Showing posts with label #balingbelakang. Show all posts
Showing posts with label #balingbelakang. Show all posts

Wednesday, November 4, 2015

#throwback : SPM

Assalamualaikum.
Lama hibernating nampak.
Hahahaha.
Ketandusan idea sebenarnya.

Sekarang adik-adik SPM tengah exam kan?
Kalau tak pasal dengar radio pagi Isnin tu, sumpah aku tak tau pun sekarang tengah SPM.
Teruk nau dah ni aku rasa.

Pagi tu, dorang sembang pasal tips menghafal untuk exam.
Alaaa..contoh macam, nak ingat warna pelangi, hafal 
Mat Jenin Ke Hutan Buru Ibu Ular
Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu.
haaa.. gittew..

Cane hakak hafal zaman hakak SPM dolu-dolu?
Hmmmmm..
Sorry dik, hakak sendiri pun dah lupa.
Hakak amek SPM tahun 2003.
Bebelas tahun dah dik.
Beranak pun dah 2 orang.
Memang memory lost habes la.

Cuma yang hakak ingat, dulu-dulu hakak palinglah struggle belajo sungguh-sungguh subject Biology and History.
Biology, sebab kengkonon nak jadi dokter. Iye lah, zaman sekolah dulu, dokter je hakak rasa karier yang paling glemer. Hahahaha. 
Without knowing that being a doctor needs a lot of patience. 
Ko kan, ingat gelemer je kan.. 
Memang hakak tabik la kat kengkawan hakak yang dah jadi dokter, misi, dentist dan seangkatannya.
Hakak ta kuad kot nak jadi macam dorang.

History, hakak pulun jugak sebab cikgu history hakak best oit.
Pegi kelas dia macam pegi dengar story telling.
Very the interesting u ols.

Subjek yang paling hakak redho dan jawab ikut rasa hati, adalah.. Physics, Chemistry dan Add Math.
Hakak dulu, 3 subjects ni la yang hakak paling ketinggalan.
Satu habuk pun hakak tak paham.
Hahaha.

Bila waktu trial MARA, hakak dengan redho nya terima result hakak yang Allahu Rabbi.. Teruk nau nau.
Teruk nau nau macamana?
Nak tau ke dik?
Buat malu hakak je.. Hahaha.. Jumlah A adalah.... nan hado...
Ce tanya jumlah failed or almost failed.. berderet la of course. Kahkahkah.
Yang banyak, cumalah C. Paling hebat pun, B la kot. Yang hakak ingat, Add Math ngan Chem hakak hampir failed.
Bahahahaha.. teruk nau!

Bila tiba trial Kementerian, comey la sikit results nya.
Tapi still, Add Math dan Chem amek tempat paling corot. Hahaha.
Mengaibkan betul..

Nahhhh.. Belanja gambo hari last SPM 2003, paper paling sadis, Chemistry. Hahaha.

Rindunya zaman sekolah menengah.


Tuesday, March 3, 2015

Edisi Terobek : Result SPM

Assalamualaikum..

Hari ni ramai bercerita pasal SPM.
Since adik-adik aku semua dah habis SPM, aku agak tak ambik port la.
Rupanya, result SPM hari ni.
Aku pun baru tau semalam. Tu pun sebab dengar kat radio.
Adoi lah. Teruk sungguh ni.

Makanya, hari ini, nak berterobek sikit alkisah SPM aku dulu.
Aku ambik SPM tahun 2003.
Ye. Akak dah kertu dik. Hahahaha.

Wednesday, December 31, 2014

2014 comes to its end

Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah, yang Maha Menciptakan segala yang ada di langit dan di bumi.

Finally, 2014 bakal melabuhkan tirai.

Setelah pelbagai cabaran, ujian dan anugerah yang Allah kurniakan kepada aku dalam setahun ini, Alhamdulillah. Syukur aku masih bernafas. Masih punya peluang untuk memperbaiki diri.

2014, tahun yang penuh dengan benda baru untuk aku belajar.

