Monday, August 11, 2014

Update Anak-Anak

Assalamualaikum.

Bosan sungguh pepagi ni.
Mood ke laut. Kepala berdenyut.
Niat dihati nak baca semuka dua.
Tapi macam tak daya je.

Jadinya, moh le kite berbelog sekejap.

Rasa macam dah lama sangat tak update pasal anak-anak.

Anak dah dua.
Tapi kisah Iman, rasanya baru berapa kerat ada dalam ni.
Nak buat cemana.. Iman ni low profile sikit. Bahaha. (Padahal ibu yang malas).


Alya.

  • Dah 2 tahun 5 bulan.
  • Alhamdulillah, kesihatan setakat ni adalah baik. Harap berpanjangan lah.
  • Akal, makin panjang.
  • Mulut, makin petah.
  • Suara, makin besar, makin petir.
  • Berkebolehan berborak macam dah beso sangat je.
  • Menyembang tu, tak nak kalah.
  • Berkebolehan menyanyi lagu-lagu kanak-kanak dan juga beberapa zikir..
  • Tapi kadang-kadang kedengaran jugak 'bahasa jerman' dia dalam setiap lagu dia tu... Hahaha.
  • Imitate orang, dialah juara.
  • Pola tidur, masih sama.. Bukan jenis burung hantu atau musang. (Senang hati ibu.. huhu..)
  • Boleh diharapkan untuk look after Iman kalau ibu nak mandi, solat, masak, etc. dengan syarat, mood dia pun ok. Kalau tidak, memang tak payah suruh. Bimbang nanti ada yang bagi adik makan kertas.   -_-"
  • Kalau Iman nangis, dia akan cakap.. "shhhh Iman. Kakak kan ada. Jangan nangis.." (Kakak sangat..)
Iman

  • Dah 8 bulan 6 hari.
  • Alhamdulillah, kesihatan pun setakat ni sangat baik. Even better dari kakak. Harap berpanjangan. Cuma sekarang ni Iman batuk sikit. 
  • Makin bijak.
  • Mata semakin galak.
  • Suara, ya Allah. Memang tak nak kalah dengan kakak. Kalau menangis, memang sama lah dengan kakak. High pitch.
  • Sangat senang dijaga, Alhamdulillah.
  • Mengensot dah laju yang amat.
  • Pacak lutut posisi merangkak dah lama. Tapi bergeraknya belum. Mungkin dia lebih selesa mengensot. Lagi laju. Hahahaha.
  • Alhamdulillah, masih fully BF. Yang ni, dah atasi rekod kakak. Daily stock bawak gi school 4 X 2oz. Sikit? Entah lah. Rasa macam dah banyak jugak tu. Itu pun kadang ada balance. Iman tak nak sangat minum thru botol.
  • Pandai dah nak main dengan kakak. Dan.. the only person yang boleh buat dia gelak terkekek-kekek is her one and only kakak. Kalau orang lain, setakat senyum senget je. Dengan kakak, begegor rumah dia gelak. Hahahaha.
  • Pola tidur, sepesen dengan kakak. Cuma kalau tertidur awal, malam sikit dia bangun for a while. Paling lama pun sejam. Untung la anak-anak ibu suka tidur ngikut ibu. Hahahaha.
  • Ruam susu dia masih lagi on and off. Telinga aku dah kebal dengan semua pertanyaan orang. Macam-macam cara orang ajar aku dah buat. Tapi macam tu jugak. Yang aku masih amalkan sampai sekarang ialah, VCO.
Ok. Itu je kot.
Boring kan?
Hahaha. Macam ni la bila lama tak mengarang. Penulisan macam budak sekolah. Pffffttt sangat.

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015