Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

Congrats AinHuda!

Yesterday, we went to Muar. My very first time. Nasib la tak jauh sangat. Cik Alya susah nak bertenang kalau travel lama sangat. Gerak from Gombak pukul 10. Sampai muar dekat pukul 1 kot. Sampai je, terus naik tengok the bride. Huda tengah bersiap masa tu. Sempat salam-salam je, pastu turun makan.
Alhamdulillah, foods adalah superb. Rugi tak ambik banyak. Huhu.
Da setel, naik jumpa huda lagi before balik.
Amek-amek gambo sikit, salam cium-cium pipi, tetiba masa huda cakap 'rindu' time pelok-pelok tu, airmata cam nak kua.
Ohhhh... Malu la i kalau orang nampak. Hihi. Tapi seriously memang rindu sangat kat huda. Dah lama sangat tak jumpa. Last masa konvo la kot. Lama dah.
Huda cantik sangat. Tak make up pun huda dah memang cantik orangnya. Manis berlesung pipit.
Seriously rindu sangat kat huda.
Selamat pengantin baru huda.
Semoga panjang jodohnya, bahagia hingga ke syurga, lahirkan anak-anak yang soleh solehah.
Ameen...

I really miss u bebeh!

Saturday, May 28, 2011

Buat Video Perkahwinan

Assalamualaikum.

Fuh. Hari ni rasa macam ada mood baru yang datang menyelinap dalam diri. Kerana rindukan suami. Mungkin.

Tadi saya godek-godek fail gambar perkahwinan kami yang lalu. Terjumpa video saat dan ketika suami melafazkan akad nikah. So sweet. Rindunya saat tu. Rasa macam nak naik pelamin lagi sekali je. Sebenarnya bukan nak naik pelamin sangat. Tapi nak photoshoot pakai baju pengantin. Huhu. Boleh pakai baju cantik.

Sekarang saya tengah mengumpul serba sedikit audio yang nak digunakan untuk video perkahwinan kami. Emmm. Buat masa sekarang, dalam kepala saya rasa macam nak letak lagu Anuar Zain. Sedetik Lebih. Tapi, sesuai ke tak ye? Ada cadangan lagu Anuar Zain yang lain tak? Share dengan saya please...

Disebabkan kecuaian saya sendiri yang lupa nak pesan dekat sepupu-sepupu yang ada, saya tak ada koleksi video semasa majlis resepsi berjalan. My bad. Nasib baik gambar dari OP banyak jugak. Cuma gambar masa makan beradap la tak de. Sedih. My bad lagi.

So, sekarang saya kena fokus buat video perkahwinan kami.

Untuk suami, balik nanti baru tengok ye. Hihihi..

You take care, OK?
Miss you.

Wednesday, March 2, 2011

New Phase of Life

Bismillah
Assalamualaikum.
Sepatutnya entry ni saya buat semalam. Tapi ideanya baru datang hari ni dan masa terluang pon ada hari ni. So, hari ni la entry ni dibuat.


Rindu dekat blog sebenarnya. Sebabnya saya rasa since duk sibuk uruskan hal wedding last 2 weeks, memang tak sempat langsung nak jenguk blog. 

Rindu jugak dekat rumah. Spend time almost 1 week dekat rumah. During the wedding la sebenarnya. Membawa insan kecintaan masuk dalam family saya adalah perkara yang dah lama saya nantikan. Alhamdulillah, kehadiran husband saya (ehem..ehem..dah ada husband sekarang. Tumpang lalu ye. Hehehe.) dalam family kami adalah amat dialu-alukan. For the 1st time saya tengok ayah saya begitu gembira. Borak dengan husband saya macam-macam isu. Syukur sangat. Sebab dia jarang bersembang dengan anak-anak kat rumah. Especially dengan adik lelaki saya. Alhamdulillah, sekarang dia dah ada teman.

Rindu dekat internet, especially facebook dan blogspot lah. Hahaha. Sejak berhusband ni, aktiviti saya di alam maya adalah terhad. Kena jaga husband. Huhuhu. Alasan. 

Rindu dekat suami terchenta. Husband saya dah selamat sampai di India last night. Sedih betul saya kat Malaysia ni. Dah la pengantin baru. Kena redha, dia pergi demi tugas. T___T
Sayang, ketahuilah olehmu bahawa I rindu you secara super banyak. Cepat balik, please.

