Wednesday, May 9, 2012

I am 26 yo when she turns 8 weeks old

Haiiiii. Assalamualaikum. Ibu muda nak tumpang lalu. Eh. Muda ke? Hahaha. Rasa rugi sebenarnya bila usia 26 baru nak ada anak. Sempat ke nak kumpul 6 orang anak sebelum 35 menjengah. Aisey. Dah la 1st baby was thru c-sect. Hopefully lepas ni boleh VBAC (Vaginal Birth After Ceaserean). InsyaALLAH.

Ulangtahun kali ni adalah sedikit berbeza. Emm. Bukan sedikit. Banyak sebenarnya. Dengan adanya budak Alya yang comel ini, hari ini saya menyambut hari lahir sebagai ibu. Alhamdulillah. Emmm. Dan, tak ada suami disisi untuk jadi orang pertama wish 'happy birthday'.. uhuk uhuk.

Hari ini, Alya turns 8 weeks old. Alhamdulillah. Everything went well. She's getting cleverer. Syukur. Dah banyak yang dia pandai. Dan membuatkan saya rasa every moment bersama dia adalah super indah. Dia semakin tinggi. Unlike ibu dan ayah dia. Tak apa, nanti gojes macam kawan ibu, Aunty Alya. ^_^

Eh. Cerita birthday ibu. Bukan pasal Alya. Tumpang lalu. Tapi kan, dah ada anak ni, cerita anak lah yang paling seronok. Hal sendiri tolak tepi dah. Seriously.

Ok. Balik kepada cerita ibu. Last year, malam hari lahir, macam biasa saya akan tidur awal. Suami, yang ingat saya dah tidur, datang bisik ucapan hari lahir yang sumpah buat saya melting. Tak payah cakap la apa dia kata ek. Nanti orang muntah. Biar saya je melting. Huhu. Dia ingat saya dah lena agaknya. Sebenarnya masih tidur-tidur ayam sebab henpon tak berenti lagi vibrate sebab ada inbox yang masuk silih berganti. Hihihi. Hari tersebut juga beliau telah berjaya membuat 1 surprise yang saya rasa menjadi lah. At least he tried. Ye la, since hampir 6 tahun kenal dia tak pernah buat surprise. So, tahun lalu boleh dianggap sukses. Tahniah Abang.

Tahun ini, suami tertidur awal agaknya. Hampir jam 12 saya masih belum tidur sebab sedang susukan Alya. Menunggu juga sms dari dia. Tapi tak ada. Tak apalah. Tak kecik hati pun. Dah jadi bantal peluk saya, benda remeh macam tu malas nak ambik hati. Boleh pulak anggap ucapan hari lahir sendiri dari suami adalah perkara remeh. -_-" Bukan maksud saya ucapan dia tu remeh. Tapi, saya tidak kisah andai dia terlupa atau terlewat. Sebabnya dah banyak benda ada dalam kepala dia, including princess kesayangan dia, Alya. Jam 3 saya bangun susukan Alya lagi, baru perasan SMS dari dia. Received at 2 a.m. Heee. Baru terjaga lah tu. Ingat juga rupanya. Alhamdulillah. ^_^

Wall FB saya dah dihujani ucapan-ucapan dan doa-doa dari rakan taulan. Terima kasih tak terhingga. SMS, kurang mendapat sambutan kali ini. Agaknya mungkin kerana masing-masing dah sibuk bekerja. Dulu, masing-masing student. Eh, celcom ngan Jusco SMS wish birthday kat saya tau. :)

Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk saya hidup sampai ke tahap ini. Syukur. 26 tahun yang mematangkan saya. InsyaAllah. Dalam 26 tahun ini, my achievements are;
  • A daughter to my parents
  • A wife, chef, accountant, cleaner, house manager to my Darling Husband.
  • A mom to my little miracle, Alya Amani.
  •  An engineer (walaupun hanya setahun)
  • A master student.
Alhamdulillah, semuanya adalah precious. Syukur sangat. Terima kasih Allah kerana hadiahkan saya semua ini, kebahagiaan memiliki suami seperti dia, keseronokan hidup sebagai isteri dia, segalanya amat precious. Semoga dengan menginjaknya usia saya, menginjak jugaklah kematangan saya sejajar dengan usia. Semoga Allah memberkati peningkatan usia ini dan terus menganugerahkan nikmat buat saya, suami, anak dan seluruh ahli keluarga. Ameen.

Lastly, terima kasih atas ucapan dan ingatan kalian. Terima kasih. ^_^

2 comments:

Shakina Farhan said...

hee..org tak gemar dah pki sms sebab sms kena bayar..dekat wall free..:)..26 masih muda tu..hee..:)

Rosmawani♥ said...

wah bestnyer dah byk graduate.. ros lpas spm dah org masuk mintak.. xsempat nak blaja.. hahaa

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015