Showing posts with label product review. Show all posts
Showing posts with label product review. Show all posts

Monday, November 17, 2014

RedOne Postpaid : Macamana Nak Aktifkan Internet untuk Blackberry User, Berapa Kos untuk Call ke Rangkaian Lain.

Assalamualaikum..

Hari ni pun masih cerita RedOne.
Sebab baru perasan ada lagi 1 komen yang bertanyakan pasal RedOne.
Maaf ye Cik Aisyah atas kelewatan penerangan ni.

Dan soalan Saudari Aisyah ni berbunyi;
salam saya pengguna baru redone , nak tanya macam mana nak activekan internet ye. saya pakai blackberry dan kalau call member yang plan maxis or celcom sampai berjam jam dikenakan cas berapa ye ? maksud rm8 per month tu mcm mana, kurang paham
Jawapan untuk soalan Aisyah;
Wa'alaikumussalam Saudari,
Untuk pengguna Blackberry (BB), Aisyah kena cek balik, ada langgan data plan ke tak. Kalau dah, activation process tu mungkin nak kena tengok setting BB. Maaf, saya tak pakai BB, so kurang arif dengan BB.  Kalau belum langgan, dan nak upgrade, boleh whatsapp encik Din 0133996777.
Maknanya, Aisyah ambik data plan atau tidak.
Boleh cek plan yang Aisyah ambik, dail *123#.
Untuk pertanyaan mengenai kos,
Jika Aisyah langgan RM8, 
free call selama 53 minutes ke rangkaian lain (Celcom, Maxis, DiGi, Umobile, etc), 
dan seterusnya 15 sen untuk setiap minit.

Free call ke semua RedOne users.
Maksudnya, RM8 per month tu, if tak ada buat call ke rangkaian luar, 
kosnya hanya RM8 (unless bil pertama, ada RM10 untuk duty stamp)
If ada call ke rangkaian luar, rate dia 15 sen per minit.
Diharap penerangan diatas dapat menjawab soalan dan kekeliruan Saudari Aisyah.
Jika ada yang masih belum clear, boleh emel atau komen dan soalan anda akan cuba dijawab seclear dan sepantas mungkin bergantung pada kelapangan masa. InsyaAllah.






RedOne Postpaid : Activation Period dan Kos Permulaan

Assalamualaikum..

Ok. Maaf. Sehari dua ni sibuk sikit.
Almaklumlah, labwork dah mula sikit-sikit.

Hari ni lepas buat keje kat UTM, balik lab kat UIA, buka email.
And ada 2 comments pasal RedOne.

Ok, meh masuk rapat-rapat aku nak cerita. Cewah. Gaya macam agen dah. Haha. Eh, aku bukan agen tau. Tapi very close dengan sorang agen terbaik nih. Boleh la contact untuk servis terbaik dia. InsyaAllah puas hati.

Ok, pertamanya, soalan sorang saudari ni berbunyi begini...
Awk,btol ke lps registration 24 hour da bleh gune?sbb sy g tnye kat kdai die ckp lps 1 week bru bleh gune..n btol ke dr prepaid nk ke postpaid kne bayar rm35?
Jawapan dia;
Untuk Saudari Syaza,
Soalan pertama, lepas 24 jam registration, memang dah boleh guna, TAPI hanya untuk yang mendaftar dengan nombor RedOne yang baru SAHAJA.
Untuk yang nak remain nombor lama, kebiasaannya, 3 hari bekerja. Cuba clarify balik dengan kedai yang awak tanya tu. Dulu masa saya mula-mula register, hanya 24 jam dah boleh aktif.
Soalan kedua, kos permulaan.
Untuk prepaid ke postpaid RedOne, ye RM35. RM25 untuk deposit, dan RM10 adalah fee.
Untuk dari postpaid ke RedOne, RM10 sahaja.
So, harapnya, jawapan kat atas memuaskan hati saudari Syaza.

Kalau ada apa-apa kemusykilan lagi, boleh terus komen, atau emel je.
Anytime.
Ada masa luang, soalan korang akan dijawab.. InsyaAllah.