Alhamdulillah, majlis resepsi on both side dah selesai. Cuma penat kenduri tu masih bersisa lah. Biasa lah kan. Bukan pernah jadi pengantin baru. ^__^

Thanks alot to my families and in-laws. Really appreciate it. Thanks to cousin of my husband sebab decorate our room dengan fresh flowers yang cantek and segar. Thank you so much. Thanks jugak to my friends yang datang wedding kami. Especially to those yang sanggup datang from KL to Besut. I really appreciate that. :)

Cerita pasal wedding adalah banyak. Tak muat kot untuk saya compress masuk dalam 1 entry. Nanti saya buat chapter by chapter boleh? Kalau ada yang nak baca la. Kalau tak ada pun, insyaALLAH saya nak buat jugak. Sebagai kenangan perkahwinan kami. ^___^ 

So, sekarang kita jangan cerita lagi pasal wedding hari tu. OK? Cerita topik lain. Boleh?

Ermmmm... Suami? Suami saya ye? Owh. Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur kerana Allah jodohkan saya dengan beliau. Beliau adalah sangat membahagiakan saya. Dari saat saya sah menjadi isteri beliau, sehinggalah ke saat ini, beliau adalah sangat baik and banyak benda baru saya dapat belajar pasal beliau. Honestly, currently I am falling in love with my own husband. Oh. I like this feeling. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, kami selamat diijab qabulkan dengan sekali lafaz. 
Sayang, you are great. Love you!

Lepas je sah segalanya, everything was changed. Kasih sayang dan cinta saya pada beliau meningkat secara mendadak tanpa saya sedar. Segala gerak geri dia saya rasa nak curi-curi tengok. Rasa macam tak ada dah lelaki lain yang lebih sempurna dari beliau. Hari-hari saya jatuh cinta. Fuh. Parah. Tapi sangatlah released. Huhuhuhu. ^___^

Dan dengan ini, saya rasa saya dah boleh cakap "Yes,getting married adalah menyeronokkan. And anda kena aware dengan tanggungjawab as a wife or husband". So, kawan-kawan yang belum lagi tu... Bila lagi? Jangan lambat-lambat OK? Rugi. Hahahaha.


Ok. Esok saya dah mula masuk office dan rasa macam malas. Just discovered that being a housewife is not bad. Saya suka la jadi housewife. Kena dengan naluri. Tapi kena tanya husband dulu lah. Saya nak bantu dia lagi dalam segala hal.

Itu sahaja kot setakat ni. Saya rindu suami saya.
Sayang, cepat balik please. T___T 

Dah boleh bersurai.


Sunday, February 13, 2011

Dinner PCM

Assalamualaikum..

Last night, I had a dinner with all the staff of PCM. It is annual event which have been had here. Heeeee.. It was not bad. But not as great as having dinner with all my coursemates two years back. Uh. How I missed them so much. Lucky I have Nik with me here. At least, i still got the aura of Materials Students. Huhuhu.



As usual, I choose to be as simple as I can. Bought a one-piece-dress. Emm. Not exactly dress. It's like a dress, one-piece-outfit. 

As to fulfill the theme of the night, I wore a red tudung and black jubah. Huuuu. So gothic. Is it? Hahaha. Macam perasan pulak.

I like those colour combination. :)

And, I am so lucky to win a lucky draw prize. Huhu. Even though it was not the grand prize which everyone's waiting for. At least I got something to be proud of. Eh. No lah. Not to be proud of. But to be used to complete my home sweet home after the wedding which will come 7 days from now. 

So, currently me and Mr.Future Husband already got a rice cooker, a jug kettle, a fan, a TV, an iron, and an iron board. So, for those who wish to give us the wedding present please do not give the same as we already had. Heeee. Heh, I'm not demanding. I'm just helping you to choose the right wedding present for us. :)

And now we need a dinner set for 2 (at least for this coming 1 year. ^__^ I am expecting for a new member of our family next year. Huuu), set of cups and saucers, set of glasses, microwave (huhu), fridge, washing machine (how demanding I am.. Hee. Please bother this one),any other electrical appliances (except things we already had).

OK. Out of topic. Just ignore it. Heeeee.... Another 1 week left and I am not having any abnormal@speedy heartbeats yet. Is it normal??? 

