Friday, March 30, 2012

Our Amani

Amani Sayang!
Obviously you got Ibu's lips.
 Like what Ayah said. 
Ayah will definitely loves you more than he loves Ibu. 
But Ibu knows, Ayah loves you as his beautiful daughter and Ayah loves Ibu as his beautiful wife, cheeky girlfriend, naughty bestfriend. (ngehehehe). 
No matter what, Amani and Ayah will be Ibu's priorities from now on. 
I love both of you so much!

Hugs and Kisses,
*Ibu*

Thursday, March 29, 2012

For You, Amani

Assalamualaikum.
My dear Amani Sayang.
Masa ibu taip benda ni, Amani baru 15 hari. Tapi Amani dah makin berat. Amani lahir 2.65kg. Hari ni, nurse datang rumah Tok Mi timbang Amani dah 3.2kg. Tentu ayah happy sebab anak dia dah membesar bagai juara.


Kenapa ibu buat benda ni untuk Amani?
Ibu cuma nak Amani tahu, ibu dan ayah sayang sangat kat Amani.
Ibu dan ayah memang tertunggu-tunggu kehadiran Amani dalam hidup kami berdua. 
Sekarang, ayah dah ada 2 buah hati, Ibu and Amani.


Amani Sayang,
Pada awalnya, ibu memang plan untuk deliver Amani secara normal. Macam orang lain.
Tapi disebabkan ibu risau Amani will get infected, ibu terpaksa terima saja proposal doktor untuk teruskan IOL. 12 jam menahan sakit yang amat, tapi OS still 4cm. Ibu bukan nak mengungkit. Tapi ibu nak Amani tahu, susah macamana pun ibu dan ayah sanggup tempuhi demi Amani.


Amani Sayang,
Hari ke 2 Amani balik ke rumah kita, Amani meragam. Nangis tak henti-henti. Ibu dah mati akal. Ibu kendong Amani sana sini. Bila ayah nak tukar shift ngan ibu, Amani lagi kuat nangis. Kesian ayah. Dia nak tolong ibu. Sebab ibu masih belum fully recover lagi. Luka masih baru. Ibu tak boleh nak bergerak lasak macam orang lain. Ibu lahirkan Amani secara pembedahan. Banyak yang ibu kena jaga. Ayah cukup risau. Kesian dia. Ibu mengaku, ibu sangat lasak lepas Tok Mi dan Embah balik kampung. Tambahan pulak dengan ragam Amani yang baru nak sesuaikan diri dengan alam baru ni. Ibu tak marahkan Amani. Ibu faham. Amani perlukan masa untuk sesuaikan diri.


Hari ke 7, ibu rasa luka ibu terasa pedih. Ayah tolong tengokkan. Ternyata, ada sesuatu yang tidak kena dengan luka ibu. Ayah bawa ibu ke klinik. Doc kata, "Wound Break Down". Subhanallah, takutnya ibu. Janganlah terjadi apa-apa yang serius. Kalau tidak, siapa nak susukan Amani. Alhamdulillah, doc kata lepas dressing yang consistent InsyaAllah semua akan elok kembali.


Amani Sayang,
Dengan keadaan ibu yang seperti itu, ibu berusaha juga untuk susukan Amani. Bila Amani menangis, ibu ayah turut menangis. Kami risau. Ayah risaukan keadaan ibu.


Di rumah Tok Mi, Amani dah tak meragam macam di rumah kita. Cuma, Amani susah nak ditidurkan waktu malam. Mungkin sebab Amani dah banyak tidur siang. Ibu dan Tok Mi sama-sama berjaga malam untuk Amani. Nanti, Amani kena say thanks to Tok Mi tau. Kesian Tok Mi. Dia tidur tak cukup, esoknya nak masuk ofis lagi. Amani jadi anak yang baik tau. 


Kadang kala ada masa Amani nak menempel aje dengan ibu. Waktu malam pulak tu. Ibu mengantuk, sayang. Tapi tak apa, ibu relakan juga. Tak sanggup ibu nak tengok anak ibu menangis. Menyusukan Amani sambil tersengguk-sengguk pun tak apalah. Yang penting, anak ibu selesa, kenyang, dapat tidur lena. Lepas tu, baru ibu tidur.


