Sunday, May 30, 2010

Graduated.. Officially..

Ini entry bergambar.
Kita biarkan all those pics yang bercerita.
But secara kesimpulannya, all those pics adalah menunjukkan I am officially graduated.
Tunggu convocation day pulak.
yeayyy!!!

This is what they called TLC or Release Letter.
*** This TLC sangat berguna when u want to apply any job.
Since kita convo lambat and lambat jugak dapat scroll.
This one la yang akan proved that kita dah grad.***

Yeay! I'm Free.
Released.
^__^

When u have completed your clearance form, you have to wait for at least 3 working days untuk they process your document.
Itu procedure.
Tapi rasanya if cakap nak guna and urgent, they can consider kot.
You will be given the release letter and also the full transcript.
As in the picture above.
Nanti kua la date of graduation. Yeay!!!
See..
** End of academic record**
No more exams

This one I sesaje request. For my collection je.
Ye la..nak la jugak tau where am I since 4 years duk buat Bachelor of Engineering ni kan.
And finally, memang puas hati.
Aku dapat based on apa yang aku dah usahakan.
Usaha sikit. Tak banyak macam all those best students did.
So, aku happy dengan ape yang aku dapat.
Alhamdulillah. ^__^


*** THE END ***

Saturday, May 29, 2010

I am alive

Pheww.. Rasa macam lama sangat dah tak update kat sini. As all can see dekat tepi belah kanan tu la. This month, bape ketul je aku post. Takda masa sangatlah. Hidup sekarang macam nak cukup je 24 hours per day. Tak da masa nak rehat betul-betul. Takda masa nak gelak-gelak gurau senda macam dekat kampus dulu. Oh. Just to remind semua. Hargailah kehidupan di kampus anda. Bila dah jadi macam aku sekarang ni, dah tak rasa apa dah. Cuma mampu improve mana yang tak betul je.

Hmmm. To be honest, banyak benda berlaku in this month. Macam hadiah birthday for me pulak. This May macam full of happiness kot. Full of rezeki dari NYA. Lot of stories to be shared. Tapi macam kena susun lah sikit-sikit. Benda dah ada dalam draft. Cuma belum finalize. Ini belum betul-betul keje lagi. Kalau dah keje nanti, do i still have time to update semua ni... Oh. Harap semuanya takkan berubah.

Early of this month, macam semua tahu lah kan. My birthday. This year macam biasa saja. Normal lah, dah tua-tua macam ini mana ada nak celebrate beria. Plus tak da kawan-kawan dah around me. Tak macam zaman belajar dulu. Hadiah pon tade. Itu yang paling haru kot. Tapi tak pe lah. I dont deserve kot. Cumanya, this year dapat bunga lagi. Ummm. Memang suka. Tapi bila fikir-fikir balik, what can i do with those flowers. Kalau boleh simpan sampai ke tua best lah jugak kan. Ini tidak. Memang i ada teringin nak dapat roses lagi pon. Tapi kalau boleh tamo la on my birthday. Kan? Ish. Tak baik. Merungut pulak aku neh. Sepatotnya terima dengan redha. Nanti da kering kita say good bye then through it away. Hoyeayyy. Itulah aku. More about the birthday, aku letak kat sini. Oh. Lupa. Hari tu tak tunjuk the bunga kan? This is the bunga i've told u.

In the middle of May pulak, I realized that my status on myiium has been changed to 'graduated'. Hoh. Ape lagi. Menggelupur lah nak pegi buat clearance. Bukan apa, nak buat cepat-cepat before orang ramai nanti. Susah pulak nak tinggal office kang. Menapaklah aku ke UIA Gombak seperti yang aku dah cite kat sini aritu.