Tuesday, July 15, 2014

My Only One : Peneman Jatuh Bangun MSc Aku

Assalamualaikum..

Selongkar draft kekdahnya. Hahaha..
Jumpa ini..
Lama dah kot simpan dalam draft. Since aku baru beli benda ni, sampai hari ni, baru publish.
Haha.

My One and Only Acer Aspire One. Hihi.
Sayang kamu.
Thanks banyak berbakti sepanjang perjalanan MSc aku.
I heart you muchas!!

Jangan rosak tau.
I will bring you to my next journey, PhD, insyaAllah.
Tamo beli baru dah. :)






Friday, July 11, 2014

school time = amazing!!

hehe...school time..




ape yang korang terfikir bila sebut saja school girl?
for me..school time itu adalah satu zaman yang paling indah dan manis untuk di kenang..
asal terkenang saja..mesti akan tersenyum-sengih sendiri dan terheret ke mode memory lane..huhu....noraini ini..nampak saja macam tak buat masalah..padahalnya...zaman sekolah dulu dah penah jadi penjenayah yang paling dikehendaki oleh cikgu disiplin..haha....

masa primary school..

aku memang seorang librarian..tapi..aku jugaklah makhluk yang selalu seludup buku-buku library yang baru sampai...bawak balik rumah..baca..lepas tu esok pagi hantar...haha...
tapi sampai ke sudah tak de sape tahu...sekarang baru revealed..haha..
nasib baik UPSR menjadi salah seorang dalam list 15 murid cemerlang (haha..muntah sekarang..masuk mesin basuh,basuh sendiri namanya ni..) 
Sek.Keb.Kg.Raja..dapat 5A...haha...

masa secondary school pulak..

noraini ini pernah menyebabkan seorang warden itu dilucutkan jawatan dia..haha..
padan muka dia..dia yang pedajal aku dulu..rasakan la...ingat haku bodoh ke?? 
ade ke..warden celaka itu gertak nak gantung aku..sebabnya ade kontroversi..
ape tah masalah dia...dia ingat aku penakott...haaa...padan la muka dia...
aku tak pernah benci dekat cikgu...tapi dengan yang dia ni..serius la...
memang tahap dewa aku tak leh blah...

masa dekat MRSM...aku prefect..huhu..
tapi dekat MRSM dia tak panggil prefect la..
dia panggil mereka LDP..(Lembaga Disiplin Pelajar)...haha...
dan disitu la aku menjadi 'lembaga' disiplin pelajar...
'lembaga' ini lah yang suka ponteng solat jemaah dekat surau maktab..
'lembaga' ini jugak la yang suka ponteng prep petang dan malam..
'lembaga' ini jugak la yang ajak kawan-kawan buat solat jemaah dekat dorm kosong sebelah dorm kitorang..
sebab kitorang takmo g surau maktab..
so,pegi nyorok dekat dorm sebelah..
lepas tu solat dekat situ..haha..
sehingga lah kami kantoi dengan kakak ketua dorm..ngeeeeee.....
biasalah..budak-budak lagi masa tuh...:)
seronok tahu buat jenayah ni....walaupun jenayah biasa-biasa saja..

masa dekat KOPU pulak...

aku memang tak jadi prefect ke ape..huhu..
bertambah la pulak aura penjenayah dalam diri ni....
suka sangat ponteng prep...lepas balik sekolah..
rasa penat dan ngantok..
cari ubat-ubat..
letak dekat meja study...
lepas tu tido...huhu...
masa warden buat spotcheck..mesti la terlepas..sebab dia bajet aku demam..haha.....

and yang paling seronok..

jenayah paling besar masa dekat KOPU dulu...ialah...

aku and kawan-kawan..pegi pedajal budak-budak laki yang nak gi solat terawih dekat surau....
tau tak kami buat apa? eheeeee....
kami pakai topeng muka buruk gila tu..
lepas tu pakai telekung..terkejut wei dorang masa tu...
padahal dah tau masa tu bulan puasa..
agak-agak la kan nak takot pon...
bulan puasa beb...heeeee.....
lepas tu...kami main baling-baling mercun pulak ngan budak laki...ngeeeee.....