Monday, August 18, 2014

RedOne Postpaid: Apa tu?

Assalamualaikum.

Sambung lagi kisah masalah bil tepon hari tu.
Tapi hari ni nak share pasal solution yang kami ambik tu.
:)

RedOne ni salah satu rangkaian baru dan aku rasa paling jimat kot setakat ni untuk postpaid.

Ni aku ambik dari official website RedOne. Boleh tengok comparison yang dorang dah buat.

Kitorang ambik yang RM8 + 1G unlimited data bundle.
SMS, memang jarang sangat la guna.
Sebab most of the time, memang pakai whatsapp, telegram, dan apps lain yang sekali gus guna dalam internet.
Masalah coverage pulak, memang Alhamdulillah setakat ni belum ada yang tak dapat. Unless, masuk ceruk kampung. Tu pun sebenarnya masih boleh nak access kalau setakat whatsapp/telegram. Kalau layan FB, memang tak dapek la.. :P

And kat bawah ni pulak, plan yang RedOne sediakan.
Tinggal pilih je.

Ni details plan yang boleh kita pilih. Yang ada ** tu maksudnya unlimited. Unlimited kat sini maksud dia, once dah abis penggunaan 1G data plan, kita still boleh access internet, tapi dengan kadar kelajuan yang slow la 0.64 kbps. Kalau setakat whatsapp/telegram memang lepas. Seriously.
 Kami pilih plan RM8 tu sebabnya, memang kami suami isteri pakai RedOne. So free di situ. JIMAT.
Dan memang kami suami isteri la jugak orang yang paling kerap saling call.
Kalau call nombor luar pun, bukannya tahap bersembang sampai panas handphone. Hihi.
SMS pulak, jarang sangatlah pakai. Unless, memang dah perlu sangat.
Biasanya dengan kawan-kawan pun guna whatsapp/telegram.
Lagi jimat la sebab kita kan subscribe data plan tu. Unlimited lagi.
Dan sememangnya dengan teknologi smartphone sekarang, macam handicap pulak kalau phone kita tak ada internet access.
Ye tak?
Aku tak cakap orang la.
Aku cakap aku sendiri.
Rasa macam incomplete.
Sebab kawan-kawan pun dah tak pakai SMS dah.

Ada yang tanya, nak tukar ke RedOne ni kena ambik no baru ke?
Jawapan dia, TAK PAYAH.
Boleh maintain dengan nombor lama.
Nak ambik nombor baru pun boleh.
Macam pakcik aku, 1 family dia, dia pegang last 4 digits sama untuk 1 family. Cun gile nombor.
Yang depan tu beza 1,2 nombor je. :)

Kalau before ni pakai prepaid, tak payah susah-susah.
Bagi salinan IC, dan payment.
Settle.

Kalau pakai postpaid pulak, make sure tak ada outstanding bill yang belum setel la.
Sebab nanti tak boleh nak sambung line baru ni.

Tak complicated pun.
Normally, line akan aktif 24 hours selepas registration.

Clear tak?
Ada lagi soalan?
Boleh email or drop je soalan kat komen. Nanti ku bagi terus contact number agent terbabit.
Terima kasih u ols..
Dah, hakak nak pegi buat keje dah.

:) 




Friday, August 15, 2014

Masalah Bil Tepon/Top Up Prepaid Beratus.

Assalamualaikum..

Hai korang.
Hari ni Jumaat. :)
Yeay lah kan pada yang bekerja. Esok lusa, boleh rehat, gi open house sana sini sementara masih Syawal ni.
Pose 6 dah habis?
Aku tanya sebab aku belum start lagi. -_-
Minggu depan memang kena straight la ni. Adehdehdeh.

Berbalik pada tajuk asal.

Masalah bil tepon/top up prepaid cecah seratus or lebih dalam sebulan.
Tu memang masalah aku.

Dulu, aku pakai 2 sim kad.