This month jugak, one of my close friend yang salu kitorang buat study group sesama time blaja dulu got an offer for a job. Happy for him and aku dah pun buat note khas untuk beliau. Tak lama lepas tu, i got an interview. Not expecting much pon. Just attending sebab tanak jadi menyesal macam yang dulu tu. Plus this one pon dekat Puchong je. So, i tried je lah. Dapat or tak tu laion cerita. The point is kita dapat gain some experiences. Rite? So, I went there without any hope. THANK YOU SO MUCH TO ANYONE YANG TERLIBAT. Balik interview without any hope. Cuma macam terfikir like "umm.best jugak kalo dapat keje kat situ.tapi macam tak relate pon.nanti cane nak keje." See. Macam putus harap kan? Dan sebenarnya malas nak berangan lebih eventhough ada jugak some people yang cakap i can get that post.

Hmmm. And finally, the end of May. I've been offered for a job that i really wanted to be. It's like a dream ok. Later i'll tell you. Kita simpan dulu for a while. Sebab banyak lagi yang tengah queuing. HUHUHU. Just pray for the best. Tq friends.

Saturday, May 22, 2010

Selamat Hari Raya warga admission

Hoyeayyyy. Hari raya ok. Hari raya buat kami warga CFS IIUM. Specifically, buat kami di A&R Dept.

Hari raya = Registration Day.

Hahaha. Kami dapat baju raya a.k.a. baju batik rasmi kaler-purple-saya-suka. Huhuhu.

Penat tapi fun. Itu je yang aku boleh cakap. Macam-macam ragam orang kami jumpa. Adik-adik freshie ni nervous kot. Ada tu yang sampai nama sendiri pon dia macam ingat-ingat-lupa. Haha. Macam-macam. Dah la tangan boleh shaking. Sian pulak tengok dorang. Aku jaga registration for the girls. Macam-macam jenis ada. Ada yang dari family loaded. Tak kurang juga yang datang dari family kurang bernasib baik. Hmmm. Ada banyak pengajaran yang aku dapat.

Before the registration day tu start, dapat banyak la jugak called from the students. Yang paling sedih, ada yang terpaksa tangguhkan registration sebab their parents tak cukup duit nak bayar the fees. Sungguh sedih. Tengoklah. Betapa orang yang tak berduit nak belajar. Syukur atas nikmat yang Allah dah beri kat aku selama ini. Alhamdulillah.

Duk dalam hall tu membuatkan aku teringat balik time aku regis kat CFS dulu. Masih ingat lagi.. Masa dengar kakak committee speaking masa bagi arahan kat kitorang, rasa macam wow. Kagum gile ngan diorang. Boleh speaking. Heh. Dulu aku mana penah speaking. Ada la sekali tu speaking pon sebab speaking test. Kalo tak, jangan harap. Kalau setakat baca article dalam kelas tu, ada la. Tpai speaking, seriously memang takda. Takot. Tak yakin. Semua ada.

Tapi. Alhamdulillah. Sekarang rasanya dah boleh la speaking sikit-sikit walaupon confidence tu tak da sangat. Untuk beri instructions or bercerita sikit-sikit boleh la. Orang masih la faham apa yang aku cakap walaupon grammar dia berterabur tak hingat donia. Hahaha. Thanks UIA.

Ada gambar sebenarnye untuk hari raya tersebut. Tapi sebab belum transfer, kita delay dulu lah ye.... Hmmm. Yang paling best, students yang jadi committee tu boleh la pulak cakap kitorang student. Aih. Hello. I staff ok. Muda sangat ke muka aku neh? Ni yang aku suke neh. HUHUHU.

Those 3 days memang super duper exhausted. Aku pulak terus pengsan sampai pagi. Nak g kerja pagi isnin pon dah macam bermalas-malasan macam ape je. Tapi sebab banyak benda nak kena settle, kena jugak la gagahkan diri. Lagipun ni bukan kelas wei boleh ponteng suka-suka hati. Ini melibatkan darah daging tahu? Kalau keje macam tak betul, maksud dia gaji yang masuk tak berapa nak bersih la. Then bila dah jadi begitu, serupa jugak dengan sumber rezeki yang tak halal. Kan tak elok begitu. Ye tak?


