Showing posts with label student life. Show all posts
Showing posts with label student life. Show all posts

Thursday, September 3, 2015

Welcome to Universities, dear SPM leavers..

... have a great time there
...keep the momentum high
...more challenges will come


Assalamualaikum.

Pagi-pagi ni, sementara sedang menghirup kopi sarapan pagi, browse FB new feeds. Found a well-written tips from my former lecturer. Nah, ku kongsikan untuk tatapan semua.

Minggu ni mesti ramai ibu bapa yang ambil cuti demi menghantar anak untuk mendaftar di universiti-universiti tempatan. Tak kurang juga adik-adik yang terpaksa/ sukarela ponteng sekolah untuk turut serta menghantar abang/ kakak.

Monday, August 3, 2015

Idop Lagi ke?


Assalamualaikum.

Amboi.
Tajuk ko tak menahan kan..?

Hahaha.

Lama gile kot berhibernasi dari mentulis blog. Sampai jari rasa kaku nak menaip.
Last entry was posted in June.
Hadoi
Parah dah ni.
Nak bersara dari mentulis blog ke hape...?

Tuesday, March 24, 2015

Mencari Aura dan Momentum.

Assalamualaikum.

Hmmm. Dah petang, baru membebel.
Well, it is GOOD. Right?
Sebab, pagi-pagi boleh buat keje rather than membebel buang masa. Kan?

So, aura dan momentum apakah?

Alkisahnya..

Tuesday, March 17, 2015

Seronok Tak Terperi

Assalamualaikum..

Hari ini, rancang nak bawak result yang tak seberapa jumpa boss besar.
Lepas tu, boss besar tak reply. Memang tak dinafikan, boss besar agak busy. Plus dia Deputy Dean sekarang.. Sentiasa occupied lah. 

So, tukar plan jumpa boss besar lagi sorang.
Tapi, ni kira macam contingency plan la. Yang agak-agak tak berapa nak ready. Pegi menonong je sesambil pick up parcel kat department.
Alang-alang tengok boss free, kita terjah la kan.
Hahaha. Seriously lenggang kangkung.
Sehelai kertas pun tak bawak.

Wednesday, November 19, 2014

First Obstacle, Identified.

Assalamualaikum.

:)

Ok, first of all, put a looooooooong smile on face.
Positive. Positive. Positive.


Kan obstacles tu dijadikan untuk kita figure out solutions dia. 
Kan? 
Kan? 
Kan?

Tarik napas. 
Hembus. 
Tarik napas. 
Hembus. 
Tarik napas. 
Hembus.

Ok lets start.

Early this week, I went to do the sieving.

And because of my biomass is some sort of fiber, memang tak telus la. Hahahaha.
Maklum lah, baru berjinak dengan fiber kan. Slow la sikit.

So, tak pe lah. 
Consult the SV and bentangkan alternative plan which is, pyrolysis dulu, then baru kita sieve.
And, plan B was approved.
Alhamdulillah.

Lepas tu, met my team mate.
And here, the obstacle identified.

Research guna method yang rare.
Of course, equipment pun rare.
And, so far, pinjam UM punya. 

Equipment tu, three of us je pun guna.
But then, kalau sorang nk kena produce 70-80 samples, 
dengan kapasiti sehari boleh buat 4-5 samples,

agak-agak, berapa lama nak siap? 
Haaa.. kat sini la challange dia.


So now, moh le kita fikir solution terbaik.
Tukar method?
InsyaAllah, buat masa ni, tak mau tukar kot.
Dan insyaAllah, ada jalan penyelesaian.

Doakan ye kawan-kawan!

** Bila mood sikit down, kita lari gi tulis blog. Hahaha. Itu lumrah.

Monday, June 23, 2014

Buat come back

Assalamualaikum.
Fuhh..fuhh..fuhh..
Berhabuk berlemuih dah aih blog aku.
Lama sangat dah tak menulis. Idea pun tak berapa nak best dah.
Nak kena asah balik la ni.

Buat comeback (lah sangat!)..
Dah macam retis le pulak kan..
Hahaha.. Meh kita buat slow and steady, step by step..
Skill berbelog ni memang nak kena sustain..
Kalau on off macam aku ni, memang anak ikan bilis lah sokmo.. :)
Untung nuff masih nak kasi advert..

Ok, firstly.
Kenapa lama sangat aku berhibernasi?
Haaa.. berhibernasi kauuu..
Kikikiki.. Ye, sesuai sangatlah berhibernasi. Lemak pun bertambah-tambah ni ha..

Lama berhibernasi, sebenarnya, busy menyiapkan thesis...
Haha.. Mesti korang cemuih kan dengar.. Asyik thesis..thesis..thesis..bajet dia sorang je la buat masters.
Nak buat cane lagi.. Dah itu je keje aku selama dua tahun ni. Memang aku kena hadap la..

End of last year lagi sebenarnya dah submit. Before aku deliver Iman.
Tapi after Iman keluar, still ada kena add on here and there. Lepas tu betulkan sikit lagi untuk submit final draft ke Pusat Pasca-Siswazah.. Makanya, memang hadap thesis la aku sampai ke habis pantang.
Dan aku paling kagum, dalam hari tu aku tinggalkan Iman kejap kt Umi, datang kampus print, binding and submit final draft ke Pusat Pasca-Siswazah. Fuhhhh... Aku tak sangka aku macam tuh.

Dah selesai semua, kami balik Besut.
Kat Besut for almost 3 months, balik semua ke Gombak.
Life with 2 little princesses just begun.
Mula-mula rasa kekok.
Bila dah lama sikit, Alya dah play her role as a elder sister, kurang sikit la risau aku ni haaa..
Kalau tak, asyik je dukung si Iman takot di puk kakaknya. Hahaha. Mak pulak paranoid. Masalah la kan. Hahaha.

Nursery untuk Iman masih lagi tak de vacancy after kami balik Gombak.
Solution nya, aku extend cuti. Kikikiki.
Sonok oi duk umah jaga anak. Tengok dia membesar.
Almost 5 months jugak la Iman duk ngan aku.

Rezeki Iman, dan rezeki aku jugak, mid April aku dah dapat date untuk Viva.
Lega, plus cuak sebab dah lama gila tak present.
And serentak dengan itu, IIUM Educare pun called untuk inform tempat untuk Iman dah ada.
Alhamdulillah. VIVA and Iman dah boleh masuk school in the same month. Lega sangat.

VIVA, on 3rd May 2014.
Later aku cerita.
Apa yang aku boleh cakap, everything was average la.
Tak ada killer questions.
Cuma fundamental questions je yang aku macam sangkut-sangkut nak jawab.
Tak back to basic la tu kekdahnya. Padan muka aku.

Ermmm.. Lepas VIVA, aku berbizian dengan the very final draft of thesis.
Yang mana aku kena setelkan corrections secepat mungkin.
Tak de lah banyak pon. Tak formatting here and there, membuatkan benda tu jadi leceh.
So it took about 2 weeks jugak.
KENA submit to centre by 1st week of June kalau nak masuk senate meeting for June.
Memang disaster gile la hidup aku 2-3 weeks tu.
Dengan cik asben outstation nya.
Mujur anak-anak diberi kesihatan yang baik, Alhamdulillah.
Finally, Alhamdulillah, managed to submit on time.
So sekarang tunggu official transcript keluar and baru boleh proceed for the next step.

