Thursday, March 1, 2012

Saat Mencemaskan; Suspected Oligohyramnions

Assalamualaikum.
Ok, ini serius. Kami suami isteri memang cemas tahap dewa malam tadi.
Semalam, genap 37 weeks. Routine check up was normal. Dan macam biasa, darling husband adalah orang paling excited untuk intai baby.

Plus, saya ada jugak rasa contractions sikit-sikit last night. Tapi BH je kot. Sebab tak kerap and macam main-main je.

Dah sampai klinik, masuk jumpa doc. Bagitau la nak scan.
And tau tak doc cakap apa?

"Nak scan buat apa?"

Darling Husband jawab, "Nak tengok growth and liqour skali"

Then, kami proceed ke bilik scan.

Masa scan tu,
"Baby awak ni kecik la. Tak minum susu ke? Tengok ni, tulang dia kecik je. Baby tak grow ni."
Dia kata sambil kodek-kodek perut saya and mesin dia.
"Hmmm. Ketuban pun kurang."
Saya dah cuak dan tanya, "Berapa doktor, biasanya normal berapa?"
Pastu dia kata, "9 je ni, normal belas-belas. Esok gi spital la. Saya buat surat."
Saya dan Darling Husband pandang sesama sendiri. Blur. Susah hati. Otak kosong.

Itu bab scan baby. Belum bab saya request nak buat HVS lagi. Pasal HVS tak payah tau la kot. Sebab memang dia tanak buat. Full stop.

Kami keluar dengan muka tak tau nak bawak keluar muka perasaan yang macamana. Sugul.
Seriously saya dah hilang mood. And risaukan Lil Miracle. Dia, tetap meriah di dalam. Terbonjol sana-sini. Tak nak saya risau sangat barangkali.
Macam dia nak bagitau saya, "Ummi, jangan risau. Saya ok je kat dalam."

Niat nak makan roti telur kat kedai mamak sebelah klinik terus terbatal.
Tak teringin langsung dah. Terus ajak balik. Sebabnya saya tak sabar nak ngadu ngan gynea saya, Dr.A yang dah berada nun di UK sana.

Sampai kat rumah, saya terus email dia.
Dan berlakulah proses berbalas-balas email dengan Dr.A.
Husband pun tak sabar tunggu Dr.A reply. Luckily, Dr.A replied as soon as he received the mail. Alhamdulillah.




** Klik untuk tumbesaran.
Ok. Saya bukan medical student nor O&G Specialist. Cuma Engineering student yang biasa-biasa aje. But, jangan ingat saya tak tahu dan tak rasa nak ambik tahu pasal all those medical terms ni semua. I got lots of friends who are doctors. And, jangan ingat saya tak tahu medical ethics. Memang saya belajar engineering ethics, bukan medical ethics. Tapi ethic is ethic. Nothing different. Harapnya doctors out there, tolong la. Beretika la sikit bila berurusan dengan patients. Saya tahu, sangat sedikit je bilangan doktor yang macam saya jumpa malam tadi. Seriously sangat sedikit. Most of them are very good, very kind, very humble. Saya suka. Cuma yang segelintir ni lah yang jadi masalah. (Mode: Geram sebab dulu dah pernah di'demotivated' by that doctor. Masa my 1st pregnancy.)

Selesai semuanya, rasa lega sikit hati. Malam tadi, tidur dah la lambat lenanya. Dengan asyik terjaga nya lagi. Sebab nak rasa baby gerak-gerak ke tak. Husband pun sama.

Dan hari ini, Alhamdulillah. Dah pegi hospital, dah settled semua.
Syukur, memang takde apa pun. Tak ada istilah kurang ketuban OK.

Dan knowing me, saya memang lah sangat-sangat paranoid kan...
Saya dah google macam Dr.A suruh. Terbukti dengan terang lagi.
Baca kat sini.

So, sekarang hati sudah tenang. Yang kat dalam ni pun dengan meriahnya terbonjol-bonjol macam biasa.
Alhamdulillah.

2 comments:

~S~ said...

owh, kalo ur gynea kate go see another gynea, pegila jumpa. bukan apa, sedapkan hati kan.



sometimes general doctor, derang ckp je, pdhal tak berapa nk betul sbb derang bukan o&g. dan kalo yg beretika, nk ckp pun die tanak, sbb apa2 dia akan mintak kita refer o&g.

anway, pray banyak2.

~cahaya~ said...

@~S~ Itulah. Tadi dah jumpa and terang2 gynea tu tulis kt surat refer 'normal'. Dia siap bulatkan no.9 tu. Alhamdulillah. Lega.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015