Hmmm. Setakat ini sahaja coretan ibu untuk Amani kali ini.
Ada masa, ibu tulis lagi.
Amani Sayang, jadi anak yang baik, taat perintah Allah, ibu dan ayah ye, Sayang...


Ibu dan ayah sayang Amani sangat-sangat.
Membesarlah dengan sihat dan solehah...

Sunday, March 25, 2012

11th out of 40th

Hiiii...
Assalamualaikum.
Haiiiihhh. Ibu baru yang sorang ni agak busy dengan life baru sekarang. Begitu jugak dengan ayah baru. Both have been very busy with the new life cycle and new family member. And yeah, we're the lucky couple to have a baby whose making her parent to have sleepless night! We only sleep after 3 or 4 in the morning. just because of our Amani and it was fun. Subhanallah.

So far, 11 days after the delivery, everything went well. Amani's growing well. She's getting very cute day by day. She's breastfeeding very well everyday. Alhamdulillah. Cuma sometimes, biasalah baby like her ada la time moody and tak kan? Masa tu la dapat menguji kesabaran ibu ayah dia. She's very clever. Bila ada orang dekat rumah, sangat behave. Diam aje. And when ada ayah, ibu and Amani only, masa tu la dia nak nanges-nanges, bagi susu pun refuse, dukung-dukung, hug-hug, sume pun dia macam refuse sampai ibu pun menanges sama. Hiks. Malu I!

Ingat lagi that day. Masa hari ke 4 kot. My mum dah balik kampung sekejap, MIL pun sama. Tinggalkan kami bertiga di rumah. Amani buat hal. Subhanallah, saya hilang akal fikir apa nak buat. Bagi susu, dia macam refuse. Seriously kami tak tahu nak buat apa when anak menanges macam tu. Tengah-tengah dukung Amani sambil cuba pujuk dia, tiba-tiba saya menanges! Heh! Cengeng! Seriously tak tahu nak buat apa sampai saya termenanges. Mungkin sebab penat and sakit pembedahan tu masih terasa. Airmata laju keluar. Mulut tak henti-henti pujuk Amani. Dalam hati terus berdoa agak Allah mudahkan segalanya. Husband? Mata beliau berkaca. Mungkin kesian tengok saya ke hulu ke hilir bawak Amani yang sedang menanges. Dia bukan tak tolong. Tapi, Amani pandai. Nak test ibu dulu. When I passed Amani to husband, lagi kuat dia menanges. Memang nak saya je pegang dia. When she's with husband, makin teruk jadinya. Dear Amani, see we both were crying because of you. Nanti dah besar, jadi anak yang baik ye. Mujur makcik saya tinggal berhampiran. Dialah yang tolong kami settle kan Amani. Alhamdulillah, lepas hari tu Amani dah makin behave. Cuma, susah sikit nak tidurkan dia waktu malam.

Sepanjang 11 hari ni, husband adalah orang yang paling saya perlukan disisi. Sepanjang berada disamping dia, setiap kali breastfeed Amani, tak pernah dia tak offer saya apa-apa. Contoh; "Sayang nak air?" atau "Sayang nak susu?" Memang lagi tenang saya nk breastfeed kalau ada layanan sebegitu. Pantang cakap nak, memang sekelip mata tersedia. Alhamdulillah. Anugerah terindah dari Allah buat saya. Syukur. And, setiap kali saya breastfeed Amani, husband akan tolong massage. Dia tahu Amani adalah sangat kuat menyusu and saya selalu mengadu lenguh sana-sini. Macam saya penah cakap dulu, massage dia adalah terbaek!!!

Sampai hari ke 11 ni, makan harian saya adalah nasi panas berlaukkan ikan masin bakar. Kadang-kadang dapat la merasa sawi rebus macam berpantang ectopic tempoh hari. Bila mak saya tak ada, saya mintak izin suami nak makan oren sunkist. Fuhhh, lega sikit bila dapat makan oren. Eh, mak saya tak bagi saya makan oren. Katanya takot anak berak-berak nanti. Tapi so far, Alhamdulillah tak ada apa-apa.

Baru hari ke 11, dah banyak makan yang masuk dalam wishlist food yang saya nak makan hari ke 41 nanti. Hahaha. Gelojoh, kan? Dan yang pasti, Kinder Bueno adalah yang paling utama. Ngehehehe.

