... have a great time there
...keep the momentum high
...more challenges will come
Assalamualaikum.
Pagi-pagi ni, sementara sedang menghirup kopi sarapan pagi, browse FB new feeds. Found a well-written tips from my former lecturer. Nah, ku kongsikan untuk tatapan semua.
Pagi-pagi ni, sementara sedang menghirup kopi sarapan pagi, browse FB new feeds. Found a well-written tips from my former lecturer. Nah, ku kongsikan untuk tatapan semua.
Minggu ni mesti ramai ibu bapa yang ambil cuti demi menghantar anak untuk mendaftar di universiti-universiti tempatan. Tak kurang juga adik-adik yang terpaksa/ sukarela ponteng sekolah untuk turut serta menghantar abang/ kakak.
Kelmarin (Selasa), sewaktu melintasi kawasan parkir di depan dewan pendaftaran, kelihatan teksi berwarna merah kuning. Ternampak pakcik berkopiah dan ahli keluarganya di tepi teksi. Saya meneka keluarga ini tentunya menyewa teksi untuk menghantar anak mendaftar di universiti (keluarga saya dulu pun pernah melalui pengalaman begini & saya pun pernah ponteng sekolah untuk menghantar Cu saya ke UiTM, hehe...).
Melihat wajah ibu bapa yang penuh kegembiraan dan pengharapan sewaktu menghantar anak-anak mereka, kadangkala mengundang pelbagai rasa dalam hati.
Saya bukan pakar motivasi atau ustazah selebriti yang mampu mengeluarkan pelbagai nasihat dan kaedah untuk ibu bapa. Tapi dengan pengalaman beberapa tahun berdepan dengan mahasiswa mahasiswi ini, saya ingin berkongsi sedikit pesanan dengan tuan puan yang baru menghantar anak ke universiti (kalau anak-anak dah masuk tahun 2, 3 & 4 pun boleh gunapakai pesanan ni).
1- Teruskan memantau anak. Jangan lepas tangan.
Jangan fikir mereka masuk universiti, mereka dah matang. Pantau tu bukanlah bermaksud tiap-tiap hari kena telefon, emel dsb. Saya faham tak semua ibubapa berkemampuan untuk buat begini tetapi tolong ambil tahu progres anak kalian. Pantau solat & bacaan Al-Quran mereka. Jangan ingat dah khatam masa darjah 6, tak perlu buka lagi Al-Quran tu.
Bukan satu tapi ramai pelajar yang bermasalah dalam akademik yang menjawab "TIDAK" bila saya tanya, "Parents awak tau CGPA awak rendah?", "Parents awak dah tau awak kena dismiss (digugurkan dari universiti)?". Saya faham ada ibu bapa yang tak pernah masuk universiti pun. Tapi buat ibu bapa yang celik IT, kalau anak tuan puan tak tahu atau tak mahu terangkan macam mana nak kira CGPA tu, Google kan ada. Kalau ayah-ayah boleh hadap internet untuk baca berita politik/ sukan & mak-mak boleh selongkar segala blog untuk cari resepi & fesyen tudung dan jubah terkini, mohon luangkan masa untuk pantau anak sendiri.
Buat ibu bapa yang tak celik IT, pantaulah cara lain. Minta anak-anak tunjukkan slip keputusan peperiksaan setiap semester. Kat situ, terpampang gred yg mereka dapat.
*Tips: keputusan peperiksaan akhir semester, kebiasaannya dikeluarkan 2 minggu selepas tarikh akhir peperiksaan. Tarikh peperiksaan, cuti dan lain-lain, tuan puan boleh dapatkan dari anak masing-masing atau website universiti.
2- Hindari dari terlampau memanjakan anak.
Sekalipun anak tuan puan dapat keputusan yang cemerlang dan gemilang, tolong berpada-pada dalam memberi hadiah. Kalau nak beli komputer, laptop atau sebarang gadget, beli yang biasa-biasa saja. Tak perlu yang superpower sangat. Sudahnya nanti dia guna untuk main 'online games'. Ada pelajar yang tidur lewat dan akhirnya tak pergi ke kelas sebab ketagih bermain games, kesudahannya gagal semua subjek. Masa tu barulah cahaya kesedaran menerangi jiwa katanya.