As for now, aku masih lagi busy.
Busy dengan proposal preparation pulak.
Plan nak settle by this week.
So bulan puasa nanti boleh la try buat labwork sikit-sikit kalau mampu.
Doakan yang terbaik ye. Hihihi.

Ermmmm..
So, tu je lah kot.
Kira come back lah tu kan..
Soon, banyak lagi cerita pasal 2 princesses bakal dipaparkan.
Tapi aku tak janji la bila.
Tutorial shawl pun aku tak sempat lagi nak buat. Hiiiii..
Maaf ye. Nanti eh..

Mak anak dua memang macam ni. Bahahahahaha.

Last aku nak cakap,
Alhamdulillah, berakhir sudah 2 tahun perjalan MSc aku.
Lega. At the end, aku macam tak sangka yang aku dah abes. Graduating yaw!
Dengan result Alhamdulillah, flying colours (which i didnt expect pon!).
Dengan mula-mula start dulu aku duk bawak perut mengandungkan Alya. And at the end bawak perut mengandungkan Iman pulak.. Allahu.. Sungguh aku tak sangka yang aku dah lalui semua ni. Syukur.

Journey MSc aku pun insyaAllah aku nak letak jugak kat sini if ada extra time nanti.
Mungkin boleh jadi panduan untuk adik-adik bakal graduan yang planning nak further lagi..
InsyaAllah. :)


Tuesday, December 31, 2013

Alhamdulillah... Time to Rest!

Fuhhh...
Tarik napas... Lepas...
Tarik napas... Lepas...
Lagi sekali, tarik napas... Lepas...

Alhamdulillah.
Lega. Akhirnya semua urusan hampir selesai. Sepatutnya aku tak boleh nak berlapang dada lagi. Sebabnya submission form belum pun submit. Esok pulak nak kena buat.
Adoi la.. Betul-betul saat akhir ni...

Dan maaf. Sebenarnya entri ni aku start draft masa 3rd of December. The last day of December baru aku sambung balik.
Maaf.
Alhamdulillah, managed to settle everything on 4th of December. The last date pulak tu.
Submitted all the report duty things.
But masa tu full report of my MSc tak submit lagi. Sebab boss cakap ada some parts nak kena touch up lagi. Ya Allah. Terus rasa nak pitam masa tu. Ye la, buatnya terbersalin, tak ke susah. That was what come across my mind masa tu lah..

Malas nak fikir banyak, janji dah report duty.
Just in case terbersalin pun, allowance Dcember still jalan. Tak de lah aku terkontang-kanting memohon simpati suami nanti. Hahahaha..

And yes, aku settled semua on 4th, on 5th, our second princess came out.
Haaaaaaaa.. Kan dah cakap. Kakak Alya baby ibu start master, Adik Iman baby ibu end master.
Bangga tak dapat siap on time?
Emmm.. tak payah nak bangga sangat lah. Sebabnya aku dah extend pun 3 months. Bahahahaha.
Cuma apa yang mungkin boleh dibanggakan ialah, aku managed settle kan masters aku by getting pregnant for 2 times. Hahahahaha.. Gila kau.
Memang kaw kaw ah aku buat kerja.
Masa Alya dulu, aku gigih collect datas untuk bawak ke presentation 2nd semester.
Masa Iman ni pulak, aku gigih re-do banyak experiments yang ada compang camping sana sini.
And, what I can say is, pregnant Iman adalah the toughest kot.
Sebabnya, satu, orang tak tahu aku pregnant,
dua, aku terlampau aktif dan sihat sampai kadang terlupa yang aku pregnant (ok, point ni tak nampak pun kat mana tough, so abaikan),
tiga, aku kena jugak, by hook or by crook settlekan semua kerja, the experiments, the data analysis, the thesis writing, in less than 6 months.
Memang semput.

Tapi syukur, pregnant kan Iman, semua went well. Aku sihat, mabuk pun tak ketara. Sebab tu, tak ramai yang tahu aku pregnant, unless aku sendiri yang confess.

Cerita pregnant, soon kita bongkar ye?

And the last thing I would say is,

ALHAMDULILLAH, EVERYTHING'S DONE.
I MADE IT!!!


Dah sampai ke tahap ni pun, aku masih rasa macam i was dreaming. I completed my MSc. Yeay! Yeay!
Liku-liku buat MSc ni jugak nanti aku akan share soon. InsyaAllah. Tapi aku tak janji bila.
Mungkin boleh membantu adik-adik yang baru grad or about to grad tu untuk buat pilihan. Ok?
Till we meet again.
Assalamualaikum

Wednesday, October 2, 2013

Hari ni PMR 2013

Assalamualaikum..

Hiii..
OK hari ni tak de cerita shaklee eh..
Muahahaa..

Aku baru tahu hari ni first paper PMR.
Tu pasal aku pelik kenapa ada Dr.Fazley dalam Johara pagi semalam duk cerita tips nak masuk periksa.
Blur dah. UPSR kan dah lepas. SPM pun lambat lagi. Rupanya PMR hari ni. 
Maklomlah, tak de adik form 3. Jadinya tak amek port sangatlah.

Aku amek PMR 12 tahun yang lalu.
Hmmm.. macam dah lama kan?
Hoi memang dah lama gegila kot. Sampai aku pun dah lupa apa paper first aku hadap dulu.
PMR 2001.
Masa tu kat MRSM YT Besut.
Memang tetiap petang ummi datang tanya kabar.
Kikiki.
Rumah selompat katak je ngan maktab.
Tetiap hari tu jugak lah dia bawak makanan yang aku nak makan.
Heaven sangat!

Ni nak bagitau satu rahsia.
Sebab sekarang dah lepas stage degree kan?
So.. berani dah la nak reveal. Hihi.

Percaya tak, aku meniru masa paper Geografi PMR dulu.
Hiiiiiii..

Aku sendiri pun tak percaya okeh yang aku dah berjaya buat kerja terkutuk tuh.
Ya Allah. Sekarang dah insaf. Nasib baik masuk U tak masuk Art Stream yang related ngan Geografi.
Nasib aku masuk Science Stream yang sah-sah la aku usaha sendiri perah otak jawab peksa.


Nasib jugak, lepas PMR aku straight tak fikir panjang amek pure science.
Tak de terjebak ngan Geografi lagi.

Phewwwww....

Dalam terketar-ketar (budak skema tak pernah meniru kata ko).
Akhirnya ku submit answer script tu dengan full lah.
Nasib baik.
Aku terpaksa kot time tu.
Sumpah aku memang slow gile bab geografi.
Memang tak skor pun dari awal.
Memang aku tak pernah hafal. Eh. Bukan tak cuba. Cuba... tapi entah..

