Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Wednesday, September 26, 2018

Must Visit : 99 Wonderland Park, Tasik Sri Murni

Assalamualaikum.. Sis kembali.. Disamping kerja hakiki membebel di kelas.. Sis jugak mempunyai hobi membebel di tempat lain (read: di blog dan socmed). Kengkawan memang dah tahu sangat dah. Kalau membebel memang payah nak stop. Dan hari ni, nak membebel pasal satu tempat best ni.

Weekend baru ni (Saturday) bawak the kids ke 99 wonderland park.
Plan nak pergi petang asalnya. Tapi dek kerana area sini asal petang je hujan, asal hujan je petang, siap pakej ribut petir, maka kami ubah plan. Siap-siap jam 10 lebih keluar rumah.
 

Wednesday, December 31, 2014

2014 comes to its end

Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah, yang Maha Menciptakan segala yang ada di langit dan di bumi.

Finally, 2014 bakal melabuhkan tirai.

Setelah pelbagai cabaran, ujian dan anugerah yang Allah kurniakan kepada aku dalam setahun ini, Alhamdulillah. Syukur aku masih bernafas. Masih punya peluang untuk memperbaiki diri.

2014, tahun yang penuh dengan benda baru untuk aku belajar.

Friday, July 11, 2014

school time = amazing!!

hehe...school time..




ape yang korang terfikir bila sebut saja school girl?
for me..school time itu adalah satu zaman yang paling indah dan manis untuk di kenang..
asal terkenang saja..mesti akan tersenyum-sengih sendiri dan terheret ke mode memory lane..huhu....noraini ini..nampak saja macam tak buat masalah..padahalnya...zaman sekolah dulu dah penah jadi penjenayah yang paling dikehendaki oleh cikgu disiplin..haha....

masa primary school..

aku memang seorang librarian..tapi..aku jugaklah makhluk yang selalu seludup buku-buku library yang baru sampai...bawak balik rumah..baca..lepas tu esok pagi hantar...haha...
tapi sampai ke sudah tak de sape tahu...sekarang baru revealed..haha..
nasib baik UPSR menjadi salah seorang dalam list 15 murid cemerlang (haha..muntah sekarang..masuk mesin basuh,basuh sendiri namanya ni..) 
Sek.Keb.Kg.Raja..dapat 5A...haha...

masa secondary school pulak..

noraini ini pernah menyebabkan seorang warden itu dilucutkan jawatan dia..haha..
padan muka dia..dia yang pedajal aku dulu..rasakan la...ingat haku bodoh ke?? 
ade ke..warden celaka itu gertak nak gantung aku..sebabnya ade kontroversi..
ape tah masalah dia...dia ingat aku penakott...haaa...padan la muka dia...
aku tak pernah benci dekat cikgu...tapi dengan yang dia ni..serius la...
memang tahap dewa aku tak leh blah...

masa dekat MRSM...aku prefect..huhu..
tapi dekat MRSM dia tak panggil prefect la..
dia panggil mereka LDP..(Lembaga Disiplin Pelajar)...haha...
dan disitu la aku menjadi 'lembaga' disiplin pelajar...
'lembaga' ini lah yang suka ponteng solat jemaah dekat surau maktab..
'lembaga' ini jugak la yang suka ponteng prep petang dan malam..
'lembaga' ini jugak la yang ajak kawan-kawan buat solat jemaah dekat dorm kosong sebelah dorm kitorang..
sebab kitorang takmo g surau maktab..
so,pegi nyorok dekat dorm sebelah..
lepas tu solat dekat situ..haha..
sehingga lah kami kantoi dengan kakak ketua dorm..ngeeeeee.....
biasalah..budak-budak lagi masa tuh...:)
seronok tahu buat jenayah ni....walaupun jenayah biasa-biasa saja..

masa dekat KOPU pulak...

aku memang tak jadi prefect ke ape..huhu..
bertambah la pulak aura penjenayah dalam diri ni....
suka sangat ponteng prep...lepas balik sekolah..
rasa penat dan ngantok..
cari ubat-ubat..
letak dekat meja study...
lepas tu tido...huhu...
masa warden buat spotcheck..mesti la terlepas..sebab dia bajet aku demam..haha.....

and yang paling seronok..

jenayah paling besar masa dekat KOPU dulu...ialah...

aku and kawan-kawan..pegi pedajal budak-budak laki yang nak gi solat terawih dekat surau....
tau tak kami buat apa? eheeeee....
kami pakai topeng muka buruk gila tu..
lepas tu pakai telekung..terkejut wei dorang masa tu...
padahal dah tau masa tu bulan puasa..
agak-agak la kan nak takot pon...
bulan puasa beb...heeeee.....
lepas tu...kami main baling-baling mercun pulak ngan budak laki...ngeeeee.....

Indahnya zaman sekolah..
Dah sebelas tahun tinggalkan bangku sekolah.
Tapi memorinya, tetap segar diingatkan..

