Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru untuk semua cikgu di Malaysia!

Assalamualaikum.

Entri khas bersempena Hari Guru.

Di sini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat semua guru di Malaysia kerana bersabar dengan berbagai karenah anak bangsa zaman sekarang. Kalau saya, mungkin dah hilang sabar. Sebab tu saya tak memilih untuk jadi cikgu. Pernah ditawarkan untuk berada di landasan profession mulia ini, tapi saya enggan. Rela involve dengan benda-benda teknikal berbanding hal ehwal pelajar. Minat itu tiada. Dan mungkin juga sudah ditakdirkan begini.

Cikgu yang paling saya ingat masa zaman sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Kampong Raja ialah Cikgu Aziah bt Harun. Orangnya tinggi lampai, kurus, hidung mancung. Cantik. Lemah lembut. Darjah 1, dia ajar saya BM. Darjah 2, BM juga. Beliau guru kelas saya masa darjah 1 dan darjah 6. Beliau yang rekemen saya untuk jadi librarian. Heee. Kalau tiba-tiba Cikgu Aziah tersampai kat sini, saya just nak ucapkan selamat hari guru, cikgu. Jasa cikgu takkan saya lupa sampai bila-bila, InsyaALLAH.
Ada lagi cikgu lain yang saya tak lupa masa sekolah rendah. Heeee. Cikgu disiplin. Beliau garang! Saya dah biasa kena rotan kat tapak tangan sebab result sains teruk. Cikgu Ahmad Tarmizi. Seriously beliau garang. Dengar beliau berdehem dari jauh, kalut dah duduk tempat masing-masing. Kalau tak ingat sifir, cikgu akan cubit pipi. Kalau tak pun, tarik hidung. Phew. Sakit. Tapi, dek kerana itulah, saya sangat setia dengan science stream sampai sekarang. Alhamdulillah. :)

Masa lower form, saya di MRSM YT Besut. Cikgu paling garang, saya tak ingat siapa sebab kat sana saya ahli Lembaga Disiplin Pelajar (LDP), tapi tak berapa nak LDP sangat pon. Hahaha. Cikgu yang saya rasa close adalah Cikgu Liza and Cikgu Nurul. Sorang cikgu sejarah and lagi sorang cikgu kimia. Both adalah housemates. Saya lupa siapa guru kelas saya untuk 3 tahun tersebut. Phew, teruk kan? -_-"

Upper form, menjadi sedikit dewasa di MRSM Kota Putra. Ya, ya.. Saya duduk asrama tepi rumah je. Seronok nak makan apa boleh request mak hantar. Heeeee. Kat KOPU, tak ada cikgu yang saya close macam lower form dulu. Tapi semuanya ok la.

After SPM, saya ke MCIIUM yang kini dikenali sebagai CenFoS. Secara tak sengaja, saya jadi close dengan English teachers. Mdm Nawal, Miss Eleenda. 2 names yang insyaALLAH saya takkan lupa sampai bila-bila.

Then, ke Main Campus Gombak pulak. Sama, tak berpeluang nak close sangat dengan lecturer. Mungkin sebab saya ni bukan pelajar genius kot. Main je banyak. Heee. Oh. Lupa. Mdm Ani and Mdm Dilla. Both saya boleh berkongsi rahsia. Soon to be Dr tu. Heee.. :) Lepas tu supervisor saya, Dr.Raihan. ^_^

Akhir kalam, selamat hari guru buat semua guru-guru saya yang dah banyak sangat berjasa. Kalau tak kerana tunjuk ajar mereka, belum tentu saya sampai ke tahap ini. Terima kasih semua.

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015