Umm. Nothing much to say since benda ni aku da simpan kat draft lama sangat dah. Cerita pon macam da basi sikit. So, i should stop hear. Lastly, please pray for me so that I can get more job interviews after this. Amin.

Friday, May 21, 2010

Notes for Encik Meor M. Adli


~~Congratulations~~

Good Luck in your new phase of life.
Jangan lupa aku dan rakan-rakan lain ye.
And also..Open table eh.
I want the ice-cream cake that u bought me masa my birthday last year tu eh.
Heeee.. Demand pulak aku.
Doakan kami semua murah rezeki macam ko jugak.
Aminnn.
Friendship forever and ever and ever.
Kawen, jemput kami ye. ^___^


Thursday, May 20, 2010

Rindu UIA Gombak

credit: niqsabariah.files.wordpress.com

Hye.. Assalamualaikum.. Semalam pagi-pagi lagi aku dah menapak pergi Gombak. Niat untuk setelkan clearance memandangkan status sudah pun bertukar menjadi graduated. (Hoyeahhh..GRADUATED already). Macam tak percaya pon ada sebab aritu aku checked, my status still active. A day before yesterday aku try check, tengok dah graduated. Trus called ANR Gombak. Then the lady yang answered my call tu cakap aku dah boleh buat clearance. So, tanpa bertangguh lagi, aku masuk office lambat sikit yesterday because nak pergi settle down sume dekat Gombak.

Time orang gi keje yesterday, aku gi Gombak. Around 830 a.m. kot aku sampai sana. First g finance dulu. Memandangkan memang sedar diri ini ada hutang lagi. Dalam hati duk cuak dah takot sume benda cant be settled by today. Bukan apa, tak seronok la tinggal office macam itu ja. Alhamdulillah, akak dekat finance tu cakap aku ada RM44 lagi hutang. So i have to pay the balance and proceed the receipt to them. After that baru they will sign my form. Tengok jam. Hmmm. Awal lagi. Bank bukak jam 930 am. So, Pegi library jap. Kat Library tak lama pon since i dont have any books yang kena hold ke apa kan. Umm. Actually bukan pengunjung setia library. Memang tak da masalah sangat lah dengan library. Alhamdulillah.

Then, tengok jam. Still tak pukul 9.30 lagi. So, aku naik Legal Unit. Memandangkan memang tak ada masalah compound, cepatlah lepas kat sana. No need to have long discussion or what-so-ever lah. Alhamdulillah. Huh. Penat ok. Library jaoh. Legal unit plak tinggi melangit. Kena naik tangga. Fuh. Nasib baik settled. Settled dengan Legal Unit, masih belum pukul 930. So decided to withdraw some money untuk di deposit kan dalam ASB. Alang-alang aku dah kat sana, better aku settle down semua. Deposit for both mine and his. Since his money ada in my account, aku buat lah sekali gus. Senang. Kat PJ aku macam tak da masa nak buat semua benda tu. Then baru settle yang bank tu. Tapi aku tak terus g finance lagi sebab cadang nak g mahallah dulu. Lepas tu on the way back baru drop by kat finance and proceed to security. Hmmm. Penat tahu buat clearance. Tapi it was fun. Bila lagi nak rasa penat gitu. Unless u decided nak buat masters dekat UIA. ^_^

When everything settled, I went to KoE. Uh. Miss KoE so much. By the time I walked in KoE, teringat la pulak memories yang berjaya dikumpul bersama kawan-kawan time study dulu. Sekarang baru realized that students' life is much more fun compared to yang sekarang. Main purpose pergi KoE was nak ambik certification letter. Then jalan lah aku ke mahallah pulak. Nak settle clearance dengan mahallah pulak.