:)

To my dearest princesses, jangan naughty macam ibu.
Just be brilliant like me, itu tak apa. Hahahaha

Tuesday, January 7, 2014

Recap 2013

Assalamualaikum...
Heee.. Jumpa di tahun baru, finally.
Kehamen dah seminggu masuk tahun baru, baru kau nak terkedek-kedek recap 2013. Memang dasar sangat!!!
Oh well.. kan aku dah cakap, mak anak dua macam aku ni sekarang bagi 24 jam pun tak cukup.
Padahal newborn aku bukanlah cranky macam Cik Alya dulu.
Sleepless night aku, rasanya sehari dua je kot.
The rest, adalah super best. Bangun susukan dia, tertido macam tu je. Good girl sangat kan?


Ok now, let's move on dengan recap kita.

Too many things happened in 2013 indeed.
Tapi tak semua aku boleh recall since lepas bersalin baru ni.
Too many wires short kot. Bahahahahaha..

Ok. Joking. Jangan ah serius sangat. Tahun baru kot.

Memorable things happened to me in 2013
First quarter of 2013, masuk tahun 2013 dengan semangat membara nak settlekan thesis yang due nya Sept 2013.
But end up dengan kena prepare surat extension since macam banyak gila lagi labwork tak siap.
Hahaha.
Oh. First quarter ni jugak, Cik Alya got her first tooth.
And... oh.. She also got her first step in this first quarter.

Second quarter of 2013, I found that I was pregnant with our second child. Alhamdulillah.
And it was planned.
Yes, we planned to have another one once Cik Alya turns one.
And again, Alhamdulillah, Allah granted our prayers. :)

The most energetic pregnancy.
The most challenging pregnancy.
And yes, the most shhhhhh pregnancy that I had. Hahahaha..
People don't even know that I am carrying our second baby at that time.
Bukan niat nak merahsiakan. Tapi dek kerana kerja yang selonggok dan melonggok-longgok, segala happiness sharing adalah harus ditangguhkan buat sementara waktu.
More story about my second pregnancy, soon ye aku selongkar.


Third quarter of 2013, I was very busy with my thesis writing, data collection and data analysis.
Super busy.
Ambik stok kat Shaklee pun tak sempat and I had to order online. Walhal sekentut je kampus dengan KL branch.
In this quarter, memang aku tak sempat nak fikir pasal lain.
Hari-hari, dalam kepala hanya ada thesis.
The main target was, by hook or by crook, thesis aku kena submit jugak byk end of 2013


And the final quarter of 2013, I managed to settle all the thesis-thingy. Alhamdulillah.
Lega. Even di saat-saat akhir betul semua benda settled. Syukur.
Yes, I am a last minute person. Dari zaman sekolah rendah. Terbawak-bawak ke zaman post grad. Teruk.
And, in the final quarter ni jugaklah, a cute baby girl was born. :)
Our second bundle of love and joy.
Syukur semua selamat even I had a very traumatic experience.
Tapi sebenarnya, experience tu banyak mengajar aku.
Banyak membawa aku untuk lebih banyak membaca, buat observation.
Hoi dah gaya budak medical pulak bila dah baca macam-macam. Fuhhh.
Dah tak pasal-pasal doctors and nurses kat ward tanya aku ni medical student ke sebab banyak sangat aku tanya dorang medical term related. Bahahaha.
Banyak bertanya, dapat ilmu. Kan?



Ok. Itu je recap yang aku nak coret. Nak masuk gambar tak boleh. Sebab blogging ngan hp je nih. Bawak bersabar ye.
Till we meet again ya!

Wednesday, October 2, 2013

Hari ni PMR 2013

Assalamualaikum..

Hiii..
OK hari ni tak de cerita shaklee eh..
Muahahaa..

Aku baru tahu hari ni first paper PMR.
Tu pasal aku pelik kenapa ada Dr.Fazley dalam Johara pagi semalam duk cerita tips nak masuk periksa.
Blur dah. UPSR kan dah lepas. SPM pun lambat lagi. Rupanya PMR hari ni. 
Maklomlah, tak de adik form 3. Jadinya tak amek port sangatlah.

Aku amek PMR 12 tahun yang lalu.
Hmmm.. macam dah lama kan?
Hoi memang dah lama gegila kot. Sampai aku pun dah lupa apa paper first aku hadap dulu.
PMR 2001.
Masa tu kat MRSM YT Besut.
Memang tetiap petang ummi datang tanya kabar.
Kikiki.
Rumah selompat katak je ngan maktab.
Tetiap hari tu jugak lah dia bawak makanan yang aku nak makan.
Heaven sangat!

Ni nak bagitau satu rahsia.
Sebab sekarang dah lepas stage degree kan?
So.. berani dah la nak reveal. Hihi.

Percaya tak, aku meniru masa paper Geografi PMR dulu.
Hiiiiiii..

Aku sendiri pun tak percaya okeh yang aku dah berjaya buat kerja terkutuk tuh.
Ya Allah. Sekarang dah insaf. Nasib baik masuk U tak masuk Art Stream yang related ngan Geografi.
Nasib aku masuk Science Stream yang sah-sah la aku usaha sendiri perah otak jawab peksa.


