ngan baju disney lagi..
Tenderly lagi...
Perghhhh..
Tentiba nak nyanyi lagi 'kalau aku kaya, hari-hari hari raya... lalalalala...'
Oit seriously aku rasa macam geram gile..

Masa kami serbu tu memang tak ramai orang.
Baju bajan pun mostly cantik berlipat lagi.
Ada yang masih berikat pun lagi.

Sonok weh nak pilih.
Cuma yang murah-murah tu ko kena pandai mix and match la sebab dia tak sekalikan.

Apa yang aku nampak, baju gegirl adalah sangat banyak sampai aku rasa tak tau dah nak beli yang mana.
Aim aku is baju bajan kecik je.
Pyjama Cik Alya and tshirts Cik Alya.

Lebih kurang baju bajan masa SOGO Sales.
Tapi yang ni lagi murah.
Kata harga clearance kilang..khennn?

Seronok wehh...
Aku zass sambar sana sini tak pandang orang dah.
Lepas dah rasa macam cukup dah, baru duduk diam sort balik mana yang ok and tak.
Dah sort tu, baru perasan aku ada yang aku terambik dua.
Haha.. Dasar tamak kann..

Ni lah antara baju bajan yang aku dah rembat tadi...
Selonggok jugak lah.
Lepas ni no sopping-sopping lagi dah.
Sep duet tuh haaa...
>.<


Ini baju bajan Cik Alya... Harap muat lah.. 


Ini gambar penuh..
Hoi best ah sopping rege macam gini.
Kalau normal price, mau melayang RM500-600 nih kot...

So, kesimpulan dia, total lost hari ini adalah RM302.
Termasuk 2 bath towels + mama bag...
Kikikikiki..

Aku rasa nak pegi lagi woiiii...
Tulunnnnnnnn.....

Friday, September 27, 2013

Randomness Friday

Assalamualaikum.

Hah tajuk tak menahan.
Dalam kereta tadi dah terfikir hari ni nak merepek apa.
Sebabnya, labwork Alhamdulillah 100% settled.
Tinggal nak touch up sikit-sikit last part of thesis.
InsyaAllah by end of nextweek dah boleh hand in ke SV.
(Confident aku nih. Semua orang tanya, aku jawab macam tuh. Hahaha.. Semoga Allah permudahkan. Aminn).

Ok, pertama-tama sekali, aku nak wish tahniah yang tertinggi-tinggi tahniah lah kepada wanita-wanita kat luar sana yang ternyata kental dan super gigih naik pangkat menjadi  isteri-isteri, ibu-ibu di usia undergrad. Ye, menjadi isteri dan ibu ketika masih belajar.
Aku super impressed.
Seriously.
And pada ibu-ibu yang sekarang ini masih kental dan gigih bekerja, belajar, dan menjadi ibu keluarga seperti Micha.
Tahniah untuk korang.

Kenapa aku super impressed?
Ok. Point no.1,
Jadi isteri sewaktu undergrad, mungkin orang kata senang.
Ye lah, jadi isteri je pun. Anak belom ada. Kan?
Tahukah korang, jadi isteri ni baaaaaaaaaaaaaaanyak benda nak kena fikir.
Most of the time, isteri adalah orang paling last dapat lelapkan mata dimalam hari. Betul tak?
Waktu undergrad, of course, semua benda pun nak kena baca.
Classes to be attend tu jangan cakap lah kan.
Dengan quizzes, exams, bla bla bla kan...
Kalau aku, awal-awal surrender kot.

Dan bila ada suami, makan pakai dia nak kena fikir la. Itu tanggungjawab dah.
Kalau duk hostel, maksud aku Perkahwinan Jarak Jauh a.k.a. PJJ, boleh la spend most of the time mengadap buku and all the study stuff. Kan?
Bole berlagak macam bujang.
Hanya weekend je spend time untuk uruskan suami.
Contoh basuh baju dia, gosok baju dia, masak untuk dia, kan?
Tapi cemana pulak dengan yang tak duk hostel..?
Maksudnya yang dah duduk sendiri...
Hmm... Time management memainkan peranan sangat penting.
Ko pandai handle and arrange time yang ko ada, Alhamdulillah, ko excellent.
Tapi jika tak, nahas yang ko cari. Study ke mana, family ke mana.
Sebab tu aku cakap, aku super impressed dengan some of my friends yang kawen masa undergrad, and they scored!
Superb sangat.

Point no.2,
Bila dah jadi isteri, of course la teringin nak jadi ibu kan?
Ini lagi 1 benda yang buat aku super duper impressed.
Mengandung waktu undergrad.
Ya Allah, besar ganjaran mereka. Usung perut boyot naik turun tangga attend classes.
Sumpah aku impressed gile.
Itu belom tambah dengan morning sickness pembawakan budak lagi.
Emmmm.. Jujur cakap, aku yang mengandung bukan masa undergrad ni pun tak daya nak melayan morning sickness time dah critical sangat tu. Longlai beb.

