Friday, August 8, 2014

Perjalanan Baru Dah Nak Mula

Assalamualaikum.
Hari ni, hakak sedikit lapang.
Makanya, marilah kita mentulis apa-apa yang patut dekat belog supaya nanti tak jadi cerita usang ditelan zaman.

Seperti yang sedia maklum,
hakak baru habis mengaji (read, belajar) peringkat kedua.
Dan seperti yang termaktub dalam perjanjian, hakak harus sambung satu lagi peringkat.

Phewww.. lap peluh..
Masa degree dulu, memang tak pernah berangan nak sampai tahap ni.
Tapi, masa sekolah rendah dulu, aku ingat, memang pernah ku tulis dalam buku apa tah.. Aku nak belajar sampai ke tahap ni.
Lupa nak snap pulak cebisan yang aku tulis tu.
Betul la, apa yang kita fikir, kita mesti dapat. Alhamdulillah.

End of June hari tu, dapat je transkrip dan surat senat, seriously rasa macam kurang 1 beban.
Dah la terkujat tengok result kat transkrip.
Unexpected. Tapi, Alhamdulillah, rezeki kan.

Dah dapat semua dokumen penting tu, aku proceed dengan hunting tempat belajar yang baru.
Memang dah target tak nak stay dekat IIUM dah.
Sekali sekala, nak jugak merasa jadi student kat universiti yang dah dapat status 'RU'. Hihihi

Aku cuba nasib kat beberapa tempat.
Antaranya, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia.
Dalam hati, berdoa je la moga-moga application aku ni dorang pandang.
Huhuhu.

Discuss jugak dengan potential SV dekat USM.
Dalam process nak siapkan proposal, tak sangka UTM bagi offer letter dan UM pulak call and inform kata dah lulus cuma tunggu surat keluar.
Nampak gayanya tak berjodoh lah aku dengan USM.

UTM dan UM, keduanya bidang yang berbeza.
UM, lebih kepada bidang yang dah lama aku duk hadap. Bezanya, lebih mencabar, of course. Kalau tak, baik tayah buat PhD.
UTM pulak, totally divert from current research. Tapi, aku suka.
Sebab?
Banyak guna approach materials engineering. So, benda tu aku nampak.

Dalam dilema.
Seriously.
Sebab, dua-dua pun memang tempat idaman aku.
Dua-dua pun tempat hebat.

Petunjuk Allah haruslah kena mintak.. kan?
After all, memang la tak de la gedebuk malam tu terus mimpi tempat mana yang aku kena accept.. Kan? Obviously kot.

Aku cuba call UM.
Tanya itu dan ini.

Dan lepas tu, aku nekad.
Mungkin UM bukan yang terbaik untuk aku.
Banyak sangat lah pulak cekadaknya kan.
Unlike UTM.
Everything went smoothly.
Tak payah nak call.
Tak payah nak push here and there.
Benda macam dah disusun rapi.
Alhamdulillah.

Maka dengan ini, bulan depan, dah jadi student balik la aku.
Alhamdulillah.
Tak sangka Allah bagi peluang untuk aku tuntut ilmu sampai tahap ni.
Ini jalan untuk aku yang dah Dia rancangkan. Alhamdulillah.

Tak terasa nak kembangkan bisness supplement dan generate 4-5-6 figures macam jutawan lain ke?
Alhamdulillah, aku rasa, cukup lah apa yang aku ada sekarang.
Hati aku lebih tenang dengan apa yang aku buat sekarang.
Walaupun hanya belajar dan mengadap anak-anak, hati aku senang.
Aku pilih untuk berada di comfort zone sekarang.
Biarlah orang kata apa pun.
Senyum, tak perlu kata apa-apa.

Belajar, menuntut ilmu, jihad jugak kan?
Grad nanti, insyaAllah, aku akan sebarkan ilmu yang aku dah tuntut.
Pun kerjaya mulia jugak kan?
Walaupun bukan WAHM atau SAHM, yang penting, aku ada quality time untuk anak-anak dan keluarga.

Heeeee..
Peace yaw!

Assalamualaikum.


2 comments:

Unknown said...

all d best aini:)
cepatnya dh smbh phd...
mmg agreement ek?

N.M. Noor said...

@athi FATHIYAH Tq dear.
agreement pun ye. Tapi yang paling kuat, dalam hati ni la.. Nak cepat sambung. Sebab rasa rugi lepas degree dulu dah buang masa. Kalau tidak, dah nak grad dah phd.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015