Nasib jugak, lepas PMR aku straight tak fikir panjang amek pure science.
Tak de terjebak ngan Geografi lagi.

Phewwwww....

Dalam terketar-ketar (budak skema tak pernah meniru kata ko).
Akhirnya ku submit answer script tu dengan full lah.
Nasib baik.
Aku terpaksa kot time tu.
Sumpah aku memang slow gile bab geografi.
Memang tak skor pun dari awal.
Memang aku tak pernah hafal. Eh. Bukan tak cuba. Cuba... tapi entah..

Cane aku tiru?
Haaa.. ada sorang student ni memang dia bijak gile ah Geo ni.

Ko tau dia jawab paper Geo 30 minit je weh.
Dalam pale dia ada peta dunia hagaknya.

Takpun ada record pasal atlas.
Memang hebat.
Si student ni memang ada buat copy jawapan kat kertas kecik plan nak passing kat kawan-kawan dia.
Alahhh.. Budak laki MRSM. Normal la kot. Hahaha.

Tetiba cane tah aku boleh terjebak.
Cuak weh sebab lastly bendalah tu ada pada aku sebab aku orang last yang amek.
Gile tak cuak?
Kalau kantoi, aku sekor je yang kena woiii..
Dalam shaking nak mampos tu aku macam blank cane nak kua kan 'toyol' tu nak boldkan kat jawapan aku.
Tetiba bila invigilators announce dah tak boleh pegi toilet, dorang sume jalan ke depan, aku sesenyap dan berani-berani-takut keluar kan 'toyol' tu dan salin cecepat.


Aku tak de lah tiru semua. Ada yang lobang-lobang tu aku tiru la.

Tapi aku salin ah sume 50 jawapan dia.
Compare ngan yang aku punya. Hahahaha..
Sempat pulok.
Lepas tu 'toyol' tu aku simpan dalam serkop.
Kahkahkah.

Memori beb.
Mampos kalau ada cikgu aku baca ni ha.

Jatuh air muka. Dah la dulu pengawas. Kikiki.
Jangan ikut perangai akak ni ye adik-adik..

Tak bagus..


Haha...
Bila result keluar, aku memang tak heran la result Geo sebab aku tau budak tu memang hustler gile bab tu.

So memang aku yakin lah A. 
Dann.. memang A pun..
Tapi ye lah kan.. Allah Maha Adil. Dia tak buta. Nampak semua tindakan kita.
Dia bagi aku A Geo, tapi aku tetap tak dapat straigt A.
Haaa.. Buat jahat lagi..
Aku dapat 7A, 1B.
Dan korang tau apa yang aku dapat B?
Haaaaaaa.. mesti tak caye..
Aku B English okehhh..
Tak percaya sangat. Teachers suh aku recheck.

Haha. Memang tak ah kang.. 
Buat recheck kang down grade jadi C, lagi parah.

So, pasrah je lah.
Anggap itu balasan sebab meniru Geo.


Dan sekarang, Alhamdulillah..

Aku berada di mana aku berada sekarang.
InsyaAllah, another step left untuk sampai ke puncak.
Doakan ye..


:)

Terima kasih ummi ayah atas segala dorongan dan sokongan.

Menjadi telinga untuk semua masalah aku.


Ehhhh... Iklan jap.
Korang kalau nak order Shaklee, PM je lah eh...
InsyaAllah, mampu milik..
Ku kasik yang betul-betul fit ngan bajet korang..
InsyaAllah..

Friday, February 10, 2012

Awesome! Thank You Photobook.

Assalamualaikum.
It has been almost 1 year since we're husband and wife. And almost 8 months I owned a voucher from Photobook Malaysia. I bought the voucher on 3rd June 2011.

The voucher will expire on this coming 29th February. I've to rush since everything was not ready yet. 50% done and after that I was very busy with the pregnancy things.

In December, I tried so hard to complete everything. Collecting all the photos, selecting the best one, arranging them into the software downloaded and finally it was DONE in end of January. Phew. Finally.

I sent the order on 31st January.
There are lot of holidays and I just can't wait to see the final product.

And today.... Finally, I received a parcel and I was so excited.
Too much excitement!
Excited to see the real size of my photobook. It was too big. Really. Too big. I didn't expect it will be that big. Hiiiiiii.
Excited to see the photos printed inside the photobook. It was clear. No blur, no greyish or what-so-ever. It was just PERFECT! ^_^

Here some snapshots of the photobook that I received.













Oh. For your info this is 17.5" x 12" X-Large Landscape Imagewrap Hardcover photo book (ImageWrap Matte Lamination) with 190gsm Photo Lustre Paper. It was 80 pages.

How do I get the voucher?
I received an e-mail about the promotion voucher. The voucher only cost RM200. The actual price of the photobook is RM800. It's worth. Really worth. Right? ^_^
Kindly visit Photobook Malaysia for more info about their latest promotion. Grab the opportunity.
To Photobook Malaysia,
Thank you so much for your service. It was great. Too great. And awesome!
I really love the final product.
It was unexpected. It was more than what I expected. Seriously.
Thank you again for the quick and convenience services.
Sure will make another order again next time. 
It might be for my maternity photos soon.
Please, offer another GRRRREAT voucher again. Heee. 
I'll surely like it so much. Hehehe.
Thank you.