Indahnya zaman sekolah..
Dah sebelas tahun tinggalkan bangku sekolah.
Tapi memorinya, tetap segar diingatkan..

:)

To my dearest princesses, jangan naughty macam ibu.
Just be brilliant like me, itu tak apa. Hahahaha

Tuesday, July 8, 2014

THROWBACK : Sambung Study Lagi? Nape Tak Kerja Je?

Assalamualaikum.

Well. Hari ni pun masih nak #balingbelakang..
Dan masih bercirikan sambung sekolah lagi.

I've heard people talking about me, but I keep on smiling.
Malas la kan nak ambik port.
Plus bukan depa yang duk taja aku sekolah.
And, bukan depa yang susah payah tolong baca buku untuk aku.
Betul tak?

Dulu, aku dapat kerja. Dah 2 tempat aku kerja.
Keduanya adalah memang dalam bidang aku.
Industry. Engineering.
Tempat pun aku rasa dah secure.

Then, decided untuk berkeluarga.
Masa tu, I was in a company which manufacture parts for Perodua.
And bila ada quality issues or audit...
Nak tak nak, aku memang kena stay.
Orang kata, tak apa lah stay pun, at the end of the day, dapat claim OT.
Tapi, tu apa orang kata.
Yang realitinya, langsung tak berbaloi dengan masa yang dikorbankan.
Penat je lebih.

So, while busy preparing all the wedding stuff, I was thinking about doing Masters.
Ye la, ce bayangkan..
Kalau dah ada suami, anak-anak, kerja siap pakej OT sampai lewat malam, tak ke haru?
Walaupun sebenarnya pada masa tu, aku tak de lah kerap mana pun kena OT.
Mana tahu, years ahead, bila tanggungjawab makin berat, dapat pulak bos yang macam pandai tapi sebenarnya hampeh.. Memang selamat la nak kena hadap..kan?

Dengan sebab alasan tersebutlah aku mula merisik khabar SV FYP aku masa degree.
Mujur dia memang dah sangka yang aku akan pilih jalan tu.
Masa aku grad degree, dia cakap, "saya nak tengok berapa lama awak boleh stay in industry."
Bahahaha.. Memang amat memahami.. :P

Dan aku tanpa sangsi lagi, terus je apply.
Alhamdulillah, mungkin rezeki Alya ada dalam rahim masa tu, application was quite smooth.
Dari application study, hingga lah ke application untuk fellowship.
Syukur sangat.

Bila semua dah lulus, aku hantar surat cinta ke boss.
Boss cuba sogok aku dengan pangkat and increment.
Tapi, sorry la boss.
Kalau u setakat bagi increment seciput, dengan workload tahap hazabedah, memang bolayan la.
Aku bagi kata dua kat boss, "If u can give me more than what I will get, then I'll stay. If not, just accept it."
Haaa kau.. Speaking aku masa tu. Dah boss poyo sangat.
Dia tanya aku dapat berapa if aku sambung study. Aku cakap, more than what I expect.
Dia nak tau jugak amount. Aku jawab RM3k. Hah. Terkedu.
Saja kasi gempak. Padahal tak sampai pun.
Tahu dah, even if cakap RM2.5k pun dia mesti tak sanggup punya. Hahaha

September 2011, bermulalah kembali rutin sebagai pelajar di IIUM.
Seronok wehhh..
Then baru aku rasa, inilah jalan yang aku nak selama ni.
Aku duk gigih cari kerja dulu, bukan sebab aku nak kerja.
Sebab aku nakkan post 'Engineer' tu je.
Dah merasa sekali, sorry lah. No turning back dah.
Nama sedap, orang pun ingat gaji kita sedap.
Realitinya, hanya engineer yang memahaminya. Plus, perempuan pulak.
Betul tak? (Engineers, please say yes.. Hihihi)
No, bukan aku nak cakap woman engineer tak bagus.. Tak.. Jangan salah anggap tau.
You are superwoman dan aku tabik spring pada semua engineer wanita di luar sana.
Korang hebat gile. Aku tak mampu nak hadap semua cabaran tu. Sebab aku cengeng, mungkin.