~Rindunya KoE. Rindu kawan-kawan.
Rindu dekat assignments and quizzes.
Rindu Midterms and exams. Haih. ~
credit : ilyani.files.wordpress.com

Penat ok bila dah lama tak berjalan macam tu. Dah la masa sampai mahallah, orang office said that diorang takleh sign and cop sebab aku tak setel kat finance. OMG. Masa tu macam nak pengsan ok. Aku jalan kaki. Bukan naik keta. So takkan aku nak kena g finance then patah balik g mahallah. Itu kerja membazir masa nama dia. I showed the bank slip yang aku da bayar tadi. Alhamdulillah. Nasib baik akak ofis called person in-charge and the PIC tu cakap, accepted. Since aku dah bayar cuma belum submit the finance's copy sahaja. Settled with that 1, aku makan lah kejap dengan 2 orang budak yang dirindui itu. Thanks both of u. Gonna miss our memories. Nanti kita hangout ye. Tunggu akak free sket.

Then I walked again pegi KoE. This time rasa macam nak jumpa my SV for FYP dulu. Sekali cerita pasal masters daaa.. Huhuhu. He asked me to apply for academic trainee. Maksudnya i have to go further la. Hmmm. Will think about it. InsyaALLAH. ^_^

Lepas itu barulah kembali menuju ke finance. Agak terkejar-kejar lah sebab nak bagi sempat masuk office before 2pm. Bersalah la tinggal keje kat orang lain. Nak settle masalah clearance tu pon tak senang hati. Tapi nasib baiklah semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Finance da bagi cop. Finally i moved to Security Unit pulak. This time la macam sadis ja tengok my matric card kena punch. Ada lubang da. Wuuu.. T___T tapi nasib baik tak nampak cacat sangat.

Selesai semua, kembali semula ke A&R and submit. Then the lady seated in front of the counter said that I can collect my full transcript and release letter tomorrow.Yes. Friday. 21st May 2010. Alhamdulillah. Finally, I am DONE. I am GRADUATED. Yeay. Cuma kerja je masih belum ada. Tak pa la. Redha. Ada la tu rezeki nanti. InsyaALLAH.

~ini view paling cantik yang aku rasa ada kat UIA tersayang~
credit : batu.jim.org.my

All the pictures were taken from encik google.
Credit to semua tuan punya gambar.

Monday, May 17, 2010

Cerita Thomas Cup LAGI

Hari tu.. Tengok semi final Thomas Cup. Macam semua orang tahu lah kan..Malaysia lawan China. Game tak mula lagi, tapi hati dah berdebar-debar. Cuak semacam je. Macam aku pulak yang nak turun lawan Lin Dan. Aishh... Masa tengok Dato' Lee turun court, lagi lah cuak. Bukan memandang rendah pada kebolehan Dato' Lee. Aku tau Dato' Lee memang hebat. Kalau tak, cane la aku boleh minat dia since dia mula-mula involve in this game lagi. Kan? In the first game, memang aku macam dah tanak terus tengok dah. Dah tak sanggup dah rasanya. Tanak dah nanges macam dulu sebab Malaysia kalah. Ingat lagi, dulu nanges sebab kita kalah dengan Indonesia. Roslin Hashim yang main masa tu. Frust ok. Aku sanggup stay back sampai lewat malam.

Dato' Lee main ok. Tapi hakikatnya Lin Dan memang hebat. Dato' Lee pon hebat. Tapi Lin Dan bermain dengan sangat lincah. Di mana shuttle cock pegi, kat situlah terpacaknya dia. Memang tangkas lagi bergaya. Tapi sayang... POYO yang amat. Tak leh blah. Memang bagus. Tapi tak perlulah berlagak macam itu. Memang sangat tak boleh blah masa dia defeat Dato' Lee. Bukan tak leh terima fact. Tapi gaya dia tuh macam bangga sangat dapat kalahkan no.1 in the world. Siap menari-nari lagi. Memang itu menimbulkan kemarahan. Aku memang minat dia. Skill memang mantap. Tapi the fact that dia tu macam itu... Aku rasa macam...blergghhhh... tak leh blah.


