Showing posts with label it's personal. Show all posts
Showing posts with label it's personal. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Protected : Let's the journey begins! ^__^

This post used to be a password protected post.
And now it is not. :)

Alhamdulillah. Allah bagi saya kesempatan sekali lagi untuk hamil. Baby, our journey begins! Thank you baby for being in the right place. We love you... ^__^

So far, no morning sickness, no vomitting, no nothing. Syukur, Alhamdulillah.

Cuma lately rasa cramp kat ari-ari tu ada la once in a while. Cramp tu jugak la yang membuatkan hati saya gundah. Baby, sihat lah. Semoga kamu selamat melihat dunia, menjadi insan soleh/solehah. Amin.

Alhamdulillah, so far pregnancy kali ni tak ada masalah sangat. Cuma in terms of morning sickness, saya rasa saya jenis yang boleh tahan teruk jugak.

Entering my 7th week, saya dah mula tak ada selera. Bloating. Makanan yang sebelum ini menjadi kegemaran, buta-buta saya tolak. Langsung tak ada nafsu makan. Masa tu umat Islam baru mula berpuasa. Saya cuba untuk makan, malangnya semua habis dimuntahkan kembali. Sampai saya jadi give-up untuk makan. Sungguh. Malas untuk makan.

During 8th and 9th week, morning sickness, nausea, hilang selera makan, bloating , semua ada. 1 pakej lengkap. Makan. Muntah. Minum. Muntah. Itu dah jadi rutin. Sometimes, tak makan or minum pun muntah. Keluar segala isi perut. Pahit dan peritnya Allah saja yang tahu.

During appoinment dengan gynae in my 7th week, saya ada inform mengenai nausea. Guess what the gynae said? That's a very good sign. -_-"

Baiklah doctor. Saya terima.

Along the way to end my 1st trimester ni, kerap kali saya pujuk hati agar bersabar. It's a very good sign. Remember? My HCG level is increasing that's why morning sickness and nausea saya semakin teruk.

In my 10th week, so far, Alhamdulillah. I feel much better. Makan pun Alhamdulillah semakin berselera walaupun kadang-kadang ada juga terasa mualnya. Saya atasi dengan ubat tahan muntah yang gynea bagi. Alhamdulillah.

Cuma berat saya semakin merosot. I was 56 - 57kg before. The day I admitted in ward last May, I was 59.5kg. During my 7th week, masa saya buat buku pink untuk ibu mengandung tu on 4th August, I was 55kg. Currently, I only have 51.6kg. -_-"
Hopefully the baby inside wouldn't effect much la.

Currently, I'm entering my 2nd trimester. 1/3 done, baby.
Alhamdulillah, praise be to Allah. Aidilfitri saya sungguh bahagia sebab saya dah boleh makan apa sahaja yang saya nak. Lontong air tangan bonda tercinta menjadi idaman. Cuma saya tak boleh nak makan banyak sekali gus. Perut cepat sendat. Makan sikit saja dah penuh even saya belum rasa puas lagi nak makan. Apapun, syukur saya dah boleh makan.

No worries. I'll try to gain more and more weight soon. InsyaALLAH. :)

Friday, July 22, 2011

Protected : Memorable Birthday Gift

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan kami suami isteri. Niat saya untuk berikan hadiah yang paling istimewa untuk suami tahun ini berhasil. Bagaimana?

Ok. Let's the story begins...
Loss of my 1st pregnancy sangat menyedihkan. Tapi kesakitan yang saya rasa mengatasi segalanya. Saya redha dengan segala ujian yang ALLAH berikan. Saya yakin, DIA takkan memberi saya ujian ini jika DIA tahu saya tak mampu nak hadapi.

Minggu pertama di kampung, saya sangat sedih. Teringatkan kehilangan tu, airmata saya laju mengalir. Saya cuba kuatkan hati. Saya terus berfikir positif. Saya melibatkan diri dalam forum di internet yang membincangkan isu-isu kehamilan dan masalah-masalah lain. Saya baca pengalaman ibu-ibu yang mengalami ujian yang sama seperti saya untuk 1st pregnancy mereka. Lama-lama, hati saya terubat. Saya semakin yakin bahawa ALLAH ada hadiah yang lebih istimewa dari ini untuk kami suami isteri.

Minggu kedua, boleh dikatakan emosi saya dah fully recovered.
Alhamdulillah.

Tamat cuti rehat yang hospital berikan, saya mula bekerja. Rakan-rakan banyak memberi sokongan. Dan saya rasa saya tak pernah kehilangan apa-apa pun.
Hati saya tenang. Cuma kadang-kadang bergelora juga bila melihatkan status rakan-rakan yang sudah disahkan hamil di Facebook. Tapi dalam hati tetap yakin dan redha dengan apa yang saya dah alami.
Ya. Redha. Itu sangat penting.
Redha itu membuatkan hati saya terus tenang, sentiasa positif.

Follow-up check-up di PPUM pada 10 June membuatkan hati saya berbunga. Kata-kata yang doktor sampaikan cukup membuatkan hati saya mekar. Luka saya dah semakin sembuh. Tak ada apa yang perlu saya risaukan lagi. Suami ada bertanya mengenai peluang saya untuk hamil lagi. Alhamdulillah, saya boleh merancang untuk hamil bila-bila masa sahaja yang saya mahu. Asalkan saya dan suami sudah bersedia.

15 June saya period seperti biasa. Hari pertama sama seperti period saya sebelum my 1st pregnancy. Ada juga kerisauan di hati mengenangkan nasib period saya. Adakah ia normal? 7 hari kah? 2 minggu kah? Tapi akhirnya perasaan kembali normal bila period saya normal. Macam biasa, 7 hari. Yes, my hormone get back to normal just like what I wish. Alhamdulillah.

Saya mula monitor BBT (Basal Body Temperature). Sebelum ini tak pernah saya ambil port dengan benda-benda macam ni. Demi mendapatkan zuriat untuk suami, saya pelajari semua tu. Alhamdulillah, semua normal. And BBT predict saya ovulated juga akhirnya.

Dalam menantikan period seterusnya, dalam hati tak henti-henti berdoa agar Allah anugerahkan lagi sinar untuk kami suami isteri. Seminggu sebelum tarikh expected period, simpton-simpton nak period dah ada. Cramp, jerawat. Masa tu, dalam hati dah redha. Saya inform suami supaya jangan berharap sangat sebab saya dah rasa tanda-tanda nak period.

Walaupun dah rasa simpton-simpton, hati masih juga mahu mengharap. Ada sinar harapan di hati kecil saya. Ketika teringatkan harapan tersebut, hati berdebar-debar lalu terus berdoa agar harapan saya menjadi kenyataan.

Tiba hari yang dinantikan, period tak kunjung tiba. Hati mula gelisah. Perasaan apakah ini. Hamilkah aku? Hormon tak stabilkah? Apa silapnya ni? Macam-macam soalan bermain di benak.

Hari kedua sepatutnya saya period tiba. Saya gagahkan hati untuk buat UPT.
Dan



. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .




. . . . . . . .





Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Kali ni, 2nd line muncul dalam hanya beberapa minit. Berbeza dengan kes sebelum ini. Syukur. Semoga kali ini tidak berulang abnormality yang lepas. Amin.

Now I realized, wherever kita redha dengan ujianNYA InsyaALLAH DIA takkan tunggu lama untuk memberi ganjaranNYA. Bila dilanda ujian, redha lah. Mengadulah padaNYA. DIA pencipta kita. DIA Maha Tahu segalanya.

Ya ALLAH, semoga kandunganku kali ini normal. Peliharalah zuriat ini dari bahaya. Semoga zuriat ini sentiasa sihat sepanjang berada di alam rahim, dan seterusnya menjadi insan berguna di muka bumi ini. Amin.

Baby, our journey just begins. Ummi hope you are in the right place. We love you. ^_^

Friday, April 29, 2011

Protected: Supprisingly 2 Months..

 
 Assalamualaikum..
Alhamdulillah, 20 April lepas genap 2 bulan kami melayari hidup sebagai suami isteri. What I can say is, he completed me well. Alhamdulillah. Thank you Allah for giving me chance to have him in my life.
For 2 months, he has been so nice, so sweet. Just like before.
I am writing this entry not just to mention that we are now 2 months old married. But I just want to share something which is soooooooo meaningful to us.
 
Let's start.
 
16th April should be my period due. Lil bit weird sebab this time I can't really feel the symptom of PMS. Tapi saya just ignore benda tu. Sebab I was thinking that mungkin this month PMS tak teruk kot. Then, on the next day still tak ada tanda-tanda lagi. I was like..."Am I pregnant?" Tapi tak mengharap sangat lah sebab last month I was expecting. Tapi at last, frust. So this time, memang saya redha je. InsyaALLAH, ada rezeki Allah nak bagi, lekatlah.
 
Until 19th April, still tak ada. So, mulalah rasa nak buat UPT test. At the same time, I was so worried since I didn't have any pregnancy symptom. Tapi saya tetap kuatkan semangat. Sebab memang pelik. Period saya tak pernah delayed. It always comes on time. 
 
On 20th April, I decided to do the UPT. And faham-faham je lah. Bila pagi, mata still mamai. I saw there is on a single line appear on the stick. So, dalam hati memang dah redha. Ada hikmah semua tu.
After taking shower, I just through out the stick inside the dustbin. Don't want to bother it anymore. And I just keep it with myself. Tak cerita kat Darling Husband. Sebab takot dia pun frust. Saya still berlagak macam biasa. Like I never did the test before. Buat macam biasa. Normal. 
 
Petang tu, Darling Husband balik awal since he had induction course. So, I was doing my normal routine. Cooked for dinner. 
 
All of sudden, I don't know why I feel like nak bukak tengok balik stick yang saya dah buang pagi tu.
I took the stick and I saw there was 1 new blur line appear instead of 1 clear line that I saw before. And it now became 2 line, 1 blur and 1 clear. Masa tu, rasa macam tak percaya. Saya fikir itu cuma mata saya je. But then, I decided untuk tanya my husband. I showed the stick to my husband and ask him how many lines did he see. 
 
"It's 2 lines. Why?" He gave the very short answer but really made me feel so good.
 
Then I explained to him that 2 lines means you're going to become a father dear. :) But I asked him not to really put a hope on that since kitorang tak ada-ada confirmation from doctor kan. Malam tu jugak, after dinner he brought me to see the doctor.
 
Doctor said it's only at the very early pregnancy. Since the 2nd line appear so blur. So, the doctor pesan dekat saya jangan terlalu mengharap because banyak possiblity boleh berlaku. Sebab I delayed my period baru beberapa hari. So, saya memang redha la. If ada rezeki, Allah lekatkanlah benih tu. Kalau tak, it will become like period. Saya memang tak cerita dekat sesiapa pun. Me and Darling Husband je yang tau.
At the same time, kami berdoa agar ada la rezeki zuriat buat kami berdua. Dalam hati memang dah ada taman OK. Saya dah perasan sebagai seorang wanita mengandung. Hahaha.
 
As a conclusion, Alhamdulillah. I am pregnant. Thank you Allah for giving us this gift. Hopefully our little khalifah will grow well in my womb.
 
More stories about my pregnancy will be updated soon. Macamana doctor sahkan saya dah pregnant?
Nanti saya cerita.. Hehehe.. :) 
 

20th April 2011.
It's been 2 months since we've been together. :)
And Alhamdulillah, I am very happy with my new phase of life.

Darling Husband, I love U.
You are great dear.

:)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015