Bila dah start jadi student balik, hati tenang.
Anytime boleh start labworks, anytime boleh rest, anytime boleh outing.
Very flexible.
Nak duk rumah pun boleh. Tapi siapkan labworks dulu lah. Hihihi.
Kalau masa aku jadi engineer dulu, silap-silap tok laki jadi mem buat kerja rumah.

Bila dah ada anak, memang terasa la.
Aku ada lebih masa untuk anak.
Dia demam, aku boleh ambik dari nursery, bawak balik rumah, jaga sendiri.
Kalau aku kerja, benda tu tak mungkin jadi.
Unless, aku apply unpaid leave secara pukal sebab dah tentu la annual leave aku awal-awal lagi dah habis dek kerana routine check-up masa mengandung. Ye dak?

So, sekarang, faham kan..
Kenapa aku lebih memilih study dari kerja..?
Aku ada mission and vision sendiri.
Please, just respect.
Kalau tak setuju dengan aku pun, please, respect.
Aku study, home government yang tanggung fees.
IIUM yang bagi allowance monthly.
Plus, duit registration yang mula-mula dulu pun, ummi yang support.

Aku tahu, at the beginning, masa aku cakap aku sambung study lepas kawen, ramai yang jegil mata terkejut.
Hello.. Sorry, i tak mintak duit tok laki suh tanggung study i.
On my own. Sikit pun tak sentuh duit tok laki.
Dan memang aku sentap gila bila ada yang fikir macam tu.

Dan, lebih teruk, bila ada yang fikir, anak-anak aku terabai bila aku sambung study.
Ce habaq mai kat aku, tang mananya anak aku terabai?
Nampak anak aku kuruih keding ka tak cukup makan?
Anak aku hinguih meleleh comot ka?
Anak aku pakai baju koyak rabak ka?
Habaq mai..
Cheq tak marah.. Cheq tanya ja..


THROWBACK : The Journey Begins

Assalamualaikum... Tentiba malam ni rasa nak balingbelakang pulak. Hihi. Seriously rasa macam tak percaya, perjalanan MSc aku dah berakhir. Syukur sangat. Bila dah habis ni, rasa macam.. Eh.. Dah abis? Dulu masa nak start, ya Allah bukan main susah lagi. Dah la progress macam super slow je. Hihihi.
20140705-215153-78713826.jpg
  
20140705-215153-78713697.jpg

Dulu, masa register tu, aku sebenarnya tengah bawak Alya dalam rahim ni. Approaching 3 months kalau tak silap. Masa registration, sampai kat kaunter untuk serahkan medical report, orang tu tanya mana filem xray. Suprisingly, dia kata aku macam tak pregnant. Hahaha. Memang jenis badan aku kot, pregnant tak nampak. Atau, sebenarnya aku memang gemuk sejak azali. Bahahahaha. EDD in March 2012. Masa tu supposedly, sem kedua baru start. Aku terfikir, takkan nak ambik leave. So first sem tu, aku Pulun buat labwork jugak. Walhal normally sem pertama tu biasanya orang masih honeymoon. Cuma attend class wajib je. Nasib menyebelahi aku bila semua labworks yang aku sepatutnya buat masa sem dua tu menjadi. Alhamdulillah, syukur. Feb 2012, dah mula cuti. March 2012 aku delivered Alya. Cuti sampai mid May 2012. Masuk kejap, dah kena present progress report. Nasib la semua dah settled. Tinggal nak present je. Sampai ke hari ini, aku kagum dengan diri sendiri. Sebab aku bukan jenis berdisiplin sangat. Tapi if ada push factor, aku macam transformed to somebody else pulak. Kikikikiki... And push factor aku masa tu adalah, janin yang ada dalam rahim aku, yang aku kendong ke hulu ke hilir. 