Oh, pasal berat. Sungguh luar biasa bila dapat tahu berat latest saya adalah berat sebelum bernikah tempoh hari. Sungguh seronok tak terkata! Heeee...

Ok, Amani macam dah tak bagi saya main kat sini lagi.
Nanti saya update lagi.
Buat M2B yang masih menunggu hari, all the best!
yang dah selamat, tahniah! Selamat berpantang! Hihi..

Friday, March 23, 2012

The arrival

Assalamualaikum..
Haiiii.. Lamanya tak hapdet. Rasa macam pelik la pulak..

Got an announcement to be made...
Alhamdulillah, 14 March 2012, 1.59 a.m., a baby girl weight 2.65kg has safely be delivered.
Our bundle of joy. ^_^

Ramai yang bertanyakan pengalaman saya. Hmmm. Rasanya best kot kalau dapat letak kat sini. Nanti sikecik kami ni dapat la tau kisah hidup dia bermula macamana.. :)
I'll make it in the chronological form. Is it ok?
Ok now, let start.

12 March 2012
I started to feel the very mild contraction which at first I never thought it was contraction. Huhu. Boleh gitu?
Bangun, duduk, bangun, duduk. Mengiring, terlentang, mengiring, terlentang. Semua tak kena. Masa tu fikir, "Dah aku ni kenapa? Nak beranak dah ke?"
Lepas tu, tiba-tiba rasa macam basah je. Try check. Clear. Hmmm. Apa ni. Fikir gitu je. Buat bodo je dulu. 2nd time, rasa lagi.. Ehhhhh. Lain macam lah pulak kannn? Terus bangun dari katil, gi toilet. Bila cek tengok, clear water. Hah, sudah. Mode cuak on. Kejut asben. Dia pun dah neves. Saya buat-buat tidur jugak untuk hilangkan cuak. Around 5 a.m. macam tu saya bangun buat sarapan. Awal gile hokehhh...!!
Nampak je tanah, terus asben bawak saya ke hospital.
Ok, for the first time, kena seluk and kena check guna speculum. Huh.
Speculum?
Not that bad sebenarnya kalau doc yang check tu pandai and tahu caranya. Seriously it wasn't hurt anymore.
Vaginal Examination (VE)?
Or orang melayu kita kata 'seluk'. Pun saya rasa not that bad. TAPI, make sure orang yang buat tu pandai.. Pagi itu, saya di check oleh 2 orang docs. And both were OK. Tak sakit. Cuma tak selesa je. Masa check tu OS was about 1 cm ONLY. Memang lambat gile lagi la nak deliver sebenarnya. Tapi sebab dorang test air yang keluar tu was +ve liquor, so memang kena admit la. Oh. Masuk wad lagi. tak suka. And, saya diberitahu kalau tak deliver in 24 hours, saya akan di induce untuk bersalin. Ya ALLAH, masa tu takotnye la. Sebab orang kata Induce Labor was very bad. Haaaaaa.. Saya cuba positifkan minda.

13 March 2012
On 715 a.m., prostin was inserted to induce the labor process. dalam hati hanya berdoa moga-moga OS cepat-cepat la meningkat. Saya dah tak sabar. Sebab memang dah dapat agak yang saya akan dapat tengok Lil Miracle ni in less than 24 hours. 115 p.m., VE again and OS was only nearly 2cm. Oh. Frust nya hati. Kenapa slow sangat progress ni. Sedangkan saya dah rasa regular contractions since last night (malam 12 March). Dah buat CTG, and it was proven memang contractions dah regular. Dorang hantar saya ke LR. Hoh. Berdebar OK. Dalam LR, asben was with me all the time. Alhamdulillah, dia tengok dengan mata dia sendiri how I was struggling to fight the pain. Subhanallah. Memang sakit. Seriously. Sebab tak tahan, I requested for epidural. Ye, pada awalnya saya nekad nak hadapi semuanya secara normal. Saya nekad nak rasa. And suddenly, lepas almost 12 hours bergelut dengan sakit, memang saya akui, I was not that strong. Saya tak ada rezeki untuk merasa epidural sebab specialist in-charge ada emergency case dekat OT. So, mungkin Allah nak saya rasa lagi sakit ni. So, saya redha. VE lagi dan OS masih 2 cm. They dripped me with oxytocin. Masa on oxy, sakitnya Allah saja yang tahu. Makin lama, makin kuat. Seriously sampai saya rasa nak menangis. Tapi tak menangis. Sampai 1 tahap, saya rasa macam nak termuntah. Saya tak tahan. Seriously. Then I requested for pethidine. For 4 hours, sakit contractions datang, saya rasa macam lali. Tak rasa apa. But sometimes, terasa jugak sikit. Habes je tindakan encik pethidine, contraction datang makin kuat. . VE lagi selepas about 4 hours on oxy. OS masih sama. Oh. Sedih. Saya dah mula patah semangat. Tapi asben was very supportive. Docs broke my membrane so that OS will become faster. Tapi, harapan tinggal harapan. Doc extend drip oxy another 2 hours sebab nak tengok kot la da progress kan. Tapi, hampa. OS was only 4 cm. Saya patah semangat. Requested for C-sect. Tapi, asben macam biasa. Terus kuatkan saya. Walaupun sebenarnya dia sendiri dah tak kuat nak tengok saya struggle. Lep[as tu, doc cek OS lg and doc cakap, if no progress, we have to go for emergency c-sect, sebabnya saya leaking. It may affect the baby. Masa tu, saya memang dah redha dan dalam hati nekad untuk cuba bersalin normal bagi anak-anak seterusnya.

