Monday, January 30, 2012

About Breastfeeding Class

Assalamualaikum.
As promised, hari ni saya nak share pasal kelas breastfeeding tempoh hari. ^_^
Kelas ni biasanya akan diadakan juga di KK biasa. Cuma yang berbeza ialah the way they presented  and shared the knowledge. Yang saya biasa tengok di KK, nurses akan baca je apa yang ada pada card board yang yang ada tulis-tulis. Sama jugak macam kita baca sendiri. True? So, saya rasa stail UMMC ni lain sikit because of diorang ni 'baby-friendly hospital'. Nama lain dia, Hospital Rakan Bayi.

The different between KK and UMMC presented their talk is just the materials. UMMC guna slide presentation. Ada animation bagai. Menariklah sikit compared to KK kan? Plus UMMC memang menggalakkan husband untuk join sekali. So just the husband know that BF ni bukanlah untuk the mommy sahaja. It includes the daddy also. :)

Apa yang saya belajar?
1. Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia
Moms are encouraged to BF their babies until 6 months and continue up to 2 years old. Ini bermaksud, for the first 6 months, memang kena fully BF without any solid food YET. Lepas tu, baru introduce babies dengan solid food or another makanan tambahan.

2. Advantages of colostrum.
Kaya dengan antibodi which can immune your babies from any infections and allergies, Kaya dengan vitamin A&E which can prevent infection and penyakit mata, kaya dengan sel darah putih which of course lah boleh lindungi babies from jangkitan, and sejenis laksatif yang mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis.

3. Advantages of BF to Mommies.
- Of course lah dapat mengeratkan hubungan antara mommy and baby. Betul tak?
- Boleh melindungi kesihatan ibu.
- Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan. (Yang ini saya suka. Nurse tu explain dengan penuh perasaan. She said, bila kita BF baby masa awal-awal nanti akan rasa some sort of contraction kat rahim. It's like contraction masa nak deliver. She added, rasa macam nak bersalin lagi sekali je rasa sakit tu. Tapi dia tak risau la sebab dia tahu during BF, memang kesakitan tu normal masa awal-awal.)
- Reduce the risk of breast and ovarian cancer.
- It helps moms to reduce weight after delivery. ( Yang ni pon menarik jugak. ^_^ Nurse tu cakap, masa pregnant kan badan mommies store more fats. Then, masa BF tu la mommies transfer all the fats to babies. Sebab tu saya perasan ramai senior yang BF baby dorang, makin slim lepas deliver. HEHEHE.)
- Menjarakkan kehamilan. Yang ini, no komen sebab rezeki dari ALLAH kan... ^_^      

4. Advantages to both mommy and baby
- Merangsang penghasil susu.
- Mengelakkan berlakunya engorgement. More on breast engorgement, refer here.
- Ibu boleh menyusu baby mengikut kehendak baby. ^_^

5. Bagaimana memastikan susu ibu mencukupi?
- Mulakan BF 1 hour after bersalin.
- BF baby secara kerap  dan mengikut kehendak baby. Maksudnya, timing siap-siap 2 jam sekali ke untuk masa baby minum. Kalau dia tidur, kejut je. Jangan pulak baby tidur, mama pun tidur. Ye?
- Teknik latching kena betul. Macamana? Seluruh kawasan areola kena masuk dalam mulut baby. Sebabnya, sekeliling tu ada tempat yang kiranya bila press, akan generate milk untuk keluar. So bila baby start minum, lips dia akan press tempat tu and susu akan keluar tanpa menyakitkan kita. Kalau baby latching salah, mungkin akan berlaku sore nipples. Pastu sakit, tak boleh dah nk BF anak. Yang ini kita tak mahu. Kan? Untuk bantuan, refer sini ye. Ha, lagi 1, teknik mommies mengampu cik B masa BF pun penting jugak. Kena buat pegangan C. Tak boleh pegang V. Emmmm. Macamana nak describe ye.. Ok, pegangan C is like gambar kat bawah ni. Ibu jari kat atas, telunjuk kat bawah. Pegangan V pulak jari telunjuk kat atas, jari hantu kat bawah. Ok. Faham tak?


