Monday, March 16, 2015

Segelintir Pemandu Di Malaysia . . .

.....ni memang macam tu eh??

Phewww.. pepagi (tak pagi mana pun sebenarnya..hahaha..) dah nak membebel aku ni. Aku start dengan bebelan merapu. Oh well, tak merapu sangat pun. Harap bagi segelintir pemandu kat Malaysia ni celik mata sikit.

OK. Sebenarnya, starting from 2015 ni, banyak masa aku di UTM dah. Sebabnya office dah dapat. So, untuk fokus dan keselesaan yang extra, aku pilih untuk stay kat sini. Masuk pukul 9, by 3 pun kalau nak balik dah tak rasa guilty sangat sebab most of the time memang spend time buat keje.


Dan... dengan itu, bermula la rutin aku setiap hari meredah DUKE. Aku selalu keluar around 815-830.. so by 9 insyaAllah dah sampai la. And masa tu, DUKE tak de la havoc sangat dengan traffic jammed. Apa yang aku nampak setelah dua bulan lebih ni duk ulang alik dengan jarak yang agak jauh jugak compared to aku keluar masuk UIA ialah, sikap segelintir pemandu Malaysia. Homaigad. Aku rasa nak jerit-jerit je.

1. Kenapa eh, suka sangat duk nak potong queue? Kau lambat.. Habis, orang lain, semua tak lambat lah? Please lah. Queue. Elok jalan smooth, dek kerana beberapa ketul nih la jalan jadi sesak. Aku fed up betul la. Jangan nak selfish sangat boleh tak. Sokmo, kalau ada yang potong queue, menyelit depan aku, dan dan tu jugak aku doakan dia eksiden. Kuang ajo sangat tu kenapa. Respect la pengguna jalan raya yang lain. Kes potong queue ni jugak lah menyebabkan rider motor berisiko nak kena langgar. Kesian weh dorang. Tolong lah. Fikir orang lain jugak.

2. Kereta mung tak de signal ke, tak tau nak petik signal kete? Come on. Bagi la signal. Sayang dowh kete mewah, beso lagi.. Tapi signal pun tak de. Kesian lagi kat rider motor.. Tak memasal kena. Banyak kes accidents aku rasa disebabkan kes ni lah. And mangsanya yang teruk adalah rider motor. Yang paling bengang, bila kita nak ke kanan..datang kereta dari kanan jugak yang rupanya nak masuk kat simpang kita duduk tu. Oh Mannnn... Bengang kan?

3. Jenis cucuk-cucuk bontot kete orang (tailgating). Korang dah kenapa? Nak laju, potong lah.  Masuk lane kanan. Ni duk cucuk-cucuk orang, kau dapat apa? Silap-silap, tercium bontot kete aku, aku saman kau. 

4.Lepas tu, bila ada eksiden, dia lah yang paling win.. stop, and stare..Dah tak memasal jalan jem sebab dia sekor. Adoyai. Kalau nak involve sangat ngan eksiden tu, mung park kete tepi jalan, mung gi ah tulong.. Jangan nyusahkan orang belakang.. Pahang dok? Yang lagi parah, eksidennya belah lane kiri.. Ehhh.. Opposite lane pulak yang jem melampau. Aku pun tak paham.

5. Double parking. Ini aku paling hot kalau bangsa double parking tak reti nak letak phone number. Dia pikir pak dia punya parking lot ke apa.. Aku jarang la kena yang ni. Kalau ada pun, dapat yang well behaved. Siap letak nama ngan phone kat dashboard.


Pastu, ada la satu kete ni.. Kisah fresh lagi ni.
Pagi tadi.. Ada 1 kereta sedan (proton, tapi aku lupa proton apa). Nak masuk susur, tak bagi signal. Dah melilau-lilau kereta viva merah ni tak tau nak ke mana bila makcik kereta sedan ni tetiba masuk lane dia. Aiiiii.. Tu kalau dengan aku, on the spot aku doakan dah kat dia tu.. Kesian la budak kereta viva tu. Haishh.. Lady driver. Ye, aku pun lady driver. Tapi, jangan lah jadikan sikap kita kt jalanraya tu subjek untuk orang cop tipikal lady driver. Ramai je lady driver yang berhemah. Tapi sebab segelintir ni la, rosak semua. Haishhh..

Ni la lebih kurang gambaran pagi tadi..

Ok, sekian bebelan mak jemah pagi ni. Hahahaha..

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015