~dah menang, suka lah. Cuba kalau kalah. Tade nya kau nak bukak baju menari bagai. Kan? Kan? Oppss.. Sorry. Terlebey suda.. Aku suka skill dia.~

Lepas tu double game, aku dah macam tade mood dah nak tengok. Frust ok. Masa Choong Hann main aku concentrate balik. Seronok tengok dorang kejar-kejar points. Tapi nak buat macamana. Dah bukan rezeki kita kot. Takpa lah.. Redha. Lepas ni kena support Indonesia pulak.

~sedih masa ni. Aku terpaksa pasrah. T__T ~

Masa tengok final that day pon... Aku cuak jugak. Macam takot je. Takot Taufik pon kena macam Dato' Lee. Aihhh. Alih-alih, memang kenyataan pon. Hmmmm. Lepas tu terus tertido. Sedar balik masa Simon tengah main. Simon main best. Aku harapkan Simon dapat la bagi point untuk Indonesia. Malang sungguh. Tembok China memang betul-betul kukuh. Terima lah kenyataan. Nampak gayanya kita kena upgrade skill la kot untuk Thomas Cup next 2 years. Yeay! Malaysia Boleh!! (tiba-tiba nyanyi lagi 'jika kau fikirkan kau boleh.Kau pasti boleh melakukan. lalalalaala...hehehe..)

Apa yang aku boleh cakap, Lin Dan memang hebat la. No objection. Cuma tak suka lah cara dia tuh. Game yang ada Lin Dan memang menarik. Sangat susah nak mencari mata atas kesalahan dia. Dia main sangat perfect. Kalau nak mengumpul mata sebab shuttle yang dia hantar sangkut kat net ke.. memang jangan mimpi lah. Tak pun kalau ada yang berangan nak dapat mata sebab dia return shuttle and out tu.. memang salah sama sekali. Lin Dan tak semudah itu nak lakukan those kind of mistakes. Dia punya return or service memang mantap. Aku paling suka smash backhand dia. Perfecto. Nampak sungguh kemas. Cuma sometimes bila dia dah terover confidence, dia akan jadi macam tak tentu hala. Service pon tah apa-apa. Return lagi la cacamarba. Hmm.. Ni dah macam nak puji Lin Dan la pulak. Apapun, memang suka skill dia. Cuma sangat tak puas hati cara dia. Hormat la sikit peminat badminton Malaysia. Tak payah duk bukak-bukak baju, menari bagai. Hati kami hancur tahu?

Masa dia main ngan Taufik pon macam itu jugak. Sakit hati ok. Time return or service dia Taufik tak dapat nak ambik, kemain dia gumbira. Dah la macam tanak admit salah sendiri. Kalau korang perasan lah kan.. Masa lawan Taufik, banyak gila dia kena panggil ngan referee. Huhuhu.

Oh. Macam dah over neh. Nak kene tido. Esok keje. Kena bangun awal buat breakfast. Tata. :)

Wednesday, May 12, 2010

Thomas Cup = My Ayah


Sekarang ni, Semua orang pon tahu kot orang tengah hangat memperkatakan pasal Thomas Cup. Tambah-tambah bagi yang gila raket ngan shuttle cock..HAHA. Like My Ayah. Biasa kalau dekat rumah, kalau bukan time team Malaysia main kami adik beradik selalu buat muka bila ayah duk mengadap TV tu. Kami stress sekejap sebab kami nak tengok rancangan kami. Tapi takleh nak buat apa lah. Segala bil semua dia bayar. HAHA. Kami redha. Lagipon dah faham dah. Badminton sangat sinonim dengan ayah. Tak kisah lah apa-apa tournament pon. As long as ada badminton and team Malaysia ada, sah la TV tu dia yang punya.

