Wednesday, January 22, 2014

AA : Latest update

Assalamualaikum..
Cerita pasal cik alya.. Hmm.. Dah makin besar, makin bijak, kakak-kakak sangat sekarang..

September last year dia dah kena transfer ke kelas toddler. Since kat kelas baru, tidur siang dia hanya sekali. Sampai je rumah petang tu, lepas bagi dinner, terus pengsan. Kesian. Nak main pun tak sempat. Penat sangat agaknya.

Apa yang aku suka kat kelas baru tu, dia macam more to playschool. Toddlers ni diberi pendedahan tentang macam-macam. Jadual pun nampak tersusun je compared to kelas babies dulu. Ye la, dulu banyak tidur je. Sekarang, makan pun dah ada bilik khas, and suap sendiri.

Setiap Rabu, diorang akan ada aktiviti mandi kolam and main pasir pantai alternately. Dah beli swimming suit untuk cik alya. Hihi.
Padan la kat rumah sekarang kalau mandi, susah kemahen nak ajak keluar dari toilet. Nak main air kekdahnya. -_-"

Dah bole cakap? Hmmm.. Yang ni susah sikit. Dia memang bercakap. Tapi bahasa dia lah. Kalau kita bersembang, dia sibuk nak cakap jugak. But some words dia dah boleh sebut. Some animals pun dia dah pandai sebut. Tapi incomplete la. Cuma kita boleh tangkap apa yang dia cuba sampaikan. Nak mintak susu pun dah pandai. Kalau dah poo poo/ nak poo poo, normally dia akan bagitau 'ek..ek..' or 'yak' sambil pegang pampers and tarik kita ke toilet. Macam kat school dah di potty train je. Or mungkin dia tak selesa sebenarnya. Haha.

Paling kelakar, suka sangat immitate orang. Aku panggil ayah dia 'abang' , dia pun sebok lah 'abam' jugak. Kita heh kat dia, dia bole heh kita balik. Dah tak jadi aku nak marah. Main dengan colour pencils adalah hobi kegemaran instead of koyak buku dan tabur bedak. Hahaha. She's really made my day lah.

Dah nampak sifat-sifat 'kakak' tu bila dia jumpa cousin dia. Hahaha.. Protective la sangat kononnya. Pantang terlepas pandang sikit, dicuitnya si cousin tu. Alya..alya..

Ni kesian pulak dia berbulan tak pergi school. Alya tak miss kawan-kawan and teacher kat school ke?

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015