Satu, bil. Yang tu pakwe (yang kini dah jadi suami) yang sponsor. Dia bayarkan, tapi lepas aku dah ada elaun ni, kena bayar sendiri jugak bila dah lebih dari had yang sponsor bagi. Sobs..Sobs..

Satu lagi, prepaid. Yang tu, mostly aku guna untuk bisnes. Kalau online shopping pun, aku biasa guna yang tu.Untuk strangers la senang kata.

Setiap bulan, aku akan peruntukkan dua bahagian untuk telekomunikasi SAHAJA.
Bil, biasanya aku letak RM100. Kena time usage kurang, ada la balance dalam tu and boleh carry forward.
Setiap bulan memang aku akan bayar RM100 untuk bil SAHAJA.
Prepaid pulak, biasanya aku akan top up at least RM30. And biasanya, belum expired, dah kena top up lagi around RM5 to RM10.
So, secara kasar, total lost untuk telekomunikasi adalah RM140. Itu untuk aku sorang je. SEORANG.

Untuk Si Dia, aku tak pasti.
Tapi pernah la dengar dia merungut bil dia cecah RM300.

Lepas tu, early this year, kan aku balik kampung sebab berpantang deliver Iman.

Masa kenduri Aqiqah Iman, pakcik aku introduce la dengan satu produk ni.

Berkira-kira jugak la mula-mula tu.
Takut jugak la kan.
Tambah-tambah, postpaid. Sebab ada telco yang jenis menipu duit customers kan?
Kot ada charge tersembunyi ke apa.

Kami ambik risalah tu, dan baca.
Cuba hadam, dan kemudian kami decide nak cuba..

Alhamdulillah.
Sampai ke hari ni, masih setia la kata orang.
Dan yang paling seronok, peruntukan kami untuk phone billing ni..
Around RM100 lebih je untuk DUA ORANG.

Best ke best?
Untung ke untung?

Kan? Kan?

Kami pilih telco apa?

Heeee...

Kami pilih RedOne.

Ce la google apa RedOne ni.

Masalah coverage? So far, memang tak ada.
Sebab, dia pakai coverage Celcom.

So kat mana ada Celcom coverage, kat situ lah ada coverage dia.
Celcom kan common. Everywhere is Celcom territory. Kan? Kehkehkeh

So far, kalau tanya aku, aku bagi 5* untuk telco ni.

Later aku share lagi pasal benda ni.

Kalau korang berminat, boleh email aku untuk pertanyaan lanjut.
norainimnoor@gmail.com

** aku bukan agent. Sekadar berkongsi review dengan korang. Benda bagus, elok kongsi. Tak gittew?

Thursday, July 3, 2014

Celoteh Hari Ini

Assalamualaikum

Sedar tak sedar, dah 5 Ramadhan.
Kejap je.

Macamana conditions 5 hari puasa dengan keadaan masih BF Iman?
Hurmmm..
Alhamdulillah, so far, masih mampu bertahan.
Cuma macam biasa la, bila puasa, water intake siang hari adalah ZERO.
Malam, kena pastikan 3 litres at least. Tu pun kadang-kadang memang tak sempat la nak cukupkan 3 litres.
And bila siang, kerapkan pumping session je la untuk maintain production.

Hari kedua puasa, 1 session kena cut down sebab ada hal.
Sudahnya, production dah mula nampak macam sadis.
Tapi keep on positive, pumping je.. InsyaAllah.. nanti increase balik.

Hari pertama puasa, bersahur rumah mertua.
ESP kesayangan tak bawak balik.
Haru jugaklah.
Tapi kata dalam hati, 'tak apa. Tengok macamana. InsyaAllah boleh bertahan.'
Petang tersebut, alkisahnya...
jam 530 dah mula nak menggigil.
Ya ampun..
Rasa macam nak kena baring je.
Jam 630, langsung lembik terbaring je tunggu azan Maghrib.
Tak ku sangka sampai macam tu sekali.