Hoh. Dah macam promoter pulak kannnnn?
But seriously I am very satisfied with the final product.
Tak sabar nak balik tunjuk kat husband. Ngehehehe.

Sunday, October 17, 2010

Memoirs | Convocation Day

26th IIUM Convocation Ceremony

Thanks for the bouquet dear. :)
:) I made it..





Cantiknya CAC. Rindu.....
Finally...

Sunday, October 10, 2010

These are my guys and girls | Convocation Mode

Assalamualaikum..
Saya tengah masak nasik lembik.. Teringin. Sebab malam tadi my lovely sis (angah) buat sup. Dan yang paling best, cili kicap dia adalah marvellous... :) Yang membuatkan saya jadi addicted. Thank you cayang. :) I akan selalu datang menyemak kat rumah u. Hehehe..

Ok now.. Kita masih lagi dalam convocation mode. Oh. Silap. Mungkin bukan KITA. Tapi SAYA. Saya memang excited. Rasa macam sampai bila-bila pon nak stay dalam mode ni. It makes me feel sooooooo good. I love my current feeling.

And hari ni, saya nak introduce anda semua dengan rakan study group saya. Mereka superb. I heart them sooooooo much. Thank you for all your helps. Mungkin before ni saya pernah bercerita mengenai mereka di sini. Tapi mungkin ada yang tak perasan. So, kali ni let me introduce sorang-sorang.

Oh. Before tu.. Saya nak cakap, dorang semua ni dah banyak tolong saya sepanjang 2 tahun terakhir saya di IIUM. Kami lambat sikit become closer. Awal-awal dulu macam tak rapat sebab guys classmate saya macam tak rapat ngan pompuan. Eh. Saya cakap MACAM. Hehehe. Tapi, diorang sangat baekkkkk...

Macamana terjadinya kami mula membuat study group? Semuanya sebab subjek corrosion and protection yang susah kami nak faham. Huhuhu. Maka, di sini lah segalanya bermula. :) Really miss that moment guysss...

Because of mereka jugaklah saya dah pandai study kat library. Hahaha.

Kerana mereka jugak lah, birthday saya yang ke-23 menjadi sungguh superb and will never be forgotten. Thank you guys. Thank you Meor for the ice-cream cake yang aku rasa aku takkan dapat dah lepas ni.

Dengan itu jugaklah.. Terciptalah my pictures of the happiness. :)

Dan juga... ini..

I really miss u guyssss...
Thank you so much for everything. Every knowledges that you shared with me. Every thoughts.
Thank you untuk yang penah hantar aku pergi interview. :)

 Meor Adli | Nik Hilmi | Muhammad Fahmie

The engineer. :)

Lecturer to-be :)
The Busy Lady yang salu sangat outstation :)

Mr. King of the AGD. Proud of u. :)

Mr. Engineer-to-be :)

Thank you so much for being there whenever I lost in the real track. Finally we got our Bachelor Degree of Engineering (Materials) (Hons). Yeay. :)
Keep in touch ya.

Thursday, October 7, 2010

Thank You Guys...

Assalamualaikum...
Cerita konvo lagi. Nasib la korang. HEHEHEHE. Saya tengah excited dengan mood convo lagi neh. Tak puas lagi sarung robe tuh. Tak puas lagi rasa naik stage. Tak puas lagi rasa jumpa kawan-kawan, tangkap gamba dan sebagainya. Rindu kawan-kawan.. T__T

Sejujurnya, saya tak mengharapkan jambangan bunga yang banyak dari kamu untuk saya. Saya cuma mengharapkan doa kalian berpanjangan untuk saya dan masa depan saya. Itu sudah amat mencukupi. Alhamdulillah, ada jugak insan yang hadiahkan saya bunga. Adik-adik pulak, sorang bagi bear, lagi sorang adiahkan photoshoot session. Nasib baik ada adik-adik. ^__^

Ini daripada yang terpaling dekat di hati saya selepas keluarga saya. 
Thank You. Thank You So Much. 
It's great to have u during my convocation day. :)

This one I got from my uncle's family. 
Dorang dah macam mak ayah saya sepanjang saya menuntut di Gombak. 
Terima kasih semua atas sokong padu anda. :)

My parents tak bagi bunga. Ummi cakap, membazir. Sama macam saya. Saya rasa bagi bunga rugi. Masa bagi tu, wangi. Lama-lama dia jadi busuk. Tapi saya suka. Sebabnya bunga cantek. Thanks to all yang bagi bunga.. :)

Tuesday, October 5, 2010

My big day | Episode 1

Assalamualaikum..

Last Saturday was my convocation day. It was my big day after 6 years giving all the efforts. Finally, Alhamdulillah I got what I want. Cuma sekarang ni kena improve my work, put more efforts to become a truly engineer. InsyaALLAH.