And, I have to off now. Nyte. :)

Thursday, February 3, 2011

Rentetan kisah lalu

Assalamualaikum.
Fuh. Dah lama tak singgah di blog sendiri. Last time saya published entry was 4 hari lepas. Entry yang memang pendek dan singkat, tapi tak sangka pulak entry yang hanya beberapa baris tu mendapat feedbacks yang macam memberangsangkan.. Thanks to all. Kritikan dan sokongan anda amat saya hargai. Terima kasih banyak-banyak.

From all those feedbacks, I realized that my thoughts, my sharing moments, etc were disturbing some of you. So, dengan ini secara terbuka saya nak mohon ampun dan maaf andai setiap penulisan saya melukakan hati anda, buat anda tak senang dulu or what-so-ever lah. Bukan niat saya nak meninggi diri, riak, bongkak dan yang sinonim dengannya. Sekadar berkongsi cerita dengan rakan-rakan yang sentiasa support saya since I was in school, my friends yang bukan kat Malaysia, dan yang sudi berkongsi kegembiraan saya.

Saya sedar, setiap insan mempunyai cara hidup masing-masing, suka duka masing-masing. Same goes to me. There're sometimes saya happy, sometimes saya sedih. And both of them saya share kat sini since dulu lagi.

Sekali lagi saya mohon maaf andai kisah-kisah gembira dalam hidup saya membuatkan ada hati-hati yang terluka. From deep inside in my heart, I am very sorry.

Setelah difikir-fikir, saya dah buat keputusan 80% blog ni akan ditutup terus. For those yang tau other 2 blogs that I have, saya tak halang anda untuk singgah. Tapi saya tak paksa anda untuk baca. Saya tak pernah cakap "KAU KENA BACA JUGAK BLOG NI NO MATTER WHAT HAPPEN". Kalau ada yang rasa life saya ni adalah annoying buat kalian, saya beri laluan, sila jangan singgah lagi. Saya tak nak jadi pencetus kepada ketidak tenteraman emosi kalian.

Saya bersyukur atas segala nikmat yang ALLAH dah bagi pada saya. Nikmat kehidupan, nikmat kesihatan, nikmat akal, dan nikmat kesederhanaan yang ALLAH dah bagi. Alhamdulillah.

Oh. OK. Sebenarnya saya tak sukalah nak tulis benda macam ni dekat blog. Sebab saya tanak bermusuh dengan siapa-siapa. Knowing me, saya memang sangat suka mengumpul kawan-kawan baru. Kawan biar seribu, musuh biar satu. Ini yang saya pegang sejak kecil dulu.


Now, jom cerita lain pulak. Hihi..

Malam semalam saya pulang ke kampung. Hoyeay... :)

Dan sekarang dah pun berada di kampung. Tidur di bilik sendiri yang serba baru.. Yiehaaaa....:)

And yes, I am getting married. Dah lama saya simpan. Bukan niat tak mahu kongsi berita gembira. Tapi demi menjaga hati sesetengah pihak terutama keluarga bakal suami saya.

Doakan segalanya berjalan lancar ye kawan-kawan. ^___^

I am a wife in 16 days from now. T__T Nervous sikit. But still under control.

Ada banyak jugak dugaan dan cabaran yang saya hadapi. InsyaALLAH, saya yakin saya mampu hadapi semuanya dengan bantuan dan izin ALLAH Yang Maha Kuasa. ^__^ Allahuakbar.

Lagi satu, saya percaya TRUE LOVE will make me stronger to overcome the obstacles. InsyaALLAH.

Lastly, please..please..please pray for our happiness. I want to be the best wife to my husband, the best mom to our kids. InsyaALLAH.

Saya tak minta simpati kalian untuk terus mengikuti setiap jejak hidup saya. If my words make you feel uneasy, please kindly ignore my blog. Don't keep on hurting your ownselves.

As an QS Engineer who works with ISO everyday and everytime, I write what I do as I do what I write. :)

Orang cakap ISO/TS adalah susah, but my boss keep on telling me that ISO/TS adalah senang. As long as u 'do what u write, write what u do'

Ah sudah. Dah masuk cerita office la pulak.. No. No. No. Kat rumah tanak fikir pasal kerja OK. Hihi
^___^

I love my job.