Cane aku tiru?
Haaa.. ada sorang student ni memang dia bijak gile ah Geo ni.

Ko tau dia jawab paper Geo 30 minit je weh.
Dalam pale dia ada peta dunia hagaknya.

Takpun ada record pasal atlas.
Memang hebat.
Si student ni memang ada buat copy jawapan kat kertas kecik plan nak passing kat kawan-kawan dia.
Alahhh.. Budak laki MRSM. Normal la kot. Hahaha.

Tetiba cane tah aku boleh terjebak.
Cuak weh sebab lastly bendalah tu ada pada aku sebab aku orang last yang amek.
Gile tak cuak?
Kalau kantoi, aku sekor je yang kena woiii..
Dalam shaking nak mampos tu aku macam blank cane nak kua kan 'toyol' tu nak boldkan kat jawapan aku.
Tetiba bila invigilators announce dah tak boleh pegi toilet, dorang sume jalan ke depan, aku sesenyap dan berani-berani-takut keluar kan 'toyol' tu dan salin cecepat.


Aku tak de lah tiru semua. Ada yang lobang-lobang tu aku tiru la.

Tapi aku salin ah sume 50 jawapan dia.
Compare ngan yang aku punya. Hahahaha..
Sempat pulok.
Lepas tu 'toyol' tu aku simpan dalam serkop.
Kahkahkah.

Memori beb.
Mampos kalau ada cikgu aku baca ni ha.

Jatuh air muka. Dah la dulu pengawas. Kikiki.
Jangan ikut perangai akak ni ye adik-adik..

Tak bagus..


Haha...
Bila result keluar, aku memang tak heran la result Geo sebab aku tau budak tu memang hustler gile bab tu.

So memang aku yakin lah A. 
Dann.. memang A pun..
Tapi ye lah kan.. Allah Maha Adil. Dia tak buta. Nampak semua tindakan kita.
Dia bagi aku A Geo, tapi aku tetap tak dapat straigt A.
Haaa.. Buat jahat lagi..
Aku dapat 7A, 1B.
Dan korang tau apa yang aku dapat B?
Haaaaaaa.. mesti tak caye..
Aku B English okehhh..
Tak percaya sangat. Teachers suh aku recheck.

Haha. Memang tak ah kang.. 
Buat recheck kang down grade jadi C, lagi parah.

So, pasrah je lah.
Anggap itu balasan sebab meniru Geo.


Dan sekarang, Alhamdulillah..

Aku berada di mana aku berada sekarang.
InsyaAllah, another step left untuk sampai ke puncak.
Doakan ye..


:)

Terima kasih ummi ayah atas segala dorongan dan sokongan.

Menjadi telinga untuk semua masalah aku.


Ehhhh... Iklan jap.
Korang kalau nak order Shaklee, PM je lah eh...
InsyaAllah, mampu milik..
Ku kasik yang betul-betul fit ngan bajet korang..
InsyaAllah..

Thursday, March 7, 2013

Dah 7 March, apa nak jadi dengan aku nih?

Hmmm.. (awal-awal lagi da mengeluh) -_-

Cepat sangat masa meninggalkan kita.. err.. saya je kot. Tiba-tiba dah March.
Minggu depan, dah masuk mid March. End of March dah mid term break dah.
Ada lagi half semester untuk dikerjakan.
Masalahnya mood ke laut. Kerja melambak.
Chapters seciput pun tak start lagi, not even a word pon.
Apa nak jadi dengan aku nih.

Results yang ada, nampak macam banyak.
Tapi bila aku tenung lama-lama, rasa macam tah hape-hape pun ada.
Minggu depannya, repeat lagi experiment. Lepas tu compare lagi results. Fuh. Lap peluh di dahi yang tak berpeluh lah jawabnya.
Macam ni nak further sampai Phd? Sape la nak layan. -_-

Yang satu tu pulak, bila mood datang, barang tak ada.
Kalau barang ada, bila buat, tak jadi. Terus spoil.
Bila dah spoil, mula lah mood ke laut tah bila nak mendarat balik.
Tapi yang paling best, bila jumpa bos, terus mood ada. Secara tiba-tiba.
Bos itu ibarat vitamin C untuk kami semua.. Err.. ke aku je rasa macam tu?

Sekarang, buku langsung tak bawak balik rumah dah.
Memang harapan la kalau bawak balik pun.
Buat penat usung dari kereta masuk rumah, dari rumah masuk kereta.
Buang tenaga. Seriously.

So, sebelum rasa macam kerja melambak-lambak yang melampau, mari buat list apa yang nak kena buat... (ajak diri sendiri).
1. Cek barang semua cukup ke tak nak proceed sample preparation untuk Tafel.
2. Start la writing sikit sikit mak cik oiiii. Takkan nak tunggu semua siap baru kau nak terkedek-kedek buat. Nanti lambat grad kau jangan nak salahkan orang.
3. Kumpul semua data yang ada, rungkaikan segala persoalan, bawak mengadap bos. Mana perlu tambah, sila tambah. Ikut cakap bos.
4. Sila la siapkan yang data correction dalam excel tu. Lama bebenor dah rasanya terperap. -_-
5. Sila jugak cek status bendalah serbuk yang nak cek compositions tu. Pikir-pikir la cara yang sesuai. Takkan nak biar je benda tu rosak cenggitu. Bukan senang nak buat tu oi.

Ok. Bila dah list, nampak macam secoet la pulak.
Dah tu kenapa kepala macam berat je. Macam banyak sangat benda terbeban. Huh.

Hmmm..
Dah. Jangan mengeluh wahai diri sendiri.
Mari kumpul semangat untuk buat keje.
Esok adalah hari berjumpa bos. Maka, persiapkan diri ye.
Kompom yang point no 4 tu dia akan tanya statusnya.

Maap ye semua.
Monolog diri sendiri yang rasa teramat serabut.

Doakan semua berjalan lancar, mood tidak sentiasa ke laut sangat.
Ai is nak abes cepat-cepat.

Monday, November 12, 2012

A Long Break Ended.

Assalamualaikum.
Fuhhh. What a looooooonnngggg break. Break sekejap dalam mentulis belog je. Bab lain tak dan nak break. Tak terkejar. Dengan labworks menimbun dan tertimbun, kerja di rumah lagi yang tak terbuat, masak memasak untuk keluarga lagi. Pfffttt.. Alasan. -_-

Actually, ini third semester dah. 1 semester left dan saya rasa macam saya tak ada apa pun untuk digoreng dalam thesis kelak. Rasa macam tak berbuat apa-apa. Even kadang-kadang datang lab tak sempat nak mengadap PC pun. Ini la manusia. Tak pernah puas, tak pernah rasa cukup.

Dan, macam biasa lah kan.. Last minute person macam saya ni, towards the end ni lah baru nak terkocoh. Sama seperti undergrad dulu. Sedikit pun tak pernah berubah. Bahaya. Adik-adik jangan ikot yeh. And now dalam kepala memang ada misi nak start writing sikit-sikit mana yang ada. Tapi, macam biasalah, sifat utama last minute person ni, selagi tak sampai nyawa-nyawa ikan, sikit pun tak bergerak, apa pun tak boleh. Haishhh. Not good.

