Sementara ada sisa-sisa masa sikit ni, boleh la sharing..
Masa nak berlepas ke Tanah Suci hari tu, ramai sangat acik-acik, nenek-nenek yang cakap kat aku, "Untung, muda-muda dah datang Tanah Suci".
Dalam hati aku, tak pernah henti bersyukur pada Allah sebab jemput aku jadi tetamuNYA.
Aku cuma mampu senyum, dan jawab, "Alhamdulillah cik, rezeki Allah bagi."
Yes, indeed. Kalau orang lain, mungkin direzekikan tambah zuriat, travel around the world, aku pulak, Allah bagi dengan cara ni. Which is, tak ada sebab untuk aku tak bersyukur dengan apa yang Dia dah anugerahkan ni. Alhamdulillah.. Walillahilhamd..
Ok, back on track.. Macamana aku dapat pegi awal?
Takkkk.. Aku tak pegi dengan pakej. Aku follow muassasah je tapi layanan masya Allah, superb! Terima kasih sangat-sangat pihak petugas TH di Tanah Suci baru-baru ni. Memang tiptop sangat!
Macamana nak pergi awal?
- Haruslah kena ada akaun TH. Since kat Malaysia ni, TH aje badan yang menguruskan urusan haji, makanya semua kena dengan TH
- Kena register untuk pergi buat haji. Yang ni, advisable buat awal-awal. Untuk kita, mungkin tak boleh nak undur masa dah la.. Tapi untuk anak-anak, boleh mula from now. Ramai tanya, aku register tahun bila... Sebenarnya, aku baru tahu pasal ni, selepas nikah dengan encik asben. Huhu.. Lepas kenduri sebelah dia, terus dia bawak aku ke TH nearby untuk register. Rasanya masa tu, estimated year yang aku dapat was 2029 - 2032 gitu la. Tak ingat sangat. But for sure lebih dari 2025 laaa..huhu.. Untuk register ni, duit dalam account kena ada at least RM1300. So, jangan tunggu lagi. Register cepat untuk anak-anak kita.
- Dah register, berusahalah untuk penuhkan tabung tu at least RM10k. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
- Ok, bila dah register and duit pun dah cukup, boleh la mula hantar surat rayuan. For your info, surat rayuan biasanya TH mula terima dari Oktober sehingga April tahun depannya. So, tahun ni, korang dah boleh mula hantar la ni dah..
From kuota yang TH dapat tu, termasuklah warga emas yang dah uzur, anak-anak yang masih belum layak untuk menunaikan haji. Thus, golongan ni kebiasaannya akan minta permohonan untuk penangguhan, atau menolak tawaran menunaikan haji.
Ok, from yang dah tolak and mintak tangguh ni...makanya adalah satu amount bakal haji yang menerima tawaran untuk menunaikan haji. Untuk pengetahuan semua, sebelum step selainnya, semua bakal haji yang mendapat tawaran, kena undergo medical check up dulu upon submitting acceptance letter tu. Jadi, from saringan kesihatan ni, ada la % yang tidak layak untuk meneruskan ke step seterusnya. Makanya, peluang korang akan lebih cerah. Jangan putus harapan.
Kuota kosong in shaa Allah sentiasa ada. Korang kena nekad, tanam dalam hati yang korang memang betul-betul nak pegi buat haji. Doa hari-hari, sebut hari-hari.
Kalau kita rasa kita mampu pegi dengan pakej, still, kita kena dapat tawaran thru TH jugak. Macamana mechanism dia?
Korang kena tahu, semua tawaran menunaikan haji MESTILAH melalui TH. And kalau korang nak pergi dengan pakej, it must be thru TH. Normally, bila dah dapat offer letter, agensi-agensi yang dah dilantik oleh TH akan hantar surat, brochure, pamphlet ke alamat kita. Then masa tu baru kita decide whether to go with agensi or some people say pakej, or to proceed with muassasah.
Sebab semua urusan, still akan thru TH. Beza dia cuma, urusan di Tanah Suci nanti, agensi ini yang akan take over. Accomodation mungkin lebih selesa dari kami yang pergi dengan muassasah ni. Hotel mungkin cuma depan masjidil haram. Khemah di Masya'er mungkin lagi selesa. Which is aku rasa sangat sesuai untuk warga emas yang tak mampu dari segi kudratnya. Eh kalau orang muda macam kita pun ok je. Kalau ada rezeki lebih, go for pakej.. Mungkin dengan cara ni, kita akan rasa lebih selesa dan tenang untuk beribadah nanti..kan?
So, ni contoh surat rayuan untuk korang yang nak follow mahram yang dapat tawaran menunaikan haji and ni surat rayuan untuk yang tidak terpilih.
Bila korang patut hantar surat ni..? Meaning that ada tahun tertentu ke?
As far as I know, yang register within 5 years from tahun yang sepatutnya pergi tu, korang antara yang akan diberi perhatian.
Contoh, jemaah haji 2019M baru-baru ni adalah bakal haji yang mendaftar around 2007 - 2008. So, yang daftar from 2008 sampai 2012, dah boleh la mula buat rayuan.
Apa jadi kalau korang baru je daftar, tapi nak jugak hantar surat? Boleh...
Cuba je lah. Kita tak tahu, Allah yang lebih tahu kan...?
Bukan takat anta surat ni je dah settle tau korang...
Selebihnya, korang doa banyak-banyak.. minta Allah jemput korang dalam keadaan masih sihat walafiat. Sungguh korang, pegi time masih ada kudrat ni sangatlah seronok. Kita boleh fokus betul-betul. In shaa Allah, badan pun tak banyak ragam.
Untuk pengetahuan korang.. Dah 3 tahun dah aku tulis dalam planner, one of the wishlist nak pegi Tanah Suci, either for Hajj or Umrah, tak kisahlah whichever comes first.
Masa habis belajar last 2 years pun, dah cakap dengan bff, dapat duit backdated gaji nanti (masa tu la) nak pegi umrah la.. Tapi atas beberapa kekangan lain, tak tersampai jugak hajat tu.
Siapa tahu, tahun ni.. walapun pada awalnya agak reluctant masa encik asben suruh buat rayuan untuk follow dia pegi Tanah Suci sebab memikirkan anak-anak yang masih kecik ni (biasalah tipikal emak-emak,kan..), Allah bantu jugak bukak hati untuk submit appeal letter ke TH. Masa tu (sebelum buat appeal letter), aku tanya semua orang. Aku tanya opinion ramai orang. And most of them support aku untuk submit.
Dan from diri sendiri pulak, aku mintak petunjuk dari Allah.
Alhamdulillah, aku antara orang terawal dapat tahu keputusan rayuan tu.
Masa dapat call dari TH tu, mixed filling..speechless..
Tapi Alhamdulillah, betul la orang cakap.. Once Allah dah jemput, Dia dah plan semua yang lain cantik dah semua..
Thus, korang tak ada alasan untuk delay buat rayuan tau. Jangan risau, if Dia jemput, means ada jalan yang Dia dah plan untuk family/anak-anak yang korang tinggalkan kat Malaysia. Doa je banyak-banyak ok?
Hopefully, dengan sedikit perkongsian ni, dapat bantu korang untuk sampai ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam ke 5 nanti. In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment