Showing posts with label impianku. Show all posts
Showing posts with label impianku. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Double Happiness

Alhamdulillah
All praises to Allah

I never thought about
All the things you have given to me


Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope


All praises to Allah.

Quoted from : Alhamdulillah by Maher Zain

Friday, September 9, 2011

Protected : Let's the journey begins! ^__^

This post used to be a password protected post.
And now it is not. :)

Alhamdulillah. Allah bagi saya kesempatan sekali lagi untuk hamil. Baby, our journey begins! Thank you baby for being in the right place. We love you... ^__^

So far, no morning sickness, no vomitting, no nothing. Syukur, Alhamdulillah.

Cuma lately rasa cramp kat ari-ari tu ada la once in a while. Cramp tu jugak la yang membuatkan hati saya gundah. Baby, sihat lah. Semoga kamu selamat melihat dunia, menjadi insan soleh/solehah. Amin.

Alhamdulillah, so far pregnancy kali ni tak ada masalah sangat. Cuma in terms of morning sickness, saya rasa saya jenis yang boleh tahan teruk jugak.

Entering my 7th week, saya dah mula tak ada selera. Bloating. Makanan yang sebelum ini menjadi kegemaran, buta-buta saya tolak. Langsung tak ada nafsu makan. Masa tu umat Islam baru mula berpuasa. Saya cuba untuk makan, malangnya semua habis dimuntahkan kembali. Sampai saya jadi give-up untuk makan. Sungguh. Malas untuk makan.

During 8th and 9th week, morning sickness, nausea, hilang selera makan, bloating , semua ada. 1 pakej lengkap. Makan. Muntah. Minum. Muntah. Itu dah jadi rutin. Sometimes, tak makan or minum pun muntah. Keluar segala isi perut. Pahit dan peritnya Allah saja yang tahu.

During appoinment dengan gynae in my 7th week, saya ada inform mengenai nausea. Guess what the gynae said? That's a very good sign. -_-"

Baiklah doctor. Saya terima.

Along the way to end my 1st trimester ni, kerap kali saya pujuk hati agar bersabar. It's a very good sign. Remember? My HCG level is increasing that's why morning sickness and nausea saya semakin teruk.

In my 10th week, so far, Alhamdulillah. I feel much better. Makan pun Alhamdulillah semakin berselera walaupun kadang-kadang ada juga terasa mualnya. Saya atasi dengan ubat tahan muntah yang gynea bagi. Alhamdulillah.

Cuma berat saya semakin merosot. I was 56 - 57kg before. The day I admitted in ward last May, I was 59.5kg. During my 7th week, masa saya buat buku pink untuk ibu mengandung tu on 4th August, I was 55kg. Currently, I only have 51.6kg. -_-"
Hopefully the baby inside wouldn't effect much la.

Currently, I'm entering my 2nd trimester. 1/3 done, baby.
Alhamdulillah, praise be to Allah. Aidilfitri saya sungguh bahagia sebab saya dah boleh makan apa sahaja yang saya nak. Lontong air tangan bonda tercinta menjadi idaman. Cuma saya tak boleh nak makan banyak sekali gus. Perut cepat sendat. Makan sikit saja dah penuh even saya belum rasa puas lagi nak makan. Apapun, syukur saya dah boleh makan.

No worries. I'll try to gain more and more weight soon. InsyaALLAH. :)

Friday, April 15, 2011

Ya Rahman, Ya Rahim

Ya Rahman...
Sekiranya insan ini adalah pilihan Mu diArashy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya insan ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya insan ini adalah bidadara untuk ku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya insan ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya insan ini jodoh yang dirahmati olehMu
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Rahim,
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu,aku buta tanpa bimbinganMu, aku cacat tanpa hidayahMu, aku hina tanpa RahmatMu

Ya Muhaimin..
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah kupohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

 ~ For the rest of my life... I'll be loving you Sayang... InsyaALLAH ~

Monday, October 4, 2010

Welcome my October

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur kerana dapat lagi mencoretkan kenangan di sini. Syukur kerana masih di beri peluang untuk bernafas lagi ketika ini. Syukur. Syukur.

Alhamdulillah juga kerana berjaya melalui 2nd October dengan jayanya. Segala perit jerih menuntut ilmu selama 6 tahun akhirnya berbayar. Alhamdulillah. Segala pujian hanya untukMU.

Alhamdulillah, ayahbonda selamat tiba di Gombak sehari sebelum majlis bermula. Adinda-adinda juga turut hadir walaupun terpaksa ponteng kelas.

Alhamdulillah, begini rupanya perasaan setelah mengharungi cabaran di menara gading. Dulu, pernah berangan untuk ke menara gading. Tapi tak sangka impian itu semua dah pon tercapai. Alhamdulillah. Syukur Allah panjangkan usia aku sampai ke tahap ini.

And now, I am officially graduate. I got my Bachelor Degree of Engineering (Materials)(Hons). Gembira tak terkata. Saat dalam CAC tu, rasa macam mahu saja airmata ini menitis. Gembira dengan apa yang telah aku usahakan selama ini. Mungkin juga mahu menitis memikirkan cabaran hidup sebenar bakal bermula setelah keluar saja dari CAC. Aku mohon Allah kurniakan aku kekuatan untuk menghadapi kehidupan sebenar ini. Amin.

Sebagai penutup entri, Alhamdulillah.. Syukur atas segala nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita semua.

Monday, September 27, 2010

Yeay! Convocation attire --> TAKEN

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masih bernafas lagi di hari ini. Tapi sayang, puasa sunat sehari pon belum jalan lagi. Jangan kata sunat, yang wajib pon sehari je. Tak tau nak bagi reason apa. Mungkin one of the reasons is sibuk (reason yang sangat la default). Plus hari-hari bulan mengambang lagi. Hmmm. InsyaAllah, esok rasa nak puasa algi.HIHIHI. Tah betoi tah tidak aku neh.

Ok. Sabtu lepas which is 25 October, kembali ke tanah tempat aku menimba ilmu mencari 'sesuatu' untuk menjadi 'seseorang'. Alhamdulillah. Tak sampai seminggu lagi bakal menghadirkan diri ke istiadat konvokesyen sendiri.Suka nye tak terkata. Before ni asyik attend orang punya je. 2 kali attend orang punya, 2 kali jugak lah aku ponteng.

Pertama, ponteng program. Masa tu aku dah la bawah biro paling penting. Bising jugak la main board masa tu. Kedua, masa tu aku baru kebah demam. Sepatotnya MC dah habes. Tapi buat muka sakit, gi mintak MC tambahan. Ponteng kelas. Huhu. Tapi tak tau la time aku konvo nanti macamana. Adakah akan semeriah konvo orang lain, atau lebih meriah dari konvo orang lain. Hehe. Amat mengharapkan kehadiran pakcik-pakcik yang tinggal di sekitar Gombak ni. :)

 Tak sabar menanti hari esok dan esok. Sabtu nanti Istiadat Konvokesyen aku. Hoyeahhh.. Jemput lah beramai-ramai ye. :) Isnin dah kena mula kerja. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.

Thursday, July 1, 2010

Second Half

Hmmm... It's 1st July already. Graduated for 2 months already. Job?? Hmmm.. I dont have the answer. So far, I did achieve some of my goals. Some of them are still in progress (maybe). Apapun, I bersyukur sangat dengan apa yang I managed to achieve tu. Alhamdulillah.

Let see what is exactly my goals for this 2010.
  1. berat at least 50kg kalo dpt bwh 50kg lagi bagoss...^_^ so far, this one memang belum achieve la..tunggu la another months. Lagipun, konvo in Oct. Sempat kot. HAHA
  2. dean's list...(harap jadi kenyataan..aminnnn....) :)
  3. grad nanti nak terus kerja (part time pon jadi lah) This one pon, still dalam process. Tengah mencari.
  4. siapkan FYP before cuti semester. This one, memang settled. phew.
  5. setelkan segala report. This one pon. DONE
  6. setelkan segala notes after abes kelas. DONE
  7. nak kawen...HAHAHA... This one..kita forward ke tahun depan ye.. hiiiii...
Done... Hmmm.. Not in a good mood untuk blogging sebenarnya. Sebab tu my blog is quite sunyi sepi recently. T___T

Monday, June 28, 2010

Jobless

image googled

Huh.. Lama tak menulis di blog. Reason dia, aku tengah down tak da keje. Rakan-rakan seperjuangan da ke mana-mana dah. Dah boleh merasa belikan baju raya untuk mak ayah adik-adik kat kampung.. Aku? Macam ni lah. Sambung tanam anggur. Harap-harap membuahkan hasil yang lumayan lah kelak. AMIN. eh. tolong amin kan ye. Time kaseh.

Rasa macam LOSER ok. Bila keadaan jadi macam ini, rasa macam LOSER. Bila rakan-rakan dah berjumpa punca sesuap nasik mereka, lagilah aku rasa LOSER. Rasa macam OMG-apa-ni-noraini-belajo-tinggi-tinggi-duk -tanak-anggur-ja. Hmmm. Tapi itu time tak da kesedaran la. Time ada kesedaran, aku rasa macam lil bit lega sebab boleh take a rest sekejap. Lepas tu fikir, rezeki aku jugak akan tiba nanti. Cuma aku kena sabar tunggu. Tunggu dan terus berdoa. Aku memang merancang. Allah pon dah merancang untuk aku. Apa yang pasti, rancangan ALLAH adalah yang terpaling baik mengatasi segala-galanya. Aku redha. ^_^

Sekarang ni, kita cuba untuk enjoy dengan kehidupan sekarang. CUBA ok. Sebab apa? Sebab sekarang ni tak berapa nak enjoy. Bosan je memanjang. Duk umah, bangun pagi ngadap facebook. Pastu, lapar-makan-tido-facebook lagi-makan lagi-tido lagi. Esok pon macam tu jugak. Esok dan esok pon sama. Harap-harap bulan depan, bertukar la rutin aku neh. Penat weh hidup begini. Kalo ade husband tu best lah jugak kot. Hari-hari ada je keje nak buat dekat rumah. Tak de lah rasa macam boring sangat kot. HAHAHA. Gatal. Keje pon belum, dah mengada nak kawen. Takpe... Kita follow the flow. Sampai la tu masanya nanti. ^_^ mari sama-sama doa

Hari tu, ade la tergerak hati nak pegi walk-in interview dengan rakan. Harap-harap ada la rezeki dengan company tu. AMIN. Takpe lah keje jauh sikit pon. Kerana ALLAH, kerana agama. Demi sesuap nasik untuk keluarga. Demi baju raya dan duit raya untuk keluarga, aku rela. Harap-harap diorang shortlistkan aku dan rakan untuk proceed ke next stage interview. AMIN. Pastu harap-harap next stage tu berjaya la jugak. AMIN. Amat berharap la sebab very relate dengan apa yang aku belajar. At least dapat la aku apply ape yang aku penah belajar dulu. Boleh la faham lebih banyak lagi.

Lagipun, memang dah lama letak target nak keje ngan company where i can continue to learn, contribute secara banyak kepada company, menjalankan tanggungjawab as an employee dan jugak yang pasti..for self satisfaction and company's satisfaction. InsyaALLAH. I'll do my best. ^__^ ok.. ameklah saya bekerja dengan anda sekarang. :) saya bakal employee yang baik. HAHA.. promote diri sendiri dalam blog sendiri. Tak pe kan?kan? heh. kasi chance la.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015