Few weeks ago, hati riang sebab berjaya kumpul results secara pukal. Entah kenapa hari tersebut saya rasakan cukup productive. Tapi bukan bermula dari pagi. Towards the end of the day baru nak menjadi dan itu sangatlah membuktikan ke'last minute'an saya. -_-

Ada rakan bertanyakan saya further master after getting married bagaimana keadaannya. Heeee. Later saya share. Ia sungguh tough. Bertambah tough bila sudah memiliki cahayamata. Believe me!

Ok. Now lets talk about my little princess..
She's turning 8 months old day after tomorrow. How time flies. Rasa macam baru bulan lepas suffer labour pain. And now she's turning 8 months old.

Good news, she will be transferred to another class next month. Macam primary school pulak kan? :)

Good news again, she's now moving forward. Finally.. Fuhh. Penat tunggu kecik tu nak pandai menyusur ke depan. And now bila dah laju bergerak, haaaa.. Mula la rajin nak mengemas. Bila dia diam, memang ada la yang dia kerjakan. Silence is suspicious! Memang sangat suspicious...

Makin besar, makin cheeky, makin comel (haruslah puji anak sendiri kan?), makin bijak, makin pandai buat muka, makin buat kitorang sayangggggg sangat kat dia.

Alhamdulillah, masih lagi breastfeed even dah tak fully dah. Syukur masih ada susu untuk dia minum. Lately milk supply macam agak berkurang. I dont know why. Mungkin stress. Banyak benda yang buat saya stress sekarang. Especially about raising up my little princess. Banyak la 'itu' dan 'ini' yang orang sekolahkan pada saya. Macam saya tak pandai nak besarkan anak. It's good to share the knowledge. Tapi jangan la sampai nak semua orang raise up the child ikut bulat-bulat cara dia. Everyone has their own way right? So, mind your own bussiness. Sikit-sikit, I still can bear. Dah lama-lama, boleh meletop mak... Jangan ingat saya tak pandai marah. Jangan ingat saya sengih, saya iya kan semua benda means saya setuju. Jangan sampai saya sound direct, nanti semua makan hati dah tak nak tegur saya. But saya rasa itu lebih elok. Tak tegur haku lagi bagus la weh. Hoh. Ter'emo' sudahh.

Need to have a break. Nanti kita sharing-sharing lagi hokeayyy..
:)

Wednesday, October 10, 2012

What a great day today! Alhamdulillah

Assalamualaikum.
Hoh.
Lamanya tak menulis blog. Mood tidak ke laut. Cuma timing tu yang agak ke laut sikit.
Busy dengan labworks yang melambak-lambak and delayed. Sume pun dah jadi macam cumulative labworks, jadinya yang tak sepatutnya melambak-lambak, jadilah melambak-lambak.

At the same time, busy menguruskan keluarga jugak. Ini alasan basi, bajet kau sorang ada anak kecik. Heh. -_-"

Perkembangan Alya Amani?
Whoahh. Sah-sah makin berkembang mekar. Later saya share tau. Dah nak 7 bulan la si comel tu. Makin besar, makin cheeky and now saya rasa dia tengah mengalami separation anxiety. Apa itu separation anxiety? Hah, later jugak saya akan cerita. Nak cepat, tak nak tunggu saya review secara ringkas dan ikot kepahaman dan keselesaan bahasa saya, feel free to google. No harms. n_n

Ok. Cerita pasal great day now!

Hari ini, dalam hati ada taman.
Masa pagi, tak berapa nak ada taman. Sedikit mendung beserta guruh ada la.
Sebab apa?
Sebab experiment saya, duk ulang banyak-banyak kali, tapi tak dapat apa yang saya nak.
Siap kecewa bagai dah. Lepas tu hadap 'mukabuku' sampai lupa diri.

Bila petang menjelma, tiba-tiba terasa nak cuba lagi.
Prepare apa yang patut, setting mana yang perlu, then, tekan start button dengan lafaz bismillah, sambil meletakkan harapan yang tak berapa nak tinggi pun sebenarnya sebab pagi, dia semacam tak mahu cooperate dengan komitmen yang saya dah bagi. Huh. Ku keciwa.

Tiba-tiba, semacam magik, TING!
Keluar seperti apa yang saya harapkan sejak pagi.
Homaiiiiiiiiiiiiguuuudddd. Apekahhh??
Tengok jam, dah 4 petang.
Kenapa harus jam 4 petang engkau nak bagi cooperation dengan haku hah?? Oh. Semangat berkobar-kobar. Dalam hati mula ada taman. Wahhh gituu..

Sementara tunggu solat Asar, saya ulang-ulang lagi.
Sebab kononnya macam tak percaya la kan. Haha. Boleh??
Sambil-sambil tu, sembang la dengan sorang kawan saya ni.
And.. saya dapat 1 great news. She's now pregnant. Alhamdulillah.
Dah lama dia ttc. Semoga semuanya selamat untuk beliau dan baby nanti. Ameen.
Tahniah to you-know-who-you-are and hubby!

Ok. Hati dah memang ada taman lepas experiment menjadi, ditambah lagi dengan great news tersebut, taman yang asalnya bersaiz Taman Tasik Titiwangsa, kini menjadi saiz Taman Tasik Perdana + Taman Tasik Putrajaya. Haaaaa.. Besarrrrr uolsss..

I happy lahh.. Seronokss and susu I jadi banyak. Alhamdulillah.
Kalau hari-hari macam ini, kan bagus. Tapi tak mungkin la kan..
Hidup ini ada ups and downs. Serupa juga dunia research saya sekarang.

Journals and books are my current passion.
Can you imagine macamana nak urus anak yang asek je nak berkepit ngan kita sekaligus nak uruskan ilmu-ilmu yang nak diulangkaji? Nampak macam sukar dan memang sukar, indeed. Heh. Kusangka bila da resign dari post Engineer, hidup adalah lebih tenang. Rupanya serupa jugak dua kali lima. Atau, inikah yang dipanggil hidup orang dewasa? Huh. Mungkin jugakkan? Plus bila dah jadi ibu ni. Priority lebih banyak kepada anak, dan suami. Diri sendiri? Nombor paling last. Haaa. Baru perasan, dah lama i tak soping online. Ok. OOT. Tak de kaitan langsung.

Ok. Dah. Itu je.
Sungguh great la hari ni.
Syukur Alhamdulillah di atas segala nikmatMu ya Allah..

Thursday, February 9, 2012

Presentation Progress Report

Alhamdulillah, selesai sudah.

Awal-awal, agak berdebar and nervous sebab tak boleh nak imagine how it would be. Memang tak ada view langsung dalam kepala even kawan-kawan dah cerita the actual condition dalam conference room tu macamana.

Tadi, bila dah sampai masa, Alhamdulillah, settled.