14 March 2012
1.15 a.m., I was brought to OT and the C-sect operation started. At 1.59 a.m., our little miracle has safely been delivered. Alhamdulillah. With no abnormalities. She was tiny. Alhamdulillah. We just can't stop saying Alhamdulillah for the greatest gift ever.. :)

Itu sahaja.
Oh. Lupa. She has been named as Nur Alya Amani. Hopefully, she'll be just as what we named her. Ameen.

More updates? Nanti ek..
Sekarang life agak kelam kabut sikit.
New mom. Maklum lah kannn..?
Hehehe..

M2B.. Take care!!

Thursday, March 8, 2012

My Chosen Confinement Set

Assalamualaikum

First of all,
to my cyber friend (Ain),Congratulations on the arrival of your newborn baby boy.
Seriously I got jealous to see her cute little baby boy. So bam-bam. Her EDD was 3rd of March and now, Alhamdulillah, the baby has safely be delivered.

I feel like crying reading the news of this new arrival. I am waiting for you dear baby. Just can't imagine how will I feel when receiving you soon dear. It must be a greatest feeling I ever had. Mesti lebih dari segalanya. Ohhhh. Is this what people called mom's feelings?

Ok. Dah. Saya terfeeling lebih. It was just a different feeling seeing a newborn baby. Can't wait for mine!

Ok. Berbalik pada tajuk asal.
Confinement Set pilihan saya adalah,
 Shaklee

Why Shaklee?
Highly recommended by seniors, doctors, and some medical expertise.

Why don't I choose any other traditional products?
It's simply because, I don't want to.

What does this set contain?
  1. Vitalea with iron formula - to replace blood cell which loss during labor. 
  2. Vitamin C 500mg sustained release - Speed up the recovery process, improve body immunity.
  3. B complex with Folic Acid - anti-stress, anti-depression & hormone stabilizer.
  4. Zinc - help to boost up the recovery process, especially interior wound. Good for those who can't accept ikan haruan like ME. Huhuhu. I can't eat that fish. Seriously!!
  5. Additional - Alfalfa   for milk booster.
I bought this set from my senior, Kak Nad.
Anything, just inbox her. :)

Oh, lupa. This set worth RM110 together with the Alfalfa. Bekalan cukup untuk sepanjang waktu berpantang, insyaALLAH. Untuk review pasal this products, tunggu saya deliver dulu lah ye. Hehehehe.

Untuk yang bertanya, Shaklee pilihan saya. ^_^

Take care M2B!
Semoga selamat semuanya ya!

