Assalamualaikum.
Hari ni nak merepek hal bosan sikit. Tapi mungkin boleh jadi guideline untuk bakal-bakal doktor falsafah di luar sana. Heh. Tapi bukan nak kata apa yang aku cakap ni, semua nak kena ikut/wajib ikut.
Ini pandangan dan perhatian aku. Dari apa yang aku lalui.
Firstly, make sure abeskan MSc dulu. Hep. Tak abes MSc, make sure tekunkan diri untuk habiskan jugak. Bahahaha..
Ok. Fine. Lepas ni kita serious.
Nak sambung lagi, obviously kena ada passion yang tinggi.
Jangan semata nak ngikut orang. Passion dalam diri tu mesti kena ada.
Datanglah halilintar badai apa sekalipun, make sure passion tu tak pudar.
Tapi for sure, ups and downs dalam research tu akan ada nanti. Kita kena kuat la. (Eceh pandai cakap).
And, make sure jugak, kena ada push factor.
Personally, memang aku memerlukan push factor.
Kalau tidak, memang ke laut la hanyut nya.
Bila dah ada passion, dah boleh la survey-survey nak buat bidang apa dan di mana tempat yang sesuai.
Pada aku, bidang/field of research tu memang amat penting.
Kalau boleh carry forward field masa MSc, yes, please go on.
Sangat senang nak bawak nanti.
Sebab?
Satu, kita dah ada basic and fundamental pasal bidang tersebut.
Dua, kita dah ada related references. So tak payah nak gali balik lubuk ScienceDirect, Scopus, SpringerLink, etc.
Tiga, more or less, benda tu kita dah memang familiar. Tinggal nak add on novelty keje tu je. Make it as PhDresearch la. Jangan pulak buat macam FYP -_- Kang kena balun dalam viva baru padan muka.
Empat, kesemua yang disebutkan di atas. Bahaha.. :)
Cakap banyak pulak penulis ni kan? Macam poyo. Padahal diri sendiri divert jauh gila dari field asal. T__T
Bahaha.
Yes, aku divert agak jauh dari field asal.
Heeee. Padahal yang dulu aku duk kelek since FYP. Membawak ke MSc. Alih-alih, PhD, tettttttttt...
Sebab dia,
Satu, once dah complete study nanti, aku akan ajar math/calculus.
Dua, terasa nak cabar diri buat benda baru.
Tiga, aku nak buat something yang real. Bukan bermaksud keje MSc aku tak real. No. No. No.
Kecik ati SV ngan cik asben aku kang. Bidang dorang tuh. Haha. Bidang before ni, best. Memang mencabar. Tapi, aku nak sesuatu yang baru, yang aku boleh nampak how the process goes on.
Before this, electrochemisty. Paham-paham sendiri lah kan.
Dan empat, semua di atas. >.<
Bab tempat pulak..
Kalau korang dapat sponsorship, tolong la gunakan sebaik mungkin.
Cari tempat kat luar. Overseas. Bukan nak kata universiti kat Malaysia ni tak bagus.
Tapi, alang-alang orang dah sponsor, tolonglah gunakan peluang yang ada.
Banyak advantages dia. Exposure dengan dunia luar. Nikmati ciptaan Allah di tempat orang. Alangkah bestnya.
Cakap banyak lagi, sendiri apply local U je pon padahal. >.<
Aku bukan tak nak apply abroad. Naaaaaak sangat-sangat.
Orang nak bayokan oit. Sapa tak nak.
Siap elaun suami dan anak-anak dorang nak bagi.
Tapi, apakan daya. Tempat seorang isteri itu adalah di sisi suami.
Harus ku akur jua. Ececece.
Banyak benda aku nak kena consider bila dah berkeluarga ni.
Kalau single, dah lama aku apply abroad. Since MSc lagi.
Tapi, bila dah berkeluarga, kena fikir suami yang paling penting.
Kes aku, cik asben dah keje, 1 hal. Plus, dia pun dah register. So, what to do.
Tak kan aku ke hulu, dia ke hilir. Kan?
Aku redha. Nanti conferences, kita berjalan puas-puas. Hahaha.
Ok, dah azan. Moh kita solat, dan pulang menjemput anak-anak.
Esok lusa kita sambung lagi.
Belum habis lagi ni tauuu.
Stay Tune.
Kihkihkih..
Ingat, PhD nak kena ada passion yang tinggi.
No comments:
Post a Comment