Sambung lagi kisah masalah bil tepon hari tu.
Tapi hari ni nak share pasal solution yang kami ambik tu.
:)
RedOne ni salah satu rangkaian baru dan aku rasa paling jimat kot setakat ni untuk postpaid.
Ni aku ambik dari official website RedOne. Boleh tengok comparison yang dorang dah buat. |
Kitorang ambik yang RM8 + 1G unlimited data bundle.
SMS, memang jarang sangat la guna.
Sebab most of the time, memang pakai whatsapp, telegram, dan apps lain yang sekali gus guna dalam internet.
Masalah coverage pulak, memang Alhamdulillah setakat ni belum ada yang tak dapat. Unless, masuk ceruk kampung. Tu pun sebenarnya masih boleh nak access kalau setakat whatsapp/telegram. Kalau layan FB, memang tak dapek la.. :P
And kat bawah ni pulak, plan yang RedOne sediakan.
Tinggal pilih je.
Dan memang kami suami isteri la jugak orang yang paling kerap saling call.
Kalau call nombor luar pun, bukannya tahap bersembang sampai panas handphone. Hihi.
SMS pulak, jarang sangatlah pakai. Unless, memang dah perlu sangat.
Biasanya dengan kawan-kawan pun guna whatsapp/telegram.
Lagi jimat la sebab kita kan subscribe data plan tu. Unlimited lagi.
Dan sememangnya dengan teknologi smartphone sekarang, macam handicap pulak kalau phone kita tak ada internet access.
Ye tak?
Aku tak cakap orang la.
Aku cakap aku sendiri.
Rasa macam incomplete.
Sebab kawan-kawan pun dah tak pakai SMS dah.
Ada yang tanya, nak tukar ke RedOne ni kena ambik no baru ke?
Jawapan dia, TAK PAYAH.
Boleh maintain dengan nombor lama.
Nak ambik nombor baru pun boleh.
Macam pakcik aku, 1 family dia, dia pegang last 4 digits sama untuk 1 family. Cun gile nombor.
Yang depan tu beza 1,2 nombor je. :)
Kalau before ni pakai prepaid, tak payah susah-susah.
Bagi salinan IC, dan payment.
Settle.
Kalau pakai postpaid pulak, make sure tak ada outstanding bill yang belum setel la.
Sebab nanti tak boleh nak sambung line baru ni.
Tak complicated pun.
Normally, line akan aktif 24 hours selepas registration.
Clear tak?
Ada lagi soalan?
Boleh email or drop je soalan kat komen. Nanti ku bagi terus contact number agent terbabit.
Terima kasih u ols..
Dah, hakak nak pegi buat keje dah.
:)
18 comments:
Awk,btol ke lps registration 24 hour da bleh gune?sbb sy g tnye kat kdai die ckp lps 1 week bru bleh gune..n btol ke dr prepaid nk ke postpaid kne bayar rm35?
salam saya pengguna baru redone , nak tanya macam mana nak activekan internet ye. saya pakai blackberry dan kalau call member yang plan maxis or celcom sampai berjam jam dikenakan cas berapa ye ? maksud rm8 per month tu mcm mana, kurang paham
@syaza
Salam Syaza.. Jawapan untuk soalan syaza, saya terangkan di post ni..
http://our-sharing-moments.blogspot.com/2014/11/redone-postpaid-activation-period-dan.html
terima kasih kerana bertanya..
Saya nk tolong Whatsap 0175353070
Na no contact agent..thanks..mazurayuslaili@yahoo.com
Yang kalau unlimited data 1GB tu, klu lebih kena bayar lebih ke?
nur syukrina....lbh 1gb pengunaan..tiada cas..tetapi speed jd slow
dy ikut pakej...mcm sy limit rm8 utk call n sms...klu guna lbih rm8 kna byar lbih...
Macam mana kalau nak tukar dari redone me celcom?
saya nak terminate redone ke celcom dari petang ahad 19 september 2016 sampai hari ni 22 sept tak settle lagi. katanya 3 - 7 hari. entah apa yang dia buat lama sangat. dah byk kali celcom reject..sbb tak settle lg.
Asalamualaikum macam mna nk tukar plan internet biasa ke unlimeted yup?
Macam mna nk tukar plan internet biasa ke unlimited yup?
Asalamualaikum cik puan aini...macam mana nk tukar plan internet biasa ke unlimited yup? Redone
Berapa lama tempoh masa untuk aktif sbb guna nombor lama?
Mcm mana nak tukar celcom ke redone
Nak tukar dari redone ke celcom pergilah ke celcom centre
Masalah sms tag untuk urusan internet banking tak boleh dapat.. baru jer guna redone ni tak sampai 3 hari.. line pun mcm chipsmore.. data ok la laju juga tp masalah line tel dgn nak meseg susah...
Hah..24 jam... Btulla tu agaknya.Tpi knpe org yg jual tu kata 1 jam selepas pendaftaran... Stressnya aku...π
Post a Comment