Heh, ingat mengandung ni senang ke?
Senang pada yang tengok tu mungkin lah.
Tapi tak berapa senang pada yang mengalami.
Bukan mengeluh. Tapi nak mengingatkan.
Kesian mak-mak kita mengandungkan kita dulu.
Hormatilah ibu masing-masing.

Point no.3,
Bila dah ada sorang anak, tambah lagi sorang anak dalam perut.
Yang ni, kalau ibu tu further study, sambil kerja pulak tu, memang aku gile impressed.

Contoh dia Micha lagi.
Maap la kak, entri ni banyak jual nama ko. 
Sebab ku impressed gile ngan kegigihan ko kak Cha. 
Dengan buat barang meniaga la malam-malam. 
Sampai nak tercabut . . . katanya..

Siang weekdays, masuk office.
Siang weekends, masuk kelas.
Ya Allah, Supermommy sangat nih.

Aku tak terbuat lagi kot setakat ni.
Ni buat master fulltime research pun aku rasa dah semput.
Padahal tak payah nak susah-payah attend kelas ke apa pun.
Melangut je kat lab tunggu experiment siap.
Lepas tu collect data.
Lepas tu buat thesis.
Lepas dah bosan, layan FB, layan blog, baca gossip.
Nampak macam rilex. Tapi penat otak tak siapa tahu.
Walaupun kadang-kadang nampak macam tak berfikir sangat pun.
Eh, ko kalau berfikir, ko nak bagitau orang ke? Tak kan?

Haa.. dah tu balik petang, nak bersilat kat dapo pulak.
Kena time anak meragam, haaaa.. bersilat dengan anak dulu, baru boleh masak.

Beli lauk siap?

Haaa.. boleh.. tapi tak semua tekak suami kita boleh telan kan?
Kadang, lauk beli, walaupun meriah macam kenduri, nasik 1 pot pun tak habis.
Cuba ko buat masa sayur air bening, goreng ikan sadin, sambal belacan..
2 pot pun licin. Haa.. Gitu kekdahnya kan.
Air tangan isteri katanya.. kan?
Jampi apa tah sampai 2 pot tak cukup. Muahaha..

Point no.4,
Ermmmm.. Blank dah pulok.
Acane..?
Kesimpulan terus, aci? Hahaha..

Kesimpulan dia kat sini, aku nak cakap,
Kepada suami-suami, jangan lah sesiakan isteri memasing.
Kekadang tu buat le seprais sikit ke deme ni macam suaminya Si Anez ni ha.
Flower-flower gittew on her birthday.
Heee..

Ehhh.. Suami i ols pun tau bagi munge jugak tau.
I ols je malas nak kecoh kat sini. 
Nanti dia marah, tak kasi munge teros dah kang. Haha.
Eh, jap. Ni kua topik nih.

Kepada isteri-isteri, ibu-ibu terutama yang beranak lebih dari 1, berkerjaya, sambung belajar pulak tu,
segunung tahniah aku ucapkan.
Korang memang gojes supermom!
Aku kagum.

Kepada anak-anak pulak,
terutamanya bukan anak tunggal, hargailah ibu anda.
Susah payah mereka ngandung kan ko dik.
Nak pulak ko ngan akak/abang ko jarak setahun je.
Kesian mak korang. Nak handle abang/akak korang lagi, ngan korang lagi dalam perot.
Yang tunggal pun tak kurang jugak.
Mak korang susah ngandungkan korang.
Nanti korang dah jadi mak-mak, tahu la macamana.
Ahkak ni pun dulu tak rasa oii..
Ni ha dah mengandung, beranak, mengandung lagi, baru reti bahasa..
Susah dik. Bukan nak mengeluh.
Cuma nak bagi korang tahu, betapa susahnya mak-mak korang nak besarkan anak-anak sejak dari dalam perot.
Hargai dan sayangi mak-mak korang ye.
Tak bagi adiah pun tak pe dik.
Hormat je pun cukup.
Kecik ati mak kalau ko kasar-kasar ngan dia.
Ahkak ni, walaupun anak kecik lagi, kalau dia buat hal meragam, ahkak menangis dik.
Haa.. ko jangan tak tau.
Ahkak ratu air mata sekarang.
Mudah sentap kalau anak meragam lebih sikit. Penat la tu kekdahnya... Harap paham.
Tapi cik Alya sometimes je la meragam out of control.
Sekarang aku dah pandai dah nak tackle kalau dia buat hal.
Alhamdulillah. She's big girl now. :)

Ok. Dah.
Sampai sini je lah rapuan aku hari ni.
Dah macam tazkirah Jumaat pun hado.
Tahniah la yang khatam sampai perenggan last ni.
Aku malas nak tepek gambo.
Harap Maklum.

