Thursday, June 14, 2012

About BBT

Assalamualaikum.

Hai. Hari ni nak kongsi sikit pasal BBT.
Apa dia BBT? BBT ni adalah Basal Body Temperature. Nak tahu lebih lagi, baca ini, ini, dan ini.

Ehem. Saya pun baru tahu pasal ni lepas join Forum Ratuhati. Informative sangat.
Itu pun lepas saya kena ectopic pregnancy tahun lepas.

Untuk 1st timer macam saya, bahan-bahan yang anda perlukan untuk memulakan BBT ni adalah seperti berikut;
1. Termometer (Better guna yang digital. Kalau nak up sikit, beli yang ada memori tu. Sebab apa? Nanti korang tau la apa sebab dia..)
2. Alarm clock (Set kat henpon pun boleh)
3. Disiplin yang tinggi
4. Tidur yang tidak terganggu sekurang-kurangnya 3 jam.

Langkah pertama,
Sediakan termometer ngan alarm clock. Letak dekat dengan anda. Kalau ada side table tepi katil, boleh letak kat situ. Kalau tidak, bawah bantal pun boleh. Asalkan senang nak capai. Lepas tu, kalau termometer tak ada memori, kena sediakan pen dan kertas jugak. (Inilah sebabnya saya suggest termometer yang ada memori)

Langkah kedua,
Cuba dapatkan tidur yang nyenyak. Berlatih la dulu kalau anda belum period masa anda beli termometer tu. Nak terus buat pun boleh, cuma kalau buat masa 1st day period, lagi nampak la curve tu nanti.

Langkah ketiga,
Bila dah agak-agak period nak datang, ambik temperature badan anda pada pagi tersebut. Eh. Bukan simply-simply ambik je ya. Ada cara dia. Once anda tersedar je, jangan bergerak. Ok, I mean bukan freeze macam SuperSpontan tu ye. Tangan boleh la gerak nak ambik termometer. Badan statik (kalau boleh). Then ambik temperature badan anda. Kalau termometer tak de memori, kena rekod lah. Kalau tidak, boleh sambung tidur balik. Huhuhu. Pasal rekod temperature ni banyak saya baca orang tanya kat forum macamana in case kalau tersedar nak buang air tengah malam ke, perlu ambik tak temperature tu. Menurut yang berpengalaman, kalau lepas tu anda bakal tidur at least 3 jam balik, tak payah ambik temperature yang anda bangun nak ke toilet tu. Ada yang tak jelas? Nanti email kat saya, saya cuba explain mana yang mampu. Ok?

Langkah keempat,
Ulang langkah ketiga setiap hari semasa dan selepas period.

Anda boleh plot graf tu secara manual atau masukkan dalam excel.
Paling mudah, anda log in kat Fertility Friend ni. Masukkan temperature anda dan FF akan try to predict bila ovulation, berapa % untuk anda conceive kalau berlaku intercourse and macam-macam lagi.
Baca sendiri ye. Saya tak larat nak bagitau. Hihi.

 Bila anda log in FF ni, pada saya lagi mudah la kot.
Ni contoh graf saya masa monitor BBT untuk 2nd cycle lepas laparoscopy tahun lepas.


FF akan automatically keluarkan red line tu. So, kita boleh la tahu when after ovulation tu ada temperature drops. If drops in range of zero point something tu pada saya masih belum boleh dikira drop. Unless it drops below the red line.

Oh, untuk pengetahuan anda lagi, temperature badan kita adalah rendah semasa kita period. Sebabnya? Ha, ada kaitan dengan hormon tapi saya lupa hormon apa. Cukuplah untuk kita tahu yang badan kita rendah suhunya ketika period. Once dah ovulated, temperature will rise. Kalau maintain je, mungkin anda pregnant, dah boleh buat UPT. ^_^
Kalau drop, I mean sudden drop, standby pad dalam handbag sebab anda mungkin period pada hari tersebut or day after. Itu pengalaman saya lah.

Perasan tak ada temperature drop kat graf saya masa DPO (Day Past Ovulation) 3 tu? Haaaa. Saya tak cuak sangat la sebab belum cukup CD (Cycle Day) lagi.

Saya pernah share pasal ni ngan seorang senior yang PJJ dengan husband dia. Alhamdulillah, berhasil. Sangat gembira masa tu. Akak tu pun dah nak dekat due dah. Semoga semua selamat ye Kak you-know-who-you-are!

Sekian.
Terima kasih.
Harap membantu rakan-rakan yang TTC.

Personally, pada saya, saya rasa BBT ni sangat membantu untuk monitor or observe ovulation la.
Idok la nanti jadi usahaku hanya sia-sia belaka. Ye tak?
Bila dah tau bila ovulation, so boleh timing la apa-apa yang patut.
And, untuk sape-sape yang tak tahu cycle period dorang berapa hari and fix ke tak, BBT ni pun membantu jugak.

So, selamat berBBT!
Semoga berhasil ye.

Nak tanya apa-apa boleh email saya kat oursharingmoments@gmail.com
InsyaALLAH, mana yang saya tahu, saya bantu solvekan ye.
TQ

1 comment:

Mommy_ima said...

Oo..baru tau cara yg betul.. :)
nanti nak cuba la.. :p
tq for sharing.. ;)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015