 Apa yang penting, hati kena cekal. Super cekal dan kena sentiasa bertabah.

Sunday, January 19, 2014

[cont] My Gravida 3, Para 2 + 1

On Friday tu aku rasa macam.. Hmmmm...

Tak boleh jadi ni. Kita cuba lah test. Tengok macamana.. Sesambil tu observe simptom lain jugak.

Hari Sabtu tak terus test. Sebab rasa macam masih OK. Rasa macam, Eh, takkan kot..
Tapi dah gedik dah mengharap positif pregnant. Bahahaha.

Terus bersabar dan bersabar..
On the weekdays tu baru gagahkan diri untuk test.
And....
YES, it was positive.
Perasaan masa tu, happy macam nak lompat bintang. Excited macam found out pregnantkan Cik Alya. But jauhhhhh disudut hati yang paling dalam, ada sedih sikit sebab teringatkan Cik Alya.

The first person yang aku bagitau harus lah cik asben kan..
Dia mengucap syukur kehadrat Ilahi.

Lepas tu, aku macam orang gila excited sorang-sorang.
Nak share dengan labmates, masa tu tak ramai orang dah.
And kalau ada pun, semua nya tengah busy for the final semester, viva presentation, etc.
Dan aku masih macam orang tak betul duk excited sorang-sorang.

Keluarga aku, keluarga cik asben, semuanya kami rahsiakan.
Walaupun mak aku penah cakap bila cik Alya dah berjalan, aku dah boleh move on utk 2nd baby.
Kenapa aku rahsiakan dari mereka yang kalau diikutkan, close relatives jugak kan?
Satu, Cik Alya dulu aku dah ceaser. So, tau je la kan. 
Mesti akan ada yang cakap, 
'eh, bukan dulu operate ke?'
'tak takut ke luka tak sembuh lagi?'
'bukan doctor suruh rest dulu ke at least 2 years?'

Dua, sebab cik Alya baru setahun, nanti mesti ada yang kata,
'Alya kecik lagi, kesian dia.'

Dengan kawan-kawan pun, memang aku zip mulut.
Heh, kau ingat senang nak simpan rahsia nih?
Susah tahu? Susah sangat. Sebab each and every minute memang akan tersenyum sendiri.
Dalam hati ada taman katanya.
Dan.. dalam setiap perbuatan, aku kena hati-hati.
Jaga langkah, jaga makan. Early pregnancy kan. Kena hati-hati.

BFF pun aku tak bagitau on the spot.

Dan most of them yang tak tahu, mula perasan perubahan perut aku, mula bertanya, then aku confess. 
Orang tak tanya, memang aku tak confess. Kepala serabut dengan thesis. 
Hanya aku dan Cik Iman kat dalam je tahu semua kecelaruan. 
Tapi cerita asal telah diubah. Maaf ye kawan-kawan. Terpaksa pinda cerita. 
Sebab aku tak tahu nak confess macamana. 
Lagi satu, aku nak cuba fokuskan 100% pada thesis. 
Aku nak kena siapkan semua sebelum 2013 tutup tirai.
Bukan kata aku tak fokus pasal pregnancy aku. 
Aku cuba fokus keduanya dalam masa yang sama.
Sebab tu, pregnancy kali ni, biarlah rahsia buat sementara waktu.

Aku taknak biarkan diri rasa lemah bila pregnant. Sebab masa cik Alya dulu, aku melepek je.
Kalau kali ni pun aku melepek, thesis macamana? Huhuhu
Aku berdoa semoga pregnancy kali ni adalah smooth.


