Assalamualaikum.
Kita dan solat memang tak boleh nak dipisahkan. Kita hanyalah hamba yang wajib taat pada perintahNYA. Tak kiralah apa keadaan kita sekalipun, solat itu WAJIB. Kerana itulah solat dikatakan tiang agama. Tanpa tiang, robohlah sesuatu struktur binaan. Betul tak? Kita disuruh mendirikan solat dalam apa cara sekalipun melainkan kita sedang berhadas besar a.k.a women's monthly bestfriend.
For mom-to-be, saya yakin di hujung-hujung trimester macam saya ni, dah tak mampu nak solat secara sempurna. Sempurna di sini maksud saya ialah secara berdiri macam sebelum kita pregnant. Saat-saat trimester akhir inilah perut terasa berat, backache mula terasa, lenguh pinggul pun ada, macam-macam lagi lah.
Alhamdulillah, saya masih lagi dikurniakan kekuatan untuk solat seperti sebelum pregnant. Masih lagi mampu berdiri dikala membawa si kecil yang berusia 8 bulan lebih di dalam rahim ni. Cuma, kadang-kadang masa nak bangun dari sujud, terhenti sekejap dek kesakitan pinggul yang muncul. Kadang-kadang juga, segala perbuatan yang melibatkan pergerakan lutut akan mengeluarkan bunyi 'prap..prap..prap'. Huh. Scary? No lah. Not that scary. Bunyi aje lebih. Sakit nye tidaklah sangat pun. Lagipun, apalah sangatkan kalau nak dibandingkan dengan kesakitan waktu nak bersalin nanti. Ye tak?
Waktu sujud, kadang-kadang terasa jugaklah si kecik ni tersepit. Kesian dia. Tapi tak apalah. Kita sujud padaNYA. InsyaALLAH si kecik ni akan dilindungiNYA. Saya ada terbaca artikel mengenai solat jamak boleh dilakukan oleh ibu-ibu ketika hamil jika ibu-ibu berkenaan tidak berkemampuan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk artikel ini.
InsyaALLAH, selagi mampu berdiri saya akan cuba untuk terus solat secara berdiri. Semoga Allah terus memberi saya kekuatan. Ameen. ^_^
Oh. Lupa. Setiap pergerakan kita dalam solat juga merupakan 1 senaman untuk menghadapi labour tau. So, kalau berkekuatan bolehlah sama-sama kita tunaikan yang sunat pula ye kawan-kawan.
4 comments:
pasal solat-bagi saye tak de excuse..tak kire ar sakit bagai..solat tu paling utama..waktu mengandung lebih kene menjaga solat..agar anak yang dilahirkan kelak insyaallah akan taat pada Allah sekaligus pada mak paknyer...memang sikit terganggu biler perut dah stat besar n berat..stp kali sujud nak bngn memang mengah..!! kekadang sy pon terpakse solat berdiri dan sujud melalui duduk atas kerusi sbb kalau dah duduk bawah nak naik tak ley..:)
@aTy _faRed~
Betul tu aty.. memang sangat penting. membentuk dan melatih janin jugak. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan.. ^_^
Yeah..betul tu. vv pun anggap solat tu senaman, no matter how sakit my pinggang is. Huhu.. Mudah2an kita tak alpa dengan kewajipan yang satu ni. Thanks for sharing the article :)
@vv betul tu dear.. :) and ada jugak sumber mengatakan, sujud boleh membantu membetulkan posisi baby.
Post a Comment