Hari kedua, dan seterusnya,
ESP memang hidangan wajib sewaktu tengah prepare sahur.
Celik mata, bancuh ESP dulu.
Sesambil masak tu, teguk ESP.
Alhamdulillah, mampu bertahan sampai ke Maghrib. :)
Bukan lah kata minum ESP terus energetic macam superwoman tu, bukan...
Cuma, tenaga tu still ada la nak tunggu ke Maghrib.
Tak macam first day puasa. :)

Berbuka pun start dengan ESP then baru proceed dengan nasi.
Dengan cara tu, boleh cut rice intake la.. (From observation aku sendiri la).

:)

Seronok aih kali ni puasa dengan ESP.
Last year, seriously tekak tak boleh nak terima ESP.
Mungkin sebab, satu, tengah pregnantkan Iman. Dua, belum nampak 'side effect' ESP kat diri sendiri.
And now, yang paling best, kulit adalah smooth.
Suka sangat kulit sekarang.
Warna sekata, rasa macam lembut je. :)

Try la tanya penggemar ESP yang lain.
Sama tak apa yang dorang rasa.
Hihihi.
ESP terbaik lah!

Asalnya ambik secara konsisten untuk fungsi lain, tapi bonus pulak dapat pakej dengan side effects lain. Hihihihi..

Best ke best?

Wednesday, September 4, 2013

Testimoni Sendiri : Shaklee Enfuselle Purifying Cleansing Gel


Salam A'laik.
Hoh. Lama tak menjengah belog.
Jadi hape pun aku tak tahu. Sibuk aje manjang.
Campo dengan sambung cuti raya membawaklah ke cuti Hari Merdeka.
Heaven sungguh kononnya.
Tak sedar thesis tersadai tak ada orang nak tolong buat.
Tak pun, bajet bila tinggal je file thesis tu kat PC, nanti dia pandai-pandai buat ayat sendiri, sedar-sedar dah siap.
Pfftt..
Berangan sangat!
Oi bila nak siap entah.

Ok. Hari ni takmo cite pasal thesis kejap.
Just nak share ngan korang pasal 1 cleansing gel ni.
Sebelum ni, sumpah aku tak pernah tahu pasal cleansing gel ni.
Sejak berjinak-jinak dengan Shaklee, baru lah sikit-sikit aku baca guide book dia.
Macam-macam ada rupanya. Ala-ala Astro gittew.

Nak dijadikan cerita, gaji bulan lepas lepas campur-campur bonus Shaklee bagi, ada la lebih-lebih sikit lepas dah agih kat tempat-tempat yang sepatutnya tu..
Muka pulak masa tu (sebenarnya berbulan before tu) adalah sangat teruk.
Kering dan menggelupas.
Aku nak pakai bedak pun malu sebab obvious sangat nampak muka aku menggelupas.
Padahal aku bukan jenis nak keluar rumah mesti tepek bedak kat muka pon.
Kadang-kadang time mood datang, aku tepek jugaklah sikit bedak Cik Alya.
Tapi seriously rimas bila usap-usap pipi sendiri rasa macam gurun sahara.
Eh? Teruk kan?
So sesambil gi ambik stok customers and stok untuk diri sendiri dan keluarga, saja la nak try kan.
So ambik la 1..

Hari pertama pakai?
Muka rasa panas.
Dalam hati, "ah sudah. Dah kenapa pulak ni...?"
Basuh-basuh muka, rasa lega sikit.
Hari kedua, try lagi.
Masih rasa panas, tapi dah kurang sikit dari hari sebelumnya.
Hari ketiga, kembali normal. 
Healing Crisis mungkin.
Eh, facial cleanser pun hado healing crisis eh?

Minggu pertama, dah nampak kesan.
Kulit dah tak kering, menggelupas hilang.
Alhamdulillah.
Cleanser brand lain yang hado kat bilik air nun, haku buang kat tong sampah.
Aku rasa yang ni paling sesuai.
Sampai lah hari ni, dah hampir 3 weeks kot, muka dah kembali normal.