Pada aku, excitement itu biarlah aku rasa sorang-sorang dulu. Itu privacy aku. 
Aku nekad pregnancy kali ni aku nak bagi exclusive sikit. 
Bukan kata cik Alya dulu tak exclusive. 
Cik Alya dulu pun exclusive jugak sebab lama aku simpan excitement tu sorang-sorang before lepaskan kat public. 
Cuma beza dia, Cik Alya dulu aku spread awal pada kawan-kawan. 
Kali ni, aku simpan dengan cik asben je dulu.

Since cik asben pun tak tegah, malah dia yang suruh aku rahsiakan dulu. 
So, aku rasa keputusan aku untuk simpan dulu excitement tu tak menjadi masalah.

Week by week, Cik Iman membesar dengan sihatnya.
Later aku update. Semua ada dalam draft. Hihi. :)

Maaf lagi sekali.

Saturday, January 18, 2014

My Gravida 3, Para 2 + 1

Perghhh.
Tajuk tak boleh blah macam bajet budak medic. Bahahaha.
Skali skala kasi can la kan...

Hihihi.
Assalamualaikum.
Entri ni, patut aku publish 8-9 months ago.
Tapi... atas sebab-sebab tertentu, hal ini terpaksa dirahsiakan.
Aku busy dengan labworks, thesis, semualah.

Ok now, lets start.

We planned this to happen and Alhamdulillah Allah granted our doa. Syukur sangat.
We decided to have another one once Alya turns one, remember? I told you before in the previous post.
So, memang syukur sangat.


Sebenarnya, in February tu aku ada demam sikit. Mak aku dah suspect lain dah.
Tapi aku rasa tak ada apa-apa. Ye lah, badan kita kan?
Mesti la kita tahu. Especially bab pregnant ni. Instinct tu kuat kata tak.
In March tu jugak aku ada pergi urut. Sebab badan rasa tak sedap. And makcik bidan tu cakap aku kena plan la untuk next pregnancy since Cik Alya kan aku deliver by czer. So dia cakap dia angkat rahim aku bagi tinggi sikit. Sengkak rahim biasanya orang panggil. Aku relakan aje. Walaupun dalam hati gigih nak pregnant lagi. Dah cuak la sebab takut nanti usaha tak berhasil lepas sengkak rahim. Makcik tu cakap, bila dah sengkak, dah tinggi, chances untuk get pregnant tu kecik la. Ok, tak apa.

In April 2013, kenduri adik ipar. Reception belah pengantin lelaki which is my brother-in-law la.
Early April. Aku ok je masa tu. Cuma, rasa pelik gila sebab on the way back to Sabak Bernam, aku mintak cik asben stop sebab rasa nak terkench. Pelik. Sebab setakat perjalanan less than 3 hours tu aku boleh rasa macam tak tertahan nak pee. Balik Ganu yang perjalanan took almost 8 hours tu pun aku pee sekali je kot.
Ok. Dalam hati dah rasa lain. Tapi ada jugak berkata-kata, eh takkan kot. Hari tu makcik urut cakap kalau dah sengkak susah sikit nak lekat. Ok, lega kejap. Pelik, nak pregnant, tapi bila terlintas, rasa cam lain pulak. Bahahaha. Tak tetap pendirian nama dia. Itulah aku sometimes bila masuk bab-bab cenggini.

Lepas kenduri adik ipar, we went to Penang. Sebab cik asben ada conference. Seminggu jugaklah kami kat sana. And I was OK sangat. Tak ada apa-apa.
Tapi period masih tak datang. Aku ni, jarang delay period. Eh. Memang tak pernah la. Selalunya on time.
Tapi tak suspect apa-apa since Cik Alya masih bf. So aku anggap, it was hormon changes. Aku biarkan.
Bersuka ria di Penang for a week, then kami balik KL.
Isnin bermula dengan penuh ceria macam biasa.
I did my regular routine to collect EBM for Cik Alya.
Selasa menjengah, masih macam biasa. My regular routine pun masih macam biasa.
Same goes to Rabu, Khamis and Jumaat.
Tapiiii.. amat menyedihkan my milk production dropped. Ni bukan dropped sikit-sikit dah.
Bukan dropped biasa-biasa..
It was 4-5 oz before. Tapi minggu tu, nak dapat 2 oz pun boleh keluar peluh jantan betina.

