Hah tajuk tak menahan.
Dalam kereta tadi dah terfikir hari ni nak merepek apa.
Sebabnya, labwork Alhamdulillah 100% settled.
Tinggal nak touch up sikit-sikit last part of thesis.
InsyaAllah by end of nextweek dah boleh hand in ke SV.
(Confident aku nih. Semua orang tanya, aku jawab macam tuh. Hahaha.. Semoga Allah permudahkan. Aminn).
Ok, pertama-tama sekali, aku nak wish tahniah yang tertinggi-tinggi tahniah lah kepada wanita-wanita kat luar sana yang ternyata kental dan super gigih naik pangkat menjadi isteri-isteri, ibu-ibu di usia undergrad. Ye, menjadi isteri dan ibu ketika masih belajar.
Aku super impressed.
Seriously.
And pada ibu-ibu yang sekarang ini masih kental dan gigih bekerja, belajar, dan menjadi ibu keluarga seperti Micha.
Tahniah untuk korang.
Kenapa aku super impressed?
Ok. Point no.1,
Jadi isteri sewaktu undergrad, mungkin orang kata senang.
Ye lah, jadi isteri je pun. Anak belom ada. Kan?
Tahukah korang, jadi isteri ni baaaaaaaaaaaaaaanyak benda nak kena fikir.
Most of the time, isteri adalah orang paling last dapat lelapkan mata dimalam hari. Betul tak?
Waktu undergrad, of course, semua benda pun nak kena baca.
Classes to be attend tu jangan cakap lah kan.
Dengan quizzes, exams, bla bla bla kan...
Kalau aku, awal-awal surrender kot.
Dan bila ada suami, makan pakai dia nak kena fikir la. Itu tanggungjawab dah.
Kalau duk hostel, maksud aku Perkahwinan Jarak Jauh a.k.a. PJJ, boleh la spend most of the time mengadap buku and all the study stuff. Kan?
Bole berlagak macam bujang.
Hanya weekend je spend time untuk uruskan suami.
Contoh basuh baju dia, gosok baju dia, masak untuk dia, kan?
Tapi cemana pulak dengan yang tak duk hostel..?
Maksudnya yang dah duduk sendiri...
Hmm... Time management memainkan peranan sangat penting.
Ko pandai handle and arrange time yang ko ada, Alhamdulillah, ko excellent.
Tapi jika tak, nahas yang ko cari. Study ke mana, family ke mana.
Sebab tu aku cakap, aku super impressed dengan some of my friends yang kawen masa undergrad, and they scored!
Superb sangat.
Point no.2,
Bila dah jadi isteri, of course la teringin nak jadi ibu kan?
Ini lagi 1 benda yang buat aku super duper impressed.
Mengandung waktu undergrad.
Ya Allah, besar ganjaran mereka. Usung perut boyot naik turun tangga attend classes.
Sumpah aku impressed gile.
Itu belom tambah dengan morning sickness pembawakan budak lagi.
Emmmm.. Jujur cakap, aku yang mengandung bukan masa undergrad ni pun tak daya nak melayan morning sickness time dah critical sangat tu. Longlai beb.
Heh, ingat mengandung ni senang ke?
Senang pada yang tengok tu mungkin lah.
Tapi tak berapa senang pada yang mengalami.
Bukan mengeluh. Tapi nak mengingatkan.
Kesian mak-mak kita mengandungkan kita dulu.
Hormatilah ibu masing-masing.
Point no.3,
Bila dah ada sorang anak, tambah lagi sorang anak dalam perut.
Yang ni, kalau ibu tu further study, sambil kerja pulak tu, memang aku gile impressed.
Contoh dia Micha lagi.
Maap la kak, entri ni banyak jual nama ko.
Sebab ku impressed gile ngan kegigihan ko kak Cha.
Dengan buat barang meniaga la malam-malam.
Sampai nak tercabut . . . katanya..
Siang weekdays, masuk office.
Siang weekends, masuk kelas.
Ya Allah, Supermommy sangat nih.
Aku tak terbuat lagi kot setakat ni.
Ni buat master fulltime research pun aku rasa dah semput.
Padahal tak payah nak susah-payah attend kelas ke apa pun.
Melangut je kat lab tunggu experiment siap.
Lepas tu collect data.
Lepas tu buat thesis.
Lepas dah bosan, layan FB, layan blog, baca gossip.
Nampak macam rilex. Tapi penat otak tak siapa tahu.
Walaupun kadang-kadang nampak macam tak berfikir sangat pun.
Eh, ko kalau berfikir, ko nak bagitau orang ke? Tak kan?
Haa.. dah tu balik petang, nak bersilat kat dapo pulak.
Kena time anak meragam, haaaa.. bersilat dengan anak dulu, baru boleh masak.
Beli lauk siap?
Haaa.. boleh.. tapi tak semua tekak suami kita boleh telan kan?
Kadang, lauk beli, walaupun meriah macam kenduri, nasik 1 pot pun tak habis.
Cuba ko buat masa sayur air bening, goreng ikan sadin, sambal belacan..
2 pot pun licin. Haa.. Gitu kekdahnya kan.
Air tangan isteri katanya.. kan?
Jampi apa tah sampai 2 pot tak cukup. Muahaha..
Point no.4,
Ermmmm.. Blank dah pulok.
Acane..?
Kesimpulan terus, aci? Hahaha..
Kesimpulan dia kat sini, aku nak cakap,
Kepada suami-suami, jangan lah sesiakan isteri memasing.
Kekadang tu buat le seprais sikit ke deme ni macam suaminya Si Anez ni ha.
Flower-flower gittew on her birthday.
Heee..
Eh, jap. Ni kua topik nih.
Kepada isteri-isteri, ibu-ibu terutama yang beranak lebih dari 1, berkerjaya, sambung belajar pulak tu,
segunung tahniah aku ucapkan.
Korang memang gojes supermom!
Aku kagum.
Kepada anak-anak pulak,
terutamanya bukan anak tunggal, hargailah ibu anda.
Susah payah mereka ngandung kan ko dik.
Nak pulak ko ngan akak/abang ko jarak setahun je.
Kesian mak korang. Nak handle abang/akak korang lagi, ngan korang lagi dalam perot.
Yang tunggal pun tak kurang jugak.
Mak korang susah ngandungkan korang.
Nanti korang dah jadi mak-mak, tahu la macamana.
Ahkak ni pun dulu tak rasa oii..
Ni ha dah mengandung, beranak, mengandung lagi, baru reti bahasa..
Susah dik. Bukan nak mengeluh.
Cuma nak bagi korang tahu, betapa susahnya mak-mak korang nak besarkan anak-anak sejak dari dalam perot.
Hargai dan sayangi mak-mak korang ye.
Tak bagi adiah pun tak pe dik.
Hormat je pun cukup.
Kecik ati mak kalau ko kasar-kasar ngan dia.
Ahkak ni, walaupun anak kecik lagi, kalau dia buat hal meragam, ahkak menangis dik.
Haa.. ko jangan tak tau.
Ahkak ratu air mata sekarang.
Mudah sentap kalau anak meragam lebih sikit. Penat la tu kekdahnya... Harap paham.
Tapi cik Alya sometimes je la meragam out of control.
Sekarang aku dah pandai dah nak tackle kalau dia buat hal.
Alhamdulillah. She's big girl now. :)
Ok. Dah.
Sampai sini je lah rapuan aku hari ni.
Dah macam tazkirah Jumaat pun hado.
Tahniah la yang khatam sampai perenggan last ni.
Aku malas nak tepek gambo.
Harap Maklum.
Happy Weekend supermoms!
No comments:
Post a Comment