Wednesday, June 13, 2012

Siapa saya sedekad yang lalu

Assalamualaikum
Pagi tadi, on the way ke campus, layan Hot FM macam biasa.
Topik Hot Chat hari ni menarik minat saya. "Siapa anda sedekad yang lalu.. "

Hihi.. Macam-macam experiences dorang share.
Ada sorang caller ni cakap dia and kawan-kawan dia siap tubuhkan "Kelab Takkan Jadi Jurutera" masa sekolah dulu. Tup tup, lepas sedekad, dah jadi jurutera. Haha.
Ini lah yang dinamakan kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.

Siapa saya sedekad yang lalu?
Sedekad yang lalu, bermakna 10 tahun yang lalu la.
Saya berusia 16 tahun, berada di tingkatan 4 MRSM Kota Putra.

Mula mengenali Add Maths, Physic, Chemistry and Biology.
I found that Biology is the most interesting subject instead of other three.
Tahu tak saya tak suka Add Maths, Physic and Chemistry masa sekolah dulu?

Haaaa.. Itulah kenyataan. Asal waktu 3 subjects ni, mesti mengantuk. Mesti nak keluar gi toilet.
Asal waktu Physic pulak mesti nak bodek cikgu suh buat kelas kat lab sebab dalam kelas super duper mengantuk.
Dalam lab, mata cerah sikit sebab sebelah lab banyak pokok-pokok renek warna hijau. Hihi.
Boleh?

Setiap kali exams or tests, Add Maths tak pernah nak lulus.
Dapat markah bawah 40% adalah perkara biasa.
Untuk subject Chemistry ngan Physic, better la sikit. Tapi tak pernah dapat A.
Pada saya, Chemistry and Physic susah sangat nak di digest oleh kepala otak saya.
Kalau Biology, fuhhh.. Laju. Semua boleh ingat.

Masa SPM, punya la mengharap dapat A1 for Biology.
Add Maths, Physic and Chemistry memang tak kisah dah.
Asal tak fail sudah lah. Hahaha.

And, bila result keluar, memang terkejut tak boleh nak cakap sampai saya termenangis.
Bukan menangis sebab tak dapat straight A's.
Tapi, menangis sebab result adalah unexpected.

Add Maths, saya dapat A2.
Subhanallah. Tak pernah saya sangka. Seriously tak bajet pun.
Physic and Chemistry tak dapat A la.. Tapi B3. Pun unexpected jugak.
Biology yang yang yakin gile dapat A, korang tau saya dapat apa?
Hahhhhhh... B3 je. Itu yang menangis sakan tu. Huhuhu.

Dah masuk matrik, saya apply for course yang relate dengan Biology jugak.
(Ada hati lagi nak avoid Add Math, Physic and Chemistry)
Engineering was my 4th choice kot.
Tapi, tiba-tiba saya dioffer untuk sambung in engineering.
Masa tu, accept je la sebab saya memang tak nak masuk Matrikulasi KPT.
Konon nak tukar course la lepas tu kan.
Tapi macamana tah boleh terleka.
So, beradalah saya di jalan engineering ni secara paksa rela.
Mula-mula paksa rela la. Lama-lama lain pulak jadinya.

Saya kena menghadap beberapa jenis Maths. Total from matric sampai degree, adalah dalam 4 jenis kot.
Haaaa.. ambek kau! Dulu bukan main kan tak suka Add Maths.

Dan, paling kelakar, tahun 2010, berjaya menjadi jurutera. Huhu.
Dulu bukan main tak suka engineering-related subjects kannnnn?

Setahun di dalam industri, saya mencuba nasib di bidang lain pulak.

Tapi, still tak berpisah dari Physic, Chemistry and Add Maths.
Degree saya dikelilingi dengan Physic, Chemistry and Add Maths.
Final Year Project saya, major in Chemistry.
Master saya pun begitu, Chemistry.
PhD kelak, insyaALLAH, ini lah jugak yang saya akan hadap.
Kerjaya nanti, pun insyaALLAH dalam bidang Maths.

Subhanallah, cantik dan eloknya perancangan Allah S.W.T.
Semuanya tak pernah kita sangka. Betul tak?

Korang pulak, macamana?
Share jom!

2 comments:

♥ Yuslin Kamal ♥ said...

Heee sama la kita ira..add maths dapat bawah 40% je slalunya..
subjek paling xsuka add math + chemistry..heheh

Shahida said...

super duper suka kat maths & add maths.ingat lg masa form 4 selalu tak g skolh hari selasa sbb selasa takde maths&add maths.haha..smpai skrg pon suka.subjek maths akan sentiasa m'buatkn sy melompat2 kegembiraan.
tp sygnya bidang sy skrg sgt tak berkaitan dgn maths..sobsob

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015