Kebetulan orang-orang yang suppose to present tak ada masa tu, kami yang ada ni terus proceed. SV pon tak sempat tengok kot. Hihi. When I finished, baru SV masuk. ^_^

Alhamdulillah, almost 20-30% kot dah settled.
Cuma writing je belum start.
Masa present tadi, baby pun kasi support kat dalam. Macam jd cheerleader pulak kan kat dalam neh.
Thanks baby.

Itu sahaja.
Lega, lepas ni focus on analyzing results yang ada before baby pops. Hehehe.

Saturday, October 30, 2010

End of October

Assalamualaikum.
October comes to its end. Rasa macam sangat cepat masa berlalu pergi. Bulan konvokesyen saya akan berakhir. Sesungguhnya, October tahun ini adalah Oktober terpaling gembira yang saya ada. Saya naik stage untuk ambik scroll. Kenangan-kenangan konvokesyen takkan pernah saya lupakan. InsyaALLAH. Dengan kehadiran insan-insan tersayang yang selalu menyokong, menambahkan lagi keistemewaan hari tersebut. Alhamdulillah. :)

October tahun ni jugak telah banyak memberi perubahan dalam hidup saya. Tanggungjawab bertambah. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya boleh belajar menjalankan tanggungjawab yang makin lama makin bertambah ni.

~convocation bouquets yang saya dapat. Thank you. ~

Berakhirnya Oktober tahun ni, bermakna genap sebulan saya involved in industry yang selama ni memang saya idam-idamkan. Memang saya nak sangat involve in industry. Sekejap pon takpe lah. As long as saya dapat rasa, saya dapat apply apa yang saya dah belajar selama ni. And Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya. Syukur. Saya tak janji berapa lama saya akan stay dalam industry. Tapi saya janji untuk belajar seberapa banyak yang boleh. Memang terniat dihati untuk masuk government. Tapi saya rasa bukan mudah. So, I have to gain alot of experience at my current office. And, just to let all of u know... I love my current job. It makes me happy all the time. Weekdays saya macam sekejap je berlalu. Mondays to Fridays, macam sekejap sangat. Oh. Terima kasih Allah. I really enjoy it. Ah. Cerita pasal kerja memang takkan habis. No words can describe my feeling. Nanti kita bukak cerita lain la eh pasal kerja ni. :)

Doakan kebahagian saya, doakan segala urusan saya dipermudahkan,doakan impian saya menjadi nyata. Amin. :)

~saya teringin nak pegang bunga ni pulak..... :) semoga masanya tidak lama lagi hehe~

Hati saya berbunga-bunga.

Thursday, May 20, 2010

Rindu UIA Gombak

credit: niqsabariah.files.wordpress.com

Hye.. Assalamualaikum.. Semalam pagi-pagi lagi aku dah menapak pergi Gombak. Niat untuk setelkan clearance memandangkan status sudah pun bertukar menjadi graduated. (Hoyeahhh..GRADUATED already). Macam tak percaya pon ada sebab aritu aku checked, my status still active. A day before yesterday aku try check, tengok dah graduated. Trus called ANR Gombak. Then the lady yang answered my call tu cakap aku dah boleh buat clearance. So, tanpa bertangguh lagi, aku masuk office lambat sikit yesterday because nak pergi settle down sume dekat Gombak.

Time orang gi keje yesterday, aku gi Gombak. Around 830 a.m. kot aku sampai sana. First g finance dulu. Memandangkan memang sedar diri ini ada hutang lagi. Dalam hati duk cuak dah takot sume benda cant be settled by today. Bukan apa, tak seronok la tinggal office macam itu ja. Alhamdulillah, akak dekat finance tu cakap aku ada RM44 lagi hutang. So i have to pay the balance and proceed the receipt to them. After that baru they will sign my form. Tengok jam. Hmmm. Awal lagi. Bank bukak jam 930 am. So, Pegi library jap. Kat Library tak lama pon since i dont have any books yang kena hold ke apa kan. Umm. Actually bukan pengunjung setia library. Memang tak da masalah sangat lah dengan library. Alhamdulillah.

Then, tengok jam. Still tak pukul 9.30 lagi. So, aku naik Legal Unit. Memandangkan memang tak ada masalah compound, cepatlah lepas kat sana. No need to have long discussion or what-so-ever lah. Alhamdulillah. Huh. Penat ok. Library jaoh. Legal unit plak tinggi melangit. Kena naik tangga. Fuh. Nasib baik settled. Settled dengan Legal Unit, masih belum pukul 930. So decided to withdraw some money untuk di deposit kan dalam ASB. Alang-alang aku dah kat sana, better aku settle down semua. Deposit for both mine and his. Since his money ada in my account, aku buat lah sekali gus. Senang. Kat PJ aku macam tak da masa nak buat semua benda tu. Then baru settle yang bank tu. Tapi aku tak terus g finance lagi sebab cadang nak g mahallah dulu. Lepas tu on the way back baru drop by kat finance and proceed to security. Hmmm. Penat tahu buat clearance. Tapi it was fun. Bila lagi nak rasa penat gitu. Unless u decided nak buat masters dekat UIA. ^_^

When everything settled, I went to KoE. Uh. Miss KoE so much. By the time I walked in KoE, teringat la pulak memories yang berjaya dikumpul bersama kawan-kawan time study dulu. Sekarang baru realized that students' life is much more fun compared to yang sekarang. Main purpose pergi KoE was nak ambik certification letter. Then jalan lah aku ke mahallah pulak. Nak settle clearance dengan mahallah pulak.

~Rindunya KoE. Rindu kawan-kawan.
Rindu dekat assignments and quizzes.
Rindu Midterms and exams. Haih. ~
credit : ilyani.files.wordpress.com

Penat ok bila dah lama tak berjalan macam tu. Dah la masa sampai mahallah, orang office said that diorang takleh sign and cop sebab aku tak setel kat finance. OMG. Masa tu macam nak pengsan ok. Aku jalan kaki. Bukan naik keta. So takkan aku nak kena g finance then patah balik g mahallah. Itu kerja membazir masa nama dia. I showed the bank slip yang aku da bayar tadi. Alhamdulillah. Nasib baik akak ofis called person in-charge and the PIC tu cakap, accepted. Since aku dah bayar cuma belum submit the finance's copy sahaja. Settled with that 1, aku makan lah kejap dengan 2 orang budak yang dirindui itu. Thanks both of u. Gonna miss our memories. Nanti kita hangout ye. Tunggu akak free sket.

Then I walked again pegi KoE. This time rasa macam nak jumpa my SV for FYP dulu. Sekali cerita pasal masters daaa.. Huhuhu. He asked me to apply for academic trainee. Maksudnya i have to go further la. Hmmm. Will think about it. InsyaALLAH. ^_^

Lepas itu barulah kembali menuju ke finance. Agak terkejar-kejar lah sebab nak bagi sempat masuk office before 2pm. Bersalah la tinggal keje kat orang lain. Nak settle masalah clearance tu pon tak senang hati. Tapi nasib baiklah semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Finance da bagi cop. Finally i moved to Security Unit pulak. This time la macam sadis ja tengok my matric card kena punch. Ada lubang da. Wuuu.. T___T tapi nasib baik tak nampak cacat sangat.

