Monday, April 26, 2010

menggamit memori


Tiap-tiap hari berjalan dalam CFS ni macam seketul-seketul memori datang menjenguk. Tiap-tiap hari nak gi makan, ikut jalan yang penuh nostalgia. Balik makan, lalu lagi jalan tersebut. Dah abes keje, lalu pulak jalan lain. Tapi still lalu jalan yang memang akan ada memori tersendiri. Nasib la baik keje bukat dekat science building. Kalo tak, mau nya aku termenung aku setiap hari.


Lepas office hour, jadi penunggu lah daku di depan KC itu. Duduk kat depan tu pon dah banyak buat aku terkenangkan kisah 5 tahun yang lalu. Masa aku masih lagi jadi student kat situ. Owwwwhhhh... Depan tu ada UKC Cafe. UKC Cafe tu je dah macam-macam kenangan ada. Kat situ la kenal dengan ex-scandal, kat situ lah makan ramai-ramai dengan rakan-rakan. Eh. Did I mention ex-scandal just now?? Huh,dah terlepas cakap la pulak. Hurmm. Ye. Aku yang tak cantek ni memang ada ex-scandal. Harus digelar ex-scandal kerna masa tu da ada puppy love. Kami berscandal selama 2 minggu sahaja. 2 weeks OK. Macam kelakar. I decided untuk tanak continue the relationship sebab rasa macam tak sesuai. But then kitorang still kawan. Kawan sampai sekarang. Suka. Oh. Macam sudah tersasar jauh. Nak cerita pasal zaman belajar di MCIIUM. Eh. Bukan. Sekarang dah jadi CFSIIUM.

(tempat berehat-rehat di waktu petang. Sambil mencuci mata dengan melihat jejaka-jejaka main bola kat padang..hehe)

Seronoknya la. Duduk termenung. Tersenyum sorang-sorang teringat kenangan lama. Kat tempat aku menjadi penunggu tu (as mentioned earlier depan KC), aku and kawan-kawan duk usha brothers main bola petang-petang. Borak-borak gelak-gelak sambil makan kopok lekor beli kat UKC Cafe. Sekarang macam dah lain. Yes. Lain sangat. Empunya cafe tu dah tukar. Brothers yang main bola tu pon dah tukar. Semua dah tak sama dengan zaman aku dulu. Tapi tak apalah. The memories will remain sampailah aku tiada kemampuan dah nak ingat lagi benda-benda tu semua kelak. Bekas chenta hati yang aku rasa macam bersyukur sangat dapat berchenta ngan dia. Tau sebab apa?? Bukan sebab dia bagus ke apa. Tapi, sebab berchenta ngan dia lah membuatkan aku menemui encik bakal suami yang super-duper-baikhati itu. Thanks. Heeee..

ini KC terchenta. Rindunya...... =(

Banyak woooo memori kat sani. Tapi sayang. Masa tu takde digicam. So memang takda la memori dalam bentuk gambarajah. Eh, tak. Photograph sebenarnya. Langsung tak ada. Memang tak ada. Sungguh sedih. Memori letak dalam RAM kat otak sahaja. Tu pon macam tak semua.

ini padang tempat mereka main bola.
Yang warna warni tu UKC1..oh.rindu jugak.


Apa yang penting, aku gembira dengan hidup sekarang. Dengan apa yang aku ada sekarang. Dan juga bahagia dengan apa yang aku telah create since years ago. Alhamdulillah.... syukur... =)

4 comments:

cikmune said...

ewah... terkenang ye... kte tak pi sane pon terkenang AC yang haunted itu T_T ngeri. tapi tak tau cane dlu leh tahan. HA HA HA . alah bisa, tegal biasa

AINI NORAINI said...

CIK MUNE ~ sekarang AC dah jadi UKC 2 tau...:)

.mek.mizah. said...

huk2. aku kalau sebut bab2 metrik ni syahdu skett.. huu...

AINI NORAINI said...

MIZAH ~ hehe...memang pon....syahdu semacam je..da la skrg hari2 mengadap tempat ni...:)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015