Semalam, setelah sekian lama aku tak involve dalam aktiviti menonton dan mengkomen permainan badminton, aku kembali melekat depan tv. HAHAHA. Diri sendiri ni pon dah lama gile kot tak beriadah. Haih. Gemok. -_-"
Tengok game semalam, macam kecewa la. Masa tengok Dato' Lee yang cute itu memang semangat habes ah. Pastu yang double tu tak sempat pulak. Sampai rumah, macam sedih sebab masa tu Hafiz Hashim tengah main. Kuciwa ok. Kita kalah. Kalah ngan Jepun pulak tuh. Haih.

~suke Choong Hann~

Hari ni. Saat ni. Duk ngadap Malaysia vs Denmark. Macam biasa la. Awal-awal tadi seronok tengok Dato' Lee main. Lincah. Sangat fit ok badan dia. Nampak ringan je. Macam senang je dia lompat-lompat nak kasi smash. Fuh. Hebat. Layaklah diberi Dato'. Kesian tengok Choong Hann main. Game dia je sejam lebih. Sengit gile. Finally dia kalah jugak. Tapi tak pe lah. He's doing the good job. Memang bagus. Bape kali tah dia jatuh. Now, baru habis 4th game.

~suke Dato' Lee~

Aku mula-mula involve dalam aktiviti menonton Thomas Cup ni since umo bape tah. Tapi yang aku tau, aku kecik lagi. Kecik-kecik dulu, ayah selalu bawak aku gi tengok dia main kat dewan. Lepas tu terlibatlah aku ngan aktiviti menonton Thomas Cup neh. Ada sekali tu, aku lupa dah bila. Tapi yang pasti masa tu Roslin Hashim yang tengah lawan Indonesia. Aku rela stay up kot malam tu nak tengok ngan ayah. But unfortunately, Roslin kalah. Kalah sipi pulak tu. Sedih gila ok. Aku rela bersengkang mata. Tup-tup kalah. Menanges aku time nak tido. HAHAHA. Kelakar.

Oh. Rindu Ayah. Ayah layan Thomas Cup sorang la this time. Hehehe.


Monday, May 10, 2010

yesterday was 9 May

I am no longer 23 years old since tomorrow. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar di bumi Allah ini. Masih diberi peluang untuk terus membaik pulih amalan yang ada dan menambahkan yang baru. Syukur sangat.


Alhamdulillah juga sebab mempunyai rakan-rakan yang prihatin. Since 12a.m. 9 May tu, sms dah masuk. Tapi harap maaf la, aku tido awal malam berkenaan. Kurang sihat. Kepala kurang enak. Puncanya ialah kerja lebih masa. Huhuhu. Bukan merungut. Kerja ok. Best. Enjoy. Cuma that day agak penat. Kurang tido. Plus sebenarnya memang malam hari kelahiran aku akan tido awal. Hehehe. Itu memang acara tahunan.


Semalam juga seperti yang semua tahu, sambutan hari ibu. Aku dah sms umi untuk wish. Untuk umi tersayang, aku doakan agar dia terpaksa sihat sejahtera, dipanjangkan umur, diberi kesenangan hidup di dunia dan akhirat, semoga beliau sempat mengecapi hasil titik peluh aku kelak, sempat melihat aku berjaya dan mempunya keluarga sendiri. Aku nak bersalin dan berpantang di samping umi tersayang. Itu harapan terbesar aku. Semoga Allah makbulkan. Amin.

~sila klik lah untuk image yang clear..huhu...~

Banyak dapat wall post dari rakan-rakan kat facebook. Tak kurang jugak yang menumpang wish. Terima kasih semuanya. Kebanyakannya mendoakan aku cepat kawen. Heeee... Amin. Semoga Allah pilih doa kalian untuk dimakbulkan.