That day was a very fine day. Very very fine i would say. Bangun tak la awal sangat. Sebabnya bonda kejut since pukul 6. Tapi dekat pukul 7 baru bangun. Bersiap-siap segala, then bertolak ke IIUM terchenta. Rindu IIUM. Upon arrival, jumpa shidah, jumpa farah, jumpa cik kam... Asked shidah for her help. Nak pakai hood ni macam susah. Thanks shidah. 

Tak perasan pukul berapa baru graduan masuk CAC. Masa the royal highness bagi speech, masa representative IIUM bagi speech, tak semena-mena aku jadi sebak. Representative IIUM flashed back my memories. All of sudden, they came. Rasa sebak. Rasa macam tak sangka I am a graduate now. Rasa macam baru sangat je menjejakkan kaki ke tanah IIUM. Rasa macam baru sangat mula first year in engineering. Itulah kehidupan. Pejam celik, pejam pelik.. Sampai kita sendiri pon tak sedar masa dah jauh meninggalkan kita. Subhanallah.
Sejujurnya, aku rindu suasana menuntut ilmu bersama rakan-rakan sekuliah. Aku rindu kenakalan kami. Aku rindu waktu-waktu bersama rakan-rakan. (Rindu time bawak toyol waktu kuiz, midterm, final.OK. Final tipu. Tak berani.) Tak  sangka, we now have to follow our own path, own life. Semoga ALLAH merahmati kalian. Amin. Emmm. Tukar mode. Macam tak sesuai la sedih-sedih. Happy la sepatotnya.

Ok. Back to the original track. That day, Alhamdulillah my parents were able to attend my big day at IIUM. My brother and sister too. Not to forget, my lovely auntie and uncle plus their kids. Thank you guys. Love U. ^___^

Tapi sayang, my brother tak datang since pagi. So I missed a lot of precious moments with my lovely friends to be kept as memories. I never knew that he wanted to follow us that morning. So we just left him at my uncle's home. Poor my brother. Poor me too. Takde gambar lawa-lawa dengan rakan-rakan kesayangan. Yes. I brought my own compact camera in. Tapi sejak my brother da ada yang up sket, aku jadi demanding lebih. HAHAHAHA.

Oh. One thing. During the event, emmm. Nope. During my turn actually, I forgot to bow to the royal highness. Waaaa. Tah macamana. Tapi rasanya it was one of the effect bila tak buat full rehearsal. Kecewa tahap gaban masa tengok video. Oh my. Tak sangka ok. Dah la macam excited kan. Tu yang macm tu jadinya. Haih. My gelabahness cannot be controlled la I think. T____T

I returned the robe just after the day of convocation. Tau tak, rasa macam tak sanggup je nak return. Tak puas hokeyyy. I want that robe. I want the moment in CAC during the event back. I want it. I want it. Seriously tak puas. Tak puas mungkin sebab tak banyak gambar dengan rakan-rakan.. Tak puas mungkin sebab lepas ni akan jumpa rakan-rakan tidak sekerap dulu. Hmmm. Life must go on. Right? Friends, gud luck. 

I miss all of you guys. Oh. Lagi satu. Masa return robe, I took my convocation official photos. Huduh OK. Mulut muncung. Dah la jalan tunduk bawah. Seriously tak puas hati. Huaaaaa. Tapi nak wat cane, it only happen once. Takde repeat-repeat dah. Unless I have strong enough patience to further my masters degree plak lepas ni. Dont know when. Hehehe..

Finally, thanks to all of you who have supported me since the day I started my life in Matriculation Centre, until I entered the main campus Gombak. Of coz my lovely parent and siblings. My family. Special thanks to Meor, Fahmie, Nik, Adlie, Ida, and Wani. For creating and organizing our study group. It really work. Thank you so much guys. Love u guys. Also to all my material engineering classmates. Thanks for the notes, questions, and idea you all have shared with me. Without all of you, I am nothing. And not to forget, the special someone who always be by my side no matter what condition I have. Love U. You are always at the first rank after my family. :)


Tuesday, June 8, 2010

Guys, u'll be missed

First of all, I would like to thank Mr.Zabidi for giving me the opportunities to be part of the team. Dah lama sebenarnya nak post entry pasal A&R.. Tapi macam biasa lah. Dah taip separuh, idea ilang. Terpaksa stop. Lepas tu kira macam burn macam tu je.. Hmm.. And now, baru ada idea, baru ada masa nak buat.

Bersempena dengan hari terakhir bersama team A&R, memang sangat sedih la. Lot of things I've learned. So many things to be kept in my memory. My sweet memory I should say. When I recalled back in one and half months ago, rasa macam dapat siblings baru. Dorang ni memang cool. Kita tolak lah the things yang boleh buat kita rasa tertekan. Hanya simpan yang elok-elok saja. Yang tak elok, kita bungkus buang dalam laut.

