Monday, May 17, 2010

Cerita Thomas Cup LAGI

Hari tu.. Tengok semi final Thomas Cup. Macam semua orang tahu lah kan..Malaysia lawan China. Game tak mula lagi, tapi hati dah berdebar-debar. Cuak semacam je. Macam aku pulak yang nak turun lawan Lin Dan. Aishh... Masa tengok Dato' Lee turun court, lagi lah cuak. Bukan memandang rendah pada kebolehan Dato' Lee. Aku tau Dato' Lee memang hebat. Kalau tak, cane la aku boleh minat dia since dia mula-mula involve in this game lagi. Kan? In the first game, memang aku macam dah tanak terus tengok dah. Dah tak sanggup dah rasanya. Tanak dah nanges macam dulu sebab Malaysia kalah. Ingat lagi, dulu nanges sebab kita kalah dengan Indonesia. Roslin Hashim yang main masa tu. Frust ok. Aku sanggup stay back sampai lewat malam.

Dato' Lee main ok. Tapi hakikatnya Lin Dan memang hebat. Dato' Lee pon hebat. Tapi Lin Dan bermain dengan sangat lincah. Di mana shuttle cock pegi, kat situlah terpacaknya dia. Memang tangkas lagi bergaya. Tapi sayang... POYO yang amat. Tak leh blah. Memang bagus. Tapi tak perlulah berlagak macam itu. Memang sangat tak boleh blah masa dia defeat Dato' Lee. Bukan tak leh terima fact. Tapi gaya dia tuh macam bangga sangat dapat kalahkan no.1 in the world. Siap menari-nari lagi. Memang itu menimbulkan kemarahan. Aku memang minat dia. Skill memang mantap. Tapi the fact that dia tu macam itu... Aku rasa macam...blergghhhh... tak leh blah.


~dah menang, suka lah. Cuba kalau kalah. Tade nya kau nak bukak baju menari bagai. Kan? Kan? Oppss.. Sorry. Terlebey suda.. Aku suka skill dia.~

Lepas tu double game, aku dah macam tade mood dah nak tengok. Frust ok. Masa Choong Hann main aku concentrate balik. Seronok tengok dorang kejar-kejar points. Tapi nak buat macamana. Dah bukan rezeki kita kot. Takpa lah.. Redha. Lepas ni kena support Indonesia pulak.

~sedih masa ni. Aku terpaksa pasrah. T__T ~

Masa tengok final that day pon... Aku cuak jugak. Macam takot je. Takot Taufik pon kena macam Dato' Lee. Aihhh. Alih-alih, memang kenyataan pon. Hmmmm. Lepas tu terus tertido. Sedar balik masa Simon tengah main. Simon main best. Aku harapkan Simon dapat la bagi point untuk Indonesia. Malang sungguh. Tembok China memang betul-betul kukuh. Terima lah kenyataan. Nampak gayanya kita kena upgrade skill la kot untuk Thomas Cup next 2 years. Yeay! Malaysia Boleh!! (tiba-tiba nyanyi lagi 'jika kau fikirkan kau boleh.Kau pasti boleh melakukan. lalalalaala...hehehe..)

Apa yang aku boleh cakap, Lin Dan memang hebat la. No objection. Cuma tak suka lah cara dia tuh. Game yang ada Lin Dan memang menarik. Sangat susah nak mencari mata atas kesalahan dia. Dia main sangat perfect. Kalau nak mengumpul mata sebab shuttle yang dia hantar sangkut kat net ke.. memang jangan mimpi lah. Tak pun kalau ada yang berangan nak dapat mata sebab dia return shuttle and out tu.. memang salah sama sekali. Lin Dan tak semudah itu nak lakukan those kind of mistakes. Dia punya return or service memang mantap. Aku paling suka smash backhand dia. Perfecto. Nampak sungguh kemas. Cuma sometimes bila dia dah terover confidence, dia akan jadi macam tak tentu hala. Service pon tah apa-apa. Return lagi la cacamarba. Hmm.. Ni dah macam nak puji Lin Dan la pulak. Apapun, memang suka skill dia. Cuma sangat tak puas hati cara dia. Hormat la sikit peminat badminton Malaysia. Tak payah duk bukak-bukak baju, menari bagai. Hati kami hancur tahu?

Masa dia main ngan Taufik pon macam itu jugak. Sakit hati ok. Time return or service dia Taufik tak dapat nak ambik, kemain dia gumbira. Dah la macam tanak admit salah sendiri. Kalau korang perasan lah kan.. Masa lawan Taufik, banyak gila dia kena panggil ngan referee. Huhuhu.

Oh. Macam dah over neh. Nak kene tido. Esok keje. Kena bangun awal buat breakfast. Tata. :)

2 comments:

yonna said...

LD main mmg gila gila punya perfect. dia tu mcm tak nampak penat langsung. haha geram je tgk dia main. dia suka baling bola kiri kanan, tu mmg strategy dia kot. penat la si LCW nak kejar bola hahaa.

tp mmg benci perangai berlagak. muka nak konfidennnnnnnn je semedang!

AINI NORAINI said...

yonna ~ ha'ah..memang pon..die main perfect gile..LCW kena blatih lagi gigih ah lepas ni nmpak gayanya..

tp tu la..LD poyosss...

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015