 Ni contoh figure yang saya amek dari google. Latching technique yang betul.

- Pump bila perlu. Seeloknya, masa pantang tu start terus. Sebab, nurse cakap masa pantang memang baju akan basah dengan susu. Jangan tunggu minggu depan nak masuk kerja, hari ni baru nak start belajar pumping. Not good. And not advisable. Mula dari awal tau mommies. Normally, newborn BF tak banyak sangat. So, balance yang ada lagi tu pump and masuk freezer. Nanti by the time masuk kerja, dah boleh pakai balik.

6. BF position.
Saya nak desribe, sure lah tak pandai kan. So, layan je gambar ni. Hasil encik google jugak. ^_^

Saya rasa, cross cradle hold adalah favourite position for most of mommies kot. Kan? Eh, ke saya silap? Saya rasa saya suka position tu.
And, need more info? Terus je baca kat sini.

7. How to store the EBM.
- Simpan dalam bekas kecil, cukup-cukup je untuk sekali baby minum. Means kalau baby sekali feed 3oz, siapkan bekas untuk 3oz. Sebabnya, kalau lebih nanti susu yang belen tu tak boleh simpan balik dah. Kan ke membazir tu.. 
- Tulis nama, tarikh dan masa susu tu dipam. Macam label la. Lepas tu, nak guna tu nanti ikot sistem FIFO (First In First Out).
- Terus masuk peti sejuk.

OK.Last but not least, kami belajar cara-cara nak cairkan EBM dengan shelf-life dia mengikut tempat penyimpanan.
- Kalau simpan pada suhu bilik yang beraircond, susu boleh tahan sampai 8 jam and kalau takde aircond, 4 jam sahaja.
- In case of peti sejuk yang ada 2 pintu tu kan, bahagian ais, paling lama boleh simpan sampai 3 bulan.
- Kalau peti ais 2 pintu, tapi simpan kat bawah, EBM tahan sampai paling lama 8 hari.
- Untuk peti ais 1 pintu pulak, 2 minggu aje.
- Yang paling best, deep freezer. EBM tahan sampai 6 bulan.

Untuk cairkan EBM pulak,
- EBM yang kita letak kat bahagian beku tu mestilah di'defrost' kan kat bahagian bawah semalaman. Bukan defrost dalam microwave ye. AWAS.
- Rendam bekas EBM tu dalam air suam.
- Lepas tu check temperature dia before feeding the baby. Agak-agak la kan. Jangan panas sangat.

Hoh. Lengthy entry. Lenguh tangan dah. Mom-to-Be sume pun mesti dah lenguh baca kan? Hihi. Ini je la yang saya mampu share.

Oh, lagi 1. Anything pasal masalah BF ni, M2B boleh refer ngan dorang ni untuk bantuan. Call aje. Tak ada masalah. Saya dapat info ni dari brochure yang UMMC bagi. For those yang pernah masuk kelas ni, maybe dah ada kot list.
1. Dr. Hairin - 0127226713
2. Dr. Norazah - 0123500973
3. Dr. Kamila - 0192415005
4. Pn. Leelavathy - 0133333904
5. Pn. Halimah - 0193701295

Ada raaaaaaaaaaaaaaaaaamai lagi yang boleh membantu, tapi saya list 5 je. Banyaaaaak sangat.

Ok. Itu je untuk hari ini.
Thanks.

** Special thanks to Kak Yati, UMMC. Nurse yang bagi ceramah tu.
** Ceramah yang berjaya convinced husband saya untuk invest beli freezer baru khas untuk EBM anak dia and BreastPump yang best untuk saya. Hihi.

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015