Happy Weekend supermoms!

Thursday, September 5, 2013

Testimonial Sendiri : Cadangan Set Berpantang

Salam A'laik.
Hari ni cerita Shaklee lagi.
Sebab apa?
Sebab tak ada cerita lain yang best buat masa ni.
Tambah dengan diri rasa teruja dengan banyak perubahan yang pernah dirasai dengan Shaklee. Pergghhh.. Ayat tak menahan.

Seperti sedia maklum, aku memang dah decide nak ambik cadangan set berpantang Shaklee ni masa pregnantkan Cik Alya. Cerita lanjut ada kat sini.

Teringat kisah pergi check up masa lepas habis pantang tempoh hari.
Selepas disarankan oleh makcik aku (adik ipar ummi yang bongsu), Incik Asben dan ummi bawak aku ke Klinik Pancho. Lokasi dia dekat dengan Hospital Kota Bharu.
Klinik tu memang hebat bab-bab ibu mengandung dan bersalin tak kira bersalin normal atau instrumental (termasuk Cesarean).

Bila nama dipanggil, aku passed Cik Alya pada TokMi.
Incik Asben bawak aku masuk.
Laid on the bed provided dalam tuh.
Pastu doctor checked, belek belek tempat operate.

Doctor, 
" Seriously u've undergone cesarean section?"
Aku, 
" Yes, I am." 
Muka dah konfius dah sambil dalam hati cakap, doktor ni dah kenapa buat muka pelik. Teruk sangat ke dah parut aku tuh.
Incik Asben, 
"Kenapa doktor? Ada masalah?"
 Dia tumpang cuak jugak.
Doctor, 
"No. Tak ada apa. I just wondering. Sebab it's clean. Cantik sangat. It's either staff kat hospital tempat awak bersalin tu memang cekap buat kerja, or the medications you took. Boleh saya tau makan ubat apa?"
Aku, 
"Tak makan ubat apa pun doktor. Supplements ada lah. Tapi basic je. Brand Shaklee."
Doctor, 
"Owh.. Shaklee. No wonder lah. So everything is good. Saya tak payah add on any medications lah. Just continue what you have started ye."

Pastu kami keluar dengan muka tak tau nak buat muka apa. Haha.

And lepas tu, latest, masa check up Cik Alya kat KK, nurse insist nak check jugak scar aku. Hapekahhh?
Padahal anak dah setahun setengah kot. Tapi dah dia nak check, aku kasi je lah.
Dan lagi sekali situasi yang lebih kurang sama macam kat atas, terjadi.

Nurse,
"Awak operate betul ke?"
Aku, 
"Eh? Betul la."
Nurse,
Belek-belek cari sesuatu yang macam tak jumpa.
"Tapi tak ada parut pun ni. Cantik. Awak bersalin kat mana? Makan ubat apa masa pantang?"
Aku,
Dalam hati cakap, adehhh.. lagi sorang..
"Bersalin kat Hospital Selayang, makan set pantang Shaklee masa pantang hari tu."
Nurse,
"Oh, adik saya pun makan shaklee untuk ibu menyusu. Memang bagus. pot pet pot pet (cerita pasal adik dia beli ESP harga tak sama macam aku sebut. Panjang jugak cerita dia. Sebab tu aku malas nak tulis. Haha.)

Kebetulan pulak, nurse tu tengah pregnant. So aku suggest je la apa yang aku tahu.
Semoga mendapat manfaat bersama.. Kan?
Tak salah pun berkongsi kebaikan. Ye dak?
Feel free to contact me kalau ada nak tanya apa-apa.
Tanya je pun tak pe.
Nak compare price pun aku tak kisah. 
Seriously aku tak tipu. 
Cubalah.. :)

Oh. Kisah penuh pasal testimoni ni, boleh baca kat sini.

*** So far aku jumpa dah ramai doktor dan nurses yang cakap benda ni bagus. So, tak cuba tak tahu. Dah cuba nanti, barulah jatuh chenta. Haaaa.. gittew kekdahnya.

Friday, March 29, 2013

MiPump The First Year Double Breastpump

Assalamualaikum..

Maaf la.. Sangat busy lately. Apa yang di busy kan entah. Tapi terasa sangat la ke laut. Diri sendiri pun rasa dah sememeh sangat dah. :P

Ok. Tajuk macam nak jual breastpump.
Tapi sebenarnya tidak. Saya received banyak emails nak mintak tolong belikan.
Banyak sangat. Half of them saya sempat reply, Alhamdulillah.