Oh. Lupa. Blog akan diprivatekan. Tinggal email anda untuk terus bersama saya. :) TQ

Monday, November 29, 2010

It's Monday AGAIN

Assalamualaikum.
:) Alhamdulillah, Allah has given me the chance to stay alive until now. Hmm. This morning was quite gloomy. I never experienced that before since 1 was here for almost 2 months. OMG. 2 months already?? Cepatnya. When I entered the office, everyone was like ada problem besar. Maybe they have. And maybe they dont. I do not know what they're thinking.

My colleagues pon sama. Did anything happen and I know nothing? My colleague yang in-charge customer complaint nampak macam badmood. Saya sendiri rasa takot nak tegur. All the gloomy things affect my mood. Plus I got infected by flu. Running nose sampai tak larat dah nak kejar. Haiyaaa. Dah la hari ni ada visit and audit from Nissan. I was like .... blur. Tomorrow ada audit from Toyota. I have to prepare untuk tu jugak. For Nissan tadi, I did prepare all the things. Tapi at the same time masa the representative datang, I have to visit the shop floor untuk settle hal audit Toyota esok.

Lucky I am. Toyota-things settled tak lama lepas tu and I managed to attend the Nissan audit. Bos dah melilau cari. Nasib baik handphone tinggal dalam drawer. He did text me. Huhuhu. Tapi, sorry la. I didn't bring my handphone at shop floor. Kikikiki.

Ding dong ding dong dengan Nissan's representative sambil saya ulang-alik from training room to my office (because of asyik sneezing je all the time), finally tiba jugak lunch hour. Huh. Ni time paling best walaupun dah lama berniat nak diet. Hari ni bos belanja. So, tak bleh diet. Hehehe. After lunch, continue balik.

And Alhamdulillah, da upgrade sikit. From 22% to 50%. Ok what? Huhuhu. We aimed for at least B untuk next ASES. Malu ok before ni dapat D. Kalau dalam transcript, kena repeat dah tu. Got some correction and additional things to be added here and there. Tapi, ok la kan. Nampak jugak sikit hasil. :) Next 15th December will be their last visit before the real auditor from Thailand came. Hopefully, everything will be fine and we will get at least B. Amin. :)

Another thing is.... Today is my BFF masa dekat MRSM KOPU diijabqabulkan dengan suami terchinta. Norfarehan and her husband.

Dear e, I am sorry I couldn't be there during your big day. It's not you're not important to me. It's just I couldn't be irresponsible to my job, what I am doing now. Got lots of things to be done. Many pending issues to be settled down. Hope you understand. I'm so sorry dear. Have a great day and happy family ever after. Barakallahulakuma Wabarak Alaik. May Allah bless both of u. :)

Saturday, November 20, 2010

1 Done. 8 Left.


~I Love my greatest friends, they're still the same~

Assalamualaikum..
Huh. Penat. Seronok sungguh balik kampung kali ni. Panjang je langkah. Banyak benda yang nak kena susun, nka kena atur supaya suit dengan masa yang saya ada sepanjang di kampung. Hari raya pun rasa seronok. Macam selalu. Alhamdulillah. Our praises to ALLAH.

Alhamdulillah, semalam saya dan rakan-rakan kesayangan telah menghadiri wedding salah seorang daripada kami. Norhidayah binti Ali telah selamat menjadi isteri Zulhelmy. :) Tahniah buat korang berdua. Semoga cepat dapat baby. Bahagia sehingga ke syurga. Amin. Pejam celik, pejam celik. Rasa macam baru saja kami semua berkenalan. Sekarang masing-masing dah nak jadi mak orang dah. Hihihi. Inilah kehidupan.

Seronok sangat bertemu rakan-rakan yang dah hampir 10 tahun tak jumpa. Oh. Rindu. Masing-masing tak berubah. 10 tahun tak mampu mengubah keteguhan persahabatan kami. Alhamdulillah. Even after form 3, masing-masing dah ada jalan sendiri. Angah went to MRSM PC, myself went to MRSM KOPU, Che Lynn and Alang went to another schools. Masing-masing dah ada kawan baru. Tapi saya salute kawan-kawan saya. Sebab bila kami berkumpul, semua seperti biasa. It's like kami semua tak pernah berpisah. Aina, tetap bising macam dulu. Peng'havoc' suasana apabila bertemu Che Lynn. Alang, Nadiah, Yunie, pon tetap macam dulu. Angah, tetap sama. Semua sama sahaja. Pengantin baru, Acik.. Juga tak ada beza. Semua makin lawa. Makin cantik. Makin manis. Bakal-bakal pengantin baru seterusnya which are Alang and Yunie pun nampak dah seri pengantinnye. :) Can't wait for your turn. Heeeeee. Nampak gayanya, geng kita berminat dengan warna tema merah putih ye? Semua pun nak merah putih. 