Dah kenapa pulakkkkkkkk... Kata hati aku masa tu.

On Friday tu aku rasa macam.. Hmmmm.

Eh.. Eh.. Eh..
Jap. Anak bangun nak susu.
Sambung nanti yeh.
Stay tuned.. :)

Tuesday, January 7, 2014

Recap 2013

Assalamualaikum...
Heee.. Jumpa di tahun baru, finally.
Kehamen dah seminggu masuk tahun baru, baru kau nak terkedek-kedek recap 2013. Memang dasar sangat!!!
Oh well.. kan aku dah cakap, mak anak dua macam aku ni sekarang bagi 24 jam pun tak cukup.
Padahal newborn aku bukanlah cranky macam Cik Alya dulu.
Sleepless night aku, rasanya sehari dua je kot.
The rest, adalah super best. Bangun susukan dia, tertido macam tu je. Good girl sangat kan?


Ok now, let's move on dengan recap kita.

Too many things happened in 2013 indeed.
Tapi tak semua aku boleh recall since lepas bersalin baru ni.
Too many wires short kot. Bahahahahaha..

Ok. Joking. Jangan ah serius sangat. Tahun baru kot.

Memorable things happened to me in 2013
First quarter of 2013, masuk tahun 2013 dengan semangat membara nak settlekan thesis yang due nya Sept 2013.
But end up dengan kena prepare surat extension since macam banyak gila lagi labwork tak siap.
Hahaha.
Oh. First quarter ni jugak, Cik Alya got her first tooth.
And... oh.. She also got her first step in this first quarter.

Second quarter of 2013, I found that I was pregnant with our second child. Alhamdulillah.
And it was planned.
Yes, we planned to have another one once Cik Alya turns one.
And again, Alhamdulillah, Allah granted our prayers. :)

The most energetic pregnancy.
The most challenging pregnancy.
And yes, the most shhhhhh pregnancy that I had. Hahahaha..
People don't even know that I am carrying our second baby at that time.
Bukan niat nak merahsiakan. Tapi dek kerana kerja yang selonggok dan melonggok-longgok, segala happiness sharing adalah harus ditangguhkan buat sementara waktu.
More story about my second pregnancy, soon ye aku selongkar.


Third quarter of 2013, I was very busy with my thesis writing, data collection and data analysis.
Super busy.
Ambik stok kat Shaklee pun tak sempat and I had to order online. Walhal sekentut je kampus dengan KL branch.
In this quarter, memang aku tak sempat nak fikir pasal lain.
Hari-hari, dalam kepala hanya ada thesis.
The main target was, by hook or by crook, thesis aku kena submit jugak byk end of 2013


And the final quarter of 2013, I managed to settle all the thesis-thingy. Alhamdulillah.
Lega. Even di saat-saat akhir betul semua benda settled. Syukur.
Yes, I am a last minute person. Dari zaman sekolah rendah. Terbawak-bawak ke zaman post grad. Teruk.
And, in the final quarter ni jugaklah, a cute baby girl was born. :)
Our second bundle of love and joy.
Syukur semua selamat even I had a very traumatic experience.
Tapi sebenarnya, experience tu banyak mengajar aku.
Banyak membawa aku untuk lebih banyak membaca, buat observation.
Hoi dah gaya budak medical pulak bila dah baca macam-macam. Fuhhh.
Dah tak pasal-pasal doctors and nurses kat ward tanya aku ni medical student ke sebab banyak sangat aku tanya dorang medical term related. Bahahaha.
Banyak bertanya, dapat ilmu. Kan?



Ok. Itu je recap yang aku nak coret. Nak masuk gambar tak boleh. Sebab blogging ngan hp je nih. Bawak bersabar ye.
Till we meet again ya!

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015