Tapi nya.... yang haru.. bila saya forward kan terms and conditions yang my friend buat tu, terus depa tak respon balik dah. Saya pun tak tahu kenapa. Nasib baiklah kawan tu tak proceed oder dengan supplier lagi. Kalau tidak, kesian dia.
Tak kurang jugak dengan back-out buyers. Subhanallah. Kesian kawan tu. Dah la mintak balik deposit. Sedangkan T&C dah cakap deposits are not refundable. Tak baiklah korang buat macam tu. Orang beniaga, cari rezeki. Dia pun tak ambik untung banyak pun. Yang saya tahu, not more than RM10 pun untuk dia. Dah la modal dia beli packaging papers bagai kan, kos dia gi pejabat pos lagi.. Haaaa.. Kesian la dia..

Dan dengan itu, saya kesian sangat kat dia, dan nekad untuk tak nak respon jugak dah.
Sorry tau korang. Bukan tak nak tolong. Tapi takut perkara lama berulang. Kesian la kawan tu.

TAPI.. saya ada suggestion untuk korang-korang yang dah comment and tinggalkan emails tu.

Cenggini u ols..
Try to cari pam tu kat amazon.com atau pun ebay.

My friend ada jumpa tak sampai RM300 pun. Memang new. Straight dari kilang.
Cumanya, macam saya punya ni la.. Warranty dari US. Apa-apa jadi, memang kena ganti motor baru la.

Motor saya, Alhamdulillah dah pakai setahun lebih, bebaru ni ada susu back flow, tetiba 1 suction je ada. So.. tamat lah riwayat dia. Tapi saya tak buang sebab 1 suction lagi masih functioning well.

Saya order motor baru. RM85 je baru u ols.
Kalau nak dibandingkan dengan harga kos u ols nak pos ke US nun. Dengan nak nunggu lama depa duk repair ke cek ke service ke apa kannnn?

so u ols.. jangan marah saya tak respon ngan komen u ols tau.
Saya bagi idea baekkk punya ni.
U ols cari sendiri kat amazon.com or ebay. Mana tahu kot dapat lagi murah.. kan? :)

And agaknya kawan tu pun da serik kot. Dia sendiri memang tak amek order from strangers dah. Unless sedara mara, kawan ofis asben dia.. or sape-sape yang dia kenal and dia rasa memang takkan back-out..

Harap membantu ye.
Sorry sangat-sangat.

Oh. Lupa.
Untuk my dear yati..
Yang latest komen tu.. hihi
Aini dah cuba pumping dalam kereta while driving.
Hmmm. Memang boleh. Tapi Aini tak konfiden la. Sebab if pusing stereng, tersangkut sheild, nanti botol terpeleot dan susu tumpah. Huuuu. Sayang kan? Sheild dia kan jenis strechable gitu. So bahaya sikit kot.. :)

Tuesday, December 25, 2012

Challenging

:-(
Bila anak tak sihat, rasa macam 1 dunia gelap.
Current feeling, bercampur gaul. All in one.
She's having a bad cough.. Yes, very bad. This time, paling worst kot.
Detected on last Thursday.
Continued on Friday. Getting worst ,indeed.
Took her first nebulizer in life on Saturday. Poor my lil girl.
Nebulizer helped a lot.
Took second nebulizer on Sunday.
Went home and her night was terrible. She couldn't sleep well.
Ya Allah,poor my lil girl.
Monday morning,ibu decided not to go to campus. Taking care of her for the whole day.
Had a nebulizer again on that morning and doc said she needs nebulizer 3 times a day.
Morning, afternoon/evening, and night.
Challenging. Seriously very challenging.
This is the risk parent should face when decided to send their child to nursery (the place where viruses spread fast).. My bad. If only ibu can take care of you dear. This thing will not happened. :-(
Husband and i decided to go to HP (homeopathy) after i found out that Dr.Nadir Khan was on leave until January.
**Dr.Nadir is a famous doc (a friend of mine told me plus i did some research on the internet) who can handle infants' problem due to package of bad cough and phlegm.
I called another Doc in Desa Melawati and guess what,she's on leave until January TOO.
Oh. Seriously very challenging.
If only i can exchange the cough, i will do so. I'll do anything. As long as she's fine and smile just like before.
One thing that makes me smile and release is, she's still active. She'll cry and not in a good mood when and after she coughed. I believe that was the power of breastmilk. She refused to eat. But she loves the milk. Frequency of direct feeding masih maintain malah sometimes it increases. Alhamdulillah.
Today, we still continue the nebulizer routine. Hopefully, no more nebulizer for tomorrow or lse she'll be refer to the hospital.
Subhanallah, what a big challenge. Allah knows husband and i can bear this, that is the reason why He gave this test to us. Thank you Allah. You know The Best.
Dear mommies, readers, please pray for my lil girl to get well very soon...
Ibu lost 1kg now.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015