Wednesday, November 4, 2015

#throwback : SPM

Assalamualaikum.
Lama hibernating nampak.
Hahahaha.
Ketandusan idea sebenarnya.

Sekarang adik-adik SPM tengah exam kan?
Kalau tak pasal dengar radio pagi Isnin tu, sumpah aku tak tau pun sekarang tengah SPM.
Teruk nau dah ni aku rasa.

Pagi tu, dorang sembang pasal tips menghafal untuk exam.
Alaaa..contoh macam, nak ingat warna pelangi, hafal 
Mat Jenin Ke Hutan Buru Ibu Ular
Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu.
haaa.. gittew..

Cane hakak hafal zaman hakak SPM dolu-dolu?
Hmmmmm..
Sorry dik, hakak sendiri pun dah lupa.
Hakak amek SPM tahun 2003.
Bebelas tahun dah dik.
Beranak pun dah 2 orang.
Memang memory lost habes la.

Cuma yang hakak ingat, dulu-dulu hakak palinglah struggle belajo sungguh-sungguh subject Biology and History.
Biology, sebab kengkonon nak jadi dokter. Iye lah, zaman sekolah dulu, dokter je hakak rasa karier yang paling glemer. Hahahaha. 
Without knowing that being a doctor needs a lot of patience. 
Ko kan, ingat gelemer je kan.. 
Memang hakak tabik la kat kengkawan hakak yang dah jadi dokter, misi, dentist dan seangkatannya.
Hakak ta kuad kot nak jadi macam dorang.

History, hakak pulun jugak sebab cikgu history hakak best oit.
Pegi kelas dia macam pegi dengar story telling.
Very the interesting u ols.

Subjek yang paling hakak redho dan jawab ikut rasa hati, adalah.. Physics, Chemistry dan Add Math.
Hakak dulu, 3 subjects ni la yang hakak paling ketinggalan.
Satu habuk pun hakak tak paham.
Hahaha.

Bila waktu trial MARA, hakak dengan redho nya terima result hakak yang Allahu Rabbi.. Teruk nau nau.
Teruk nau nau macamana?
Nak tau ke dik?
Buat malu hakak je.. Hahaha.. Jumlah A adalah.... nan hado...
Ce tanya jumlah failed or almost failed.. berderet la of course. Kahkahkah.
Yang banyak, cumalah C. Paling hebat pun, B la kot. Yang hakak ingat, Add Math ngan Chem hakak hampir failed.
Bahahahaha.. teruk nau!

Bila tiba trial Kementerian, comey la sikit results nya.
Tapi still, Add Math dan Chem amek tempat paling corot. Hahaha.
Mengaibkan betul..

Nahhhh.. Belanja gambo hari last SPM 2003, paper paling sadis, Chemistry. Hahaha.

Rindunya zaman sekolah menengah.


No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015