The first time I went there, jumpa shidah. Ummm. First time tengok dia macam garang je. Then bawak-bawak berborak ngan dia. Lepas tu cik cantik manis Ziera pon muncul. Mula-mula dulu ingat dia anak buah bos. Skali adik ipar daaaa.. Hahahaha. Fizul and Izwa, for the first time I met them dorang macam pendiam. MACAM ye. HUHUHU. Dah lama sikit baru discovered yang dorang memang 'pendiam'. HAHAHA

Shida,
Thanks. Kalo tade shida masa akak first masuk dulu, mesti macam hilang arah jugak dibuatnya. Tak pon mesti akak kawan ngan yang sorang tuh. Oh. Tidak. Nasib baik sangat shida da ada masa tuh. Akak mintak maaf eh kalo selama kita kenal ni, akak ada buat shida kecik ati ke apa. Kalau ada hutang yang akak lupa bayar ke apa, akak mintak halalkan ea..? Akak pelupa. Lepas tu yang akak cuit-cuit rasa makanan and air Shida, halalkan jugak tau. Lepas ni if ada umur, ada peluang, kita jumpa lagi. Nanti kalau dapat sambung mana-mana IPTA, bitau la akak. K? Belajar rajin-rajin. Tak rugi kenal shida.

Ziera,
First of all, thanks. Tau tak, masa mula-mula tengok Ziera that day, hati akak cakap "cantiknya budak ni". Hehehe. Akak tak rasa Ziera jenis banyak cakap dulu. Mungkin sebab baru kenal kan? But then, tak sampai sebulan kot kita dah boleh get along. Seronok betul. Kawan dengan korang, buat akak rasa muda. HAHAHA. Ummm. Akak nak mintak maaf dengan Ziera if ada silap dan salah selama kita kenal. Nanti dah masuk Gombak, jaga diri. Tau dah, budak KAED ni busy je manjang. Tapi jangan samapi bertambah jadi panda bear ye? HUHU.. Akak konvo nanti if Ziera tak busy, jom la turun. Ape lagi eh. Oh ye. Halalkan makan minum yang akak cuit-cuit dari Ziera selama ni eh. Ade tak akak pinjam duit Ziera, tapi akak tak bayar lagi? Seriously akak lupa. If ada, btau ea? Akak pelupa. Last but not least, keep in touch ye. Kita kan ada YM ngan FB. :)


Pjol,
First thing first, terima kasih. Mula-mula dulu tak bajet pon pjol ore klate. Sebab duk kecek KL jah nga budok-budok nih. HAHAHAHA. Doh la mulo-mulo ore masuk dulu napok pjol mace senyap jah. Takot la nok tego. Tapi gak, tok dey lamo eh. Dey buleh start speaking gak, bereh blako lah. HAHAHA. Eh, ore nak mintak maaf la kalu ado saloh silap slamo knal nih. Halal la ciken cop hok buwi ko ore aritu tu. HEHE. Walaupon sikit, tetap sedap. :) Oh. Tok ingat. Nga ikey rebuh goreng tu pon. Halal la neh. Semoga ukhuwah ini berkekalan. Semoga pjol cepat dapat kijo. Amin.

Izwa,
Tau tak. Mula-mula akak masuk dulu, akak ingat Wa part-timer macam kitorang jugak. HAHAHA. Sebab satu is Wa salu wat keje ngan kitorang kat bilik belakang tu. Walaupun akak macam pelik nape keje Wa macam tak sama ngan apa yang kitorang buat. Sebab dua is Wa macam muda je untuk nampak macam permanent staff. Macam muda sangat nak compare ngan permanent staff yang lain. HUHU. Lama lepas tu baru akak tau Wa permanent staff. HAHAHA. Lambat kan processor akak ni? Heeeee.. Thanks sebab kawan ngan akak. Bagi akak sepah-sepahkan tempat Wa. Guna PC Wa. HAHAHA. Dah gaya macam meja tu akak punya pon ada gak kadang-kadang. Sori eh Wa. Thanks jugak sebab kadang-kadang tu sudi dengar akak duk bercerita macam-macam hal. Akak memang macam ini. Banyak cerita. Tapi mungkin kat tempat kerja baru nanti, nak kurangkan bercakap kot. I'll try. Last but not least, sorry if akak ada buat Wa kecik ati ke apa slama ni. And halalkan makan or minum yang akak terambik Wa punya. Tapi akak rasa tade kot. Cuma ciken cop masa makan ngan pjol tu ada kot akak amek fries Wa cket. Hehehe. Halal eh. And, semoga bahagia selalu ngan tante ye. :)

~gambar curi dari FB Izwa. Sori.
Wa la mahal sangat.
Orang nak snap gambar pon susah. -_-" ~

Shuk,
Sorry.. Akak penah buat shuk kecik ati. HEHEHE. Pasal nescafe akak tu, dunt worry akak dah halalkan. :) Akak nak mintak maaf, mintak halalkan segala-galanya ye. Shuk ni pon, masa mula-mula masuk dulu macam pendiam. Tapi sume memang MACAM je la. Hakikatnya bising tak hingat. Tapi tak palah. Itu baru happening. Kan? Akak ingat shuk jadi besfren encik tu dah sampai ke hari ni. HEHEHE. Nasib baik tak sempat. Kan? :)

Justify FullKak fizah,
Thanks akak, bagi Aini tumpang akak g keje. Thanks untuk segalanya. Mintak halal segala makan minum yang Aini penaj amek dari akak. Walaupun baru kenal, Aini seronok dapat kawan ngan akak. Thanks again. :)

Akhir kata to all of you, seronok sangat dapat kenal korang. Walaupon tak lama, tapi sangat manis. Doakan segala pekerjaanku selepas ini dipermudahkan, diberkati olehNYA. Semoga akanku temui lagi rakan-rakan seperti kalian di tempat baru kelak. Semoga ALLAH merahmati dan memberkati hidup kita semua. Amin. I'll miss u guys.