 
~10 years ago~

Hari semalam sungguh seronok. Flashback cerita-cerita zaman sekolah. Kisah ada antara kami yang failed bahasa arab. Kisah drawing kami direject oleh cikgu Pendidikan Seni. Hep. Jangan tak tahu. Cikgu Pendidikan Seni kami amatlah particular. If dia rasa tak puas hati, dia akan suka-suka hati je reject drawing kita walaupun kita rasa kita dah hasilkan drawing yang terpaling cantek yang pernah kita buat dalam hidup kita. Hahahaha. Kelakar.

I missed my schooling ages. I had a very great time yesterday. Seriously. Penat sampai tak rasa sangat. Dah sampai rumah baru ala-ala nak terasa. Banyak cerita masing-masing. Tapi sayang, kami kekurangan sorang lagi sahabat. Entah ke mana beliau menghilang. Kami gagal mengesan dan menjejaki beliau. Masih di Jepun kah? Atau sudah di Tanah Melayu kah? Tiada langsung khabar dari sahabat yang seorang itu. Walau apapun, kami tetap mendoakan yang terbaik buat beliau. Semoga beliau tak melupakan kami.

Selesai sudah urusan sahabat kesayangan kami yang sorang ni. Seterusnya, satu demi satu bakal mengikut jejak langkah Acik. InsyaALLAH. Hope to see you soon guys at Alang's Wedding next year. Till we meet again. Going to miss all of our sweet memories now and forever. InsyaALLAH.

Buat acik, semoga menjadi isteri solehah. Ibu mithali. Doakan along jugak ye. :) Semoga acik bahagia dunia dan akhirat bersama suami tercinta. Amin. 

Ok. Now, who's next? Of Course bukan saya. Hehehe. 1 Done. 8 Left. :)

Monday, November 15, 2010

Mid November comes

Assalamualaikum.
Mid November alrealy?!!? Huh! How time flies. Phewww. Lap peluh jap. Cepatnya masa berdetik. Semakin jauh menganjak meninggalkan kita. 

Entry untuk bulan ni kurang. Sebab idea kurang. Masa kurang. Broadband asyik kene blocked. HAHAHA. Jadinya sekarang rasa nak berkongsi perasaan la sikit dengan semua orang. First of all pasal kerja saya. So far, dah 6 minggu saya bersama kerjaya saya sekarang. Apa yang boleh saya katakan adalah, saya gembira dengan apa yang saya buat. Terima kasih ya ALLAH.

Bulan depan, housemate saya bakal jadi tunangan orang. Happy for her. ^__^ Jumaat ni, ex-rumet saya masa kat UIA pon akan jadi tunangan orang. Congrats Dayah! Oh. Lupa. Jumaat ni jugak, one of my besties akan melangsungkan hari bahagia beliau. Congrats Acik! 

Gembira sungguh dengan perkhabaran gembira yang rakan-rakan sampaikan. Saya pulak yang jadi excited terlebih sekarang ni. Tengok kedai pengantin, saya yang jadi tak tentu arah. Tengok majalah yang ada gambar-gambar pengantin, saya rasa nak berangan. HAHA. Teruk kan saya? Heeee.

Oh. Esok saya balik kampung. Sambut Aidiladha dengan keluarga. Seronoknya. Jumpa adik-adik. Jumpa family. Yeay!!! Emmm. Barang belum packing sebenarnya. ^__^
Mungkin saya akan sibuk sepanjang di kampung nanti. Banyaaaaakkkkk benda yang saya rancang nak buat. So, InsyaALLAH saya akan titipkan auto-publish entry untuk menghabiskan sisa-sisa November yang ada ni. :) 

Selamat malam semua. :)
Entry boring telah berjaya dihasilkan malam ni. Huhuhu.
Saya tak sabar menantikan sesuatuuuuu...... Jeng..Jeng..Jeng.. Ngeeee~~~~

Friday, August 27, 2010

Syukur Alhamdulillah, I found U

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Dipetik dari laman Facebook seorang rakan. Terima kasih kerana berkongsi. Aku sedar kenapa Allah turunkan gerimis di tengahari. Kerana DIA ingin menganugerahkan pelangi sepanjang hari buat aku. Semoga dia yang terbaik untukku.

Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya. Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah. Alhamdulillah..Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini. - dipetik dari iluvislam.com

Alhamdulillah.. Sebaik-baik perancangan, datangnya dari ALLAH S.W.T. Semoga akulah tulang rusuk kepunyaannya. Amin.

credit:Iluvislam.com

Ya Rahim,
Kurniakanlah kepadaku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu.

Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu.

Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu.
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.

Amin, Ya Rabbal A'lamin.

Sunday, March 7, 2010

Alya's Wedding

assalamualaikum..
hari ini sungguh berbesar hati untuk mengupdate belog...hehe...sebab nak wish congratz to my darling friend..Alya Naili Rozhan..bersama dengan suami tercinta..Ahmad Zaki...

congratulations to both of u...Pn.Alya Naili and hubby...
both of them selamat diijabqabulkan pagi semalam which is 6 March 2010...Alya dinikahkan sendiri oleh ayahanda beliau...semuanya telah selesai..alhamdulillah...

their pelamin

last night was the reception belah the bride...mase akad nikah aku tak dapat pergi sebab ada kerja nak kena siapkan...tapi yang last night memang cane pon kena gak attend..sebab mase beliau bertunang hari tu..aku dah tak pegi..nanti Alya kecik ati..hehe...^_^


memang grand malam tadi..pengantin pakai persalinan warna putih and theme diorang merah+putih...sangat cantik...warna yang aku idamkan untuk wedding aku nanti..hehe..insyaALLAH....


Alya cantik sangat last night...gorgeous..and Zaki pon tak kurang hebat..ehehe..actually both of them kawan aku...Alya ni aku kenal since matric..salu melepak bilik dia...and Zaki pon aku kenal since matric..tapi tak cakap banyak..bila dah masuk Gombak baru la berkawan secara rasmi kot..hihihi..since he is my classmate since kami sama-sama mempilih Materials Engineering sebagai jalan kami di UIA ini...:)

what i can see is Zaki nampak happy..sangat happy i should say...senyum saja tak lekang...Alya pon sama...hehe..so sweet la both of u...the sweetest moment malam tadi was when the time Zaki nyanyikan lagu 'buat isteri' yang pernah dinyanyikan oleh Kopratasa kot kalau tak silap aku....OMG....sungguh best kalau my future hubby buat macam itu jugak..tapi....aku tak expect pon...sebab masing-masing ada cara masing-masing...and setiap orang ada kebahagiaan masing-masing yang mempunyai cara tersendiri..oooo...banyaknya perkataan 'masing-masing'..hoho...

hmmmm...sangat happy for both of u sampai aku pulak yang rasa nak nanges...memandangkan Alya is kawan terdekat aku kat UIA ni yang mentukarkan status from 'Cik' ke 'Puan'....

to Alya and Zaki...congratulations again...semoga panjang jodoh kalian..berkekalan sampai syurga...dikurniakan zuriat yang soleh solehah...jangan lupa doakan saya juge yee...saya pon mahu kawen macam korang jugak..heeeeee....kegatalan sudah melanda...oooooo....lebih baik END sekarang..huhu..

oh..lupa..last night jugak dapat jumpa a friend of mine yang dah 15 tahun tak jumpa...dia pindah sekolah masa darjah 3....macam tak percaya dapat jumpa dia..hihihi....dulu rapat dengan dia..sebab rumah dia depan rumah my aunt...so lepas balik sekolah or weekend, mesti main kat rumah dia..hehehe...


me and the bride, Alya Naili Rozhan

***oh..sekarang dah ada label 'wedding' hehe..doakan untuk Noraini dan pasangan juge yee....amin..terima kasih... ^_^

...semoga Allah permudahkan segala urusan kami.. ...percepatkan ijab dan qabul kami... ...amin..

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015