Selesai semua, kembali semula ke A&R and submit. Then the lady seated in front of the counter said that I can collect my full transcript and release letter tomorrow.Yes. Friday. 21st May 2010. Alhamdulillah. Finally, I am DONE. I am GRADUATED. Yeay. Cuma kerja je masih belum ada. Tak pa la. Redha. Ada la tu rezeki nanti. InsyaALLAH.

~ini view paling cantik yang aku rasa ada kat UIA tersayang~
credit : batu.jim.org.my

All the pictures were taken from encik google.
Credit to semua tuan punya gambar.

Tuesday, April 20, 2010

the finalest exam result has been announced

Yea.. It has been announced just in few hours ago. Berdebar pon tak hilang lagi. It is satisfying even though tak lah sehebat orang lain. Kan? Seriously, apa yang aku dapat tu macam aku langsung tak penah berangan. Lepas saja jawab exam hari tu, memang rasa down sangat. Rasa macam urgghhhh.... No comment lah. Yang penting, rasa macam sangat tak yakin. Sangat tak rasa akan dapat pointer yang tinggi. Memang langsung langsung tidak mengharap dan tidak mahu nak mengharap ke apa. Sebab biasa nya apa yang aku rasa tu, akan almost kena la.

But then, this time macam tak sangka. Itulah kerja Yang Maha Esa. Sungguh tidak kusangka. Tadi dah la lembab gile website IIU. Sangatlah susah hati sampai rasa takda mood nak pergi pasar malam. Resah gelisah di office siang tadi. Duduk tak kena, bangun pon tak kena. Duk ulang alik ke toilet. Entah kenapalah duk susah hati sampai begitu sekali.

Lepas tu kan, rasa geram sebab ada dah rakan-rakan yang da boley check result. Adey, macam nak hempuk kepala dekat laptop. Tapi tak boleh. Itu laptop orang lain. Dengan penuh kesabaran, cuba lagi masukkan matric number dan juga PIN no... and..finally... dia keluar. And it makes me smile. Walaupun tidaklah seperti yang orang semua sangkakan, tapi seriously it makes me feel good, relief. Inilah hasilnya selepas 4 tahun. Memang fully satisfied. Memang. Sebab aku tak struggle sangat pon those days. Aku main hentam saja.

Tu lah sebab nya masa tengok tadi, rasa macam fuhhh... Lega. At least benda tu buat aku senyum tak stop. Aku rasa puas. Aku rasa memang aku deserved benda tu. So, that's it. Alhamdulillah. Syukur padaNYA. Dia Maha Bijaksana. Dia Maha Penyayang. Dia Maha Mengetahui.

(click untuk image yang lebih jelas)
see..rakan-rakanku sungguh baikhati..
dah jadi isu pulak kat FB memperkatakan aku dapat DL.
Padahal the fact tak datang from mine pon.
Memandai saja. Tapi tak apalah.
AKu tak kisah.
Seronok lagi adalah.
Heeeeee~~~~


Semoga segalanya dirahmatiNYA.
Semoga segala dipermudahkanNYA.
Semoga dimurahkan rezeki.
Ameen.

Saturday, April 17, 2010

Warm-up session

Hari selasa minggu lepas kan ada bitau ada photoshoot kan.
Heeee. Yang ni, bukan dari encik edy zaidi.
Yang ini dari digi cam kami. Kira macam warm up la..
On the way nak ke tempat yang dijanjikan tu,kami snap la sikit-sikit.:)

So, just have a look... Let the pictures tell the story.

Ini selipar aku. Enterframe. Gila gamba macam tuan dia.





Ini students baru regis kah?
Almaklum lah. Kami dah nak grad, baru la tertubuhnya benda-benda ini.
Kesian kami. -_-"



Special thanks to my friends.
Featuring ~ Huda, Ecah, Cdah, Me
Around the campus (IIUM Gombak)

Wednesday, April 14, 2010

hari ini di luar UIA

(Bukan specs aku.Tapi macam specs aku.hehehe...)

Yeahh..Hari ini diluar UIA..Pagi pagi sudah ada disaster melanda.Cermin mata pecah ok.Nasib baik frame tak hancur.Kalau tak,dah berapa banyak duit aku melayang tah.Dan tau je la kalau aku yg bermata empat ni.Kurang 1 je dah jadi buta la.oh.Sungguh macam orang buta teraba-raba.Dugaan betul.

Pagi-pagi itu jugak terpaksa mengorak langkah ke tempat yang ada kedai optical.Heh.Jam 10 pagi,kedai optical dalam Armcorp Mall tak bukak lagi.Haih.Memang la kan.Dah la nak berjalan dengan specs retak tu dah tak kuasa dah.Semua orang pandang macam aku tade mata.Sementara tunggu tu,breakfast jap.Hari ini breakfast dengan roti canai sardin ok.Habis diet.Habis diet. -_-"

Dah siap makan baru kedai optical bukak.Heh.Macam pelik kan panggil kedai optical.Tapi tak pe lah.Aku lupa nama kedai tadi. Nasib baik stok lense power aku ni ada. Tapi kena tunggu 20 minit.Nak menunggu 20 minit tu...adoi la..Punya la penat.Bukan apa,nak meronda pon tak seronok sebab macam buta.Tau kat sana ada sale barang-barang kulit. Tapi apa boleh buat. Dah tak nampak.Hmmm.Tak suka keadaan itu.

Penat ok nak tunggu 20 minit berlalu.Jalan-jalan sekitar Armcorp pon rasa macam takda feel langsung.Oh.Macam tak best.Biasanya,mana cukup 20 minit tu nak pusing mall.Ini tidak.dalam 2o minit tu,banyak percubaan nak duduk saja tepi kaki lima.Tak kuasa nak jalan dengan pandangan yang blur je.

***selepas 20 minit***

Dah dapat balik mata lagi dua.Alhamdulillah.Tapi RM60 melayang.Oh my.Balik,mata mengantok.Kemas apa yang patut,lepas tu tido sampai petang.Lunch pon tah ke mana.Nampaknya malam ni tak dinner la ni.Tade orang nak dinner same-same.Plus kena jaga makan.Berat naik balik.Oh no.Tak suke ok.

Masa sedang tido,dapat SMS rakan memberitahu claim part-time dah masuk.Masa tu,HOYEAYYYY....Terus tak ngantok.Bangun cari makanan.Nasib baik ada nasi lemak kerang.Tapi tak tau boleh makan ke tak.Aku telan je.Lapo punya pasal.

Oh.Lagi satu.Semalam, kan dah cakap ada photoshoot. (n_n) i like. Alhamdulillah. Tiada hujan petang semalam dan membolehkan kami bershoot-shoot sepuas hati.Oh.Penat rupenye posing. Rasa macam senang.Tapi sebenarnya susah.Susah sangat. Plus aku ni memang kaku. Habes hancur gambar. HAHAHA.And lagi 1.Photographer adalah LELAKI.Segan mungkin.Itu yang payah nak kasi pose.HEHEHE.