Jimat okeh benda ni. Sebab pakai sikit je pun tak apa.
Tak payah ko nak tuang kat tapak tangan sampai penuh 1 tapak tangan.
Memadai 1,2 titik je.

So, aku rasa, yang baik ni, eloklah kalau aku sharing mering ngan korang kan..
Rege? Oh. Tak mahal pon. Seriously tak mahal if korang nak compare ngan SKII ke, Lancome ke, MAC ke..kennn...?
Rege retails RM88.75.
Rege lain?
Yang tu kena PM. Paham ye? >.<
Tapi boleh jimat up to 20% jugaklah.




Friday, March 29, 2013

MiPump The First Year Double Breastpump

Assalamualaikum..

Maaf la.. Sangat busy lately. Apa yang di busy kan entah. Tapi terasa sangat la ke laut. Diri sendiri pun rasa dah sememeh sangat dah. :P

Ok. Tajuk macam nak jual breastpump.
Tapi sebenarnya tidak. Saya received banyak emails nak mintak tolong belikan.
Banyak sangat. Half of them saya sempat reply, Alhamdulillah.


Tapi nya.... yang haru.. bila saya forward kan terms and conditions yang my friend buat tu, terus depa tak respon balik dah. Saya pun tak tahu kenapa. Nasib baiklah kawan tu tak proceed oder dengan supplier lagi. Kalau tidak, kesian dia.
Tak kurang jugak dengan back-out buyers. Subhanallah. Kesian kawan tu. Dah la mintak balik deposit. Sedangkan T&C dah cakap deposits are not refundable. Tak baiklah korang buat macam tu. Orang beniaga, cari rezeki. Dia pun tak ambik untung banyak pun. Yang saya tahu, not more than RM10 pun untuk dia. Dah la modal dia beli packaging papers bagai kan, kos dia gi pejabat pos lagi.. Haaaa.. Kesian la dia..

Dan dengan itu, saya kesian sangat kat dia, dan nekad untuk tak nak respon jugak dah.
Sorry tau korang. Bukan tak nak tolong. Tapi takut perkara lama berulang. Kesian la kawan tu.

TAPI.. saya ada suggestion untuk korang-korang yang dah comment and tinggalkan emails tu.

Cenggini u ols..
Try to cari pam tu kat amazon.com atau pun ebay.

My friend ada jumpa tak sampai RM300 pun. Memang new. Straight dari kilang.
Cumanya, macam saya punya ni la.. Warranty dari US. Apa-apa jadi, memang kena ganti motor baru la.

Motor saya, Alhamdulillah dah pakai setahun lebih, bebaru ni ada susu back flow, tetiba 1 suction je ada. So.. tamat lah riwayat dia. Tapi saya tak buang sebab 1 suction lagi masih functioning well.

Saya order motor baru. RM85 je baru u ols.
Kalau nak dibandingkan dengan harga kos u ols nak pos ke US nun. Dengan nak nunggu lama depa duk repair ke cek ke service ke apa kannnn?

so u ols.. jangan marah saya tak respon ngan komen u ols tau.
Saya bagi idea baekkk punya ni.
U ols cari sendiri kat amazon.com or ebay. Mana tahu kot dapat lagi murah.. kan? :)

And agaknya kawan tu pun da serik kot. Dia sendiri memang tak amek order from strangers dah. Unless sedara mara, kawan ofis asben dia.. or sape-sape yang dia kenal and dia rasa memang takkan back-out..

Harap membantu ye.
Sorry sangat-sangat.

Oh. Lupa.
Untuk my dear yati..
Yang latest komen tu.. hihi
Aini dah cuba pumping dalam kereta while driving.
Hmmm. Memang boleh. Tapi Aini tak konfiden la. Sebab if pusing stereng, tersangkut sheild, nanti botol terpeleot dan susu tumpah. Huuuu. Sayang kan? Sheild dia kan jenis strechable gitu. So bahaya sikit kot.. :)

Monday, June 25, 2012

Pakai Pam Baru, Production Macamana?

Assalamualaikum.
Hai Mommies!

