Saturday, May 22, 2010

Selamat Hari Raya warga admission

Hoyeayyyy. Hari raya ok. Hari raya buat kami warga CFS IIUM. Specifically, buat kami di A&R Dept.

Hari raya = Registration Day.

Hahaha. Kami dapat baju raya a.k.a. baju batik rasmi kaler-purple-saya-suka. Huhuhu.

Penat tapi fun. Itu je yang aku boleh cakap. Macam-macam ragam orang kami jumpa. Adik-adik freshie ni nervous kot. Ada tu yang sampai nama sendiri pon dia macam ingat-ingat-lupa. Haha. Macam-macam. Dah la tangan boleh shaking. Sian pulak tengok dorang. Aku jaga registration for the girls. Macam-macam jenis ada. Ada yang dari family loaded. Tak kurang juga yang datang dari family kurang bernasib baik. Hmmm. Ada banyak pengajaran yang aku dapat.

Before the registration day tu start, dapat banyak la jugak called from the students. Yang paling sedih, ada yang terpaksa tangguhkan registration sebab their parents tak cukup duit nak bayar the fees. Sungguh sedih. Tengoklah. Betapa orang yang tak berduit nak belajar. Syukur atas nikmat yang Allah dah beri kat aku selama ini. Alhamdulillah.

Duk dalam hall tu membuatkan aku teringat balik time aku regis kat CFS dulu. Masih ingat lagi.. Masa dengar kakak committee speaking masa bagi arahan kat kitorang, rasa macam wow. Kagum gile ngan diorang. Boleh speaking. Heh. Dulu aku mana penah speaking. Ada la sekali tu speaking pon sebab speaking test. Kalo tak, jangan harap. Kalau setakat baca article dalam kelas tu, ada la. Tpai speaking, seriously memang takda. Takot. Tak yakin. Semua ada.

Tapi. Alhamdulillah. Sekarang rasanya dah boleh la speaking sikit-sikit walaupon confidence tu tak da sangat. Untuk beri instructions or bercerita sikit-sikit boleh la. Orang masih la faham apa yang aku cakap walaupon grammar dia berterabur tak hingat donia. Hahaha. Thanks UIA.

Ada gambar sebenarnye untuk hari raya tersebut. Tapi sebab belum transfer, kita delay dulu lah ye.... Hmmm. Yang paling best, students yang jadi committee tu boleh la pulak cakap kitorang student. Aih. Hello. I staff ok. Muda sangat ke muka aku neh? Ni yang aku suke neh. HUHUHU.

Those 3 days memang super duper exhausted. Aku pulak terus pengsan sampai pagi. Nak g kerja pagi isnin pon dah macam bermalas-malasan macam ape je. Tapi sebab banyak benda nak kena settle, kena jugak la gagahkan diri. Lagipun ni bukan kelas wei boleh ponteng suka-suka hati. Ini melibatkan darah daging tahu? Kalau keje macam tak betul, maksud dia gaji yang masuk tak berapa nak bersih la. Then bila dah jadi begitu, serupa jugak dengan sumber rezeki yang tak halal. Kan tak elok begitu. Ye tak?


Umm. Nothing much to say since benda ni aku da simpan kat draft lama sangat dah. Cerita pon macam da basi sikit. So, i should stop hear. Lastly, please pray for me so that I can get more job interviews after this. Amin.

2 comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015