Apa pun,thanks alot to
edy zaidi sebab mengorbankan masa untuk buat report FYP beliau untuk melayan aku and kawan-kawan yang gedik sangat nak bergambar. Kesian beliau, berpeluh-peluh.Tapi sangat sporting.Thanks again bro.Best semalam. =) Nanti aku datang UIA aku roger eh.Tak sabar nak tengok gambar-gambar tu. Sorry la kalo kitorang semalam banyak songeh ke apa. And sorry jugak kalo kitorang aku tak reti bagi pose menarik. Segan. HAHAHA.

Tuesday, April 6, 2010

finally..DONE..umm..GRADUATED..yeay!!!


YEAYYYYYYYYY!!!!!!!!!
***lompat-lompat sambil tangan lonjak-lonjak naik atas***

Finally graduated jugak..tapi..lambat sikit entry ni kua sebenarnya. Graduated since lastweek actually...3rd April 2010..yeahhh. Finally dah bukan student lagi dah.OOOOOHHHHH.Tapi mesti akan sangat rindukan zaman keremajaan bersama rakan-rakan campusmate..hmmmm..


This entry macam lambat sikit di create because of aku sangat la busy packing barang-barang lepas exam hari tu. Because on the 4th tu da kena berangkat to my uncle's house and then the next day kembali ke pangkal jalan rumah ibu bapa. I used to have the intention to update here right after the finalest paper last Saturday..but then it was Saturday. So the lab was closed la. And for me to use the iium-community,memanglah sangat sukar memandangkan this lappy dah nak sampai hujung nyawa kot. Plus i have to pack all my stuffs...hmmm...

Masa tengah-tengah packing tu..terjumpalah macam-macam harta karun khazanah lama. Tersenyum sendiri jugak dibuatnya. Ye la, mana tak nya.. Kenangan from couple years back...menyentuh jiwa. Macam tak sangka saja dah abes belajar. After this i will face the new world. The real world with the the real challenges i guess..hmm.. Hopefully i'll be blessed and helped by HIM.Ameenn. The real world ni yang paling buat aku rasa macam aku tamo abes belajar..but then when thinking about personal life, career, parents, and family. I think i have to face this real world full of real challenges...

And now, I'ive my new mission. Kalo dulu, the time when i have to study..study..and study all the times. The mission was to maintain the CGPA..kalau tak dapat nak grab DL pon...i've to maintain above 3 at least..and now..insyaALLAH..aku rasa it will be above 3..kena tunggu result this coming 20th April la baru bleh tau..ok..back to the track..the new mission tu..masih dalam pertimbangan...hmm..NOT MISSION...MISSIONS actually...i've a lot of things running in my head after graduating....but first of all mesti la nak cari keje..nak dapatkan kerja yang bagus kalau boleh...then..dengan the very first salary tu..i want to give it to my parents, adik-adik, simpan sikit untuk my wedding someday, belanja BFF, ummm...apa lagi eh...for now..tu je kot..insyaALLAH jika dimurahkan rezeki olehNYA... =)

Then i want to have my own small family..a husband...children..umm..I mean..I want to get married. Just pray for it to come to me faster. Married to whom? hmmm..Let it be the question mark there. I can't say anything yet until the akad have been done. Kita yang merancang. ALLAH yang Maha Menentukan... Righto?? ohhh.. Indahnya hidup..HUHUHU..ok..sorry..terberangan sekejap..HAHAHAHAHA...

Dengan ini..entri ditutup dengan rasminya...my life as a student has ended...insyaALLAH if ada rezeki lebih,keupayaan lebih,tenaga lebih dan segala-galanya lebih, aku mungkin akan menjadi student again. But not too soon la. I want to focus on my job hunting. Yeayyy. Be a hunter..like Edward Cullen..HAHAHAHATAKLEHBLAHSUNGGUH...

Wednesday, March 31, 2010

DONE...1 more to go..:)

alhamdulillah..tadi..jam 5 petang...aku kua dewan...selesailah paper yang paling aku takuti...yang memang aku rasa susah dan aku rasa macam aku takkan dapat nak perform untuk paper itu...tapi..itulah..jangan mengalah sebelum berjuang...tadi dah berjaya mengatasi mind setting aku yang sememangnya suka sangat merendahkan martabat diri sendiri...HUHUHU

alhamdulillah...
syukur...aku dapat jawab dengan tenang...rasa macam seronok...walaupun still ada yang aku macam tak kondifen..kan dah cakap..kalau takda ketidak kondifenan dalam diri tu..maknanya bukan aku lah..heh..kamu tak faham ya?? ok..tak apa lah..abaikan...


this coming saturday..will be the last paper..and also the last perjuangan aku di medan mendapatkan segulung ijazah ini...20 April nanti result will be announced...so..aku harap yang terbaiklah..sebab aku dah cuba bagi yang terbaik yang mana aku mampu....

~gambar ihsan dari encik google...ohhhh..nasi kukus ayam dara....~

sekarang sedang lapar..craving for nasik kukus ayam dara dekat pasar malam belakang UIA..aku punya lah harap hari ni dapat pergi..tapi..aiseyyy..macam hujan pulekkk....tak merasa la nampak gaya nya.....adoyaaaiiiiiii....dah la senin minggu depan da nak balik..dah tak mungkin bertemu lagi dah dengan pasar malam itu....ohhhhh.....sadisssss.... -_-"

hmmm...sekarang...nak try la tengok dekat luar..kot-kot dah takda hujan..boleh pergi pasar malam..hoyeayyyy....and terus balik study semiconductor pulak..the last one ni haruslah diberi lebih..all out..bak kata orang putih..save the best for last..haha...ye la tu the best.... HAHAHA

Monday, March 29, 2010

bukan cerita hari ini



Semalam kepada semalam..which is hari sabtu...exam paper ethics..hurmmm..nama penuh dia ialah engineering ethics safety and environment kalau tidak salah....soalan dia tidaklah begitu sukar..memang bak kata Dr.A..itu free gifts untuk kami.

Tapi macam biasalah....aku rasa macam bukan free gifts..sebab soalan pertama pon dah macam nak kecundang menanges tak berlagu dah...sebabnya...soalan first itu suruh cerita pasal codes of engineering ethics IEEE and IEM...dah la benda ni tak sempat belajar dalam kelas...kelas itu,kalau beliau ajar..tak perlu study beria pon memang sudah mencukupi sebab beliau sungguh perfecto...seronok attend kelas beliau..tapi..itulah..codes of engineering ethics tak sempat beliau bercerita..dan aku pon baca macam acuh tak acuh saja malam itu...sungguh macam sadis la kan...tapi tak apa..tak da lah nak menyesali lagi..sebab menyesal dahulu pendapatan..menyesal kemudian,tiada berguna..betul tak?

