Wednesday, July 4, 2012

16 weeks of Alya Amani

Alhamdulillah.
Our Alya Amani is 16 weeks old today.
She's an active baby. She's growing healthy, growing clever, day by day. Alhamdulillah.

Dear Alya Amani,
Tahu tak, waktu mula-mula kamu keluar ke dunia ini, ibu rasa ibu lah insan yang paling bahagia, paling hebat.
Dalam kerabunan mata ibu yang tak pakai spek ketika itu, ibu lihat kamu dalam OT tempoh hari. Subhanallah, besarnya kuasa Allah.
Paling obvious, ibu tengok bibir kamu yang merah. Mata kamu, MasyaAllah, bagai bintang bersinar.
Hari pertama kita bersama, ibu kagum dengan bakat kamu yang ternyata pandai sangat suckling. Kagum sungguh ibu ketika direct feed kamu dengan colostrum ibu. Ibu harap, kamu mendapat manfaat yang paling baik. InsyaALLAH..

Hari kedua, kamu memang tak akan ingat. Ibu akan membuat kamu tahu bahawa hari kedua kita bersama, kamu betul-betul menguji ibu sebagai ibu baru. Kamu merengek sepanjang petang membawa ke malam terus ke pagi. Ibu tahu, kamu mula sedar yang kamu bukan lagi di dalam rahim ibu. Kamu mungkin mula terasa betapa berbezanya dunia baru kamu. Kamu hanya mahu ibu, ibu, dan ibu. Right dear? And when you are closer to me, closer to my heart, hearing my heartbeat, then will only make you feel comfortable. Kan sayang?

Seminggu kamu di dunia penuh cabaran ini, seminggu kamu bertukar alam dari rahim ke dunia, kesabaran dan bakat ibu semakin kamu cabar. Yes, I am trying to be the best ibu to you. Kamu merengek, kamu tak nak tidur malam, kamu menangis, sampai ibu, ayah, tokmi dan embah hilang arah. Ibu dan ayah menangis bila kamu menangis. You should know that dear. And maybe it will makes you smile when you read this dear. Tapi percaya lah. Ibu menangis, sebab ibu rasa ibu tak boleh nak bagi apa yang kamu nak, ibu tak faham apa kehendak kamu. Maafkan ibu sayang.

Sebulan kamu bersama ibu, ayah, dan whole of our big family, kamu semakin behave. Mungkin kamu sudah semakin serasi dengan dunia baru. Mungkin juga kamu sudah boleh menyesuaikan diri dengan dunia baru kamu. Tapi kamu tak pernah letak ibu di belakang. Your most wanted person will always be Ibu. I know that sayang. ^_^

Bulan kedua bersama, kamu semakin menceriakan hidup ibu dan ayah dan seluruh keluarga besar kita. Alhamdulillah. Kamu semakin bijak, semakin sihat membesar. Kamu dah pandai senyum pada ibu. Dah pandai bagi respon. Sukanya ibu bila lihat senyuman kamu. Usai sudah tempoh berpantang di rumah tok mi, ayah bawa ibu pulang ke rumah kita. Dan bermula la hidup kita sekeluarga bersama. Ibu kena manage time betul-betul. Kamu anak yang bijak Alya Amani. Dan itulah yang ibu doa hari-hari untuk kamu.

Syukur kamu hanya meragam masa dalam pantang. Dah habis pantang, semua berjalan lancar. Alhamdulillah.

Kamu anak yang sangat baik, sangat senang dijaga.
Kamu membuatkan ibu tenang. Segala masalah ibu hilang bila tengok kamu.
Sesuai dengan maksud namamu wahai anak. Menenangkan ibu bapa. Alhamdulillah.

Ibu memilih untuk tidak bagi kamu buaian and pacifier/soother bukan sebab pantang larang or whatever people said.

Ibu memilih itu kerana ibu rasa you just don't need those things.
We tried to give you soother, but you refused.

Sekarang, by 16 weeks, banyak dh yang kamu developed. Alhamdulillah.
Paling ibu suka, nak tidurkan kamu.
Senang sangat.
Direct feed kamu, within minutes, kamu dah tidur.
Alhamdulillah.
Kamu anak yang baik sayang.

Ibu doakan kamu jadi anak yang solehah.
Jadi anak yang taat pada agama Allah.
Jadi anak yang menjaga maruah diri dan keluarga.
Jadi anak yang menghormati dan menyayangi ibu dan ayah.
Jadi anak yang pandai dan membesar dengan sihat.
Ameen.

Until now, ibu masih rasa macam mimpi.
Ibu rasa macam tak percaya yang ibu dah berjaya harungi semua liku-liku semasa  hamilkan kamu, lahirkan kamu. It was painful yet so fun! ^_^

Just so you know Sayang, Ibu and Ayah love you so much.

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015