***sungguh panjang pulak entri ini. -_-" phewww...

Thursday, May 20, 2010

Rindu UIA Gombak

credit: niqsabariah.files.wordpress.com

Hye.. Assalamualaikum.. Semalam pagi-pagi lagi aku dah menapak pergi Gombak. Niat untuk setelkan clearance memandangkan status sudah pun bertukar menjadi graduated. (Hoyeahhh..GRADUATED already). Macam tak percaya pon ada sebab aritu aku checked, my status still active. A day before yesterday aku try check, tengok dah graduated. Trus called ANR Gombak. Then the lady yang answered my call tu cakap aku dah boleh buat clearance. So, tanpa bertangguh lagi, aku masuk office lambat sikit yesterday because nak pergi settle down sume dekat Gombak.

Time orang gi keje yesterday, aku gi Gombak. Around 830 a.m. kot aku sampai sana. First g finance dulu. Memandangkan memang sedar diri ini ada hutang lagi. Dalam hati duk cuak dah takot sume benda cant be settled by today. Bukan apa, tak seronok la tinggal office macam itu ja. Alhamdulillah, akak dekat finance tu cakap aku ada RM44 lagi hutang. So i have to pay the balance and proceed the receipt to them. After that baru they will sign my form. Tengok jam. Hmmm. Awal lagi. Bank bukak jam 930 am. So, Pegi library jap. Kat Library tak lama pon since i dont have any books yang kena hold ke apa kan. Umm. Actually bukan pengunjung setia library. Memang tak da masalah sangat lah dengan library. Alhamdulillah.

Then, tengok jam. Still tak pukul 9.30 lagi. So, aku naik Legal Unit. Memandangkan memang tak ada masalah compound, cepatlah lepas kat sana. No need to have long discussion or what-so-ever lah. Alhamdulillah. Huh. Penat ok. Library jaoh. Legal unit plak tinggi melangit. Kena naik tangga. Fuh. Nasib baik settled. Settled dengan Legal Unit, masih belum pukul 930. So decided to withdraw some money untuk di deposit kan dalam ASB. Alang-alang aku dah kat sana, better aku settle down semua. Deposit for both mine and his. Since his money ada in my account, aku buat lah sekali gus. Senang. Kat PJ aku macam tak da masa nak buat semua benda tu. Then baru settle yang bank tu. Tapi aku tak terus g finance lagi sebab cadang nak g mahallah dulu. Lepas tu on the way back baru drop by kat finance and proceed to security. Hmmm. Penat tahu buat clearance. Tapi it was fun. Bila lagi nak rasa penat gitu. Unless u decided nak buat masters dekat UIA. ^_^

When everything settled, I went to KoE. Uh. Miss KoE so much. By the time I walked in KoE, teringat la pulak memories yang berjaya dikumpul bersama kawan-kawan time study dulu. Sekarang baru realized that students' life is much more fun compared to yang sekarang. Main purpose pergi KoE was nak ambik certification letter. Then jalan lah aku ke mahallah pulak. Nak settle clearance dengan mahallah pulak.

~Rindunya KoE. Rindu kawan-kawan.
Rindu dekat assignments and quizzes.
Rindu Midterms and exams. Haih. ~
credit : ilyani.files.wordpress.com

Penat ok bila dah lama tak berjalan macam tu. Dah la masa sampai mahallah, orang office said that diorang takleh sign and cop sebab aku tak setel kat finance. OMG. Masa tu macam nak pengsan ok. Aku jalan kaki. Bukan naik keta. So takkan aku nak kena g finance then patah balik g mahallah. Itu kerja membazir masa nama dia. I showed the bank slip yang aku da bayar tadi. Alhamdulillah. Nasib baik akak ofis called person in-charge and the PIC tu cakap, accepted. Since aku dah bayar cuma belum submit the finance's copy sahaja. Settled with that 1, aku makan lah kejap dengan 2 orang budak yang dirindui itu. Thanks both of u. Gonna miss our memories. Nanti kita hangout ye. Tunggu akak free sket.

Then I walked again pegi KoE. This time rasa macam nak jumpa my SV for FYP dulu. Sekali cerita pasal masters daaa.. Huhuhu. He asked me to apply for academic trainee. Maksudnya i have to go further la. Hmmm. Will think about it. InsyaALLAH. ^_^

Lepas itu barulah kembali menuju ke finance. Agak terkejar-kejar lah sebab nak bagi sempat masuk office before 2pm. Bersalah la tinggal keje kat orang lain. Nak settle masalah clearance tu pon tak senang hati. Tapi nasib baiklah semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Finance da bagi cop. Finally i moved to Security Unit pulak. This time la macam sadis ja tengok my matric card kena punch. Ada lubang da. Wuuu.. T___T tapi nasib baik tak nampak cacat sangat.

Selesai semua, kembali semula ke A&R and submit. Then the lady seated in front of the counter said that I can collect my full transcript and release letter tomorrow.Yes. Friday. 21st May 2010. Alhamdulillah. Finally, I am DONE. I am GRADUATED. Yeay. Cuma kerja je masih belum ada. Tak pa la. Redha. Ada la tu rezeki nanti. InsyaALLAH.

~ini view paling cantik yang aku rasa ada kat UIA tersayang~
credit : batu.jim.org.my

All the pictures were taken from encik google.
Credit to semua tuan punya gambar.

Monday, April 26, 2010

menggamit memori


Tiap-tiap hari berjalan dalam CFS ni macam seketul-seketul memori datang menjenguk. Tiap-tiap hari nak gi makan, ikut jalan yang penuh nostalgia. Balik makan, lalu lagi jalan tersebut. Dah abes keje, lalu pulak jalan lain. Tapi still lalu jalan yang memang akan ada memori tersendiri. Nasib la baik keje bukat dekat science building. Kalo tak, mau nya aku termenung aku setiap hari.


Lepas office hour, jadi penunggu lah daku di depan KC itu. Duduk kat depan tu pon dah banyak buat aku terkenangkan kisah 5 tahun yang lalu. Masa aku masih lagi jadi student kat situ. Owwwwhhhh... Depan tu ada UKC Cafe. UKC Cafe tu je dah macam-macam kenangan ada. Kat situ la kenal dengan ex-scandal, kat situ lah makan ramai-ramai dengan rakan-rakan. Eh. Did I mention ex-scandal just now?? Huh,dah terlepas cakap la pulak. Hurmm. Ye. Aku yang tak cantek ni memang ada ex-scandal. Harus digelar ex-scandal kerna masa tu da ada puppy love. Kami berscandal selama 2 minggu sahaja. 2 weeks OK. Macam kelakar. I decided untuk tanak continue the relationship sebab rasa macam tak sesuai. But then kitorang still kawan. Kawan sampai sekarang. Suka. Oh. Macam sudah tersasar jauh. Nak cerita pasal zaman belajar di MCIIUM. Eh. Bukan. Sekarang dah jadi CFSIIUM.

(tempat berehat-rehat di waktu petang. Sambil mencuci mata dengan melihat jejaka-jejaka main bola kat padang..hehe)

Seronoknya la. Duduk termenung. Tersenyum sorang-sorang teringat kenangan lama. Kat tempat aku menjadi penunggu tu (as mentioned earlier depan KC), aku and kawan-kawan duk usha brothers main bola petang-petang. Borak-borak gelak-gelak sambil makan kopok lekor beli kat UKC Cafe. Sekarang macam dah lain. Yes. Lain sangat. Empunya cafe tu dah tukar. Brothers yang main bola tu pon dah tukar. Semua dah tak sama dengan zaman aku dulu. Tapi tak apalah. The memories will remain sampailah aku tiada kemampuan dah nak ingat lagi benda-benda tu semua kelak. Bekas chenta hati yang aku rasa macam bersyukur sangat dapat berchenta ngan dia. Tau sebab apa?? Bukan sebab dia bagus ke apa. Tapi, sebab berchenta ngan dia lah membuatkan aku menemui encik bakal suami yang super-duper-baikhati itu. Thanks. Heeee..

ini KC terchenta. Rindunya...... =(

Banyak woooo memori kat sani. Tapi sayang. Masa tu takde digicam. So memang takda la memori dalam bentuk gambarajah. Eh, tak. Photograph sebenarnya. Langsung tak ada. Memang tak ada. Sungguh sedih. Memori letak dalam RAM kat otak sahaja. Tu pon macam tak semua.

ini padang tempat mereka main bola.
Yang warna warni tu UKC1..oh.rindu jugak.


Apa yang penting, aku gembira dengan hidup sekarang. Dengan apa yang aku ada sekarang. Dan juga bahagia dengan apa yang aku telah create since years ago. Alhamdulillah.... syukur... =)

Saturday, April 17, 2010

Warm-up session

Hari selasa minggu lepas kan ada bitau ada photoshoot kan.
Heeee. Yang ni, bukan dari encik edy zaidi.
Yang ini dari digi cam kami. Kira macam warm up la..
On the way nak ke tempat yang dijanjikan tu,kami snap la sikit-sikit.:)

So, just have a look... Let the pictures tell the story.

Ini selipar aku. Enterframe. Gila gamba macam tuan dia.





Ini students baru regis kah?
Almaklum lah. Kami dah nak grad, baru la tertubuhnya benda-benda ini.
Kesian kami. -_-"



Special thanks to my friends.
Featuring ~ Huda, Ecah, Cdah, Me
Around the campus (IIUM Gombak)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015