As per requested, today saya nak review on milk production lepas pakai pam baru. :)
Sebelum mula, saya nak ingatkan semua ya,
Pertama, must put in mind firmly that in breastfeeding, SUPPLY and DEMAND adalah theory paling penting. The more you pump, the more baby drinks, the more milk you will produce. Pam harga 3 juta pun kalau everything is less in supply and demand, jangan harap nak dapat susu banyak. Saya dah mengalaminya.
Kedua, keserasian pam dengan badan individu adalah berbeza. Tak semestinya awak pakai FS susu keluar banyak, saya cuba FS susu saya pun keluar banyak. In this case, kena try and error. Macam saya, mula-mula start dengan Medela Harmony which is sangat best and soft. Suit me well. Lepas tu ada orang suggest Avent Manual sebab suction dia lebih kuat compared to Harmony. Bila saya cuba, yes memang suction lagi kuat tapi untuk saya, adalah agak menyakitkan. Harmony still the best. Bila dah dapat yang serasi, boleh keep on pakai untuk babies seterusnya. ^_^
Ketiga, pumping session must be in line with your positive thinking. Jangan nak fikir bukan-bukan. As for me, layan Super Spontan or any cerita yang ada Zizan, memang tak sedar susu dah mencurah-curah.
Keempat, the quantity of your milk will not be the same for each and every session. Macam saya, sometime, 1st session dapat 3oz, 2nd session dapat 2.5oz, 3rd session dapat 3oz balik. It depends.

Ok. As soon as saya guna MiPump ni, hasilnya agak memuaskan. In term of penat duk press handle, memang sah-sah la dah tak ada. Boleh pumping while blogging. Huhuhu.
My 1st attempt, got almost 4 oz in less than 15 minutes which normally saya hanya dapat almost 3 oz in 30 minutes or less. Saya tak pasti whether it is because of the new pump or rasa excited saya yang terlampau masa nak guna pam baru tu. Heeee...
2nd attempt, busy sikit masa tu. So, susu kua sikit je. 2.5oz. Tapi still ok la sebab it took 10 minutes only.
Generally yang boleh saya cakap, if saya pam waktu Alya Amani kat nursery, each session boleh dapat around 3-4 oz (dengan syarat, masa pam saya tak fikir pasal kerja). So, far if kepala serabut pun, paling sikit saya dapat 2.5 oz in 10 minutes.
And kalau tandem nursing or pumping lepas Alya Amani df, saya boleh collect around 1.5 - 2 oz for 1 B. Before this, nak dapat 1 oz pun payah.
Dengan MiPump ni, saya lebih kerap pumping. Mungkin sebab MiPump adalah electric. So, tak malas sangat la kan. And lagi 1, normally bila saya pumping dengan Harmony, tengah pump belah kanan, belah kiri dapat LDR. So, useless sangat. And now bila dengan MiPump, time LDR, memang boleh nampak susu mencurah-curah. Alhamdulillah.
Bila tandem, saya tak prefer manual sebab si kecik tu sekarang dah banyak nak main. So, time df la dia nak usik kaki lah, nak naikkan kaki lah.. Ada saja kerja nak buat while df. So, bila MiPump, tekan je button, tangan ampu sikit tapak botol.
Alhamdulillah, rezeki anak. ^_^

So, rasanya itu sahaja kot.
Boleh jugak saya buat conclusion sejak pakai MiPump ni stok untuk Alya Amani bawak bekal banyak la sikit. Sebabnya saya semakin rajin nak ngepam. Hihihi. Tapi Medela Harmony tetap saya bawa ke mana-mana. Just in case kann? Avent Manual? Ada. Saya nak let go murah-murah nanti. Baru pakai less than 5 times kot. Sebab susu saya macam tak nak keluar sangat dengan Avent Manual tu. 

Kalau nak suruh saya compare Avent Manual dengan MiPump, konfem lah saya akan vote for MiPump. Sebab dengan Avent Manual, memang saya tak pernah dapat 4 oz. Seriously.

Last but not least, mesti ingat ye. Supply and demand.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015