*Tips:
Anak-anak yang datang dari sekolah berasrama (MRSM/ SBP/ Maahad, dsb) berisiko tinggi dalam mengawal 'kebebasan' diri. Semasa bersekolah menengah, jadual kehidupan mereka diatur oleh pihak sekolah, penuh berdisplin. Sekarang di universiti, mereka mendapat tiket kebebasan. Tiada lagi warden yang akan datang tangkap kalau mereka tak pergi 'kelas prep' atau riadah. Jadi masa yang sepatutnya digunakan untuk hadir kelas utama, kelas tutorial atau mengulangkaji, digunakan untuk bermain 'computer/online games'. Jadi berbalik kepada point nombor 1, tolong pantau
3- Kesedaran kewangan.
Ini SANGAT penting. Terutamanya untuk anak-anak yang ambil pinjaman PTPTN dsbnya. Sebabnya banyak jerung-jerung yang memasang perangkap; salah satunya geng MLM. Itu belum masuk lagi dengan pengaruh rakan-rakan yang memakai gadget terkini. Tak cukup dengan telefon pintar & laptop, tab pun dirasakan sebagai keperluan.
Ada je pelajar saya yang meniaga secara online dan mengajar tuisyen. Pada saya asalkan boleh membahagikan masa dengan baik dan tidak menganggu pelajaran, teruskanah.
Berhematlah dalam berbelanja. Kalau boleh simpan sikit duit PTPTN tu untuk persediaan kegunaan semasa buat praktikal nanti. Sekarang ni tak semua tempat latihan praktikal bagi elaun. Kalau kamu terpaksa praktikal di tempat yang memerlukan kamu menyewa bilik/rumah dan menggunakan pengangkutan awam, faham-fahamlah yang kamu perlu mengeluarkan duit sendiri.
Kesimpulan ringkasnya, kita lihat anak-anak ini telah dewasa. Namun kita perlu akui majoriti mereka masih belum matang. Mungkin ada antara kita yang berkata "Eleh, aku dulu belajar, mak pak aku tak ambil kisah pun. Elok je grad". Itu betul tapi tolong berhenti sejenak untuk melihat sekeliling dan berfikir, cabaran anak muda kita berbeza dengan cabaran kita dulu.
~Zaman kita di universiti dulu, internet pun takde. Kalau yang dah ada internet pun, perlahan macam siput. Internet ni ada baik dan buruknya. Iman & kematangan yang mampu membezakannya.
~Persekitaran sosial yang berbeza.
~Tekanan dan pengaruh rakan sekeliling.
Semoga kejayaan dunia & akhirat untuk semua. Insya-Allah. - Dr. Nor Fadhillah Mohamed Azmin
Tepat dan jitu sekali apa yang Dr sampai kan. Sangat la precise. Zaman aku masuk U dulu, handphone pun nokia 3315 legend tu je. Masa tu kat PJ, matrikulasi. Dapat duit elaun, berkira-kira nak beli phone baru sebab teringin tengok kawan-kawan phone kecik comey je. Aku punya gedabak haaaa.. Itu pun lagha jugak. Masa tu internet tak ada. Wi-Fi jauh sekali. Harapkan cyber cafe je. Anak-anak sekarang tau ke cyber cafe tu apa...? Huhu. Bila flashback balik, zaman matrikulasi aku dulu pun, aku dah kategori 'budak lagha' jugak dah. Hanyut, tapi nasib baik sempat berpaut. Tak la terus dibawak arus deras.
2006, masuk Gombak. Up sikit masa tu sebab dah ada Wi-Fi. Tapi hanya boleh access di Mahallah Office. Jenuh la tetiap petang pikul laptop acer yang gedang tu bawak pegi MO. Alhamdulillah, walaupun ada sikit lagha, ada kesedaran jugak.
Phewwww.. Kenangan..kenangan..
University's life memang fun kalau pandai jaga diri, pandai bahagi masa, tahu tujuan sebenar kita berada di situ.
University's life bukan bermakna kita dah bebas.
Habis degree, banyak lagi nak kena hadap... Real life dalam working environment nanti lagi la perit.
So, pandai-pandai la. Ingat Allah. Ingat Ibu Ayah.
Nak maintain pointer, make sure kena start dari awal. Kalau dah hujung-hujung baru nak speed, Sorry. In your dream! Unless, gile-gile punya struggle and dapatkan 4 flat for 2,3 consecutive semesters. Tu pun kalau the first few semesters tu pointer tak cecah 2.0..
And lastly, hakak doakan adik-adik yang baru masuk U, semoga kalian berjaya di puncak menara gading. Yeay!!
No comments:
Post a Comment