Assalamualaikum.
Well. Hari ni pun masih nak #balingbelakang..
Dan masih bercirikan sambung sekolah lagi.
I've heard people talking about me, but I keep on smiling.
Malas la kan nak ambik port.
Plus bukan depa yang duk taja aku sekolah.
And, bukan depa yang susah payah tolong baca buku untuk aku.
Betul tak?
Dulu, aku dapat kerja. Dah 2 tempat aku kerja.
Keduanya adalah memang dalam bidang aku.
Industry. Engineering.
Tempat pun aku rasa dah secure.
Then, decided untuk berkeluarga.
Masa tu, I was in a company which manufacture parts for Perodua.
And bila ada quality issues or audit...
Nak tak nak, aku memang kena stay.
Orang kata, tak apa lah stay pun, at the end of the day, dapat claim OT.
Tapi, tu apa orang kata.
Yang realitinya, langsung tak berbaloi dengan masa yang dikorbankan.
Penat je lebih.
So, while busy preparing all the wedding stuff, I was thinking about doing Masters.
Ye la, ce bayangkan..
Kalau dah ada suami, anak-anak, kerja siap pakej OT sampai lewat malam, tak ke haru?
Walaupun sebenarnya pada masa tu, aku tak de lah kerap mana pun kena OT.
Mana tahu, years ahead, bila tanggungjawab makin berat, dapat pulak bos yang macam pandai tapi sebenarnya hampeh.. Memang selamat la nak kena hadap..kan?
Dengan sebab alasan tersebutlah aku mula merisik khabar SV FYP aku masa degree.
Mujur dia memang dah sangka yang aku akan pilih jalan tu.
Masa aku grad degree, dia cakap, "saya nak tengok berapa lama awak boleh stay in industry."
Bahahaha.. Memang amat memahami.. :P
Dan aku tanpa sangsi lagi, terus je apply.
Alhamdulillah, mungkin rezeki Alya ada dalam rahim masa tu, application was quite smooth.
Dari application study, hingga lah ke application untuk fellowship.
Syukur sangat.
Bila semua dah lulus, aku hantar surat cinta ke boss.
Boss cuba sogok aku dengan pangkat and increment.
Tapi, sorry la boss.
Kalau u setakat bagi increment seciput, dengan workload tahap hazabedah, memang bolayan la.
Aku bagi kata dua kat boss, "If u can give me more than what I will get, then I'll stay. If not, just accept it."
Haaa kau.. Speaking aku masa tu. Dah boss poyo sangat.
Dia tanya aku dapat berapa if aku sambung study. Aku cakap, more than what I expect.
Dia nak tau jugak amount. Aku jawab RM3k. Hah. Terkedu.
Saja kasi gempak. Padahal tak sampai pun.
Tahu dah, even if cakap RM2.5k pun dia mesti tak sanggup punya. Hahaha
September 2011, bermulalah kembali rutin sebagai pelajar di IIUM.
Seronok wehhh..
Then baru aku rasa, inilah jalan yang aku nak selama ni.
Aku duk gigih cari kerja dulu, bukan sebab aku nak kerja.
Sebab aku nakkan post 'Engineer' tu je.
Dah merasa sekali, sorry lah. No turning back dah.
Nama sedap, orang pun ingat gaji kita sedap.
Realitinya, hanya engineer yang memahaminya. Plus, perempuan pulak.
Betul tak? (Engineers, please say yes.. Hihihi)
No, bukan aku nak cakap woman engineer tak bagus.. Tak.. Jangan salah anggap tau.
You are superwoman dan aku tabik spring pada semua engineer wanita di luar sana.
Korang hebat gile. Aku tak mampu nak hadap semua cabaran tu. Sebab aku cengeng, mungkin.
Bila dah start jadi student balik, hati tenang.
Anytime boleh start labworks, anytime boleh rest, anytime boleh outing.
Very flexible.
Nak duk rumah pun boleh. Tapi siapkan labworks dulu lah. Hihihi.
Kalau masa aku jadi engineer dulu, silap-silap tok laki jadi mem buat kerja rumah.
Bila dah ada anak, memang terasa la.
Aku ada lebih masa untuk anak.
Dia demam, aku boleh ambik dari nursery, bawak balik rumah, jaga sendiri.
Kalau aku kerja, benda tu tak mungkin jadi.
Unless, aku apply unpaid leave secara pukal sebab dah tentu la annual leave aku awal-awal lagi dah habis dek kerana routine check-up masa mengandung. Ye dak?
So, sekarang, faham kan..
Kenapa aku lebih memilih study dari kerja..?
Aku ada mission and vision sendiri.
Please, just respect.
Kalau tak setuju dengan aku pun, please, respect.
Aku study, home government yang tanggung fees.
IIUM yang bagi allowance monthly.
Plus, duit registration yang mula-mula dulu pun, ummi yang support.
Aku tahu, at the beginning, masa aku cakap aku sambung study lepas kawen, ramai yang jegil mata terkejut.
Hello.. Sorry, i tak mintak duit tok laki suh tanggung study i.
On my own. Sikit pun tak sentuh duit tok laki.
Dan memang aku sentap gila bila ada yang fikir macam tu.
Dan, lebih teruk, bila ada yang fikir, anak-anak aku terabai bila aku sambung study.
Ce habaq mai kat aku, tang mananya anak aku terabai?
Nampak anak aku kuruih keding ka tak cukup makan?
Anak aku hinguih meleleh comot ka?
Anak aku pakai baju koyak rabak ka?
Habaq mai..
Cheq tak marah.. Cheq tanya ja..
4 comments:
caiyok caiyok aini....semoga berjaya
Alhamdulillah..
Akk raaa dengan adanya ilmu maka kita blh merubah keluarga kita ke arah yg lbh baik..good luck sis
@Mimy Hamid tq kak mimy.. :)
@Chekgu Azrine tq akk..
Post a Comment