Thanks again rakan-rakan.. :) Cerita pasal aktiviti semalam? Hmmm... Takda yang perlu dikongsikan kot. Cuma boleh cakap, dapat bunga. Hehehehe.

tq so much


~thank you so much friends.....~
~i love u all~

Thursday, May 6, 2010

Lain orang,lain ragam

This week.. full of stress. Adoyai. Cane nak meneruskan hidup dalam alam baru ni. Macam banyak sangat dugaan dan cabaran yang bakal dihadapi. Hmmm. From Monday till yesterday, aku jaga MUET budak-budak ni. Pasal jaga MUET tu tade la stress sangat. Eh. Tak stress langsung kot sebab my examiners tu sangat baik. Sopan santun. Lemah lembut. Aku suka mereka.

Tapi, MUET tu until 130p.m. je. Petang tu, duk kat ofis macam biasa. Jawab calls, entertain tetamu yang datang nak appeal untuk masuk CFS. Hmmmm. Masa ni la yang paling stress. Tak suka. Macam-macam orang boleh jumpa. Macam-macam ragam. Ada yang nak appeal for Medic padahal result SPM tak lepas pon minimum requirement. memang la kan. Bukan nak mengata atau mengutuk ke apa. Kami hanya menerima arahan. Dan untuk pengetahuan semua, segala benda ditentukan dengan merit. Merit tinggi, dapat lah. Merit tak tinggi,minta maaf la. Kami takleh tolong.

Hari ni pulak, dapat call from seseorang ni. Ok fine. Aku takda masalah. Boleh layan macam orang lain. Tapi, tolong la. Tak perlu sampai nak kutuk-kutuk kerajaan. Ni bukan bermaksud aku sebelah kerajaan ke apa. Isu politik tak timbul dalam hal ni. Aku tak puas hati bila ada orang cakap UIA ni offer courses tah apa-apa. Course bodoh. Course yang tak da masa depan. Hello. I graduated from UIA ok. Mind your mouth ok encik. Tolong hormat sikit. Tolong jaga kata-kata anda. Berbudi bahasa lah sikit. Takkan tak sekolah kot. Kan?

Lama betul dia membebel. Memang tahan telinga je lah. Macam-macam dia cakap. Panas je hati ni. Panas sungguh. Macam nak cakap graduate UIA ni tak berguna langsung untuk negara. Dah kalau rasa hebat sangat, reject je la our offer. Apply for another place. Duk kutuk-kutuk kerajaan, you go to the private college la then. Go oversea. Dah kalau rasa oversea tu lagi bagus. We dont have any objection.

Macam-macam pesen orang. Ada yang betul-betul sopan. Betul-betul baik. Betul-betul memang berbudi bahasa. Ha. Macam itulah rakyat Malaysia. berbahasa sikit dengan orang. Cuba kalau anak anda. Tak pon sedara terdekat anda ditempat kami. Dia maki-maki. Dia kutuk-kutuk. Anda rasa apakah? Kalau orang kutuk-kutuk,maki-maki intitusi tempat yang dah menjadikan anda sebagai orang. Bukan sampai belakang lorong gelap tu. Apa anda rasa? Tak hangin ke? Kalau tade perasaan, aku tak tahu lah nak cakap apa. Tapi aku, aku rasa aku tak boleh nak terima makian dan kutukan tu. Tempat tu dah menjadikan siapa aku sekarang. Walaupun belum dipanggil bekerja di mana-mana tempat. Aku percaya pada takdir. Rezeki pasti ada. InsyaALLAH.

Saturday, May 1, 2010

super duper exhausted + stress

Just arrived from office.
Hari ni memang seriously penat.
Memang Labour Day.
But then aku keje macam biasa malah overboard from biasa.
HAHAHA.
Penat tapi seronok.
Boleh faham tak?
HUHU.
Penat tu memang ada.
Tapi seronok sebab ada mereka-mereka yang buat aku gelak.
Makan sama-sama. Bestlah kesimpulannya.
Kerja yang macam nampak stress pon lame-lama jadi fun.
Plus the bosses pon turun padang.

Need extra rest now.
So,nanti kita cite lagi.
Nyte. Oh lupa.
Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja...HAHAHA

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015