Showing posts with label Mantan Bride-to-be. Show all posts
Showing posts with label Mantan Bride-to-be. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Wedding review : Solemnization outfit

Assalamualaikum.
Nikah dah nak masuk 10 bulan, tapi gedik nak buat review lagi. Boleh gitu?

Apa yang saya paling pasal akad nikah saya ialah, warna tema kami.
Memang dah lama impikan nak buat wedding black & white.
Nak buat untuk reception takot mak tak bagi. Ye lah, macam orang berkabung je kan.

Saya buat simple kurung moden aje. Memandangkan masa tu rasa macam badan gemok dan tak sesuai nak pakai dress. Saya dah la rendang.

So I decided untuk tempah dengan kawan Ummi. 2 pasang simple kurung moden dengan harga RM180.
Ok lah kan?
Pattern ni inspired by Majalah Dara.Com keluaran Disember 2010 kalau tak silap. Saya suka sangat cuff dekat tangan tu. Tapi bila dah siap, rasa macam tailor tu salah buat je sebab bila compare dengan gambar actual dekat magazine, macam tak sama. Huhu. Tapi redha je la sebab dah siap kan.
Apa pun, solemnization ni adalah event paling saya suka dan paling saya tak boleh lupa. Hiiii.

Friday, November 4, 2011

Mas Kahwin Dalam Bentuk Cek

Assalamualaikum.
Hai. Lama tak jumpa. :)

Gaya tajuk entri saya macam saya baru nak nikah, kan?
Macam saya tengah planning nak suruh suami buat mas kahwin saya secara cek atau tunai. Huhu.
Tak, sebenarnya tertarik dengan 1 isu yang dijawab oleh UAI (Ustaz Azhar Idrus) dalam laman sosial facebook.



Interesting sangat.
Mungkin yang bertanya tu realize, sekarang mas kahwin dah mula mencacah belas-belas ribu. And ada jugak mungkin yang dah mencecah puluhan ribu ringgit. Kan?

Isu ini pernah ditanya oleh encik suami sebelum kami nikah dulu.
Suami pernah bertanyakan saya beberapa hari sebelum kami dinikahkan dulu.
Dia tanya saya mahukan cek atau tunai. Secara jujurnya, saya tak kisah pun.
Betul la kata dia, kalau tunai nak dibawa travel 7-8 jam, risau la jugak.
Kalau cek, mungkin tak rasa ralat sangat. Ye tak?

Saya tanya pendapat Ummi.
Ummi refer pada ustaz yang akan nikahkan kami tu.
Then conclusion dia, better tunai je sebab if pakai cek, masa akad, encik suami tak boleh sebut
"Aku terima nikahnya, Noraini ... dengan mas kahwin RM(jumlah) tunai"
Akad harus dilafazkan sebagai 'hutang'.
Saya tak nak lah lafaz kami nanti ada word 'hutang'.
Macam tak best lah pulak kan?

So, saya decided untuk pakai tunai aje.
Lagipun bukan banyak mana.
Caranya encik suami bank-in tunai tu ke akaun saya.
2 hari sebelum akad, saya cash kan jumlah tersebut dan susunkan dalam album sebagai mas kahwin. :)

Kan senang tu.
So, to the B2B out there, discuss ye dengan bakal suami masing-masing.
Jangan tersalah pulak.
Akad harus diulang tau if husband bagi cek, tapi akad dilafaz sebagai tunai.

P.S - Saya fan UAI. :) Peace. Almost everyday layan ceramah dia. Best.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015