Wednesday, March 7, 2012

Weekly Routine Check Up : 38w

Assalamualaikum.
:)

Mom's weight : 60.5kg - Loss 0.5kg from last week. It may be because of non-stop vomiting since Monday. I kept on vomiting after every meal. Phew, rasa macam awal-awal pregnant dulu pulak. Until it stopped this morning. Lega. Alhamdulillah.
Mom's BP : 120/70
Mom's Urine : OK.
Mom's HB : 11.3.
Fetal Movement : Very good. Alhamdulillah. Syukur.
Fetal Heartbeat : Good.
Fundus Height : 38 cm. Alhamdulillah.
Baby's position : Cephalic 4/5. Alhamdulillah. Doc kata, she can now feel the baby's shoulder on top of my pelvic bone and it means, the head dah fully masuk ke laluan. Syukur. Tak lama dah agaknya kan? Hihihi
Edema : N/A. Alhamdulillah. Good for me.
Others : I requested for extra medicine. 1 for muntah-muntah and 1 for angin. Tapi both kena makan WHEN NEEDED only. Ubat tahan muntah tu, memang saya tak skip la sebab rasa sangat badan kurang zat. I have to eat for my baby.

Lain-lain update, tak adalah kot. This week rasa macam tak berapa nak aktif macam sebelum ni. Less energy. Sakit sana-sini. Tapi insyaALLAH, akan kembali aktif. InsyaALLAH. :) Untuk memudahkan jalan Lil Miracle nak keluar nanti.. InsyaALLAH..

Till we meet again.
Take care M2B!

Sunday, March 4, 2012

Medela Harmony In Hand

Thank you Darling Husband.
You are the best! Hihihi. I know, you want the best for our baby. Me too!

Assalamualaikum.
Yesterday, finally I owned a Medela Harmony yang sering diperkatakan oleh ibu-ibu BF kat luar sana. Alhamdulillah. Actually, we're planning to visit OWB outlet since last week. Tapi biasalah kan. Ada hal itu-ini, terpaksa la ditunda. But semalam, memang takleh nak delay dah. Mula-mula, rasa macam nak order online aje sebab my hubs was getting very busy sekarang. Kena kejar banyak dateline. Plus dia risau takot saya bersalin nanti, dia tak dapat kerap balik tengok saya and baby Lil Miracle. Hehehe.

Dah petang pun masa kami ke OBW. Hujan renyai-renyai. Tapi saya tetap gigih. Biasalah kan? Hahaha
So, yesterday we bought Medela Harmony BP Package dengan harga RM319. Saya dapat banyak benda. Berbaloi-baloi. >.<

 Medela Harmony Breast Pump Package

Ini Free Gifts 

Dan ini saya amek as Purchase with Purchase. Jimat, RM35 je for both.

Dan, complete sudah segalanya.
Now, baby dah boleh keluar bila-bila masa je. We are ready, I am ready.
^_^

Oh, lupa. Saya dah cuba Medela Harmony. Ok la, tak sakit. Highly recommended.

Friday, March 2, 2012

19 days left.

Assalamualaikum.
Yeay! 19 days left. Might be less, might be more. I don't know. Allah knows the best. Baby, take your time. Give me sign whenever you are ready to see the world. OK? Anytime, I am ready. insyaALLAH.

Hari ni, saya tak berapa nak hyper sangat. Sebab?
Pagi-pagi pun jalan dah terkedek-kedek. Senget-senget. Kesakitan, eh bukan. Kelenguhan di dalam isi punggung adalah ditahap maksima. Saya kena jalan sangat slow bagi meminimakan rasa tidak selesa tersebut.
Pagi-pagi jugak ada kelas dengan junior. Hari ini jugak, for the first time saya duduk masa bagi briefing. Oh my. Memang tak larat. Harap nextweek masih ada masa untuk habiskan kelas-kelas mereka. Ameen.

Hari ni jugak, for the 1st time sepanjang 2 tahun ni saya ke library. Hahaha. Sila gelak. Sekian, terima kasih. Gigih ok bawak perut besar pegi library. Nasib baik Aunty Nisah sudi drive bawak Ummi Lil Miracle ni. Kalau tidak, memang menapak lah. Nak drive kete sendiri, tak ada sticker staff pulak.

Gigih jugak pinjam buku sebanyak 5 buah. Macam baca. Haha. Tak apa, yang penting GAYA. Tak baca pun tak apa. Ngehehehe. Sebenarnya, gigih sangat nak gi library tu sebab kononnya nak mula writing sikit-sikit. Tapi tak tahulah bila tu. >.<

Buku-buku tersebut bakal dicopy dan lepas tu lah kot baru bermula proses membaca secara gigih. Nanti si tecik ni kenalah baca buku jugak secara gigih bersama Umminya. Hehehe.

