Tak boleh jadi ni. Kita cuba lah test. Tengok macamana.. Sesambil tu observe simptom lain jugak.
Hari Sabtu tak terus test. Sebab rasa macam masih OK. Rasa macam, Eh, takkan kot..
Tapi dah gedik dah mengharap positif pregnant. Bahahaha.
Terus bersabar dan bersabar..
On the weekdays tu baru gagahkan diri untuk test.
And....
YES, it was positive.
Perasaan masa tu, happy macam nak lompat bintang. Excited macam found out pregnantkan Cik Alya. But jauhhhhh disudut hati yang paling dalam, ada sedih sikit sebab teringatkan Cik Alya.
The first person yang aku bagitau harus lah cik asben kan..
Dia mengucap syukur kehadrat Ilahi.
Lepas tu, aku macam orang gila excited sorang-sorang.
Nak share dengan labmates, masa tu tak ramai orang dah.
And kalau ada pun, semua nya tengah busy for the final semester, viva presentation, etc.
Dan aku masih macam orang tak betul duk excited sorang-sorang.
Keluarga aku, keluarga cik asben, semuanya kami rahsiakan.
Walaupun mak aku penah cakap bila cik Alya dah berjalan, aku dah boleh move on utk 2nd baby.
Kenapa aku rahsiakan dari mereka yang kalau diikutkan, close relatives jugak kan?
Satu, Cik Alya dulu aku dah ceaser. So, tau je la kan.
Mesti akan ada yang cakap,
'eh, bukan dulu operate ke?'
'tak takut ke luka tak sembuh lagi?'
'bukan doctor suruh rest dulu ke at least 2 years?'
Dua, sebab cik Alya baru setahun, nanti mesti ada yang kata,
'Alya kecik lagi, kesian dia.'
Dengan kawan-kawan pun, memang aku zip mulut.
Heh, kau ingat senang nak simpan rahsia nih?
Susah tahu? Susah sangat. Sebab each and every minute memang akan tersenyum sendiri.
Dalam hati ada taman katanya.
Dan.. dalam setiap perbuatan, aku kena hati-hati.
Jaga langkah, jaga makan. Early pregnancy kan. Kena hati-hati.
BFF pun aku tak bagitau on the spot.
Dan most of them yang tak tahu, mula perasan perubahan perut aku, mula bertanya, then aku confess.
Orang tak tanya, memang aku tak confess. Kepala serabut dengan thesis.
Hanya aku dan Cik Iman kat dalam je tahu semua kecelaruan.
Tapi cerita asal telah diubah. Maaf ye kawan-kawan. Terpaksa pinda cerita.
Sebab aku tak tahu nak confess macamana.
Lagi satu, aku nak cuba fokuskan 100% pada thesis.
Aku nak kena siapkan semua sebelum 2013 tutup tirai.
Bukan kata aku tak fokus pasal pregnancy aku.
Aku cuba fokus keduanya dalam masa yang sama.
Sebab tu, pregnancy kali ni, biarlah rahsia buat sementara waktu.
Aku taknak biarkan diri rasa lemah bila pregnant. Sebab masa cik Alya dulu, aku melepek je.
Kalau kali ni pun aku melepek, thesis macamana? Huhuhu
Aku berdoa semoga pregnancy kali ni adalah smooth.
Pada aku, excitement itu biarlah aku rasa sorang-sorang dulu. Itu privacy aku.
Aku nekad pregnancy kali ni aku nak bagi exclusive sikit.
Bukan kata cik Alya dulu tak exclusive.
Cik Alya dulu pun exclusive jugak sebab lama aku simpan excitement tu sorang-sorang before lepaskan kat public.
Cuma beza dia, Cik Alya dulu aku spread awal pada kawan-kawan.
Kali ni, aku simpan dengan cik asben je dulu.
Since cik asben pun tak tegah, malah dia yang suruh aku rahsiakan dulu.
So, aku rasa keputusan aku untuk simpan dulu excitement tu tak menjadi masalah.
Week by week, Cik Iman membesar dengan sihatnya.
Later aku update. Semua ada dalam draft. Hihi. :)
Maaf lagi sekali.
4 comments:
Seronok sangat bila baca tentang pregnancy. Macam nak jugak tapi itulah. Rasanya tak ready lagi kot. Few factors kena consider. Tahniah aini! ;)
aah..seronok baca..faham part privacy tu..sbb kite pun wat camtu. Pastu kwn2 ckp..oo patutlaa diam je..rupanya nak ada baby. Hehe
Sila pregnant sebab sangat best tp tu ka..few things mmg kena consider.. Tq yatie!
Tp ssh sgt nk simpan rahsia tu kan?hati meronta-ronta..huhu
Post a Comment