soalan seterusnya selepas soalan yang pertama tadi..berjaya digoreng sehingga masak..walaupun tak berapa nak pasti whether ingredients itu betul atau tidak..heh..goreng jawapan periksa bukan semacam goreng cekodok dekat kitchen tahu?? untuk menggoreng cekodok,campak sahaja apa yang rasa perlu..lepas itu boleh kita semacam buat trial and error..but not for this one lah...terpaksalah membina muka yang begitu kondifen bila encik lecturer lalu sebelah meja..pura-pura berfikir padahal tidak pasti apa yang sebenarnya nak difikirkan..haha..nak buat macamana..class representative..haruslah membuat muka 200% kondifen..

soalan kedua juga macam boleh la nak goreng sebab hanya perlu menggoreng mengenai engineering preventive ethics..dan seperti biasalah juga..bukan aku kalau tak ada rasa takda kondifen...hohoho...sekali lagi cuba berlagak macam kondifen bila encik lecturer lalu di sebelah meja..ooooo...haru betul laa....dah la dapat seat ketiga dari depan..betul-betul berdepan dengan meja the invigilators ok..heh..bukan alligators...invigilators..kalau alligators,takda makna aku nak duduk diam-diam dekat situ hampir 2 jam buang masa menempah maut free tak payah booking....

then,next question pon ok..haaa...this one memang muka kondifen tak perlu dibuat atau dibina atau pun dibentuk...yang ini,dah memang sedia kondifen..laju saja menulis..sempat pandang encik lecturer yang lalu di sebelah...lepas dah setel..jumpa lah pulak 1 lagi soalan yang macam tak berapa nak kondifen nak goreng..tapi..nasib baik biasa menggoreng...jadinya..goreng sajalah..janji tidaklah hangit...asalkan tidak membiarkan answer script itu kosong,memadailah....harap dilembutkan dan dilapangkan hati encik lecturer itu ketika menanda answer script aku..moga beliau dalam keadaan yang tenang dan takda masalah luar yang mengganggu...amin..:)

tahu atau tidak..malam sebelumnya itu...mood bersepah-sepah..serupa esok hari sudah tiada exam lagi...sungguh tidak menggemari situasi dan perasaan itu..mood bersepah..dan aku pulak rasa macam malas nak pungut mood yang bersepah itu..rasa macam nak biarkan saja dan pergi naik katil terus tido...buku terbuka..mata jugak terbuka..tapi biasalah..bila mood bersepah dan berpeleseran di sana-sini..siapa mahu melayan apa yang ada depan mata itu...

akhirnya...aku menyusun langkah mengutip mamee monster..heh...membelilah..gagahkan kaki..menapak pergi kiosk..melilau mata mencari sesuatu..mood yang bersepah malas nak kutip..mamee bersepah sanggup pulak dikutip walaupon kena menapak ke kiosk..apa tah nak jadi dengan aku neh...aishhhhh.....sampai kiosk,mata melilau..macam takda apa nak beli..tapi memandangkan kalau duduk di kerusi dalam bilik tu..macam tak sempurna hidup malam itu..

finally ternampak mamee monster..dan...tangan cepat saja mencapai...balik room,makan pulak mamee...haiilaaa....tah bila boleh habes benda-benda ethics ni..lepas dah habis meratah mamee..konon-konon buat muka macam dah ada semangat nak mengadap notes ethics..tapi akhirnya hampeh..sebelum pukul 12 dah tumpas..pengsan sampai subuh esoknya..haha..


dah la pagi tu before exam sempat lagi basuh baju bagai...konon nak pergi jam 830..tapi..sidai baju punya pasal,845 baru gerak from hostel..memang haru biru...dah samapi hall,tak sempat nak selak notes buat kali terakhir..dah diseru masuk olehalligators..eh..invigilators..hmm... dengan hati yang pasrah dan redha..dan dengan kaki kanan,aku melangkah masuk KAED Gallery itu...dengan harapan mendapat bantuan dariNYA...dan Alhamdulillah..semua yang aku ingat dan aku faham..ada dalam soalan..kecuali yang satu itu..codes of engineering ethics..sungguh memalukan bila seorang engineer-to-be boleh lupa pasal codes of engineering ethics..rasa macam takda nak mengaku diri sebagai engineering student..malu betul..

habis je exam..terus balik room..dengan harapan nak tidur sampai ke petang..tapi malangnya.. mata ini liat sungguh..punya lah pagi itu sebelum gi exam,dia mengantuk macam kalau disorong bantal confirm tak bangun dah...dah balik exam..dia pulak buat hal..last-last decided nak pegi book fair again..nak beli the books yang memang dah lama aku nak beli tapi belum sempat dan belum mahu beli..sampai saja,orang penuh macam ape je..terus meluru ke booth berkenaan dan terus menyambar buku-buku itu..bawak pergi kaunter..wang kertas 50,10 dan 1 bertukar tangan dan sejak itu..tiga serangkai buku ustaz Hasrizal menjadi milik aku..haha..sungguh happy..dalam hati rasa nak terus balik dan baca semua...

~one of them..huuu...best sangat...memotivasikan diri...sila beli ye...:) ~

balik room..tak lain tak bukanlah...aku kerjakan buku pertama..hohoho...malam itu jugak khatam..Alhamdulillah..banyak ilmu dapat...banyak kesedaran..banyak benda baru yang dipelajari...sepatutnya dah lama hati ni terbuka nak beli buku tu..tapi tu laa...segan..mungkin sebab tajuk dia kot yang macam kalau beli orang akan pandang sipi..hoho..tapi tak perlu kisahkan orang dah sekarang...yang penting,baiki kelemahan diri..cuba jadi yang terbaik..ada lagi 2 masih tak terbaca..bila tengok those books berbaris kat shelf,geram saja nak capai and khatamkan semua..tapi bila fikirkan rabu ini ada exam MSD and sabtu pulak ada exam SEMICONDUCTOR,niat itu segera dibatalkan..tapi sungguh la..gatal saja tangan ini nak capai dan baca...sabar noraini..sabar..sikit masa saja lagi..dah lepas sabtu ni..buatlah apa kau nak buat..takda siapa nak kisah dah....

oh..ye..lupa..dah tak lama..this coming sabtu..will be the last day of my exam..wah..excited pulak..tapi sedih pon ada memandangkan terpaksa menerima hakikat umur dah menginjak dewasa..semakin hari semakin menghampiri hari kematian..ohhh....ringan nya amalan untuk dibawa sebagai bekal untuk menemui PENCIPTA..harap dipanjangkan lagi umur agar dapat terus mengumpul amalan dan membina baitul muslim yang berlandaskan agama ALLAH S.W.T...amin...

yang pasti..akan merindui coursemates kesayangan...lecturers yang dah banyak berkongsi ilmu..rakan-rakan yang pernah terlibat dalam sebarang program SDEV..rakan-rakan yang dah banyak memberi aku pengalaman yang pelbagai rasa pastinya...ada pahit,manis,masam,masin..adatlah..kita hidup..ada turun naik nya...kan?? oh..kenapa tiba-tiba macam telah membawa emosi ketika mentaip entri ini..sudah-sudah..hidup pasti diteruskan...pasal kehidupan kampus yang bakal menjadi kenangan berharga ini..kita bukak entri baru nanti ya...sampai sini dulu...wassalam...

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015