Ok, Sakit pinggang. Out dulu.
Harap minggu depan tak deliver lagi. >.<
Semoga kawan-kawan yang tengah menunggu masa macam saya selamat melahirkan dengan mudah. Ameen.
Doakan saya juga ye.

Thursday, March 1, 2012

Saat Mencemaskan; Suspected Oligohyramnions

Assalamualaikum.
Ok, ini serius. Kami suami isteri memang cemas tahap dewa malam tadi.
Semalam, genap 37 weeks. Routine check up was normal. Dan macam biasa, darling husband adalah orang paling excited untuk intai baby.

Plus, saya ada jugak rasa contractions sikit-sikit last night. Tapi BH je kot. Sebab tak kerap and macam main-main je.

Dah sampai klinik, masuk jumpa doc. Bagitau la nak scan.
And tau tak doc cakap apa?

"Nak scan buat apa?"

Darling Husband jawab, "Nak tengok growth and liqour skali"

Then, kami proceed ke bilik scan.

Masa scan tu,
"Baby awak ni kecik la. Tak minum susu ke? Tengok ni, tulang dia kecik je. Baby tak grow ni."
Dia kata sambil kodek-kodek perut saya and mesin dia.
"Hmmm. Ketuban pun kurang."
Saya dah cuak dan tanya, "Berapa doktor, biasanya normal berapa?"
Pastu dia kata, "9 je ni, normal belas-belas. Esok gi spital la. Saya buat surat."
Saya dan Darling Husband pandang sesama sendiri. Blur. Susah hati. Otak kosong.

Itu bab scan baby. Belum bab saya request nak buat HVS lagi. Pasal HVS tak payah tau la kot. Sebab memang dia tanak buat. Full stop.

Kami keluar dengan muka tak tau nak bawak keluar muka perasaan yang macamana. Sugul.
Seriously saya dah hilang mood. And risaukan Lil Miracle. Dia, tetap meriah di dalam. Terbonjol sana-sini. Tak nak saya risau sangat barangkali.
Macam dia nak bagitau saya, "Ummi, jangan risau. Saya ok je kat dalam."

Niat nak makan roti telur kat kedai mamak sebelah klinik terus terbatal.
Tak teringin langsung dah. Terus ajak balik. Sebabnya saya tak sabar nak ngadu ngan gynea saya, Dr.A yang dah berada nun di UK sana.

Sampai kat rumah, saya terus email dia.
Dan berlakulah proses berbalas-balas email dengan Dr.A.
Husband pun tak sabar tunggu Dr.A reply. Luckily, Dr.A replied as soon as he received the mail. Alhamdulillah.




** Klik untuk tumbesaran.
Ok. Saya bukan medical student nor O&G Specialist. Cuma Engineering student yang biasa-biasa aje. But, jangan ingat saya tak tahu dan tak rasa nak ambik tahu pasal all those medical terms ni semua. I got lots of friends who are doctors. And, jangan ingat saya tak tahu medical ethics. Memang saya belajar engineering ethics, bukan medical ethics. Tapi ethic is ethic. Nothing different. Harapnya doctors out there, tolong la. Beretika la sikit bila berurusan dengan patients. Saya tahu, sangat sedikit je bilangan doktor yang macam saya jumpa malam tadi. Seriously sangat sedikit. Most of them are very good, very kind, very humble. Saya suka. Cuma yang segelintir ni lah yang jadi masalah. (Mode: Geram sebab dulu dah pernah di'demotivated' by that doctor. Masa my 1st pregnancy.)

Selesai semuanya, rasa lega sikit hati. Malam tadi, tidur dah la lambat lenanya. Dengan asyik terjaga nya lagi. Sebab nak rasa baby gerak-gerak ke tak. Husband pun sama.

Dan hari ini, Alhamdulillah. Dah pegi hospital, dah settled semua.
Syukur, memang takde apa pun. Tak ada istilah kurang ketuban OK.

Dan knowing me, saya memang lah sangat-sangat paranoid kan...
Saya dah google macam Dr.A suruh. Terbukti dengan terang lagi.
Baca kat sini.

So, sekarang hati sudah tenang. Yang kat dalam ni pun dengan meriahnya terbonjol-bonjol macam biasa.
Alhamdulillah.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015